Tuesday, May 1, 2012

Kasih Tercipta Part 2...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog yang serba indah ini... Pagi ini ana nak sambung cerpen bersiri ana yang ke-4 itu... Untuk part sebelumnya, sila klik sini... So, here we go... =)

"Kenapa Syaz, maklang? Kenapa bukan abang Rid?"tanya Umairah, hairan.

"Sebab maklang nak bagi Syaz faham apa ertinya keluarga. Antara 3 anak lelaki maklang, Syaz adalah yang paling bertanggungjawab sebenarnya tapi silap kami juga sebab lebihkan Rid dulu dan biarkan Rid memfitnah dia sehingga makan hati dengan keluarga ini," jawab Datin Rosnah lalu mengeluh.

Mendengar jawapan Datin Rosnah, ingatan Umairah kembali kepada memori hitam 6 tahun lepas. Ketika dirinya dan Syazwan berada di tingkatan 5. Kebetulan ketika itu dia berada di rumah keluarga itu kerana ibu bapanya pergi mengerjakan umrah.

"Cakap betul-betul Syaz, betul ke kamu tak ambil duit abah?"tengking Datuk Shahrizal.

Syazwan kelihatan sangat keliru. Mana mungkin dia yang mengambil duit itu kerana dalam dompetnya hanya ada RM10 yang diberikan oleh ibunya semalam. Duit yang hilang itu besar nilainya, RM1000 semuanya.

"Betul, abah. Syaz tak ambil. Buat apa Syaz nak tipu?"jawab Syazwan, berani.

"Habis, macam mana duit abah boleh ada bawah katil kamu? Oh, kecil-kecil dah pandai menipu ya! Sudahlah mencuri, menipu pula ya kamu!"bentak Datuk Shahrizal.

"Tapi paklang, Mai ada dalam bilik Syaz tadi. Tak ada pula duit itu..."Umairah cuba menyampuk.

"Kamu diam, Mai! Jangan nak bela budak ini. Mulai saat ini, kamu dihukum tidak boleh keluar bilik selama seminggu. Makan minum kamu semuanya Mak Wan atau ibu yang hantarkan. Kalau nak teman study, jerit saja panggil Mai tapi jangan sesekali bukak pintu bilik kamu atau abah akan kunci dari luar. Masuk bilik kamu sekarang!"arah Datuk Shahrizal.

Umairah dapat melihat wajah berang Syazwan selepas mendengar arahan Datuk Shahrizal itu. Dia dan Syazwan sama-sama dapat menduga siapa yang mengambilnya tapi dia tak pernah menyangka abang kandung Syazwan itu akan memfitnah adik kandungnya sendiri. Timbul rasa bersalah di benak hati Umairah kerana tak dapat membantu Syazwan.

"Macam mana, Mai? Kamu setuju tak dengan rancangan maklang?"tanya Datin Rosnah, mematikan lamunan Umairah.

"Mereka mahu setuju ke, maklang? Yalah, itu dah dikatakan kahwin paksa. Kalau mereka buat kontrak ke apa nanti, macam dalam drama-drama TV itu, macam mana?"tanya Umairah pula.

"Maklang akan pastikan benda itu berlaku ikut apa yang maklang rancang,"jawab Datin Rosnah.

Mendengar jawapan Datin Rosnah, Umairah hanya menelan air liur kerana dia tahu keupayaan wanita itu. Wanita itu pasti boleh menyatukan kawan baiknya itu dengan sepupunya.

*     *     *     *     *

"Apa? Abah terima pinangan itu? Kenapa mama tak halang abah?"tanya Arissa sambil menumbuk-numbuk bantalnya.

"Kalau abah tak terima, ada lagi ke manusia yang nak terima kamu itu, Lea? Cubalah fikir, dengan perangai kamu itu, mama rasa putera raja pun lari,"jawab Mak Ana di hujung talian.

"Lea tak sukalah abah pandai-pandai tentukan hidup Lea. Lea dah besar, bukan budak-budak lagi. Mama cubalah cakap dengan abah,"pujuk Arissa.

Sejak bila abah tentukan hidup kamu sebelum ini, Lea? Selama ini apa yang kamu pilih kami tak pernah bantah. Sekali ini saja abah buat keputusan untuk kamu, itupun untuk kebaikan kamu juga. Kamu ingat kamu dah besar, kamu boleh lari daripada kami? Kamu itu tetap milik abah dan mama, sehinggalah kamu dah sah jadi isteri orang nanti. Faham?"bebel Mak Ana.

Mendengar bebelan Mak Ana, Arissa merengus geram. Namun dia tahu keputusan ayahnya itu tak mungkin boleh dibantah. Apa yang dia boleh lakukan hanya mencuba untuk redha.

"Apa-apa sajalah mama. Lea malas nak bergaduh dengan mama. Okaylah, Lea nak mandi dulu. Assalamualaikum,"jawab Arissa.

"Ha, nak larilah itu. Yalah, waalaikumussalam,"jawab Mak Ana lalu memutuskan talian.

Selepas talian terputus, Arissa menjerit sekuat hatinya lalu membaling bantal-bantalnya ke dinding.

Tak lama selepas itu, Umairah pun muncul di hadapan Arissa. Terkejut bukan kepalang Umairah melihat bilik Arissa seperti dilanda garuda.

"Kau kenapa, Arissa? Dah kena sampuk hantu ke apa?"tanya Umairah, separuh menjerit.

"Aku dah dipinang orang, Mai!"jawab Arissa, sambil meraung.

"Pulak dah? Siapa yang datang meminang kau?"tanya Umairah, hairan bercampur cuak. Manalah tahu kalau-kalau ada orang lain masuk meminang kawan baiknya itu. Rosak rancangan ibu saudaranya itu.

*bersambung*



Foot print: May is not a good month for me... :(

No comments:

Post a Comment