Tuesday, September 19, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 8...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 8: Kerugian yang Harus Dibayar

Bunyi telefon bimbit itu mengejutkan Wafi dari tidurnya. Tanpa berlengah dia mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja sisi katilnya. Dia melihat skrin telefonnya, nama Harry tertera di atas skrin.

"Hello, kenapa kau telefon aku ini? Hari ini aku tak datang ke sana," ujar Wafi setelah menjawab panggilan tersebut.

"Saya nak maklumkan bos, saya sudah dapat bayaran untuk hutang Ayra Melissa dan saya dah masukkan dalam akaun bos," terang Harry.

"Berapa kau masukkan? Hutangnya RM50 ribu bukan?" tanya Wafi yang akhirnya duduk bersandar di kepala katil setelah mendengar perkhabaran yang dibawa oleh Harry itu.

"RM70 ribu, bos. Saya depositkan guna CDM, 10 bank saya pergi. Sepertimana yang bos suruh," jawab Harry.

"Bagus, inilah sebab kenapa aku suka bekerja dengan kau. Baiklah, kalau ada apa-apa, kau hubungi aku. Chaw!" ujar Wafi sebelum memutuskan talian.

Sengaja dia menyuruh orang bawahannya itu memindahkan wang menggunakan mesin deposit tunai, kerana mana-mana pihak tidak dapat menyiasat dari mana datangnya wang yang dimasukkan oleh Harry itu. Begitulah rutinnya jika mereka mendapat duit hasil pinjaman yang dilakukannya.

Wafi mencapai komputer ribanya lalu dia membuka pelayar bagi melihat perkembangan lelongan pasaran gelap yang diterajuinya sejak setahun yang lalu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat kutipan hasil lelongan malam semalam adalah RM6 juta dan RM5 juta sahaja datangnya dari satu 'barang', iaitu manusia! 

Selama dia mengendalikan lelongan ini, belum pernah lagi mana-mana manusia dibeli dengan harga yang begitu tinggi, hanya organ manusia sahaja yang dibeli dengan harga tinggi. Itupun paling tinggi harga yang pernah dicatatkan untuk organ manusia ialah RM5.2 juta untuk sepasang buah pinggang.

Wafi mencapai telefon iPhone 6S miliknya lalu menghubungi Harry semula. Tak lama selepas itu, kedengaran suara Harry di hujung talian.

"Hello, bos! Apa cerita ini, tak sampai sepuluh minit bos dah hubungi saya?" tanya Harry sambil ketawa.

"Siapa perempuan yang kau jual dengan harga RM5 juta ini?" tanya Wafi, dengan nada yang agak keras. Begitulah dia jika dia sedang menahan marah.

"Orang yang tak bayar hutang, bos! Saya pun terkejut ada orang sanggup beli perempuan ini dengan harga RM5 juta," ujar Harry dengan suara yang tersekat-sekat.

"Mana duitnya?" tanya Wafi, hairan kerana dia tak diberitahu tentang perkara ini.

"Saya sudah masukkan RM70 ribu tadi," jawab Harry.

"Kau jual Ayra itu ke?"

"Ya, bos. Dia pinjam, tapi sudah tiga bulan tak bayar. Bila kami minta, dia kata dia tak ada duit. Jadi, saya lelonglah dia."

Wafi mulai hairan, selalunya mengikut polisi geng, orang yang berhutang hanya akan dijual jika tiada bayaran selama setahun, itupun setelah tiga kali amaran. Mengapa pula Ayra dijual hanya setelah tiga bulan culas membuat bayaran? Pasti ada yang tak kena.

"Aku nak bahagian aku, lagi RM2.93 juta! Selebihnya kau agihkan kepada orang-orang kita," arah Wafi.

"Baik, bos! Nanti bila saya dah depositkan ke dalam akaun bos, saya akan hubungi bos."

"Okay, chaw!" jawab Wafi sebelum mematikan talian. Namun, selepas itu, dia menghubungi seseorang yang lain pula.

"Hello, bos! Ada apa hubungi saya malam-malam buta ini?" tanya lelaki yang berada di hujung talian.

"Aku ada kerja untuk kau, dan aku nak kau rahsiakan daripada semua orang, termasuklah Harry," jawab Wafi, serius.

"Bos curiga dengan Harry? Hairan," ujar lelaki itu dengan nada suara yang hairan.

"Kau jangan nak sindir aku, Bob! Aku nak kau buat beberapa perkara ini. Pertama, aku nak tahu siapa Ayra Melissa ini, kenapa dia buat pinjaman dengan kita dan siapa yang uruskan hal pinjaman dia? Kedua, aku nak kau siasat siapa yang beli Ayra dengan harga RM5 juta itu. Ketiga, aku nak kau siasat gerak-geri Harry, dengan siapa dia sekarang, apa yang dia buat, aku nak tahu semuanya."

"Banyaknya, tapi bos, saya nak deposit sikit. Tengah kering ini," ujar Bob.

"Harry tak cakap nak bagi kau orang duit sikit ke?" tanya Wafi.

"Tak ada pun, Harry baru saja keluar dari markas ini. Kalau ada, saya mesti sudah tahu."

"Baiklah, aku depositkan RM2 ribu dulu. Bakinya lepas kau dapat semua info yang aku nak."

"Baik, bos!"

"Ingat, tak ada siapapun harus tahu tentang ini. Chaw!" Wafi sempat memberikan amaran sebelum dia memutuskan talian. Dia mulai berang dengan tindakan Harry yang cuba untuk menipunya. Harapkan pegar, pegar makan padi.

     *      *     *     *      *

Wafi sedang menghirup cappuccino yang dipesannya apabila seorang lelaki duduk di hadapannya. Wafi memandang wajah lelaki itu, lelaki yang bermisai nipis, mempunyai kulit kuning langsat, hidung sedikit mancung dan mata yang tidak terlalu sepet dan tidak terlalu buntang itu sedang memesan minumannya daripada pelayan yang mengikuti lelaki itu sedari tadi.

"Kau sudah berapa lama tak pulang ke rumah? Auntie sudah bising," ujar Wafi kepada lelaki itu.

"Aku sibuk sikit, lagipun aku baru saja terima pembantu peribadi baru. Jadi, ambil masa sikit nak sesuaikan diri dengan dia. Mummy aku cakap apa pada kau?" tanya lelaki itu sambil tersenyum sinis.

"Kau ini, Ijal. Memanjangnya sibuk. Dia suruh kau balik, sebab dia nak bincang tentang perkahwinan kau dengan Salwa," terang Wafi, lalu menghirup minumannya.

"Dia masih nak aku berkahwin dengan minah senget itu? Kelakarnya," ujar Hafizal, sinis.

"Kau ini lagi meragukan aku. Aku kenal sangat kau ini, kau tak pernah bantah kata orang tua kau, kenapa kali ini?" tanya Wafi, terus terang. Dia tahu Hafizal menyembunyikan sesuatu.

"Aku bakal berkahwin, tapi mummy dengan daddy aku tak tahu."

"Patutlah kau begini. Kenapa tak berterus terang saja?" tanya Wafi, hairan.

"Aku ada sebab-sebab tertentu kenapa aku tak boleh berterus terang dengan sesiapa. Siapa bakal isteri aku pun aku tak boleh nak beritahu," ujar Hafizal.

"Kita kan sepupu. Kita berdua ini dah rapat sejak kecil lagi, takkan aku pun kau tak boleh nak beritahu?"

"Kau lagi bahaya, nanti dibuatnya kau beritahu mama kau, mama kau beritahu mummy aku, matilah aku!"

"Kau ini ada-ada sajalah. Aku pun kau tak boleh nak percaya," ujar Wafi, pura-pura sedih.

"Eleh, kau! Kau ingat aku tak tahu taktik kau itu? Aku kenal sangat kau itu, bukannya sedih manapun. Poyo saja lebih!" ujar Hafizal yang baru sahaja habis menghirup air teh limau yang dipesannya tadi.

"Tahu saja kau ini."

"Sudahlah, lagi lama aku layan kau, lagi banyak tertangguh kerja aku. Minum pagi ini aku belanja, bye!" ujar Hafizal sebelum bangun lalu meninggalkan kafe yang terletak berhampiran bangunan pejabat Hafizal itu.

Belum sempat Wafi menjawab, telefon bimbitnya berbunyi. Nama Bob tertera di atas skrin membuatkan dia cepat-cepat menjawab panggilan itu.

"Hello, Bob! Any info?" tanya Wafi, sedikit teruja.

"Ada, bos! Pertama, Ayra Melissa ini bekerja di Mustaqim Ventures, sebelum ini bekerja di bahagian pentadbiran tapi sekarang dia adalah PA Megat Hafizal. Memang pinjaman dibuat atas namanya, tapi tiada sebarang bukti yang menunjukkan dia menerima duit tersebut dan yang menguruskan pinjamannya ketika itu adalah Harry," terang Bob, panjang lebar.

"Harry? Aku tak terkejut. Setiap kali Harry yang uruskan pinjaman, mesti orang yang pinjam itu akan dilelong, tetapi Ayra ini dilelong terlalu awal. Lain?"

"Saya dapat tahu teman wanita Harry sekarang adalah bekas rakan serumah Ayra, bos! Model terkenal, Kathy Nada."

"What? Jangan-jangan ini semua kerja mereka berdua tak?" tanya Wafi, hairan.

"Kalau bos nak, saya boleh siasat. Oh ya, pembeli Ayra adalah Encik Megat Hafizal, bos Ayra sekarang."

"Apa dia? Megat Hafizal? Sejak bila dia tahu tentang portal lelongan kita?" tanya Wafi, tidak percaya.

"Apparently, sejak dia beli Ayra, sebab sebelum dan selepas belian itu, dia tak ada buat apa-apa transaksi lagi."

"Takkan sanggup berhabis sampai RM5 juta untuk selamatkan pekerja? Lebih baik dia bayar saja pinjaman Ayra itu."

"Macam mana nak bayar kalau Ayra tidak diberikan amaran terlebih dahulu, bos? Tahu-tahu saja Harry terus cekup budak itu, terus naikkan untuk dilelong."

"Masalah betul si Harry ini. Okay, aku nak kau siasat Harry dengan teman wanita dia itu. Apa-apa kau hubungi aku. Lagi satu, aku nak tengok gambar Ayra, kau hantar pada aku. Chaw!" arah Wafi sebelum mematikan taliannya.

"Apa yang kau cuba lakukan ini, Ijal?" ngomel Wafi, dalam hati.

     *     *     *     *     *

Dua malam selepas itu, Wafi telah menghadiri majlis makan malam amal yang dianjurkan oleh Mustaqim Ventures bagi mewakili ibu bapanya yang tak dapat hadir kerana mengerjakan Haji. Lagipun, majlis itu boleh membuatkan dia melepaskan tekanannya setelah markas geng miliknya diserbu polis malam kelmarin. Harry pula ghaib tanpa berita, membawa lari baki RM2.93 juta yang dijanjikan untuknya.

Dia ditempatkan di meja VIP kedua dan dari mejanya, dia dapat melihat seorang wanita yang duduk di sebelah sepupunya. Kelihatannya seperti gambar yang diterima olehnya dua hari lepas, tetapi yang berada di hadapannya malam ini lebih cantik.

Sekali lagi dia terkejut apabila dia melihat wanita itu membuat persembahan bersama sepupunya. Suara wanita itu yang berjaya memukaunya membuatnya hatinya dihuni rasa ingin tahu dan perasaan itu yang membawanya ke belakang pentas.

Ketika dia tiba di sana, Wafi dapat melihat sepupunya bersama wanita itu sedang memandang sesuatu yang ada di tangan wanita itu. Keintiman keduanya membuat perasaan ingin tahu itu lebih tinggi daripada sebelum ini. Lebih-lebih lagi setelah dia mendapat tahu kenyataan Hafizal adalah insan yang telah membeli wanita tersebut.

Tanpa berlengah, Wafi membuat keputusan untuk mendekati pasangan itu.

"Well, well, well, sejak bila kau rapat dengan PA kau ya, Ijal? tanya Wafi, sinis.

Dia dapat melihat pasangan yang berada di hadapannya menoleh ke arahnya dan Hafizal membuntangkan mata selepas melihatnya. Dia pula hanya tersenyum sinis.

*BERSAMBUNG*

Monday, September 18, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 7...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 7: Cuba Memahami

Hafizal melihat wanita yang berada di hadapan isterinya itu. Dia perasan ada kesan seperti lebam di mata kiri wanita itu. Sepatutnya dilihat seperti ditumbuk orang, tetapi entah kenapa dia berasa kesan itu seakan tidak asli. Dia hanya melihat Ayra memegang bahagian yang dikatakan lebam itu, tetapi dihalang oleh Qatrunnada, wanita itu.

Hafizal tidak memberikan perhatian kepada perbualan dua orang wanita itu, kerana perhatiannya hanya terletak pada mata kiri wanita itu. Ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita itu, namun hanya didiamkan.

Sedar-sedar sahaja, dia melihat wanita itu memegang erat tangan Ayra. Kelihatannya seperti ingin cepat beredar dari situ.

"Aku kena cepat sebelum bekas suami aku sampai. Apa-apa aku jumpa kau di rumah. Terima kasih kerana memahami," ujar Qatrunnada lalu beredar dari situ.

Hafizal yang berdiri di sebelah Ayra juga memandang pemergian Qatrunnada, seperti mana Ayra.

"For some reasons, I don't trust her. Jadi, saya tak izinkan awak jumpa dia lagi selepas ini," komen Hafizal.

"Kenapa pula?" tanya Ayra, terpinga-pinga mendengar komen Hafizal.

"Dia tak meyakinkan saya. That's it. Tak ada soalan lagi selepas ini. Noktah!" arah Hafizal.

"Baiklah, saya faham."

"Bagus. Jom kita pergi makan. Aku belanja semua orang tengahari ini," ajak Hafizal lalu berjalan keluar dari situ dan diikuti oleh Nazrin dan Khairul.

"Siapa dia?" tanya Hafizal, mengejutkan Ayra.

"Dialah yang berhutang dengan 'along' dan gunakan nama saya sebagai penjamin," jawab Ayra dengan riak wajah tanpa ekspresi. Hafizal tahu Ayra mencuba untuk menyembunyikan perasaan seperti yang diarahkan, namun selalunya dia masih berjaya membaca fikiran dan perasaan wanita tersebut.

"Dia yang buatkan awak terjual tapi awak masih boleh berbual dengannya? Kalau saya, saya sudah tumbuk muka dia macam mana awak tumbuk muka saya dulu," ungkit Hafizal lalu memandang ke arah lain. Dia tahu isterinya itu sedang memandangnya dengan perasaan sebal.

"Saya minta maaf atas segala yang saya lakukan kepada tuan dulu," bisik Ayra, namun cukup kuat untuk didengarinya.

"Saya maafkan, tapi awak kena buat sesuatu untuk saya."

"Apa dia?"

"Akan dipertimbangkan nanti."

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

     *      *      *     *     *

Malam itu, selepas solat Isyak, Hafizal memanggil Ayra masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia tahu Ayra baru sahaja berpindah masuk ke dalam rumah banglo miliknya jadi wanita itu pasti penat, namun dia harus menyampaikan sesuatu kepada Ayra.

"Awak ingat tak tentang persembahan yang dibatalkan itu?" tanya Hafizal dengan senyuman.

"Ingat, tuan. Kenapa ya?" tanya Ayra pula.

"Saya nak awak yang menyanyi di dalam slot persembahan itu dan saya akan melelongkan hasil sumbangan saya yang akan awak peragakan sepanjang majlis itu esok selepas persembahan itu," terang Hafizal.

Hafizal dapat melihat Ayra melopong tanda terkejut. Geli hati pula rasanya kerana isterinya itu kerap kali melopong semenjak bernikah dengannya.

"Saya sudah lama tak menyanyi di khalayak ramai. Kali terakhir adalah pada zaman universiti," ngelat Ayra.

"Saya selalu saja dengar awak nyanyi, sedap saja. Trust me, you can do it!"

"Majlis itu majlis besar, tuan. Saya tak nak malukan tuan," ujar Ayra yang sedikit gusar.

"Awak nak saya maafkan awak tak? Kalau nak, awak nyanyi esok."

"Lagu apa?" tanya Ayra.

"Ka-Ching!, Shania Twain. Saya tahu awak tahu lagu tu, saya pernah dengar awak nyanyi lagu itu," jawab Hafizal, selamba.

"Sesuai sangatlah lagu itu untuk majlis begini kan, tuan?"

"You read my mind?" tanya Hafizal sambil tersenyum.

"Only when you allowed me to, like now. Baiklah, saya akan menyanyi lagu itu esok."

"Good. Lagi satu, saya nak panggil awak Mel selepas ini boleh?" tanya Hafizal, serius.

"Kenapa Mel? Belum ada sesiapa yang panggil saya Mel."

"Duduk sebelah saya," arah Hafizal sambil menepuk-nepuk tilam tempat dia duduk sedari tadi.

Ayra hanya menurut. Sebaik sahaja Ayra duduk di sebelahnya, Hafizal bertindak memegang pipi kiri Ayra.

"Saya nak jadi satu-satunya bagi awak. Saya tak suka berkongsi dengan orang lain, walaupun nama panggilan. Saya nak jadi satu-satunya yang panggil awak Mel sebagaimana saya nak jadi satu-satunya yang awak fikirkan, supaya awak tak lupa yang awak milik saya," terang Hafizal lalu mendekatkan wajahnya dengan wajah Ayra.

"Baiklah, tuan kalau itu yang tuan mahukan,"jawab Ayra, perlahan namun cukup untuk didengari oleh Hafizal. Kemudian, Ayra menutupkan matanya.

Sebaik sahaja ayat itu habis dituturkan Ayra, bibir Hafizal dan bibir Ayra mula menyatu.

     *     *     *     *     *

"Awak gemuruh ke Mel?" tanya Hafizal apabila lama diperhatikan Ayra yang mundar-mandir di hadapannya.

"Yalah, sebab saya sudah lama tak menyanyi depan khalayak ramai. Saya bukan seperti tuan yang selalu berucap depan orang ramai," jawab Ayra, gemuruh.

"Jangan risau, saya akan temankan awak sepanjang persembahan. Okay?"

Ayra hanya mengangguk. Setelah melihat respon Ayra, Hafizal mengeluarkan sebuah kotak berisi dua bentuk cincin lalu menyarungkan ke jari tengah sebelah kiri dan jari manis sebelah kanan wanita itu.

"Banyaknya cincin! Sudahlah baju, tudung dan kasut saya sudah mahal, tambah cincin lagi?" tanya Ayra, resah.

"Pakai sajalah!" arah Hafizal, serius.

Ayra hanya mengangguk, malas hendak bertegang urat dengan suaminya itu.

"Oh ya, saya nak awak jadi diri awak sendiri apabila awak menyanyi di atas pentas itu. Saya tahu awak nampak kawan awak itu bukan? Anggap sajalah lagu ini awak nyanyikan khas untuk dia," pinta Hafizal membuatkan Ayra tersentak.

"Maksud tuan?" tanya Ayra, inginkan kepastian.

"Awak nak senyum ke nak marah ke nak menangis sekalipun, inilah masanya. Saya izinkan. Cuma, awak jangan sesekali lupa yang awak milik saya, itu saja," terang Hafizal sambil tersenyum.

Mendengar penjelasan Hafizal, Ayra tersenyum. Mata wanita itu sedikit berkaca, namun mujurlah tiada air mata yang keluar.

"Selesai sudah sesi lelongan pertama. Untuk pengetahuan para tetamu, acara persembahan yang sepatutnya diadakan selepas ini tidak dapat diteruskan kerana penyanyi yang seharusnya membuat persembahan ini terpaksa membatalkan penyertaannya di saat-saat akhir kerana masalah kesihatan. Dengan ini, saya menjemput Yang Berbahagia, Ketua Pegawai Eksekutif Mustaqim Ventures, Encik Megat Hafizal Megat Mustaqim untuk memberikan persembahannya.


Hafizal menepuk bahu Ayra supaya bertenang sebelum melangkah menuju ke pentas. Pengacara majlis menyerahkan mikrofon kepadanya sebaik sahaja dia tiba di tengah pentas.

"Assalamualaikum dan selamat petang semua, berdirinya saya di sini bukan untuk menyanyikan lagu kepada anda semua. Jadi, anda semua jangan risau kerana yang akan menyanyi itu merupakan seseorang yang telah banyak berjasa kepada syarikat dan saya sendiri, seseorang yang saya rasakan wajar diberi penghormatan untuk memperagakan busana dan tudung yang bakal dilelongkan oleh saya sebentar lagi. Tanpa membuang masa, saya persilakan pembantu peribadi saya, cik Ayra Melissa!"

Hafizal memandang ke arah tepi pentas. Kelihatan Ayra mula melangkah ke arah pentas. Hafizal melihat Ayra begitu cantik mengenakan busana yang dibelinya itu, tampak berseri wanita itu, lebih-lebih lagi apabila busana tersebut terkena cahaya lampu.


Satu persatu bait lirik lagu Ka-Ching! nyanyian asal Shania Twain itu Ayra nyanyikan dengan penuh perasaan. Hafizal dapat melihat kesungguhan isterinya meluahkan isi hatinya yang tidak dapat dipamerkan akibat daripada syarat-syarat yang diberikan olehnya. Tanpa dia sedar, sebuah senyuman ikhlas terukir di bibirnya.


Dalam masa yang sama, Hafizal juga sempat untuk memandang ke arah Qatrunnada yang duduk di barisan hadapan, dia dapat melihat Qatrunnada beredar dari dewan tersebut ketika korus terakhir dinyanyikan.


Sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan, Hafizal terus memulakan sesi lelongan kedua. Tidak dia sangka busana yang dipakai oleh Ayra berjaya dilelong dengan harga yang berlipat kali ganda daripada harga jualannya.


Sebaik sahaja selesai persembahahan dan lelongan, Ayra dan Hafizal kembali semula ke belakang pentas. Hafizal ingin menuju ke bilik rehatnya, namun ditahan oleh Ayra. Hafizal memandang wajah isterinya itu, lama sebelum Ayra membuka bicara.

"Terima kasih, tuan sebab berikan saya peluang ini. Terlalu banyak jasa tuan pada saya, sedangkan saya tak mampu nak membalasnya," ujar Ayra lalu mencuba untuk menanggalkan cincin-cincin di jarinya itu.


"Jangan tanggalkan dulu, pakai sehingga habis majlis ini. Nanti bila kita dah sampai rumah baru awak tanggalkan," tegah Hafizal membuatkan Ayra tak jadi untuk menanggalkan cincin tersebut.


"Well, well, well, sejak bila kau rapat dengan PA kau ya, Ijal?


Suara itu telah membuatkan Hafizal memandang ke arah punca suara tersebut lalu membuntangkan matanya.


*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 6...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 6: Marah Tetap Marah

Ayra menatap wajah Qatrunnada. Ada kesan seperti lebam di mata kiri wanita itu. Seperti ditumbuk orang. Dia cuba memegang kawasan tersebut, namun dihalang oleh Qatrunnada.

"Jangan Ayra, sakit. Doktor pun aku tak bagi pegang tadi," tegah Qatrunnada kerana bimbang solekannya melekat pada tangan Ayra.

"Kau kenapa ini?" tanya Ayra diulit perasaan bimbang.

"Aku sebenarnya kena pukul dengan suami aku. Aku menyesal sangat berkahwin dengannya, jadi aku minta cerai. Aku baru sahaja selesai ambil surat cerai. Kau buat apa di sini?"

"Aku baru lepas uruskan pernikahan aku. Oh ya, aku baru teringat! Sampai hati kau buat pinjaman dan letakkan aku sebagai penjamin? Kau berhutang dengan 'along' pula tu. Kenapa kau buat aku begini?" Ayra menukar topik.

"Aku minta maaf, Ayra. Aku terdesak. Bekas suami aku suruh aku bayar dia kalau tak nak gambar bogel aku dijual di internet. Aku janji, bila aku ada duit aku bayar kau balik," rayu Qatrunnada, bersungguh.

Ayra cuba mencari keikhlasan cerita Qatrunnada. Melihat wajah wanita itu yang muram dan sedih itu sedikit sebanyak telah mencairkan kemarahan yang ditanggung selama beberapa hari ini.

"Baiklah, aku tunggu kau bayar aku balik," jawab Ayra sambil tersenyum.

Qatrunnada hanya mampu untuk tersenyum tipis selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh Ayra. Dia mengambil tangan kanan Ayra lalu diusap lembut.

"Aku kena cepat sebelum bekas suami aku sampai. Apa-apa aku jumpa kau di rumah. Terima kasih kerana memahami," ujar Qatrunnada lalu beredar dari situ.

Ayra hanya memandang pemergian Qatrunnada itu. Hafizal yang berdiri di sebelah Ayra juga memandang orang yang sama.

"For some reasons, I don't trust her. Jadi, saya tak izinkan awak jumpa dia lagi selepas ini," komen Hafizal.

"Kenapa pula?" tanya Ayra, terpinga-pinga mendengar komen Hafizal.

"Dia tak meyakinkan saya. That's it. Tak ada soalan lagi selepas ini. Noktah!" arah Hafizal.

"Baiklah, saya faham."

"Bagus. Jom kita pergi makan. Aku belanja semua orang tengahari ini," ajak Hafizal lalu berjalan keluar dari situ dan diikuti oleh Nazrin dan Khairul.

     *      *      *     *     *

Ayra melopong saat dia menyedari bahawasanya Hafizal membawa mereka bertiga makan bukannya di restoran biasa, tetapi di Restoran TEMPTationS, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Apabila Hafizal memintanya untuk memesan makanan yang diingininya, dia tak mampu untuk memberikan jawapan yang dipinta lantaran melihat harga setiap hidangan yang disediakan. Akhirnya, dia menyerahkan kepada Hafizal untuk memilih untuknya.

Sekali lagi dia terkejut apabila Hafizal memesan makanan yang sama dengan apa yang dipesan oleh lelaki itu untuknya. Seingatnya tadi, makanan yang dipesan oleh lelaki itu adalah yang termahal yang ada di dalam menu. Namun begitu, dia hanya mendiamkan diri kerana bimbang jika dia membantah, kemungkinan besar Hafizal akan marah.

"Awak ini memang setiap kali akan melopong ke? Seumur hidup awak tak ada siapa belikan awak sesuatu yang mahalkah?" tanya Hafizal sambil melihat skrin telefon bimbitnya.

Ayra terkejut mendengar persoalan yang diajukan oleh suaminya itu. Dia hairan bagaimana lelaki yang duduk di sebelahnya itu dapat membaca fikirannya tanpa perlu melihat wajahnya.


"Ayra, Izal ini memang begini. Kami dulu panggil dia ahli nujum. Dia tahu saja apa yang orang fikirkan, terutamanya tentang dia," celah Nazrin setelah melihat riak wajah Ayra yang semakin tercengang dengan soalan Hafizal itu tadi.

Apabila mendengar penjelasan Nazrin, Ayra tersenyum kelat. Patutlah Hafizal menyuruhnya menyembunyikan ekspresi wajahnya.

"Saya minta maaf, abang. Saya tak pernah makan di tempat begini, walaupun saya makan makanan barat," terang Ayra dengan perasaan bersalah.


"So now you have to get used to it, because I won't keep you inside the house or inside my office. I want my wife to walk beside me when needed," ujar Hafizal yang masih leka menatap skrin telefon bimbitnya itu.


Ayra menelan air liur, sangkaannya dia tak perlu berbuat apa-apa sebagai isteri CEO Mustaqim Ventures itu memandangkan syarat yang diberikan oleh Hafizal adalah hanya menjadi pembantu peribadi, pemandu dan orang gajinya sahaja.

"Okay, abang."


Hanya itu saja yang dijawab oleh Ayra sebelum dia mendengar bunyi telefon bimbitnya. Bukan dia saja yang hairan, tetapi Hafizal yang berada di sebelahnya juga turut menjeling kehairanan kerana kedua mereka tahu tiada siapa yang mengetahui nombor telefon baru Ayra.


Ayra mengeluarkan telefon bimbitnya, tertera nama Erni di skrin telefonnya. Sekali dia hairan, sejak bila pula Erni bertukar nombor telefon dengannya? Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan tersebut.


"Hello, Erni. Ada apa ya?" tanya Ayra selepas dia mengangkat telefon bimbitnya itu. Ayra dapat melihat selepas dia menyebut nama Erni, Hafizal kembali memandang ke arah telefon bimbitnya.


"Hello, Ayra. Aku ada berita buruk nak beritahu Encik Hafizal tentang Majlis Makan Malam Amal kita esok, tapi aku takut. Boleh kau tolong aku?" tanya Erni, sedikit gusar.


"Kenapa dengan majlis itu?" pertanyaan Ayra membuatkan Hafizal kembali menjeling ke arahnya.


"Penyanyi yang kita upah untuk menyanyi malam esok, tiba-tiba dia dikejarkan ke hospital tadi. Jadi, pengurusnya terpaksa membatalkan semua jemputannya untuk esok dan lusa. Bagaimana ini? Kita takkan sempat nak cari penggantinya."


"Sakit pula dia. Tak apalah, nanti aku sampaikan pada Encik Hafizal..."


Belum sempat Ayra menghabiskan ayatnya, Hafizal telah bertindak mengambil telefon bimbit Ayra lalu menekupkan telefon tersebut di telinganya.


"Kenapa ini, Erni? Ada apa-apa masalah?" tanya Hafizal, lembut.


Ayra tak pasti apa yang dijawab oleh Erni, tetapi agak panjang penjelasannya kerana lama juga sebelum Ayra dapat mendengar respon Hafizal kembali. Sesekali dia dapat melihat Hafizal menjeling ke arahnya.


"Tak apa, Erni. Awak kosongkan slot nyanyian itu, saya akan uruskan. Awak jangan risau, apa-apa awak boleh hubungi saya terus, tak perlu takut. Kalau awak hubungi Ayra dan Ayra tiada bersama saya, saya bimbang masalah awak akan tertangguh. Ada apa-apa lagi? Kalau tiada, saya letak telefon ya," ujar Hafizal lalu memutuskan talian dan menyerahkan telefon bimbit tersebut kepada Ayra semula.


"Saya yang berikan nombor telefon awak pada Erni, andai kata dia tak dapat hubungi saya. Jangan nak buat muka hairan sangat," ujar Hafizal lalu tersenyum sinis.


"Tak adalah, cuma terkejut saja. Saya baru dapat telefon ini semalam, hari ini sudah ada yang hubungi saya, mahunya saya tak terkejut?" terang Ayra, sambil menghirup air kosong di dalam gelas yang berada di sebelah kirinya itu.


"Oh ya, saya lupa nak beritahu awak, esok malam awak kena ikut saya ke majlis makan malam itu. Pakaian awak semuanya saya dah siapkan," ujar Hafizal, membuatkan Ayra yang masih lagi meneguk air kosong itu tersedak akibat tercekik air.


"Ikut awak? Sebagai apa?" tanya Ayra.


"Isteri sayalah."


Ayra masih lagi terkejut, namun dia telah kendurkan ekspresi wajahnya kerana bimbang dimarahi oleh Hafizal lagi.


"Awak nak beritahu semua orang ke apa?" tanya Ayra, jujur.


"Taklah, awak akan jadi teman saya ke sana tetapi bukankah semua orang tahu awak adalah pembantu peribadi saya, jadi apa masalahnya?"


Jawapan yang diberikan oleh Hafizal membuatkan Ayra terkesima. Ada benarnya kata-kata Hafizal itu.


"Izal, apa masalah dengan majlis malam esok itu? Aku tengok kau bukan main serius bercakap dengan orang bawahan kau tadi," sampuk Khairul, bimbang kalau-kalau ketegangan pengantin baru itu mencetuskan permasalahan baru pula.


"Penyanyi yang bakal membuat persembahan esok terpaksa membatalkan persembahannya, dia dimasukkan ke dalam wad kerana pengsan tadi," jawab Hafizal, selamba.


"Mana sempat nak cari penggantinya? Kau nak buat macam mana itu? Aku tengok kau tenang saja," ujar Nazrin pula.


"Aku dah ada penggantinya, tapi bukanlah penyanyi profesional. Cuma, aku perlukan dia yang menyanyi atas beberapa sebab."


"Siapa, Izal?" tanya Khairul, hairan.


"Kalau aku beritahu sekarang, tak seronoklah. Tunggu esoklah," jawab Hafizal sambil tersenyum sinis.


Ayra yang melihat tiga sahabat itu berbual hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tahu Hafizal punya rancangan dan kemungkinan besar dirinya akan terlibat sama!


     *     *     *     *     *


"Selesai sudah sesi lelongan pertama. Untuk pengetahuan para tetamu, acara persembahan yang sepatutnya diadakan selepas ini tidak dapat diteruskan kerana penyanyi yang seharusnya membuat persembahan ini terpaksa membatalkan penyertaannya di saat-saat akhir kerana masalah kesihatan. Dengan ini, saya menjemput Yang Berbahagia, Ketua Pegawai Eksekutif Mustaqim Ventures, Encik Megat Hafizal Megat Mustaqim untuk memberikan persembahannya.


Ayra hanya melihat Hafizal berjalan keluar menuju ke pentas sebelum diserahkan mikrofon kepadanya. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gementarnya dia lebih-lebih lagi setelah mengetahui pakaian yang disarungkan punya maksud yang tersirat.


Gaun panjang hitam yang dipakainya telah ditempah khas daripada pereka terkenal seantero Malaysia, Jovian Mandagie; dipasangkan pula dengan tudung Bawal Rania berwarna kelabu daripada Bawal Exclusive; pastinya terasa berat bahunya bagi menggalas persalinan yang begini mewah. Sudah dipakaikan pakaian mewah, kasutnya pula telah diberikan kasut daripada jenama Prada dan ditemani oleh dua bentuk cincin berlian yang baru sahaja disarungkan oleh Hafizal di jari manis sebelah kanannya dan jari tengah sebelah kirinya. Hampir pengsan dia melihat semua yang Hafizal pakaikan padanya malam ini.


"Assalamualaikum dan selamat petang semua, berdirinya saya di sini bukan untuk menyanyikan lagu kepada anda semua. Jadi, anda semua jangan risau kerana yang akan menyanyi itu merupakan seseorang yang telah banyak berjasa kepada syarikat dan saya sendiri, seseorang yang saya rasakan wajar diberi penghormatan untuk memperagakan busana dan tudung yang bakal dilelongkan oleh saya sebentar lagi. Tanpa membuang masa, saya persilakan pembantu peribadi saya, cik Ayra Melissa!"


Sebaik sahaja namanya diseru oleh majikannya, Ayra mula melangkah ke arah pentas. Kedengaran muzik sudahpun mula dan secara automatik Ayra mula menyanyikan lagu sepertimana yang diarahkan:


We live in a greedy little world

That teaches every little boy and girl
To earn as much as they can possibly
Then turn around and spend it foolishly

We've created us a credit card mess

We spend the money that we don't possess
Our religion is to go and blow it all
So it's shopping every Sunday at the mall

All we ever want is more

A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Can you hear it ring

It makes you want to sing
It's such a beautiful thing, ka-ching!
Lots of diamond rings
The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things

When you broke, go and get a loan

Take out another mortgage on your home
Consolidate so you can afford
To go and spend some more when you get bored

All we ever want is more

A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Can you hear it ring

It makes you want to sing
It's such a beautiful thing, ka-ching!
Lots of diamond rings
The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things

Let swing

Dig deeper in your pocket
Come on I know you've got it
Dig deeper in your wallet

All we ever want is more

A lot more than we had before
So take me to the nearest store

Can you hear it ring

It makes you want to sing
It's such a beautiful thing, ka-ching!
Lots of diamond rings
The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things

Can you hear it ring

It makes you want to sing
It's such a beautiful thing, ka-ching!
Lots of diamond rings
The happiness it brings
You'll live like a king
With lots of money and things, ka-ching!

Satu persatu bait lirik lagu Ka-Ching! nyanyian asal Shania Twain itu dinyanyikan dengan penuh perasaan. Entah mengapa dia berasa sungguh berani menyanyikan lagu tersebut kerana dia ditemani oleh Hafizal sepanjang persembahannya itu dan dalam masa yang sama lagu tersebut ditujukan buat Qatrunnada yang merupakan salah seorang model bagi lelongan amal itu.


Ayra menjeling ke arah Qatrunnada yang duduk di barisan hadapan ketika dia menyanyikan lagu tersebut, dia dapat melihat Qatrunnada beredar dari dewan tersebut ketika korus terakhir dinyanyikan. Puas hatinya dapat mengenakan bekas rakan serumahnya itu dalam diam.


Setelah nyanyian itu habis, Hafizal terus melakukan sesi lelongan kedua membuatkan Ayra hanya dapat beredar dari pentas bersama Hafizal setelah sesi lelongan selesai.


"Terima kasih, tuan sebab berikan saya peluang ini. Terlalu banyak jasa tuan pada saya, sedangkan saya tak mampu nak membalasnya," ujar Ayra lalu mencuba untuk menanggalkan cincin-cincin di jarinya itu.


"Jangan tanggalkan dulu, pakai sehingga habis majlis ini. Nanti bila kita dah sampai rumah baru awak tanggalkan," tegah Hafizal membuatkan Ayra tak jadi untuk menanggalkan cincin tersebut.


"Well, well, well, sejak bila kau rapat dengan PA kau ya, Ijal?


Suara itu telah membuatkan Ayra dan Hafizal memandang ke arah punca suara tersebut lalu dia dapat melihat Hafizal membuntangkan matanya.


*BERSAMBUNG*

Sunday, September 17, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 5...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 5: Balas Dendam

Kelab malam itu masih lagi riuh dengan muzik dan manusia walaupun jam sudah menunjukkan hampir 2 pagi. Harry yang sedang meneguk bir yang dipesannya sedari tadi menguncikan pandangan ke arah seorang wanita yang sedang menari dengan lincah sekali. Wanita ini berpakaian gaun paras peha berwarna hitam dan rambutnya yang lurus itu dibiarkan mengurai.

Harry berjalan menuju ke arah wanita itu. Dia mula menari di hadapan wanita itu dan memberikan isyarat hati kepada wanita itu. Wanita itu hanya tersenyum gatal lalu menarik tangan lelaki itu dan membawanya ke meja tempat dia duduk tadi. Harry hanya mengikuti langkahnya.

"Have a seat," pelawa wanita itu lalu duduk di kerusi bersebelahannya.

Harry tidak menjawab, sebaliknya hanya duduk berhadapan wanita tersebut. Wajah wanita tersebut benar-benar memukau hatinya, tambahan pula dengan wajah yang kelihatan seperti kacukan itu.

"I am Harry, your name miss?" Harry memperkenalkan dirinya sebaik sahaja dia selesai memesan minuman yang baru.

"Kathy Nada," jawab wanita itu, tenang.

"Macam ada yang tak kena dengan nama itu, but still sounds familiar," ujar Harry, sedikit hairan.

"Catwalk model, ring any bell?"

"Yeah, right! Kathy Nada, catwalk model Ace Modelling Agency milik Datin Irene! How can I forget that?"

Wanita itu hanya tersenyum puas apabila Harry mengingatinya. Dia mula bertindak menyentuh tangan Harry yang terletak di atas meja di antara mereka berdua.

"Miss Kathy, this is wrong," ujar Harry lalu menarik tangannya.

Tindakan Harry membuatkan wanita itu terkesima. Dia mula merasa bersalah kerana sangkaannya Harry ingin menggodanya.

"Now, this is right," Harry mula meletakkan tangannya pula di atas tangan wanita tersebut.

"You ini kan, I ingat you tak sudi tadi. Seram I."

Harry ketawa mendengar respon wanita tersebut.

"I nak tanya, kenapa Kathy Nada? Sounds awkward although it is a unique name," tanya Harry. ingin tahu.

Soalan itu dibalas dengan tawa panjang wanita itu. Melihat respon wanita terbabit, Harry semakin hairan.

"That is because my real name was Qatrunnada. I just need a name that is nearer to my real name," jawab Qatrunnada lalu menyambung tawanya.

"Qatrunnada, jarang dengar nama itu. Unik. Just like you," balas Harry sambil meramas tangan Qatrunnada.

"I know one better place nearby, want to come?" pelawa Qatrunnada sambil tersenyum.

"Kenapa tak beritahu dari tadi? Boleh kita berkenalan dengan lebih 'rapat' lagi," tanya Harry sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Mendengar respon Harry, Qatrunnada menarik tangan Harry lalu berjalan seiringan keluar dari kelab malam itu.

     *     *     *     *     *

Qatrunnada mengetuk pintu bilik yang terletak bersebelahan dengan pintu biliknya. Tak lama selepas itu, pintu bilik tersebut dibuka dan Qatrunnada masuk ke dalam bilik tersebut lalu duduk di atas katil pemilik bilik tersebut.

"Babe, jom makan. Aku laparlah," ujar Qatrunnada kepada pemilik bilik tersebut sambil menggosok-gosok perutnya.

"Aku memang tunggu kau pelawa, tapi aku masih belum mandi lagi. Boleh kau tunggu?" tanya Ayra, pemilik bilik tersebut.

"Boleh saja, sayang. Pergilah mandi, busuk!" seloroh Qatrunnada lalu ketawa.

Ayra tidak membalas, sebaliknya hanya ketawa sambil berjalan menuju ke dalam bilik mandi.

Setelah Qatrunnada mendengar bunyi paip air dibuka, dengan pantas dia mencapai dompet Ayra yang terletak di dalam laci bersebelahan katil lalu membukanya. Dia mengeluarkan kad pengenalan Ayra lalu mengambil gambar kad pengenalan bahagian depan dan belakang. Setelah selesai, dia meletakkan semula semuanya di tempat asal.

Tak lama kemudian, Ayra keluar dari bilik air dalam keadaan berkemban.

"Kau tunggu sini buat apa? Tunggulah di depan. Aku nak pakai baju," marah Ayra selepas dia melihat Qatrunnada masih ada di dalam biliknya.

"Yalah, aku tunggu. Cepat sikit," jawab Qatrunnada sambil berlalu keluar dari bilik Ayra.

     *     *     *     *     *

"Dapat tangkap dia, sayang?" tanya Qatrunnada tak lama selepas dia masuk ke dalam kawasan rumah yang menjadi markas geng 888 itu. Dia memilih untuk duduk di sebelah Harry lalu bertindak memeluk lelaki itu.

"Tengok oranglah. Ada dalam bilik belakang, Ery dengan Joe sudah rantai dia supaya dia tak boleh larikan diri. Tak sangka otak sayang ini cerdik juga ya?" ujar Harry sebelum bertindak menghadiahkan sebuah ciuman di pipi gadis di sebelahnya.

"Siapa akan terfikir I boleh buat pinjaman menggunakan namanya dan I bawa lari duitnya? Tiada siapa, sebab orang tahu model macam I sepatutnya ada banyak duit," jawab Qatrunnada, megah.

"Memandangkan dia tiada duit, I dah naikkan gambar dia untuk lelongan. You tahu tak ada orang tawarkan harga RM5 juta untuk dia?"

"Jadilah you jual dia ya? RM5 juta? Bukannya cantik pun, cantik lagi I. Entah kenapa dia nak beli minah tu dengan harga RM5 juta."

"Tak cantik dia pun, dia dah bagi kita RM5 juta tahu? Cuma, kita kena pulangkan semula RM50000 yang kita pinjam atas nama dia itu. Nanti big boss cari kita pula," ujar Harry sambil tersenyum gatal.

"Ya tak ya juga. Siapa orang itu?" tanya Qatrunnada, ingin tahu.

"Entah, dia bagi nama dia Mr. H. Sudah macam big boss pula, cuma big boss pakai nama Mr. W."

"Orang kaya manalah yang nak beli minah ini ya? Buat apalah agaknya ya? Jadi pelacur ke?" tanya Qatrunnada, ingin tahu.

"Tak kisahlah apa yang lelaki itu nak buat dengan dia, sayang. Janji dia buat kita jadi kaya," ujar Harry lalu memeluk Qatrunnada sebelum menciumnya di bibir.

     *     *      *      *     *

Qatrunnada berdiri di anjung kondominiumnya yang dibeli semalam. Dia mendapat berita daripada Harry yang markas geng 888 yang diuruskannya telah diserbu polis tak lama selepas teman lelakinya itu keluar untuk menghantarnya pulang.

Dia pasti ini merupakan kerja pembeli Ayra, kerana segalanya berlaku selepas tiga hari Ayra dibeli oleh lelaki misteri yang hangat diperkatakan seantero geng. Sehinggakan lelaki yang menaung geng tersebut turut berasa hairan.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba dia terdengar bunyi pintu rumahnya dibuka. Dia memandang ke arah pintu, dia terlihat kelibat Harry yang sedang mengunci pintu rumah yang dimiliki mereka berdua. Dia hanya memandang teman lelakinya itu dengan perasaan lega kerana akhirnya dia tahu lelaki itu sudah selamat.

Harry berjalan menuju ke arahnya. Sebaik mereka berdua berdiri berhadapan satu sama lain, Harry mencium pipi Qatrunnada dan terus memeluknya.

"Nasib baik rumah ini atas nama you, kalau tidak kenalah kita lari dari sini," ujar Harry sambil tersenyum kelat.

"You dah dapat maklumat siapa buat kerja ini?" tanya Qatrunnada, ingin tahu. Geram betul dia dengan apa yang terjadi.

"Ini Harry, mana boleh I tak dapat info yang I nak. Tahu dah, Megat Hafizal. CEO Mustaqim Ventures. Ring any bell?" 

"Itu bos besar syarikat tempat Ayra bekerja! Patutlah dia sanggup bayar mahal, pekerja dia rupanya. Mesti ada rahsia syarikat yang Ayra pegang sampai dia kena beli Ayra untuk lindungi rahsia itu," teka Qatrunnada sambil menongkat dagu, seperti orang sedang berfikir.

"Now everything make sense. Cuma, masalahnya dia dah tahu I akan cari dia, jadi dia upah ramai pengawal untuk jaga dia. Bukan setakat dia sahaja, malah Ayra pun ada pengawal peribadinya sendiri!"

Melopong wajah Qatrunnada mendengar cerita teman lelakinya itu. Sangkaannya Ayra akan diseksa atau dijual sebagai pelacur, namun sangkaannya meleset.

"I akan cuba dekati Ayra dan Megat Hafizal. I akan cuba bina kepercayaan mereka dan bila mereka dah percayakan I, sendiri akan hancurkan mereka," ujar Qatrunnada sambil menggenggam penumbuknya.

Harry yang mendengar idea Qatrunnada tersenyum lebar.

"Inilah sebab kenapa sayang you, Qat!" Harry berkata lalu mencium pipi Qatrunnada.

     *     *      *      *      *

Qatrunnada tiba di Pejabat Agama Islam dengan berbaju kurung hijau, berselendang, dan berkaca mata hitam demi menjalankan misi mendekati Ayra dan Megat Hafizal. Dia sendiripun tak pasti apakah yang dilakukan oleh mereka berdua di sana, namun ini saja peluang keemasannya.

Ketika Qatrunnada tiba berhampiran Ayra, Ayra sedang berbual bersama tiga orang lelaki. Dia sendiri tak pasti yang mana satu Megat Hafizal kerana ketiga-tiga mereka nampak seperti orang berada.

Jadi, Qatrunnada mengambil keputusan untuk mendekati Ayra dan selepas itu, melanggar Ayra sehingga bekas teman serumahnya itu jatuh terduduk.

Qatrunnada melihat salah seorang lelaki yang berada berhampiran mereka mendekati Ayra lalu membantu untuk bangun. Lelaki itu memandangnya tajam, membuatkan dia masih lagi tidak berganjak dari situ dan hanya memandang lelaki tersebut.

"Macam mana awak berjalan sampai boleh terlanggar isteri saya?" tanya Hafizal dengan suara yang keras.

Qatrunnada melopong mendengar soalan Hafizal. Mereka sudah bernikah? Megat Hafizal membeli Ayra untuk dijadikan isteri?

"Siapa suruh isteri awak berdiri di tengah jalan, mengganggu laluan orang saja!" dengus Qatrunnada, berang dengan apa yang dia lihat.

"Qatrunnada?" tanya Ayra pula kepadanya.

Qatrunnada kaget setelah mendengar soalan Ayra lalu dia cuba pergi dari situ. Namun, tangan Ayra lebih pantas menarik lengannya sampai dia tak dapat bergerak.

"Nak lari ke mana itu?" tanya Ayra, sinis.

"Awak salah orang ini," jawab Qatrunnada. Ada getar pada suaranya.

"Saya tak mungkin lupa orang yang dah rosakkan hidup saya! Saya kenal sangat suara mengada awak itu!" jerkah Ayra lalu menarik kaca mata hitamnya untuk ditanggalkan. Sebaik sahaja kaca matanya ditanggalkan oleh Ayra, dia dapat melihat wajah Ayra berubah.

"Akhirnya aku berjaya!" jerit Qatrunnada, dalam hati.

*BERSAMBUNG*

Thursday, September 14, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 4...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 4: Aku Terima Nikahnya

"Perlukah awak terkejut begitu? Bukan memang saya dah katakan yang kita akan bernikah?" tanya Hafizal selepas dia melihat Ayra tercengang.

"Cepatnya! Kita belum buat kursus kahwin lagi, bolehkah begitu?" tanya Ayra, hairan.

"Itu saya dah uruskan, pejabat agama suruh teruskan dengan kursus kahwin hujung minggu ini dan serahkan sijil kepada mereka sebaik sahaja kita menerimanya," jawab Hafizal sambil tersenyum.

Ayra yang mendiamkan diri membuatkan Hafizal tersenyum puas.

"Oh ya, ambil ini. Telefon bimbit awak kena rampas oleh Harry bukan? Ini telefon bimbit awak, dengan nombor yang baru. Bil awak akan dimasukkan di bawah akaun saya," terang Hafizal lalu meletakkan kotak telefon bimbit di atas mejanya.

Ayra mendekati meja Hafizal untuk mengambil telefon bimbit tersebut. Sangkaannya telefon bimbit itu hanya telefon bimbit lama milik Hafizal, namun sangkaannya meleset apabila dia melihat kotak telefon bimbit itu tertulis iPhone 7.

"Mahal sangat telefon ini, tuan."

"Lebih baik awak ambil sebelum saya kurangkan masa sarapan awak," arah Hafizal lalu menyambung kerjanya yang tertangguh akibat Ayra tadi.

Walaupun begitu, dia sempat mengerling ke arah Ayra yang mengambil kotak telefon bimbit tersebut lalu keluar dari situ.

     *      *      *      *      *

Tepat setengah jam, pintu bilik Hafizal diketuk. Hafizal yang baru sahaja selesai menanda tangani dokumen memandang ke arah pintu.

"Masuk!" jerit Hafizal meskipun dia dapat menduga siapakah gerangan di sebalik pintu tersebut.

Tak lama selepas itu, pintu bilik Hafizal dibuka dan muncul kelibat Ayra di sebalik pintu. Ayra menutup pintu bilik tersebut lalu menuju ke arah Hafizal.

"Tuan, ada apa-apa yang tuan perlukan?" tanya Ayra dengan riak tanpa ekspresi walaupun suaranya menunjukkan dirinya sedikit gembira.

"Buatkan saya teh O kurang manis. Selepas itu, bawakan saya fail projek Rossa Residences. Saya nak semak perkembangan projek tersebut. Tengahari ini awak kena ikut saya ke kedai barang kemas untuk ukur jari awak pada cincin kahwin kita. Selepas itu, kita akan pergi membeli-belah barang dapur dan keperluan awak. Saya nak makan nasi ayam malam ini, awak kena masakkan untuk saya," arah Hafizal dengan selamba.

Buat kesekalian kalinya, Ayra melopong. Banyak betul arahan yang diterima, cukup sampai malam.

"Itu saja?" tanya Ayra, berbasa basi. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia pergi dari situ. Tak kuasa dia nak melayan kerenah 'tuan'nya itu.

Hafizal hanya mengangguk, seterusnya membuat isyarat tangan yang menyuruh Ayra keluar dari biliknya. Sebaik sahaja wanita tersebut keluar dari biliknya, dia mengambil iPhone 7 miliknya lalu menghubungi Fred.

"Hello, bos! Awal pagi dah telefon saya ini, ada apa?" tanya Fred, di hujung talian.

"Kau dah uruskan hal geng 888 itu?" tanya Hafizal, serius.

"Sudah, pihak polis sudah dapat memberkas kesemua ahli geng tersebut, kecuali Harry. Nasibnya baik kerana dia tiada di sarang mereka ketika pihak polis membuat serbuan itu. Saya dapat maklumat baru mengenai geng 888 itu."

"Apa dia?" tanya Hafizal, ingin tahu.

"Mereka ada penaung yang mana menguruskan aliran wang keluar masuk mereka. Ahli geng mereka hanya mengenali penaung tersebut dengan gelaran Mr. W dan khabarnya orang ini datang dari golongan atasan."

"Apalah kau ini! Kalau dia yang uruskan aliran keluar masuk wang geng tersebut, sudah tentu dia orang golongan atasan. Aduhai, kau ingat orang golongan sederhana macam kamu itu ada banyak duitkah?" tanya Hafizal, sambil ketawa kecil.

"Maaf, bos. Saya tak terfikir sampai ke situ. Jadi, bagaimana sekarang bos?" tanya Fred.

"Nampaknya kita kena lebih berhati-hati. Aku pasti dia akan cari kita juga selepas mereka dapat tahu kita yang buat laporan mengenai mereka. Aku juga nak kau teruskan hantar orang untuk jaga Ayra walaupun selepas kami bernikah," arah Hafizal.

"Bos sayangkan dia ya? Saya ingatkan bos beli dia sebab dia pekerja bos," duga Fred.

"Memanglah aku beli dia sebab dia itu pekerja aku! Kau jangan macam-macam, Fred. Aku tumbuk muka kau nanti!" jerkah Hafizal, berang dengan soalan yang Fred ajukan itu.

Tiba-tiba, pintu biliknya diketuk lagi dan belum sempat Hafizal menjawab, pintu tersebut telahpun dibuka. Ayra muncul bersama secawan teh dan sebuah fail berwarna biru.

"Fred, aku hubungi kau kemudian. Line tak clear!" bisik Hafizal.

"Okay bos, roger and out," jawab Fred sebelum talian tersebut diputuskan.

Ayra berjalan menuju ke arah meja Hafizal lalu diletakkan cawan dan fail tersebut di atas mejanya.

"Teh yang tuan minta, dan ini fail Rossa Residences," ujar Ayra.

"Baik, terima kasih. Awak boleh sambung kerja kalau tak ada apa-apa lagi," jawab Hafizal sambil mencapai cawan yang diletakkan Ayra tadi lalu menghirup teh di dalam cawan tersebut.

"Sedap, macam yang saya suka. Terima kasih Ayra, tengahari ini saya belanja makan," komen Hafizal lalu tersenyum.

Ayra tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya hanya mengangguk. Selepas itu, dia berpaling untuk keluar dari bilik tersebut. Hafizal pula mencapai fail yang diberikan oleh Ayra lalu menyemak isi kandungan fail tersebut.

     *     *     *     *      *

"Aku terima nikahnya Ayra Melissa binti Mohd Elyas dengan mas kahwinnya sebanyak RM300," Hafizal membalas lafaz Ijab yang diberikan oleh tok kadi tadi dengan lafaz Qabul bersaksikan Nazrin dan Khairul serta diperhatikan Ayra yang berada di sebelahnya.

"Sah?" tanya tok kadi kepada Nazrin dan Khairul. Keduanya mengangguk.

Mendengar respon Nazrin dan Khairul, tok kadi mula mengangkat tangan untuk membaca doa diikuti mereka yang lain.

Sebaik sahaja selesai urusan pernikahan Hafizal dan Ayra, kesemua mereka keluar dari bilik tok kadi lalu duduk di bangku yang disediakan di luar bilik tersebut. Hafizal mengeluarkan dua kotak berisi barang kemas lalu dibukakan kotak yang lebih besar terlebih dahulu.

Kotak yang lebih besar mengandungi seuntai gelang tangan emas bercorak bunga-bungaan. Gelang emas yang ditempah khas dari Habib Jewels itu tampak cantik berkilau apabila terkena cahaya lampu telah memukau semua mata yang melihat.

Hafizal mengambil gelang tangan tersebut lalu dipakaikan di pergelangan tangan Ayra. Dia melihat wajah isteri yang baru dikahwininya itu, walau bagaimanapun wanita itu cuba menyembunyikan ekspresi wajahnya, namun dia tahu wanita itu terpaku dengan kecantikan gelang tangan tersebut.

"Saya tak izinkan awak tanggalkan gelang tangan ini, walau untuk sesaat," arah Hafizal.

"Baiklah," jawab Ayra, pendek.

Kemudian, Hafizal membuka pula kotak barang kemas yang lebih kecil. Terdapat dua bentuk cincin perak tanpa sebarang batu mahupun corak. Namun begitu, terdapat garisan berwarna hitam di sepanjang cincin tersebut yang telah menaikkan seri cincin tersebut. Dua bentuk cincin tersebut serupa dari segi rekaan tetapi berbeza dari segi saiz. Sesiapa saja yang melihat pasti tahu ini merupakan cincin pasangan.

Hafizal mengambil cincin yang lebih kecil lalu menyarungkan ke jari Ayra. Selepas itu, dia menghulurkan kotak tersebut kepada Ayra.

Ayra mengambil cincin yang lebih besar lalu menyarungkan ke jari Hafizal lalu mencium tangan suami yang baru dinikahinya itu. Ketika Ayra mencium tangan Hafizal itu, Hafizal memegang kepala Ayra lalu berdoa agar rumah tangga mereka berada di bawah keredhaan Allah.

Selepas Ayra melepaskan tangan Hafizal, Hafizal mengeluarkan sekeping sampul surat lalu menyerahkan kepada Ayra.

"Ini duit mas kahwin awak, pakai untuk keperluan awak. Duit nafkah awak bulan ini saya dah masukkan ke dalam akaun awak, tapi kalau bila-bila awak perlukan duit, awak minta pada saya," terang Hafizal.

"Tapi kad bank saya dah patah, bukan?" tanya Ayra, hairan dengan penjelasan Hafizal.

"Tahu, jadi biar dululah duit nafkah awak itu dalam akaun. Sampai saya bawa awak untuk buat kad baru. Lagipun awak bukannya boleh keluar tanpa izin saya bukan?" tanya Hafizal sambil tersenyum sinis.

Ayra hanya mengangguk. Ada benarnya kenyataan Hafizal itu. Dia terus menyimpan sampul surat tersebut ke dalam beg tangannya yang dibelikan oleh Hafizal semalam. Meskipun beg tersebut bukannya yang termahal, namun beg tersebut tidak mampu untuk dia miliki dengan gajinya.

"Bro, lama betul kau bertukar-tukar barangan ini. Kami dah lama tunggu ini," Nazrin mencelah lalu membuatkan Hafizal ketawa.

"Oh ya, sebelum kita makan, ada sesuatu lagi yang aku nak tukar. Ayra, kenalkan ini kawan baik 'abang', yang ini Nazrin dan yang ini Khairul. Kau orang, ini isteri aku Ayra," terang Hafizal sambil menunjukkan ke arah Nazrin dan Khairul yang berdiri memerhatikan mereka sedari tadi.

"Okay, dia nak aku panggil dia abang depan kawan-kawan dialah ini," ngomel Ayra dalam hati.

Ayra hanya tersenyum memandang Nazrin dan Khairul. Dia berasa sangat janggal sekarang.

"Ayra boleh panggil saya Kay saja, dan boleh panggil Nazrin ini Naz," ujar Khairul sambil tersenyum manis. Dia sangat terpukau dengan wajah Ayra yang nampak biasa saja, tetapi mempunyai aura yang boleh memukau lelaki. Patutlah Hafizal sanggup berhabis RM5 juta untuk wanita ini.

"Kau orang jangan lebih-lebih, aku tumbuk kau orang karang," Hafizal meluahkan perasaan cemburunya dengan keletah rakan-rakannya itu.

Ayra memandang wajah suaminya itu. Apakah apa yang didengarinya ini tulus lahir dari hatinya atau hanya sandiwara di hadapannya rakan-rakannya? Sedang dia berfikir, tiba-tiba dia terlanggar seorang wanita lalu jatuh terduduk.

Hafizal yang melihat kejadian itu mendekati Ayra lalu membantu untuk bangun. Dia memandang wanita tersebut, wanita yang berbaju kurung berwarna hijau, berselendang dan berkaca mata hitam itu masih lagi tidak berganjak dari situ dan hanya memandangnya.

"Macam mana awak berjalan sampai boleh terlanggar isteri saya?" tanya Hafizal dengan suara yang keras.

"Siapa suruh isteri awak berdiri di tengah jalan, mengganggu laluan orang saja!" dengus wanita itu, berang.

"Qatrunnada?" tanya Ayra pula kepada wanita itu.

Wanita itu kaget setelah mendengar soalan Ayra lalu dia cuba pergi dari situ. Namun, tangan Ayra lebih pantas menarik lengan wanita itu sampai dia tak dapat bergerak.

"Nak lari ke mana itu?" tanya Ayra, sinis.

"Awak salah orang ini," jawab wanita tersebut. Ada getar pada suaranya membuatkan Hafizal mula berasa hairan.

"Saya tak mungkin lupa orang yang dah rosakkan hidup saya! Saya kenal sangat suara mengada awak itu!" jerkah Ayra lalu menarik kaca mata hitam wanita itu untuk ditanggalkan. Sebaik sahaja kaca mata wanita itu ditanggalkan, wajah Ayra berubah.

*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 3...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 3: Kau Milikku

Lama Ayra mendiamkan diri, membiarkan soalan Hafizal tidak berjawab. Bukan dia tak mahu menjawab, tetapi apabila dia mengenangkan nasibnya, dia mula dihantui rasa bersalah.

"Kenapa dengan kau ini? Aku tanya dari tadi tak berjawab. Kau rasa tak mungkin aku yang beli kau, begitu?" tanya Hafizal lagi, selepas dia melihat Ayra tidak menjawab soalannya sedari tadi.

"Ya, saya memang tak sangka Encik Hafizal yang beli saya," jawab Ayra, jujur.

"Baiklah, aku nak mulakan dengan 'Encik Hafizal' itu. Mulai saat ini, aku tak benarkan kau panggil aku Encik Hafizal lagi. Kau kena panggil aku Tuan," arah Hafizal, sambil tersenyum sinis.

"Kenapa tuan?" tanya Ayra, lembut. Dia sedar hidupnya kini tidak lagi mengizinkannya untuk dia melayan lelaki di hadapannya seperti dulu.

"Supaya kau tak pernah lupa yang kau milik aku," jawab Hafizal, selamba.

"Tapi, takkan di pejabat pun?" tanya Ayra lagi.

"Aku ada kata apa-apa tentang kerja kau ke?" duga Hafizal.

Ayra hanya menggeleng, tapi dalam hatinya sebal dengan lagak Hafizal yang tak sudah itu.

"Bagi menjawab soalan kau, ya. Kau harus memanggil aku dengan gelaran itu sehingga aku mengizinkan kau memanggil aku dengan nama lain. Tentang kerja kau, kau masih boleh bekerja di syarikat aku seperti biasa, tetapi kau tak boleh memegang jawatan yang kau pegang sekarang."

"Maksud en.. tuan?"

"Aku akan pindahkan kau jadi Pembantu Peribadi aku, gaji kau aku naikkan kepada RM4500, tapi dalam masa yang sama kau akan jadi pemandu aku sehingga aku suruh kau berhenti. Selepas waktu kerja, kau akan jadi orang gaji tak berbayar aku untuk ganti balik duit yang aku dah keluarkan untuk beli kau dulu," terang Hafizal lagi.

"Aku buat macam-macam untuk mengelak daripada dia ini, akhirnya melekat juga sampai lepas waktu kerja," ngomel Ayra, geram.

Hafizal melihat wajah Ayra yang berkerut itu. Dia tahu gadis itu geram dengan apa yang dilakukannya. Namun, semuanya bersebab. Tidak kiralah apa yang sudah, sedang dan bakal dia lakukan ini.

"Selepas waktu kerja? Maksudnya saya..."

"Ya, kau kena tinggal di sini mulai saat ini. Kau kena layan aku 24 jam sehari, 7 hari seminggu, melainkan kalau aku izinkan kau untuk berehat. Kau nak ke mana-mana, hanya dengan izin aku," potong Hafizal sebelum sempat Ayra menghabiskan ayatnya.

Melopong Ayra mendengar jawapan Hafizal itu. Apakah lelaki di hadapannya ini sudah dirasuk syaitan ataupun gila?

"Kau ingat aku ini gila ke apa?" tanya Hafizal.

Alangkah terkejutnya Ayra mendengar soalan Hafizal itu tadi. Bagaimana pula dia tahu itu yang difikirkannya? Namun begitu, dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.

"Buat sementara waktu ini, aku takkan tinggal disini. Namun, ini bukan peluang kau untuk melarikan diri. Aku dah arahkan pengawal peribadi aku untuk jaga kau. Aku takkan teragak-agak untuk kurung kau dalam rumah ini kalau kau berdegil."

"Habis itu, tuan duduk di mana?"

"Aku ada rumah lain. Tak lama lagi kau akan berpindah ke sana, kerana aku akan menikahi kau untuk memudahkan aku memastikan kau ada di sisi aku."

"Nikah? Tuan ingat nikah kahwin ini boleh dibuat main ke?"

"Aku tak main-main, kau tengok muka aku ini, ada gaya orang main-main tak?"

Ayra hanya menggelengkan kepala bagi menjawab soalan Hafizal.

"Kau bukannya ada pilihan, melainkan kau sanggup nak bayar balik RM5 juta itu," sindir Hafizal.

Ayra mengetap bibir. Senang betul orang kaya ini bercakap! Namun begitu, Ayra masih lagi bersyukur Hafizal masih memikirkan tentang harga dirinya.

"Betul juga cakap tuan itu. Saya bukannya ada pilihan, bukan? Saya setuju, asalkan kita tak bersedudukan tanpa ikatan pernikahan."

"Bagus. Hujung minggu ini kita pergi kursus kahwin. Kalau semuanya selesai, minggu depan kita nikah. Akan tetapi, aku masih ada beberapa syarat untuk pernikahan kita."

"Apa dia, tuan?"

"Pertama, aku nak kau rahsiakan pernikahan kita. Kedua, kau tidak boleh menuntut sebarang hak sebagai seorang isteri, melainkan aku yang berikan atau aku izinkan kau memintanya. Ketiga, kau sama sekali tidak boleh menolak sebarang permintaan aku, aku hanya mahu dengar 'ya' atau 'okay' sahaja sebagai jawapan."

Tidak berkedip mata Ayra memandang Hafizal, rasa seperti kisah hidupnya bakal menjadi seperti dalam novel cinta.

"Apa yang kau tenung itu? Keempat, kau tidak boleh merenung ke dalam mata aku atau memandang wajah aku. Kalau kau jumpa aku, aku nak kau tunduk melainkan aku suruh kau pandang muka aku ini."

Ayra mengangguk, lemah. Banyak pula syaratnya, tambah dengan tiga syarat yang mula-mula didengari sebaik sahaja dia sedar lagi!

"Kelima, kau tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi apabila bercakap dengan aku, walaupun gembira. Seolah-olah kau tiada perasaan. Terakhir sekali, kau sama sekali tidak boleh meminta cerai."

"Berapa lama kita kena berkahwin?" tanya Ayra, hairan dengan syarat terakhir Hafizal.

"Sampai bila-bila."

Ayra terbungkam. Bagaimana dia hendak hidup dengan insan yang paling dibencinya itu? Dia sama sekali tidak pernah menyangka bahawa lelaki di hadapannya ini bakal menjadi suaminya. Walaupun mereka kahwin terpaksa, namun tiada istilah kahwin kontrak antara mereka.

     *      *      *      *      *

"Ayra, mana kau pergi dua hari hilang?" tanya seorang gadis yang tiba-tiba berdiri di hadapan meja kerja Ayra sebaik sahaja Ayra tiba di pejabat pagi itu.

"Aku ada hal kecemasan, Erni. Minta maaflah kalau kau kena cover aku pula," ujar Ayra sambil memegang bahu Erni.

"Eh, tak ada apa-apalah! Lagipun semasa kau tiada, Encik Hafizal tak cari kau pun. Sekejap, kau nak ke mana ini kemas barang atas meja kau ini?"tanya Erni setelah dia melihat Ayra mengemaskan barang-barang di atas mejanya ke dalam sebuah kotak kecil yang dia bawa dari rumah tadi. Sudahlah malam sebelumnya dia sudah terbungkam setelah masuk ke dalam bilik tidur yang Hafizal sediakan kerana barangan peribadi sudahpun tiba sebelumnya.

"Aku tahu sebentar lagi aku akan dipindahkan ke bahagian lain. Aku tengah tunggu surat daripada HR sahaja ni."

"Kau ini peliklah. Mana ada orang tahu dia bakal dipindahkan lebih awal?"

"Aku tahu. Aku dah dapat arahan malam semalam."

"Pindah ke mana?" tanya Erni, ingin tahu.

Belum sempat Ayra menjawab, ada seorang lelaki berhenti di sebelah Erni lalu menghulurkan sekeping sampul kepada Ayra.

"Tahniah Ayra, awak dinaikkan pangkat untuk menjadi pembantu peribadi Encik Hafizal. Semoga awak dapat menjalankan amanah ini dengan baik," ujar lelaki itu selepas Ayra menyambut sampul tersebut.

"Terima kasih, Encik Selamat. In shaa Allah, saya akan lakukan yang terbaik," jawab Ayra, sambil tersenyum. Tiada riak terkejut di wajah Ayra memandangkan dia telah mengetahui rancangan Hafizal itu.

"Baiklah kalau begitu. Encik Hafizal arahkan awak untuk ada di dalam biliknya lagi lima minit," arah Selamat sebelum berlalu pergi.

"Lima minit. Baiklah, saya pergi sekarang. Erni, nanti kita borak lain," jawab Ayra sebelum berlari menuju ke arah lif bersama kotak yang berisi barangan peribadinya itu.

Pejabat Hafizal terletak di tingkat 8 manakala pejabat lama Ayra terletak di tingkat 3. Jadi, dia tak mungkin akan tiba dalam masa lima minit sekiranya dia perlu menaiki tangga.

Setelah bertarung dengan masa, akhirnya Ayra tiba di hadapan bilik pejabat Hafizal. Dia meletakkan kotak yang dijinjingnya itu di atas meja kosong yang terletak di hadapan bilik tersebut sebelum mengetuk pintu bilik majikan barunya itu.

"Masuk!" suara itu membuatkan Ayra membuka pintu bilik itu perlahan-lahan.

Ayra melihat Hafizal sedang khusyuk membaca laporan projek ketika dia masuk ke dalam bilik itu. Dia menutup pintu bilik itu lalu berdiri di sebelah kanan meja Hafizal, menantikan arahan pertama lelaki itu di tempat kerja.

"Lima minit dan satu saat. Awak lewat," ujar Hafizal, tiba-tiba.

Lewat satu saat? Ayra tercengang.

"Satu saat pun kira?" tanya Ayra, dengan suara yang sedikit bergetar.

"Kalau orang lain, saya tak kira tetapi awak, ya. I don't want you to be late for even one second!" terjah Hafizal, dengan suara yang agak keras.

"Tuan kira sejak bila?" tanya Ayra, hairan.

"Sejak Encik Selamat beritahu awak untuk ada di sini dalam masa lima minit. No more question, nampaknya saya kena ajar awak ini supaya menepati masa," ujar Hafizal dengan riak wajah yang penuh helah.

"Maafkan saya, tuan. Berikan kelonggaran kali ini sahaja, selepas ini saya akan buat yang terbaik," rayu Ayra, bersungguh.

"Sejak bila Ayra Melissa tahu minta maaf dengan saya? Hairan," sindir Hafizal, bersahaja.

Ayra mengetap bibirnya tanda geram.

"No expression, Ayra!" Hafizal memberikan amaran apabila dia melihat tindakan Ayra itu.

Mendengar amaran Hafizal, terus sahaja Ayra mengembalikan wajah asalnya. Takut dia jikalau Hafizal menghukumnya seperti pagi tadi di mana dia tidak dibenarkan untuk bangun dari kerusi makan selagi Hafizal tidak habis bersarapan gara-gara dia menyenduk bihun goreng yang dimasaknya pagi tadi dengan kasar. Malah, dia juga tidak dibenarkan untuk bersarapan, hanya minum milo sahaja dibenarkan.

"Bagi menjawab soalan tuan tadi, sejak tuan beli saya."

"Kalau saya tidak beli awak, awak takkan berbaik dengan saya. Begitu?"

Ayra mengangguk lemah.

Hafizal tersenyum melihat respon Ayra. Geli hatinya melihat kejujuran gadis itu.

"Disebabkan awak minta maaf dengan saya dan jujur dengan saya tadi, saya izinkan awak pergi sarapan di kafe bawah. Ini duitnya, tapi jangan cuba lari sebab saya sentiasa ada mata-mata yang memerhatikan awak," ujar Hafizal lalu menyerahkan sekeping not RM50 kepada Ayra.

Hafizal tahu Ayra tak punya wang kerana dompet Ayra yang dipulangkan semalam hanya mempunyai kad pengenalannya dan kad-kad keahlian sahaja. Kad bank miliknya pula telah dipatahkan.

"Banyak ini, tuan tak ada duit kecil ke?" tanya Ayra sambil memegang not RM50 tersebut.

"Bakinya awak simpan untuk kegunaan masa depan. Saya tahu awak tak ada duit," ujar Hafizal.

Ayra semakin tercengang melihat tingkah laku Hafizal itu. Sama sekali berbeza dengan Hafizal yang dikenalinya sebelum ini. Mungkin ini sisi Megat Hafizal yang lain barangkali.

"Terima kasih, tuan. Saya pergi dulu," jawab Ayra lalu berpusing untuk beredar.

"Awak nak ke mana itu? Saya belum habis cakap lagi," jerkah Hafizal apabila dia melihat Ayra ingin beredar.

"Maaf, tuan. Ada apa-apa lagi?" tanya Ayra selepas berpaling semula menghadap Hafizal.

"Saya bagi awak setengah jam daripada saat awak tutup pintu bilik saya. Faham?"

Ayra mengangguk.

"Lagi satu, kita akan bernikah esok pagi. Pakcik awak dah tanda tangan surat pemindahan kuasa wali kepada wali hakim kerana dia tak sihat. Dia kirim salam dan ucapkan selamat pengantin baru pada kita."

"Apa dia?" tanya Ayra, tercengang dengan kenyataan Hafizal.

*BERSAMBUNG* 

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com