Friday, February 3, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 5...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Pagi ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


"Kenapa Mas layan aku nak tak nak saja? Aku ada buat salah ke?"tanya Safwan setelah Masturah beredar dari Tesco kerana dia ada majlis makan malam di Hotel Syuen Ipoh malam itu.

"Dia terasa hati dengan kau kot sebab tak beritahu dia pasal kau pinang Ainul itu,"jawab Shafrizal, mendatar.

"Pasal apa pula?"tanya Safwan, hairan.

"Aku pun boleh nampak dia itu berminat dengan kau, kau ini rabun ke apa?"tanya Shafrizal kembali.

"Hah? Kau jangan pakai hentam saja Rizal. Suka hati kau saja nak cakap dia berminat dengan aku. Lagipun, aku tak ada perasaan pada dialah, aku anggap dia macam adik aku saja,"jelas Safwan.

"Patutlah dia boleh jatuh hati dengan kau, kau layan dia macam adik rupanya. Kalau kau tak ada apa-apa perasaan pada perempuan, lebih baik jangan layan dia baik sangat. Perempuan ini layan macam, mereka tak boleh terima layanan baik daripada kita. Mesti akan tangkap lentok punya,"leter Shafrizal.

"Tapi kenapa Mar tak tangkap lentok pun dengan aku walaupun aku layan dia istimewa selama ini?"tanya Safwan lagi.

Mendengar soalan itu, Shafrizal menelan air liur. Bagaimana harus dia menjawab soalan cepumas ini?

*     *     *     *     *

Sudah dua bulan Ainul bertunang dengan Safwan, namun perasaan Ainul kekal sama. Hatinya masih tak mampu menyayangi bakal suaminya itu. Entah mengapa perasaannya terhadap Shafrizal terlalu kuat sehinggakan dia terpaksa melarikan dirinya daripada jejaka itu.

Hari ini hari lahir Shafrizal. Sebagai kawan baik, Safwan telah mengajak Masturah dan Ainul untuk turun ke Ipoh untuk menyambut hari jadi Shafrizal. Pada mulanya, Ainul menolak dengan alasan dia tak larat, tetapi atas pujukan Masturah, dia akur.

Setibanya di Stesen Bas Medan Gopeng, Safwan telahpun menanti mereka di tepi jalan keluar. Dengan segara Ainul dan Masturah memasukkan beg-beg mereka ke dalam bonet kereta lalu masuk ke dalam kereta. Masturah duduk di tempat duduk belakang manakala Ainul duduk di sebelah Safwan.

"Assalamualaikum, lama tunggu?"tanya Ainul selepas masuk ke dalam kereta.

"Waalaikumussalam warahmatullah... Ish, tak apa. Ainul punya pasal, Wan sanggup tunggu sampai syurga,"seloroh Safwan sambil menjeling ke arah Masturah melalui cermin pandang belakang.

Dilihatnya Masturah sedang memandang ke luar bagi menyembunyikan keresahan hatinya. Reaksi Masturah membuatkan Safwan menggelengkan kepala. Bagaimana harus dia tolak cinta seorang kawan baik ini? Dia bimbang Masturah akan jauh hati dengan semua orang jika dia tersalah langkah.

"Kita nak sambut hari jadi Rizal kat mana ya?"tanya Ainul lagi.

"Hmm... apa kata kita bagi Mas pilih tempat? Mas, nak makan kat mana?"tanya Safwan.

"Nak area mana?"tanya Masturah, hambar.

"Mana-mana pun boleh. Selagi dekat dan dalam Perak,"jawab Safwan.

"Pergi Yong Tau Foo Sup dekat Sitiawan jelah. Benda itu susah nak jumpa kat Kuala Lumpur,"jawab Masturah.

"Ya tak ya kan. Dah lama tak makan kat sana. Nak beli kek tak?"tanya Ainul.

"Belilah,"jawab Safwan dan Masturah, serentak.

Setelah menyedari keduanya menjawab serentak, semuanya terdiam. Masturah dan Safwan saling berpandangan menggunakan cermin pandang belakang.

"Kalau macam itu, singgah Secret Recipe dululah," jawab Ainul.

Mendengar kata-kata Ainul, pantas Safwan memusingkan sterengnya bagi memasuki simpang ke kafe itu yang terletak di sebelah kirinya.

*     *      *      *      *

"Siapa pilih tempat ini nak pergi makan? Dah lama kot tak makan kat sini,"tanya Shafrizal sebaik saja dia menyedari destinasi makan mereka.

"Akulah, lagipun dah lama tak makan kat sini kot. Dulu, waktu belajar sebulan sekali mesti datang sini kan?"jawab Masturah.

"Tahu tak apa. Lepas ini kau kena selalu datang sini, Mas. Boleh aku bawa kau makan kat sini,"jawab Shafrizal.

"Boleh saja, bila-bila kau free nanti beritahulah. Yalah, nanti karang aku salah timing datang, tauke tak free pula,"seloroh Masturah.

Entah mengapa perbualan Masturah dan Shafrizal menyakitkan hati Ainul. Namun, dia tahu dia tak berhak untuk perasaan itu, kerana dia adalah tunangan orang lain.

*bersambung*



Foot print: Never stop missing... Passing 6 months and still counting... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com