Thursday, March 8, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 13...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Tapi kan Aamir, dia tak payah cakap pun dia boleh bantah apa,"jawab Syahira.

"Entahlah, itu juga yang aku fikir. Tapi dia tak bantah, dia ikut saja. Selalu ada juga dia mencebik muka dia itu, tapi kali ini dia senyum saja," jelas Aamir, hairan.

Mendengar jawapan Aamir, Nadira hanya mampu tersenyum. Padanya, ayat yang diungkapkan oleh suaminya itu sangat kelakar. Lalu, dia mencapai buku nota dihadapannya lalu menulis:

Kau dengan Har macam mana pula?

Apabila Syahira membaca tulisan Nadira itu, dia tergamam. Apa yang harus dia jawab?

"Kitaorang okay, jangan risaulah. Kau itu yang patut dirisaukan. Selagi kau tak boleh cakap, selagi iyulah kau itu belum cukup sihat,"jawab Syahira.

Nadira menulis lagi di dalam buku nota itu:

Aku okay, cuma Allah SWT nak ajar aku jaga mulut aku lepas ini, itu saja... :)

Terkedu Aamir dan Syahira membaca ayat hasil tulisan Nadira itu. Sesungguhnya pemikiran Nadira tak lagi seperti dulu.

*     *     *     *     *

Azhar yang sedang melihat budak-budak kecil bermain bola di kawasan padang itu terkejut apabila ada orang memeluknya dari belakang. Dia berpaling dan bertambah terkejut apabila dia melihat Inani yang memeluknya.

"Kenapa awak ini? Dah gila ke?"tanya Azhar, kasar.

"Tak adalah, saya tak boleh kawal diri tadi. Maafkan saya,"jawab Inani, serba salah.

"Lama Azhar berdiam, namun melihat wajah Inani yang begitu kasihan, Azhar mengalah.

"Yalah, saya maafkan,"jawab Azhar, lemah.

"Terima kasih. Sayang awak,"jawab Inani lalu menekup mulutnya dengan tangannya.

Azhar terkesima mendengar kata-kata Inani itu.

"Kenapa awak? Awak okay?"tanya Inani apabila melihat Azhar hanya diam.

"Saya tak selesalah awak begini. Kalau Ira dengar, apa pula dia fikir?"tanya Azhar.

"Kalau dia sayang awak, dia takkan percaya awak layan saja apa yang saya cakap tadi,"jawab Inani, selamba.

Semakin tak selesa Azhar apabila Inani duduk disebelahnya. Kedudukan mereka sangat rapat. Namun apa yang Azhar tak ketahui adalah Syahira sedang mengintai mereka berdua dari belakang.

"Oh ya, apa khabar kawan baik Ira itu? Yang namanya Sayyidah itu?"tanya Inani, cuba menarik perhatian.

"Dia dah lama keluar hospital tapi dia tak boleh bersuara,"jawab Azhar, acuh tak acuh.

"Kenapa pula?"tanya Inani.

"Sebab tekak dia ada kecederaan. Kena tunggu kecederaan itu pulih baru dia boleh bercakap semula,"jelas Azhar.

"Oh ya ke. Kasihan dia,"jawab Inani sambil memegang tangan Azhar.

Azhar hanya kaku akibat terkejut. Melihat Azhar yang tiada reaksi, Syahira bertindak mendekati mereka berdua. Azhar yang melihat kehadiran Syahira terkejut lalu melepaskan tangannya dari pegangan Inani.

"Kenapa baru sekarang nak lepaskan? Kenapa tak dari tadi?"tanya Syahira.

"Eh, Ira! Bila Ira sampai? Maaflah kalau Ira terasa hati Nani berbual dengan Har,"sapa Inani dengan riak wajah yang tak bersalah.

"Tak payah susah-susah, boraklah puas-puas. I'm leaving,"jawab Syahira lalu beredar meninggalkan mereka berdua.

"Kalau saya tak dapat pujuk dia sekalipun, saya takkan kembali pada awak,"tegas Azhar lalu mengejar Syahira dari belakang.

"Kita tunggu dan lihat, Azhar Khalid. Kita tunggu dan lihat,"ngomel Inani sambil tersenyum puas.

*     *     *     *     *

Sudah hampir sebulan Nadira tidak boleh bersuara, dan itu benar-benar merunsingkan Aamir. Pernah dia terfikir untuk mencari yang lain, namun memikirkan pengorbanan yang pernah Nadira lakukan untuknya, dia membuang perasaan itu jauh-jauh.

Namun, disebabkan perasaan itu, Aamir mulai dingin dengan isterinya dan ini menimbulkan perasaan hairan di benak hati Nadira. Atas sebab itu jugalah dia sengaja menyembunyikan hakikat yang dia sudah boleh bersuara. Dia minta doktor yang merawatnya untuk membantunya menyembunyikan hakikat itu supaya dia boleh menguji suaminya itu.

Suatu hari ketika Nadira sedang membaca majalah solusi yang dibeli suaminya baru-baru ini, tiba-tiba Aamir masuk dan duduk di birai katil berhampiran tempat dia sedang duduk berlujur.

"Dira, abang ada benda nak beritahu Dira. Abang harap Dira boleh terima,"kata Aamir, memulakan bicaranya.

Tak lama kemudian, telefon bimbit Aamir berdering. Nadira menjawab dalam mesej tersebut:

Nadira : Apa dia, abang?

Lama Aamir mendiamkan diri. Sesekali kedengaran dia mengeluh.

"Abang ada orang lain. Junior abang kat sekolah dulu. Abang ingat nak tanya pendapat Nadira, boleh tak abang nikah lagi satu?"luah Aamir, jujur.

Nadira merenung Aamir. Semudah itu Aamir luahkan segalanya, kerana dia tahu isterinya tak mampu untuk bersuara.

"Kalau abang nak kahwin lain, Dira izinkan,"jawab Nadira selamba. Niatnya ingin kelirukan suaminya. Namun, riak wajah suaminya yang tak berubah menyebabkan dia tahu suaminya tak perasan kelainan yang dia lakukan itu.

*bersambung*



Foot print: Allah SWT sudah tetapkan segalanya, hanya yakin dan percaya pada-Nya andai ianya berlaku tak seperti yang kita inginkan... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com