Monday, March 19, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 16...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Kenapa gelak?"tanya Nadira.

"Ingatkan nak berlakon sampai pengsan tadi,"sindir Aamir lalu menyambung tawanya.

Nadira terkesima mendengar sindiran suaminya kerana tembelangnya kini sudahpun pecah. Ligat kepalanya memikirkan bagaimana rahsianya boleh terbongkar setelah 7 tahun berbuat begitu.

"Sayang jangan tanya mana abang tahu sayang pura-pura merajuk, tapi sayang kena beritahu abang kenapa sayang buat abang begini?"tegas Aamir. Sengaja ditekankan perkataan "kenapa" supaya isterinya tahu dia kecewa.

"Dira mengantuklah, abang. Nantilah Dira beritahu, "ngelat Nadira sambil pura-pura menguap.

"Don't talk unless to give men the answer,"tegas Aamir lagi. Kali ini dia benar-benar marah.

Nadira memandang wajah suaminya yang marah itu. Dia ingat lagi kali pertama dia lihat wajah marah itu adalah ketika dia merosakkan telefon bimbit kesayangan Aamir enam tahun lepas.

Dia ingat lagi seminggu Aamir tak mahu bercakap dengannya akibat merajuk. Setiap hari dalam masa seminggu itu jugalah dia terpaksa memujuk dengan menghantar satu mesej mohon maaf. Namun, Aamir tidak pernah menjawab satupun mesej-mesejnya. Dia tahu Aamir sudahpun pulih apabila Aamir menghubunginya untuk memintanya temani Aamir makan tengahari.

"Sayyidah Nadira nak tenung abang ke nak berikan jawapan?"tanya Aamir setelah melihat isterinya hanya merenungnya.

Pertanyaan Aamir menghentikan lamunan Nadira. Dia kembali menundukkan wajahnya ke bawah. Melihat reaksi Nadira, perasaan bersalah muncul di benak hati Aamir.

"Nadira," panggil Aamir, lembut.

"Maafkan Dira, abang. Dira cuma nak abang hargai perasaan Dira. Kalau Dira tak berpura-pura merajuk, mungkin abang akan rasa Dira ini sentiasa okay. Tapi hakikatnya, hati Dira bukan kristal,"jawab Nadira tiba-tiba, seakan dipukau.

Mendengar jawapan Nadira, Aamir tersenyum. Lantas dia bertindak mencium dahi Nadira. Nadira hanya merelakan walaupun jauh di sudut hati dia terkejut dengan tindakan drastik suaminya itu.

"Sayang tak perlulah berpura-pura, abang tahu hati sayang itu walaupun selama ini abang buat-buat tak tahu saja. Sebab abang tak nak sayang asyik fikirkan perasaan sayang itu saja. Dari dulu lagi abang harap sayang boleh kuat untuk diri sayang, bukan untuk abang,"jelas Aamir.

"Sebab itu abang tinggalkan Dira dulu?"tanya Nadira, ingin tahu.

"Ada banyak sebab yang abang gunakan untuk itu. Terus terang, semua sebab yang abang beritahu orang lain semuanya betul dan ditambah dengan sebab-sebab yang abang dan Allah saja yang tahu,"jawab Aamir lalu tersenyum.

"Termasuklah abang ada orang lain?"tanya Nadira lagi.

"Ya, sayang. Termasuklah yang itu. Tapi bila lama-lama, abang sedar yang abang tersilap. Abang hanya sukakan dia, tapi perasaan sayang abang masih pada Dira. Sebab itulah Dira tak pernah nampak abang ada orang lain. Lagipun, buat apa abang nak cari Dira balik untuk sesuatu yang haram sedangkan abang tak pernah berusaha untuk jadi yang halal buat Dira?"luah Aamir.

"Sebab itulah abang beritahu dengan kawan-kawan kita yang abang nak kahwin cepat itu?"tanya Nadira, mahukan kepastian.

Aamir hanya mengangguk. Nadira tidak menjawab, sebaliknya hanya mengeluh.

*     *     *      *      *

Syahira sedang memasak makan malam apabila dia mendengar bunyi seperti orang sedang menyanyi di hadapan rumahnya. Pada mulanya dia sangkakan teman serumahnya memasak video youtube di laptopnya, maka dia tidak mengendahkan nyanyian itu.

Namun, tak lama selepas itu, teman serumahnya, Hidayah, datang menghampirinya. Dia baru saja menutup api dapur dan kemudiannya berpaling memandang Hidayah.

"Weh, Har ada kat depan rumah. Tengah nyanyi lagu favourite kau, Lucky. Tak dengar ke?"tanya Hidayah.

"Mengarutlah kau. Betul ke ini?"tanya Syahira lalu berjalan menuju ke pintu rumahnya dan membuka pintu.

Alangkah terkejutnya dia melihat Azhar yang sedang menyanyi dan diiringi oleh petikan gitar oleh rakan sekerjanya, Hasrul. Namun, yang paling mengejutkan adalah tersusun tujuh belas buah pasu bunga orkid di hadapan rumahnya.

Syahira menekup mulutnya akibat terlalu terharu. Selama 8 tahun perkenalan mereka, tak pernah sekalipun Azhar berbuat begini.

Syahira mendekati Azhar dengan harapan Azhar akan berhenti menyanyi tapi ternyata usahanya sia-sia. Azhar terus menyanyi walaupun jiran tetangganya sudah menjerit-jerit kemarahan.

"Har, berhentilah. Orang dah marah itu,"pinta Syahira.

Mendengar permintaan Syahira, barulah Azhar berhenti. Syahira mendekati Azhar dengan mata yang sudahpun bergenang.

"Maafkan I, Nur Syahira. I terlalu sayangkan U. Jangan tinggalkan I, sayang. I tak boleh kalau tak ada U,"pohon Azhar lalu mengesat air mata Syahira yang sudahpun mengalir di pipi.

Mendengar Azhar meminta maaf, Syahira hanya mengangguk tanda dia memaafkan tunangannya itu. Azhar yang terlalu gembira itu telah bertindak memeluk Syahira. Namun, Azhar melepaskan pelukan itu apabila Hidayah yang berdiri di belakang mereka sedari tadi mula berdehem.

"Ops, sorry. Tak sengaja,"seloroh Azhar selepas meleraikan pelukan itu.

"Tak apalah, tapi kena kahwin cepat ini. Dah over the limit dah, tak manis orang tengok,"sindir Hidayah sambil tersengih.

"Okay juga itu, bulan depan kita kahwin nak?"tanya Azhar pada Syahira pula.

Syahira tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Melihat reaksi Syahira, Azhar, Hidayah dan Hasrul memanjatkan syukur mereka kepada Illahi. Ternyata nasihat yang diberika oleh Aamir sangat berguna.

*     *     *     *     *

Akibat berpura-pura merajuk, Aamir mengenakan isteri kesayangan itu dengan merampas kunci kereta isterinya dan melarang isterinya keluar untuk sebulan kecuali dengan izin Aamir.

Akan tetapi, Nadira sudahpun bersedia dengan kemungkinan itu. Dia gunakan hukuman itu untuk memperhabiskan duit suaminya itu dengan belajar memasak dan meminta suaminya membelikan buku-buku ilmiah agama untuk bacaannya.

Suatu malam, ketika Nadira sedang membaca buku "Nota Hati Seorang Lelaki" karya Ustaz Pahrol Md. Juoi, Aamir tiba-tiba datang dan duduk berteleku di sebelah Nadira.

Melihat suaminya yang asyik memandangnya, Nadira menutup buku tersebut lalu diletakkan di atas almari sisi katil dan kemudiannya memandang suaminya lalu tersenyum sebagai isyarat menantikan bicara suaminya.

"Sayang ada hutang dengan abang,"ucap Aamir sambil tersenyum.

"Hutang? Hutang apa?"tanya Nadira sambil memandang suaminya dengan wajah yang sangat hairan.

*bersambung*



Foot print: Ana harap ana tak perlu lihat wajahnya lagi... :(

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com