Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:
“Eleh, babe. Tak payah nak pura-pura sangatlah. I tahu itu anak I, bukan suami you kan?"
“Kalau ye pun, kenapa nak cakap kuat-kuat? Nak bagi satu dunia dunia dengar ke?” rengus Rohana, geram.
“Okay, I’m sorry. Nanti kita tak dapat saham lagi.”
“Tahu pun. Business you macam mana?”
“So far, okay. I kena pergi London semula minggu depan, baby.”
“Berapa lama?”
“Two weeks,” jawab Hazli, perlahan.
“Lamanya, baby. Nanti kami ini macam mana?”
“Ini semua untuk kita, babe. Bukan orang lain.”
Jawapan Hazli membuatkan Rohana mendiamkan diri. Entah mengapa, tiba-tiba badannya terasa sakit. Namun begitu, dia hanya terfikir bahawa itu adalah kesan mengandung walaupun agak kerap sakit itu datang. Kadang-kadang dia akan berasa loya dan muntah-muntah. Bezanya cuma setiap malam dia pasti akan berpeluh. Bingung dia memikirkan semuanya.
* * * * *
“Abang, benda ini tak boleh buat gurau abang! Jangan tuduh tanpa bukti kukuh,” ujar Nadira setelah mendengar kenyataan suaminya itu.
“Abang takkan tuduh orang tanpa usul periksa, cuma abang masih dalam proses mengumpul bukti untuk laporkan nusyuz ke atas Ana. Buat apa simpan orang yang begitu dalam keluarga kita?” jawab Aamir, keras.
“Takkanlah sampai nak laporkan nusyuz?” tanya Nadira lagi.
“Ida, kalau sampai mengandung anak orang lain pun dikatakan anak abang, Ida nak ke suami Ida ini orang kata dayus? Lambat laun perkara ini pasti akan terbongkar. Ida nak ke orang hina abang ini?” ujar Aamir, cuba meyakinkan isterinya itu.
“Mama takkan setuju. Malu dia nanti.”
“Kenapa sayang mesti fikir tentang mama, sedangkan mama tak pedulikan sayang pun?”
“Sebab dia itu syurga abang. Tak guna sayang jaga syurga sayang ini kalau abang tak tentu cium bau syurga. Selagi boleh, selagi kita mampu, jangan abang terfikir pun nak melawan mama itu.”
“Abang tak ada niat nak melawan, abang cuma tak nak mama menyesal. Itulah sebabnya abang masih mengumpul bukti.”
“Terpulanglah pada abang.Ida yakin, abang tahu apa yang terbaik untuk semua orang.”
“Macam itulah isteri abang. Pandainya mama baby ini, kan baby?” seloroh Aamir sambil mengusap perut Nadira.
“Ish, abang ini! Baru empat bulan, belum sempurna pun lagi jasadnya.”
“Apa salahnya? Mana tahu roh dia boleh dengar kata-kata mama dengan ayah dia ini,” jawab Aamir sambil tersenyum nakal.
“Abang buat lawak eh? How funny,” sindir Nadira sambil pura-pura tertawa.
Geram dengan respon Nadira, Aamir bertindak mencubit pipi isterinya itu dan tindakannya membuatkan Nadira terjerit kecil.
* * * * *
Mak Aina sedang membelek botol sos tomato di rak apabila dia terdengar suara Rohana bercakap dengan seorang lelaki di belakangnya. Dia tidak menoleh, sebaliknya hanya memasang telinga sahaja.
“Kenapa you tak nak suami you teman you pergi pemeriksaan tadi? Bukan sepatutnya dia yang pergi ke?” tanya Hazli.
“Dia tak nak pergi. I tak tahulah, sejak kebelakangan ini dia macam tak endahkan I sangat. I rasa peliklah dengan perangai dia,” jawab Rohana.
“Kenapa tak paksa dia?”
“Buat apa? Lagipun, bukan anak dia pun. I tak pernah beritahu you ke dia tak pernah sentuh I?”
“Tak ada pun. Kiranya you ni memang sucilah semasa kita bersama itu?”
“Ish, janganlah cakap terang-terang! Kalau orang dengar macam mana?”
Hanya itu saja yang dapat didengari oleh Mak Aina. Setelah mendengar perbualan ‘berani mati’ menantunya itu, kepala Mak Aina mula pening dan akhirrnya dunianya kelam.
Sedar-sedar saja dia sudahpun berada di rumah dan dia mendapati Pak Zaini, Aamir dan Nadira di sebelahnya. Tak lama selepas itu dia dapat mendengar suara Ariana, anak sulungnya.
“Mama ini kan, kan along dah suruh mama rehat. Tak memasal saja darah mama naik di pasar raya!” bebel Ariana tanpa mempedulikan orang lain yang sedang memandangnya.
“Mama minta maaf, tapi mama nak bercakap dengan Aamir saja. Boleh?” jawab Mak Aina, lemah.
Mendengar kata-kata Mak Aina, Ariana, Pak Zaini dan Nadira meninggalkan Mak Aina bersama Aamir.
“Apa ni, ma? Nanti boleh cakap kan? Mama rehatlah dulu.”
“Tak, mama nak kamu beritahu mama sekarang juga. Kamu tak pernah sentuh Ana, betul kan?”
Aamir kaget mendengar pernyataan ibunya itu. Bagaimana dia dapat tahu?
“Mana mama dengar ini?”
“Betullah kamu tak pernah sentuh dia. Jadi, anak dalam kandungan dia itu anak siapa?”
“Rasanya mama patut dah boleh agak anak siapa. Tak perlu saya beritahu lagi,” ujar
Aamir, perlahan.
Mendengar jawapan anaknya itu, Mak Aina terkesima. Dia tak tahu apa yang patut dia rasakan kini.
* * * * *
“Lama tak jumpa, bro. Ada apa hal kau nak jumpa aku ni? Bukan kau benci aku ke?” tanya Syahmi sebaik sahaja Azhar duduk berhadapan dengannya.
“Bro, aku nak minta tolong dengan kau ini.”
“Apa saja bro kecuali satu. Aku tak boleh lepaskan bekas isteri kau untuk kau lagi. Not this time, bro.”
“Aku tahu aku salah, tapi aku masih sayangkan dia.”
“Kau tahu bukan dia jenis manusia yang cepat serik? Kenapa tanya aku lagi?”
“Kau boleh buat dia benci kau.”
“No way. Aku tak pernah buat dia benci aku. Dulu pun tak, apatah lagi sekarang.”
“Aku merayu sangat ini. Aku masih perlukan dia.”
“Kalau kau nak, kau pergi pujuk dia sendiri. Andai dia pilih untuk bersama kau semula, aku akan lepaskan dia. Hanya selepas dia beritahu aku sendiri yang dia pilih kau.”
“Okay, bro. Terima kasih banyak-banyak. Kau nak makan apa? Pesanlah, aku belanja.”
Syahmi tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang Azhar dengan penuh rasa simpati. Namun apakan daya, nasi sudah jadi bubur.
* * * * *
“Kenapa dengan saya doktor? Sudah hampir sebulan saya demam
selsema, tapi masih belum baik lagi. Saya bukan apa, takut bahayakan kandungan
saya sahaja,” ujar Rohana selepas melihat doktor tersebut hanya mendiamkan diri
sedari dia masuk tadi.
“Puan ada lakukan seks rambang? Suntik dadah ke? Atau pernah
menjalani pemindahan darah di luar negara?”
“Tak ada, doktor. Kenapa?”
“Saya dapati Puan Rohana positif HIV. Maafkan saya, puan.
Pada mulanya, saya pun seperti tak percaya kerana saya sudah lama mengenali
puan. Maka, saya membuat keputusan untuk melakukan ujian sebanyak dua kali
lagi, dan hasilnya tetap sama.”
“Bagaimana saya boleh dijangkiti, doktor? Saya tak pernah
lakukan aktiviti-aktiviti tersebut.”
“Puan kena tanya suami puan. Mungkin dia adalah pembawa
virus tersebut. Andai kata dia pembawa, memang ada kemungkinan untuk puan
menghidapi penyakit ini.”
Rohana sudah tidak menghadam kata-kata doktor tersebut. Fikirannya
melayang memikirkan seorang lelaki. Ya, hanya lelaki itulah yang mempunyai
jawapan kepada semua persoalan yang dia cari.
Keluar saja dari bilik doktor, Rohana berjalan longlai.
Dunianya dirasakan gelap. Tanpa dia sedari, ada kereta yang mendekatinya telah
membunyikan hon berkali-kali.
* *
* * *
“Mak, dah lama sampai? Ana mana, mak?” tanya Aamir, cemas
sebaik sahaja dia terlihat kelibat Mak Gayah di depan bilik pembedahan.
“Ana masih dalam bilik pembedahan. Mak risau Aamir, takut
dia keguguran.”
“Sabarlah, mak. Kita tunggu doktor. Mak duduk dulu, biar
saya yang tunggu.”
Tak lama selepas itu, kelihatan doktor keluar daripada bilik
pembedahan. Kesemua mereka yang ada disitu meluru ke arah doktor tersebut.
“Siapa waris pesakit?” tanya Dr. Farish.
“Saya suami dia. Kenapa dengan isteri saya, doktor?” tanya
Aamir semula setelah menjawab soalan Dr. Farish.
“Encik, boleh saya berbincang dengan encik sekejap?” tanya
Dr. Farish lalu meninggalkan mereka yang
ada di situ dalam keadaan terpinga-pinga. Aamir hanya mengikut Dr. Farish
menuju ke bilik doktor tersebut.
“Silakan duduk, Encik…”
“Aamir.”
“Ya, Encik Aamir. Sila duduk,” jemput Dr. Farish lalu duduk
di tempatnya. Aamir pula melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Dr.
Farish.
“Saya ada dua berita buruk mengenai Puan Rohana.”
“Dua?” tanya Aamir, inginkan kepastian.
“Ya, encik. Dua. Saya harap encik boleh tabahkan hati dengan
apa yang bakal saya sampaikan ini kerana sebagai ketua keluarga, encik harus
kuat untuk Puan Rohana.”
“Okay, doktor dah buat saya seram ini. Apa dia, doktor?”
“Yang pertama, kandungan Puan Rohana telah keguguran. Janin
dalam Rahim Puan Rohana telahpun tidak bernyawa sebaik sahaja tiba di hospital.”
“Innalillah wainnailaihi rajiun. Mungkin tak ada rezeki
kami. Kedua, doktor?” jawab Aamir, cuba mempamerkan imej baik isterinya di mata
orang luar.
“Yang kedua, isteri encik positif HIV. Maka, secara
automatiknya saya harap encik dapat berikan kerjasama encik untuk melakukan
ujian darah bagi menentukan sama ada encik dijangkiti ataupun tidak.”
*bersambung*
Foot print: Jangan main sorok-sorok lagi boleh tak? ;(
No comments:
Post a Comment