Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... So, setelah 2 hari menghilangkan diri sebab balik ke Seri Iskandar sebab ambil result, maka ana nak sambung cerpen ana yang tertunda tu ya... Untuk part yang sebelumnya, klik kat bawah ni:
"Abang, dah seminggu abang balik rumah, tapi abang tak nak cakap dengan Sarah pun. Kenapa?" tanya Sarah apabila dia melihat Fauzi tak memberikan respon pada ceritanya.
Fauzi masih mendiamkan diri. Sarah tahu kenapa, cuma dia berharap Fauzi dapat melepaskan keluhannya. Mereka sudahpun berumah tangga selama 2 tahun, masakan Sarah tidak tahu sifat pemalu Fauzi terhadap wanita yang tidak dikenalinya. Namun, itulah kenyataan yang Sarah terpaksa hadapi. Fauzi tidak dapat mengingatinya. Pedih tapi itulah kebenarannya.
Sarah berlalu ke dapur apabila melihatkan suaminya itu masih tiada tanda-tanda untuk bercakap dengannya. Hajatnya yang ingin ke dapur untuk mengambil air terbantut seketika apabila mengenangkan nasib yang menimpanya. Dalam seminggu ini, hari-hari dia merasa sebak dengan keadaan suaminya, dan akhirnya air matanya tumpah lagi.
* * * * *
"Kenapa abang buat Sarah macam ni? Apa dosa Sarah pada abang? Abang cakap abang dah berhenti, kenapa abang buat macam ni lagi?" bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Sarah apabila kenyataan yang amat pahit itu dilafazkan oleh Fauzi.
"Maafkan abang, Sarah. Abang kahwin dengan Sarah dulupun sebab abang nak berhenti. Abang tahu Sarah terluka tapi Sarah tak pernah putus bagi semangat pada abang walaupun kita hanya kawan biasa dulu. Itulah yang buat abang ambil Sarah jadi isteri abang, dengan harapan abang akan berhenti dan ya, abang dah berhenti buat kerja gila itu sampailah Hafiz datang balik dalam hidup abang," terang Fauzi, panjang lebar. Namun Sarah yang pada mulanya berdiri menghadap Fauzi sudah terduduk kerana menangis.
Fauzi cuba mengangkat isterinya kembali, namun ditepis oleh Sarah. Fauzi bungkam, dia tahu isterinya tidak boleh terima yang dia mengulangi dosa lalunya lagi. Dia benar-benar tahu kerana dosa itulah isterinya banyak menderita dulu. Semata-mata untuk memastikan ibu bapanya takkan pernah tahu kenyataan yang dia berikan pada isterinya untuk dipikul.
"Sarah tak minta banyak pun abang, Sarah cuma harap abang berubah. Walaupun abang tak sayangkan Sarah sekalipun, tapi Sarah cuma tak nak abang buat benda terkutuk tu lagi! Kenapa abang buat macam ni, abang? Abang nak semua orang tahu ke?" teriak Sarah dalam tangisnya.
"Abang sayangkan Sarah, sayang sangat. Sarah saja satu-satunya wanita yang boleh terima abang seadanya, takkanlah abang tak sayangkan Sarah? Abang berubah pun sebab adanya Sarah jadi isteri abang. Cuma, abang khilaf Sarah. Abang terlalu ikutkan hasutan syaitan sampai abang lupa iman yang ada dalam diri," terang Fauzi lagi.
Mendengar penjelasan Fauzi, Sarah berhenti menangis lalu bangun dan memandang suaminya tajam. Titik noktah harus diletakkan, jika bukan suaminya pasti dia yang harus melakukannya. Melihat reaksi Sarah, Fauzi mula rasa berdebar. Apakah Sarah akan memintanya untuk menceraikan isterinya itu? Sungguh, demi Allah, dia tak sanggup untuk melepaskan isteri yang banyak berkorban untuknya.
"Baiklah abang, Sarah bagi masa seminggu pada abang untuk hentikan semua ini. Kalau tak, Sarah takkan teragak-agak nak laporkan abang pada polis. Walaupun ianya akan memalukan Sarah dan keluarga kita, itu lebih baik daripada Sarah simpan seseorang yang dah langgar undang-undang negara dan hukum-hakam Allah. Biarlah abang dihukum di dunia, jangan abang dihukum di akhirat kelak. Sungguh, Sarah tak sanggup nak fikirkan apa yang berlaku pada abang di padang Mahsyar nanti. Nauzubillah," tegas Sarah.
Fauzi terkejut dengan keputusan Sarah. Sangkanya Sarah akan menuntut cerai, tapi dia diberikan peluang lagi untuk berubah. Subhanallah... Alhamdulillah... Allahu Akbar... Mana lagi dia harus pergi untuk mencari isteri seperti Sarah lagi?
Air mata Sarah tak henti mengalir. Kejadian dua tahun lalu menerjah di dalam ingatan. Alhamdulillah Fauzi benar-benar berubah sejak itu, tapi Allah SWT masih ingin menduga. Dia tahu dia harus redha, kerana Allah SWT sedang menguji imannya.
"Sarah? Ini ke gambar kahwin kita dulu? Cantik," kata-kata Fauzi benar-benar mengejutkannya. Sarah mengelap air matanya lalu berpaling ke arah suami. Dilihatnya Fauzi sambil memegang album gambar perkahwinan mereka. Walaupun wajah Fauzi tampak keliru, namun dia yakin suaminya sudah sedar tentang hakikat mereka itu adalah sepasang suami isteri. Sarah berjalan ke arah tempat suaminya berdiri. Dia mengambil album itu dan melihat gambar yang suaminya lihat. Subhanallah... gambar itu gambar upacara membatalkan wuduk.
"Ya, abang. Ini gambar waktu kita sedang melakukan upacara membatalkan wuduk. Abang tahu, hari itu Sarah tengok abang kacak sangat. Macam putera raja," jawab Sarah, sambil tersenyum.
"Kenapa Sarah kahwin dengan abang dulu? Boleh abang tahu?" tanya Fauzi, ingin tahu.
Sarah terkesima. Adakah soalan itu patut untuk dia jawab?
*bersambung*
p/s: Catch up later guys, daa~

0 comments:
Post a Comment