Wednesday, January 25, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 1...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... Hari ini ana nak cerita serba sedikit tentang respon-respon yang ana dapat untuk cerpen bersiri ana "Kekuatan Wanita Itu" sebelum ana mulakan cerpen bersiri kedua ana selepas ana cerita tentang komen ini...

Alhamdulillah komen-komen yang ana terima sungguh memberangsangkan... Antaranya seperti di bawah:




Ramai juga yang menggalakkan ana menulis lagi... Insya-Allah, ana akan mulakan cerpen kedua ana yang bertajuk "Pengorbanan Sahabat Sejati"...

"Opocot!" latah Ainul setelah kawan baiknya membisikkan sesuatu di telinganya ketika dia sedang leka menelaah pelajaran di perpustakaan. Melihat respon Ainul yang sudah acap kali dilihatnya, Shafrizal ketawa terbahak-bahak.

Ainul mengurut-urut dadanya yang masih terkejut kerana perbuatan Shafrizal tadi. Sudahlah dia jenis manusia yang lemah semangat, kawan baiknya ini masih boleh mentertawakannya. Memang nak kena mamat ini...

"Seorang saja?" tanya Shafrizal setelah dia habis ketawa.

"Tak adalah, Mas pergi tandas. Yang kau pula, Wan mana?" tanya Ainul.

"Dia tak sihat, pergi klinik. Almaklumlah, musim hujan kan. Datanglah athma dia itu," jawab Shafrizal sambil tersengih serupa kerang busuk.

"Kenapa kau tak temankan dia saja?" tanya Ainul lagi.

"Dia yang tak bagi. Aku pun tak tahulah. Kalau bab sakit dia itu, dia memang tak nak siapa-siapa temankan dia,"luah Shafrizal.

"Eh, Rizal! Bila kau sampai? Wan mana?" tanya Masturah yang datang dari arah belakang Shafrizal dan duduk di sebelah Ainul. Dia tak selesa untuk duduk di sebelah lelaki, walaupun tempat yang Shafrizal duduk tadi adalah tempatnya.

"Dia pergi klinik,"jawab Ainul bagi pihak Shafrizal. Mendengar jawapan Ainul, Shafrizal hanya tersenyum. Sejak mula mereka berkawan lagi, Ainul memang pandai menyenangkan kerjanya.

"Oh ya ke. Rugilah aku, aku baru ingat nak minta dia ajarkan aku Finance ni. Kau pandai tak finance Rizal?" tanya Masturah lagi.

"Whoa, aku tak pandai weh. Yang ajar aku pun bukan Wan, tapi Mar. Takkan kau tak tahu Mar pandai finance?" jawab Shafrizal selamba.

"Kenapa kau tak beritahu aku kau boleh ajar aku, Mar? Sampai hati kau,"tanya Masturah, sambil memandang Ainul.

"Dah kau tak tanya. Yang kau sibukkan, bila Wan boleh ajar kau. Tak adalah aku tawarkan diri," jawab Ainul, selamba.

Mendengar jawapan Ainul, Shafrizal ketawa manakala wajah Masturah sudah naik merah menahan malu.

Begitulah mereka setiap hari. Pasti ada saja yang terkena dan mengenakan. Hubungan antara Ainul, Shafrizal, Masturah dan Safwan terlalu akrab sehinggakan mereka digelar Geng 4A seantero universiti kerana huruf pangkal nama keempat-empat mereka adalah huruf A: Ainul Mardhiah, Adam Shafrizal, Alia Masturah dan Alif Safwan. Itulah juga punca mereka menjadi rapat kerana ketika mereka di semester 1 dulu, mereka berempat selalu menjadi mangsa pensyarah kerana nama mereka terletak di atas sekali dalam senarai kelas.

Kini sudah setahun setengah mereka berkawan baik. Tak lama lagi, mereka akan memulakan latihan industri mereka sebelum mereka tamat pengajian mereka dalam ijazah sarjana muda pengajian perniagaan (pemasaran) di Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar.

Namun, sejak kebelakangan itu, Safwan selalu saja tidak sihat. Setiap minggu pasti penyakit athma yang dialaminya sejak kecil akan menyerang. Kekerapan Safwan jatuh sakit itu sebenarnya sangat membimbangkan Shafrizal tetapi dia memilih untuk mendiamkan saja atas permintaan Safwan yang tak mahu kawan baiknya itu bimbang tentangnya.

*      *       *       *       *

"Kau bimbangkan Wan kan?"tanya Ainul sambil menghulurkan air tin teh bunga kegemaran Shafrizal.

Bagi menjawab persoalan Ainul itu, Shafrizal menggangguk lemah.

"Aku pun bimbang juga, tapi aku yakin penyakit itu penghapus dosa. Kadang-kadang aku nak sangat ganti tempat dia untuk sucikan diri aku yang banyak dosa ini,"luah Ainul.

"Kalau kau yang sakit, lagilah aku risau,"jawab Shafrizal, serius.

"Kenapa pula?"tanya Ainul, hairan.

"Sebab kau itu perempuan,"jawab Shafrizal lalu mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia tak mahu perasaannya yang terpendam selama setahun setengah dihidu oleh Ainul.

"Ada-ada saja kau ini, Rizal. Walaupun aku perempuan, tapi aku kuat. Insya-Allah, aku kuat,"seloroh Ainul sambil tersenyum manis. Jawapan Ainul itu benar-benar menghiburkan hati Shafrizal lalu dia menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Ainul pula.

"Oh ya, boleh aku tahu tak, kenapa kau suka sangat datang kat tasik UTP ini? Bukan ada apa-apapun, setakat ikan banyak-banyak itu saja. Bela dalam akuarium pun boleh,"rungut Shafrizal.

"Aku akan datang sini bila aku susah hati,"jawab Ainul, lemah.

"Kau ada masalah ke?"tanya Shafrizal, bimbang.

"Tak adalah, cuma aku sedih aku akan tinggalkan hati aku kat Seri Iskandar ini. Aku tak tahulah lepas ini aku akan jejak kaki kat Perak ini lagi ke tak,"jawab Ainul.

"Sayang nak tinggalkan Perak ke sayang nak tinggalkan orang Perak?"seloroh Shafrizal.

"Dua-dua,"jawab Ainul, ringkas.

Jawapan Ainul membuatkan Shafrizal terkesima. Ainul simpan perasaan pada orang Perak? Tapi siapa? Wan ke? Seingatnya, lelaki Perak yang rapat dengan Ainul cuma 3 orang. Pertama, "buaya tembaga" fakulti, Adrian. Kedua, Safwan dan ketiga adalah dirinya. Adrian dan Safwan berasal dari Teluk Intan manakala dirinya berasal dari Ipoh.

"Sambung balik topik tadi, kenapa kau suka datang sini bila kau susah hati?"tanya Shafrizal bagi menyembunyikan keresahannya.

"Sebab bila aku tengok air tasik ini, aku rasa tenang saja. Walaupun aku akan rasa lebih tenang lepas solat dan baca al-Quran, tapi tasik ini salah satu penyumbang kepada ketenangan yang aku rasai,"jawab Ainul, ringkas tapi padat.

Shafrizal hanya tersenyum mendengar jawapan Ainul tadi. Dia ingin tahu siapakah yang telah mencuri hati wanita yang ingin dia sunting sebagai isteri ini.

*bersambung*



p/s: Catch up later guys... Daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com