Thursday, August 2, 2012

Kasih Tercipta Part 8...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

Pagi itu, Syazwan pulang ke rumah atas arahan ibunya setelah semalaman bermalam di hospital. Lagipun, Arissa yang baru saja sedar juga menyokong permintaan ibunya itu. Setibanya dia di rumah, Datuk Shahrizal yang baru saja selesai bersarapan bangun menuju ke arahnya.

"Ibu kamu mana? Pagi-pagi lagi abah tengok dah hilang," tanya datuk Shahrizal, kasar.

"Ibu kat hospital, temankan Arissa,"jawab Syazwan, acuh tak acuh.

"Kronik sangat ke sakitnya sampai nak kena berteman?"tanya Datuk Shahrizal lagi, dengan nada sinis.

"Abah jangan hilangkan mood saya pagi-pagi ini. Saya tak ada masa nak layan sindiran-sindiran abah lagi. Saya nak keluar, abah marah. Jadi kalau nak saya dengan Arissa kekal kat dalam rumah ini, tolong jangan cabar kesabaran saya,"tegas Syazwan lalu meninggalkan Datuk Shahrizal yang masih terpinga-pinga.

"Abah ni kan, kalau ya pun meluat dengan Syaz itu, janganlah dibabitkan bini dia sekali. Nanti kalau Syaz mengamuk, kita juga yang susah. Abah lupa ke apa yang Syaz pernah buat masa dia mengamuk dulu?"tanya Ridhuan yang muncul entah dari mana.

Pertanyaan Ridhuan membuatkan Datuk Shahrizal teringat kembali apa yang telah berlaku dulu.

*     *      *      *      *

Datuk Shahrizal, Ridhuan dan Datin Rosnah sedang menonton televisyen apabila kedengaran bunyi kaca pecah berkali-kali dari bilik Syazwan. Mereka bertiga berlari naik ke tingkat atas dan seterusnya ke bilik Syazwan untuk melihat apa yang berlaku. Apabila Datuk Shahrizal membuka pintu bilik Syazwan, alangkah terkejutnya mereka bertiga apabila bilik Syazwan ibarat dilanda garuda. Semua barang tak berada di tempat yang sepatutnya dan Syazwan masih lagi melontarkan barang-barangnya ke lantai.

Dengan pantas, Datuk Shahrizal dan Ridhuan memegang Syazwan bagi menghentikan perbuatannya itu. Akan tetapi, Syazwan terus meronta dan meronta.

"Rosnah, kamu pergi ambil tali dan telefon ambulans,"arah Datuk Shahrizal.

"Abang nak hantar anak kita pergi hospital ke? Rosnah tak setuju!"bentak Datin Rosnah.

Habis itu, awak nak tengok anak awak ini jahanamkan rumah kita ke?"tanya Datuk Shahrizal.

Pertanyaan suaminya membuatkan Datin Rosnah tiada pilihan selain daripada mengikut arahan suaminya. Tali dihulurkan kepada Datuk Shahrizal dan ambulans juga dihubunginya.

Tanpa berlengah, Datuk Shahrizal mengikat anaknya itu dengan menggunakan tali yang diberikan oleh Datin Rosnah tadi dengan bantuan Ridhuan.

Selepas setengah jam, ambulans tiba dan Syazwan dibawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya selama seminggu, Syazwan hanya mengalami stress yang hampir teruk dan boleh membawa kepada kemurungan jika tidak dikawal.

*     *      *      *      *

"Ibu, boleh Arissa tanya sikit tak?"tanya Arissa selepas dia lihat mood ibu mentuanya itu baik hari ini. Datin Rosnah yang sedang memotong buah itu hanya mengangguk tanda isyarat membenarkan menantunya itu bertanya.

"Betul ke abang Syaz pernah curi duit abah?"tanya Arissa.

Pertanyaan Arissa membuatkan Datin Rosnah berhenti memotong. Dia memandang menantunya, dilihat wanita itu benar-benar serius dengan apa yang ditanyakannya.

"Mana Arissa tahu pasal cerita ini?"tanya Datin Rosnah.

"Arissa terdengar perbualan abah dengan abang Rid. Abang Syaz masih tak tahu lagi yang Arissa dah tahu. Betul ke ibu?" tanya Arissa lagi.

"Ini ke yang mengganggu fikiran kamu sebelum ini, Arissa?"tanya Datin Rosnah.

Arissa hanya mampu mengangguk lemah. Melihat respon menantunya itu, Datin Rosnah mengeluh.

"Ibu tak ajar anak-anak ibu jadi pencuri. Memang betul duit abah hilang waktu itu, tapi bukan Syaz yang curi walaupun abah kamu tuduh dia,"jelas Datin Rosnah.

" Habis itu, siapa? Kenapa abang Syaz tak bela diri dia? Dia tak salah kan?"bertubi-tubi pertanyaan yang dikeluarkan oleh Arissa. Hatinya memang tak puas dengan penjelasan Datin Rosnah.

Datin Rosnah tidak terus menjawab, tetapi hanya mampu mengeluh. Keluhan ibu mentua Arissa itu membuatkannya berasa semakin resah dan keliru. Apa yang berlaku sebenarnya?

*bersambung*

Gambar sekadar hiasan


Foot print: Lengkap sudah kegembiraan ana... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... =)

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com