Friday, August 23, 2013

Rasa yang Sama Part 2...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam belog biru ni... Alhamdulillah juga kerana hari ini hari terakhir aku jalani latihan industri di HeiTech Village 2, Bukit Jelutong, Shah Alam... Gonna miss everyone... Sob sob sob... :( Then, isnin depan aku akan pulang ke Perlis untuk gerak kerja Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal, Pendaftaran Mahasiswa/i Baru Sidang Akademik 2013/2014, dan seterusnya Minggu Suaikenal serta MyCampus...

Okay, cut all those craps... Now, aku nak sambung cerpen bersiri aku yang aku baru mula semalam, untuk link part sebelumnya, ada di bawah ya:

Part 1

“Tak pastilah, kenallah kot. Ada apa ni?” tanya Nisa, bingung. Dia hairan kenapa lelaki ini banyak pula pertanyaannya.
“Nisa memang tak berubah kan? Suka bergurau. Sebab itulah abang sayang,” jawab Asyraf, manja.
“Macam nilah, saya mengantuklah. Nanti a…bang telefon semua esok ya, Assalamualaikum,” jawab Nisa lalu memutuskan talian.
Dia bingung, siapa lelaki ini? Dia tahu suara lelaki itu seperti pernah didengarinya. Akan tetapi, dia tak dapat mengingati siapakah gerangan insan ini? Tiba-tiba, kepalanya terasa sakit. Dengan pantas, dia mencari sesuatu di dalam laci tepi katilnya. Dia mencapai ubat penahan sakit yang ditemuinya di dalam laci itu dan menelan 2 biji daripada ubat itu. Kemudian, dia pun baring semula lalu terlelap.



*     *     *     *     *

"Macam mana ni Kak Na? Memang Dr. Ikhwan galakkan kita satukan mereka semula, tapi saya bimbanglah," luah Puan Hajar sebaik saja dia menyiapkan teh O dan kuih ketayap untuk jamuan mereka berdua di taman mini rumahnya.

"Bimbang apanya? Tentang ingatan Nisa? Kak Na faham, Asyraf masih kenal orang tapi Nisa tidak. Cuma, kalau kita tak cuba, bagaimana kita nak tahu hasilnya kan?" tanya Puan Aina pula.

"Betullah tu, kak. Asyraf apa khabar? Lama tak jumpa dia, rindu pula rasanya. Almaklumlah, bila keluarga saya bermasalah, dia banyak membantu," Puan Hajar menukar topik.

"Akak tahu, pertama kali dalam hidup akak ni, akak tengok dia begitu bertanggungjawab. Selalunya dia macam endah tak endah saja. Ikut suka hati dia nak buat apa. Jujurlah akak cakap, antara anak-anak akak, dia paling berani mencuba. Adik-beradiknya yang lain semuanya mengikut saja kata-kata akak ni. Cuma, akak tak sangka rupanya dia yang paling berjaya. Memang jalannya susah pada mulanya, tapi Alhamdulillah, dia berjaya juga," terang Puan Aina panjang lebar.

"Alhamdulillah, berkat didikan akak juga kan?"

Mendengar soalan Puan Hajar, keduanya tertawa. Namun, tawa itu berhenti apabila melihat kelibat Nisa di hadapan mereka.

"Amboi, mama. Borak sampai atas boleh dengar kan? Eh, Mama Na pun ada? Mama Na apa khabar?" tanya Nisa selepas dia mencium tangan ibu mentuanya itu.

"Alhamdulillah, sihat. Ingat dah kat mama Na? Macam mana ingat?" uji Puan Aina sambil melirik pada Puan Hajar dan tersenyum.

"Entah, Nisa ada mimpi mama bulan lepas. Mama ni mama pada lelaki yang Nisa selalu mimpi tu. Tapi Nisa pelik kenapa Nisa panggil mama Na mama juga," jawab Nisa sambil menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

"Jangan tak tahu, mama Na ni mama Nisa juga," seloroh Puan Aina sambil tersenyum.

"Ma, along ada berapa mak sebenarnya? Siapa ibu kandung Nisa?" tanya Nisa dengan riak wajah hairan.

"Dua, sayang. Kenapa?" tanya Puan Hajar lagi.

"Habis, mama Na ni siapa?" tanya Nisa lagi.

"Suatu hari nanti, bila along dah sedia, kami berdua akan beritahu along. Bukan apa, mama dengan mama Na risau along tak boleh terima kalau kami beritahu sekarang."

"Baiklah, mama, mama Na. Along naik atas dululah, sakit kepala pula tiba-tiba," jawab Nisa lalu mencium tangan Puan Aina dan seterusnya berlalu pergi.

Selepas Nisa berlalu, telefon bimbit Iphone 5S milik Puan Aina berdering. Puan Aina melihat skrin telefon bimbitnya dan melihat nama "Asyraf Halim" tertera di atas skrin. Dia pun menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, Asyraf. Asyraf di mana?" tanya Puan Aina.

"Wa'alaikumussalam, mamaku sayang. Asyraf kat depan rumah mama Hajar ini ha, mana lagi. Kan mama suruh Asyraf jemput mama?" kedengaran suara Asyraf di hujung talian.

"Yalah, mama keluar sekarang. Tunggu sekejap ya," jawab Puan Aina lalu memutuskan talian.

"Dah sampai dah menantu Hajar tu ya kak? Marilah, saya temankan akak. Boleh lepas rindu pada Asyraf," luah Puan Hajar lalu bangun dari kerusi serentak dengan besannya.

Mereka berdua berjalan seiringan ke arah kereta Toyota Vios milik Asyraf yang diparkir betul-betul berhadapan rumah Puan Hajar. Melihat Puan Hajar, Asyraf bertindak keluar dari kereta lalu menuju ke arah Puan Hajar dan Puan Aina.

"Assalamualaikum, mama Hajar. Asyraf rindulah kat mama," ucap Asyraf lalu mencium tangan dan memeluk Puan Hajar.

"Wa'alaikumussalam, mama pun rindukan Asyraf juga. Asyraf yang sombong tak nak datang rumah," jawab Puan Hajar lalu membuat riak wajah merajuk.

"Asyraf nak sangat datang sini, tapi apa pula kata Nisa nanti? Lagipun, Asyraf tak boleh ingat apa-apapun kenangan kami berdua. Jadi, apa bukti yang Asyraf ada, mama?" tanya Asyraf lagi.

Puan Hajar dan Puan Aina saling berpandangan sesama sendiri. Betul kata Asyraf itu, tapi bagaimana harus mereka lakukan?

*bersambung*

Foot Print: Demam panas, salah sendiri...

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com