Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
- Part 1
- Part 2
- Part 3
- Part 4
- Part 5
- Part 6
- Part 7
- Part 8
- Part 9
- Part 10
- Part 11
- Part 12
- Part 13
- Part 14
- Part 15
- Part 16
"Oh yang itu. Dira tahu abang sebenarnya tinggalkan Dira dulu demi mencari yang halal. Dira dengar semua yang abang cerita dengan mama waktu Dira koma dulu,"jelas Nadira.
Aamir terdiam mendengar jawapan Nadira. Semuanya? Pastinya sebab sebenar telahpun terbongkar sekali.
"Abang tahu, Dira suka abang mengaji untuk Dira waktu Dira koma itu. Waktu itulah buat Dira yakin yang dah sampai masanya untuk Dira betul-betul kembali pada abang. Lagipun perasaan sayang Dira pada abang tetap sama sejak 5 tahun lepas,"jelas Nadira lagi.
Terkesima Aamir mendengar penjelasan Nadira. Dia tak sangka Nadira tahu dia pernah mengaji untuk isterinya itu. Doktor tak dapat memastikan sama ada Nadira boleh mendengar ataupun tidak, tetapi dengan kuasa Allah, isterinya dapat mendengar semuanya.
"Abang tak tahu apa nak cakap, abang rasa bersalah sangat sepanjang 5 tahun ini. Setiap hari bila jumpa Dira lepas abang buat keputusan untuk tinggalkan Dira dulu, abang rasa sakit sangat. Banyak kali abang rasa nak kembali pada Dira, tapi demi misi abang, abang gagahkan jua. Dira ingat abang tak tahu Dira selalu menangis malam-malam? Abang selalu tengok mata sayang bengkak,"luah Aamir.
Kali ini giliran Nadira pula terkesima. Dia menyangkakan Aamir tak pernah menyedari perubahannya itu walaupun semua itu dapat dihidu oleh teman-teman mereka yang lain.
"Tapi bila abang dapat tahu sejak kita putus, Dira tak cari lain, abang harus kuatkan semangat untuk menyiapkan diri abang supaya abang boleh cepat-cepat menyunting Dira sebagai isteri abang,"sambung Aamir lagi.
"Dira tak cari lain, tapi yang perkenan dengan Dira tetap ada, abang. Dira rasa kawan-kawan kita pun ada yang berminat,"sakat Dira sambil tersenyum nakal.
"Abang tahu, waktu itu abang dah redha dah. Hati abang memang sakit tengok Dira gelak-gelak dengan lelaki lain tapi abang tak nak kalah dengan diri abang sendiri,"jawab Aamir, lemah.
"Itu Dira berlakon saja, abang. Hati Dira dah tak ada rasa nak gelak pun waktu itu,"jelas Dira.
Aamir terkejut mendengar kata-kata isterinya itu. apa maksud Nadira? Dia sangka dia saja sudah cukup misteri, tak disangka isterinya itu lebih misteri rupanya.
"Maksud Dira?"tanya Aamir.
"Dira saja-saja rapat dengan lelaki lain, padahal Dira tak ada perasaan pun nak berfoya-foya. Dira cuma nak abang sakit macam mana Dira sakit,"jelas Nadira.
Mendengar penjelasan Nadira, Aamir mengusap pipi Nadira. Nadira pula mengambil tangan Aamir lalu menciumnya.
"Dira minta ampun, abang. Dira banyak buat salah dengan abang. Sejak sebelum kahwin sampailah lepas kita kahwin. Maafkan Dira ya abang,"ucap Nadira, dengan linangan air mata dipipinya.
"Abang dah lama maafkan sayang. Dari dulu lagi, abang tahu semua ini berlaku kerana salah abang juga,"jawab Aamir.
"Tapi abang buat begitu kan ada sebabnya?"tanya Nadira.
"Memanglah, tapi abang tak sangka isteri abang ni dah banyak terluka kerana abang,"jawab Aamir sambil menarik pipi Nadira. Nadira menjerit kesakitan dan kemudiannya, mereka berdua pun tertawa.
* * * * *
"Aku terima nikahnya Nur Syahira binti Abdul Razak dengan mas kahwinnya seutas rantai emas tunai,"ucap Azhar dengan lancar setelah dua kali tersasul dalam lafaz kabulnya.
Kini, Syahira sudahpun sah menjadi isterinya Azhar walaupun dengan tiga kali lafaz. Penantiannya bertahun-tahun akhirnya manis hasilnya. Tak disangka kawan baiknya kini telahpun menjadi suaminya yang sah.
Setelah selesai upacara membatal wuduk, semua tetamu dijemput ke dewan makan untuk sedikit jamuan kecil-kecilan. Tak ketinggalan Nadira dan Aamir yang hadir di majlis nikah tersebut.
Setelah selesai makan, semua bekas rakan-rakan sekelas Syahira, termasuklah Nadira dan Aamir, berkumpul bagi berbual setelah lama tidak ketemu. Pelbagai kisah dan cerita yang terkeluar, termasuklah kisah setelah Aamir tinggalkan Nadira. Ternyata selepas setahun mereka berdua melangsung perkahwinan, kisah mereka berdua masih panas untuk dibicarakan.
"Aku serius tabik dengan kau orang berdua, jodoh kau orang memang kuatlah. Apa rahsia?"tanya Harris, salah seorang rakan sekelas mereka.
"Tak ada rahsia pun. Dah memang dia jodoh aku, jadi kami kahwinlah. Kau pun apa kurangnya, bercinta 10 tahun kot. Kahwin pulak itu,"jawab Aamir lalu menepuk bahu Harris.
"Alhamdulillah, dah jodoh kan. Nak buat macam mana kan?"jawab Harris sambil menjeling ke arah istrerinya, Ayuni menyebabkan wanita itu tersipu malu.
"Oh ya, Ira pun apa kurangnya kan. Dulu BFF kan, tiba-tiba jadi suami. Dahsyat weh,"seloroh Aamir pula.
"Alhamdulillah, jodoh kan Allah tentukan. Sama macam kau dengan Ira, Harris dengan Yuni, Faizal dengan Laila. Semua pun jodoh masing-masing kan? Cuma cepat atau lambat saja. Macam Harris, dia jumpa cepat. Macam kau, jumpa cepat tapi dapat lambat. Sama juga macam aku. Macam Faizal, dia jumpa lambat. Tapi semua gembira kan? Itu yang penting,"jelas Syahira.
"Betul itu, aku setuju cakap Ira ini. Memang ada yang harus terluka dulu, putus cinta dulu, kena tunggu lama dulu, tapi kalau betul seseorang itu jodoh kita, tetap akan bersatu jua,"jawab Nadira pula.
"Eleh, dah berisi kan, mestilah yakin kan Puan Sayyidah Nadira?"sakat Harris.
Nadira hanya tersenyum kerana malu dengan semua orang. Alhamdulillah, dia disahkan mengandung 2 bulan oleh doktor kelmarin. Ini adalah berita gembira buatnya dan Aamir selain daripada perkahwinan kawan baiknya, Syahira. Benarlah kata orang, "barang siapa yang tidak merasa sakit, takkan merasa bahagia."
TAMAT
Foot print: Alhamdulillah, selesai sudah cerpen ketiga ana... Ana ingat nak berehat seketika, jika ada ilham lagi, insya-Allah ana akan berkarya lagi... Atau mungkin ada sesiapa yang ingin tampil dengan cadangan, boleh tinggalkan di ruangan comment di bawah... Jika cadangan anda bagus, siapa tahu akan terhasilnya cerpen baru dari idea anda itu... Jangan bimbang, ana akan letakkan nama anda sebagai idea asal... =)
0 comments:
Post a Comment