Aku termenung sendiri. Meskipun pandangan mataku dapat melihat kelibat Pulau Lagenda dari tempat aku berdiri, namun fikiran sudah tidak tahu ke mana arahnya.
Begitulah aku sejak tiga puluh enam purnama yang lalu. Tempat inilah yang seringkali menjadi saksi lamunan seorang gadis sunti yang mana usianya sudahpun menjangkau siri ketiga. Tatkala teman sebayaku sedang mendakap penyambung zuriat mereka, aku masih disini mencari erti cinta dari Illahi.
Bukan tiada yang ingin menyunting hati seorang gadis sunti ini, tetapi tiada tampaknya keikhlasan hati dari seorang khalifah muka bumi buatku. Dari sinar mata mereka pasti punya agenda tersembunyi.
Siapa sangka tiga puluh enam purnama yang lalu, lelaki itulah yang telah menutup erat pintu hatiku sehinggakan tiada seorang umat manusiapun yang mampu membukanya kembali.
* * * * *
"Saya minta maaf, saya dah hilang rasa sayang itu. Semasa perasaan itu hadir, awak lukakan hati saya dengan perkara yang saya tak tahu apa kebenarannya, pernah awak fikirkan itu?" luah Farish, geram.
Aku memandangnya yang membelakangiku. Aku tahu dia marah. Siapalah yang tak marah bila hati dikecewakan saat dia mendambakan, namun hadir saat dia ingin melupakan?
Aku amat menyedari tindakanku padanya beberapa bulan lepas telah memakan diriku semula. Namun, aku juga manusia sepertinya.
"Perkara itu memang benar, saya memang sudah punyai calon ketika itu, namun kecewa awak itu tak terbanding dengan kekecewaan saya mengharapkan awak berjuang bagi memiliki saya. Saya tunggu awak ungkapkan perasaan awak, tapi apa yang awak berikan? Hanya sebab untuk kita saling membenci!" aku membalas luahannya dengan luahan.
"Bagaimana saya nak mengambil hak orang, sedang saya sudah lebih dahulu merasakan peritnya hak saya diambil? Tak mungkin awak tak pernah tahu saya ini pernah putus tunang," ujar Farish, sedikit kendur.
Aku terdiam. Bagaimana aku boleh terlupa tentang itu?
"Saya juga pernah dilukai, tetapi mungkin saya terlalu pentingkan diri sehingga terlupa bahawa awak juga punya perasaan. Maafkan saya," ujarku lalu meninggalkan dia. Sungguh aku malu dengannya, sehinggakan aku langsung tidak menoleh ke belakang lagi.
Aku berjalan sehinggakan kaki aku sudah penat nak melangkah, tanpa aku sedari aku sudah menghampiri jeti nelayan Kampung Sungai Baru. Aku berhenti dan duduk di tebing yang memisahkan antara laut dan daratan. Aku tak mampu memikirkan apa-apa lagi lalu menangis semahunya. Ada orang yang memerhatikanku, aku tahu. Namun, aku sudah tak mahu ambil kisah tentang apa yang orang fikirkan. Aku cuma mahu menangis.
Sedang aku menangis, aku dapat melihat ada kelibat yang duduk di sebelahku. Aku berpaling, menghadap insan itu. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat rakan sekerjaku dari Kuala Lumpur berada di hadapan mataku.
"Kenapa ini, Hani? Saya tengah tengok-tengok ikan kat pasar nelayan sana itu bila saya dengar orang ramai kata ada orang menangis serupa orang meroyan. Saya pun macam biasalah, nak menyibuk juga. Tengok-tengok, rupanya awak. Apa dah jadi?" terang Ilham, panjang lebar.
Mendengar penerangan panjang lebar darinya, perasaan sedihku tak semena-mena hilang. Aku jadi geli hati mendengar caranya menerangkan situasi yang dialaminya. Mujur ada dia, Muhammad Ilham.
* * * * *
"Bawa-bawalah berhenti termenung kat sini, bukan ada putera raja datang masuk meminang pun!" jeritan itu sangat aku kenali. Jeritan yang membuatkan lamunanku terhenti.
Aku berpaling memandang punca jeritan itu. Susuk tubuh yang acapkali ku lihat berdiri di pangkal jeti melambai ke arahku. Aku hanya tersenyum, melambai semula lalu menuju ke arah insan itu.
"Bagaimana awak tahu saya disini?" tanyaku, sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Eleh, awak itu dah tiga tahun buat perangai begini, masakan saya tak tahu? Bawa-bawalah berhenti, tak terubat hati awak buat begini. Orang yang pergi takkan kembali," komen Ilham, serius.
"Terubat apa? Dapat tengok burung, awan, laut, Pulau Langkawi," ujarku, sambil ketawa besar.
Namun, tawaku terhenti apabila menyedari riak wajahnya masih kekal serius. Baik, ini masalah besar.
"Awak mesti ada sebab cari saya sampai ke Kuala ini kan?" tanyaku, hairan.
"Haruslah. Esok ikut saya, saya nak bawa awak pergi suatu tempat. Untuk buat awak lupakan semuanya. Sudah-sudahlah itu Hani, saya tak selesa nak bekerja dengan awak bila tengok awak begini."
"Kenapa pula tak selesa? Sekarang sudah jam enam setengah petang. Waktu kerja kita sampai pukul lima sahaja. Selepas itu, saya terus bertolak dari Kangar ke Kuala naik kereta saya sendiri. Jadi Encik Ilham, dimanakah bahagian yang awak kata tak selesa itu?"
"Semuanya."
"Semuanya? Maksud?"
Belum sempat Ilham menjawab soalanku, aku lihat ada bayang seperti manusia menghampiri kami. Ilham memilih untuk memandang ke arah bayang tersebut, namun tidak aku. Aku memilih untuk memandang semula ke arah laut.
"Assalamualaikum," sapa tuan punya bayang bagi memulakan bicara sambil menghulurkan tangan kepada Ilham untuk bersalam.
"Wa'alaikumussalam," jawab Ilham, lalu menyambut salam orang itu. Namun, wajahnya kelihatan berkerut, namun tak ku tahu mengapa.
Namun begitu, suara itu amat merunsingkan aku. Sepertinya suara itulah yang tidak mahu aku dengari lagi. Tak mungkin suara itu datangnya daripada...
"Saudari ini cik Nurhani Saffiyya bukan?" tanya insan itu, kepadaku.
Aku tak punya pilihan, lalu memberanikan diri untuk memandang insan yang aku belakangi sedari tadi. Sebaik sahaja aku berpaling, aku tergamam. Kelu lidahku meskipun hatiku bingit dengan segala macam bait-bait kata. Benar sangkaanku, lelaki itu kini berada di hadapanku. Memilih untuk kembali setelah tiga puluh enam purnama pergi meninggalkan diri ini.
"Ya, sayalah Nurhani Saffiyya," jawabku, ringkas.
"Awak, takkanlah awak sudah tak cam saya? Saya Farish," ujarnya, cuba menyakinkan aku bahawa aku sama sekali tidak bermimpi.
"Ya, saya tahu," jawabku, masih dalam keadaan yang ringkas.
"Habis itu, kenapa mendatar sangat nada awak itu? Oh ya, siapa ini?" tanyanya lagi sambil memandang ke arah Ilham yang sedari tadi kekal disisiku.
"Ini Ilham. Ilham, kenalkan inilah Farish,"ujarku, sekadar berbasa-basi. Hakikatnya, hati aku jadi keliru. Sungguh keliru.
"Oh, ini rupanya Farish yang selalu Hani ceritakan itu? Akhirnya dapat juga kita bertemu. Kalau begitu, saya balik dululah. Bimbang mengganggu kamu berdua pula,"kata Ilham, mengelat.
Namun, belum sempat dia melangkah pergi, aku sudah mencapai lengannya. Mujur hari itu dia memakai kemeja lengan panjang, jadi kami tidak bersentuhan kulit.
Aku dapat melihat Farish memandang tanganku yang sedang menarik lengan Ilham itu. Ada riak cemburu di wajahnya, namun entah mengapa hatiku sama sekali tidak berasa bersalah dengan tindakanku itu.
"Cakap saja di sini. Depan saya, depan Ilham. Saya tak berahsia dengannya," ujarku, meski aku tahu tindakanku akan mengundang tanda tanya dalam benak fikiran dua orang lelaki. Aku tak kisah semua itu kerana aku tahu, aku tidak kuat untuk berdepan dengan orang yang telah memalukan aku tiga tahun lepas.
"Saya dah fikirkan selama tiga tahun kebelakangan ini. Saya nakkan awak semula,"ucapnya dengan begitu mudah sekali. Semudah ABC.
"Kenapa ambil masa tiga tahun untuk terima saya? Bukan semula, hanya sekadar terima. Kita tak pernah bersama, mohon awak ingat itu," jawabku, sambil merenungnya tajam.
"Saya tahu saya ambil masa yang terlalu lama untuk terima awak, tapi fahamilah. Saya dah cuba untuk lupakan awak, tapi tak berjaya."
"Saya juga dah mencuba untuk melupakan, tapi sehingga hari ini saya masih di sini, menunggu awak. Terima kasih sebab datang, tetapi saya tak boleh menerima awak semudah tutur bicara awak. Hati saya dah lama awak biarkan terluka."
"Habis itu, hati saya tak terluka?"
"Hati awak, saat awak mengungkit semua kesalahan saya, sepatutnya awak sudahpun menyedari bahawasanya awak akan kehilangan saya. Awak sepatutnya lebih bersedia. Kalau awak rasa awak masih mahu mengenang segala kesakitan yang awak telah tempuhi sepanjang awak menyayangi saya, saya nasihatkan supaya awak pergilah cari kebahagiaan awak pada orang lain. Akan tetapi, kalau awak rasa awak berani berjuang sekarang, awak berikan saya waktu untuk saya hilangkan segala perasaan malu saya pada awak selama bertahun-tahun ini. Itu saja saya minta. Saya sedar dulu saya hanya kerani biasa, siapalah saya untuk menarik perhatian awak. Tiba-tiba bila awak seperti berminat dengan saya, saya pula kecewakan awak. Kemudian, saya datang kembali pada awak menagih kasih yang sudah hilang dari hati awak. Hanya Allah saja tahu betapa peritnya perasaan itu."
Farish terkesima. Lidahnya kelu, tak tahu bagaimana hendak menjawab luahanku. Barangkali dia sama sekali tidak menyangkakan jawapan sebegitu daripadaku.
"Saya tahu saya tak sepatutnya layan awak begitu dulu. Maafkan saya," rayu Farish.
"Saya maafkan, tapi satu saja saya minta. Andai awak benar-benar perlukan saya, awak tahu apa yang perlu awak lakukan. Namun, saya tidak memberi sebarang jaminan yang saya akan menerima awak. Ilham, jom kita balik," ujarku sebelum berlalu dari situ.
* * * * *
Keesokan harinya, sebelum masa kerja tamat, Ilham sudah terpacak di hadapan meja kerjaku. Takut betul dia aku tak sudi keluar bersamanya. Aku hanya memandangnya sambil tersengih.
"Kenapa tiba-tiba tersengih serupa kerang busuk ini? Baik cakap cepat. Nak pergi Kuala dulu ke?" tanya Ilham, lembut.
Aku hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Tak nak pergi Kuala? Pelik. Tiga tahun tak pernah ponteng kecuali sakit atau balik kampung, sudah jumpa dia terus tak nak pergi?" tanyanya lagi.
Aku menggeleng lagi, namun masih tersenyum.
"Habis itu?"
"Sebab saya dah jumpa apa yang saya cari. Erti cinta dari Illahi," balasku sambil tersenyum manis.
Aku dapat melihat wajahnya merona merah selepas aku tersenyum itu. Aku dapat mengagak mengapa dia berbuat demikian.
"Sudah pukul lima. Jom kita pergi sekarang," ujarku sambil menyandang beg tanganku. Melihat tindak-tandukku, Ilham cepat-cepat berjalan keluar dari pejabat dan aku sekadar mengikutinya dari belakang.
Setelah tiba di keretanya, dia membuka pintu kereta Proton Iris miliknya dan menjemputku masuk. Setelah aku duduk, dia menutup pintu kereta lalu menuju ke arah bertentangan untuk masuk ke dalam keretanya itu.
Selepas dia selesai menutup pintu kereta, dia memandangku. Aku rasa malu ditatap sebegitu. Terasa panas kereta ini.
Dia mencapai kain penutup mata di tempat duduk belakang lalu memakaikan kepadaku. Aku terkedu seketika kerana terkejut diperlakukan begitu. Tambah terkejut apabila terasa pergelangan tanganku diikat dengan kain.
"Awak nak culik saya ke?" tanyaku, spontan.
"Kalau boleh, saya nak culik awak, kurung awak dalam hati saya. Lepas tu, saya kunci supaya awak tak boleh keluar dan tiada siapa boleh masuk."
Aku terkesima. Dia ini bergurau ke serius? Namun, aku tidak berbuat apa-apa setelah dia menutup mataku dan mengikat kedua pergelangan tanganku. Aku memilih untuk mempercayainya walaupun kami berada sekangkang kera sahaja dari Siam.
"Saya harap awak percayakan saya, saya minta maaf kerana terpaksa menutup mata dan mengikat tangan awak. Kalau awak nak tidur, tidurlah. Nanti dah sampai, saya kejut."
Sebaik sahaja ayat itu habis dituturkan Ilham, aku terlelap akibat tersangat penat.
* * * * *
"Hani, bangun. Kita dah sampai," kedengaran suara Ilham yang telah membuatkan aku terjaga dari tidur.
Aku sangkakan duniaku masih lagi gelap setelah 'dibutakan' oleh Ilham tadi, rupanya sudah dia bukakan terlebih dahulu. Cuma tanganku sahaja yang masih lagi menyatu. Namun, apabila aku melihat sekeliling, aku lebih terkedu.
Aku melihat jam tanganku. Sudah menunjukkan jam dua pagi. Kalau mengikut perkiraan, sama ada aku sudahpun memasuki Siam yang mana tak mungkin berlaku kerana pasportku sudah lama tamat tempoh, ataupun aku sudah tiba di Kuala Lumpur atau Selangor!
"Lamanya termenung cik adik. Mari saya bukakan ikatan tangan itu," ujarnya sambil membukakan ikatan pada tanganku.
"Kita di mana?" tanyaku, spontan.
"Rumah ibu bapa saya di KL. Kenapa?"
"Saya tak bawa baju lebih," ujarku, sayu. Bukan apa, aku segan nak meminjam harta peribadi orang lain.
"Oh, itu ke? Beg pakaian awak, ini kan?" tanyanya sambil menuding ke arah beg yang berada di sebelahnya.
"Mana awak dapat ini?" tanyaku lagi.
"Ambil di rumah awaklah. Saya minta tolong Sherry siapkan," terangnya sambil mengenyitkan sebelah matanya.
Aku tak mampu nak bertanya lagi. Mahu tak mahu, terpaksalah turun. Sudah sembilan jam duduk dalam kereta, takkan nak balik semula kan?
Aku mengikuti langkahnya sambil memerhatikan sekeliling. Rumah yang terletak di kiri dan kanan rumahnya kelihatan mewah, namun rumahnya tampak ringkas walaupun kelihatan besar. Takkan anak orang kaya Ilham ini?
Disebabkan kami berdua tiba lambat, Ilham membawaku terus ke bilik tetamu. Mujurlah dalam bilik tersebut terdapat bilik mandi dan tandas, maka tak bimbanglah aku untuk mandi dan mengambil wuduk.
Selepas Ilham selesai memberikan penerangan tentang bilik tidurku, dia terus keluar dan menutup pintu bilikku. Dengan pantas aku mengunci bilik tidurku, takut-takut andai ada yang tak mengetahui kehadiranku malam ini.
Aku melihat segenap sudut di dalam bilik ini. Kelihatan kemas dan berbau harum sahaja, seperti baru sahaja dikemas. Adakah kehadiranku ini sudah dijangka? Andai sudah diberitahu sekalipun, atas tujuan apa Ilham membawaku ke sini? Pening kepalaku memikirnya.
Daripada pening kepala memikirkan perkara yang aku sendiripun tak tahu-menahu, lebih baik aku mandi dan solat dahulu. Sudahlah tertinggal solat Maghrib tadi. Kalau Ilham beritahu awal-awal, boleh niat jamak tadi. Huh!
* * * * *
"Assalamualaikum, makcik. Makcik buat apa tu?" sapaku selepas melihat mak Ilham (barangkali) sedang menyiapkan bahan untuk membuat sarapan pagi.
Wanita itu menoleh ke arahku, lalu tersenyum.
"Wa'alaikumussalam. Oh, inilah dia Hani ya. Makcik tengah siap-siap bahan nak masak bihun goreng ini. Hani makan bihun kan? Maaflah makcik tak tahu nak masak apa," jawab wanita itu lalu menyambung kerjanya yang tergendala seketika tadi.
"Tak apa, makcik. Saya tak ada masalah dengan bihun. Makcik dah lama duduk sini?" tanyaku, lagi.
"Lama juga, sejak Ilham berusia tiga tahun. Ayahnya dapat kenaikan pangkat ke KL ini, sejak itulah kami tinggal di sini. Ayah Ilham pun dah bersara tiga tahun lepas. Hani asal mana?"
"Saya asal Perak, makcik. Bota Kanan, tapi mak ayah saya menetap di Seri Iskandar."
"Oh, orang bote ke? Makcik orang Parit," ujar mak Ilham lalu tertawa.
Mendengar jawapan wanita itu, aku tersipu malu. Namun, aku masih belum punya kudrat untuk bertanya soalan yang ingin ku tanya sedari semalam.
"Makcik, kenapa Ilham tiba-tiba bawa saya jumpa makcik dengan pakcik?" tanyaku setelah mengumpul segenap kekuatan untuk bertanyakan soalan tersebut,
"Dia tak beritahu kamu ke? Bertuah punya budak! Diheretnya kamu dari Kangar sampai ke sini tapi dia tak beritahu kenapa?"
Aku hanya menggeleng.
"Dia nak jadikan kamu suri hatinya. Jadi, dia bawa kamu tunjuk dengan pakcik dan makcik. Sebenarnya kami tak kisah sangat, sebab yang berkahwinnya nanti dia, tapi dia berkeras mahu kenalkan. Kami terima saja," terang mak Ilham, makcik Ros sambil tersenyum memandangku.
Aku terbungkam. Aku tidak pernah memberikan harapan buat Ilham selama kami berkenalan, meski aku tahu dia berminat untuk menyuntingku menjadi teman hidupnya. Aku hanya memikirkan perasaanku buat Farish yang tidak pernah sehati denganku. Namun, aku sedar aku tidak mampu kehilangan Ilham. Dialah tempat aku bergantung harapan sejak aku memilih untuk meninggalkan Farish. Dia tahu bila aku gembira dan bila aku sedih. Persoalannya sekarang, siapa yang harus aku terima sekarang? Farish atau Ilham?
"Kenapa berkerut itu, Hani? Fikirkan seseorang ke? Hani ada pilihan sendiri?" tanya makcik Ros, barangkali hairan melihat wajah aku berkerut memikirkan masalah ini.
"Tak. Hani tak ada sesiapa. Cuma Hani takut," laju saja mulutku menjawab pertanyaan makcik Ros itu.
"Takut? Takut apanya, nak?"
"Saya takut terluka lagi. Saya pernah dikecewakan begitu dalam oleh seseorang, jadi saya jadi paranoid untuk mencuba lagi,"luahku dalam keadaan sedikit sebak.
Makcik Ros menutup api kuali lalu mendekatiku yang sedang memotong cili. Melihatnya, aku berhenti. Makcik Ros memegang tanganku lalu memandang wajahku.
"Makcik tahu kamu takut kamu tak cukup sempurna buat Ilham, makcik juga pasti Ilham juga begitu. Akan tetapi, dunia rumah tangga bukan tentang kesempurnaan suami mahupun isteri. Rumah tangga ini adalah berkisar tentang suami yang melengkapi dunia isteri dan sebaliknya. Kalau kita sempurna, maka tak perlulah kita untuk berkahwin, tapi kita berkahwin kerana Allah telah jadikan lelaki dan wanita sama-sama tak sempurna."
Aku terpana dengan nasihat makcik Ros itu tadi. Namun, aku masih keliru kerana aku mungkin harus memilih.
* * * * *
Aku merenung ke luar beranda tingkat atas rumah Ilham ini. Tak sangka kota metropolitan ini masih boleh tampak indah walaupun bising dan sudah kelihatan seperti hutan konkrit. Manusia kini lebih mengejar harta dan kuasa dan mula mengendahkan soal alam sekitar dan kemanusiaan.
Aku bersyukur ditempatkan di Perlis. Sungguh berbeza dengan Kuala Lumpur. Udaranya, persekitarannya, suasananya, kos sara hidupnya, bagai langit dengan bumi. Tak banyak tekanan berbanding di sini.
Sedang aku mengelamun, ada insan berdiri di sebelahku. Aku sudah dapat menduga siapakah gerangan yang berdiri di sebelahku ini, maka aku berpaling menghadapnya. Lama aku merenung wajahnya membuatkan wajahnya merona merah akibat malu.
"Saya dengar awak dah tahu kenapa awak di sini. Jadi, bagaimana?" tanya Ilham setelah berpaling memandang ke luar.
Aku masih merenungnya. Mencari apa yang membuatkan aku boleh menerima insan ini dengan hati yang terbuka. Aku perlukan jawapan itu kelak.
"Saya masih tak boleh berikan jawapan. Kalau benar awak mahukan saya, awak tahu apa yang perlu awak lakukan," aku memberikan jawapan selamat buatnya. Sebagaimana aku memberikan jawapan yang sama buat Farish semalam.
"Kenapa awak berikan jawapan yang sama pada saya dan Farish? Adakah awak tak mampu nak memilih atau awak memang tak mahukan sesiapa?"
"Saya selesa dengan awak, awak baik, selalu berada bersama saya tatkala sedih mahupun gembira. Awak penting dalam hidup saya, saya tak boleh bayangkan hidup saya tanpa awak disisi saya. Namun begitu, awak kena faham, dia adalah lelaki terakhir bertakhta dalam hati saya. Saya akui, saya masih belum mampu untuk melupakan dan membuang perasaan saya buatnya yang telah tersemat dalam hati saya sekian lama. Jadi, saya lebih selesa membiarkan Allah sebagai pemilik kekal hati saya memilih untuk saya," terangku panjang lebar.
Aku melihat Ilham sekali lagi. Dia masih tenang memandang ke arah luar. Aku sama sekali tak dapat menduga apa yang berada di benak hatinya.
"Saya yakin pilihan Allah adalah lebih baik daripada pilihan kita semua," luahnya, tenang sebelum berlalu pergi.
Entah mengapa, melihat dia pergi begitu sahaja, membuat hatiku rasa kecewa. Ya Allah, adakah aku telah mula menyayanginya?
* * * * *
Aku sedang mengemaskan barang-barang pejabatku apabila Ilham datang menghampiriku.
"Kenapa awak berhenti kerja? Awak ada masalah ke?" tanya Ilham, ada nada risau dari suaranya,
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Habis itu? Awak marahkan saya ke?"
Aku menggeleng lagi.
"Takkan awak nak mengelak untuk berjumpa dengan saya setelah saya hantar awak rombongan meminang?"
Aku berhenti mengemas. Aku memandang wajahnya, mana tahu kalau pendek umurku, ini merupakan kali terakhir aku melihat wajahnya.
"Saya nak balik kampung. Saya nak berfikir."
"Kenapa pula?"
"Sebab selepas keluarga awak balik, keluarga Farish pula datang meminang saya. Saya buntu, awak. Saya tak tahu siapa yang harus saya pilih," ujarku sebelum menangis.
Melihat tindakanku, Ilham terbungkam. Sama sekali dia tidak menduga yang aku akan menangis di dalam pejabat. Mujur hanya kami berdua sahaja di sini.
"Saya akan terima siapa sahaja pilihan awak, tapi saya nak awak tahu satu perkara. Mak saya pesan, jangan pilih orang yang kita sayang, tapi pilihlah orang yang sayangkan kita. Kalau keduanya menyayangi kita, pilihlah yang mana yang awak tak boleh hidup tanpanya."
Aku terkesima. Rasa terharu pula bila mendapat nasihat sebegitu.
"In sha Allah, saya akan pertimbangkan itu. Saya mohon, selagi saya tak berikan jawapan saya, jangan datang jumpa saya."
Ilham tersenyum, lalu menganggukkan kepalanya. Melihat responnya, aku lega. Setidak-tidaknya aku hanya perlu bimbangkan respon Farish.
* * * * *
"Terima kasih sebab sudi luangkan masa untuk berjumpa dengan saya," ujarku sebaik sahaja duduk di hadapan Farish. Sengaja aku memilih Alora Cafe sebagai tempat pertemuan kami kerana kafe ini lebih senyap dan privasi. Kafe ini juga merupakan tempat aku dan Ilham serringkali melepak kerana ianya berdekatan dengan tempat kerja kami.
"Sama-sama. Macam mana? Apa jawapan awak?" tanya Farish pula.
"Boleh jujur dengan saya satu benda tak?"
"Apa dia?"
"Awak ada masalah yang hanya boleh diselesaikan dengan perkahwinan kita ke?"
Farish menggelengkan kepalanya.
"Baiklah kalau begitu."
"Awak ini banyak sangat tengok drama ini," seloroh Farish sambil tersenyum nakal.
"Drama itu takkan ada situasi begitu andai tiada siapa yang melakukannya. Beginilah, saya tak boleh nak bagi jawapan lagi. Saya ada beberapa perkara yang saya kena uruskan."
"Apa masalah awak sampai tak boleh nak terima atau tolak pinangan saya?" jerkah Farish, membuatkan aku tergamam.
"Kalau saya boleh tunggu tiga tahun untuk awak kembali pada saya, kenapa awak tak boleh lagi beberapa minggu untuk saya?"
Farish terdiam. Tak lama kemudian, ada keluhan berat kedengaran.
"Saya betul-betul minta maaf tentang itu. Saya sangka, saya mampu cari yang lebih baik daripada awak. Jadi, saya buat macam-macam untuk melupakan awak. Tambahan pula, kita memang jauh, sepatutnya benda itu mudah."
Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya mendengar.
"Benda jadi lebih ketara bila setiap kali saya buka Facebook. Semua status awak ada dalam garisan masa saya. Separuh hati saya rasa nak sekat awak dari media sosial saya, namun separuh lagi masih mahu mengikuti perkembangan awak."
Aku masih lagi membisu, membiarkannya meluahkan perasaannya.
"Namun, hati saya jadi tak keruan apabila saya ternampak foto awak bersama Ilham. Saya cemburu. Saya jadi takut kehilangan awak."
"Kenapa awak rasa begitu?"tanyaku, hairan.
"Sebab pada sinar mata awak dan dia, perasaan itu ada. Saya bimbang ramalan saya benar. Itulah sebabnya kenapa saya cuba mencari awak di Kuala Perlis hari itu. Tak sangka awak ada di sana, tapi awak bersama dia."
Aku terbungkam. Masih kelu lidah ini untuk menjawab.
"Saya pasti dia sangat cintakan awak, tapi perasaan awak saya tak berapa pasti. Bezanya cuma banyak atau sikit saja."
Aku memandangnya. Perasaan Ilham aku pasti dia boleh rasa, sebab dia juga lelaki. Namun, hati aku sendiripun tak berapa pasti tentang perasaanku sebagaimana yang Farish rasakan.
"Jadi, awak boleh tunggu saya tak? Saya tanya kerana saya ada syarat lain selain daripada itu," tanyaku, serius.
"Apa syaratnya? Banyak betul."
"Selagi saya tak cari awak untuk berikan jawapan, jangan sesekali cari saya atau hubungi saya. Bukan setakat saya, keluarga saya pun awak jangan cari."
"Awak ini betul-betul nak terima saya ke tak sebenarnya? Atau awak tunggu Ilham masuk meminang?"
"Ilham lebih dulu datang meminang saya, sepatutnya awak tiada hak untuk memperlekehkannya. Dia juga menerima syarat yang sama dengan awak. Namun begitu, dia tidak melatah seperti awak walaupun usianya lebih muda daripada awak. Malulah sikit!"
"Awak cuba nak bandingkan saya dengan dia?"
"Ya, jika itu yang awak mahu percaya. Akan tetapi, pada hakikatnya saya sekadar ingin menduga."
"Maksud awak? Saya tak sukalah apabila awak cuba bermain kata dengan saya. Saya bukan artistik seperti awak."
"Saya juga bukannya artistik sangat, tapi saya bercakap dari akal yang berfikir, bukan hati yang membabi buta."
Aku dapat lihat Farish terbungkam. Dia sama sekali tidak boleh menerima sindiran tajamku.
"Baiklah, saya akan tunggu. Terima kasih sebab sudi memberikan peluang kepada saya," ujarnya lalu beredar.
* * * * *
Aku sedang menikmati keindahan pantai Teluk Nipah di Pulau Pangkor apabila aku merasakan ada tangan yang memegang bahuku. Aku berpusing.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seseorang yang telah lama tidak aku temui. Sangat lama, tiga puluh enam purnama kami tidak ketemu. Aku dapat melihat senyumannya masih ada buatku, membuatkan aku berasa sangat lega.
"Assalamualaikum, Hani. Ingat makcik lagi tak?" sapa makcik Ros, insan yang berdiri di hadapanku ini.
"Wa'alaikumussalam, makcik. Mana boleh tak ingat. Makcik sihat?" tanyaku pula.
"Alhamdulillah, makcik sihat. Kamu datang sini seorang saja ke?"
"Ya, makcik. Seorang saja. Makcik datang sini bercuti ke?"
"Tak, Hani. Makcik datang sini cari kamu. Makcik rindu sangat dengan kamu. Kamu tak rindu makcik ke?"
Aku terkesima apabila makcik Ros berkata begitu. Namun begitu, semua yang berlaku ini adalah kerana salahku juga.
"Saya rindu makcik juga. Saya minta maaf sebab tak datang jumpa makcik."
"Kamu tak nak bertembung dengan Ilham, bukan? Kenapa tak cakap? Makcik boleh aturkan, asalkan kamu nak datang jumpa makcik."
Aku tersenyum mendengar jawapan makcik Ros. Sayang benar dia padaku. Sehingga timbul perasaan bersalah kerana tidak menjenguknya sepanjang tiga puluh enam purnama ini.
"Makcik datang dengan siapa? Pakcik ke?"
"Hani tengok sendirilah," jawab makcik Ros sambil menuding ke arah kirinya.
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan oleh makcik Ros tadi. Aku dapat melihat ayah Ilham, pakcik Husin sedang melambai ke arahku dan di sebelahnya adalah Ilham yang sedang tersenyum kepadaku.
Sejurus selepas itu, Ilham mendekati kami. Jantung aku mula berdegup kencang. Aduhai, jangan buat hal!
"Makcik tinggalkan kamu berdua ya. Kamu berbincanglah, jangan tangguh lama-lama. Takut hilang seri nanti," tegur makcik Ros setelah Ilham berada di hadapanku, lalu beredar meninggalkan kami berdua.
Aku memandang Ilham. Ya Allah, rindunya rasa! Tiba-tiba perasaan kesal itu mula menyelubungi segenap ruang hatiku kerana membiarkan Ilham menunggu selama tiga tahun. Kalau aku terus memberikan jawapan kepada pinangan Ilham dan Farish, pasti aku sudah beranak satu sekarang, bukan?
"Awak apa khabar?" tanya Ilham, sedikit gugup.
"Alhamdulillah, sihat. Saya tak nak tanya khabar awak kerana saya yakin awak sihat," selorohku, nakal.
Ilham terkejut pada mulanya, namun tersenyum tak lama selepas itu. Ada rona merah di wajahnya, malulah itu!
"Kenapa awak tak berikan keputusan awak pada pinangan saya? Atau awak dah terima pinangan Farish?" tanya Ilham, akhirnya.
"Kenapa awak tak hubungi saya?" tanyaku bagi menjeratnya.
"Awak kata jangan jumpa awak selagi awak tak berikan jawapannya."
"Ada saya kata jangan hubungi saya tak?" tanyaku lagi sambil membuatkan riak wajah nakal.
"Aduhai, macam mana saya boleh terkena ini? Saya minta maaf sebab tak hubungi awak dulu, sampai tiga tahun benda ini meleret," jawabnya, lemah.
"Kenapa awak tak cari lain dalam masa tiga tahun ini?"
"Awak boleh tunggu Farish selama tiga tahun sebelum dia masuk meminang awak, kenapa saya tak boleh tunggu awak tiga tahun bukan?"
Aku terdiam. Inilah jawapan yang aku cari, membuatkan aku tersenyum.
"Betul. Awak nak tahu apa keputusan saya pada pinangan Farish?"
"Mesti awak terima dia bukan?"
"Sebenarnya Farish sendiri yang minta agar saya pulangkan cincin tanda dua hari selepas saya berhenti kerja. Saya sangka dia sanggup tunggu saya, rupanya dia meminang saya kerana ibu bapanya sudah menggesanya agar segera berkahwin kerana keluarganya memerlukan zuriat."
Aku dapat melihat Ilham terkedu mendengar penjelasanku.
"Habis, bagaimana dengan saya?"
Aku tersenyum lebar lalu menekup mulutku dengan tangan kiriku. Aku memandang Ilham. Adakah Ilham menyedari sesuatu?
"Maksudnya, awak terima pinangan saya?"
Aku mengangguk. Aku lihat Ilham yang sedang melonjak kegembiraan membuatkan hatiku berasa amat bahagia kerana aku telah memilih insan yang menyayangiku dan aku sama sekali tak dapat membayangkan bagaimana hidupku tanpanya disisi. Cukuplah tiga puluh enam purnama aku hidup tanpanya, betapa seksanya rasa.
"Terima kasih sebab terima saya yang serba kekurangan ini," ujar Ilham sambil tersenyum.
"Terima kasih juga sebab memilih saya yang serba kekurangan ini dan sanggup tunggu sampai tiga puluh enam purnama untuk jawapan saya."
"Sebenarnya saya dah tunggu awak tujuh puluh dua purnama tahu? Tiga puluh enam yang pertama adalah untuk menyunting awak, dan tiga puluh purnama yang kedua adalah untuk menunggu jawapan awak," jelas Ilham.
Aku terpana. Betullah, dia sudah menantiku selama enam tahun. Kejamnya aku!
"Maafkan saya, Ilham."
"Tak apa, berbaloi apa tunggu tiga puluh enam purnama darab dua untuk dapatkan awak seumur hidup bukan? Nikmatilah zaman bujang awak, sebab tak lama lagi awak akan jadi milik saya," ujar Ilham sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang ke arah laut. Malas pula nak menjawab, nanti perkara ini akan meleret sampai dua tiga perenggan lagi. Apapun, tak sia-sia aku tunggu tiga puluh enam purnama untuk seorang lelaki bernama Muhammad Ilham bin Husin.
*TAMAT*
Foot print: Terima kasih Deena sebab bagi cadangan tajuk. =)
Sunday, August 21, 2016
#TigaPuluhEnamPurnama
Posted by Izzah Nadiah at 9:55 PM 0 comments
Labels: Cerpen Tunggal
Monday, June 13, 2016
Kasih Tak Terbanding Part 10 (Akhir)...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdulillah dapat lagi aku mencoret dalam belog tersayang aku ini. Aku tak nak cakap banyak, moh semua layan sambungan cerpen bersiri ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:
Syahira cuba membuka matanya. Matanya dapat dibuka sedikit,
namun dia tak dapat melihat apa-apa. Semuanya gelap. Dia cuba bangun, namun dia
mendapati tangan dan kakinya terikat. Dia cuba pula untuk menjerit, namun
kerana mulutnya telah disumbat dengan kain dan bibirnya dilekatkan dengan pita
pelekat, jeritannya tak lagi kedengaran.
Sedang dia bergelut untuk melepaskan diri, dia terdengar
suara Azhar mendekatinya. Setiap kata-kata Azhar jelas kedengaran di
telinganya.
“Sayang dah sedar? I minta maaf, I terpaksa ikat you sebab I
tak nak you lari lagi sayang. I nak you jadi milik I seorang saja. Tapi I boleh
bukak pita pelekat pada mulut you,” ujar Azhar lalu menanggalkan pita pelekat
yang menyekat pergerakan bibir Syahira sedari tadi.
“Lepaskan I! I rasa you ni dah gilalah! Gila tau tak?”
jerkah Syahira sebaik sahaja pita pelekat itu ditanggalkan.
“Sayang, I bagi you cakap bukan untuk you terjerit-jerit
macam orang gila! I belum pekaklah, Ira! Tapi kan, I tak nak lepaskan you,
sebab nanti you akan lari. Betul tak?”
Mendengar cara percakapan Azhar, Syahira mulai bimbang.
Sebelum ini bekas suaminya tak pernah bertindak begini. Pasti ada yang tak
kena, Azhar perlukan bantuan.
* *
* * *
“Kenapa dengan Ida, Aamir?” tanya Mak Aina sebaik sahaja dia
tiba di ruangan menunggu hospital. Aamir yang menyedari kehadiran ibu bapanya
terus berdiri lalu memeluk ibunya.
“Doktor suruh Aamir pilih antara Ida dengan kandungan.”
“Kandungan? Sejak bila Ida mengandung? Kenapa mama tak
tahu?”
“Abang tahu, kamu itu saja yang tak tahu. Yalah, sejak kamu
ada menantu baru, mana kisahkan menantu lama kamu. Sihat ke dia, sakit ke dia,
mana pernah kamu tanya dah,” sindir Pak Zaini, tajam.
Terkesima dua beranak itu mendengar sindiran Pak Zaini.
Tergamam pun ada.
“Oh ya Aamir, dah beritahu pada mak ayah Ida?” tanya Pak
Zaini bagi memecah kesunyian.
“Sudah, mama dengan ayah dalam perjalanan. Mereka kata dalam
tiga jam baru sampai, itulah paling cepat. Abah faham-fahamlah, ayah itu
bukannya muda lagi.”
“Abah faham. Abah kagum macam mana dia masih boleh berjalan
jauh lagi. Abah dah tak larat dah.”
“Ida kata dia memang suka berjalan sejak muda. Ida itupun
dapat tabiat dia juga,” seloroh Aamir walaupun sedang bimbangkan keselamatan
isterinya.”
“In sha Allah Aamir, semuanya akan berjalan lancar. Allah
tahu apa yang terbaik buat kita semua,” ujar Pak Zaini apabila menyedari
kebimbangan yang dialami oleh anaknya itu.
Aamir hanya mampu tersenyum nipis.
* *
* * *
Syahmi sedang berdiri tidak jauh dari rumah Azhar apabila
seorang lelaki datang mendekatinya.
“Encik Syahmi?” tanya lelaki itu.
Syahmi hanya mengangguk.
“Saya Inspektor Johan dari IPD Dang Wangi. Betulkah teman
wanita encik berada dalam rumah ini?”
Sekali lagi Syahmi mengangguk.
“Encik tahu siapa yang menculik dia?”
“Bekas suaminya. Saya syak dia ada masalah psikologi sejak
mereka berdua bercerai kerana ini bukan pertama dia menganggu Syahira dan
saya.”
“Encik pun pernah diganggu?”
“Ya, Inspektor. Dia pernah datang maki hamun saya dan juga
datang merayu pada saya. Kedua-duanya berkenaan Syahira.
“Baiklah, kalau begitu biar kami siasat. Sebaiknya Encik
Syahmi tunggu berita tentang hal ini dari dalam kereta saja. Saya bimbang
lelaki itu akan bertindak agresif andai dia ternampak encik berada di sini.”
Syahmi tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk lalu
berjalan menuju ke arah keretanya. Dia hanya mampu mendoakan keselamatan
Syahira.
Sedang dia melayan perasaan, telefon bimbitnya berdering.
Dia melihat skrin telefon bimbitnya, nama “Aamir” tertera. Tanpa berlengah, dia
segera menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum Syahmi, maaf mengganggu tapi perkara ini
mustahak. Ada jumpa Syahira tak? Puas aku hubungi dia tapi telefon bimbitnya
tak aktif,” kedengaran suara Aamir dari hujung talian.
“Wa’alaikumussalam Aamir, aku sebenarnya ada hal nak
beritahu kau pasal Syahira. Aku share location aku kat kau, kau datang sini
sekejap.”
“Okay, bro. See you,” jawab Aamir lalu memutuskan talian.
Syahmi membuka aplikasi WhatsApp lalu mengkongsikan
kedudukannya kepada Aamir bagi memudahkan Aamir untuk mencarinya. Dia hanya
mampu berharap agar semuanya selamat.
*
* * *
*
Syahira membuka matanya sekali lagi. Bergelut dengan Azhar
tadi membuatkan dirinya tidak sedar setelah ditampar dengan begitu kuat.
Apabila dia sedar semula, alangkah terkejutnya dia apabila melihat keadaan
dirinya yang separa bogel itu. Dia dapat merasakan dirinya sudah dinodai oleh
lelaki yang dulunya bertakhta di hati itu.
“Dah bangun dah, sayang? Meski you terkejut tengok keadaan
you. Itulah, siapa suruh you degil sangat?
Kan dah kena,” sindir Azhar dengan nada yang paling lembut yang pernah
dia tuturkan.
“You memang sah gila! You ingat, bila you buat begini, I
akan kahwin dengan you? Silap banyaklah you!” tengking Syahira, sambil membalut
tubuhnya dengan selimut yang ada di sebelahnya.
“I tahu you akan kembali dengan I, sebab I dah siap rakam detik kita bersama. Kalau I
sebarkan di internet, you mesti malu kan? Jadi, macam mana sekarang? Masih tak
nak lagi?”
Syahira kaget. Pastinya dia tak mahu maruahnya dipijak-pijak
oleh bekas suaminya sendiri. Namun, untuk menyerahkan diri sekali lagi pada
lelaki yang sudah tidak dia kenali, memang tak mungkin. Jadi, Syahira
memikirkan bagaimana dia mahu melepaskan diri tanpa maruah atau nyawanya berada
dalam bahaya.
“Azhar, you kata you sayang I tapi kenapa you buat I
begini?” tanya Syahira, sengaja dimanjakan suaranya bagi mengelirukan Azhar.
“Sebab I sayang you, I buat begini. Supaya you tak lari
lagi. Eh, I tak perasan pula you tak terikat! Sekejap ya sayang, I kena ikat
tangan you balik ini,” ujar Azhar lalu mencapai lengan Syahira.
Untuk keselamatan dirinya, dia membiarkan saja Azhar
mengikat kedua belah tangannya di kepala katil. Kemudian, dia melihat Azhar
mengikat kedua belah kakinya di kaki katil pula.
“Now, that’s better.”
“You nak buat apa ini, sayang?” Terpaksa dia sebutkan juga
perkataan terakhir itu meski jijik rasa di anak tekaknya.
“Tak ada apa, I nak tengok you saja sayang. Sebenarnya kan,
I tak buat apa-apapun pada you. I Cuma tanggalkan seluar dengan seluar dalam
you saja sebab nak you fikir I dah apa-apakan you. Rakam pun tak, saja buat
propaganda sikit. Cuma itu tak bermakna yang I takkan buat.”
Mendengar kata-kata Azhar, Syahira menarik nafas lega. Setidak-tidaknya,
dia masih belum dinodai, buat masa ini.
Sedang dia mengelamun, tiba-tiba kedengaran pintu bilik itu
dibuka. Dia dan Azhar sama-sama memandang ke arah pintu tersebut. Alangkah
terkejutnya mereka berdua apabila melihat tiga orang polis berada di hadapan
mereka.
Azhar cuba untuk meloloskan diri, namun gagal. Dia akhirnya
ditahan atas tuduhan menculik dan cubaan merogol. Sebelum dia dibawa pergi, dia
sempat menoleh ke arah Syahira lalu berkata, “Ingat, Syahira! Awak milik saya
seorang saja, tunggu saya tahu?”
Syahira yang sedang dibukakan ikatannya oleh seorang anggota
polis perempuan, hanya mendiamkan diri kerana bimbang jawapannya kelak akan
membuatkan Azhar menjadi agresif. Selepas ikatannya dibuka, polis tersebut memberikannya
pakaiannya yang digantung oleh Azhar di atas penyidai tuala agar Syahira dapat
memakainya kembali.
Selepas itu, dia dibawa keluar dari rumah tersebut. Melihat
kelibat Syahira, Syahmi dan Aamir yang berada di situ sedari tadi berlari
menuju ke arahnya.
“Cik, macam mana semuanya dah selesai?” tanya Syahmi kepada
anggota polis wanita di sebelah Syahira.
“Sudah, encik. Kami dah ambil keterangan Cik Syahira pun,”
jawab Konstabel Rina, polis wanita tersebut.
“Kalau begitu, lebih senang sebab kami perlu bawa dia ke
hospital. Kawan baiknya tengah pembedahan nak bersalin,”ujar Syahmi.
“Boleh, encik. Cik Syahira, terima kasih atas kerjasama cik
tadi. Cik bolehlah ke hospital sekarang. Kawan cik pasti memerlukan cik
sekarang,” ucap Konstabel Rina pada Syahira sebelum beredar meninggalkan mereka
bertiga.
“Kenapa dengan Ida, Aamir?” tanya Syahira, cemas.
“Jom kita ke hospital dulu. Dalam kereta nanti kami cerita.
Aamir pun datang tadi naik teksi. Jadi, kita akan pergi ke sana bersama.”
Syahira tidak menjawab lalu mengikut saja di belakang mereka
berdua yang sudahpun bergerak menuju ke kereta Syahmi. Apapun yang berlaku, dia
hanya berdoa agar semuanya selamat.
* *
* * *
Tiga bulan kemudian…
“Minta maaflah mama sebab minta tolong mama jagakan Ayu ini,
hari ini Aamir ada hal nak uruskan. Aamir takut nanti bukan-bukan pula jadi
pada puteri Aamir ini,” ujar Aamir lalu menyerahkan Ayu yang tengah lena ke
pangkuan Mak Aina.
“Kasihan Aamir. Tak apa, mama faham. Pergilah uruskan hal
kamu itu dulu.”
“Baik, mama. Aamir pergi dulu. Assalamualaikum,” ucap Aamir
lalu mencium tangan ibunya sebelum beredar masuk ke dalam kereta.
“Kenapa abang suruh mama jaga Ayu? Sayang boleh jaga, selama
ini sayang jaga kan?” tanya Nadira yang duduk di sebelah Aamir di dalam kereta
itu.
“Oh, tidak! Kita kena berhati-hati. Dia masih bayi lagi,
mana boleh dekatkan dia dengan Ana. Nanti sakit budak itu, sayang sanggup tak
tidur malam ke?”
“Eleh, abang! Selama ini Dira tak tidur pun, bukannya abang
tahu! Abang sedap saja berdengkur,” ujar Nadira lalu mencebik.
“Ala, sayang ini. Abang nak bergurau pun dah tak boleh.
Sensitifnya. Abang tahulah sayang abang ini tak tidur malam sebab mata dia
macam panda,” ujar Aamir lalu ketawa terbahak-bahak.
Tindakan Aamir membuatkan Nadira berasa geram lalu mencubit
suaminya.
“Sakitlah, sayang!”
“Tahu pun sakit. Hati Dira yang sakit ini bagaimana?”
“Yalah, abang minta maaf. Sayang jangan marah, nanti tak
cantik.”
“Tak cantik pun abang nak kan? Siap tunggu lama lagi kan?”
“Perasannya isteri abang ini! Siapa ajar?”
“Takkan baru tahu kot sayang ini perasan tak sudah? Abang
ini nama saja dah kahwin dengan sayang tiga tahun, benda itu pun abang tak
tahu.”
Jawapan Nadira sekali lagi memecahkan hilai tawa Aamir.
Mendengar ketawa Aamir, Nadira semakin geram dan terus mendiamkan diri. Tak
kuasa nak melayan kerenah suaminya itu.
* *
* * *
Mahkamah menjatuhkan bahawa Azhar sudah tidak siuman dan
seharusnya dirawat. Sehubungan itu, dia telah dihantar ke Hospital Bahagia
Tanjung Rambutan.
Setelah sebulan baru Syahira dapat menguatkan diri untuk
melawat insan yang pernah ada dalam hatinya itu. Itupun selepas dipujuk oleh
Syahmi yang baru dinikahinya seminggu lepas.
Dari jauh lagi dia dapat melihat kelibat Azhar yang sedang
bermain kejar-kejar dengan rakan-rakannya. Sehangat manapun hati Syahira yang
terluka dek perbuatannya itu, wanita itu tetap tak mampu menahan sebak melihat keadaan
bekas suaminya itu.
“You kena kuat, sayang. I tahu you sedih, walaupun dia
pernah lukakan you tapi you tetap tak sampai hati nak tengok dia begitu kan?”
tanya Syahmi setelah menyedari yang isterinya itu mengalirkan air mata.
“I bukan apa, I memang tak sangka dia boleh jadi begini.
Sangat tak sangka.”
“Kita semua pun tak sangka. Cuma I pasti, Allah takdirkan
begini pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Mungkin juga untuk memudahkan kita untuk
memaafkannya.”
“Betul juga ya. Terima kasih Hubby. Love you,” ujar Syahira
sambil melangkah keluar dari wad psikiatri itu. Syahmi juga mula melangkah
mengikuti langkah Syahira.
Setelah puas Syahmi mengejar Syahira, akhirnya mereka
berjalan seiringan. Syahmi bertindak merangkul bahu Syahira dan tindakan Syahmi
mengejutkan Syahira. Syahira yang berasa sedikit malu itu membalas tindakan
suaminya dengan merangkul pinggang Syahmi pula.
“Orang lain bulan madu di gunung, pulau, pantai, ada kawan
kita ini bulan madu di hospital pula. Bukan hospital biasa, hospital psikiatri
pula tu!”
Suara yang menegur itu menghentikan langkah pasangan suami
isteri itu. Mereka berdua memandang ke hadapan, terlihat Aamir dan Nadira
berdiri di hadapan mereka.
“Eh, Aamir, Ida! Kau orang buat apa kat sini?” tanya Syahira
sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Aku dengan Aamir nak pergi melawat bekas suami kaulah.
Sejahat-jahat dia, dia tetap kawan kami. Cuma yang aku tak faham itu, apa
pengantin baru ini buat disini? Bila nak pergi bulan madu hah?” jawab Nadira.
“Esok kami bertolaklah, Ida. Ayu mana? Rindu nak main dengan
dia,” jawab Syahmi.
“Bulan madu mana? Ayu ada dengan opahnya. Opahnya dah rindu
cucu sampai demam,” seloroh Aamir sambil ketawa. Nadira pula tersenyum, cuba
menahan ketawa.
“Maldives saja mampu,” jawab Syahira sambil tersengih.
“Maldives saja mampu? Untunglah mampu, aku dengan Aamir dulu
bulan madu atas katil di rumah saja,” sindir Nadira.
“Dira yang tak nak, bukan abang tak nak bawa,” jawab Aamir.
“Ya, salah Dira. Tahulah,” jawab Nadira lagi sambil
mencebik.
“Bro, kau ini kan! Waktu Ida ini bertarung nyawa dalam bilik
pembedahan, kau bukan main lagi nak jadi suami mithalilah, tak nak gaduh
lagilah, apa cerita ini?”
Mendengar kata-kata Syahmi, Nadira menjeling ke arah Aamir
manakala Aamir pula cuba untuk mengelak daripada memandang Nadira.
“Mithali apa? Mithali tu bolehlah, tapi tang gaduh itu tak
pernah berubah pun!”
“Abang tak bolehlah tak kacau sayang. Jiwa abang tak tenang
kalau sehari tak gaduh-gaduh manja dengan Dira.”
“Ya ke? Balik nanti kita gaduh ya abang. Agak-agak siapa
yang tak dapat tidur dengan siapa malam ini ya?”
“Ugut abang ke?”
“Abang rasa?”
“Okay dah kau orang, dah boleh berhenti dah! Daripada
bercinta, sampai dah beranak pun tetap macam ini ya?” tanya Syahira bagi
meleraikan pertelingkahan antara Aamir dan Nadira.
“Sayang kena faham, mereka berdua ini nampak saja asyik nak
bergaduh tapi kasih sayang mereka memang tak ada siapapun mampu tandingi.
Bagilah apapun dugaan, mereka dapat hadapi dengan tabah,” jawab Syahmi.
“Cakap pasal dugaan, Rohana apa khabar?” tanya Syahira.
Soalan Syahira membuatkan keduanya terkedu. Tak lama selepas
itu, baru Aamir dan Nadira sedar yang mereka tidak menyampaikan berita itu
kepada pasangan pengantin baru ini.
“Ana dah meninggal, kelmarin. Malam ini kenduri tahlil malam
ketiga. Kalau kau orang rasa larat nak pergi, jemputlah. Aku buat di rumah mak
ayah aku.”
Jawapan Aamir membuatkan Syahira dan Syahmi pula terkedu.
“Aku minta maaf, aku tak tahu,” ujar Syahira, perlahan.
“Tak apalah, sebab arwah pergi memang tak ada siapapun tahu.
Tahu-tahu nurse datang periksa, dah tak ada,” jelas Aamir.
“Macam dia tak nak ada sesiapapun tahu dia dah pergi,” ujar
Nadira pula.
“Benda dah lepas, bro, sis. Kita yang hidup ini kena
teruskan. Kita sedekahkah Al-Fatihah pada arwah, in shaa Allah rohnya pasti
akan mendapat rahmat Allah,” ujar Syahmi.
“In shaa Allah…”
“Sudahlah, kami berdua gerak dulu. Nak berehat di rumah
saja, malam nanti kami singgah kenduri tahlil itu. Doakan kami berdua dapat
rezeki ya?” seloroh Syahmi, gatal.
“You!” jerit Syahira yang diselubungi perasaan malu.
“Kami faham. Kami sama-sama doakan kau orang ya?” jawab
Aamir sambal mengenyitkan sebelah mata bagi menyakat Syahira yang sudah malu
itu.
Tindakan mereka berdua membuatkan Syahira mencebik dan
Nadira pula tertawa riang dengan telatah kedua-dua suami mereka.
Kemudian, mereka mula bersalaman sesama sendiri. Nadira dan
Aamir berlalu pergi terlebih dahulu meninggalkan Syahira dan Syahmi berdua di
situ.
“You tahu, Ida dan Aamir adalah bukti kasih tidak terbanding.
Kalah semua kisah cinta di dunia dengan kisah mereka,” ujar Syahmi.
“Kalau dulu, mungkin I takkan setuju dengan you tapi
sekarang I setuju. Memang tak terbanding. Hanya kasih sayang Allah sahaja yang
berada di atas kasih mereka.”
“Jom, sayang.”
*TAMAT*
Foot print: Habis sudah cerpen ini. Maka, dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya ingin berehat buat sementara waktu. Semoga berjumpa di lain entri. ;)
Posted by Izzah Nadiah at 7:07 PM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Wednesday, April 27, 2016
Kasih Tak Terbanding Part 9...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdulillah dapat lagi aku mencoret dalam belog tersayang aku ini. Aku tak nak cakap banyak, moh semua layan sambungan cerpen bersiri ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:
“Apa ini, Aamir? Kau tahu kan betapa susahnya nak dapatkan Ida dulu? Kenapa kau pergi ceraikan dia?” tanya Syahira, berang dengan tindakan Aamir.
Alhamdulillah dapat lagi aku mencoret dalam belog tersayang aku ini. Aku tak nak cakap banyak, moh semua layan sambungan cerpen bersiri ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:
“Apa ini, Aamir? Kau tahu kan betapa susahnya nak dapatkan Ida dulu? Kenapa kau pergi ceraikan dia?” tanya Syahira, berang dengan tindakan Aamir.
“Sabar sayang, biar dia jelaskan,” tegur Syahmi setelah
melihat Syahira begitu.
“Aku tak nak jawab soalan kau sebab aku rasa jawapannya aku
dah beritahu dalam surat yang aku minta kau bagi Ida hari itu,” jawab Aamir.
“Itu hanya alasan, Aamir!”
“Terpulanglah kau nak fikir apa. Aku lebih tahu apa yang
terbaik untuk aku dan dia.”
“Kau pasti akan menyesal dengan tindakan kau. Aku akan
pastikan.”
“Kalau dia nak cari yang lain, aku tak boleh nak halang tapi
kalau dia betul-betul kenal bekas suaminya ini, dia tahu kenapa aku buat
begini.”
“Bro, boleh aku tanya sikit tak?” tanya Syahmi pula.
“Apa dia?”
“Isteri muda kau ada di mana sekarang? Siapa yang jaga dia?”
“Akulah, sejak dia disahkan ada penyakit itu, mak ayah dia
langsung tak ambil peduli. Aku dah pergi rumah mereka, pintu pun mereka tak
buka untuk aku. Agaknya mereka ingat aku pembawanya kot.”
“Mak kau pula?”
“Mak aku lagi teruk! Dulu itulah menantu kesayangannya,
sekarang dengar nama pun tak mahu. Berdesing telinga aku dengar dia memekak.
Dulu aku tak mahu, dia juga yang memaksa. Sekarang bila dah jadi begini, tak
ada siapapun nak bantu aku jaga dia.”
“Bila kau pergi kerja, siapa jaga dia?”
“Aku upah jururawat peribadi. Mujur dia pernah jaga pesakit
macam bini aku, jadi tak payah nak diajar lagi. Cuma upahnya boleh tahan juga,
sebab itulah aku ambil dia kerja siang saja, naya aku nak ambil kerja 24 jam.”
“Teruk sangat ke bini kau sampai kena berjaga bagai?” tanya
Syahira, bingung.
“Bro, dia tak tahu ke bini kau sakit apa?” tanya Syahmi
pula.
“Tak, bro. Aku memang tak beritahu dia. Ira, bini aku itu
ikut qada’ dan qadar dia saja. Kalau Allah nak jemput awal, awallah dia. Kalau
Allah nak panjangkan umurnya, lama lagilah nafasnya. Itu saja aku mampu
katakan.”
“Bro, aku ada lagi satu soalan. Lelaki yang bersama bini kau
dulu, mana dia sekarang?”
Soalan Syahmi membuatkan Aamir terkesima. Tak lama kemudian,
dia mengeluh berat.
“Dia dah meninggal dunia minggu lepas. Kena bunuh, ditolak
dari balkoni apartmen dia sendiri.”
“Kejadian lelaki kena tolak dari tingkat 14 itu dia ke?
Innalillah wainnailaihi rajiun. Macam mana kau tahu?”
“Polis cari bini aku untuk bantu siasatan. Terkejut polis
bila tengok isteri aku punya keadaan, sebab isteri aku termasuk dalam suspek
utama kejadian itu.”
“Kalau dia sihat, memang mati lelaki itu dia kerjakan aku
rasa,” jawab Syahira.
“Itulah, aku kasihan dengan dia. Selalu dia duduk termenung
lepas itu menangis. Siapapun di tempat dia pasti akan berasa yang sama kan?”
ujar Aamir lalu mengeluh berat.
Syahmi dan Syahira pula hanya mendiamkan diri, kematian
kata-kata.
* *
* *
*
“Abang dah balik?” tanya Rohana apabila dia melihat kelibat
Aamir yang baru saja memasuki biliknya.
“Sudah, abang ambil cuti separuh hari. Ada hal nak kena
jumpa Ira dengan Syahmi tadi.”
“Oh ya ke. Ira itu kawan abang ke kak Ida?”
“Kawan kami, tapi dia kawan baik kak Ida. Kenapa?”
“Tanya saja. Oh ya, kenapa Ana tengok abang tak balik rumah
kak Ida? Hari-hari abang balik sini.”
“Abang tak berani, takut tersalah langkah. Nanti sakit pula
Ida.”
“Sayang betul abang pada Ida.”
“Mahunya tak sayang, Ana tahu berapa lama abang tunggu Ida
itu?”
“Kalau ikut gaya percakapan abang, mesti dah lama tunggu
kan?”
“Ida itu bekas teman wanita abang waktu kolej dulu, lima
tahun lepas kami putus baru kami kahwin.”
“What? Maksudnya, abang tak bersama dengan kak Ida sampai
nikah?”
“Tak, abang masuk meminangnya senyap-senyap. Itupun kami
memang tak berhubung sepanjang lima tahun itu.”
“Apa dia, abang? Abang tak bercakap dengan dia? Habis itu,
kenapa dia terima?”
“Katanya sebab abang jawapan istikharah dia.”
“Abang, Ana ingat nak ajak abang solat berjemaah. Ana dah
lama tak solat, mungkin sebab Allah duga Ana. Kadang-kadang Ana memang rasa
cemburu dengan Kak Ida walaupun mama abang nampak macam tak suka dia, tapi jauh
di sudut hati mama Ana tahu mama itu sayang sangat dengan Kak Ida. Mungkin
sebab dia terdesak nakkan zuriat saja, dia suruh abang berkahwin dengan Ana.
Akhirnya, Ana pun tak boleh bagi zuriat pada abang,” keluh Rohana lalu
menangis.
“Ana, semua yang terjadi ada hikmahnya. Bukan sesuka hati
Dia nak berikan semua ini pada kita. Kita kena yakin dengan ketentuan-Nya.
Abang nak salahkan Ana pun tak boleh, benda dah jadi. Kalau abang fikirkan
marah abang sekalipun, masalah kita takkan pernah selesai. Jadi, kita kena
fikir apa yang harus kita lakukan sekarang.”
“Abang jangan buat begini kerana simpati. Ana akan rasa
bersalah nanti.”
“Sebab simpatilah abang masih buat begini. Masih boleh jaga
Ana. Kalau abang dah tak ada sekelumit simpati pun, memang abang biarkan Ana.
Kalau nak cakap tentang sayang, mak dengan ayah Ana yang kita memang sedia
maklum sayangkan Ana, tatang Ana macam minyak yang penuh pun rasa malu bila
jadi begini. Mama abang yang sanjung Ana, puja Ana dulu, tinggalkan Ana begitu
saja. Jadi tak perlu Ana harapkan kasih sayang abang sebab itu takkan menjamin
keikhlasan abang menjaga Ana. Cukup Ana tahu Ana punya tempat dalam hati abang,
itu saja.”
Mata Rohana mula berkaca apabila mendengar penerangan
panjang lebar Aamir. Hendak menyesal sekarang pun dah tak berguna. Memang dia
tahu sangat suaminya itu tidak menyayanginya sebanyak mana madunya disayangi.
Namun akhirnya, insan itu jugalah yang sentiasa ada untuknya.
* *
* * *
“Sakitlah, Azhar! Apa main tarik-tarik ini? I boleh jalan
sendirilah!” jerit Syahira setelah dia diseret oleh Azhar yang muncul dari
belakang. Sakitnya tangannya hanya Tuhan saja yang tahu.
“Kalau I bagi you jalan sendiri, you akan cari jalan nak
larikan diri. Macam I baru kenal you semalam kan? You itu bini I, I kenal
sangat dengan you.”
“Pembetulan, it is ex wife! Jangan nak perasan sangat, kita
baru saja habis edah minggu lepas. Jadi you memang dah taka da kena-mengena
dengan I lagi.”
“You ini nak I buat macam mana ya baru you nak faham? I
sayangkan you!”
“Kalau sayangkan I, you tak cari lain. You yang cari pasal,
sekarang nak salahkan I pula! You jangan jadi lelaki gila talaklah, Azhar!
Sedar sikit, you tak layak dapat kasih sayang I lagi setelah apa yang you buat
pada I!”
Kata-kata Syahira benar-benar mencabar keegoan seorang
Azhar. Azhar bertindak melempang Syahira sekuat hatinya menyebabkan wanita itu
rebah ke sofa bersebelahan mereka dan tidak sedarkan diri.
Azhar cuba mengejutkan Syahira namun wanita itu masih tidak
sedarkan diri. Azhar merasakan ini merupakan peluang keemasan baginya dan tanpa
berlengah, dia terus mencempung bekas isterinya itu lalu membawanya keluar dari
pejabat wanita itu. Setiap orang yang bertanya perihal tindakan Azhar itu, dia
akan mengatakan dia ingin membawa Syahira ke klinik.
Namun begitu, tanpa Azhar menyedari, dia telah melintasi
Syahmi yang sedang menuju ke bilik Syahira bagi menjemputnya kekasihnya itu
makan tengahari. Syahmi yang pada mulanya tidak menyedari bahawa yang dicempung
Azhar itu adalah Syahira, akhirnya cuba mengekori mereka berdua secara diam.
* *
* * *
Nadira yang sedang baring itu bangun kerana merasakan sakit yang
sangat kuat pada perutnya. Dia ke bilik air kerana dia ingin membuang air,
namun langkahnya terhenti apabila dia menyedari lantai bilik tidurnya dipenuhi
darah.
Dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Syahira, namun
tidak berjawab. Tanpa berfikir panjang, dia menelefon Aamir. Nasibnya baik
kerana kali ini bekas suaminya itu menjawab panggilannya.
“Hello, assalamualaikum kak. Ini Ana, ada apa kak?”
“Wa’alaikumussalam. Ana tolong panggil abang suruh datang
sini, akak ada pendarahan. Tolong Ana,” jawab Nadira lalu memutuskan panggilan.
* *
* * *
Amir yang sedang menunggu keputusan pemeriksaan Nadira di
hospital memegang sampul surat yang ditemuinya ketika mencari kad pengenalan
bekas isterinya itu. Tanpa berlengah, dia membuka sampul tersebut dan mula
membaca satu per satu bait kata-kata yang dikarang oleh Nadira itu:
Buat Aamir Arsyad,
Ida ingin memohon
sejuta ampun dan maaf daripada abang kerana di saat abang membaca warkah, mungkin
Ida sedang bertarung nyawa bagi melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi
ini. Khalifah pinjaman Allah buat kita berdua, mungkin satu-satunya khalifah
kita. Seperti yang abang sedia maklum, kandungan Ida ini sangat berisiko dan
apa-apapun boleh jadi ketika Ida melahirkan nanti.
Ida sudah lama
mengetahui bahawa kandungan Ida ini bermasalah, sejak bulan kelima lagi. Kini,
kandungan Ida akan menjangkau bulan kelapan tak lama lagi. Doktor telah
menasihati Ida supaya tidak bersendirian kerana dikhuatiri Ida akan turun
darah.
Jangan terkejut andai
bila-bila masa saja dari saat Ida di hospital, pihak hospital akan meminta
abang memilih antara anak dan Ida. Andai itu terjadi, pilihlah anak kita abang.
Itu saja hajat abang dan mama abang, Ida tahu. Cukuplah abang dah bahagiakan
Ida sepanjang dua tahun lebih kita bernikah, Ida tak ada apa-apa sesalan lagi.
Ida faham, abang
ceraikan Ida kerana abang tak mahu Ida dan anak kita terkena jangkitan penyakit
Ana. Ida tak salahkan abang, memang tak ada sesiapapun akan faham niat abang.
Andai panjang umur Ida, Ida tetap akan setia menanti abang kembali dalam hidup
Ida.
Akan tetapi, andai
umur Ida tak panjang, Ida minta tiga perkara saja daripada abang, ampunkan
segala dosa Ida pada abang dan halalkan makan minum Ida. Jaga anak kita
baik-baik, Ida tahu abang boleh jaga dia.
Akhir kata, Ida nak
abang tahu Ida sayang sangat abang.
Yang benar,
Sayyidah Nadirah
Ahmad Tarmizi
Bergenang air mata lelaki Aamir setelah habis membaca warkah
daripada insan yang sangat dicintainya itu. Belum sempat lagi melepaskan rasa,
Dr. Julia, yang merawat Nadira sedari tadi berdiri di hadapannya. Dia
mendongakkan kepalanya bagi melihat wajah doktor tersebut.
“Encik Aamir, saya dah lakukan pemeriksaan pada Puan Nadira.
Berat buat saya katakan bahawa peluang untuk saya selamatkan keduanya amat
tipis. Jadi, saya memerlukan jawapan daripada Encik Aamir. Siapa yang perlu
saya selamatkan? Puan Nadira ataupun kandungan?”
Terkesima Aamir mendengar soalan doktor tersebut. Ternyata
ramalan Nadira benar belaka. Namun, Aamir melepaskan keluhan berat. Hanya itu
yang mampu dia lakukan. Dia panik.
*bersambung*
Foot print: Hati ini tersimpan 1001 macam perasaan...
Posted by Izzah Nadiah at 11:00 PM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Subscribe to:
Posts (Atom)
Cuba baca yang ini:
-
Aku termenung sendiri. Meskipun pandangan mataku dapat melihat kelibat Pulau Lagenda dari tempat aku berdiri, namun fikiran sudah tidak tahu...
-
Link terdahulu: Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4 Bahagian 5 Bahagian 6 Bahagian 7 Bahagian 8 Bahagian 9 Bahagian 10 ...
-
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh... Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam belog biru ni... Alham...