Friday, October 20, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 35...


"Mel sedang fikirkan bagaimana nak bebaskan abang dari sini," jawab Ayra, selamba.

"Tak payahlah, Mel. Abang tak mungkin dapat keluar dari sini. Terima kasih sebab sudi fikirkan tentang abang, sedangkan abang tak dapat nak berikan apa yang sayang perlukan," ujar Hafizal, lalu mengetatkan pelukannya.

"Abang tahukah apa yang Mel perlukan?" tanya Ayra.

"Abang tak mampu nak bersama Mel, seperti suami yang lain. Abang hanyalah seorang manusia tanpa sebarang kebebasan. Abang minta maaf sebab Mel perlu terlibat dengan lelaki seperti abang," sambung Hafizal lagi.

"Abang tak ada kebebasan, tapi Mel ada kebebasan untuk bertemu dengan abang," jawab Ayra, sambil berpaling untuk berdiri bertentangan dengan suaminya itu.

"Mel, kita tak tahu sampai bila Wafi akan benarkan Mel jumpa abang. Both of us have to be very careful on this."

"Selagi Mel ada di sisi Wafi, rasanya tak ada masalah," ujar Ayra sambil memegang pipi Hafizal.

"Abang bukan apa, abang bimbangkan sayang. Sudahlah sayang tinggal sendirian di rumah, apa-apapun boleh terjadi. Lagipun, abang syak Wafi sudahpun mengetahui tentang harta-harta abang yang tidak dapat dimilikinya itu. Abang yakin dia pasti akan mencari siapakah pemegang saham terbesar syarikat dan pemilik semua hartanah abang," jelas Hafizal, bimbang.

"Abang, Mel tinggal di rumah daddy sekarang. Dia tak benarkan Mel tinggal di rumah kita. Mak dengan ayah pun sudah kembali ke sana. Abang jangan risau ya?" terang Ayra sambil tersenyum.

Mendengar kata-kata Ayra, Hafizal menarik nafas lega.

     *     *     *     *     *

Ayra baru sahaja turun dari kereta yang dipandu oleh Pak Din berasa hairan apabila rakan sekerjanya yang berada di situ memandangnya seolah-olah dia membuat kesalahan besar.

Namun begitu, dia tidak mahu melayan perasaannya kerana dia tahu dia tak punyai sesiapapun untuk mempertahankannya di sini. Jika dulu, pasti Hafizal yang akan menjadi penyelamatnya. Terasa begitu dalam rindunya pada suaminya itu. Cadangnya, dia ingin berjumpa dengan Hafizal setelah hampir dua minggu tidak bertemu lelaki itu.

Tiba-tiba, Erni berlari mendapatkan dirinya. Ayra yang menyedari kehadiran kawan baiknya itu berhenti bagi memberi ruang kepada Erni untuk berbicara.

"Pernikahan kau memang tak ada sesiapapun tahu kan?" tanya Erni, gelisah.

"Tak ada, kenapa?" tanya Ayra, hairan dengan pertanyaan Erni.

"Kau mengandung ke?" tanya Erni lagi.

"Ya, sudah tiga bulan. Kenapa ini, Erni?" tanya Ayra lagi.

"Siapa sebenarnya suami kau ini, Ayra?" tanya Erni, mula berpeluk tubuh.

"Kenapa banyak sangat soalan kau hari ini?" tanya Ayra, semakin hairan dengan perilaku Erni itu.

"Aku takkan tanya kalau masalah tak timbul. Bahagian Sumber Manusia cari kau kerana satu pejabat ini sudah kecoh tentang kau mengandungkan anak luar nikah Encik Hafizal!" ujar Erni, bimbang.

"Kalau syarikat nak pecat aku, pecatlah. Aku tak kisah," jawab Ayra, selamba.

"Kau tak nak berterus terangkah tentang pernikahan kau ini? Kau boleh tunjuk kad nikah kau," cadang Erni.

"Now that you mentioned it, aku baru teringat. Kad nikah aku masih di pejabat agama, jadi bagaimana aku nak berikan? Sijil nikah aku pula, aku pun tak tahu di mana suami aku sorokkan. Biar sajalah bahagian sumber manusia nak buat apapun, aku tak ada apa-apa nak cakap tentang itu," jawab Ayra sebelum berjalan menuju ke arah lif.

Fahamlah dia sekarang mengapa seantero pejabat memandangnya seperti dia baru sahaja membunuh orang. Rupanya ada fitnah yang terpalit pada wajahnya. Cuma, yang dia tak faham, siapakah makhluk Tuhan yang telah menconteng arang ke mukanya?

"Sekurang-kurangnya, beritahulah aku siapa suami kau. Boleh aku tolong kau," ujar Erni setelah masuk ke dalam lif. Hanya mereka berdua sahaja di dalam lif tersebut kerana semua orang telah bertindak keluar dari lif setelah Ayra masuk ke dalamnya.

"Anak dalam kandungan aku ini memang anak aku dengan Encik Hafizal. Jadi, cakap-cakap orang itu tidak salah, cuma kurang tepat. Get it?" jelas Ayra sambil tersenyum sinis.

"Maksud kau? Suami kau ialah Encik Hafizal, bos kau dulu?" tanya Erni, inginkan kepastian.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Setelah Ayra memberikan reaksinya, Erni menjerit keriangan.

"Patutlah Encik Hafizal sudah tak buli kau, sudah jadi isteri dia rupanya!" seloroh Erni sambil tersenyum nakal.

"Kau ini, jangan nak macam-macam! Oh ya, dari mana timbulnya isu kandungan aku ini?" tanya Ayra, hairan.

"Aku dengar khabar cik Joyah pejabat kita, Kak Reen itulah. Dia terdengar perbualan Encik Wafi dalam telefon. Katanya, Encik Wafi suruh orang tengok-tengokkan kau sebab kau tengah mengandungkan anak Encik Hafizal. Jadi, Kak Reen pergilah jaja cerita kau seantero pejabat ini! Almaklumlah, mereka semua tak tahu yang kau sudah bernikah dengan Encik Hafizal, bukan? Lebih-lebih lagi Encik Hafizal sudah bertunang, memang tak ada sesiapapun syak kau ini isteri Encik Hafizal!" jelas Erni, sedikit teruja.

"Encik Wafi cakap begitu dalam telefon? Ish, macam pelik saja!" ujar Ayra, semakin hairan.

Tiba-tiba, lif berbunyi tanda tiba di tingkat lapan. Ayra mula pelik dan memandang Erni sebelum keluar dari lif.

"Kau punya pejabat di tingkat tiga bukan? Kenapa kau tak turun tadi?" tanya Ayra, hairan.

"Aku nak hantar kau ke pejabat kau dulu, sebab aku nak bergosip dengan kau dulu," jelas Erni yang mengikuti langkah Ayra menuju ke meja milik Ayra itu.

"Terima kasih ya, sekarang aku dah sampai. Kau bolehlah balik semula ke meja kau di tingkat tiga itu ya?" ujar Ayra, sinis.

Tiba-tiba, kedengaran pintu bilik Wafi dibuka menyebabkan Ayra berpaling memandang ke arah pintu tersebut. Terlihat kelibat Wafi di situ.

"Ayra, masuk pejabat saya sekarang," arah Wafi sebelum menghilangkan diri di dalam bilik itu.

"Aku gerak dulu," ujar Erni sebelum meninggalkan Ayra sendirian di situ.

Ayra cuba untuk bertenang sebelum masuk ke dalam bilik pejabat milik CEO Mustaqim Ventures itu lalu berjalan menuju ke meja milik Wafi itu. Kelihatan Wafi sedang duduk memandangnya dan Wendy, pengurus sumber manusia sedang duduk berhadapan dengan Wafi. Ayra tidak duduk, sebaliknya hanya berdiri tidak jauh dari tempat Wendy duduk.

"Ada apa Encik Wafi panggil saya?" tanya Ayra, lembut.

"Wendy ada sampaikan aduan mengenai awak kepada saya. Katanya, sudah heboh satu syarikat tentang berita kehamilan awak. Ada apa-apa yang awak nak jelaskan?" terang Wafi sambil memandang Ayra.

"Bukankah itu merupakan hal peribadi saya?" tanya Ayra, hairan dengan sikap semua orang.

"Memanglah, Ayra tapi awak tak pernah mengumumkan tentang perkahwinan pada bahagian sumber manusia, jadi kami menganggap kehamilan awak..."

"Adalah anak luar nikah, begitu Wendy? Saya memang tidak pernah umumkan perkahwinan saya, tetapi tak semestinya anak ini anak luar nikah. Saya memang sudah berkahwin, cuma dokumen yang boleh mengesahkan perkahwinan saya ada pada suami saya dan dia berada di luar kawasan sekarang," jawab Ayra lali menjeling ke arah Wafi.

"Boleh awak berikan sekurang-kurangnya gambar dokumen tersebut secepat mungkin?" tanya Wendy.

"Kalau saya tak boleh berikan dokumen tersebut?" tanya Ayra, ingin menduga.

"Saya terpaksa membawa kes ini kepada lembaga tatatertib syarikat dan awak boleh dipecat," jawab Wendy.

Ayra memandang ke arah Wafi yang sedang memandangnya lalu memandang semula ke arah Wendy. Apakah yang harus dilakukan sekarang?

"Baiklah, Wendy. Hantarkan saja kes ini pada lembaga tatatertib. Saya ada masalah saya sendiri yang tak memungkinkan untuk saya membuktikan perkahwinan saya," jawab Ayra.

"Baiklah, kalau begitu. Encik Wafi, bagaimana? Boleh saya teruskan dengan kes Ayra ini?" tanya Wendy pada Wafi pula.

"Tak payah, Ayra memang sudah berkahwin. Jadi, tak perlu dipanjangkan isu ini," arah Wafi.

"Ini melibatkan imej syarikat, Encik Wafi. Takkan saya nak diamkan saja?" bantah Wendy sambil menjeling ke arah Ayra. Panas hati Ayra dengan gelagat mereka berdua.

"Masalahnya, Ayra memang sudah berkahwin. Cuma, tak ada bukti saja bukan? Bukti gambar boleh?" tanya Wafi sebelum menyerahkan telefon bimbitnya kepada Wendy.

Ayra dapat melihat wajah Wendy bertukar pucat setelah melihat skrin telefon bimbit Wafi itu. Gambar apa pula yang diserahkan oleh Wafi ini?

"Saya tak tahu pula Ayra berkahwin dengan Encik Hafizal. Kenapa rahsiakan?" tanya Wendy kepada Ayra menyebabkan Ayra menjeling tajam ke arah Wafi.

"Saya dan Encik Hafizal ada sebab sendiri kenapa kami rahsiakan. Akan tetapi, saya nak minta tolong awak sesuatu, Wendy."

"Apa dia, Ayra?" tanya Wendy, hairan.

"Jangan bersihkan nama saya. Maksud saya, jangan beritahu sesiapa tentang perkahwinan saya dengan Encik Hafizal. Biarkan saja cakap-cakap orang ini berlalu pergi sendiri," pinta Ayra.

Melopong Wendy mendengar permintaan Ayra itu. Ayra hanya tersenyum melihat reaksi Wendy sebelum memandang ke arah Wafi yang berpeluk tubuh merenung Ayra.

"Awak ini kenapa, Ayra?" tanya Wafi.

Ayra tidak menjawab pertanyaan Wafi membuatkan wajah Wafi mula berubah.

"Wendy, awak selesaikan kes Ayra dulu. Saya ada perkara nak dibincangkan dengan Ayra," arah Wafi sambil tersenyum.

Wendy hanya mengangguk sebelum bangun lalu meninggalkan bilik lelaki itu. Wafi hanya memandang pemergian Wendy sebelum memandang semula ke arah Ayra.

"Duduk, Ayra," arah Wafi dengan wajah yang sangat serius.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya menurut arahan Wafi.

"Kenapa dengan you ini? I sudah tolong you bersihkan nama you, tapi ini yang you balas pada I?" tanya Wafi, geram dengan tingkah laku Ayra tadi.

"I tahu you bukan jenis manusia yang tolong orang ikhlas. Entah-entah you yang mulakan semua ini," jawab Ayra, selamba.

"Jangan pandai-pandai menuduh kalau tak ada bukti," bantah Wafi.

"Siapa saja dalam syarikat ini yang tahu anak dalam kandungan I ini anak Hafizal? You seorang saja tau?" tanya Ayra, berang.

"Entah-entah kawan you yang sebarkan, suka-suka saja you tuduh I!" jerkah Wafi, mempertahankan dirinya.

"You ingat I ini apa? Tak ada sesiapapun tahu tentang perkahwinan I dengan Hafizal, apatah lagi tentang kandungan I!" bentak Ayra.

"Kawan you pun tak tahu?" tanya Wafi lagi. Ayra menggelengkan kepalanya.

"Kenapa cakap Ijal senang-senang saja you ikut? Kalau arahan I ini, liat sahaja!"

"Semasa Hafizal jadi bos I, arahan dia pun I tak ikut. I dengar cakap dia pun sebab dia suami I, bukan sebab dia adalah bos I," jawab Ayra dengan riak wajah selamba.

"Baiklah, memang I orangnya yang sebabkan fitnah ini tersebar! I sudah pesan bukan, kalau you tak serahkan harta Ijal yang ada pada you, I akan pastikan you akan menanggung malu?" ujar Wafi, angkuh.

"I tahu, sebab itulah I suruh Wendy biarkan sahaja isu ini padam sendiri. I akan tanggung semuanya, seperti yang dijanjikan oleh you hari itu," jawab Ayra, masih mengekalkan riak wajah selambanya itu.

"Apa yang you dapat dengan buat semua ini? Ijal takkan dapat bersama dengan you pun!" bentak Wafi.

"I tak kisah, asalkan I boleh tengok muka dia pun dah cukup," jawab Ayra.

"Oh, begitu? Kalau begitu, mulai hari ini I tak benarkan you jumpa dia lagi! Kalau I dapat tahu you jumpa dia, I takkan teragak-agak untuk jual dia! Now, get out of my sight!" jerkah Wafi.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya bangun lalu meninggalkan bilik tersebut. Letih betul rasanya melayan kerenah lelaki itu, lebih letih daripada melayan kerenah Hafizal dulu.

      *     *     *     *     *

Ayra terpinga-pinga apabila dia mendengar arahan terakhir Wafi tadi. Hafizal sudah dijual? Bukankah dia sudah menunaikan apa yang diingini oleh Wafi? Kenapa Wafi masih tegar menjual suaminya?

"Apa you cakap tadi? You sudah jual Hafizal? I bersusah payah ikut cakap you, I tak jumpa Hafizal selama tiga bulan untuk you, and yet you still sell him? How dare you do this to me?" jerit Ayra yang sekian lama menahan kemarahannya terhadap lelaki durjana itu.

"I tak ada cakap yang I takkan jual dia kalau you dengar cakap I, you lupakah? I cuma cakap, kalau I dapat tahu you jumpa dia, I takkan teragak-agak untuk jual dia. Itu sahaja. You tahu tak, tiga bulan I berkira-kira nak jual dia ataupun tidak," sindir Wafi sambil tersenyum puas.

Ayra dapat melihat Bob dan beberapa orang bawahan Wafi mengheret Hafizal yang sudah tersedia digari kaki dan tangan serta ditutup matanya dengan kain hitam lalu dibiarkan melutut di hadapannya.

"Kenapa you jual dia? You dah janji dengan I yang you takkan jual dia! I sudah buat apa yang you nak, kenapa you mungkir janji?" jerit Ayra, sakit hati dengan kenyataan Wafi itu tadi.

"Dia hak milik I, jadi suka hatilah I nak jual dia ataupun simpan dia! You itu, kekasih I saja! Apa hak you untuk pertikaikan keputusan I?" bentak Wafi, sambil tersenyum sinis.

"Kalau begitu, you jual I sekali! I ini hak milik dia, just in case you forgotten," jawab Ayra, tekad.

"Siapa nak perempuan mengandung seperti you? Lainlah kalau you nak I jual anak you itu," jawab Wafi, sinis.

"You ingat semua benda dalam dunia ini boleh dijual belikah? You sebenarnya marah sebab I tak berikan perkara terakhir yang you minta, bukan?" tanya Ayra, geram.

"I tak hadaplah benda itu, kalau I boleh dapat RM10 juta hanya dengan menjual seorang manusia! Selama inipun I kaya sebab jual manusia apa?" bentak Wafi, bongkak.

"You berbicara serupa orang tak ada iman ya, Wafi?" sindir Ayra lagi.

"Sudah, pembeli Ijal sudah sampai. I nak you diam, Ayra."

"Kalau I tak nak diam?" tanya Ayra.

"Bob, kau gari tangan Ayra dan tekup mulut dia. Aku nak dia saksikan sesi jual beli suaminya," arah Wafi lalu tertawa besar.

Bob mendekati Ayra lalu menarik kedua belah tangan Ayra ke belakang membuatkan Ayra terjerit akibat terkejut. Selepas itu, Bob menggari tangan Ayra lalu didudukkan wanita itu di atas sofa terdekat sebelum menekup mulut Ayra dengan pita pelekat yang dipegangnya.

"Well, well, well, Encik Farid! You rupanya yang telah membeli Hafizal! What a small world! Tak sangka you tahu tentang portal lelongan kami," ujar Wafi, mesra.

Bulat mata Ayra melihat Fred yang bersalaman dengan Wafi itu.

"I sudah tahu sejak you buka cik Ayra untuk lelongan lagi. I cuba bida untuk dia, tapi tak sangka ada orang lain yang dapat dia," jawab Fred, mesra.

"Orang yang you beli itulah yang telah membeli Ayra," jelas Wafi.

"Kalau begitu, mungkinkah selepas ini you akan tipu I dan menyebabkan I terjual pula?" tanya Fred sebelum ketawa besar.

"Ish, ke situ pula Encik Farid! Tak adalah, Hafizal ini special case. Jangan risau, ianya takkan berulang. Jadi, bagaimana? Nak periksa Hafizal dulu atau nak ambil terus?" tanya Wafi setelah menjelaskan perkara sebenar kepada Fred.

"I ambil teruslah, tapi I ada tawaran untuk youHow about I pay you another RM5 million for Ayra?" tawar Fred membuatkan Ayra terkejut. Sekali lagi Ayra membuntangkan matanya tanda tidak percaya.

"Come on, RM5 million is the price Hafizal paid for Ayra before," jelas Wafi.

"Kira baguslah I nak beli Ayra dengan harga asal, melihatkan keadaan dia sekarang," jawab Fred, sinis.

Keadaan sepi seketika, tanpa ada suara dari Wafi mahupun Fred membuatkan Ayra rasa berdebar memandangkan apapun boleh terjadi.

"Deal!" ucap Wafi, tiba-tiba.

Setelah mendengar satu perkataan dari mulut Wafi, Ayra mulai panik lalu pandangannya menjadi kelam. Dia sama sekali tidak tahu apakah yang terjadi selepas itu.

*BERSAMBUNG*

No comments:

Post a Comment