Monday, January 9, 2012

Kekuatan Wanita Itu Part 5...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog biru... Okay, dalam post hari ini ana nak sambung balik cerpen bersiri ana tu... Untuk part sebelumnya, sila tekan link-link dibawah:

"Assalamualaikum abang... Abang dah bangun?" tanya Sarah apabila dia melihat Fauzi sedang berteleku di atas katil sebaik saja dia keluar dari bilik air...


"Yalah, raba-raba kat sebelah dah tak ada orang. Sarah mandi ke?" tanya Fauzi.


"Ya, abang. Nak solat Subuh. Abang, jom kita berjemaah. Sarah tunggu abang," ajak Sarah sambil tersenyum manis.


"Iyalah kalau begitu. Abang ambil wuduk kejap," jawab Fauzi sambil berjalan menuju ke bilik air. Sarah pula menuju ke almari untuk menyiapkan pakaian solatnya dan juga Fauzi.


Selepas mereka menunaikan solat Subuh, Sarah mencium tangan Fauzi seperti yang selalu dia lakukan sejak dia sah menjadi isteri Fauzi. Selepas mereka bersalam, Sarah ingin bangun untuk ke dapur tapi dihalang oleh Fauzi.


"Kenapa, abang?" tanya Sarah setelah melihat reaksi Fauzi itu.


"Malam tadi abang mimpi Sarah. Sarah menangis marahkan abang," jelas Fauzi.


Sarah terkesima. Dia mengharap Fauzi tidak bertanyakan dosa lalu suaminya itu.


"Sarah tanya abang kenapa abang masih buat salah yang sama. Cuma, abang bingung. Apa salah abang itu, Sarah?" tanya Fauzi, hairan.


Apa yang Sarah harapkan tidak terjadi. Benar, suaminya ingin tahu tentang masa lampaunya. Ini membuatkan Sarah mula resah, kerana dia sendiri berperang untuk melupakan segalanya.


"Abang, mimpi itukan mainan tidur abang," jawab Sarah lalu tersenyum bagi menyembunyikan keresahannya.


"Malam semalam kan malam Jumaat, orang kata mimpi malam Jumaat itu petanda," jawab Fauzi.


"Betul, abang. Tapi abang kan tak buat salah, kenapa nak takut?" tanya Sarah lagi.


"Manalah tahu kan, sebelum abang hilang ingatan, abang ada buat salah ke... Boleh minta maaf pada Sarah," jawab Fauzi.


"Abang tak perlu minta maaf, kalau betul abang ada buat salah, Sarah dah lama maafkan abang. Abang jangan fikir lagi ya. Jom, kita turun sarapan," ngelat Sarah lalu menarik tangan suaminya.


"Yalah, pandai betul isteri abang ni mengelat ya."


Kata-kata Fauzi membuatkan Sarah tersentak. Itu adalah kata-kata kegemaran Fauzi sebelum dia hilang ingatan dulu. Apa mungkin ingatannya dah mula pulih?

*bersambung*



p/s: Catch up later guys... Daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com