Wednesday, April 25, 2012

Kasih Tercipta Part 1...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam bloggie ana ini... So, pagi ini, ketika ana berasa sangattttttttttt boring, ana tetiba dapat idea untuk mengkaryakan diri semula... Terima kasih kepada seorang junior ketika ana di kolej dahulu, Atilla kerana memberikan idea tentang karya baru ana ini... Terimalah cerpen bersiri yang bertajuk "Kasih Tercipta"...

Syazwan sedang tidur lena apabila ibunya menjerit memanggil namanya. Jeritan itu mengejutkannya dari tidur. Dia memang sangat pantang orang lain mengganggu tidurnya meskipun keluarganya sendiri. Dia betul-betul pantang dan ini merosakkan mood Syazwan di pagi hari.

Dia bingkas bangun dan menuju ke luar bilik. Dilihat ibunya, Datin Rosnah sedang mencekak pinggang sambil memandangnya dari tingkat bawah.

"Ibu nak apa jerit pagi-pagi ini? Ibu tak tahu ke sekarang waktu Syaz tidur?"tanya Syazwan, kasar.

"Kalau ibu tak jerit, alamatnya sampai pukul 1 petanglah kamu tidur kan? Sudah, siap cepat! Abah suruh kamu tolong dia di pejabat,"arah Datin Rosnah.

"Ala, perlu ke Syaz pergi tolong lagi? Abang Rid kan ada. Lagipun, dia kan anak kesayangan abah,"sindir Syazwan.

"Muhammad Syazwan! Boleh tak jangan degil dan pergi mandi? Jangan banyak cerita, abah cakap dia nak kamu ada depan mata dia before 9, get it?"arah Datin Rosnah lagi.

Syazwan tidak menjawab, lalu masuk semula ke dalam biliknya lalu menghempaskan pintu bilik. Datin Rosnah yang sudah lali dengan baran anak keduanya itu hanya mampu menggelengkan kepala.

*     *      *      *      *
"Arissa, kau tidur lagi ke?"sergah teman serumah Arissa, Umairah apabila dia melihat gadis berusia 22 tahun itu masih lagi lena diulit mimpi.

Mendengar sergahan Umairah, Arissa terus bangkit dari tidurnya.

"Sekarang pukul berapa?"tanya Arissa, separuh sedar.

"Arissa Azalea, sekarang sudah pukul 7.30 pagi. Bukankah anda ada test pukul 8?"tanya Umairah.

"Hah?Pukul 7.30? Aduh, mati aku! Subjek Prof. Imran kot,"jawab Arissa dan terus berlari menuju ke arah bilik air yang terletak di sebelah kanan katilnya.

Melihat gelagat Arissa, Umairah hanya menggelengkan kepala. Namun, dia memilih untuk duduk di atas katil Arissa kerana dia tahu Arissa akan memerlukannya sebentar lagi.

5 minit kemudian, Arissa keluar dari bilik airnya. Tanpa disuruh, Umairah menyerahkan pakaian kepada Arissa untuk menjimatkan masa.

"Terima kasih, Mai. Kau memang sahabat sejati aku,"ampu Arissa sambil bergegas memakai pakaiannya tanpa mengendahkan Umairah yang masih lagi duduk di hadapannya.

"Aduhai, Arissa. Bilalah kau ini nak berubah? Takkanlah lepas kau kahwin nantipun, aku nak kena membebel setiap pagi untuk kau?"tanya Umairah sambil mencebik mukanya.

"Ha... Boleh juga itu. Anyway, thanks Mai... Love you... Aku pergi dulu,"jawab Arissa bersahaja lalu berlari keluar dari biliknya.

Umairah tidak mengejar, sebaliknya hanya duduk memandang pemergian Arissa itu. Selepas itu, dia bangun dan mengutip semua baju-baju kotor Arissa untuk dimasukkan ke dalam bakul kain yang hendak dibasuh.

"Bilalah budak ini nak berubah?"ngomel Umairah sendiri.

*     *     *      *     *

"Assalamualaikum maklang, maklang sihat?"sapa Umairah sambil mencium tangan ibu saudaranya yang terdekat dengannya selama 3 tahun pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan Sains (Kimia).

"Waalaikumussalam, Mai. Alhamdulillah maklang sihat. Jemputlah duduk,"jawab Datin Rosnah lalu mempelawa anak saudaranya itu ikut.

Mendengar pelawaan ibu saudaranya, Umairah duduk di hadapan Datin Rosnah. Betapa Datin Rosnah sedikit sebanyak telah menghilangkan rasa rindunya pada ibunda tercinta yang nun jauh di Kulim, Kedah. Ibunya merupakan adik kepada suaminya Datin Rosnah, Datuk Shahrizal. Jadi, Umairah dengan Syazwan adalah sepupu.

"Lama Mai tak datang, Arissa tak ikut sekali ke?"tanya Datin Rosnah.

"Tak, dia ada peperiksaan hari ini. Syaz mana? Tak nampak pun dia. Bukan ke dia baru saja habis master dia di UK itu?"tanya Umairah pula setelah menjawab soalan Datin Rosnah tadi.

"Dia kena paksa tolong paklang kamu itu kerja kat pejabat. Tahu sajalah Syaz itu, mana rapat dengan kami semua. Almaklumlah sejak tingkatan 1 duduk asrama, lepas SPM terus fly pergi UK. Lagi pula, hubungan dia dengan paklang mana baik sejak kes abang Rid kamu dulu, kamu ingat kan?"jelas Datin Rosnah.

"Oh ya, masih ingat lagi. Nyaris-nyaris juga abang Rid nak hilang nyawa gara-gara baran Syaz itu. Oh ya, Iz pula apa khabar? Dia masih di MRSM Mersing lagi ke?"tanya Umairah lagi.

"Ya, dia sayang nak tinggalkan situ. Mula-mula, dia dapat Taiping tapi dia minta dikekalkan di Mersing sebab kawan-kawan dia ramai yang kekal disitu. Mak ayah kamu sihat tak?"tanya Datin Rosnah pula selepas menjawab persoalan Umairah.

"Alhamdulillah sihat maklang, mama dengan ayah kirim salam dekat maklang sekeluarga. Katanya, insya-Allah, bulan depan mereka datang sebab nak jemput saya,"jawab Umairah.

"Waalaikumussalam. Sedar tak sedar, dah nak habis dah anak maklang ini. Nanti mereka datang, maklang ingat nak buat kenduri doa selamatlah untuk kamu dengan Syaz. Nanti jemput Arissa sekali tau?"jawab Datin Rosnah pula.

"Insya-Allah maklang. Akan saya sampaikan pada Arissa nanti,"jawab Umairah.

"Cakap pasal Arissa, maklang ada hajat sebenarnya,"Datin Rosnah menukar topik.

"Apa dia maklang?"tanya Umairah, berminat.

"Arissa ada teman lelaki tak?"tanya Datin Rosnah.

"Setahu Mai, tak ada. Kenapa?"tanya Umairah pula.

"Maklang ingat nak jadikan dia menantu maklang. Maklang dah bincang dengan paklang, dia pun dah setuju. Jadi, kami ingat bulan depan nak hantar rombongan merisik dan meminang dia,"jelas Datin Rosnah.

"Untuk abang Rid ke?"tanya Umairah.

"Tak, untuk Syaz."

Jawapan Datin Rosnah membuatkan Umairah nyaris-nyaris tercekik air teh yang baru saja hendak ditelannya. Apa yang ibu saudaranya cuba lakukan ini?

*bersambung*



Foot print: Terima seadanya... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com