Monday, September 22, 2014

Kasih Tercipta Part 11...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh,

Jenuh nak sambung "Alasan Untuk Bahagia" sebab cerpen itu part dia aku buat panjang sikit berbanding cerpen-cerpen lain. Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:


Arissa sedang membuka pintu ketika Syazwan tiba di rumah. Melihat ketibaan suami, dia memilih untuk berdiri di hadapan pintu. Setelah Syazwan keluar dari kereta, Arissa lihat wajah suaminya itu sugul dan nampak murung. Arissa mula diulit rasa bimbang.

           "Assalamualaikum, abang. Abang okay ke tak ni?" tanya Arissa selepas mencium tangan suaminya seperti selalu.

           "Wa'alaikumussalam, entahlah. Abang pening kepala, jangan ganggu abang," jawab Syazwan, lemah dan terus meluru masuk ke dalam rumah.

           Arissa mengikutnya sehingga ke dalam bilik. Melihat Syazwan duduk di birai katil, Arissa duduk di sebelahnya. Walaupun dia menyedari tindakan Arissa, dia tidak mempedulikan tingkah laku isterinya itu.

          "Izinkan Arissa urut abang, boleh? Biar abang rasa selesa dan tenang," pelawa Arissa setelah melihat suaminya itu masih berdiam diri.

           Syazwan hanya mengangguk. Melihat respon si suami, Arissa mula mengurut bahu Syazwan bagi mengurangkan tekanan yang dialami Syazwan itu. Syazwan pula mula berasa tenang dan selesa apabila badannya dimanjakan sebegitu.

          "Abang minta maaf tentang tadi. Abang dah mula rasa stress. Abang Rid bagi kerja dia semua kat abang tapi abah macam nak cari salah abang. Abang tak boleh nak tahan lagi dah," luah Syazwan tanpa dipinta.

         Arissa tidak menjawab luahan suaminya itu kerana dia tahu masih tak lengkap lagi kisah itu. Namun, dia cuba menenangkan suami dalam urutannya. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi, urutan isteri itu penenang terbaik seorang suami.

         "Abang tahu abang sakit, tapi abang tak tahu kenapa abah benci sangat dengan abang. Kalaulah abah tahu abang tak curi duit dia dulu, pasti abang tak sakit."

         "Betul ke abang sakit sebab itu? Bukan sebab lain ke abang? Arissa rasa macam ada yang tak kena sejak mula. Kasih sayang abah pada abang dan abang Rid tak sama. Maafkan Arissa tapi Humairah ada menceritakan tentang abang pada Arissa sebelum kita kahwin," terang Arissa.

          "Apa dia?" tanya Syazwan, ingin tahu.

          "Kita makan dulu ya. Nanti lepas makan, Arissa janji Arissa cerita," pujuk Arissa lalu bangun dan menarik tangan suaminya itu.

         Syazwan tidak membantah, hanya menurut saja isterinya menuju ke ruang makan. Terlihat ibunya sedang menanti mereka berdua untuk makan.

        "Eh? Syazwan balik makan rupanya. Ingatkan ibu makan dengan Arissa saja," ucap Datin Rosnah selepas melihat anaknya duduk berhadapan dengannya.

        "Hari ini kan Arissa masak lauk kegemaran Syaz, mana boleh tak balik ibu?" Jawab Syazwan, menyengih.

        "Tak habis-habis dengan ayam masak kicap dia. Macam budak-budak. Arissa pun, layankan saja Syaz ni. Itu yang naik mengada tu," ngomel Datin Rosnah.

        Omelan Datin Rosnah memecah tawa Syazwan dan Arissa.

        "Tak apalah, ibu. Syaz mengada dengan Arissa, bukan dengan perempuan lain pun. Sebelum dia menggatal, baik Arissa 'ikat' dia siap-siap. Betul tak ibu?" seloroh Arissa.

        "Betullah tu, Arissa. Ibu rasa kesal sangat dengan sikap abah pada Syaz sedangkan..."

        "Sedangkan apa ibu?" tanya Syazwan, hairan.

        Pertanyaan Syazwan menyentakkan Datin Rosnah yang hampir masuk ke dalam dunianya. Dia memandang Syazwan, lalu menggelengkan kepalanya.

       "Tak ada apa-apalah, Syaz. Dah, makan cepat! Nanti lewat masuk ofis, kena marah dengan abah lagi. Macamlah kamu tak tahu abang Rid kamu itu kan?" jawab Datin Rosnah bagi mematahkan niat Syazwan untuk bertanya lagi.

       Mendengar respon ibunya, Syazwan hanya diam membisu. Dia tahu ada perkara yang tidak dia ketahui. Ibunya itu pasti menyembunyikan sesuatu. Pasti.

*      *        *        *         *

Arissa sedang mendengar lagu apabila pintu biliknya diketuk. Tanpa berlengah, dia menuju ke arah pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ridhuan berada di hadapannya.

       "Abang Syaz tak ada. Abang Rid nak pesan apa-apa?" tanpa menunggu ungkapan dari bibir Ridhuan, pantas sahaja Arissa menjawab.

       "Siapa kata abang nak jumpa Syaz? Abang nak jumpa Arissa," jawab Ridhuan lantas mendekati Arissa. Tindakan Ridhuan membuatkan Arissa berundur ke belakang. Melihat respon Arissa, diteruskan langkahnya sehingga dia berjaya meloloskan diri ke dalam bilik adiknya itu. Seraya itulah dia bertindak mengunci pintu bilik tersebut.

          Melihat tindakan Ridhuan yang melampaui batas itu, Arissa mulai bimbang. Pasti abang iparnya itu punya niat jahat terhadapnya.

         Arissa cuba melarikan diri, namun belum sempat dia melangkah, Ridhuan telah terlebih dahulu mencengkam lengan kirinya. Tindakan Ridhuan membantutkan langkah Arissa.

       Ridhuan menarik Arissa ke dalam pelukannya. Arissa cuba melawan, namun kudrat Ridhuan ternyata lebih kuat daripadanya. Ridhuan mula mencium lehernya bertalu-talu, namun Arissa terus melawan sekuat hatinya. Tidak cukup dengan itu, Ridhuan mula bertindak mencium bibirnya.

      Arissa terfikirkan satu helah. Dia bertindak menghentikan rontaannya tadi, dan ini membuatkan Ridhuan berhenti mencium bibirnya lalu melepaskannnya daripada pelukannya. Peluang ini diambil oleh Arissa untuk melepaskan diri.

     Dia cuba membuka pintu bilik, namun Ridhuan bertindak melingkarkan lengannya di leher Arissa. Arissa tidak berganjak kerana bimbang dirinya lemas.

    "Kalau kau nak hidup, baik kau diam. Kalau tak, aku cekik kau Arissa!" bisik Ridhuan.

    Arissa tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Melihat respon Arissa, dia menarik Arissa ke arah katil lalu menolak Arissa ke atas katil.

    "Abang Rid ni gila ke? Arissa ni adik ipar abang tau?" bentak Arissa, separuh menjerit.

    "Aku dah lama perhatikan kau, kau memang selera aku. Sayang betul kau kahwin dengan budak gila itu kan? Kau tak takut ke anak kau nanti dapat gila dia?" jawab Ridhuan, selamba.

     "Yang gila itu abang! Bukan Syaz!"

     Mendengar jawapan Arissa, Ridhuan menampar Arissa sekuat hatinya. Arissa pengsan. Akhirnya peluangnya tiba juga.

     "Aku akan ratah kau hidup-hidup Arissa. Malam ini kau adalah milik aku!" ucap Ridhuan yang dalam masa yang sama membelai wajah Arissa yang tidak sedarkan diri itu dan kemudianya, ketawa sekuat hatinya.

*bersambung*

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com