Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam belog yang dah 4 tahun aku bela... So, hari ini adalah hari second last aku praktikal kat syarikat ini dan esok adalah last day... Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya... Aminnnn... :')
Tapi itu bukan apa yang aku nak coretkan... Aku sebenarnya nak tulis cerpen bersiri baru... Hah? Apa jadi dengan "Kasih Tercipta" itu? Chill dulu, cerpen yang itu terpaksa aku diamkan buat sementara waktu atas sebab-sebab tertentu... Insya-Allah nanti aku akan sambung semula, okay?
So, cerpen baru ni tajuk dia... Aaahhhh... Aku tak tahu nak letak tajuk apa, so aku bukak offer kat korang semua untuk bagi tajuknya... So, aku bagi korang baca dulu part 1 ni, siapa yang ada tajuk yang sesuai, boleh comment di bawah atau di Facebook post aku yang berkaitan dengan cerpen ni... Tak tahu kat mana? Tekan sini... So, ayuh kita mulakan...
"Mama!!!!!!" jeritan itu mengejutkan Puan Hajar yang sedang menyimpan baki lauk makan tengahari tadi ke dalam periuk. Laju dia berlari ke tingkat atas, menuju ke sebuah bilik yang terletak di tingkat atas, betul-betul bersebelahan tangga. Dia membuka pintu bilik tersebut dan terkejut melihat penghuni bilik itu sedang memegang kepalanya bagi menahan kesakitan di kepala.
Puan Hajar menghampiri wanita itu lalu dipeluknya. Saat Puan Hajar memeluk wanita itu, wanita itu terus menangis sekuat hatinya.
"Kenapa ni sayang? Are you okay?" tanya Puan Hajar, risau.
"Mama, along mimpi dia lagi. Kali ni along mimpi piknik kat pantai dengan dia, along nampak mesra sangat dengan dia. Siapa dia, ma? Siapa dia?" laung Nisa, seperti orang gila.
"Siapa yang along mimpi ni?" tanya Puan Hajar, hairan.
"Seorang lelaki ni, tinggi dia lebih kurang along saja. Kulit dia sawo matang. Tak tahulah macam mana nak terangkan kat mama ni," rungut Nisa, separuh bengang.
Mendengar jawapan Nisa, Puan Hajar terkesima. Dia memikirkan sesuatu untuk dijadikan jawapan.
"Macam nilah, along pergi ambil wuduk, solat Zuhur then along tidur. Mama akan usahakan sesuatu okay?" jawab Puan Hajar bagi menenangkan anak sulungnya.
Nisa mengangguk. Puan Hajar melepaskan pelukan anaknya lalu turun semula ke tingkat bawah dan mencari telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang. Setelah beberapa deringan, kedengaran suara seorang wanita di hujung talian.
"Assalamualaikum Kak Na, ini Hajar," Puan Hajar membuka bicara.
"Wa'alaikumussalam Hajar, lama tak dengar suara Hajar. Hajar sihat. Kak Na baru ingat nak telefon Hajar," jawab Puan Aina dari hujung talian.
"Ada apa Kak Na nak telefon Hajar? Ada hal penting ke?" tanya Puan Hajar.
Mendengar pertanyaan Puan Hajar, Puan Aina tergelak.
"Patutnya kita tanya dia, dia pula yang tanya kita ya. Tak adalah, Asyraf itulah. Dia dah mula tanya kenapa isterinya tak ada dengan dia dan kenapa dia tak boleh ingat apa-apa tentang semua orang walaupun dia masih ingat semua orang. Yang dia dah mula ingat pun tentang kami sekeluarga saja."
"Samalah kita, Kak Na. Nisa selalu termimpikan kenangan dia dengan Asyraf kebelakangan ni. Sampai pergi pasar malam pun termimpi-mimpi. Jadi, apa kita nak buat sekarang?"
"Asyraf pun ada mimpikan Nisa, tapi dia kata macam kabur. Kak Na rasa kita patut bincang dengan Dr. Ikhwan. Macam mana Hajar?" tanya Puan Aina pula.
"Hajar setuju. Bila kita nak ke hospital?"
"Petang ni, Kak Na ambil kamu. Okay?"
"Baiklah, lepas Asar ya Kak Na?"
"Insya-Allah, apa-apa whatsapp akak ya. Assalamualaikum..."
"Wa'alaikumussalam," jawab Hajar lalu memutuskan talian. Dia memandang telefon bimbit Samsung Galaxy Grand miliknya, untuk memastikan talian sudah diputuskan.
"Dah sampai masa untuk perbetulkan keadaan," Puan Hajar bermonolog sendiri.
* * * * *
"Mama keluar dulu, Asyraf kunci pintu rumah ya. Jangan bagi orang masuk tau?" pesan Puan Aina sebelum keluar rumah. Asyraf yang sedang menonton televisyen itu menoleh ke arah ibunya.
"Ma, Asyraf ni dah 28 tahun, bukan 8 tahun. Yang sakitnya, memori Asyraf saja. Yang lain sihat lagi. Mama janganlah buat Asyraf macam budak kecil," jawab Asyraf, panjang lebar.
"Manalah tahu kan, anak mama ni kan tak sihat sampai tak nak pergi kerja," sindir Puan Aina menyebabkan anak lelaki sulungnya itu panas telinga.
"Baiklah, mamaku sayang. Minggu depan Asyraf masuk kerjalah."
"Bagus, macam itulah anak mama. Ada apa-apa nak pesan?" tanya Puan Aina.
"Ada, Asyraf nak isteri Asyraf. Boleh mama pergi ambil dia balik?" tanya Asyraf pula.
"Bukan tak nak, tapi tak boleh. Nantilah mama usahakan. Assalamualaikum."
"Wa'alaikumussalam," jawab Asyraf lalu memandang semula ke arah televisyen di hadapannya. Namun, fikirannya mula melayang.
* * * * *
"Terima kasih sebab terima abang dalam hidup Nisa. Abang tahu kita dah kenal lama, sejak tingkatan enam lagi. Lepas itu, masuk universiti sama-sama. Abang tak sangka panjang jodoh kita," kedengaran suara lelaki daripada belakang Nisa.
"Sama-sama, abang. Itulah, Nisa pun tak sangka kita akan disatukan jua. Betullah kata orang, kalau dah jodoh, tak ke mana ya abang?" jawab Nisa, sambil tersenyum.
Tangan lelaki mula merayap di atas badan Nisa. Nisa hanya merelakan kerana dia tahu tangan itu berhak. Sedang mereka leka, tiba-tiba kedengaran bunyi guruh menyebabkan Nisa terkejut dan terjaga dari tidurnya.
Dia melihat sebelahnya, kosong. Ternyata itu hanya mimpi. Tapi persoalannya, siapa lelaki itu tadi? Dia telah mimpikan jejaka itu setiap malam sepanjang 3 bulan ini. Penting sangatkah lelaki itu dalam hidupnya?
Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Dia melihat skrin telefon bimbitnya. Tertera nama "Encik Suami" di atasnya. Dia kaget. Sejak 3 bulan lepas, dia tak pernah melihat walau sekalipun nama ini naik di dalam senarai panggilannya. Dia mengambil keputusan untuk menjawab.
"Assalamualaikum," Nisa membuka bicara.
"Wa'alaikumussalam, boleh saya bercakap dengan Sharifah Annisa?" kedengaran suara lelaki di hujung talian. Kalau dah namanya Encik Suami, takkan lelaki pula kan?
"Ya, saya. siapa dalam talian?" tanya Nisa pula.
"Saya bukan dalam talian, saya di hujung talian. Tak kenal saya ke?" tanya lelaki itu lagi.
Nisa kaget. Apakah semua ini? Siapa insan di hujung talian ini? Benarkah dia merupakan suami Nisa?
*bersambung*
Foot Print: Aku tetap menantimu... :')
Wednesday, August 21, 2013
Rasa yang Sama Part 1...
Posted by Izzah Nadiah at 11:11 PM
Labels: Cerpen Bersiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuba baca yang ini:
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ana ini... Har...
-
Aku termenung sendiri. Meskipun pandangan mataku dapat melihat kelibat Pulau Lagenda dari tempat aku berdiri, namun fikiran sudah tidak tahu...
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam blog biru ni... Maafla...
0 comments:
Post a Comment