Friday, June 1, 2012

Kasih Tercipta Part 5...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

"Syaz dah buat keputusan, Syaz nak duduk rumah sendiri dengan Arissa. Syaz akan pindah paling lewat pun minggu depan,"ucap Syazwan memecah kesunyian malam itu.

Mendengar kata-kata Syazwan, Datuk Shahrizal dan Datin Rosnah berhenti makan. Arissa pula memandang ke arah suaminya yang duduk di sebelahnya.

"Apa rumah abah ini dah tak cukup besar ke sampai nak kena keluar dari rumah ini?" tanya Datuk Shahrizal, berang.

"Syaz rasa kekok kalau nak beri isteri Syaz duduk serumah dengan abang Rid,"jawab Syazwan, selamba.

"Muhammad Syazwan! Kau ingat abang kau itu hadap sangat ke dengan bini kau itu? Kalau kau nak keluar sangat, keluarlah! Abah pun dah hilang sabar dengan kau!"tengking Datuk Shahrizal.

"Abang!"jerit Datin Rosnah setelah mendengar keputusan Datuk Shahrizal.

"Apa? Ros tengoklah sendiri perangai anak kita itu. Tak sedar diuntung! Sampai betul hati dia tuduh abang dia nak apa-apakan bini dia itu! Kalau cantik macam Aishwarya Rai, tak apalah juga. Ini biasa saja pun,"herdik Datuk Shahrizal.

Kata-kata Datuk Shahrizal benar-benar menyentap hati Arissa. Syazwan juga turut merasakan isterinya itu terasa hati. Menyesal pula menggunakan Arissa sebagai alasan, namun sudah terlanjur bicara.

"Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ini? Yang abang hina itu, bukan anak abang tapi menantu abang. Abang ini kena sampuk hantu ke?"tanya Datin Rosnah.

"Tak apalah, ibu. Arissa tahu letak diri Arissa. Mungkin abah rasa Arissa tak cantik, itu hak dia untuk rasa begitu. Arissa tak boleh halang abah untuk beri pendapat dia. Abah, mama dengan abang selesaikan dengan elok, Arissa naik atas dulu ya,"sampuk Arissa lalu beredar meninggalkan Syazwan, Datin Rosnah dan Datuk Shahrizal.

Syazwan hanya memerhatikan pemergian isterinya naik ke tingkat atas. Setelah isterinya itu hilang dari pandangan, Syazwan merenung Datuk Shahrizal tajam.

"Kalau abah tak nak bagi Syaz keluar sekalipun, jangan hina isteri Syaz! Mungkin di mata abah, dia tak cantik, dia tak lawa, tapi dia jugalah pilihan yang ibu dan abah beri pada Syaz dan Syaz rasa dia dah cukup cantik dan lawa di mata Syaz!"bentak Syazwan lalu naik ke tingkat atas.

Melihat Syazwan yang naik ke tingkat atas dalam keadaan berang, Datin Rosnah memandang Datuk Shahrizal. Buntu dia memikirkan bagaimana untuk bercakap dengan suaminya itu di saat dia dalam keadaan yang marah.

"Haha, kamu pun nak cakap abang salah juga ke?"terjah Datuk Shahrizal apabila melihat isterinya merenungnya tajam.

"Salah tetap salah, abang. Saya tak halang abang nak marah Syaz buat keputusan itu, tapi perlu ke hina Arissa sampai macam itu sekali? Dulu, abang juga cakap Arissa itu cantik. Peliklah abang ini,"luah Datin Rosnah, lembut.

"Ros tahu kan abang kalau marah memang cakap lepas? Jadi, kenalah faham. Itu pun nak jadi isu ke?"bentak Datuk Shahrizal.

"Kalau yang abang hina itu saya sekalipun, abang cakap lepas pun saya boleh kecil hati tau? Inikan pula menantu kita yang baru saja bernikah dengan anak kita,"jawab Datin Rosnah.

"Dia patutnya kenalah biasakan diri. Nak emosi pula," luah Datuk Shahrizal.

"Oh, dia sajalah yang kena biasakan diri, nak kena ubah. Abang pula boleh buat sesuka hati saja ke?"sindir Datin Rosnah.

"Yalah, rumah abang kan? Suka hati abanglah!"tempik Datuk Shahrizal.

"Patutlah Syaz nak keluar dari rumah abang yang 'besar' ini... Harap besar saja, tapi tak ada isi! Kalau saya jadi Syaz, tak payah minta izin pun, saya keluar saja,"bentak Datin Rosnah lalu meninggalkan suaminya itu sendirian.

Datuk Shahrizal hanya menghantar pemergian isterinya itu dengan pandangan lalu menyambung makannya yang terhenti tadi. Ternyata pergaduhan besar itu tidak mematahkan seleranya.

*     *      *      *      *

"Arissa, abang minta maaf sebab guna Arissa sebagai alasan untuk keluar rumah. Abang tak tahu pula abah nak hina Arissa sampai macam itu,"luah Syazwan.

"Tak apalah, benda dah jadi. Tapi kenapa abah macam tak puas hati saja dengan abang? Dah banyak kali Arissa tengok, setiap kali pun mesti ada yang tak kena pasal abang di mata abah. May I know why?"tanya Arissa, ingin tahu.

Syazwan terkesima mendengar soalan itu. Mampukah dia menjawabnya?

*bersambung*



Foot print: Ya, ana masih menunggu... Tapi bukan lagi menunggu jawapan... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com