- Bahagian 1
- Bahagian 2
- Bahagian 3
- Bahagian 4
- Bahagian 5
- Bahagian 6
- Bahagian 7
- Bahagian 8
- Bahagian 9
- Bahagian 10
- Bahagian 11
- Bahagian 12
- Bahagian 13
- Bahagian 14
- Bahagian 15
- Bahagian 16
- Bahagian 17
- Bahagian 18
- Bahagian 19
- Bahagian 20
- Bahagian 21
- Bahagian 22
- Bahagian 23
- Bahagian 24
- Bahagian 25
- Bahagian 26
- Bahagian 27
- Bahagian 28
- Bahagian 29
- Bahagian 30
- Bahagian 31
- Bahagian 32
- Bahagian 33
- Bahagian 34
- Bahagian 35
- Bahagian 36
- Bahagian 37
- Bahagian 38
- Bahagian 39
- Bahagian 40
- Bahagian 41
- Bahagian 42
- Bahagian 43
- Bahagian 44
- Bahagian 45
- Bahagian 46
Bahagian 47: Perang Dingin
Hafizal sedang menunggu di luar bilik kecemasan apabila seorang doktor keluar dari pintu bilik di mana Ayra dirawat. Apai dan Fred pula ke kafeteria kerana mereka berdua belum makan sejak dari pagi tadi. Maka, Hafizal memaksa mereka berdua untuk makan.
"Siapa waris Puan Ayra Melissa?" tanya doktor kepadanya memandangkan dia adalah satu-satunya orang yang berada di situ.
"Saya suaminya, doktor. Bagaimana dengan isteri saya?" tanya Hafizal setelah menjawab soalan doktor itu tadi.
"Saya sudah periksa isteri encik. Setakat ini, kandungannya tak berapa stabil. Saya sendiri perlu buat sedikit ujian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Lagipun, tekanan darah Puan Ayra agak tinggi. Saya perlu pantau keadaannya, jadi Puan Ayra perlu ditahan di dalam wad. Encik boleh ke kaunter hadapan untuk menguruskan kemasukan Puan Ayra," jelas doktor yang ditugaskan untuk merawat Ayra.
"Baiklah, terima kasih doktor," jawab Hafizal sebelum doktor itu menepuk bahunya lalu beredar dari situ.
"Bagaimana dengan Ayra, Izal?" tanya Nazrin yang baru sahaja tiba dari tempat letak kereta bersama Khairul.
"Tekanan darah tinggi, doktor takut kalau-kalau ianya akan menjejaskan kandungan. Jadi, Ayra harus ditahan," jelas Hafizal sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Dia stress agaknya. Yalah, macam-macam yang terjadi sepanjang tempoh mengandung ini. Mestilah dia stress bukan? Tambahan pula, aku tak pernah tengok dia marah," ujar Nazrin.
"Mungkin dia tertekan kerana dia tak ada tempat untuk mengadu sepanjang ketiadaan kau agaknya," Khairul mencelah.
"Tak apalah, aku nak pergi uruskan kemasukan Ayra. Selepas itu, aku nak temankan dia sampai petang ini. Kau orang berdua baliklah dulu, nanti petang sebelum resepsi kau orang jemput aku semula. Boleh?" ujar Hafizal.
Nazrin dan Khairul hanya mengangguk lemah sebelum mereka berdua beredar dari wad kecemasan itu. Hafizal hanya memandang pemergian dua orang teman baiknya itu sebelum mengeluh resah.
* * * * *
Sudah dua minggu sejak Hafizal bernikah dengan Salwa. Pada hari ini mereka berdua sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas seminggu berada di Paris untuk bulan madu. Itupun, mereka berdua terpaksa memendekkan masa bulan madu mereka akibat penangguhan perjalanan mereka bagi menguruskan pembedahan Ayra.
Ayra sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki selepas tiga hari dia dimasukkan ke dalam wad. Dia terpaksa dibedah apabila doktor mendapati tekanan darahnya tidak mahu turun dan ianya mungkin boleh membahayakan kandungannya. Akibat dibedah hanya ketika kandungannya berusia 30 minggu, maka bayi tersebut harus diletakkan di dalam inkubator.
Sepanjang seminggu Ayra berada di dalam wad, seminggu itu jugalah dia tidak mahu bercakap walau sepatah dengan Hafizal. Naik hairan Hafizal dengan kerenahnya.
Bapanya memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang tempoh berpantang ini Ayra akan duduk di rumahnya. Malah, Mak Iti dan Pak Din juga telah diarahkan untuk berpindah sementara ke rumah agam milik Tan Sri Mustaqim itu.
Sedang dia mengelamun, tiba-tiba lengannya dicubit membuatkan lamunannya terhenti.
"Sayang, penat I panggil you! Kenapa you tak jawab?" ngomel Salwa sambil meramas tangannya yang dipegang oleh isterinya itu sedari tadi.
"Sorry, I tengah fikir sesuatu. You nak apa?" tanya Hafizal, lembut.
"Kita nak pulang ke mana selepas ini?" tanya Salwa, manja.
"Rumah kondominium I di KL, kenapa Salwa?" tanya Hafizal selepas menjawab soalan isterinya itu.
"Ish, kenapa kena duduk di kondominium? Habis itu, siapa nak buat kerja rumah?" tanya Salwa sambil mencebik mukanya.
"You, apa guna I bayar duit mas kahwin you mahal-mahal kalau you tak boleh buat satu kerja pun? Sedangkan isteri simpanan I yang I bayar mas kahwin tiga ratus ringgit itupun boleh buat semua kerja tahu? Buat malu kaum Hawa saja," sindir Hafizal, geram.
"Kata I isteri tontonan, jadi kenapa I kena buat semua kerja yang kotor itu? Tak nak, kita pulang rumah daddy you! At least di sana ada orang gaji kan?" jawab Salwa.
"Mujur kita di dalam penerbangan, kalau kita di rumah, I rasa I dah tampar muka you yang cantik itu," sindir Hafizal dalam lembut.
Salwa terdiam tatkala mendengar kata-kata Hafizal itu. Itu membuatkan Hafizal menganggap Salwa sudah kehabisan kata-kata untuk membidas kata-katanya. Namun, dia masih berfikir adakah dia ingin mengambil risiko untuk pulang ke kondominium ataupun kembali saja ke rumah ibu bapanya.
Akan tetapi, dia sebolehnya tak mahu temukan Salwa dengan Ayra. Tambahan pula, Salwa tidak tahu bahawa madunya adalah Ayra. Sungguh dia keliru sekarang.
Akhirnya, dia memilih untuk menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kepada bapanya bagi meminta pandangan.
Selepas beberapa ketika, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering tanda mesej masuk. Dengan pantas, dia membuka aplikasi WhatsApp untuk memeriksa mesej yang diterimanya.
Daddy: Kalau daddy, daddy bawa saja Salwa balik sini. Senang kita nak pantau dia, andai dia cuba apa-apakan Echa, tahulah daddy nak ajar dia bagaimana.
Hafizal mula menekan-nekan papan kekunci telefon bimbitnya untuk menjawab mesej bapanya itu.
Me: Habis itu, Mel tidur mana? Salwa nanti nak tidur mana?
Dalam masa beberapa saat, jawapan bapanya sudah timbul di skrin telefon bimbitnya.
Daddy: Daddy, mummy dengan Echa sudah bincang mengenai hal ini. Jangan risau, Echa akan tidur di bilik Ijal. Mummy minta bibik kemas bilik tingkat 2, biar dia tidur atas itu seorang diri. Hahahaha...
Membaca mesej bapanya, dia tersenyum sendiri. Suka hatinya apabila bapanya membuat keputusan untuk mengekalkan Ayra di dalam bilik tidurnya manakala Salwa bakal diletakkan di dalam bilik yang asalnya merupakan bilik tetamu. Mujur juga rumahnya itu mempunyai lif kecil bagi mengurangkan beban ibu bapanya yang mana biliknya terletak di tingkat satu. Jadi, dia tak kisah andai dia harus berulang antara tingkat satu dan dua.
Me: Nice, daddy! Love you. Be there in about five hours.
Tak lama kemudian, bapanya menjawab:
Daddy: See you soon. Real soon. :)
Sekali lagi Hafizal tersenyum sebelum menutup ruang bicara antara dirinya dan bapanya itu lalu membuka ruang bicara antara dirinya dan Ayra pula. Tanpa berlengah, dia terus menghantar mesej kepada isterinya itu.
Me: Nanti bila abang dan Salwa sudah balik, kalau tak perlu, abang tak nak Mel keluar dari bilik. Nanti perang dunia ketiga pula.
Memandangkan dia hanya dapat mengawal Ayra, maka dia harus menghalang Ayra daripada terserempak dengan Salwa di dalam rumah agam itu. Dia tahu Ayra pasti akan berasa letih dengan kerenah Salwa andai dia bertemu nanti. Mujur jugalah anak mereka masih di hospital kerana masih berada di dalam inkubator, kalau tidak pasti Salwa harus mendengar tangisan bayi mereka. Sudahlah isteri keduanya tidak sukakan kanak-kanak.
Tak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering. Hafizal membuka mesej yang baru diterimanya daripada Ayra.
Ayra: Baiklah, as your wish abang.
Aik? Tak ada kata rindu ataupun sayang daripada Ayra? Benarlah, sejak Ayra bersalin, andai mereka berbicara, Ayra tampak dingin kepadanya. Sepatah katanya, sepatah jugalah jawapan Ayra. Apakah salahnya sehinggakan Ayra menjadi begitu terhadapnya?
Me: Sudah seminggu lebih kita tak bertemu, sampai hati Mel layan abang begini.
Mesej Ayra muncul beberapa saat selepas itu.
Ayra: Mel minta maaf.
Tiga patah perkataan sahaja? Semudah itu dia meminta maaf? Berkerut wajah Hafizal memikirkan mengenai kerenah Ayra itu sehingga dia sama sekali tidak perasan akan Salwa yang sedari tadi memerhatikannya.
"Sayang mesej siapa itu? Sekejap gelak, sekejap berkerut. Mesej dengan bini tua you ke apa?" tanya Salwa, agak kasar.
"Ya, mana you tahu ini? Hebat!" tanya Hafizal, sinis.
Mendengar jawapan Hafizal, Salwa merengus geram. Melihat reaksi isterinya, dia tergelak kecil sebelum menyambung semula kerjanya yang tergendala tadi.
* * * * *
Hafizal memasuki rumah agam milik bapanya itu dengan menarik beg pakaiannya lalu meletakkan beg pakaiannya di tepi dinding sebelum berjalan menuju ke arah ruang tamu rumah itu. Kehadirannya mengejutkan ibu bapa dan adik-adiknya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu.
"Eh, Ijal! Bila sampai?" tanya Puan Sri Halimatun, teruja dengan kepulangan anak sulungnya itu.
"Baru saja sampai, Ijal naik Airport Limo untuk pulang. Malas nak hubungi ayah, nak tunggu lagi," seloroh Hafizal sambil melihat sekeliling. Hatinya lega kerana kelibat Ayra tidak kelihatan di mana-mana.
"Ada dalam bilik, nanti-nantilah jumpa. Salwa mana?" tanya Puan Sri Halimatun selepas menjawab soalan yang bermain di dalam kepala Hafizal sedari tadi.
Jawapan Puan Sri Halimatun membuatkan Hafizal tersenyum. Dia tahu ibunya dapat membaca fikirannya. Entah mengapa isteri keduanya sahaja yang tak dapat membaca fikirannya bila diperlukan.
"Salwa tengah berperang dengan beg-begnya. Mungkin dia ingatkan ayah nak tolong angkatkan, dia lupa ayah itu pemandu Ijal dan bukan dia. Beg Ijal pun Ijal boleh angkat sendiri," jelas Hafizal sambil tertawa kecil.
"Gelakkan I ke sayang?" celah Salwa, sinis membuatkan semua mata tertumpu kepada wanita itu yang dilihat agak kusut-masai.
"Kenapa dengan kamu ini Salwa?" tanya Puan Sri Halimatun.
"Anak mummy ini, dia tak nak tolong pun Salwa angkat beg-beg Salwa ini! Dia angkat beg dia sahaja! Panggil orang, satu orang pun tak ada!" ngomel Salwa sambil mencebik mukanya.
"Husaini, kamu tolong angkatkan beg pakaian kakak kamu ini, bawakan ke biliknya. Boleh tak?" arah Puan Sri Halimatun kepada Husaini.
Husaini tidak menjawab, sebaliknya hanya bergerak menuju ke arah pintu. Namun setelah pintu dibuka, Husaini terpaku di pintu.
"Kenapa?" tanya Puan Sri Halimatun, hairan dengan kelakuan Husaini.
"Banyaknya beg kak Salwa! Ini bawa almari terus ke apa?" ujar Husaini sambil terbeliak biji matanya.
Mendengar kata-kata Husaini, kesemua mereka yang berada di situ kecuali Hafizal dan Salwa meluru ke arah lelaki itu. Hafizal tidak mengikut jejak langkah mereka kerana dia sudahpun mengetahui apakah yang sebenarnya menyebabkan mereka semua bertindak begitu.
"Kalau banyak sangat Husaini, kau angkat saja mana yang kau boleh. Selebihnya kak Salwa kau boleh angkat sendiri!" ujar Hafizal lalu menuju ke tingkat dua bagi meletakkan beg pakaiannya. Dia tak mahu jejaknya dihidu oleh Salwa andai dia meletakkan beg pakaiannya di dalam bilik Ayra.
Selepas itu, dia turun semula dan dapat mendengar jeritan Salwa mengangkat begnya. Tak lama selepas itu, dia berselisih dengan Husaini. Husaini yang melihat abangnya berdiri di hadapannya terus meletakkan beg tersebut di hadapan Hafizal.
"Berat nak mati beg kak Salwa ini!" ngomel Husaini sambil menggoyang-goyangkan tangannya yang kesakitan.
"Kenapa tak pakai lif saja? Abang pasti kakak kau itu pakai lif bukan?" tanya Hafizal sambil tersenyum menahan ketawa.
"Dia sudah tahan lif itu sedari tadi, bagaimana aku nak gunakan lif itu?" ujar Husaini sambil mencebik mukanya.
"Baguslah, dia gunakan lif. Jadi, abang boleh pergi masuk bilik kak Echa kau itu. Aku tak faham dengan perangai dia selepas beranak ini," jawab Hafizal sambil turun menuju ke tingkat satu sambil meninggalkan Husaini yang masih terpinga-pinga.
Dia menuju ke arah biliknya yang menempatkan Ayra dan cuba membukanya tetapi pintu bilik itu berkunci. Tanpa berlengah, dia mengambil kunci biliknya yang berada di dalam poket seluarnya lalu membuka kunci pintu bilik tersebut sebelum memasukinya.
Dia melihat Ayra sedang tidur di atas katilnya. Ayra yang memakai kain batik, baju panas dan stoking itu kelihatan seperti berada di dalam kesejukan membuatkan Hafizal mendekati wanita itu lalu ditarik selimut yang terletak di atas katil itu dan menutupi badan isteri tuanya itu. Selepas itu, dia menutup pintu biliknya lalu dikunci kerana bimbang kalau-kalau Salwa menyedari kehilangannya.
Selepas itu, dia kembali ke arah katil tempat Ayra tidur lalu membaringkan badannya di sebelah Ayra. Dia memandang ke arah wanita yang telah melahirkan anaknya. Walaupun anaknya masih di dalam inkubator, dia tetap digesa untuk mendaftarkan kelahiran anaknya. Setelah puas berfikir, akhirnya anaknya itu didaftarkan sebelum keberangkatannya ke Paris dengan nama Megat Zulfadhly bin Megat Hafizal. Nama yang ringkas dan mudah.
Sedang dia berfikir, entah mengapa matanya begitu letih dan akhirnya dia terlelap. Jeritan Ayra akhirnya yang mengejutkannya.
Apabila dia tersedar, Ayra sudah siap merenungnya. Dia hanya membalas renungan Ayra dengan wajah yang hairan.
"Kenapa, sayang?" tanya Hafizal, hairan.
"Apa abang buat di dalam bilik ini?" tanya Ayra, mula berpeluk tubuh.
"Sekarang pukul berapa?" tanya Hafizal lagi.
"Pukul 5 petang," jawab Ayra, ringkas.
"Nasib baik. Baru terlelap sejam sahaja. Sudahlah, abang nak ambil wuduk dan solat. Kalau buat di dalam bilik Salwa, nanti jiwa abang tak tenteram nak fokus pada solat abang," ujar Hafizal sebelum berjalan menuju ke arah bilik air.
Dia tahu Ayra masih hairan walaupun dia sudah menjelaskan semuanya. Lantaklah, dia malas nak melayan kerenah isteri pertamanya itu.
*BERSAMBUNG*

No comments:
Post a Comment