Monday, March 28, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 6...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:


“Eleh, babe. Tak payah nak pura-pura sangatlah. I tahu itu anak I, bukan suami you kan?"

“Kalau ye pun, kenapa nak cakap kuat-kuat? Nak bagi satu dunia dunia dengar ke?” rengus Rohana, geram.
“Okay, I’m sorry. Nanti kita tak dapat saham lagi.”

“Tahu pun. Business you macam mana?”

“So far, okay. I kena pergi London semula minggu depan, baby.”

“Berapa lama?”

“Two weeks,” jawab Hazli, perlahan.

“Lamanya, baby. Nanti kami ini macam mana?”

“Ini semua untuk kita, babe. Bukan orang lain.”

Jawapan Hazli membuatkan Rohana mendiamkan diri. Entah mengapa, tiba-tiba badannya terasa sakit. Namun begitu, dia hanya terfikir bahawa itu adalah kesan mengandung walaupun agak kerap sakit itu datang. Kadang-kadang dia akan berasa loya dan muntah-muntah. Bezanya cuma setiap malam dia pasti akan berpeluh. Bingung dia memikirkan semuanya.

     *     *     *     *     *

“Abang, benda ini tak boleh buat gurau abang! Jangan tuduh tanpa bukti kukuh,” ujar Nadira setelah mendengar kenyataan suaminya itu.

“Abang takkan tuduh orang tanpa usul periksa, cuma abang masih dalam proses mengumpul bukti untuk laporkan nusyuz ke atas Ana. Buat apa simpan orang yang begitu dalam keluarga kita?” jawab Aamir, keras.

“Takkanlah sampai nak laporkan nusyuz?” tanya Nadira lagi.

“Ida, kalau sampai mengandung anak orang lain pun dikatakan anak abang, Ida nak ke suami Ida ini orang kata dayus? Lambat laun perkara ini pasti akan terbongkar. Ida nak ke orang hina abang ini?” ujar Aamir, cuba meyakinkan isterinya itu.

“Mama takkan setuju. Malu dia nanti.”

“Kenapa sayang mesti fikir tentang mama, sedangkan mama tak pedulikan sayang pun?”

“Sebab dia itu syurga abang. Tak guna sayang jaga syurga sayang ini kalau abang tak tentu cium bau syurga. Selagi boleh, selagi kita mampu, jangan abang terfikir pun nak melawan mama itu.”

“Abang tak ada niat nak melawan, abang cuma tak nak mama menyesal. Itulah sebabnya abang masih mengumpul bukti.”

“Terpulanglah pada abang.Ida yakin, abang tahu apa yang terbaik untuk semua orang.”

“Macam itulah isteri abang. Pandainya mama baby ini, kan baby?” seloroh Aamir sambil mengusap perut Nadira.

“Ish, abang ini! Baru empat bulan, belum sempurna pun lagi jasadnya.”

“Apa salahnya? Mana tahu roh dia boleh dengar kata-kata mama dengan ayah dia ini,” jawab Aamir sambil tersenyum nakal.

“Abang buat lawak eh? How funny,” sindir Nadira sambil pura-pura tertawa.

Geram dengan respon Nadira, Aamir bertindak mencubit pipi isterinya itu dan tindakannya membuatkan Nadira terjerit kecil.

     *     *     *     *     *

Mak Aina sedang membelek botol sos tomato di rak apabila dia terdengar suara Rohana bercakap dengan seorang lelaki di belakangnya. Dia tidak menoleh, sebaliknya hanya memasang telinga sahaja.

“Kenapa you tak nak suami you teman you pergi pemeriksaan tadi? Bukan sepatutnya dia yang pergi ke?” tanya Hazli.

“Dia tak nak pergi. I tak tahulah, sejak kebelakangan ini dia macam tak endahkan I sangat. I rasa peliklah dengan perangai dia,” jawab Rohana.

“Kenapa tak paksa dia?”

“Buat apa? Lagipun, bukan anak dia pun. I tak pernah beritahu you ke dia tak pernah sentuh I?”

“Tak ada pun. Kiranya you ni memang sucilah semasa kita bersama itu?”

“Ish, janganlah cakap terang-terang! Kalau orang dengar macam mana?”

Hanya itu saja yang dapat didengari oleh Mak Aina. Setelah mendengar perbualan ‘berani mati’ menantunya itu, kepala Mak Aina mula pening dan akhirrnya dunianya kelam.

Sedar-sedar saja dia sudahpun berada di rumah dan dia mendapati Pak Zaini, Aamir dan Nadira di sebelahnya. Tak lama selepas itu dia dapat mendengar suara Ariana, anak sulungnya.

“Mama ini kan, kan along dah suruh mama rehat. Tak memasal saja darah mama naik di pasar raya!” bebel Ariana tanpa mempedulikan orang lain yang sedang memandangnya.

“Mama minta maaf, tapi mama nak bercakap dengan Aamir saja. Boleh?” jawab Mak Aina, lemah.

Mendengar kata-kata Mak Aina, Ariana, Pak Zaini dan Nadira meninggalkan Mak Aina bersama Aamir.

“Apa ni, ma? Nanti boleh cakap kan? Mama rehatlah dulu.”

“Tak, mama nak kamu beritahu mama sekarang juga. Kamu tak pernah sentuh Ana, betul kan?”

Aamir kaget mendengar pernyataan ibunya itu. Bagaimana dia dapat tahu?

“Mana mama dengar ini?”

“Betullah kamu tak pernah sentuh dia. Jadi, anak dalam kandungan dia itu anak siapa?”

“Rasanya mama patut dah boleh agak anak siapa. Tak perlu saya beritahu lagi,” ujar 
Aamir, perlahan.

Mendengar jawapan anaknya itu, Mak Aina terkesima. Dia tak tahu apa yang patut dia rasakan kini.

    *     *     *     *     *

“Lama tak jumpa, bro. Ada apa hal kau nak jumpa aku ni? Bukan kau benci aku ke?” tanya Syahmi sebaik sahaja Azhar duduk berhadapan dengannya.

“Bro, aku nak minta tolong dengan kau ini.”

“Apa saja bro kecuali satu. Aku tak boleh lepaskan bekas isteri kau untuk kau lagi. Not this time, bro.”

“Aku tahu aku salah, tapi aku masih sayangkan dia.”

“Kau tahu bukan dia jenis manusia yang cepat serik? Kenapa tanya aku lagi?”

“Kau boleh buat dia benci kau.”

“No way. Aku tak pernah buat dia benci aku. Dulu pun tak, apatah lagi sekarang.”

“Aku merayu sangat ini. Aku masih perlukan dia.”

“Kalau kau nak, kau pergi pujuk dia sendiri. Andai dia pilih untuk bersama kau semula, aku akan lepaskan dia. Hanya selepas dia beritahu aku sendiri yang dia pilih kau.”

“Okay, bro. Terima kasih banyak-banyak. Kau nak makan apa? Pesanlah, aku belanja.”

Syahmi tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang Azhar dengan penuh rasa simpati. Namun apakan daya, nasi sudah jadi bubur.

     *     *     *     *     *


“Kenapa dengan saya doktor? Sudah hampir sebulan saya demam selsema, tapi masih belum baik lagi. Saya bukan apa, takut bahayakan kandungan saya sahaja,” ujar Rohana selepas melihat doktor tersebut hanya mendiamkan diri sedari dia masuk tadi.

“Puan ada lakukan seks rambang? Suntik dadah ke? Atau pernah menjalani pemindahan darah di luar negara?”

“Tak ada, doktor. Kenapa?”

“Saya dapati Puan Rohana positif HIV. Maafkan saya, puan. Pada mulanya, saya pun seperti tak percaya kerana saya sudah lama mengenali puan. Maka, saya membuat keputusan untuk melakukan ujian sebanyak dua kali lagi, dan hasilnya tetap sama.”

“Bagaimana saya boleh dijangkiti, doktor? Saya tak pernah lakukan aktiviti-aktiviti tersebut.”

“Puan kena tanya suami puan. Mungkin dia adalah pembawa virus tersebut. Andai kata dia pembawa, memang ada kemungkinan untuk puan menghidapi penyakit ini.”

Rohana sudah tidak menghadam kata-kata doktor tersebut. Fikirannya melayang memikirkan seorang lelaki. Ya, hanya lelaki itulah yang mempunyai jawapan kepada semua persoalan yang dia cari.

Keluar saja dari bilik doktor, Rohana berjalan longlai. Dunianya dirasakan gelap. Tanpa dia sedari, ada kereta yang mendekatinya telah membunyikan hon berkali-kali.

     *     *     *     *     *

“Mak, dah lama sampai? Ana mana, mak?” tanya Aamir, cemas sebaik sahaja dia terlihat kelibat Mak Gayah di depan bilik pembedahan.

“Ana masih dalam bilik pembedahan. Mak risau Aamir, takut dia keguguran.”

“Sabarlah, mak. Kita tunggu doktor. Mak duduk dulu, biar saya yang tunggu.”

Tak lama selepas itu, kelihatan doktor keluar daripada bilik pembedahan. Kesemua mereka yang ada disitu meluru ke arah doktor tersebut.

“Siapa waris pesakit?” tanya Dr. Farish.

“Saya suami dia. Kenapa dengan isteri saya, doktor?” tanya Aamir semula setelah menjawab soalan Dr. Farish.

“Encik, boleh saya berbincang dengan encik sekejap?” tanya Dr. Farish lalu meninggalkan mereka  yang ada di situ dalam keadaan terpinga-pinga. Aamir hanya mengikut Dr. Farish menuju ke bilik doktor tersebut.

“Silakan duduk, Encik…”

“Aamir.”

“Ya, Encik Aamir. Sila duduk,” jemput Dr. Farish lalu duduk di tempatnya. Aamir pula melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan Dr. Farish.

“Saya ada dua berita buruk mengenai Puan Rohana.”

“Dua?” tanya Aamir, inginkan kepastian.

“Ya, encik. Dua. Saya harap encik boleh tabahkan hati dengan apa yang bakal saya sampaikan ini kerana sebagai ketua keluarga, encik harus kuat untuk Puan Rohana.”

“Okay, doktor dah buat saya seram ini. Apa dia, doktor?”

“Yang pertama, kandungan Puan Rohana telah keguguran. Janin dalam Rahim Puan Rohana telahpun tidak bernyawa sebaik sahaja tiba di hospital.”

“Innalillah wainnailaihi rajiun. Mungkin tak ada rezeki kami. Kedua, doktor?” jawab Aamir, cuba mempamerkan imej baik isterinya di mata orang luar.

“Yang kedua, isteri encik positif HIV. Maka, secara automatiknya saya harap encik dapat berikan kerjasama encik untuk melakukan ujian darah bagi menentukan sama ada encik dijangkiti ataupun tidak.”

“Apa?!” tanya Aamir, dengan suara yang agak lantang.

*bersambung*

Foot print: Jangan main sorok-sorok lagi boleh tak? ;(

Wednesday, March 23, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 5...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

“Bila mama sampai?” tanya Rohana, berbasa-basi akibat bimbang akan helahnya yang telah terbongkar.

“Bila mama sampai itu tak lagi penting. Lelaki itu, siapa?” tanya Mak Aina sambil menuding ke arah Hazli yang berdiri di hadapannya itu.

“Ini kawan Ana, ma. Namanya Hazli. Ana minta tolong dia belikan makanan sebab Ana sakit perut tadi,” jawab Rohana sambil memegang perut seolah-olah dia berada dalam kesakitan.

“Oh ya ke. Kenapa sampai dua bungkus?”

“Satu nak simpan untuk malam, ma. Senang, abang pun tak balik malam ini. Jadi, malaslah nak masak untuk Ana seorang saja,” bohong Rohana lagi.

“Ish, ada pula nak simpan untuk malam! Tak apa, bagi makanan itu pada makcik. Ana makan dengan mama, nanti mama masak untuk makan malam. Perut Ana itu sakit, mana boleh makan makanan terbiar.”

Mendengar jawapan Mak Aina, Hazli menyerahkan bungkusan makanan itu kepada Mak Aina lalu meminta diri bagi mengelakkan masalah lain pula timbul.

Rohana hanya memandang Hazli dengan wajah masam. Bengang rasanya apabila ibu mentua menganggu rancangannya ini.

“Mama ini, buat susah-susah saja nak masakkan untuk Ana.”

“Apa pula susahnya, Ana kan menantu mama. Oh ya, how’s your honeymoon?”

“Mana ada pergi. Tertinggal flight. Jam loceng tak bunyi mama.”

“Habis itu, bila nak perginya? Rancanglah semula.”

“Abang macam sibuk saja, malas nak kacau. Dia bukan boleh cuti pun, inikan perkahwinan kedua. Lainlah perkahwinan pertama, majikan bagi cuti,” ujar Rohana.

“Kau jangan bagi muka pada Aamir itu! Nanti dia asyik nak berkepit dengan madu kau saja.”

“Biar sajalah. Tak adalah penat nak layan abang hari-hari.”

“Oh ya, dalam perut itu bila nak ada isi?”

Tersentak Rohana mendengar soalan ibu mentuanya. Bagaimana pula dia boleh mengungkit tentang ini?

“Belum ada rezeki lagilah. Nanti dah ada isi nanti, Ana akan beritahu mama okay?” jawab Rohana sambil tersenyum.

     *     *     *     *     *

Tiga bulan kemudian…

“Makan banyak sikit, Ana. Kamu itu berbadan dua, makan pun berdua. Jadi, kamu kena makan lebih supaya zat semua sampai pada yang dalam perut itu,” ujar Mak Aina sambil mencedok lauk ikan patin masak tempoyak ke dalam pinggan Rohana.

Sebaik sahaja lauk tersebut mendarat ke dalam pinggannya, tekak Rohana mula berasa loya dan ketika itu juga dia menuju ke arah sinki untuk mengeluarkan isi perutnya.

Tindakan Rohana itu membuatkan semua yang berada di meja makan terpinga-pinga, terutamanya Mak Aina. Namun, orang yang tidak mempunyai apa-apa respon adalah Aamir kerana dia sudah acap kali berdepan situasi sebegitu.

“Kenapa dengan Ana, Aamir?” tanya Mak Aina, hairan.

“Dia sejak mengandung ini, sensitif memanjang. Tak boleh bau durian dan seangkatan dengannya. Kalau terbau nanti, begitulah dia,” jawab Aamir, selamba. Dia hanya meneruskan makannya tanpa perasaan bersalah.

“Kenapa kamu tak pergi tengok dia?” tanya Mak Aina lagi, geram dengan tindakan acuh tak acuh anaknya.

Pertanyaan ibunya dipandang sepi. Dia sedang melancarkan protes dalam diam dengan ibunya kerana sikap ibunya yang sama sekali berubah sejak Rohana disahkan mengandung beberapa minggu lepas. Ibunya itu langsung tidak mempedulikan isteri pertamanya yang juga sedang mengandung tiga bulan setelah mereka menjalani persenyawaan luar di hospital. Namun begitu, dirinya dan Nadira membuat keputusan tidak mahu memberitahu sesiapapun tentang kandungan Ida kerana bimbangkan keselamatan isteri pertamanya itu. Mungkin kerana itulah ibunya melayan Nadira sebegitu.

“Kamu ini kalau tak menyakitkan hati mama, tak boleh ke?” tanya Mak Aina setelah tiada respon dari Amir.

“Bila masa saya sakitkan hati mama?”

“Sekarang ini kamu ingat kamu tengah buat apa? Tidurkan mama ke?”

“Maafkan Aamir kalau mama terasa tapi rasanya saya tak perlu nak jawab soalan itu. Nanti mama akan marahkan saya juga.”

“Kalau kamu tak nak tengok Ana, biar dia tinggal sini. Mama jaga dia,” arah Mak Aina.

“Okay, ma.”

“Kamu pun kena balik sini. Tak payah balik rumah isteri tua kamu itu, bukan berguna pun.”

“Astaghfirullah hallazim, Aina. Syaitan apa yang dah rasuk kamu ini, Aina? Abang rasa abang tak berkahwin dengan orang sebegini dulu.”

“Betul apa. Bukan boleh bagi anak pun.”

“Terima kasih, mama atas tindak balas mama ke atas isteri pertama Aamir. Nanti bila abah dah tak ada, mama suruh menantu kesayangan mama di belakang itu jaga mama ya.”

“Kenapa pula? Kamu yang sepatutnya jaga mama.”

“Saya bukan anak mama sebab kalau betul saya anak mama, mama tak buat saya begini,” jawab Aamir lalu meninggalkan meja makan untuk membasuh tangan. Selepas itu, dia terus meluru keluar rumah.

Tindakan Aamir membuatkan Rohana yang baru sahaja lepas keluar dari tandas bingung kerana dia baru sahaja menyedari yang dia telah ditinggalkan oleh suaminya sendiri.

     *     *     *     *     *

“Kenapa abang cakap dengan mama begitu? Syurga abang ada pada dia, bukan sayang. Tak perlu susah payah pertahankan sayang. Mama tak suruh kita bercerai pun Ida dah bersyukur sangat,” ujar Nadira setelah mendengar cerita suaminya itu.

Kalau diikutkan, malam ini sepatutnya giliran Rohana untuk bermalam namun dia memang hairan mengapa suaminya itu pulang ke rumahnya malam ini. Pasti teruk dia dimarahi Mak Aina esok pagi kerana membenarkan suaminya pulang ke rumahnya.

Sejak Rohana disahkan mengandung, gilirannya ditukar menjadi selang-seli berbanding sebelum ini dua malam dirumahnya dan semalam di rumah Rohana. Dia tahu kalau ikutkan hati ibu mentuanya, ingin saja dikurangkan lagi gilirannya, namun dibantah keras oleh Aamir. Alasan yang diberikan oleh ibu mentuanya adalah kerana Rohana perlukan jagaan rapi kerana dia masih berada dalam trimester pertama tanpa ibu mentuanya sedar bahawa dia juga mengandung malah sudah memasuki trimester kedua.

Dia bukan tak mahu berterus-terang dengan semua orang mengenai kehamilannya namun dia lebih bimbangkan madunya. Dia tahu pasti madunya takkan menyukai perhatian yang bakal dia terima andai berita itu dihebahkan.

Akan tetapi, ada satu lagi perkara yang menghairankan dirinya, iaitu suaminya. Aamir kelihatan kurang gembira dengan berita kehamilan Rohana jika dibandingkan dengan ketika doktor mengesahkan usaha persenyawaan mereka Berjaya dulu. Malah, Aamir juga dilihat mengabaikan Rohana lebih teruk lagi sejak Rohana hamil.

“Abang, boleh Ida tanya sesuatu?” tanya Nadira, lembut.

“Apa dia, sayang?”

“Kenapa abang macam tak suka saja dengan kehamilan Rohana? Ada apa-apa yang patut Ida tahu?”

Soalan itu membuatkan Aamir terkesima. Dia tahu isteri pertamanya lebih mengenalinya. Setiap perubahannya pasti dapat dihidu.

“Abang okay. Kenapa Ida tanya?”

“Tak, Ida dapat rasakan abang tak suka Ana mengandung. Abang boleh lagi tinggalkan isteri abang yang seorang itu di rumah mama. Okay apanya abang?”

Soalan Nadira dibiarkan sepi.

“Abang, I am asking you.”

“Abang dapat rasakan anak dalam kandungan Ana  bukan anak abang.”

“Apa?” tanya Nadira, sedikit menjerit.

     *     *     *      *      *

“Hai, sayang,” suara itu membuatkan Syahira menoleh. Suara yang disangkakan orang lain rupa-rupanya orang lain.

“Azhar! Apa yang you buat dekat sini?” tanya Syahira, dengan nada yang sedikit keras.

“I need to talk to you, sayang. Please.”

“There is nothing that I want to talk to with you. Masa kita dah habis, Azhar.”

“Disebabkan masa kita dah habis, you boleh menggatal dengan kawan baik I sendiri?”

“I rejected him once because of you, what makes you think I will reject him again because of you? You don’t even deserve my recognition,” sindir Syahira, tajam.

“I am so sorry, Ira. I shouldn’t left you before. I silap, I sangkakan perempuan itu boleh bahagiakan I tapi I just can’t live without you.”

“Are you sure you can’t live without me? I don’t think so.”

“Kenapa pula?”

“You dah pun hidup tanpa I selama tiga bulan dan I pasti, you boleh hidup tanpa I.”

“I just need you, not anyone else. Please, remarry me.”

“No, I won’t.”

“I akan pastikan hubungan you dan Syahmi takkan berjaya, Ira.”

“Try me,” jawab Syahira yang merenung tajam ke dalam mata Azhar pada masa yang sama lalu beredar sebaik sahaja dia habis tutur katanya.

Dia geram, kerana dia tahu andai lebih lama dia bersama Azhar, hatinya pasti akan kalah semula. Atas sebab itulah, dia pilih untuk pergi dan menuju ke arah kereta Volkswagon Passad yang diberikan oleh Syahmi sempena hari lahirnya minggu lepas. Dia masuk ke dalam kereta tersebut lalu mengunci pintu kereta kerana dia bimbang andai Azhar mengekorinya.

Tak lama selepas itu, telefon bimbitnya berdering. Dia melihat skrin telefonnya, tertera nama “SyahIra” membuatkan dia berasa lega kerana dia tahu itu adalah Syahmi. Dengan pantas, dia menjawab panggilan tersebut.

“Hello, sayang. Please help me,” ujarnya sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.
“Sayang, you kat mana? Puas I tunggu you ini,” kedengaran suara Syahmi di hujung talian.

“I dalam kereta ini. I takut, tadi Azhar datang cari I.”

“Where are you sayang? I pergi sana.”

“No, please don’t. Kita jumpa di tempat biasa. It’s safer there.”

“Okay, sayang. See you soon.”

Talian terputus selepas itu. Syahira meletakkan telefon bimbitnya berhampiran brek tangan lalu memulakan pemanduannya.

     *     *     *     *     *

“Hi, babe. Miss you,” ujar Hazli sebaik sahaja dia duduk berhadapan Rohana. Tindakannya membuatkan Rohana kaget lalu menoleh kiri dan kanan bagi memastikan tiada siapa yang dikenali mereka berada berhampiran.

“Gila ke apa? Kalau orang dengar, macam mana?” tanya Rohana, geram dengan tindakan melulu Hazli.

“Rilekslah, I dah intai siap-siap. Line clear, sebab itulah I berani.”

Berpuas hati dengan jawapan Hazli, Rohana tersenyum.

“I miss you too, baby. Mana buah tangan dari London?”

Hazli menyerahkan beg kertas yang dibawa kepada Rohana. Ternyata beg kertas itu benar-benar membuatkan Rohana lupa akan perasaan geramnya tadi. Dia membuka beg tersebut bagi melihat apakah isi kandungan beg tersebut.

“Oh my God! Handbag! Gucci, my favourite! Thanks baby,” ujarnya lalu menghadiahkan kucupan di pipi Hazli.

“You are most welcome, babe. So, apa khabar baby papa dalam itu?”
Soalan Hazli membuatkan Rohana terdiam. Pantang diberikan peluang, perlukah dia menyebut secara terang-terangan?

“Baby apa? Mengarut apa ini?” bentak Rohana.

*bersambung*

Foot print: Dilema wanita...

Monday, March 21, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 4...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

“I dah bercerai dengan dia minggu lepas. Dia ada orang lain, Mi,” luah Syahira, diiringi dengan perasaan sebak.

Lelaki itu, Syahmi, tergamam mendengar jawapan Syahira itu. Dia menyangkakan selama ini kawan baiknya sejak di bangku sekolah itu amat menyayangi isterinya. Malahan dia sendiri pernah mencuba untuk menambat hati Syahira, namun ditolak Syahira dengan cara baik kerana perasaannya terhadap Azhar. Tegar sungguh Azhar melukai hati wanita yang bertakhta di hatinya sedang dia yang memberikan peluang itu kepada Azhar.

“Maafkan I, Ira. I tak tahu,” jawab Syahmi, perlahan.

“Tak apalah, nak buat macam mana kan? Dah tak ada jodoh, begitulah. Hidup kena teruskan juga.”

“Betul juga. Jadi, awak macam mana sekarang?” tanya Syahmi lagi.

“Macam itulah. Memang sakitlah, dulu saya pandai cakap saja, bila dah kena batang hidung sendiri baru rasa sakitnya tapi apa-apapun, kita kena teruskan hidup juga. Betul tak?”

Jawapan Syahira membuatkan Syahmi mati akal untuk terus bertanya. Tak sampai hati pula rasanya untuk berlebih-lebih.

     *     *     *     *     *

“Aamir betul-betul buat mama geram! Kenapa Aamir balik rumah Ida semalam?” tanya Mak Aina, setelah hangat hatinya melihat muka tak bersalah anak sulung lelakinya itu.

“Sebab itu rumah Aamir juga, tak ada masalah rasanya nak balik rumah sendiri kan?” jawab Aamir, selamba.

“Semalam giliran Ana kan? Kenapa pula balik rumah Ida?”

“Aamir malas nak cakap banyak, kalau mama nak Aamir teruskan perkahwinan Aamir dengan Ana, mama jangan nak desak-desak Aamir. Sebagai seorang suami, Aamir berhak berlaku adil dengan cara Aamir sendiri. Mana-mana isteri yang buat salah pada Aamir, Aamir berhak untuk menghukum selagi Aamir tak naik tangan pada Ana mahupun Ida. Kenapa Aamir balik rumah Ida, kalau mama nak tahu sangat, apa kata sehari mama ambil masa untuk datang ke rumah Ana secara mengejut ketika giliran Aamir pulang ke rumah Ida? Mungkin mama akan dapat jawapan yang mama cari,” terang Aamir, sinis.

Nadira yang duduk di sebelah Aamir tak mahu masuk campur dalam urusan anak-beranak itu kerana dia tahu jawapan yang Aamir berikan itu menunjukkan dia sudah hilang sabar. Jangan diduga api yang sedang marak, barangkali boleh terbakar diri.

“Ida pun satu, bila Aamir balik rumah kamu, kamu paksalah dia balik rumah Ana,” Mak Aina cuba menuding jari ke arah Nadira pula.

“Aamir takkan dengar cakap saya dan kalau Aamir balik ke rumah saya, saya menerimanya dengan hati yang terbuka kerana Allah memberikan saya peluang untuk terus berkhidmat untuk suami saya, mama,” tutur Nadira lembut. Bimbang akan mengguris hati ibu mentuanya itu.

“Berkhidmat bagai nak rak tapi seorang anak pun tak boleh nak bagi, nak buat apa?”

“Mama, cuba bayangkan kalau mama berada di tempat Ida dan ibu mentua mama cakap begini pada mama, apa perasaan mama ya?” duga Aamir, hangat hati dengan pernyataan ibunya terhadap isterinya.

“Mama dah berikan empat orang anak pada abah kamu, apa mama nak kisah?”

“Aina, kalau rasa tak boleh nak bercakap elok-elok, lebih baik tak payah bercakap. Tutur kata ini menunjukkan niat dalam hati kita. Kata-kata kamu tadi dah boleh dikira riak,” tegur Pak Zaini yang datang entah dari mana.

Terkedu mereka bertiga mendengar kata-kata Pak Zaini itu. Namun, ada sikit perasaan lega terpancar pada wajah Nadira dan Aamir.

     *     *     *     *     *

“Maaflah, lama ke kau tunggu?” tanya Rohana kepada lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Terkocoh-kocoh dia meletakkan semua barang-barangnya di kiri dan kanan tempat dia duduk.

Lelaki itu hanya memerhati tindak-tanduk Rohana sambil tersenyum. Geli hati dia melihat Rohana sebegitu.

“Tak apa, aku dah biasa. Cuma, sejak kau kahwin ini, lagi teruk rupanya. Apa kes?” tanya Hazli, lelaki yang bersama Rohana itu.

“Ada suami tapi serupa macam tak ada. Dia balik rumah aku sehari, tapi balik rumah bini tua dia dua hari. Adil ke begitu?”

“Macamlah kau kisah sangat dengan laki kau itu kan?”

“Gila tak kisah! Siapa nak kemas rumah aku?”

“Itu suami kau tau, bukan orang gaji. Kau jangan melampau sangat. Aku tak kisah kalau kau cuma nak duit dia, tapi jangan buat dia serupa orang gaji,” tegur Hazli dengan nada yang sedikit keras. Berang hatinya melihat perangai kawan baiknya itu.

 Namun, tanpa mereka sedari, ada yang mendengar perbualan mereka berdua.

     *     *     *     *      *

Syahira sedang menjawab mesej yang dihantar oleh Syahmi apabila Nadira tiba bersama dulang berisi air sirap dan sedikit kek coklat. Melihat Nadira, dengan pantas dia menyimpan telefon bimbitnya itu ke dalam beg tangannya.

“Amboi, lajunya simpan handphone itu. Ada apa-apa yang patut aku tahu ke?” seloroh Nadira sambil tersenyum manis.

“Tak ada apa-apa. Kalau ada, kaulah orang pertama yang aku akan beritahu tahu?”

“Okay. Kau tak kerja ke hari ini?”

“Tak, aku malas semalas-malasnya. Boleh tak begitu?” tanya Syahira sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Boleh saja. Oh ya, aku nak beritahu ini. Aku dengan Aamir dah buat IVR minggu lepas, harap-harap melekatlah.

“In shaa Allah, kalau dah tertulis rezeki kau, pasti akan ada. Aku doakan yang terbaik untuk kau.”

“Thanks sayang. Oh ya, kau dengan Azhar tak ada contact?”

“Nope. Dia senyap begitu sahaja. Yalah, sudah ada yang baru kan?”

“Benda macam ini, sekejap saja. Nanti dia akan rasa kehilangan kau. Trust me.”

“Whatever, Ida. Aku tak nak tahu.”

Nadira hanya mampu menggelengkan kepalanya mendengar respon Syahira itu. Keras betul hati seorang wanita yang terluka.

     *     *     *      *     *

 Rohana sedang menonton televisyen apabila loceng rumahnya berbunyi. Sangkaannya Hazli datang untuk menghantar makan tengaharinya membuatkan dengan pantas dia berjalan menuju ke pintu dan membukanya.

Sangkaannya benar apabila kelibat Hazli berada di hadapannya, namun dia mulai kaget apabila di sebelah Hazli berdirinya seorang wanita yang amat dikenalinya.


“Apa semua ini, Ana?” tanya Mak Aina lalu berjalan masuk ke dalam rumah. Sudahlah dia menerima kejutan akan kelibat seorang lelaki membawa dua bungkus makanan, namun lebih mengejutkan apabila dia melihat keadaan rumah anaknya yang tak serupa rumah itu!

*bersambung*

Foot print: Andai ada waktu, andai kasih dipertemu, cinta pasti menunggu, untuk dia dan aku~

Monday, March 7, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 3...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Hari ini tak nak cakap banyak, nak sambung cerpen bersiri. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

"Sayang, benda macam ini bukan boleh buat main. Abang tak nak menduakan sayang, sayang faham tak?" bentak Aamir setelah mendengar respon isterinya terhadap permintaan ibunya itu.

"Kamu jangan nak bajet sucilah, Aamir. Kamu patut dengar cakap mama ini, bukannya isteri kamu. Isteri kamu sepatutnya dengar cakap kamu," sindir Mak Aina, kedengaran begitu sinis di benak telinga Nadira.

"Mama, kemahuan Aamir ini macam mana pula? Mama ingat mudah ke untuk Aamir berlaku adil?"

"In shaa Allah, kalau niat Aamir nak bahagiakan mama, mesti Allah akan permudahkan. Mama tak kira, bulan depan Aamir kena bernikah dengan Rohana," tegas Mak Aina.

Kata-kata Mak Aina membuatkan Aamir terbungkam. Hendak dibentak, insan itu adalah ibunya. Hendak diikut, dia tak mampu. Aamir berasa sangat buntu dengan apa yang berlaku dihadapannya. Semoga sahaja Allah memberikan jalan terbaik buatnya.

     *     *     *      *      *

“Aku tak kuat, Ida! Selama ini aku ingatkan bercerai itulah jalan terbaik yang aku ada, ternyata aku silap,” berderai air mata Syahira tatkala dia melepaskan segala yang terpendam di dalam hatinya.
     
Nadira hanya mampu memandang gadis itu dengan riak wajah yang tenang walaupun dalam hatinya penuh dengan luka akibat makan hati dengan sikap ibu mentuanya. Namun hendak dia curahkan rasa pada Syahira, jauh sekali. Dia tahu sifat Syahira yang berterus terang bakal memburukkan keadaan antara dirinya dan ibu mentuanya.
     
Akan tetapi, tanpa disedari Nadira, Syahira telah berjaya menghidu sesuatu kerana Nadira jarang mendiamkan diri. Kali terakhir dia dilihat mendiamkan diri adalah ketika dia bisu sementara dulu. Jadi, melihat dia mendiamkan diri mengganggu konsentrasi Syahira sebenarnya.
     
Ida, kalau aku tanya satu soalan, kau jawab jujur boleh?” tanya Syahira, tegas.
     
“Apa dia?”
     
“Kenapa kau senyap saja kebelakangan ini? Ada apa-apa masalah ke?”
     
Mendengar soalan Syahira, tahulah dia tak mampu untuk menyembunyikannya lagi. Sudah dia duga kawan baiknya itu mampu meneka apa yang tersirat di dalam benak hatinya itu.
     
"Aku mungkin telah dimadukan sekarang,” jawab Nadira. Ringkas tapi ada nada sebak di situ.
     
“Kenapa kau masih mempertahankan kalau kau tahu kau tak mampu?”
     
“Sebab bukan dia, mak dia.”
      
“Atas alasan?” tanya Syahira lagi, sudah mula meninggi suaranya.
     
“Sebab kami tak ada anak. Tak apalah Ira, mungkin Allah nak duga kami.”
     
“Masalahnya, kau bukan tak boleh mengandung. Kau pernah mengandung apa?”
     
“Tapi kau tahu kan sejak kemalangan itu aku susah nak mengandung?”
     
Syahira terdiam. Bagaimana dia boleh terlupa akan peristiwa yang pernah hampir meragut nyawa dua orang kawan baiknya?
     
“Maafkan aku, aku terlupa. Benda boleh bawa bincang kot, kenapa kena kahwin lain? Tak perlu kot. Zaman dah canggih, kenapa kau orang tak buat IVR saja?”
     
“Aku tak bersedia. Aamir memang nak cuba, tapi aku yang takut.”
     
“Sekarang, macam mana? Kau nak cuba? Aku rasa kau patut cuba. Tak kisahlah Aamir dah kahwin lain ke apa ke, tapi ini soal zuriat kau. Kalau Aamir nak ada anak dengan perempuan tu, lantaklah dia.”

Nadira tidak menjawab, sebaliknya hanya membisu. Dia tidak mahu terus-terusan bertikam lidah dengan Syahira lagi.
    
 *     *     *     *     *

Nadira sedang membaca buku “Semuanya Soal Hati” karya Ustaz Pahrol Md. Juoi apabila dia mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Dia sudah dapat menduga siapakah gerangan insan yang membawa kereta itu, maka dia membiarkan sahaja.
     
Selang beberapa minit, kedengaran pintu biliknya dikuak. Dia memandang ke arah pintu dan terlihat kelibat suaminya yang baru sahaja meletakkan beg pakaiannya di tepi meja solek. Dia merenung wajah Aamir, wajahnya sugul dan tidak bermaya mengundang seribu satu tanda tanya.
     
“Kenapa ini? Kalau orang tahu abang ini baru lepas nikah lagi dan orang tengok muka abang begini, mesti mereka dapat mengagak ada benda yang tak kena.”
     
“Mahunya tak kena, abang ingat mama suka sangat dengan Rohana itu, eloklah serba-serbi,” ucap Aamir lalu mengeluh berat.
     
“Kenapa pula?”
     
“Rohana itu satu kerja pun dia tak tahu buat. Abanglah yang nak kena masak, yang kemas rumah, semuanya abang kena buat. Baik serupa tak ada bini!” rungut Aamir sambil berjalan menuju ke arah katil. Penatnya dia tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
     
“I thought you guys went for your honeymoon. What happened?”

     
Aamir memandang wajah Nadira, tajam. Geram pula rasa apabila isteri pertamanya itu bertanya mengenai bulan madunya bersama isteri baru.

“Nak bulan madu apa, gara-gara dia, kami tertinggal penerbangan. Boleh pula dia tak kunci jam, telefon bimbit abang pula boleh pula terpadam sendiri. Tak tahulah kenapa.”
     
“Habis itu, dia cakap apa?” tanya Nadira lagi.
     
“Ida rasa dia buat apa?” tanya Aamir, bertemankan renungan tajam.
     
“Ida rasa dia mesti salahkan abang kan? Sebab tak kunci jam,” seloroh Nadira lalu tertawa.
     
“Tak payah nak ketawa sangat, memang itu yang dia buat.”
     
Terhenti tawa Nadira serta-merta apabila mendengar jawapan suaminya itu. Sungguh tak disangka sebegitu hebat belang madunya.

     *     *     *     *     *

Syahira yang sedang menikmati sarapan paginya terpana apabila ada kelibat yang duduk di hadapannya. Dia memandang ke arah kelibat itu. Alangkah terkejutnya dia melihat insan itu yang sudah hampir sepuluh tahun tidak ketemu.
     
“Kalau tak kerana muka you yang masih sama, I memang dah tak cam you dah!” ucap Syahira, separuh menjerit.
     
Muka insan tersebut yang berubah merah menunjukkan insan itu malu dengan tindakan gadis di hadapannya itu.
     
“Dah lama kita tak jumpa. Apa khabar you dengan Azhar sekarang?” tanya insan itu sambil tersenyum.
     
Syahira kaget. Sangkaannya berita penceraian mereka sudah ketahui oleh teman-teman, namun masih ada yang belum tahu tentangnya.

*bersambung*

Foot print: Kenapa sukar untuk aku lupakan dia?

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com