Saturday, February 4, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 7...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Pagi ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


Ainul sedang nyenyak tidur selepas menunaikan solat Subuh pagi tadi ketika Masturah sedang mengejutkannya. Dia yang masih mamai terpinga-pinga melihat wajah Masturah yang pucat lesi itu.

"Kau kenapa, Mas? Sakit ke apa?"tanya Ainul selepas dia bangkit dan duduk di atas katilnya.

"Bukan akulah yang sakit, buah hati kau itu ha yang sakit,"jawab Masturah.

"Hah? Buah hati aku? Wan?"tanya Ainul, separa sedar.

"Eh, dah tukar ke? Kalau macam itu, silalah tengok iPhone kau itu. Berapa banyak call and message yang ada,"sindir Masturah sambil mencekak pinggang dihadapan Ainul.

Ainul mencapai iPhone miliknya itu. Dia seakan tak percaya apa yang dilihatnya di skrinnya. 86 missed calls tetapi 1 new message received. Dia mengabaikan missed call dari Safwan itu lalu membaca mesej yang masuk yang juga daripada tunangannya itu.

"Assalamualaikum Mar, I' have a bad news for you. Rizal admitted Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Major Depressive Disorder. Wan ambil Mar dengan Mas another an hour."

Ainul memandang jam di telefonnya. Mesej itu dihantar pada jam 9.47 pagi dan sekarang sudah jam 10.37 pagi. Alamak, lagi 10 minit! Dengan pantasnya Ainul meletakkan telefon bimbitnya di atas katil lalu berlari menuju ke bilik air.

Masturah yang memandang hanya mampu menggelengkan kepala.

*     *      *      *       *

"Kenapa dia jadi macam itu, Wan? Semalam okay saja,"tanya Ainul yang hairan setelah melihat keadaan Shafrizal ketika di wad tadi.

"Mak dia cakap, malam lepas dia balik itu tiba-tiba dia mengganas. Habis semua barang dia selerakkan, then dia dah siap ambil kaca cermin nak bunuh diri. Jadi, mak ayah dia terus telefon nombor kecemasan dan mereka bawa dia sini. Bila doktor check, dia diagnosis macam yang Wan mesej Mar tadi,"jelas Safwan.

"Ya ke. Kasihan mak ayah dia kan,"jawab Masturah pula.

"Oh ya, ini surat yang mak dia berikan pada Wan tadi. Dia minta sampaikan pada Mar, surat ini Rizal tulis untuk Mar. Jangan risau, Wan tak baca pun,"kata Safwan sambil menyerahkan sepucuk surat kepada Ainul.

Ainul terus duduk di kerusi yang terletak di tepi koridor lalu membuka surat itu.

Assalamualaikum wbt...

Buat sahabat baikku, Ainul Mardhiah binti Ahmad Fauzi. Ketika surat ini kau baca, mungkin aku telah pergi dari hidupmu. Dengan apa jua cara sekalipun, kerana aku ingin kotakan ayat terakhirku ketika di kedai makan tadi.

Aku punya pelbagai sebab untuk menolakmu, walaupun jauh di sudut hatiku, aku juga menyayangimu lebih daripada seorang kawan baik. Pada mulanya, aku nekad untuk kekalkan persahabatan kita dan korbankan sayang aku pada kau demi sahabat kita, Safwan yang terlebih dulu meminangmu sebelumku.

Aku lakukan sebegitu, kerana aku sedar aku hanya kuli biasa sedangkan dia punya kerjaya yang bagus. Akan tetapi, penyakit athmanya yang semakin teruk itu membuatku mengambil keputusan untuk berundur kerana harapannya sebelum dia tutup mata adalah untuk memperisterikanmu, Mardhiah.

Setelah puas berfikir, aku tak menyesal sesaatpun dengan keputusanku dan aku harap kau pun begitu. Terimalah dia sebagai teman hidupmu, dan lupakanlah aku seluruhnya. Mungkin ini yang terbaik untuk semua orang.

Maafkan aku atas khilafku dan keterlewatanku dalam menyuntingmu. Mungkin dia adalah jodohmu, bukan aku. Semoga kau dan dia bahagia dan jangan sesekali lupakan aku. Best friends always... :)

Dari temanmu,
Adam Shafrizal bin Rosli

Gugur air mata Ainul setelah membaca surat itu. Melihat Ainul yang menangis itu, ingin sekali Safwan membaca surat itu tetapi langkahnya dihalang oleh Masturah yang hanya menggelengkan kepala sebagai isyarat 'jangan'.

Masturah sudah boleh mengagak isi kandungan surat. Pastinya kandungan surat itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan Ainul kerana malam semalam dia ternampak Ainul menangis teruk. Itulah yang menyebabkan mata gadis itu kelihatan sembab sedikit hari ini.

"Baiklah, demi cinta kita, aku akan menerima Alif Safwan bin Zainal Abidin sebagai suamiku. Namun hanya satu yang aku harapkan, pulanglah kepangkuan bakal suamiku. Dia perlukan kau, Rizal. Sangat,"bisik hati kecil Ainul sebelum dia mengesat air matanya lalu kembali ke arah Masturah dan Safwan.

Selepas itu, mereka bertiga pun beredar dari wad itu. Dengan harapan Shafrizal akan sembuh seperti sediakala.

*bersambung*



Foot print: Bercampur baur... =.="

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com