Wednesday, October 11, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 23...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 23: Perangai Pelik Suami

"Cukuplah tuan seorang dalam hati saya sekarang, saya tak perlukan orang lain untuk itu," jawab Ayra, tenang. Dia tahu jawapannya akan membuatkan hati suaminya itu gundah gulana, namun dia tak kisah.

"Mel, awak tahu bukan, saya sudah rampas awak daripada Wafi? Takkan tergamak saya nak lukakan hati sepupu saya?" tanya Hafizal.

"Bolehkah saya berterus terang? Bukankah tuan tak benarkan saya tunjukkan ekspresi wajah?" tanya Ayra, inginkan kepastian. Dia tak mahu melanggar syarat-syarat Hafizal, kerana hukuman yang sedang dijalaninya ini masih belum habis. Jadi, dia tak mahu ada tambahan hukuman pula.

"Malam ini saya izinkan," jawab Hafizal.

"Maksud tuan?" tanya Ayra lagi setelah melihat Hafizal menjeling ke arahnya. Lama dia merenung suaminya itu kerana malam ini Hafizal membuat satu permintaan pelik.

"Malam ini kita bicara dari hati ke hati. Antara Megat Hafizal dan Ayra Melissa, antara suami dan isteri. Itu sahaja," jelas Hafizal.

"Baiklah kalau macam itu, tuan," jawab Ayra lalu mengeluh kecil.

"Malam ini saya nak dengar Mel panggil saya abang boleh? Seperti di hadapan orang lain," pinta Hafizal, tiba-tiba.

Sekali lagi Ayra terpinga-pinga dengan permintaan pelik Hafizal. Kenapa tiba-tiba saja Hafizal bersikap begini?

"Baiklah, abang. Beginilah, Mel hanya akan berterus terang dengan abang sekali ini sahaja. Selepas ini, abang jangan tanya apa-apa lagi tentang perasaan Mel pada abang. Sejak dari mula, sejak kita berkenalan lagi, hanya abang seorang saja yang telah mencuri hati Mel. Bukan Wafi, bukan juga lelaki lain. Hanya abang," jelas Ayra lalu tersenyum memandang suaminya yang sedari tadi menaip sesuatu di komputer ribanya itu. Dia tahu Hafizal ada laporan yang harus dihantar pada hari Isnin, kerana itulah dia tidak mahu mengganggu lelaki itu.

"Kenapa tak berterus terang dari mula? Apa yang buat Mel benci abang sejak Mel bekerja dengan abang?"

"Mel tahu Wafi juga menyukai Mel. Mel tak tegar nak putuskan hubungan darah antara abang dengan Wafi hanya kerana Mel mahukan abang. Mel masih ada sifat kemanusiaan lagi, abang. Mel bukan benci abang, tapi itu adalah mekanisme pertahanan Mel supaya Mel tak tunjukkan perasaan Mel pada abang."

"Hanya sebab Wafi? Habis itu, kenapa Mel terima Wafi?" tanya Hafizal lagi.

"Mel tak tahu apa perasaan abang ketika itu, abang tahu tak? Abang ingat Mel tak sakit hatikah apabila abang selalu sangat buli Mel, suruh Mel buat macam-macam sedangkan Mel pernah saja nampak abang buat perkara itu sendiri?" tanya Ayra dengan nada yang mula meninggi. Geram pula hatinya apabila suaminya bertanyakan perkara yang sudah terang lagi bersuluh itu.

"Abang minta maaf, abang tak tahu Mel tunggu abang. Jadi, atas sebab inilah Mel tak membantah apabila abang nak menikahi Mel?" tanya Hafizal.

"Do I look like a person that follows your order without arguing? Jadi, sepatutnya abang sudah boleh agak kenapa Mel tak membantah apabila abang menyuarakan tentang pernikahan kita itu," jawab Ayra, sedikit sinis. Ini sudah mula perangai lama nampak?

"Selepas kita bernikah, Mel agak patuh dengan arahan abang. Jadi, abang ingatkan Mel patuh sebab keadaan kita. Manalah abang tahu Mel memang suka nak berkahwin dengan abang," seloroh Hafizal sambil tersengih nakal.

"Mel patuh setiap arahan abang, bukan sebab abang beli Mel tapi sebab abang suami Mel. Keredhaan Allah pada seorang isteri adalah apabila suaminya redha dengan dirinya. Benda asas perkahwinan kot, siapa yang tak tahu?" sindir Ayra, sambil tersenyum sinis.

Sindiran Ayra itu tidak mendapat jawapan daripada Hafizal, membuatkan hatinya puas. Sudah lama dia tidak bertegang lidah dengan suaminya itu kerana keadaan mereka tak mengizinkannya untuk memprotes.

Sengaja dia membiarkan Hafizal menyiapkan laporannya, namun selepas beberapa ketika dia terlihat Hafizal sudahpun lena di atas meja kerjanya. Ayra bangun lalu memegang bahu Hafizal dan menggoncangkan sedikit bagi mengejutkan lelaki itu.

"Abang, bangun. Pergilah tidur atas katil itu," kejut Ayra, lembut.

Hafizal bangun lalu memandang ke arah Ayra dengan pandangan yang kosong. Melihatkan keadaan Hafizal, Ayra mengagak Hafizal masih lagi mamai.

"Abang, kalau nak tidur, pergi tidur atas katil. Nanti tengkuk abang sakit kalau tidur di sini."

"Abang tidur atas katil, tapi sayang jangan mengada nak tidur tau. Ingat, sayang itu masih dalam hukuman," ujar Hafizal, separa sedar sebelum dilihat menuju ke arah katilnya lalu menyambung semula tidurnya.

"Dalam mamai pun boleh ingatkan aku lagi suami aku ini? Hebat," ujar Ayra, kagum sebelum menuju ke arah sofa dan akhirnya duduk semula di situ.

Dia memandang Hafizal yang sudah nyenyak tidur itu, siapalah yang dapat menduga bahawa dia mengahwini lelaki yang diidamkan sekian lama? Bukan setakat dapat mengahwini lelaki idaman, dapat suami CEO pula! Inikah yang dinamakan tuah?

Sedang dia berfikir, tiba-tiba kepalanya sakit. Rasa menusuk di sebelah kiri kepalanya, diiringi dengan rasa pedih di kedua-dua belah matanya. Tahulah dia yang dia amat memerlukan tidur. Namun begitu, dulu dia boleh bertahan dua puluh empat jam tanpa tidur tetapi tidak kali ini. Mengapakah ini terjadi?

Tak lama kemudian, pandangannya mulai kelam dan dia tidak lagi mengingati apa-apa selepas itu.

     *     *     *     *     *

Ayra terjaga dari tidurnya dan mendapati dirinya sudah berada di atas katil milik Hafizal. Dia mencari telefon bimbitnya, namun tidak kelihatan di mana-mana. Hatinya mula gelisah kerana dia tidak menjalani hukumannya dengan sempurna. Pasti Hafizal akan memarahinya nanti.

Dia cuba untuk bangun, namun kepalanya yang masih lagi sakit membuatkan dia duduk semula. Dia cuba mengingati bagaimana dia boleh berada di atas katil sedangkan kali terakhir dia sedarkan diri, dia berada di atas sofa berhampiran katil tempat dia tidur.

"Sudah bangun, sayang?" tanya Hafizal yang tiba-tiba muncul dari bilik air. Pertanyaan Hafizal mengejutkan Ayra dan membuatkan kepalanya bertambah sakit.

"Sudah. Tuan dah makan?" tanya Ayra sambil memegang kepalanya menahan sakit.

"Belum, tapi makan malam sudah siap. Oh ya, abang nak Mel berhenti panggil abang 'tuan' di rumah. Hanya ketika kerja sahaja Mel panggil abang begitu. Faham?" ujar Hafizal yang sedang berdiri di hadapan Ayra.

Hafizal menghulurkan tangannya kepada Ayra. Melihat suaminya, Ayra memandangnya pelik.

"Jom, abang pimpin Mel balik bilik. Mel pergi mandi dulu, nanti kita makan."

"Mel boleh jalan sendirilah, abang. Tak perlu pimpin," ujar Ayra lalu bangun semula. Namun begitu, kepalanya yang sakit itu membuatkan keseimbangan badannya hilang dan hampir terjelepuk tetapi berjaya disambut oleh Hafizal.

"This is why I forbid you from disobeying me. Sudah, jangan nak berlagak sangat. Mari abang pimpin," jawab Hafizal lalu memimpin Ayra menuju ke biliknya.

Setelah Hafizal dudukkan Ayra di atas katil Ayra, Hafizal keluar dari bilik itu lalu menutup pintu bilik. Tanpa berlengah, Ayra menuju ke bilik air untuk mandi dan bersiap.

Selepas selesai bersiap, Ayra yang hanya berseluar tidur dan memakai t-shirt lengan pendek keluar dari bilik lalu menuju ke tingkat bawah. Tiba-tiba, kepalanya sakit semula tetapi dia gagahkan juga berjalan menuju ke tingkat bawah.

Kepalanya yang sakit membuatkan dia tidak mengendahkan dua lagi suara asing yang sedang berbual dengan suaminya itu.

Sebaik sahaja dia tiba di tingkat bawah, Hafizal berlari menuju ke arahnya lalu memimpinnya menuju ke meja makan.

"Baiklah, semua sudah ada. Mari kita makan," ujar Hafizal sambil menadah tangan hendak membaca doa.

"Siapa perempuan ini Ijal? Kamu ini, mak dengan ayah pergi Haji sekejap saja, kamu sudah bawa balik perempuan? Tan Sri dengan Puan Sri tahu tak ini?" sergah seorang wanita tua yang duduk bersebelahan dengannya

Sebaik sahaja mendengar suara wanita itu, Ayra kaget lalu memandang ke arah lelaki yang duduk di sebelah Hafizal. Baru sahaja dia tersedar bahawasanya dia tidak menutup auratnya dengan sempurna.

"Kenapa ini, Mel?" tanya Hafizal, bimbang melihat isterinya begitu.

"Kenapa tak beritahu ada orang nak datang? Mel tak pakai tudung ini!" ujar Ayra lalu berlari menuju ke tingkat atas semula.

Ayra berlari menuju ke biliknya lalu mencapai tudung yang ada di atas katilnya dan menyarungnya. Dia tahu tudung dan baju yang dipakainya tidak sesuai, namun dia bukannya hendak keluar pun. Lantaklah apa nak jadi.

Ayra kembali menuju ke tingkat bawah dan mendengar ketiga-tiga mereka yang sedang menantinya di bawah sedang mentertawakannya.

"Abang gelakkan Mel?" tanya Ayra lalu mencubit bahu Hafizal yang masih lagi ketawa. Cubitan tajam Ayra menghentikan tawa Hafizal.

Ayra dapat melihat suaminya itu memandangnya tanpa berkelip, namun dia tidak mengendahkan lalu duduk semula di tempatnya. Dia tahu suaminya itu pasti menyedari akan pakaiannya yang tidak berpadanan itu.

"Ijal belum jawab lagi soalan mak," ujar wanita itu yang sedari tadi memandang Hafizal dan Ayra.

"Oh ya, mak. Lupa pula. Mak, ayah, kenalkan ini isteri Ijal, Ayra. Mel, ini ayah dan mak abang, Mak Iti dan Pak Din," terang Hafizal kepada tiga orang yang lain.

Ayra memandang ke arah Mak Iti yang duduk di sebelahnya. Dia bersalaman dengan Mak Iti dengan wajah yang berkerut. Hairan dia dengan gelaran yang diberikan oleh Hafizal buat pasangan itu.

"Kenapa, Mel?" tanya Hafizal yang menyedari perubahan pada wajah Ayra.

"Berapa banyak mak dan ayah abang ada?" tanya Ayra, hairan.

Mendengar soalan Ayra, Hafizal tersenyum. Melihat senyuman Hafizal menambahkan kebingungan Ayra.

"Sepasang saja. Asalnya, mak merupakan pengasuh abang adik-beradik dan ayah merupakan pemandu daddy. Cuma, kami adik-beradik memang panggil mereka berdua ayah dan mak sebagai tanda hormat. Sejak abang duduk sendiri, mummy hantar mak dan ayah untuk menjaga abang, walaupun abang tahu sebenarnya mereka kena mengawasi abang," terang Hafizal lalu tertawa.

Mendengar penerangan Hafizal, Ayra tersenyum lega.

"Habis itu, sepanjang sebulan ini, mak dengan ayah ke mana?" tanya Ayra lagi.

"Ijal belanja kami berdua menunaikan Haji dan Umrah. Itu sebabnya Ayra tak pernah berjumpa kami. Oh ya, ayah nak tanya Ijal, jadi juga ke Puan Sri nak nikahkan kamu dengan cik Salwa?" tanya Pak Din setelah menjelaskan tentang kehilangan pasangan itu sepanjang sebulan ini.

"Mummy nak batalkan, tapi saya tak nak. Saya nak keluarga datin yang batalkan," jawab Hafizal.

"Kenapa pula? Kamu dah ada isteri kot!" tanya Mak Iti pula.

"Saya perlu jaga nama keluarga, sebab itu saya buat begini. Saya tak mahu kerana pernikahan saya dengan Ayra, mummy kena tanggung malu. Saya sudah maklumkan pada Salwa bahawa dia akan jadi isteri kedua, dia kata dia setuju asalkan dia dapat nikahi saya. Saya nak tengok seteguh mana pendiriannya dalam hal ini," terang Hafizal.

"Ayra tahu mengenai perkara ini?" tanya Pak Din pula.

"Tahu, mak, ayah. Saya sudah berikan keizinan saya untuk dia bernikah lagi satu kerana saya yakin setiap yang abang lakukan pasti ada sebabnya," jawab Ayra, tenang.

Mak Iti dan Pak Din terdiam mendengar kata-kata Ayra. Ayra pula perasan Hafizal merenung dengan riak wajah yang sukar dijangka. Mengapakah suaminya merenungnya begini? 

     *     *     *     *     *

Ayra mula memikirkan tentang perubahan suaminya ketika dia mula bersiap untuk pergi ke kerja. Suaminya sangat mengambil berat akan dirinya, sehinggakan dia tidak lagi dibenarkan membuat kerja rumah mulai malam semalam.

Malah, Hafizal telahpun memansuhkan kebanyakan syarat yang dikemukakan di awal perkahwinan kerana dia mahukan Ayra menjadi isterinya, bukan lagi seperti barangan miliknya. Syarat yang tidak dimansuhkan hanyalah Ayra masih perlu menjadi PA Hafizal, Ayra masih tidak boleh menolak kehendak Hafizal, Ayra tidak boleh ke mana-mana tanpa izin Hafizal, dan Ayra tidak boleh menuntut penceraian daripada Hafizal.

Ayra sedang memakai tudung apabila Hafizal tiba-tiba muncul. Ayra dapat melihat suaminya itu menuju ke arahnya.

"Mel dah sihat ke ini? Kalau Mel tak larat, Mel rehatlah. Cuti Mel pun banyak lagi kan?" tanya Hafizal yang berdiri di sebelah Ayra yang sedang duduk di hadapan meja soleknya.

"Tak apa, Mel dah sihat. Kalau Mel duduk rumah, bukannya boleh buat kerja pun. Semuanya mak yang buat, Mel bosanlah. Kenapa abang datang ini? Mel dah nak siap dah," ujar Ayra yang sedang memakai pengilap bibir.

"Abang nak minta sayang tanda tangan dokumen ini," arah Hafizal lalu menyuakan beberapa keping kertas kepada Ayra.

"Apa ini, abang?" tanya Ayra yang terpinga-pinga dengan dokumen yang dihulurkan oleh Hafizal itu.

"Dokumen penyerahan saham dan harta milik abang kepada Mel. Tolong jangan tanya abang apa-apa, minta tolong tanda tangan sahaja," ujar Hafizal, dengan nada sedikit terdesak.

Ayra bingung. Semalam, suaminya itu memansuhkan kebanyakan syarat-syarat perkahwinan mereka, hari ini lelaki itu menyerahkan sebahagian besar harta kepada dirinya. Apa semuanya ini? Dia harus bertemu Fred untuk kepastian. Namun, apakah yang harus dia lakukan sekarang?

*BERSAMBUNG*

Tuesday, October 10, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 22...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 22: Perlu Melindungi

"Cukuplah tuan seorang dalam hati saya sekarang, saya tak perlukan orang lain untuk itu," jawab Ayra membuatkan Hafizal terkesima.


"Mel, awak tahu bukan, saya sudah rampas awak daripada Wafi? Takkan tergamak saya nak lukakan hati sepupu saya?" tanya Hafizal, ingin menduga.

"Bolehkah saya berterus terang? Bukankah tuan tak benarkan saya tunjukkan ekspresi wajah?" tanya Ayra, inginkan kepastian.

"Malam ini saya izinkan," jawab Hafizal sambil mengerling sekilas ke arah isterinya yang masih setia duduk di atas sofa berhampirannya.

"Maksud tuan?" tanya Ayra lagi.

"Malam ini kita bicara dari hati ke hati. Antara Megat Hafizal dan Ayra Melissa, antara suami dan isteri. Itu sahaja," jelas Hafizal sambil menoleh ke arah Ayra yang sudah lama merenungnya. Bukannya dia tidak tahu Ayra sudah mula memandangnya pelik.

"Baiklah kalau macam itu, tuan."

"Malam ini saya nak dengar Mel panggil saya abang boleh? Seperti di hadapan orang lain," pinta Hafizal, tiba-tiba. Entah mengapa malam ini dia mendambakan isterinya yang sebenarnya, bukan isteri yang dibelinya sebulan lepas.

"Baiklah, abang. Beginilah, Mel hanya akan berterus terang dengan abang sekali ini sahaja. Selepas ini, abang jangan tanya apa-apa lagi tentang perasaan Mel pada abang. Sejak dari mula, sejak kita berkenalan lagi, hanya abang seorang saja yang telah mencuri hati Mel. Bukan Wafi, bukan juga lelaki lain. Hanya abang."

Hafizal terkesima mendengar pengakuan Ayra itu. Begitu berani isterinya malam ini, sehingga mampu membuatkan dia berhenti fokus pada laporan yang hendak disiapkan itu.

"Kenapa tak berterus terang dari mula? Apa yang buat Mel benci abang sejak Mel bekerja dengan abang?"

"Mel tahu Wafi juga menyukai Mel. Mel tak tegar nak putuskan hubungan darah antara abang dengan Wafi hanya kerana Mel mahukan abang. Mel masih ada sifat kemanusiaan lagi, abang. Mel bukan benci abang, tapi itu adalah mekanisme pertahanan Mel supaya Mel tak tunjukkan perasaan Mel pada abang."

"Hanya sebab Wafi? Habis itu, kenapa Mel terima Wafi?" tanya Hafizal lagi, ingin tahu.

"Mel tak tahu apa perasaan abang ketika itu, abang tahu tak? Abang ingat Mel tak sakit hatikah apabila abang selalu sangat buli Mel, suruh Mel buat macam-macam sedangkan Mel pernah saja nampak abang buat perkara itu sendiri?" tanya Ayra dengan nada yang mula meninggi.

Soalan Ayra membuatkan Hafizal terbungkam. Sunggu dia tak sangka Ayra menggunakan peluang ini untuk melepaskan perasaannya yang terpendam selama bertahun-tahun. Mereka berdua bekerja bersama bukannya sehari dua, tapi sudah tiga tahun. Banyak benda yang telah terbuku di dalam hati Ayra yang tak mampu untuk dia lepaskan selama ini.

"Abang minta maaf, abang tak tahu Mel tunggu abang. Jadi, atas sebab inilah Mel tak membantah apabila abang nak menikahi Mel?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

"Do I look like a person that follows your order without arguing? Jadi, sepatutnya abang sudah boleh agak kenapa Mel tak membantah apabila abang menyuarakan tentang pernikahan kita itu," jawab Ayra, sedikit sinis.

"Selepas kita bernikah, Mel agak patuh dengan arahan abang. Jadi, abang ingatkan Mel patuh sebab keadaan kita. Manalah abang tahu Mel memang suka nak berkahwin dengan abang," seloroh Hafizal sambil tersengih nakal.

"Mel patuh setiap arahan abang, bukan sebab abang beli Mel tapi sebab abang suami Mel. Keredhaan Allah pada seorang isteri adalah apabila suaminya redha dengan dirinya. Benda asas perkahwinan kot, siapa yang tak tahu?"

Sekali lagi Hafizal terkesima mendengar kenyataan yang dikeluarkan oleh isterinya itu. Banyak betul yang dia tak habis kaji tentang Ayra.

     *     *     *     *     *

Hafizal terjaga dari tidurnya dan mendapati dirinya berada di atas katil. Hairan juga kerana dia sama sekali tak ingat bagaimana dia boleh berpindah dari meja kerjanya ke katil. Kepalanya pening, mungkin akibat terkejut tatkala tersedar tadi.

Dia memandang sekelilingnya, dan ternampak kelibat Ayra yang sedang duduk di atas sofa. Wanita itu nampak seperti masih berjaga, namun tiada reaksi daripada Ayra membuatkan hatinya mula berasa bimbang lalu mendekati isterinya itu.

"Mel, are you okay?" tanya Hafizal setelah mendapati Ayra masih tidak memberikan tindakan refleks terhadap tindakannya.

Hafizal menyentuh bahu Ayra dan menggoncangnya sedikit. Masih tiada respon daripada Ayra membuatkan hatinya menjadi sangat bimbang.

"Mel, bangun. Sudah pagi. Mel, tolong jangan takutkan abang begini," Hafizal masih mencuba untuk mengejutkan Ayra, namun masih tiada respon.

Tanpa berlengah, dia terus mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi doktor keluarganya, Dr. Aman.

"Hello doktor, ini Hafizal. Boleh datang ke rumah banglo saya di Kiara tak? Saya nak minta tolong periksa seseorang, rasanya dia pengsan," terang Hafizal, apabila panggilan dijawab.

"Hello, Encik Hafizal. Tunggu sekejap ya, lagi setengah jam saya datang," jawab Dr. Aman sebelum memutuskan talian.

Hafizal bertindak mencempung Ayra lalu dibawa menuju ke arah katilnya. Selepas itu, dia meletakkan Ayra di atas katilnya dan keluar menuju ke dapur untuk memasak bubur nasi buat Ayra kerana dia dapat merasa badan Ayra sangat panas. Jadi, dia mengagak Ayra pasti demam.

Tak lama selepas dia selesai memasak, bunyi loceng pintu membuatkan Hafizal bergegas menuju ke arah pintu rumahnya lalu membukanya. Kelihatan seorang lelaki berpakaian seperti doktor berdiri di hadapannya.

"Doktor, dah sampai pun! Jemputlah masuk," pelawa Hafizal lalu mengiringi doktor tersebut ke bilik tidurnya.

Sebaik sahaja mereka berdua memasuki bilik tidur Hafizal, Dr. Aman memeriksa Ayra yang masih tidak sedarkan diri itu dan diperhatikan oleh Hafizal yang berdiri di belakang Dr. Aman.

"Nampaknya perempuan ini istimewa kerana menjadi satu-satunya perempuan yang pernah memasuki bilik tidur awak, Hafizal. Siapa dia? Bukankah awak sudah bertunang dengan anak Datin Zuraidah?" tanya Dr. Aman, hairan.

"Sangat istimewa, doktor. Dia ini isteri saya, Ayra Melissa."

"Awak sudah berkahwin? Tan Sri dengan Puan Sri tahu tentang dia?" tanya Dr. Aman yang terkejut dengan jawapan Hafizal tadi.

"Tahu, doktor. Cuma, perkahwinan saya dengan Salwa tetap akan dijalankan atas sebab-sebab tertentu. Kenapa dengan Ayra, doktor?"

"Dia pengsan, mungkin kerana keletihan. Dia buat apa semalam sampai keletihan begini?" tanya Dr. Aman, ingin tahu.

"Pengsan? Sebenarnya, dia teman saya berjaga malam semalam. Cuma, saya tertidur dulu. Jadi, saya tak tahu apa yang jadi dengannya selepas saya tertidur."

"Awak ini, selepas ini awak kena hati-hati. Bukan apa, saya cakap begini kerana isteri awak ini mengandung. Saya rasa dia masih berada di trimester pertama, jadi kandungannya agak lemah. Jangan berikan tekanan pada dia, jaga makan dan minumnya, pastikan dia tidur dengan baik dan paling penting, kalau boleh janganlah sampai kahwin lain. Saya rasa dia sudah cukup sempurna," terang Dr. Aman sambil tersenyum nakal.

"Apa dia, mengandung?" tanya Hafizal.

"Ya, tapi dia perlu buat pemeriksaan untuk kepastian jangka masa kandungan. Saya tak ada peralatan untuk itu sekarang. Jadi, bila dia sudah sedar nanti, awak bawa dia jumpa saya. Ingat, jangan nak nakal sangat, awak itu sudah bakal jadi ayah," pesan Dr. Aman yang sudahpun berjalan menuju ke arah pintu rumah, diikuti oleh Hafizal.

Selepas Dr. Aman keluar dari rumah tersebut, Hafizal bergegas semula menuju ke biliknya bagi menjenguk Ayra. Sebaik sahaja dia tiba di biliknya, deringan telefon bimbitnya mengejutkannya lalu dia mengeluarkan telefon itu dari poket seluarnya.

Nama 'Fred' tertera di skrin telefonnya. Hairan kerana selalunya Fred tidak mengganggunya di hari Ahad, tetapi dia memilih untuk menjawab panggilan tersebut.

"Bos, ada hal kecemasan. Saya dapat tahu Wafi telah menguruskan satu perjumpaan dengan pemegang saham minoriti syarikat bos esok pagi," terang Fred, cemas.

"Kenapa pula?" tanya Hafizal, terkejut bercampur hairan.

"Khabarnya, dia nak membeli saham minoriti syarikat untuk menjadi ahli lembaga pengarah Mustaqim Ventures. Saham minoriti jika dikumpulkan, ada dalam 10%. Banyak itu, bos. Saya rasa cukup untuk dia dilantik menjadi pengarah syarikat."

"Aku nak kau buat sesuatu. Pastikan kesemua pemegang saham minoriti syarikat jualkan saham mereka kepada aku, tapi aku nak semua saham itu dan 20% saham aku diletakkan atas nama Ayra," arah Hafizal.

"Kenapa Ayra? Lagi satu, kalau bos bagi saham bos pada dia, dia akan jadi pemegang saham terbesar syarikat. Dia boleh diangkat menjadi CEO menggantikan bos," bantah Fred.

"Aku nak kau uruskan yang itu dulu. Selepas itu, aku nak kau pindahkan semua harta aku kecuali kereta kepada Ayra juga. Aku tak sedap hatilah," jawab Hafizal.

"Bos nak saya selesaikan bila?"

"Secepat mungkin. Sekejap lagi aku berikan salinan kad pengenalan Ayra. Dia sedang pengsan sekarang, sepatutnya lebih senang aku siapkan semuanya. Apa-apa kau maklumkan pada aku. Roger and out," jawab Hafizal sebelum memutuskan talian.

"Sudah tiba masanya Mel untuk menjadi Ayra Melissa, isteri kepada Megat Hafizal, bukan lagi orang gaji. Lagipun, mak dengan ayah sudah dalam perjalanan pulang dari lapangan terbang, jadi kerja orang gaji dan pemandu itu pasti diambil alih kembali oleh mereka berdua," ngomel Hafizal lalu menoleh ke arah Ayra yang masih lagi tidak sedarkan diri.

     *     *     *     *     *

Hafizal sedang duduk berbual dengan pemandu dan orang gaji yang selama ini menjaganya apabila kelibat Ayra muncul dari tingkat atas. Ayra dilihat memegang kepalanya sambil menahan sakit. Melihat kehadiran Ayra, Hafizal berlari menuju ke arah isterinya lalu memimpinnya menuju ke meja makan, tempat dia berada tadi.

"Baiklah, semua sudah ada. Mari kita makan," ujar Hafizal sambil menadah tangan hendak membaca doa.

"Siapa perempuan ini Ijal? Kamu ini, mak dengan ayah pergi Haji sekejap saja, kamu sudah bawa balik perempuan? Tan Sri dengan Puan Sri tahu tak ini?" sergah seorang wanita tua yang duduk bersebelahan dengan Ayra

Mendengar kata-kata wanita itu, Hafizal tersenyum tetapi tidak Ayra. Hafizal dapat melihat wanita itu sudah seperti cacing kepanasan.

"Kenapa ini, Mel?" tanya Hafizal, bimbang melihat isterinya begitu.

"Kenapa tak beritahu ada orang nak datang? Mel tak pakai tudung ini!" ujar Ayra lalu berlari menuju ke tingkat atas semula.

Apabila Ayra menegur situasi mereka, baru mereka bertiga menyedari tentang itu. Pada mulanya, mereka bertiga hanya berpandangan antara satu sama lain, namun akhirnya ketawa terbahak-bahak.

"Abang gelakkan Mel?" tanya Ayra yang tiba-tiba muncul dari tingkat atas lalu mencubit bahu Hafizal yang masih lagi ketawa. Cubitan tajam Ayra menghentikan tawa Hafizal.

Hafizal memandang isterinya yang memakai tudung sama sekali tidak berpadanan dengan baju yang dipakainya. Dia ingin menyambung tawanya, namun ditahan kerana dia sedar ini adalah salahnya juga.

"Ijal belum jawab lagi soalan mak," ujar wanita itu yang sedari tadi memandang Hafizal dan Ayra.

"Oh ya, mak. Lupa pula. Mak, ayah, kenalkan ini isteri Ijal, Ayra. Mel, ini ayah dan mak abang, Mak Iti dan Pak Din," terang Hafizal kepada tiga orang yang lain.

Ayra memandang ke arah Mak Iti yang duduk di sebelahnya. Dia bersalaman dengan Mak Iti dengan wajah yang berkerut.

"Kenapa, Mel?" tanya Hafizal yang menyedari perubahan pada wajah Ayra.

"Berapa banyak mak dan ayah abang ada?" tanya Ayra, hairan.

Mendengar soalan Ayra, Hafizal tersenyum. Alahai isteri, kenapalah kamu ini jujur sangat?

"Sepasang saja. Asalnya, mak merupakan pengasuh abang adik-beradik dan ayah merupakan pemandu daddy. Cuma, kami adik-beradik memang panggil mereka berdua ayah dan mak sebagai tanda hormat. Sejak abang duduk sendiri, mummy hantar mak dan ayah untuk menjaga abang, walaupun abang tahu sebenarnya mereka kena mengawasi abang," terang Hafizal lalu tertawa.

Hafizal dapat merasakan lengannya disiku oleh Pak Din kerana penerangannya tadi, namun hatinya lebih bahagia melihat Ayra yang tersenyum lega mendengar penjelasan Hafizal.

"Habis itu, sepanjang sebulan ini, mak dengan ayah ke mana?" tanya Ayra lagi.

"Ijal belanja kami berdua menunaikan Haji dan Umrah. Itu sebabnya Ayra tak pernah berjumpa kami. Oh ya, ayah nak tanya Ijal, jadi juga ke Puan Sri nak nikahkan kamu dengan cik Salwa?" tanya Pak Din setelah menjelaskan tentang kehilangan pasangan itu sepanjang sebulan ini.

"Mummy nak batalkan, tapi saya tak nak. Saya nak keluarga datin yang batalkan," jawab Hafizal.

"Kenapa pula? Kamu dah ada isteri kot!" tanya Mak Iti pula.

"Saya perlu jaga nama keluarga, sebab itu saya buat begini. Saya tak mahu kerana pernikahan saya dengan Ayra, mummy kena tanggung malu. Saya sudah maklumkan pada Salwa bahawa dia akan jadi isteri kedua, dia kata dia setuju asalkan dia dapat nikahi saya. Saya nak tengok seteguh mana pendiriannya dalam hal ini," terang Hafizal.

"Ayra tahu mengenai perkara ini?" tanya Pak Din pula.

"Tahu, mak, ayah. Saya sudah berikan keizinan saya untuk dia bernikah lagi satu kerana saya yakin setiap yang abang lakukan pasti ada sebabnya," jawab Ayra, tenang.

Mak Iti dan Pak Din terdiam mendengar kata-kata Ayra. Hafizal pula memandang isterinya dengan pelbagai perasaan. Lebih-lebih lagi setelah dia mengetahui isterinya sedang mengandung dan dirinya dalam bahaya.

     *     *     *     *     *

Pagi itu, setelah bersiap, Hafizal mendapatkan Ayra yang sedang bersiap di dalam biliknya. Mujurlah dia sudah menerangkan kepada Pak Din dan Mak Iti tentang bilik Ayra yang diwujudkan untuk privasi isterinya, namun mereka berdua kini bergilir-gilir tidur di bilik masing-masing.

Ini adalah kerana Hafizal telahpun memansuhkan kebanyakan syarat yang dikemukakan di awal perkahwinan kerana dia mahukan Ayra menjadi isterinya, bukan lagi seperti barangan miliknya. Syarat yang tidak dimansuhkan hanyalah Ayra masih perlu menjadi PA Hafizal, Ayra masih tidak boleh menolak kehendak Hafizal, Ayra tidak boleh ke mana-mana tanpa izin Hafizal, dan Ayra tidak boleh menuntut penceraian daripada Hafizal.

Semasa Hafizal memasuki bilik Ayra, Ayra sedang memakai tudung. Hafizal mendekati isterinya yang memakai jubah berwarna merah jambu dengan tudung bercorak sedondon, sama seperti dirinya yang memakai kemeja berwarna sama. Padahal mereka berdua tidak berjanji untuk memakai sedondon hari ini.

"Mel dah sihat ke ini? Kalau Mel tak larat, Mel rehatlah. Cuti Mel pun banyak lagi kan?" tanya Hafizal yang berdiri di sebelah Ayra yang sedang duduk di hadapan meja soleknya.

"Tak apa, Mel dah sihat. Kalau Mel duduk rumah, bukannya boleh buat kerja pun. Semuanya mak yang buat, Mel bosanlah. Kenapa abang datang ini? Mel dah nak siap dah," ujar Ayra yang sedang memakai pengilap bibir.

"Abang nak minta sayang tanda tangan dokumen ini," arah Hafizal lalu menyuakan beberapa keping kertas kepada Ayra.

"Apa ini, abang?" tanya Ayra yang terpinga-pinga dengan dokumen yang dihulurkan oleh Hafizal itu.

"Dokumen penyerahan saham dan harta milik abang kepada Mel. Tolong jangan tanya abang apa-apa, minta tolong tanda tangan sahaja," ujar Hafizal, dengan nada sedikit terdesak.

Hafizal dapat melihat Ayra tidak terus menanda tangani surat pemindahan hak milik, sebaliknya hanya memandang ke arah kertas tersebut dengan muka yang berkerut-kerut, dan tindakan Ayra itu mengundang kegusaran dalam hati Hafizal.

*BERSAMBUNG*

Thursday, October 5, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 21...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 21: Rancangan Menjatuhkan

Wafi juga turut terkedu dengan kehadiran Ayra di sebelah Puan Sri Halimatun. Dia sama sekali tidak menyangka keluarga pakciknya sudah mengetahui siapa Ayra di dalam hidup Hafizal.

"Mel, apa Mel buat di sini? Abang rasa abang cakap dengan cukup jelas tadi, Mel jangan keluar dari rumah bukan?" tanya Hafizal, keras.

Wafi dapat melihat Ayra terbungkam mendengar soalan yang berbaur amaran keras dari Hafizal itu.

"Ijal nak marah Ayra kenapa? Mummy yang paksa dia datang sini ikut mummy. Salahkah mummy nak ajak menantu mummy balik rumah mummy? Sudahlah hidup dia yang terkongkong dek kamu," sindir Puan Sri Halimatun membuatkan semua mata memandang ke arah Hafizal.

Hidup terkongkong? Patutlah sejak Ayra dibeli oleh Hafizal, amat sukar untuk dirinya menemui Ayra. Rupanya Ayra telah dikongkong oleh sepupunya.

"Mel mengadu dengan mummy ke?" tanya Hafizal lalu merenung tajam ke arah Ayra menyebabkan Ayra menggelengkan kepala sebelum beralih tempat ke arah belakang Puan Sri Halimatun.

"Bukan Ayra yang mengadu, mummy tanya Apai, pengawal peribadi Ayra itu. Mula-mula dia takut juga nak beritahu, tapi bila mummy ugut dia, laju saja dia menjawab. Kalau mummy tahu kamu apa-apakan Apai mahupun Ayra, jaga kamu Ijal!" tegas Puan Sri Halimatun dengan renungan tajam menjadi peneman.

Wafi melihat Hafizal mengeluh berat sebelum berlalu pergi dari situ menuju ke tingkat atas. Lantas, dia berpaling memandang ke arah Ayra yang terbungkam.

"Apa kamu tunggu lagi, Ayra? Pergilah pujuk suami kamu itu!" arah Puan Sri Halimatun.

Namun begitu, Ayra masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri membuatkan dia mendekati wanita itu.

"Ayra, kalau awak tak nak pujuk Ijal, saya nak berbicara dengan awak sebentar boleh?" tanya Wafi.

Ayra hanya memandangnya tanpa sebarang jawapan kepada soalan yang diajukannya tadi. Tak lama kemudian, Ayra terus berlalu menuju ke tingkat atas rumahnya, barangkali untuk memujuk Hafizal.

"Alahai, mana nak cari isteri begitu sekarang. Ayra itu lurus betul, seboleh-bolehnya dia tak mahu Ijal marahkan dia," komen Puan Sri Halimatun selepas melihat adegan drama yang dibintangi oleh anak dan menantunya itu.

"Mummy, siapa Ayra itu? Isteri abang Ijal ke? Habis itu, kenapa abang Ijal masih nak bertunang dengan kak Salwa?" bertubi-tubi soalan yang dikemukakan oleh Husaini yang sedari tadi melihat sahaja drama swasta yang terjadi di hadapan matanya.

"Ya, Husaini. Dia isteri Ijal, sudah sebulan mereka bernikah tetapi mummy dapat tahu dua minggu lepas. Teruk bukan abang kamu?" jawab Puan Sri Halimatun yang baru sahaja duduk di salah sebuah sofa yang berada di ruang tamu itu.

"Maksud mummy, dia bernikah dengan Ayra ini senyap-senyap? Jadi, kenapa mummy tak batalkan sahaja rancangan mummy untuk nikahkan abang dengan kak Salwa?" tanya Husaini lagi.

"Ya, katanya ada masalah sikit. Mummy ada juga merisik dengan pejabat agama, mereka kata pernikahan mereka berdua bukan berpunca daripada tangkap khalwat, tetapi dipercepatkan kerana kesihatan pakcik Ayra," terang Puan Sri Halimatun.

Wafi yang menjadi saksi perbualan dua beranak itu berjaya mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai pernikahan Ayra dan Hafizal. Namun begitu, adakah keluarga emak saudaranya itu tahu bagaimana mereka berdua bertemu?

"Auntie tahu di mana mereka bertemu?" tanya Wafi.

"Tahu, mereka berdua bekerja sekali. Sebelum mereka bernikah, Ayra merupakan Penolong Pengurus Pentadbiran di syarikat Ijal. Selepas mereka bernikah, Hafizal menaikkan pangkat Ayra bagi mengisi kekosongan selama berbulan-bulan sebagai pembantu peribadinya itu. Kata Ijal, dia sudah memujuk Ayra untuk menjadi PA dia sejak PA lamanya berhenti, namun ditolak mentah-mentah oleh Ayra," terang Puan Sri Halimatun lagi.

"Oh ya ke, patutlah dia pilih Ayra jadi isterinya. Untuk memudahkan dia menarik Ayra menjadi pembantunya," teka Wafi.

"Taklah, Wafi. Dia berkahwin dengan Ayra memang sebab dia sayangkan Ayra. Dia sudah lama memendam rasa kerana fikirnya Ayra ada seseorang yang disukainya," terang Puan Sri Halimatun.

Wafi terkesima mendengar penjelasan Puan Sri Halimatun. Kiranya selama ini sepupunya itu mempunyai perasaan terhadapnya isterinya sekarang? Kenapa Hafizal tidak pernah berterus terang kepadanya?

Namun begitu, dendamnya terhadap Hafizal tidak terpadam sama sekali, sebaliknya semakin membara. Dia harus menghancurkan Hafizal bagi memuaskan hatinya.

     *     *     *     *     *

Wafi sedang bermain dengan aplikasi permainan di telefon bimbitnya apabila Bob membawa Qatrunnada yang memakai gaun merah tanpa lengan separas peha ke dalam biliknya. Melihat kehadiran Qatrunnada, Wafi berhenti bermain dan menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket lalu bangun dari sofa tempat dia duduk dan berjalan menuju ke arah Bob dan Qatrunnada.

"Berapa minah ini dapat malam ini?" tanya Wafi kepada Bob.

"Adalah, dalam RM4 ribu. Klien dia banyak orang besar, bos. Almaklumlah, bekas model," jawab Bos, sinis.

"Bagus, tapi jauh lagi nak cecah RM2.93 juta itu. Kalau perlu, maksimumkan penggunaan dia ini. Tak kira apapun yang klien nak, berikan saja. Faham?" arah Wafi lalu memandang Qatrunnada. Jarak antara mereka sangat dekat sehingga Wafi dapat merasakan nafas Qatrunnada yang tidak stabil itu.

"Oh ya, aku nak kau kosongkan jadual dia untuk esok kerana aku nak dia buat sesuatu untuk aku," sambung Wafi lalu memandang ke arah Bob.

"Buat apa, bos?" tanya Wafi.

"Aku nak dia pergi jumpa Hafizal. Dia kena buat sesuatu yang boleh memalukan Hafizal jikalau perkara itu diketahui umum. Apa saja, aku tak kisah."

Wafi memandang semula ke arah Qatrunnada. Wanita itu dilihat digari tangannya, bagi menghalangnya daripada berbuat sesuatu yang boleh menyusahkannya mahupun orang-orang bawahannya. Wanita itu juga tidak dibenarkan bersuara semenjak dia dibeli oleh Wafi.

Namun begitu, ada sesuatu yang paling ketara, badannya mulai susut akibat seringkali menjadi mangsa nafsu serakah insan-insan bergelar lelaki. Kadangkala dalam sehari, lebih daripada sepuluh orang lelaki menidurinya.

"Baik, bos. Nanti saya bawa Qat ke Mustaqim Ventures esok," jawab Bob.

"Bagus. Minah ini ada kerja lagikah untuk hari ini?" tanya Wafi yang kembali duduk di sofa tempat dia duduk tadi.

Bob tidak menjawab, hanya menggelengkan kepalanya.

"Tinggalkan dia di sini. Kau boleh rehat," arah Wafi.

Bob yang memegang rantai yang disambung pada gari yang membelenggu tangan Qatrunnada menyerahkan rantai tersebut kepada Wafi lalu beredar. Qatrunnada kini berdiri di hadapan Wafi tanpa sebarang kata.

"Kau dengar apa yang aku nak cakapkan ini. Aku nak musnahkan Megat Hafizal, seluruhnya. Sampai dia tak lagi menjadi seorang manusia. Jadi, aku memerlukan kau untuk capai matlamat aku. Kalau kau berjaya, aku akan bebaskan kau dan berikan kau sedikit wang untuk kau teruskan hidup," terang Wafi.

"Tuan nak saya buat apa dengan Megat Hafizal?" tanya Qatrunnada.

"Aku nak kau goda dia sampai dia lupa yang dia ada isteri. Ketika itu, aku akan gunakan isu ini untuk jatuhkan dia dari syarikat dan dalam masa yang sama, aku akan berikan dia kesusahan kewangan sehingga dia datang melutut dengan aku supaya selamatkan dia," terang Wafi sambil tersenyum lebar.

"Kalau itu yang tuan nak, saya akan lakukan."

"Kalau kerja kau bagus, aku akan bebaskan Harry sekali. Macam mana?" tanya Wafi sambil memandang Qatrunnada yang sedang tunduk memandang lantai.

"Tak perlu, tuan. Saya tak ada rancangan untuk kembali pada dia," jawab Qatrunnada, serius.

"Kisah cinta tak menjadi nampaknya. Kenapa? Kau kecewa dia lari tinggalkan kau dulu?" tanya Wafi, ingin tahu.

"Saya serahkan diri saya kepada tuan untuk melunaskan apa yang sudah saya belanjakan. Hal tuan dengan dia, bukan urusan saya. Tuan buatlah apa saja yang tuan mahu pada dia, saya tak mahu tahu."

"Bagus, kau sangat mendengar kata," jawab Wafi lalu menarik rantai yang dipegangnya sedari tadi membuatkan Qatrunnada hilang pertimbangan lalu jatuh dan melutut di hadapan Wafi.

Wafi mula mendekati Qatrunnada lalu mencium bibir wanita itu dengan rakus. Qatrunnada tidak melawan, lebih-lebih lagi dengan belenggu di tangannya. Maka, ciuman akhirnya membawa kepada sesuatu yang lain.

     *     *     *     *     *

Tengahari itu, setelah selesai berjumpa dengan sepuluh pemegang stok minoriti syarikat Mustaqim Ventures, dia memilih untuk berdiri di hadapan pintu masuk Mustaqim Ventures bagi menunggu kehadiran Ayra.

Tak disangka langkah kanan baginya kerana Ayra sedang berdiri di hadapan pintu bangunan pejabat itu ketika dia tiba di situ. Inilah peluang keemasan yang tidak harus dia lepaskan.

"Tunggu siapa itu, Puan Ayra?" tanya Wafi yang telah menyebabkan Ayra terkejut dengan kehadirannya di situ.

"Encik Wafi buat apa di sini? Kenapa ya kebelakangan ini saya tengok Encik Wafi kerap sangat datang ke sini? Semasa kita bercinta dulu, Encik Wafi tak pernah pun datang ke sini," sindir Ayra, geram dengan kehadiran lelak itu di hadapannya.

"I nak ajak you makan tengahari," jawab Wafi, selamba.

"I dah ada temu janji, maaf. Lain kali sajalah," tolak Ayra sambil menayangkan muka menyampah kepada Wafi.

"Temu janji? Dengan suami tersayangkah? You tak tahu cerita?" tanya Wafi, dengan wajah yang pura-pura hairan.

 "Cerita apa you ini? Jangan ganggu I boleh tak?" tanya Ayra, protes.

Wafi tersenyum apabila melihat wajah Ayra yang merah kerana menahan marah itu. Baginya, wanita itu kelihatan comel apabila sedang marah. Itu adalah salah satu ciri-ciri Ayra yang paling disukainya dulu.

*BERSAMBUNG*

Tuesday, October 3, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 20...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 20: Puteri Menjadi Hamba

"Awak tak perlu tahu siapa saya, cukup sekadar awak tahu bahawasanya sayalah orang yang awak berhutang itu. Mana RM2.93 juta saya yang awak belanjakan itu? Nak rasa kena lelong macam mana bekas serumah awak, Ayra kena dulukah?" tanya lelaki itu, sinis.

Mendengar soalan yang diajukan oleh lelaki yang berada di hadapannya, Qatrunnada tersentak. Dia sama sekali tidak menyangka lelaki itu amat mengenalinya.

"Mr. W?" tanya Qatrunnada pula.

"Well, well, well, nampaknya awak dah tahu siapa saya. Kalau begitu, awak tolong sampaikan pesanan saya pada buah hati awak yang tipu duit saya itu. Awak tahu bukan, kalau awak kena lelong, tak mungkin nasib awak sebaik Ayra?" tanya Wafi lagi.

"Mr. W kenal Ayra ke untuk berbicara seperti ini?" tanya Qatrunnada, hairan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Mr. W.

"Saya rasa kalau saya beritahu rahsia ini, secara automatik awak akan tahu siapa saya yang sebenar. Jadi, saya rasa nanti dululah. Tak ada keseronokan kalau beritahu awak awal-awal. Kalau awak tak berjaya bayar saya, mungkin saya akan beritahu," ujar Wafi.

"Apa maksud Mr. W?" tanya Qatrunnada lagi.

"Saya berani jamin, Harry sekarang sudah lari dari rumah yang awak dengan dia beli hari itu. Rumah yang awak beli menggunakan duit saya itu hanya bernilai RM900 ribu, maka awak masih perlu melunaskan baki RM2.03 juta saya. Awak berdua masih ada dua hari, saya akan tunggu. Cukup masa, saya sendiri akan uruskan hal awak," ujar Mr.W, lebih sinis daripada tadi.

"Tak mungkin! Harry beritahu saya tadi dia nak keluar cari duit. Mr. W jangan cuba nak berbohong dengan saya!"

"Terpulang, saya lebih kenal Harry berbanding awak. Ke mana dia pergi, apa yang dia buat, semuanya saya tahu. Awak jangan risau, kalau awak ditangkap nanti, dia pun akan ditangkap juga. Waktu itu, tahulah saya nak buat apa dengan kau orang berdua. So, chaw!" ujar Mr. W lalu beredar meninggalkan bangunan pejabat itu.

     *     *     *     *     *

Jenuh Qatrunnada menghubungi Harry sebaik sahaja dia menyedari bahawasanya teman lelakinya itu masih belum pulang walaupun jarum pendek jam sudahpun menginjak ke angka sebelas. Setiap kali dihubungi lelaki itu, pasti panggilannya akan disambung ke peti suara membuatkan hatinya mula meragui kata-kata Harry sebelum dia keluar rumah.

"Takkanlah dia dah lari dengan baki duit itu? Tak mungkin!" getus hati Qatrunnada.

Tanpa berlengah, dia mula mencapai telefon bimbitnya sebelum sempat telefon bimbit itu berdering. Nama 'Bob' tertera di skrin membuatkan dia cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Bob. Sebelum awak cakap apa-apa, saya nak berbincang sesuatu dengan awak. " tanya Qatrunnada, sebelum sempat Bob memulakan bicara.

"Nak jumpa di mana?" tanya Bob pula.

"Rumah baru saya, dalam masa sejam," jawab Qatrunnada.

"Baik, nanti saya ke sana. Jangan lari," ujar Bob sebelum memutuskan talian.

Lebih kurang setengah jam kemudian, loceng rumah Qatrunnada berbunyi. Qatrunnada membuka pintunya, kelihatan Bob dan seorang lagi lelaki berada di hadapannya. Dia mula memandang sekeliling rumahnya sebelum mengizinkan dua orang lelaki itu masuk.

"Ada apa kau nak jumpa aku?" tanya Bob sebaik sahaja dia duduk di atas sofa yang berada di ruang tamu rumah kondominium itu.

"Aku mengaku kalah, Harry dah lari. Aku sudah tiada duit nak membayar hutang kau orang. Kalau kau orang nak jual aku atau lacurkan aku pun aku sanggup, asalkan aku boleh terus hidup."

"Kau serius nak lacurkan diri kau semata-mata untuk hidup? Kau ingat aku percaya dengan kata-kata kau?" tanya Bob, sinis.

Qatrunnada melutut di hadapan Bob lalu memegang kaki Bob.

"Aku tahu RM2.93 juta itu bukan sikit, aku tak tahu bagaimana nak membayar duit sebanyak itu. Jadi, itu saja yang aku boleh buat," ujar Qatrunnada lalu menangis.

"Baiklah, serahkan telefon bimbit kau sekarang," arah Bob.

Qatrunnada tidak membantah, sebaliknya terus menyerahkan telefon bimbitnya kepada Bob.

"Roy, kau berikan aku beg plastik yang aku suruh kau pegang tadi," ujar Bob kepada lelaki yang seorang lagi itu.

Qatrunnada dapat melihat beg plastik berwarna oren itu diberikan kepada Bob sebelum beg tersebut diserahkan kepadanya.

"Dalam ini ada pakaian, aku nak kau tukar kepada pakaian itu kerana aku tak mahu kau simpan apa-apa dalam poket kalau kau pakai pakaian kau sendiri."

Tanpa berlengah, Qatrunnada terus mencapai beg plastik oren itu lalu menuju ke dalam bilik tidurnya. Tak lama kemudian, dia keluar dari bilik itu dengan berpakaian gaun putih tanpa lengan yang pernah dilihat tersarung di badan Ayra suatu ketika dahulu.

Namun begitu, apa yang mengejutkan dia adalah beg bagasi yang agak besar berada di hadapannya. Setahunya, beg tersebut tiada bersama mereka tadi. Apakah yang ingin dilakukan oleh mereka dengan beg sebesar itu?

"Sini, kau!" jerkah Bob membuatkan Qatrunnada terkejut lalu berjalan menuju ke arah lelaki itu.

Sebaik sahaja dia berdiri di hadapan lelaki itu, Roy terus saja menarik kedua belah tangannya ke belakang lalu diikat keduanya. Dalam masa yang sama, Bob menyatukan kedua belah kakinya lalu mengikatnya dengan tali. Qatrunnada yang mula berasa takut itu tidak berani melawan kerana bimbang keselamatannya terancam, lebih-lebih lagi tanpa Harry melindunginya.

Setelah selesai, Roy telah bertindak menekup mulutnya dengan kain hitam bagi menghalangnya daripada bersuara. Selepas itu, matanya pula ditutup dengan kain hitam bagi menghalangnya daripada terus melihat.

Tiba-tiba, dia terasa seperti badannya disuntik di pergelangan tangannya. Kaki tangannya yang dibelenggu membuatkan dia sukar untuk meronta. Tak lama selepas itu, dia berasa badannya semakin ringan dan dia hilang kesedaran.

Sedar-sedar saja, dirinya sudah berada di atas katil yang berada di dalam sebuah bilik kecil. Qatrunnada cuba untuk bangun, namun dia tak berupaya untuk menggerakkan mana-mana anggota badannya. Qatrunnada mulai panik kerana dia baru menyedari yang dia tak dapat merasakan seluruh badannya. Tanpa sedar, air matanya mula mengalir laju.

Sedang dia menangis itu, tiba-tiba pintu bilik tempat dia berada itu dibuka. Kelihatan Bob dan seorang lagi lelaki yang amat dikenalinya masuk ke dalam bilik tersebut lalu mendekatinya.

Lelaki yang dikenalinya sebagai Mr. W itu duduk di birai katil lalu mengusap tangannya. Air matanya semakin deras mengalir tatkala dia mengetahui hakikat yang dia tidak boleh merasa sentuhan Mr. W itu, apatah lagi hendak menghalang.

"Kau jangan risaulah, kau bukannya lumpuh pun. Aku suruh Bob suntik kau ubat bius seluruh badan saja. Paling lama pun kau tak boleh bergerak adalah satu hari. Jadi, aku nak kau nikmati masa-masa kau tak boleh nak bergerak ini kerana selepas ini kau mungkin tak boleh nak duduk diam," terang Mr. W, sinis.

"Kau nak buat apa dengan aku sampai kena suntik ubat bius begini?" tanya Qatrunnada, kasar.

Tindakan Qatrunnada menyebabkan Mr. W menjadi berang lalu bertindak menarik rambut Qatrunnada yang panjang mengurai itu ke atas. Qatrunnada hanya mampu menjerit kesakitan.

"Aku akan pastikan kau akan jadi milik aku, dan kau kena berkhidmat kepada aku. Apa saja yang aku suruh kau buat, kau kena buat. Faham?" tengking Mr. W lalu melepaskan rambut Qatrunnada itu.

Qatrunnada terbungkam mendengar penerangan Mr. W. Dia tahu walaupun dia dibeli oleh ketua geng yang pernah diuruskan oleh teman lelakinya, namun nasibnya tak mungkin sebaik Ayra.

"Saya faham, Mr. W."

"Bagus, Qatrunnada. Saya suka sikap awak, awak sedar diri. Bob, aku nak kau rantai dia siap-siap sebab aku rasa kesan ubat bius dia boleh hilang dalam beberapa jam lagi. Aku tak mahu dia terlepas kerana dia aset yang aku ada untuk musnahkan orang yang telah menghancurkan organisasi aku."

Selepas Mr. W selesai memberikan arahannya, Bob mengambil rantai yang telah dipasangkan pada palang besi di dinding bilik tersebut lalu di manggakan hujungnya pada kaki Qatrunnada.

Sebaik sahaja selesai, Bob dan Mr. W beredar dari bilik itu. Kedengaran bunyi mangga diselak dari luar menandakan bilik itu telahpun dikunci dari luar. Qatrunnada hanya mengeluh resah.

     *     *     *     *     *

Sebaik sahaja Qatrunnada sedarkan diri, dirinya dipapah oleh dua orang lelaki dan didudukkan di atas sebuah kerusi. Sebaik sahaja dia diikat, kain yang menekup mulut dan matanya dibuka dan dia dapat melihat Mr. W di hadapannya dan teman lelaki yang telah menghilangkan diri itu di sebelahnya, juga dalam keadaan terikat.

Dia hanya melihat Mr. W menatap wajah Harry yang masih lagi tidak sedarkan diri. Sungguh dia tidak dapat menjangkakan apakah nasibnya selepas ini.

Tak lama kemudian, Harry pun terjaga dan mata mereka berpandangan sebelum Harry menyedari kehadiran Mr. W di hadapannya.

"Bos, bos nak buat dengan saya ini?" tanya Harry.

"Aku bagi kau tiga hari Harry, mana duit aku?" tanya Mr. W dengan suara yang sangat kuat sehingga mengejutkannya.

"Saya simpan di rumah, saya akan bagi bos," jawab Harry, terketar-ketar.

Tindakan Mr. W yang memandangnya selepas itu membuatkan dia mula menggigil ketakutan dan tidak berani bersuara.

"Kau ingat aku bodoh Harry? Kau rasa, kalau aku boleh cari kau sampai ke Pulau Perhentian, aku tak tahu apa yang kau buat dengan duit aku itu? Kau ingat aku ini apa?" jerkah Mr. W sambil menarik rambut Harry.

"Aduh, sakit bos! Saya minta maaf, saya tak mampu nak bayar. Bos lepaskan Qat, saya akan buat apa saja untuk bos," rayu Harry yang sedang mengerang kesakitan itu.

"Apa? Lepaskan Kathy? Tak mungkin! Sebab kalau aku jual kau pun, siapa nak beli? Baik aku jual Kathy," ujar Mr. W sambil tersenyum sinis.

"Jangan, bos. Dia tak bersalah dalam hal ini," jawab Harry.

"Tak bersalah? Kau memang ingat aku ini bodoh kot, Harry! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, kau orang berdua pergi membeli-belah dengan Pavilion, Lot 10, KLCC dan Avenue K. Macam-macam barang kau orang borong, nak aku sebut satu persatu ke?" tempelak Mr. W, berang.

Qatrunnada dapat melihat wajah Harry yang bertambah pucat setelah mendengar kenyataan itu. Dia terkesima apabila mengetahui bahawasanya gerak geri mereka berdua telah diperhatikan selama ini.

"Tapi sebenarnya, aku bukan marah sebab kau orang bawa lari duit aku. Ada sesuatu yang lain yang kau orang buat yang membuatkan aku sangat marah," ujar Mr. W, setelah melihat keduanya masih mendiamkan diri.

"Apa dia, bos?" tanya Harry, lemah.

"Aku marah sebab kau orang jual teman wanita aku!" teriak Mr. W dengan mata yang sengaja dibuntangkan.

"Teman wanita? Ayra? Kalau betul Ayra ini teman wanita encik, jadi encik ini..." Qatrunnada tak mampu untuk menghabiskan ayatnya.

"Tak mungkin, lelaki ini adalah Megat Wafi!" getus hati Qatrunnada.

"Ya, aku adalah lelaki yang kau fikirkan itu. Bob, aku nak kau kurung mangkuk dua orang ini! Oh ya, macam mana dengan hasil lelongan cik Qatrunnada kita ini?" tanya Wafi, sinis.

"Ketika saya tutup bidaan tadi, nilai bidaan tertinggi adalah RM2.93 juta," jawab Bob yang masih tekun dengan komputer ribanya.

"Wow, tinggi juga itu! Sama pula itu dengan nilai hutang kau orang, tapi taklah setinggi harga yang Megat Hafizal bayar untuk beli Ayra Melissa, bukan?" sindir Wafi.

Baik Harry mahupun Qatrunnada tidak menjawab pertanyaan Wafi membuatkan lelaki itu semakin berang.

"Bob, kau kurung mereka berdua! Aku nak kau uruskan hal jual beli Qatrunnada," arah Wafi.

"Nak uruskan macam mana bos? Bukankah yang beli Qatrunnada ini bos?" tanya Bob yang berdiri di hadapan Wafi sementara orang suruhan Wafi yang lain membebaskan Harry dan Qatrunnada daripada belenggu di kerusi mereka.

"Apa dia, bos? Bos beli Qat?" tanya Harry yang terkejut dengan soalan Bob tadi.

"Kenapa aku tak boleh beli dia? Aku ada duit, aku ada kuasa! Geng ini milik aku kot!"

"Bos nak buat apa dengan dia?" tanya Harry, ingin tahu.

Soalan Harry membuatkan Wafi berjalan menuju ke arah Harry yang dipegang oleh dua orang lelaki. Dia bertindak menepuk pipi Harry dengan kuat. Qatrunnada yang memerhatikan mereka berdua semakin takut kerana dia telah lihat sendiri bagaimana rupa Wafi apabila dia sedang berang.

"Apa hak kau nak tanya soalan itu pada aku, pemilik Qatrunnada sekarang?" tanya Wafi, sinis.

"Kau takkkan dapat miliki aku, lelaki gila!" jerit Qatrunnada.

Wafi berpaling dan memandang Qatrunnada. Selepas itu, dia mendekati Qatrunnada lalu menyentuh pipi Qatrunnada dengan lembut sebelum bertindak menampar pipi mulus wanita itu.

"Beginikah cara kau bercakap dengan aku, tuan kau? Ketika kau orang uruskan hal penjualan Ayra, adakah Ayra bersuara ketika itu?" tanya Wafi dengan lantang.

Soalan Wafi membuatkan Qatrunnada terbungkam. Benar, Ayra tidak melawan sedikitpun meskipun dia sendiri tidak tahu siapakah yang telah membelinya.

"Bob, kau kurung Qatrunnada di bilik belakang. Kau buatlah apa yang patut supaya dia tak terlepas," arah Wafi setelah lama dia menanti jawapan daripada Harry dan Qatrunnada.

Bob mengarahkan lelaki yang memegang Qatrunnada untuk membawa Qatrunnada pergi dari situ. Sementara itu, Wafi mendekati Harry pula.

"Aku akan buat kau rasa menyesal hidup di dunia ini sebab kau menyakitkan hati aku!" teriak Wafi lalu beredar menuju ke arah bilik tempat Qatrunnada diletakkan.

     *     *     *     *     *

Pagi itu, Qatrunnada bangun setelah cahaya matahari memancar ke arah mukanya. Dia melihat sekeliling, tiada tanda-tanda Wafi berada di situ. Mungkin lelaki itu telah pergi setelah puas melayan nafsu serakah ke atas dirinya.

Dia sama sekali tidak menduga Wafi akan bertindak merogolnya di hadapan Harry. Bukan dia tidak melawan, namun setiap kali dia melawan pasti dia akan ditampar oleh Wafi membuatkan dia berhenti melawan dan terpaksa merelakan dirinya disentuh oleh lelaki yang kini menjadi tuannya.

Masih terngiang-ngiang suara Harry menjerit bagi menghalang Wafi daripada menyentuh dirinya, namun semakin ditegah semakin rakus lelaki itu melempiaskan nafsunya. Akhirnya, Harry berhenti menjerit dan jatuh terduduk sebelum mengalirkan air mata lelakinya.

Qatrunnada sama sekali tidak menyangka hidupnya bakal berubah daripada seorang puteri kepada seorang hamba. Semuanya kerana wang.

Tanpa disedari, air matanya mula mengalir.

*BERSAMBUNG*

Monday, October 2, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 19...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 19: Tak Punya Pilihan

"Mel, apa Mel buat di sini? Abang rasa abang cakap dengan cukup jelas tadi, Mel jangan keluar dari rumah bukan?" tanya Hafizal, keras.

Ayra terbungkam mendengar soalan yang berbaur amaran keras dari suaminya itu. Tahulah dia yang dirinya tersalah tindakan.

"Ijal nak marah Ayra kenapa? Mummy yang paksa dia datang sini ikut mummy. Salahkah mummy nak ajak menantu mummy balik rumah mummy? Sudahlah hidup dia yang terkongkong dek kamu," sindir Puan Sri Halimatun membuatkan semua mata memandang ke arah Hafizal.

Ayra mulai kaget. Sejak bila pula ibu mentuanya itu mengetahui tentang hidupnya yang dikongkong suami? Kalaulah ibu mentuanya itu juga tahu bagaimana dia boleh menjadi isteri seorang Ketua Pengarah Eksekutif itu, pasti ibu mentuanya itu semakin pening.

"Mel mengadu dengan mummy ke?" tanya Hafizal lalu merenung tajam ke arah Ayra menyebabkan Ayra menggelengkan kepala sebelum beralih tempat ke arah belakang Puan Sri Halimatun.

"Bukan Ayra yang mengadu, mummy tanya Apai, pengawal peribadi Ayra itu. Mula-mula dia takut juga nak beritahu, tapi bila mummy ugut dia, laju saja dia menjawab. Kalau mummy tahu kamu apa-apakan Apai mahupun Ayra, jaga kamu Ijal!" tegas Puan Sri Halimatun dengan renungan tajam menjadi peneman.

Ayra hanya melihat Hafizal mengeluh berat sebelum berlalu pergi dari situ menuju ke tingkat atas. Tindakan Hafizal membuatkan Ayra terbungkam.

"Apa kamu tunggu lagi, Ayra? Pergilah pujuk suami kamu itu!" arah Puan Sri Halimatun.

Pada mulanya, dia tidak pasti sama ada untuk membiarkan saja suaminya itu ataupun pergi memujuknya. Dia tahu baran suaminya kadangkala memeningkan kepalanya.

"Ayra, kalau awak tak nak pujuk Ijal, saya nak berbicara dengan awak sebentar boleh?" tanya Wafi yang tiba-tiba berada di sebelah kanan Ayra.

Ayra kaget melihat tindakan Wafi yang menghampirinya. Dia tahu tak guna dia menolak Wafi secara terang-terangan kerana Wafi masih ahli keluarga ini yang lebih rapat berbanding dirinya. Maka, satu-satunya jalan untuk melarikan diri adalah dengan mengejar suaminya itu.

Tanpa menjawab soalan Wafi, Ayra mengejar Hafizal yang sudahpun berada di tingkat atas rumah banglo itu. Sebaik sahaja tiba di tingkat atas, dia melihat ada sebuah bilik yang mana pintunya dibiarkan terbuka.

"Mungkin yang itu bilik tuan," fikir Ayra.

Ayra menuju ke arah bilik yang terletak di hujung sekali. Dia menjenguk ke arah dalam bilik tersebut, kelihatan Hafizal sedang berbaring di atas katil membuatkan dia pasti itu adalah bilik Hafizal dan membuat keputusan untuk masuk ke dalam bilik tersebut lalu mengunci pintu bilik itu.

Selepas Ayra mengunci pintu bilik Hafizal, Ayra menuju ke arah suaminya. Suaminya itu masih lagi sibuk dengan telefon bimbitnya walaupun dia sudahpun berdiri di birai katil tempat suaminya itu berbaring.

"Saya minta maaf tuan, saya ingatkan tuan yang suruh mummy tuan datang jemput saya," ujar Ayra, serba salah.

"Kalau saya nak bawa awak ke sini, saya sendiri akan jemput awak. Saya memang tak mahu awak datang ke sini, ada sebabnya!" tegas Hafizal, dengan suara yang agak tinggi.

Ayra yang masih berdiri di hadapan Hafizal yang kini telah duduk di birai katil itu mula tunduk menghadap lantai. Tersentuh hatinya apabila Hafizal meninggikan suara kepadanya. Dia tak berjaya menyembunyikan kesedihannya membuatkan air matanya mulai gugur.

"Awak menangis?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

Sebaik sahaja soalan itu ditanya, dengan pantas Ayra mengelap mukanya lalu memandang ke arah Hafizal semula. Ayra dapat melihat wajah Hafizal yang pada mulanya berang mulai tenang semula.

"Mel, duduk sini," ujar Hafizal lalu menepuk tempat di sebelahnya.

Ayra hanya mengikut tanpa sebarang kata. Dia takut Hafizal akan naik angin jika dia melawan. Bukan dia tidak tahu baran suaminya yang tak kena masa itu.

"Saya tahu mummy yang paksa awak ke sini, Mel. Ayra Melissa saya takkan bantah arahan saya, bukan?" tanya Hafizal, lembut. Dia tak mahu memanjangkan cerita kerana perkara itu sudahpun berlaku.

Ayra hanya mengangguk lemah. Malas dia hendak melawan kata-kata Hafizal, lebih-lebih lagi apabila dia tidak lagi mempunyai hak untuk itu.

"Cuma, saya masih perlu menghukum awak kerana keluar rumah tanpa izin saya tapi bukan sekarang. Selepas kita balik nanti," ujar Hafizal, sedikit tegas.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Dia pasrah dengan hukuman Hafizal yang kadangkala tidak masuk akal itu.

"Awak tahu kenapa saya tak bagi awak datang ke sini hari ini?" tanya Hafizal, ingin menduga.

"Sebab tuan bertunang dengan cik Salwa hari ini?" tanya Ayra pula.

"Ya, betul dan saya tak mahu isteri saya terlibat dengan urusan ini. Saya tahu, walaupun saya tak izinkan awak tunjukkan ekspresi awak, awak tetap akan terluka dengan pertunangan saya," terang Hafizal, serba salah.

Walaupun hatinya sakit mengenangkan suaminya bertunang dengan wanita lain tanpa pengetahuannya, namun dia tahu dia tak punya hak yang sama seperti isteri-isteri lain. Dia bukanlah isteri yang dipinang, sebaliknya hanyalah isteri yang dibeli.

"Tak apa tuan, saya baik-baik saja. Tuan tak perlu risaukan saya," jawab Ayra lalu tersenyum nipis.

"Mana boleh saya tak risaukan awak? Awak itu milik saya, tanggungjawab saya. Jadi, saya kena risaukan awak 200% tahu?" seloroh Hafizal lalu menarik Ayra ke dalam pelukannya.

Ayra terbungkam apabila dia dipeluk oleh Hafizal tatkala Hafizal sedang memarahinya, namun dia malas hendak mempertikaikan setiap layanan pelik yang dilakukan si suami kerana bimbang akan menyusahkan dirinya semula.

"Saya minta maaf, Mel. Layanan saya pada awak sekarang semuanya bersebab," terang Hafizal, setelah lama mereka berdua mendiamkan diri dalam pelukan.

"Kenapa perlu minta maaf, tuan? Saya tak ada hak untuk mempertikaikan setiap layanan tuan pada saya, walaupun kadang kala hairan juga," jawab Ayra.

"Saya mahu awak percayakan saya. Saya lakukan semua ini untuk awak juga, semuanya."

"Semuanya? Apakah maksud tuan ini?" getus hati Ayra. Hairan menyelubunginya setelah mendengar luahan hati Hafizal.

"Saya percayakan tuan," jawab Ayra.

Tiada lagi jawapan daripada Hafizal, hanya pelukan Hafizal tiba-tiba bertambah kuat.

     *     *     *     *     *

Malam itu, Ayra mulai resah kerana dia tidak boleh mengagak apakah hukuman yang Hafizal ingin berikan kepadanya. Selalunya hukuman yang diberikan oleh suaminya itu tidaklah menyakit fizikal, namun lebih kepada menyakitkan emosinya. Seakan sengaja ingin menyakiti hatinya.

Belum sempat dia ingin melangkah keluar, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Hairan betul, setahunya tak ramai orang yang mengetahui nombor telefon bimbitnya sekarang.

Dengan segera, dia mencapai telefon bimbitnya. Nama 'Erni' tertera di skrin membuatkan dia berani menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Erni. Kenapa kau hubungi aku malam-malam buta ini?" tanya Ayra sebalik sahaja dia menjawab panggilan.

"Aku nak ajak kau keluar esok, boleh tak?" tanya Erni, di hujung talian.

"Aku bukan tak mahu, tapi aku kena tanya suami aku dulu. Esok pagi baru aku boleh bagi jawapannya," jawab Ayra.

"Baiklah, kau tanya suami kau dulu. Kasihan betul kau ini, di pejabat kau terkongkong dengan Encik Hafizal. Kalau di rumah, suami kau pula. Sedih betul aku tengok hidup kau," ujar Erni diikuti dengan keluhan.

Ayra terpempan mendengar pernyataan Erni itu. Kalaulah dia tahu suaminya itu Encik Hafizal, Ayra pasti dia akan pengsan.

"Sudahlah, suami aku panggil. Nanti esok aku mesej kau beritahu keputusannya ya? Assalamualaikum," ngelat Ayra lalu memutuskan talian.

Tanpa berlengah, dia menuju ke bilik tidur Hafizal yang terletak berhadapan dengan bilik tidurnya. Meskipun mereka selalu tidur sekali, namun Hafizal mahu memberikan ruang privasi kepada isterinya. Atas sebab itulah mereka mempunyai bilik tidur mereka sendiri.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik tidur Hafizal, kelihatan Hafizal baru sahaja keluar dari bilik air dengan hanya berbalutkan tuala mandinya. Ayra terkesima melihat Hafizal yang tampak seksi sebegitu.

"Ada apa, Mel?" tanya Hafizal, hairan. Soalan itu membuatkan Ayra kembali ke alam nyata.

"Saya datang sebab nak minta maaf atas kesalahan saya pagi tadi. Saya tak sengaja, saya tahu saya sepatutnya hubungi tuan dahulu untuk kepastian..."

Kata-kata Ayra berhenti di situ apabila jari telunjuk Hafizal melekat di bibir Ayra tanda menyuruh wanita itu diam.

"Saya maafkan, tetapi untuk itu, awak kena temankan saya malam ini. Bukan di atas katil, tapi di situ," jawab Hafizal sambil menuding ke arah sofa yang terletak berhampiran katilnya.

"Jadi, saya kena tidur di atas sofa?" tanya Ayra yang sedikit terkejut dengan arahan suaminya itu.

"Tak, awak kena berjaga malam ini kerana saya ada kerja nak buat. Jadi, saya nak awak temankan saya," jawab Hafizal, selamba.

"Baiklah, tuan. Menurut perintah," ujar Ayra lalu berjalan menuju ke arah sofa yang dimaksudkan sebelum duduk di atasnya.

Ayra duduk di sofa itu lalu membuka aplikasi permainan yang ada di dalam telefon bimbitnya. Namun begitu, dia sempat lagi mengerling ke arah Hafizal yang sedang memakai pakaian tidurnya sebelum lelaki itu menuju ke meja kerjanya lalu membuka suis komputer ribanya.

Mujurlah hari itu hari Sabtu, fikir Ayra. Andai kata hari itu hari bekerja, pasti keesokan harinya dia tidak hadir ke pejabat akibat kepenatan. Sudahlah dia tak biasa berjaga malam, tidak seperti Hafizal yang selalu berjaga malam bagi menyiapkan kerjanya. Almaklumlah, tugasnya sebagai Ketua Pengawai Eksekutif tidak mengizinkan lelaki itu untuk berehat sepertinya.

"Mel, saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Hafizal bagi memecah kesunyian.

"Apa dia, tuan?" tanya Ayra pula.

"Kalau diberikan peluang, awak nak bersama Wafi semula?" tanya Hafizal, ingin tahu.

Ayra memandang wajah Hafizal dengan penuh tanda tanya. Kenapa pula soalan ini dibangkitkan? Rasanya tidak perlu lagi suaminya menguji kesetiaannya sebegini.

"Tuan nak jawapan jujur?" tanya Ayra, ingin menduga.

"Kenapa tidak? Saya cuma nak tahu apa yang ada di dalam benak hati awak itu Mel," jawab Hafizal, cuba menjelaskan sebab dia bertanyakan soalan itu.

"Saya pilih untuk tidak kembali kepada Wafi walaupun tuan campakkan saya kepadanya," ujar Ayra, lembut.

Ayra tahu suaminya masih meragui jawapan yang diberikan. Namun begitu, pengalamannya menjadi teman wanita Wafi membuatkan dia benar-benar bersyukur hidupnya terkongkong oleh Hafizal. Tipulah kalau dia merasa begitu selesa dilayan ibarat burung yang terkurung di dalam sangkar emas itu, namun begitu dia memilih untuk mempercayai Hafizal untuk itu. Biarlah hidupnya diaturkan sebegini, asalkan Wafi tidak punya ruang untuk kembali ke dalam hidupnya.

"Kenapa tidak?" tanya Hafizal.

Ayra tidak terus menjawab, sebaliknya hanya tersenyum. Sengaja dia membiarkan suaminya itu berteka-teki dengannya.

*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 18...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 18: Semuanya Bersebab

"Mel, apa Mel buat di sini? Abang rasa abang cakap dengan cukup jelas tadi, Mel jangan keluar dari rumah bukan?" tanya Hafizal, keras.

Hafizal dapat melihat wajah Ayra yang tadinya tenang, mulai menjadi pucat akibat soalan yang diajukan olehnya tadi.

"Ijal nak marah Ayra kenapa? Mummy yang paksa dia datang sini ikut mummy. Salahkah mummy nak ajak menantu mummy balik rumah mummy? Sudahlah hidup dia yang terkongkong dek kamu," sindir Puan Sri Halimatun membuatkan semua mata memandang ke arah Hafizal.

"Mel mengadu dengan mummy ke?" tanya Hafizal lalu merenung tajam ke arah Ayra menyebabkan Ayra menggelengkan kepala sebelum beralih tempat ke arah belakang Puan Sri Halimatun.

"Bukan Ayra yang mengadu, mummy tanya Apai, pengawal peribadi Ayra itu. Mula-mula dia takut juga nak beritahu, tapi bila mummy ugut dia, laju saja dia menjawab. Kalau mummy dapat tahu kamu apa-apakan Apai mahupun Ayra, jaga kamu Ijal!" tegas Puan Sri Halimatun dengan renungan tajam menjadi peneman.

Suasana di situ mulai tegang, membuatkan Hafizal terpaksa mengalah lalu melepaskan keluhan berat. Dia tidak menjawab amaran keras ibunya lalu beredar dari ruang tamu menuju ke bilik tidurnya.

Sebaik sahaja dia memasuki bilik tidurnya, sengaja dia membiarkan pintu biliknya terbuka kerana dia tahu ada orang yang mengikuti jejak langkahnya sedari tadi. Sedang dia berbaring di atas katil, kelibat Ayra muncul lalu menutup pintu biliknya itu.

Selepas Ayra mengunci pintu bilik Hafizal, Hafizal dapat melihat Ayra menuju ke arahnya. Hafizal tidak mengendahkan Ayra yang berdiri bersebelahan katil tempat dia berbaring itu, sengaja dia ingin menduga isterinya yang mengingkari perintahnya pagi tadi.

"Saya minta maaf tuan, saya ingatkan tuan yang suruh mummy tuan datang jemput saya," ujar Ayra, serba salah.

"Kalau saya nak bawa awak ke sini, saya sendiri akan jemput awak. Saya memang tak mahu awak datang ke sini, ada sebabnya!" tegas Hafizal, dengan suara yang agak tinggi.

Ayra yang masih berdiri di hadapan Hafizal yang kini telah duduk di birai katil itu mula tunduk menghadap lantai. Puas Hafizal memandang wanita itu untuk kepastian, benarlah wanita itu menangis kerana ada titisan air jatuh ke lantai biliknya.

"Awak menangis?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

Sebaik sahaja soalan itu ditanya, dengan pantas wanita itu mengelap mukanya lalu memandang ke arahnya semula. Mata Ayra yang merah itu telah menjawab soalannya.

"Mel, duduk sini," ujar Hafizal lalu menepuk tempat di sebelahnya.

Ayra hanya mengikut tanpa sebarang kata. Mungkin dia takut Hafizal akan naik angin jika dia melawan.

"Saya tahu mummy yang paksa awak ke sini, Mel. Ayra Melissa saya takkan bantah arahan saya, bukan?" tanya Hafizal, lembut. Dia tak mahu memanjangkan cerita kerana perkara itu sudahpun berlaku.

Ayra hanya mengangguk lemah. Melihat respon Ayra, Hafizal tersenyum nakal.

"Cuma, saya masih perlu menghukum awak kerana keluar rumah tanpa izin saya tapi bukan sekarang. Selepas kita balik nanti," ujar Hafizal, sedikit tegas.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk.

"Awak tahu kenapa saya tak bagi awak datang ke sini hari ini?" tanya Hafizal, ingin menduga.

"Sebab tuan bertunang dengan cik Salwa hari ini?" tanya Ayra pula.

"Ya, betul dan saya tak mahu isteri saya terlibat dengan urusan ini. Saya tahu, walaupun saya tak izinkan awak tunjukkan ekspresi awak, awak tetap akan terluka dengan pertunangan saya," terang Hafizal, serba salah.

Riak wajah Ayra masih tenang tatkala mendengar luahan hati Hafizal membuatkan Hafizal mulai resah.

"Tak apa tuan, saya baik-baik saja. Tuan tak perlu risaukan saya," jawab Ayra lalu tersenyum nipis.

"Mana boleh saya tak risaukan awak? Awak itu milik saya, tanggungjawab saya. Jadi, saya kena risaukan awak 200% tahu?" seloroh Hafizal lalu menarik Ayra ke dalam pelukannya.

"Saya minta maaf, Mel. Layanan saya pada awak sekarang semuanya bersebab," terang Hafizal, setelah lama mereka berdua mendiamkan diri dalam pelukan.

"Kenapa perlu minta maaf, tuan? Saya tak ada hak untuk mempertikaikan setiap layanan tuan pada saya, walaupun kadang kala hairan juga," jawab Ayra.

"Saya mahu awak percayakan saya. Saya lakukan semua ini untuk awak juga, semuanya."

"Saya percayakan tuan," jawab Ayra.

Hafizal terbungkam mendengar jawapan Ayra itu. Dia tidak lagi berkata-kata, sebaliknya menguatkan lagi pelukannya.

     *     *     *     *     *

Hafizal baru sahaja selesai mandi apabila kelibat Ayra muncul di dalam biliknya. Perasaan hairan mula menjalar dalam benak sanubarinya melihat Ayra yang sedang berdiri di hadapannya itu.

"Ada apa, Mel?" tanya Hafizal, hairan.

"Saya datang sebab nak minta maaf atas kesalahan saya pagi tadi. Saya tak sengaja, saya tahu saya sepatutnya hubungi tuan dahulu untuk kepastian..."

Kata-kata Ayra berhenti di situ apabila jari telunjuk Hafizal melekat di bibir Ayra tanda menyuruh wanita itu diam.

"Saya maafkan, tetapi untuk itu, awak kena temankan saya malam ini. Bukan di atas katil, tapi di situ," jawab Hafizal sambil menuding ke arah sofa yang terletak berhampiran katilnya.

"Jadi, saya kena tidur di atas sofa?" tanya Ayra yang sedikit terkejut dengan arahan suaminya itu.

"Tak, awak kena berjaga malam ini kerana saya ada kerja nak buat. Jadi, saya nak awak temankan saya," jawab Hafizal, selamba.

"Baiklah, tuan. Menurut perintah," ujar Ayra lalu berjalan menuju ke arah sofa yang dimaksudkan sebelum duduk di atasnya.

Setelah melihat isterinya itu duduk di atas sofa itu dan bermain dengan telefon bimbitnya, Hafizal berjalan menuju ke arah almari pakaiannya lalu memakai pakaian tidur yang dipilihnya tadi. Kemudian, dia berjalan menuju ke meja kerjanya lalu memulakan kerja yang mahu dibuatnya tadi.

Mujurlah hari itu hari Sabtu, maka esok bolehlah dia berehat sepuasnya dan dia akan memastikan Ayra juga berehat sepuasnya setelah dia selesai menjalani hukuman yang tak seberapanya itu.

"Mel, saya nak tanya sesuatu boleh?" tanya Hafizal bagi memecah kesunyian.

"Apa dia, tuan?" tanya Ayra pula.

"Kalau diberikan peluang, awak nak bersama Wafi semula?" tanya Hafizal, ingin tahu.

Hafizal sempat menjeling ke arah Ayra. Dia memandang suaminya dengan riak wajah penuh tanda tanya.

"Tuan nak jawapan jujur?" tanya Ayra, ingin menduga.

"Kenapa tidak? Saya cuma nak tahu apa yang ada di dalam benak hati awak itu Mel," jawab Hafizal, cuba menjelaskan sebab dia bertanyakan soalan itu.

"Saya pilih untuk tidak kembali kepada Wafi walaupun tuan campakkan saya kepadanya," ujar Ayra, lembut.

Hafizal memandang wajah isterinya. Ayra tampak begitu tenang untuk menipu sesuatu yang bekaitan dengan hatinya. Kenapa dia tidak mahu kembali kepada Wafi?

"Kenapa tidak?" tanya Hafizal.

Ayra tidak terus menjawab, sebaliknya hanya tersenyum. Senyuman Ayra membuatkan jantung Hafizal mula berdegup kencang.

 *BERSAMBUNG*

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com