Wednesday, March 14, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 15...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Okay, deal. Tapi aku tak cakap semua yang aku rasa ini betul. Sebelum itu aku nak tahu, kenapa Ida merajuk dengan kau?"tanya Azhar lagi.

"Sebab aku nak kahwin lagi hanya kerana dia tak boleh bercakap. Aku bukan sengaja,"jawab Aamir sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Kalau aku jadi dia pun, aku marah juga. Tapi aku taklah marah lama-lama, dalam beberapa jam saja. Kalau aku merajuk sampai dua hari tak keluar bilik itu, sama ada aku memang dah makan hati ataupun aku berlakon saja,"jelas Azhar.

Terkesima Aamir mendengar penjelasan Azhar. Ternyata dia tak pernah terfikirpun kemungkinan berlakon itu.

"Kenapa pula berlakon?"tanya Aamir.

"Sebab kitaorang ini jenis tak pandai merajuk pun. Memang rasa sakit hati bila dilukai, lebih-lebih lagi oleh orang yang kitaorang sayang, tapi kitaorang tak nak keruhkan keadaan,"jelas Azhar lagi.

"Habis itu, selama ini dia merajuk itu?"tanya Aamir, hairan.

"Mungkin dia nakkan perhatian kau ataupun dia nak kau tahu yang dia juga ada perasaan,"jawab Azhar.

Kata-kata Azhar membuatkan Aamir terbungkam. Ternyata selama 7 tahun perkenalan pun tak cukup untuk dia mengenali isterinya sendiri.

*     *     *     *     *

"Kau tahu Ira, hari-hari dia ketuk pintu bilik aku. Tanya aku nak makan apa,"cerita Nadira ketika sedang berbual dengan Syahira menggunakan telefon rumahnya.

"Ya ke? Aku pula bila on handphone saja, penuh handphone aku dengan mesej yang dia hantar dengan mesej dia missed call,"jawab Syahira di hujung talian.

"Sampai bila kau nak merajuk?"tanya Nadira, tiba-tiba.

"Selama yang boleh. Kenapa, Ida?"tanya Syahira pula.

"Tak adalah, nanti kot Har jumpa perempuan lain, kau yang gigit jari nanti,"jawab Nadira.

"Ida, kalau dah bukan jodoh aku, buat macam manapun tetap takkan bersatu. Macam kau orang, sejauh manapun kau orang lari dulu, kau orang tetap bersatu kan?"tanya Syahira semula.

Nadira terdiam mendengar jawapan Syahira. Belum sempat Nadira hendak menjawab, kedengaran bunyi enjin kereta dan bunyi pintu pagar dibuka di hadapan rumahnya. Dia tahu Aamir sudah pulang.

"Ira, aku call kau balik nanti. Aamir balik awallah pula. Okay, bye,"ucap Nadira lalu meletakkan gagang telefon.

Terus Nadira berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik tetamu. Dari dalam biliknya, dia mengintai dari tingkap bilik dan melihat suaminya sudahpun keluar dari kereta. Dia juga dapat mendengar bunyi pintu rumah dibuka dan ditutup serta bunyi tapak kaki orang menuju ke tingkat atas. Makin lama makin dekat dan jelas bunyinya. Bunyi itu berhenti betul-betul di hadapan pintu biliknya.

Nadira sudah mula cuak apabila dia mendengar bunyi kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Dia terlupa suaminya ada menyimpan kunci pendua seluruh rumah di dalam keretanya. Dengan pantas dia melompat ke atas katil lalu berpura-pura tidur.

Aamir membuka pintu bilik tetamu yang dihuni isterinya sejak tiga hari lepas itu dengan perlahan. Dia terlihat Nadira sedang tidur di atas katil. Dia melihat jam tangannya, baru pukul 11.30 pagi. Sengaja dia pulang awal untuk menangkap helah isterinya tapi tak sangka apabila dia pulang, dia hanya melihat Nadira sedang tidur.

Dia mendekati isterinya, dia lihat isterinya itu tidur dalam posisi mengiring. Memang itu kebiasaan Nadira apabila tidur kerana isterinya itu mudah sesak nafas jika tidur terlentang atau meniarap.

Aamir duduk di sebelah isterinya. Lama dia menatap wajah yang dirinduinya itu. Namun begitu, Nadira yang berpura-pura tidur itu tak selesa direnung begitu. Ligat kepalanya memikirkan bagaimana dia boleh lari dari pandangan suaminya.

Aamir mula perasan kelopak mata Nadira bergerak-gerak. Dia tersenyum lebar kerana dia tahu isterinya cuma berpura-pura tidur.

"Macam manalah Dira boleh tahan berkurung dalam bilik ini? Abang tahu Dira bukan jenis manusia yang boleh tahan berkurung lama-lama,"ucap Aamir, cuba memancing isterinya untuk bangun.

Dia memandang Nadira, masih tiada respon. Puas dia memikirkan taktik yang boleh dia gunakan untuk memastikan isterinya itu bangun dari kepura-puraannya. Setelah puas berfikir, akhirnya dia mendapat satu idea.

Dia merapatkan bibirnya dengan bibir Nadira. Dia tahu Nadira tidak suka dicium tanpa kerelaan. Semakin lama semakin dekat bibirnya dirapatkan dengan bibir Nadira, namun masih tiada respon. Perasaab hairan mula bersarang di benak hati Aamir.

Namun, Aamir tidak berputus asa. Dia terus merapatkan bibirnya dengan bibir Nadira sehinggalah betul-betul rapat antara satu sama lain.

Akibat lemas dengan jarak yang dekat itu, Nadira bingkas menolak suaminya lalu bangun dan duduk dalam keadaan mencungap. Aamir yang mulanya terkejut dengan tindakan isterinya kemudiannya ketawa sekuat hatinya. Nadira memandang wajah suaminya yang sedang ketawa itu dengan hati yang bernanah.

*bersambung*



Foot print: Ana masih tetap akan menanti... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com