Sunday, July 22, 2012

Kasih Tercipta Part 7...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

Syazwan yang terlelap terkejut apabila mendapati tempat tidur sebelahnya masih lagi kosong. Dia bangun dan melihat Arissa tiada di mana penjuru bilik tidurnya. Dia melihat jam di dinding, sudah pukul 3.46 pagi.

"Takkan Arissa dalam bilik air lagi?"fikirnya.

Syazwan melangkah menuju ke arah bilik airnya. Dia memulas tombol pintu bilik air, pintu itu terbuka menunjukkan pintu itu tidak berkunci.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Alangkah terkejutnya dia melihat Arissa terbaring di atas lantai bilik air. Dengan pantas dia mengendong Arissa lalu mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya di atas meja sisi katil mereka dan terus turun menuju ke tingkat bawah.

Setelah tiba di tingkat bawah, dia membawa Arissa masuk ke dalam kereta lalu mengunci rumah dan kemudiannya menghidupkan enjin kereta.

Bunyi enjin keretanya telah mengejutkan Datin Rosnah yang sedang tidur lalu dia bergegas turun menuju ke luar. Apabila dia melihat Syazwan di dalam kereta, dia melambaikan tangannya ke arah Syazwan lalu mendekati kereta Ford Escape berwarna perak milik anak keduanya itu.

"Syaz nak ke mana?"tanya Datin Rosnah setelah Syazwan menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Syaz nak bawa Arissa ke hospital. Dia pengsan,"jawab Syazwan, resah.

"Ibu ikut ya?"tanya Datin Rosnah lagi.

"Tak perlulah. Nanti kalau abah cari nanti, susah. Ibu tinggal kat rumah, if anything I'll call you,"jawab Syazwan lalu mencium tangan Datin Rosnah dan menaikkan semula cermin tingkap keretanya.

Selepas itu, kereta itupun mula mengundur dan kemudiannya hilang dari pandangan. Datin Rosnah hanya menghantar pemergian anak dan menantunya itu dengan pandangan.

*      *      *      *      *

"Macam mana dengan isteri saya, doktor?"tanya Syazwan, sebaik saja di duduk di hadapan doktor.

"Alhamdulillah, isteri encik mengandung. Sudah 2 minggu,"jawab doktor.

"Alhamdulillah, tapi kenapa dia pengsan doktor?"tanya Syazwan lagi.

"Dalam usia kandungan yang begitu muda, Puan Arissa tak boleh stress. Kalau dia stress, boleh menjejaskan dirinya dan juga kandungan. Jadi, saya harap Encik Syazwan boleh jaga isteri encik dengan baik selepas ini,"jelas doktor panjang lebar.

"Insya-Allah doktor. Saya akan usahakan. Saya nak pergi tengok isteri saya boleh?"tanya Syazwan lagi.

"Boleh, encik. Silakan,"jawab doktor.

Mendengar jawapan doktor, Syazwan bangun lalu keluar dari bilik doktor lalu menuju ke arah bilik wad dimana Arissa telah ditempatkan. Dia berjalan menuju ke arah katil isterinya yang terletak di hujung bilik. Setibanya dia di tepi katil Arissa, dia mengambil tempat di atas kerusi yang terletak di sebelahnya lalu memegang tangan isterinya itu. Hanya Allah tahu betapa bersyukurnya dia apabila mengetahui bahawa isterinya itu sudahpun berbadan dua.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering tanda mesej masuk. Dengan pantas, dia membuka peti masuk telefon bimbitnya dan melihat ibunya menghantar mesej yang berbunyi:

How's ur wife? Anything text ibu tau.

Selepas dia membaca mesej tersebut, dia membalas:

Alhamdulillah, Arissa pregnant. 2 weeks. Need to monitor her within her early pregnancy.

Selepas dia menghantar mesej itu, dia meletakkan telefon bimbitnya di atas kabinet di tepi katil Arissa kerana dia tahu telefon itu akan berdering lagi. Seperti yang dijangka, selepas 3 minit, telefon bimbit itu berdering lagi kerana ibunya telah membalas mesejnya tadi yang berbunyi:

Alhamdulillah. Really? Dia stress kot. Tapi apa punca dia stress?

Mesej ibunya itu membuatkan dia berfikir. Apa sebenarnya masalah isterinya? Dia tahu kebelakangan ini ada perkara yang mengganggu fikiran isterinya tetapi dia tak tahu apakah ia masalah yang membelenggu fikiran Arissa itu.

Dia sudah nekad untuk mengorek masalah itu. Jika isterinya tidak mahu berterus terang, dia akan mencari daripada sumber-sumber lain pula. Sedang dia berfikir, dia baru teringat yang isterinya itu menyimpan sebuah diari. Fikirnya, masalah itu pasti ada di dalam diari itu.

Syazwan memandang wajah Arissa. Isterinya itu suka memendam perasaannya menyebabkan kadang-kadang dia merasakan masih ada jurang di antara dirinya dan diri Arissa. Isterinya banyak memilih untuk diam dan jika dia memarahi Arissa, isterinya pasti akan tunduk membisu.

"Ya Allah, apakah yang isteriku ini sembunyikan daripadaku?"Syazwan berkata sendiri.

*bersambung*



Foot print: Jangan ingat ana tak tahu apa-apa... ;)

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com