Friday, September 13, 2013

Rasa yang Sama Part 3...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam blog biru ni... Maaflah semua, aku ambil masa lama untuk sambung mencoret... Almaklumlah, sibuk dengan hidup sebagai pelajar Tahun 2... Walaupun aku tarik diri daripada menjadi seorang PPMS, namun kesibukan itu tetap ada... :)

Now, aku nak sambung cerpen bersiri aku, untuk link part sebelumnya, ada di bawah ya:


Nisa tak senang duduk mengingatkan kejadian yang dia lihat petang tadi. Dia nampak dengan jelas lelaki itu memeluk ibunya dengan selamba tanpa segan silu. Hatinya mula membuahkan perlbagai pertanyaan yang pastinya dapat dijawab oleh ibunya. Maka, dia mengambil keputusan untuk mencari ibunya yang berada di ruang tamu bersama bapanya, Encik Saifullah.

Apabila tiba di ruang tamu, dia mengambil tempat bersebelahan ibunya. Melihat kehadiran Nisa, ibunya memandang wajah anak sulungnya itu. Dia tahu anaknya itu pasti ada soalan yang ingin ditanyakan.

"Siapa lelaki yang mama jumpa petang tadi?" tanya Nisa, hairan.

"Lelaki yang mana ni, sayang?" tanya Puan Hajar pula, pura-pura tak tahu. Encik Saifullah yang mendengar perbualan dua beranak sudah mula memasang telinga.

"Lelaki yang bawa kereta Toyota Vios putih itu, yang ambil mama Na petang tadi."

"Oh, Asyraf! Mama dah anggap dia macam anak kandung mama sendiri. Kenapa?"

"Mama bukan tak suka pegang orang yang bukan mahram ke? Kenapa mama boleh peluk Asyraf?" tanya Nisa.

"Dah memang Asyraf mahram mama dengan ayah. Memanglah mama boleh peluk dia," sampuk Encik Saifullah.

"Tapi kenapa, ayah?" tanya Nisa kepada ayahnya pula.

"Sebab Asyraf itu sebenarnya suami kamu," jawab Encik Saifullah dengan wajah yang selamba. Puan Hajar pula terkejut mendengar jawapan suaminya itu.

"Suami along? Bila along kahwin, ayah?" tanya Nisa, terpinga-pinga.

"2 tahun lepas. Itulah memang pilihan hati kamu, kamu dah tunggu dia dekat 10 tahun," jawab Encik Saifullah sambil tersenyum memandang Nisa. Dia masih ingat lagi saat Nisa menyatakan padanya tentang Asyraf buat pertama kali 5 tahun lepas. Asyraf memang merupakan satu-satunya lelaki pilihan anaknya yang dia perkenan untuk dijadikan menantu.

"Kenapa along tak boleh ingat apa-apa tentang dia? Along cuma ingat, dia ada ucap terima kasih pada along sebab terima dia jadi suaminya, itu saja."

Nisa memegang kepalanya, kepalanya terasa sakit. Melihat keadaan Nisa, Puan Hajar berlari ke dapur mengambil ubat dan air suam lalu diberikan kepada Nisa.

"Abang ini berterus terang sangatlah, tengok apa dah jadi?" rungut Puan Hajar.

"Tak apa, ma. Lebih baik along tahu daripada along menyangka yang along masih dara."

"Betul cakap along," sokong Encik Saifullah.

"Terima kasih, ayah sebab berterus terang. Ma, along nak jumpa dia esok. Boleh mama uruskan?"

"Insya-Allah, along. Along naiklah rehat dulu, nanti esok mama akan telefon Asyraf,"jawab Puan Hajar.

"Baiklah, mama, ayah. Along naik dulu, selamat malam."

Nisa bangun lalu beredar menuju ke biliknya di tingkat atas. Setibanya di biliknya, dia melihat telefon bimbitnya berdering tanda ada mesej masuk. Dia membuka peti masuk, terlihat nama "Encik Suami" di atas. Dia terus menekan nama tersebut, dan mesej yang masuk itupun muncul:

Selamat malam Puan Isteri. Semoga mimpikan abang malam ini, abang sayang Nisa... :)

Membaca mesej selamat malam yang dihantar oleh suaminya itu, Nisa tersenyum. Meskipun dia tak tahu apa-apa tentang Asyraf, namun dia dapat mengagak yang suaminya itu pasti manja orangnya. Dia pun membalas mesej tersebut yang berbunyi:

Selamat malam juga Encik Suami. I've been dreamed of you since the past 3 months, cuma abang saja tak pernah tahu. Nisa rasa Nisa sayang abang juga... ;)

Tak lama selepas mesej tersebut dihantar, telefon bimbit iPhone 5C milik Nisa berdering tanda panggilan masuk. Nama "Encik Suami" tertera lagi. Nisa tersenyum, dia tahu suaminya pasti terkejut. Dia pun menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, abang."

"Wa'alaikumussalam, Nisa? Nisa dah ingat abang ke?" tanya Asyraf di hujung talian. Ada nada teruja dari riak suaranya.

"Taklah ingat sangat, tapi Nisa cuma dah tahu siapa abang dalam hidup Nisa. Ayah beritahu tadi. Abang, boleh abang datang rumah esok? Ada benda yang Nisa yang bincangkan," terang Nisa.

"Boleh, sayang. Esok pukul berapa?" tanya Asyraf.

"Ikut abanglah, jumpa esok ya. Nisa nak tidur dulu, assalamualaikum."

"Wa'alaikumussalam," jawab Asyraf sebelum Nisa memutuskan talian. Selepas itu, Nisa pun meletakkan telefon bimbitnya di atas meja sisi katilnya lalu membaringkan diri untuk tidur.

*     *     *      *     *

"Siapa itu, Asyraf?" tanya wanita yang duduk di sebelah Asyraf sedari 2 jam yang lalu. Kelihatan rakan-rakan lain yang berada di meja yang sama menunjukkan riak tidak puas hati dengan soalan itu.

Asyraf tidak menjawab, sebaliknya hanya duduk di tempatnya. Melihat reaksi Asyraf, wanita itu mulai berang.

"Asyraf, siapa yang Asyraf call tadi?" tanya Fazzrina, wanita tersebut.

Asyraf memandang wajah wanita itu, apalah masalah wanita ini sebenarnya?

*bersambung*

Foot print: Dah mula berputus asa... :(

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com