Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... Okay, hari ini ana nak sambung lagi cerpen bersiri ana... =) Macam biasa, link part sebelumnya ada kat bawah ye:
- Kekuatan Wanita Itu Part 1
- Kekuatan Wanita Itu Part 2
- Kekuatan Wanita Itu Part 3
- Kekuatan Wanita Itu Part 4
- Kekuatan Wanita Itu Part 5
- Kekuatan Wanita Itu Part 6
- Kekuatan Wanita Itu Part 7
- Kekuatan Wanita Itu Part 8
- Kekuatan Wanita Itu Part 9
- Kekuatan Wanita Itu Part 10
- Kekuatan Wanita Itu Part 11
- Kekuatan Wanita Itu Part 12
Sudah 3 bulan sejak Fauzi keluar dari rumah, selama itu jugalah dirinya terabai meskipun setiap bulan Fauzi akan memasukkan duit belanja ke dalam akaun banknya sebagai nafkah zahir bagi mengelakkan Sarah terfikir untuk meminta fasakh. Namun, yang dia dahagakan adalah kasih sayang daripada seorang suami. Hanya itu.
Raihana memberitahunya bahawa Fauzi sudah bertukar kerja bagi mengelakkan Raihana daripada mengetahui gerak gerinya. Sungguh terkilan Sarah mendengar cerita Raihana itu. Malah, abah dan mak Fauzi juga tidak mengetahui kemana anak mereka menghilang. Ternyata dia memang betul-betul menghilangkan diri tanpa khabar berita. Hanya untuk menguji kekuatannya.
Saban malam dia mendoakan agar suaminya pulang semula ke pangkuannya. Banyak sekali yang ingin dia ceritakan, termasuklah kehadiran insan ketiga dalam keluarga mereka. Rupanya, ketika Fauzi keluar rumah dulu, Sarah sudahpun mengandung dan kini kandungannya sudah mencapai usia 4 bulan.
Sedang dia mengelamun sendiri, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Segera dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja sisi katil itu dan alangkah terkejutnya dia melihat nama Fauzi yang tertera di skrin. Dengan pantas dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello, assalamualaikum," Sarah memulakan bicara.
"Waalaikumussalam, ini isteri Encik Ahmad Fauzi bin Tajul?" kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian.
"Ya, saya. Siapa ini? Macam mana telefon bimbit suami saya boleh ada pada encik?" tanya Sarah, bertalu-talu.
"Sabar, puan. Saya Inspektor Rosli dari IPD Tanjung Malim. Tadi suami encik kemalangan di lebuh raya dan dia sekarang telah dikejarkan ke Hospital Slim River. Diharap puan dapat datang secepat mungkin," jawab lelaki itu.
"Kemalangan? Baiklah, saya datang secepat mungkin. Terima kasih inspektor. Assalamualaikum," jawab Sarah, cemas.
"Waalaikumussalam warahmatullah," jawab Inspektor Rosli sebelum talian terputus.
Sarah mula kaget dengan berita yang dia terima. Lantas dia mencari-cari nombor telefon Raihana untuk dihubungi.
* * * * *
"Macam mana keadaan suami saya, doktor?" tanya Sarah setelah doktor keluar dari bilik pembedahan.
"Dia mengalami kecederaan di kepala. Boleh saya tahu, adakah dia pernah mengalami amnesia?" tanya Dr. Umairah, pakar bedah yang bertanggungjawab merawat Fauzi.
"Ya, doktor. 4 bulan lepas. Kenapa?" tanya Sarah.
"Alhamdulillah, kerana saya jangkakan ingatannya akan pulih tapi saya khuatir dia mungkin akan koma buat sementara waktu ini kerana kecederaannya kali ini melibatkan dua bahagian dalam otaknya," terang doktor.
"Ya Allah, koma?" Sarah sukar untuk menerima kenyataan yang suaminya koma. Namun, dia tahu dia harus tabah. Allah SWT sedang mengujinya.
"Jangan risau, puan. Dia masih boleh mendengar dan melihat tapi dia tak dapat bergerak dan bercakap. Dia hanya akan sedar sepenuhnya jika luka di otaknya sudah kering," terang doktor lagi.
"Alhamdulillah, mudah-mudahan dia cepat sembuh. Terima kasih doktor," jawab Sarah. Mendengar jawapan Sarah, Dr. Umairah tersenyum lalu beredar. Sarah dan Raihana berjalan menuju bilik wad tempat Fauzi terlantar sakit.
Sarah mendekati tubuh itu. Tubuh suaminya itu berselirat dengan wayar yang disambung dengan mesin yang terletak ditepi katil. Dia duduk di tepi katil lalu memegang tangan Fauzi manakala Raihana hanya duduk jauh sedikit dari katil kerana tak mahu mengganggu mereka.
"Assalamualaikum, abang. Sarah ni. Abang pergi mana? Penat Sarah cari abang. Sarah minta ampun kalau Sarah mengguris hati abang dulu, tapi Sarah cuma tak nak abang buat salah lagi. Cukuplah yang dulu abang buat, abang jangan tambah lagi ya. Sarah sayang abang, sayang sangat. Abang jangan tinggalkan Sarah seorang, nanti siapa nak tolong Sarah jaga anak kita nanti?" luah Sarah.
Mendengar kata-kata Sarah, Fauzi hanya mampu menitiskan air mata kerana dia tak mampu untuk bergerak dan bercakap.
"Betul cakap abang, Sarah tak kuat. Sarah tak tahan hidup tanpa abang. Tapi Sarah tak tahan tengok abang buat maksiat depan Sarah. Sarah memang terima diri abang seadanya, tapi Sarah tak mampu untuk tutup mata Sarah sedangkan abang terus-terusan membuat dosa. Sebab itulah hari itu Sarah marah abang, Sarah nak abang sedar. Tapi bila abang pergi, Sarah tak menyesal walaupun Sarah sedih sebab Sarah hanya boleh serahkan semuanya pada Allah untuk menilai," sambung Sarah lagi.
Raihana yang mendengar hanya menahan sebak. Dia kagum sungguh dengan kesetiaan dan kekuatan Sarah. Sungguh, dia sendiripun tak mampu untuk menjadi seperti Sarah. Bagaimanalah Sarah mampu untuk menjadi seorang isteri yang sangat tabah?
*bersambung*
p/s: Catch up later guys, daa~
0 comments:
Post a Comment