Sunday, February 12, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 2...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ana yang tersayang ini... Ana ingat ana nak sambung cerpen bersiri ana yang ke-3... Untuk link part 1, sila klik sini...

"Kenapa diam? Abang tanya ini,"tanya Aamir lagi apabila dia melihat tiada respon daripada Nadira.

"Sebab Allah mahukan awak jadi suami saya. Awak adalah jawapan untuk istikharah saya,"jawab Nadira, perlahan.

"Baik, abang terima jawapan Dira. Cuma, abang rasa abang dah kahwin dengan Nadira yang lain. Bukan dengan yang abang kenal dulu,"luah Aamir apabila melihat tingkah laku Nadira yang agak lain dimatanya.

"Sayyidah Nadira yang awak kenal itu dah awak bawa sekali dengan awak waktu awak tinggalkan saya dulu. Jadi, nak tak nak awak kena terima saya yang sekarang ini,"jawab Nadira lalu beredar menuju ke arah bilik air.

Jawapan Nadira benar-benar tidak memuaskan hati Aamir. Pasti ada yang tak kena dengan isterinya itu. Dengan pantas Aamir mencapai telefon bimbitnya itu lalu membuka aplikasi Blackberry Messenger (BBM) dan mencari nama seseorang yang boleh membantunya mencari jawapan yang dia mahukan. Pemilik nama Nur Syahira akhirnya menarik perhatiannya. Kawan baik isterinya itu pasti boleh membantunya. Lantas dia menaip pesanan yang hendak dihantar:

Me : Assalamualaikum Ira, aku nak minta tolong kau. Aku rasa ada yang tak kena dengan Ida. Dia macam susah saja nak terima aku. Cakap pun nak tak nak, dia cakap dia dah tak macam dulu. Betul ke?

Tak lama selepas itu, Syahira membalas:

Syahira : Waalaikumussalam, Ida berubah? Hahaha... Dengan kau saja kot, dengan orang lain tak macam itu pun. Biasa saja. Itulah, dulu waktu kau nak tinggalkan dia dulu, kenapa kau main pakai tinggal saja? Ada kau tahu penderitaan dia? Kau tahu ego kau saja.

Aamir serba salah pula membaca jawapan Syahira itu, lantas dia membalas:

Me : Aku nak dekati dia pun tak ada ruang yang diberi, macam mana aku nak tebus salah aku? Aku tak naklah kahwin dengan batu. Sepatah aku cakap, sepatah dia jawab. Kadang-kadang tak jawab pun.

Selang beberapa minit, Syahira membalas:

Syahira : Baru 12 jam nikah, dah complain ya? Yang kau seksa dia 5 tahun dulu itu ada dia complain kat kau? Padahal dah banyak kali dia rasa nak call kau, maki hamun kau tapi dia masih lagi waras tau? Oh, kau rasa kau kahwin dengan batu ke, Aamir? Dulu, kau batukan diri kau dan biarkan dia saja yang bercakap macam cakap dengan orang gila itu kira baik ya? Bagus, buatlah lagi Aamir Arsyad. =)

Aamir mula merasa rimas dengan jawapan Syahira itu.

Me : Aku pernah mengaku dengan dia dulu, aku tak boleh dia diam. Dia memang nak seksa aku ke, Ira? Tolonglah aku, weh. Pujuklah dia agar dia tak macam itu depan aku. Aku rindu Nadira yang dulu. =(

Selepas itu, Syahira membalas:

Syahira : I'll try, but no promises. Deal?
Me : Deal, thanks kawan... =)
Syahira : No biggie. ;)

Selepas Syahira menjawab mesejnya itu, dia menutup aplikasi tersebut lalu meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja tepi katil mereka. Tak lama kemudian, Nadira keluar dari bilik air lalu menuju ke arah katil dan membaringkan diri disebelah tempat dia duduk itu.

"Tidurlah awak. Dah lewat, jumpa esok. Assalamualaikum,"ucap Nadira lalu menutupkan matanya.

Melihat isterinya begitu, Aamir hanya mampu mengeluh.

*     *      *      *      *

Mak Aamir, Mak Aina sedang menyusun cawan di atas meja makan apabila Nadira turun ke dapur. Melihat kehadiran menantunya itu, Mak Aina berhenti menyusun cawan.

"Assalamualaikum mama,"ucap Nadira lalu mencium tangan Mak Aina.

"Waalaikumussalam, Ida. Dah subuh?"tanya Mak Aina.

"Alhamdulillah, sudah mama. Dengan Aamir tadi, tapi dia sambung tidur lepas itu. Ida turun ini nak tengok apa yang boleh Ida bantu mama kat bawah ini,"jawab Nadira.

"Oh ya ke. Ida tolong bancuhkan air boleh? Teko atas meja itu Ida bancuhkan kopi ya. Aamir cakap Ida tak minum kopi, jadi untuk Ida dengan Aamir punya, mama serahkan pada Ida nak bancuh air apa. Teko untuk air kamu berdua mama dah letak tepi bekas gula itu. Milo ada dalam bekas hijau dalam kabinet atas, teh pula dalam bekas kuning. Hot chocolate yang Aamir beli kat Tesco semalam pun mama dah letak kat atas juga. Pandai-pandai Ida ya,"terang Mak Aina panjang lebar.

"Okay, mama. Makan?"tanya Nadira.

"Makan, mama dah goreng nasi tadi. Ada dalam kuali lagi, Ida tolong sendukkan, letak dalam mangkuk ya,"jawab Mak Aina sambil memegang bahu menantunya itu.

"Baik, mama. Ida settle semua. Mama jangan risau,"kata Nadira sambil tersenyum.

"Okay then. Mama nak solat sekejap, nanti mama turun balik ya sayang?"jelas Mak Aina.

Nadira hanya mengangguk. Melihat respon Nadira, Mak Aina beredar ke tingkat atas dan Nadira menuju ke dapur dengan teko kopi yang diambil dari atas meja tadi. Nadira membancuh kopi dalam teko itu dan membancuh teh untuk dia dan Aamir memandangkan dia tak sukakan kopi manakala Aamir tak boleh minum kopi kerana alahan. Dia ingat lagi Aamir pernah muntah-muntah setelah terminum kopi yang terhidang untuk minum petang ketika mereka sama-sama menghadiri kursus kepimpinan di universiti.

Setelah selesai kerja yang dipesan oleh Mak Aina, Nadira duduk di atas kerusi meja makan lalu mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy Y miliknya lalu melayari laman sosial Facebook untuk menghantar status.

Sedang dia leka dengan laman sosial itu, Mak Aina dan ayah Aamir, Pak Zaini tiba di meja makan. Dengan pantas Nadira menutup laman sosial itu dan mula melayan kedua mentuanya itu. Sedang dia melayan mereka, Aamir muncul lalu mengambil tempat di sebelah Nadira.

Tanpa disuruh, Nadira menyenduk sepinggan nasi goreng lalu diserahkan kepada suaminya itu. Selepas itu, dia menuang pula secawan teh untuk Aamir juga.

"Kenapa rasa kopi hari ini lain, Aina? Tak macam selalu,"tanya Pak Zaini, memecah kesunyian.

"Menantu abang yang bancuh hari ini. Kenapa? Tak sedap ke?"tanya Mak Aina.

"Sedap, tapi kalau abang, abang suka isteri abang ini bancuh,"jawab Pak Zaini bagi mengambil hati isterinya.

Nadira hanya tersenyum melihat adegan romantik mentuanya itu. Aamir yang menyedari tingkah laku isterinya itu hanya memandang Nadira dengan rasa geli hati.

"Hah, Aamir. Sedap tak teh yang bini Aamir bancuh itu?"tanya Mak Aina kepada Aamir pula.

"Sedap sangat, mama. Tak salah Aamir pilih isteri kan, mama?"jawab Aamir sambil menjeling ke arah Nadira.

Mendengar pujian Aamir, Nadira tak senang duduk akibat malu. Tak betah dia berada di situ lalu bangun menuju ke dapur. Melihat isterinya, Aamir berhenti makan lalu mengikut langkah Nadira.

"Kenapa ini, Dira? Abang ada salah cakap ke?"tanya Aamir yang risau melihat Nadira hanya bersandar di dinding.

"Awak tak ada salah apa-apa, cuma saya malu dengan pujian awak itu,"jawab Nadira.

"Alahai, abang cakap betullah. Memang sayang punya air sedap. Takkan abang nak tipu. Sudah, jom makan,"pujuk Aamir lalu menarik tangan Nadira.

Nadira tidak membantah lalu membiarkan saja suaminya menariknya semula ke meja makan.

*bersambung*



Foot print: Kesabaran itu tiada had. Catch up later guys, daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com