Saturday, January 28, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 3...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Malam ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


Shafrizal sedang mengacau kopi cappuccino yang baru tiba sebentar tadi apabila Safwan duduk di hadapannya. Melihat ketibaan kawan baiknya itu, Shafrizal mengangkat tangannya kepada salah seorang pelayan yang berdiri berhampiran dengan mereka. Pelayan yang menyedari tingkah Shafrizal menghampiri mereka.

"Ya, encik. Nak order apa?"tanya pelayan itu.

"Saya nak Jasmine tea dan Chocolate Indulgence,"jawab Safwan.

"Saya nak tambah New York Cheese Cake,"sampuk Shafrizal selepas Safwan habis menyatakan pesanannya.

Selepas pelayan itu menulis pesanan mereka, pelayan tersebut beredar. Shafrizal hanya memandang Safwan yang memandang ke arah pelayan tersebut sebelum dia bertentang mata dengan kawan baiknya itu.

"Ada apa kau datang Ipoh semata-mata nak jumpa aku ini ha? Ada durian runtuh ke?"seloroh Shafrizal sambil tersenyum nakal.

"Aku nak sampaikan berita baik kat kau, kau nak dengar tak?"tanya Safwan pula.

"Berita baik apalah yang sampai kau kena drive sejam lebih hanya nak beritahu aku face-to-face ni? Penting sangat ke sampai tak boleh beritahu on the phone?"tanya Shafrizal, hairan.

"Aku nak masuk meminang seseoranglah, so nanti aku nak ajak kau ikut rombongan bila aku bertunang nanti,"jawab Safwan sambil tersenyum riang.

"Hah? Masuk meminang? Siapakah wanita yang bertuah itu?"tanya Shafrizal lagi sebelum dia meneguk kopinya itu.

"Ainul Mardhiah binti Ahmad Fauzi,"jawab Safwan, bersahaja.

Mendengar nama Ainul yang disebut, Shafrizal tersedak. Melihat Shafrizal, Safwan mula resah kerana dia tak menyangka Shafrizal akan berasa sangat terkejut dengan jawapannya.

"Mar? Sejak bila kau sayangkan Mar ini? Tak beritahu aku pun,"seloroh Shafrizal bagi menyembunyikan keresahannya yang melandanya itu.

"Sejak mula-mula kita kenal dia dulu, aku memang dah tangkap syok kat dia. Sebab itulah aku suka kau rapat dengan dia, dapatlah aku cuci mata sikit-sikit. Tapi last-last, kita semua rapat sekali kan? Aku pun tak sangka aku akan sayang dia sampai macam ni sekali. Aku berhajat sangat nak peristerikan dia, yalah, dengan penyakit aku ini kan, bila-bila saja aku boleh 'jalan' kan?"jawab Safwan lalu tersenyum.

"Weh, ajal maut jangan buat main, kita bukan boleh tahu bila kita nak 'pergi', Wan. Kau ada athma saja, bukannya sakit kronik macam sakit jantung ke kanser ke,"jawab Shafrizal.

"Alahai, tak salah kan kalau kita ingat mati? Allah SWT sayangkan hamba-Nya yang selalu mengingati mati,"jawab Safwan.

"Betul, tapi biarlah berpada. Janganlah bab ini pun kau nak kaitkan dengan mati,"bentak Shafrizal.

"Yalah, sorry bro. So, macam mana? Okay tak pilihan aku?"tanya Safwan sambil mengangkat kening.

"Kalau okay pada kau, okay juga pada aku. Aku yakin Mar akan terima pinangan kau. Kau itu cukup pakej, tak macam aku ini. Masih serba kekurangan,"jawab Shafrizal, kecewa.

"Ala bro, nak rendah diri pula. Tak ada manusia yang sempurna bro, kau lupa ke kalau tak kerana kau yang mengajak aku ke jalan yang benar, mungkin aku masih lagi seorang lelaki yang hanya Islam pada nama saja tau?"luah Safwan.

"Keimanan dan ketaqwaan seseorang boleh dipupuk dan diubah. Kau jadi diri kau yang hari ini pun, sebab kau usaha. Kalau kau sendiri tak nak berubah, sampai berbuih mulut aku berleter pun tak guna juga bro,"ceramah Shafrizal.

"Yalah ustaz Rizal, kalau cakap bab ini, mesti aku kalah punya. Kalau macam itu, okay la. Nanti apa-apa perkembangan, aku akan beritahu kau okay?"

"Baiklah, Encik Alif Safwan. Bro, jom tengok wayang. Aku belanja kau sempena kau nak masuk minang Mar ini kan?"ajak Shafrizal sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

"Okay, tapi makanan yang ini dengan makan malam kita nanti aku belanja. Boleh?"tanya Safwan.

"Set,"jawab Shafrizal sambil tersenyum.

"Maaf Mar, aku lebih sayangkan persahabatan aku dengan Wan. Aku akan doakan kau bahagia dengan Wan, itu janji aku,"bisik hati kecil Shafrizal.

*     *     *     *      *

"Ada orang masuk meminang kamu tadi, Ainul. Umi dengan walid dah setuju dengan pinangan itu,"kata Mak Dira sebaik saja Ainul dan Masturah yang baru pulang ke kampung itu duduk di meja makan.

"Siapa orangnya sampai umi dengan walid boleh setuju dengan pinangan itu?"sindir Ainul dalam senyuman manisnya.

"Kawan kamu kat universiti,"jawab Mak Dira.

Mendengar jawapan Mak Dira, Ainul dan Masturah berpandangan sesama sendiri. Kawan yang mana pula ini?

"Kawan universiti? Siapa?"tanya Ainul lagi.

"Alif Safwan. Bagus budaknya, kerja pun okay. Dia sekarang kerja dengan Sime Darby kalau tak silap,"puji Mak Dira dengan harapan anaknya akan bersetuju dengan pilihannya kali ini.

Mendengar nama Safwan, Masturah tercekik nasi yang sedang dikunyahnya. Lantas Ainul mencapai gelas yang sudah berisi air sirap itu kepada kawan baiknya.

"Umi tak payah cakap dia kerja apa, Ainul tahu. Bagi Ainul masa nak fikir,"jawab Ainul lalu mengangkat pinggannya dan menuju ke sinki. Masturah hanya memandang Ainul yang sedang membasuh pinggan itu.

Selepas Ainul membasuh pinggannya, dia terus menuju ke biliknya. Masturah masuk selang beberapa minit. Namun, Masturah terkejut melihat air mata Ainul yang gugur ketika dia masuk ke dalam bilik.

"Kau kenapa ini, Mar?"tanya Masturah, risau.

"Tak ada apa-apalah. Cuma aku tengah bingung sekarang, perlu ke aku terima Safwan? Aku anggap dia kawan aku saja. Tapi kenapa dia pilih aku?"tanya Ainul pula.

"Dia dah lama tunjuk dia sayang kau, Mar. Kenapa kau tak pernah nampak itu?"tanya Masturah lagi.

"Ya ke? Demi Allah, aku tak pernah perasan. Mungkin sebab hati aku ada orang lain kot,"luah Ainul.

"Kau sayang Rizal kan? Aku tahu kau dah sukakan dia sejak part 1 lagi,"jawab Masturah sambil tersenyum.

"Aku tahu kau boleh tahu, macam mana aku tahu kau sayangkan Wan juga. Itulah yang buat aku lagi rasa bersalah,"luah Ainul, jujur.

"Apa kata kau buat solat istikharah, Mar? Apapun keputusan kau lepas ini, aku redha,"tutur Masturah.

Mendengar kata-kata Masturah itu, Ainul memeluk Masturah. Air mata keduanya gugur ke lantai.

*bersambung*



Foot print: Hati ana sangat celaru sekarang... Tak boleh nak fikir apa-apa lagi dah... :( Catch up later guys, daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com