Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam blog aku ini... Hari ini aku nak sambung cerpen bersiri aku yang setelah sekian lama tertunggak... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:
"Kenapa abang cakap macam ni? Arissa tengok abang okay saja. Bukan macam orang yang ada masalah mental pun,"jawab Arissa, seakan tak percaya.
"Abang ada masalah tekanan jiwa. Abang tak boleh stress, nanti abang akan mengamuk tak tentu pasallah, abang akan memekak melolong bagai dan yang paling teruk, abang mungkin boleh mencederakan orang."
Mendengar jawapan suaminya itu, Arissa terkelu. Ternyata suaminya itu benar-benar memerlukannya bukan hanya sebagai teman tapi juga sebagai penyokong setianya. Masih banyak yang perlu dia selidik bagi mengenali suaminya itu.
"Abang, sewaktu abang nikahi Arissa dulu, Arissa terima abang seadanya abang. Tak kiralah apa yang keluarga abang lakukan, Arissa nak abang tahu Arissa ada dengan abang. Insya-Allah selagi hayat Arissa ada, Arissa akan sentiasa berada dibelakang abang."
Mendengar jawapan isterinya, Syazwan terharu dan terus memeluk isterinya itu. Dia tahu ibunya tak salah pilih isteri untuknya. Pilihan ibu adalah yang terbaik.
"Terima kasih Arissa. I love you," ucap Syazwan perlahan.
"I love you too, abang. More than you ever know," jawab Arissa.
* * * * *
Ridhuan sedang membaca majalah di ruang tamu apabila dia ternampak Arissa melintasi ruang tamu untuk ke bilik tidur selepas makan tengahari.
"Arissa, sini sekejap. Abang Rid nak cakap sikit."
Arissa yang mendengar panggilan abang iparnya itu berpusing dan menuju ke arah sofa yang berhadapan dengan Ridhuan.
"Yes, abang Rid. Ada apa?" Tanya Arissa, hairan.
"Abang Rid hairan. Apa ada pada Syaz yang buat Arissa buta dengan cinta abang?" Tanya Ridhuan, selamba.
"Dia ada apa yang abang Rid tak ada."
"Takkan selera Arissa orang gila macam dia kot! Abang ni jauh lagi waras tahu?"
"Mana abang tahu Arissa memang suka orang macam tu? Setidaknya, dia jujur dan ikhlas. Bukan macam abang, buat salah tapi tuding kat orang," jawab Arissa lalu bangun dan meninggalkan Ridhuan sendiri.
Ternyata jawapan adik iparnya itu tak memuaskan hatinya. Dia memang berang, baginya Syazwan harus menerima balasan atas kelakuan biadap isterinya itu.
*bersambung*
Foot print: maaf biarkan blog ni bersawang. :(

No comments:
Post a Comment