Sunday, January 8, 2012

Kekuatan Wanita Itu Part 4...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog biru ini... Seperti biasa, ana nak sambung cerpen bersiri ana yang bertajuk "Kekuatan Wanita Itu"... Untuk part sebelumnya, korang semua boleh klik dibawah:

"Kenapa abang tahu jawapan soalan itu?" tanya Sarah, resah.

"Kalau abang tak boleh nak ingat saat kita kahwin, sekurang-kurangnya abang boleh tahu kenapa Sarah kahwin dengan abang kan?" jawab Fauzi sambil tersenyum.

Senyuman itu, yang paling Sarah rindui. Sudah 2 minggu senyuman itu tak muncul dibibir suaminya. Lega rasanya bila ianya muncul kembali.

"Sarah terima abang jadi suami Sarah sebab Sarah nak abang bawa kita ke syurga, insya-Allah. Kita tak pernah bercinta, jadi bila abang masuk meminang Sarah, Sarah dapat rasa abang adalah jodoh Sarah. Jadi, boleh abang bawa Sarah ke syurga nanti?" jawab Sarah pula sambil tersenyum.

"Walaupun abang tak boleh ingat apa-apapun pasal kita, insya-Allah abang boleh tunaikan permintaan Sarah yang itu. Tapi abang minta maaf awal-awal andai abang tak sempurna dimata Sarah. Yalah, dengan ingatan abang ini..."

Sarah meletakkan jari telunjuknya dibibir Fauzi menyebabkan Fauzi terkesima.

"Jangan pertikaikan kesempurnaan abang, semua manusia tak sempurna abang. Tapi Sarah terima abang seadanya abang. Biasalah, semua manusia buat silap abang tapi kalau Allah SWT ampunkan hamba-Nya dan Nabi Muhammad SAW pun ampunkan umat baginda, siapalah Sarah untuk tidak memaafkan insan yang menentukan syurga dan neraka Sarah kelak, abang?" terang Sarah panjang lebar.

Jawapan Sarah betul-betul membuatkan Fauzi berasa sangat kagum. Mana mungkin dia mampu mencari isteri seperti Sarah lagi. Ternyata didikan agama yang Sarah pernah terima benar-benar menjadikan dia seorang isteri yang solehah. Alhamdulillah...

Fauzi memandang jam di dinding dapur. Jarum jam menunjukkan sudah pukul 10 malam. Masanya sudah tiba, dia ingin membawa isterinya ke syurga. Dia tahu sudah lama isterinya bersedih, setidak-tidaknya jika dia masih belum pulih dia ingin membahagiakan Sarah.

"Sarah..." Fauzi bersuara manja.

"Ya abang?" tanya Sarah, kehairanan.

"Jom kita tidur. Abang mengantuklah," jawab Fauzi sambil mengenyit sebelah matanya.

Reaksi Fauzi membuatkan Sarah melopong. Tak dia sangka suaminya yang sakit itupun masih ingin mengajaknya "membunuh syaitan" memandangkan malam itu adalah malam Jumaat.

"Kenapa Sarah? Alahai isteri abang ini, yang sakitnya ingatan abang saja, yang lain masih boleh berfungsi lagi kan?" jawab Fauzi sambil tersenyum nakal.

Mendengar jawapan Fauzi, Sarah tersenyum. Pandai pula suaminya ini melawak. Ternyata amnesia yang dialami suaminya itu membuatkan Fauzi sudah tahu melawak.

Melihat senyuman Sarah, Fauzi menarik tangan isterinya lembut dan mereka berdua menuju ke kamar tidur mereka. Malam itu Fauzi berniat untuk membahagiakan isterinya itu.

*bersambung*

p/s: Catch up later guys, daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com