Wednesday, April 27, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 9...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah dapat lagi aku mencoret dalam belog tersayang aku ini. Aku tak nak cakap banyak, moh semua layan sambungan cerpen bersiri ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:


“Apa ini, Aamir? Kau tahu kan betapa susahnya nak dapatkan Ida dulu? Kenapa kau pergi ceraikan dia?” tanya Syahira, berang dengan tindakan Aamir.

“Sabar sayang, biar dia jelaskan,” tegur Syahmi setelah melihat Syahira begitu.

“Aku tak nak jawab soalan kau sebab aku rasa jawapannya aku dah beritahu dalam surat yang aku minta kau bagi Ida hari itu,” jawab Aamir.

“Itu hanya alasan, Aamir!”

“Terpulanglah kau nak fikir apa. Aku lebih tahu apa yang terbaik untuk aku dan dia.”

“Kau pasti akan menyesal dengan tindakan kau. Aku akan pastikan.”

“Kalau dia nak cari yang lain, aku tak boleh nak halang tapi kalau dia betul-betul kenal bekas suaminya ini, dia tahu kenapa aku buat begini.”

“Bro, boleh aku tanya sikit tak?” tanya Syahmi pula.

“Apa dia?”

“Isteri muda kau ada di mana sekarang? Siapa yang jaga dia?”

“Akulah, sejak dia disahkan ada penyakit itu, mak ayah dia langsung tak ambil peduli. Aku dah pergi rumah mereka, pintu pun mereka tak buka untuk aku. Agaknya mereka ingat aku pembawanya kot.”

“Mak kau pula?”

“Mak aku lagi teruk! Dulu itulah menantu kesayangannya, sekarang dengar nama pun tak mahu. Berdesing telinga aku dengar dia memekak. Dulu aku tak mahu, dia juga yang memaksa. Sekarang bila dah jadi begini, tak ada siapapun nak bantu aku jaga dia.”

“Bila kau pergi kerja, siapa jaga dia?”

“Aku upah jururawat peribadi. Mujur dia pernah jaga pesakit macam bini aku, jadi tak payah nak diajar lagi. Cuma upahnya boleh tahan juga, sebab itulah aku ambil dia kerja siang saja, naya aku nak ambil kerja 24 jam.”

“Teruk sangat ke bini kau sampai kena berjaga bagai?” tanya Syahira, bingung.

“Bro, dia tak tahu ke bini kau sakit apa?” tanya Syahmi pula.

“Tak, bro. Aku memang tak beritahu dia. Ira, bini aku itu ikut qada’ dan qadar dia saja. Kalau Allah nak jemput awal, awallah dia. Kalau Allah nak panjangkan umurnya, lama lagilah nafasnya. Itu saja aku mampu katakan.”

“Bro, aku ada lagi satu soalan. Lelaki yang bersama bini kau dulu, mana dia sekarang?”

Soalan Syahmi membuatkan Aamir terkesima. Tak lama kemudian, dia mengeluh berat.

“Dia dah meninggal dunia minggu lepas. Kena bunuh, ditolak dari balkoni apartmen dia sendiri.”

“Kejadian lelaki kena tolak dari tingkat 14 itu dia ke? Innalillah wainnailaihi rajiun. Macam mana kau tahu?”

“Polis cari bini aku untuk bantu siasatan. Terkejut polis bila tengok isteri aku punya keadaan, sebab isteri aku termasuk dalam suspek utama kejadian itu.”

“Kalau dia sihat, memang mati lelaki itu dia kerjakan aku rasa,” jawab Syahira.

“Itulah, aku kasihan dengan dia. Selalu dia duduk termenung lepas itu menangis. Siapapun di tempat dia pasti akan berasa yang sama kan?” ujar Aamir lalu mengeluh berat.

Syahmi dan Syahira pula hanya mendiamkan diri, kematian kata-kata.

     *      *     *     *      *

“Abang dah balik?” tanya Rohana apabila dia melihat kelibat Aamir yang baru saja memasuki biliknya.

“Sudah, abang ambil cuti separuh hari. Ada hal nak kena jumpa Ira dengan Syahmi tadi.”

“Oh ya ke. Ira itu kawan abang ke kak Ida?”

“Kawan kami, tapi dia kawan baik kak Ida. Kenapa?”

“Tanya saja. Oh ya, kenapa Ana tengok abang tak balik rumah kak Ida? Hari-hari abang balik sini.”

“Abang tak berani, takut tersalah langkah. Nanti sakit pula Ida.”

“Sayang betul abang pada Ida.”

“Mahunya tak sayang, Ana tahu berapa lama abang tunggu Ida itu?”

“Kalau ikut gaya percakapan abang, mesti dah lama tunggu kan?”

“Ida itu bekas teman wanita abang waktu kolej dulu, lima tahun lepas kami putus baru kami kahwin.”

“What? Maksudnya, abang tak bersama dengan kak Ida sampai nikah?”

“Tak, abang masuk meminangnya senyap-senyap. Itupun kami memang tak berhubung sepanjang lima tahun itu.”

“Apa dia, abang? Abang tak bercakap dengan dia? Habis itu, kenapa dia terima?”

“Katanya sebab abang jawapan istikharah dia.”

“Abang, Ana ingat nak ajak abang solat berjemaah. Ana dah lama tak solat, mungkin sebab Allah duga Ana. Kadang-kadang Ana memang rasa cemburu dengan Kak Ida walaupun mama abang nampak macam tak suka dia, tapi jauh di sudut hati mama Ana tahu mama itu sayang sangat dengan Kak Ida. Mungkin sebab dia terdesak nakkan zuriat saja, dia suruh abang berkahwin dengan Ana. Akhirnya, Ana pun tak boleh bagi zuriat pada abang,” keluh Rohana lalu menangis.

“Ana, semua yang terjadi ada hikmahnya. Bukan sesuka hati Dia nak berikan semua ini pada kita. Kita kena yakin dengan ketentuan-Nya. Abang nak salahkan Ana pun tak boleh, benda dah jadi. Kalau abang fikirkan marah abang sekalipun, masalah kita takkan pernah selesai. Jadi, kita kena fikir apa yang harus kita lakukan sekarang.”

“Abang jangan buat begini kerana simpati. Ana akan rasa bersalah nanti.”

“Sebab simpatilah abang masih buat begini. Masih boleh jaga Ana. Kalau abang dah tak ada sekelumit simpati pun, memang abang biarkan Ana. Kalau nak cakap tentang sayang, mak dengan ayah Ana yang kita memang sedia maklum sayangkan Ana, tatang Ana macam minyak yang penuh pun rasa malu bila jadi begini. Mama abang yang sanjung Ana, puja Ana dulu, tinggalkan Ana begitu saja. Jadi tak perlu Ana harapkan kasih sayang abang sebab itu takkan menjamin keikhlasan abang menjaga Ana. Cukup Ana tahu Ana punya tempat dalam hati abang, itu saja.”

Mata Rohana mula berkaca apabila mendengar penerangan panjang lebar Aamir. Hendak menyesal sekarang pun dah tak berguna. Memang dia tahu sangat suaminya itu tidak menyayanginya sebanyak mana madunya disayangi. Namun akhirnya, insan itu jugalah yang sentiasa ada untuknya.

     *     *     *     *     *

“Sakitlah, Azhar! Apa main tarik-tarik ini? I boleh jalan sendirilah!” jerit Syahira setelah dia diseret oleh Azhar yang muncul dari belakang. Sakitnya tangannya hanya Tuhan saja yang tahu.

“Kalau I bagi you jalan sendiri, you akan cari jalan nak larikan diri. Macam I baru kenal you semalam kan? You itu bini I, I kenal sangat dengan you.”

“Pembetulan, it is ex wife! Jangan nak perasan sangat, kita baru saja habis edah minggu lepas. Jadi you memang dah taka da kena-mengena dengan I lagi.”

“You ini nak I buat macam mana ya baru you nak faham? I sayangkan you!”

“Kalau sayangkan I, you tak cari lain. You yang cari pasal, sekarang nak salahkan I pula! You jangan jadi lelaki gila talaklah, Azhar! Sedar sikit, you tak layak dapat kasih sayang I lagi setelah apa yang you buat pada I!”

Kata-kata Syahira benar-benar mencabar keegoan seorang Azhar. Azhar bertindak melempang Syahira sekuat hatinya menyebabkan wanita itu rebah ke sofa bersebelahan mereka dan tidak sedarkan diri.

Azhar cuba mengejutkan Syahira namun wanita itu masih tidak sedarkan diri. Azhar merasakan ini merupakan peluang keemasan baginya dan tanpa berlengah, dia terus mencempung bekas isterinya itu lalu membawanya keluar dari pejabat wanita itu. Setiap orang yang bertanya perihal tindakan Azhar itu, dia akan mengatakan dia ingin membawa Syahira ke klinik.

Namun begitu, tanpa Azhar menyedari, dia telah melintasi Syahmi yang sedang menuju ke bilik Syahira bagi menjemputnya kekasihnya itu makan tengahari. Syahmi yang pada mulanya tidak menyedari bahawa yang dicempung Azhar itu adalah Syahira, akhirnya cuba mengekori mereka berdua secara diam.

     *     *     *     *     *

Nadira yang sedang baring itu bangun kerana merasakan sakit yang sangat kuat pada perutnya. Dia ke bilik air kerana dia ingin membuang air, namun langkahnya terhenti apabila dia menyedari lantai bilik tidurnya dipenuhi darah.

Dia mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Syahira, namun tidak berjawab. Tanpa berfikir panjang, dia menelefon Aamir. Nasibnya baik kerana kali ini bekas suaminya itu menjawab panggilannya.

“Hello, assalamualaikum kak. Ini Ana, ada apa kak?”

“Wa’alaikumussalam. Ana tolong panggil abang suruh datang sini, akak ada pendarahan. Tolong Ana,” jawab Nadira lalu memutuskan panggilan.

Setelah 15 minit bergelut dengan kesakitan yang teramat, barulah dia mendengar sayup-sayup suara Aamir memanggil namanya. Tak lama selepas itu, dunianya gelap-gelita.


     *     *     *     *     *

Amir yang sedang menunggu keputusan pemeriksaan Nadira di hospital memegang sampul surat yang ditemuinya ketika mencari kad pengenalan bekas isterinya itu. Tanpa berlengah, dia membuka sampul tersebut dan mula membaca satu per satu bait kata-kata yang dikarang oleh Nadira itu:

Buat Aamir Arsyad,

Ida ingin memohon sejuta ampun dan maaf daripada abang kerana di saat abang membaca warkah, mungkin Ida sedang bertarung nyawa bagi melahirkan seorang lagi khalifah di muka bumi ini. Khalifah pinjaman Allah buat kita berdua, mungkin satu-satunya khalifah kita. Seperti yang abang sedia maklum, kandungan Ida ini sangat berisiko dan apa-apapun boleh jadi ketika Ida melahirkan nanti.

Ida sudah lama mengetahui bahawa kandungan Ida ini bermasalah, sejak bulan kelima lagi. Kini, kandungan Ida akan menjangkau bulan kelapan tak lama lagi. Doktor telah menasihati Ida supaya tidak bersendirian kerana dikhuatiri Ida akan turun darah.

Jangan terkejut andai bila-bila masa saja dari saat Ida di hospital, pihak hospital akan meminta abang memilih antara anak dan Ida. Andai itu terjadi, pilihlah anak kita abang. Itu saja hajat abang dan mama abang, Ida tahu. Cukuplah abang dah bahagiakan Ida sepanjang dua tahun lebih kita bernikah, Ida tak ada apa-apa sesalan lagi.

Ida faham, abang ceraikan Ida kerana abang tak mahu Ida dan anak kita terkena jangkitan penyakit Ana. Ida tak salahkan abang, memang tak ada sesiapapun akan faham niat abang. Andai panjang umur Ida, Ida tetap akan setia menanti abang kembali dalam hidup Ida.
Akan tetapi, andai umur Ida tak panjang, Ida minta tiga perkara saja daripada abang, ampunkan segala dosa Ida pada abang dan halalkan makan minum Ida. Jaga anak kita baik-baik, Ida tahu abang boleh jaga dia.

Akhir kata, Ida nak abang tahu Ida sayang sangat abang.

Yang benar,
Sayyidah Nadirah Ahmad Tarmizi

Bergenang air mata lelaki Aamir setelah habis membaca warkah daripada insan yang sangat dicintainya itu. Belum sempat lagi melepaskan rasa, Dr. Julia, yang merawat Nadira sedari tadi berdiri di hadapannya. Dia mendongakkan kepalanya bagi melihat wajah doktor tersebut.

“Encik Aamir, saya dah lakukan pemeriksaan pada Puan Nadira. Berat buat saya katakan bahawa peluang untuk saya selamatkan keduanya amat tipis. Jadi, saya memerlukan jawapan daripada Encik Aamir. Siapa yang perlu saya selamatkan? Puan Nadira ataupun kandungan?”

Terkesima Aamir mendengar soalan doktor tersebut. Ternyata ramalan Nadira benar belaka. Namun, Aamir melepaskan keluhan berat. Hanya itu yang mampu dia lakukan. Dia panik.

*bersambung*

Foot print: Hati ini tersimpan 1001 macam perasaan...

Monday, April 18, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 8...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

“Apa maksud makcik ini?” tanya Hazli, pura-pura terkejut dengan kenyataan Mak Aina tadi.
Gadis yang bersama Hazli sudahpun merenungnya seperti mahu ditelan lelaki itu. Itu menjadikannya semakin serba salah.

“Kamu tahu apa yang makcik maksudkan. Satu saja pesan makcik, pergilah buat pemeriksaan doktor. Adik ini, kalau pernah bersama lelaki ini, makcik sarankan buat pemeriksaan doktor juga ya. Bukan apa, takut kena penyakit berjangkit pula,” pesan Mak Aina, sinis sebelum berlalu pergi.

Gadis itu, memilih untuk mengejar Mak Aina. Dia memberhentikan langkah Mak Aina.
“Apa maksud makcik tadi?” tanya Julia, gadis tersebut.

“Kamu pernah bersama dengan Hazli ke nak?” duga Mak Aina.

“Makcik cakap dulu, Hazli sakit apa? Makcik tahu dari mana?”

“HIV. Terpulang kamu nak percaya makcik ataupun tidak, tapi sumber makcik paling boleh dipercayai. Sebab anak makcik dah terkena jangkitan HIV selepas berhubungan dengannya. Kalau kamu dah terlanjur, makcik harap sangat kamu pergi jumpa doktor periksa diri kamu.”

Terkedu Julia mendengar kenyataan Mak Aina yang berlalu pergi begitu sahaja. Serabut fikirannya tika cuba menghadam kata-kata wanita itu.

     *     *     *     *     *

Runsing Nadira memikirkan perangai suaminya itu. Sejak dia pulang dari hospital, dia seperti manusia halimunan. Tak bercakap, tak makan, seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Gayanya seperti dia yang dijangkiti HIV, sedangkan dia kata dia bebas dari virus tersebut.

Rumah madunya juga langsung tidak dijenguk. Serba salah rasanya bila wanita itu menelefonnya kerana inginkan perhatian si suami. Dia kenal sangat suaminya, dia tahu suaminya itu tidak membenci isterinya yang seorang itu, namun mengapa dia sebegitu, tak siapa yang tahu.

Sedang dia mengelamun sendirian, tiba-tiba dia terlihat kelibat suaminya melintasinya.

“Abang keluar sekejap,” ujar Aamir sebelum sempat Nadira bertanya.

“Abang nak pergi mana?” tanya Nadira.

“Jumpa Azhar sekejap. Tak tahulah kenapa dia nak jumpa abang. Oh ya Ida, tak payah masak untuk abang tahu. Abang tak makan di rumah.”

“Oh, baiklah abang,” jawab Nadira, sedikit hampa.

“Eh, kejap. Tak payah masak langsunglah, nanti abang belikan makan malam Ida. Nanti kebulur pula anak abang di dalam itu.”

Wajah Nadira yang masam mencuka tiba-tiba kembali ceria mendengar jawapan si suami itu. Benarlah kata orang, kalau kena gayanya, boleh terbang rasanya.

“Abang pergi dulu,” ujar Aamir lalu menghulur tangannya sebagai  isyarat ingin bersalam dengan isterinya itu.

Dengan pantas, Nadira menyambut tangan Aamir lalu mencium tangan itu. Sebaik sahaja selesai, Aamir berjalan menuju ke pintu rumah lalu keluar melaluinya. Nadira hanya memandang pemergian Aamir dengan perasaan yang bercampur aduk.

     *      *     *     *      *

“Ada apa kau tiba-tiba datang jumpa aku ini?” tanya Aamir sebaik sahaja Azhar duduk di hadapannya.

“Takkan jumpa kawan pun tak boleh, bro?”

“Masalahnya, kau hanya datang cari aku bila kau nak minta tolong. Let me guess, Ira kan?”

“Tolonglah aku, dia kan kawan baik kau.”

“Aku kawan baik dia, tapi dia bukan kawan baik aku. Aku ada hati nak dijaga,” jawab Aamir, terus terang.

“Tapi aku tengok, kau macam serabut saja.”

“Fikiran aku serabut, bro. Tambah dengan kau punya lagi, makin serabutlah aku.”

“Kau ada masalah dengan Ida ke?”

“Aku ingat aku nak lepaskan dia. Aku tak sampai hati nak lukakan hati dia lagi.”

“Kau mesti ada orang lain kan?”

“Tak. Aku bukan macam kau.”

“Habis tu? Kita lelaki, buat perkara mesti bersebab.”

“Ya, betul tapi itu bukan sebabnya. Aku tetap sayangkan dia sama macam dulu.”

“Habis tu sebab apa?”

“Sebab aku tahu, aku takkan dapat bahagiakan dia. Hanya Tuhan saja tahu betapa sengsaranya aku nak lepaskan dia, tapi aku nekad bro. Aku tak nak dia menangis lagi sebab aku, aku bukan lelaki dayus. Aku cuma nak dia bahagia.”

Terkesima Azhar mendengar jawapan yang lahir daripada seorang Aamir. Baru dia tersedar akan mulianya insan di hadapannya.

     *      *     *     *      *

“Ada apa kau nak jumpa aku, bro?” tanya Syahmi setelah duduk di sebelah Azhar yang sedang memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di hadapan mereka.

“Aku nak berbual dengan kau, sebab aku tahu kau seorang saja yang boleh tolong aku.”

“Apa yang buat kau pasti aku nak bantu kau?, lebih-lebih lagi setelah segala tuduhan kau pada aku?”

“Aku minta maaf, bro. Aku serabut waktu itu, jadi aku banyak keluarkan kata-kata sebelum berfikir.”

“Tak semua kesalahan kita boleh minta maaf, bro. Kau tuduh aku rampas janda kau kot! Padahal sewaktu mula-mula aku jumpa dia semula, aku tanya kau sihat ke tak, rumahtangga kau orang bagaimana. Aku tak pernah tahupun kau orang sudah bercerai sampailah Ira sendiri yang cerita.”

“Jadi, bila kau dapat tahu dia dah bercerai, kau masuk jarum pula? Kawan jenis apa kau?”

“Tengok, baru saja aku terangkan, kau dah melenting! Sebelum kau tanya aku kawan jenis apa, kau tanya diri sendiri dulu kau suami jenis apa? Kenapa kau pasang perempuan dulu kalau kau sayangkan dia?”

“Aku nak zuriat, jadi aku kena cari calon untuk kahwin lain.”

“Kau pun nak jadi macam mak kawan Ira itu ke?”

“Siapa?”

“Aamir, kalau tak silap aku. Mak dia desak dia kahwin lain hanya kerana isteri dia tak mengandung lagi. Kau tahu apa yang jadi lepas itu?”

“Apa dia?”

“Isteri muda dia sakit kronik, gara-gara curang pada dia dulu. Kau nak jadi begitu ke? Kadang-kadang aku terfikir balik, inilah hikmahnya Allah pisahkan kau dengan Ira. Mungkin Dia tak nak Ira menderita kerana tindakan kau.”

Azhar terbungkam, dua kali dia mendengar kesengsaraan yang dialami Aamir, namun sayangnya Aamir pada Nadira tetap utuh. Memang tak ada siapapun yang dapat menandingi kehebatan kasih sayang Aamir itu.

     *     *     *     *     *

“Kau sihat, Ida? Kenapa aku tak tahu kau dah berbadan dua ya?” tanya Syahira sebaik sahaja Nadira hadir bersama air dan kudapan.

“Aku sihat tapi nampaknya macam kau yang kurang sihat. Apa kes datang rumah aku malam-malam buta ini?” tanya Nadira, hairan.

“Ini, Aamir minta aku hantarkan makanan kau. Dia kata, dia tak balik malam ini. Jangan tunggu dia,” jawab Syahira sambil menolak bekas polistren di hadapannya kepada Nadira.

“Kau tak beli untuk kau sekali ke?” tanya Nadira lagi.

“Aku sudah makan dengan Syahmi tadi. Kami terserempak dengan Aamir waktu makan tadi. Maaflah kalau makanan dah sejuk sebab aku singgah ambil pakaian di rumah tadi.”

“Jangan kata Aamir suruh kau tidur sini malam ini?”

Syahira hanya tersenyum selepas mendengar soalan Nadira itu. Fahamlah Nadira akan jawapan kepada soalan itu.

“Kau dengan Syahmi apa cerita?” tanya Nadira, cuba mengubah topik.

“Eh, kau! Suka tukar topik. Soalan aku yang mula-mula tadi kau belum jawab lagi.”

“Bukan ke aku sudah bilang aku buat persenyawaan luar?”

“Kiranya persenyawaan itu berjayalah ya? Wah, bagusnya! Tak lama lagi aku dapat anak buah,” ujar Syahira lalu bersorak riang.

“Dia punya sorak macam anak dia,” komen Nadira sambil mencebik.

“Untung kau lagi, kahwin dapat anak. Bukan macam aku,” jawab Syahira.

“Sekurang-kurangnya kau masih boleh beranak sepuluh. Aku ini mungkin lepas seorang ini sajalah.”

“Kenapa pula?”

“Sebab peranakan aku ada masalah. Nak mengandung kali ini pun besar risikonya.”

“Oh ya, Aamir suruh aku bagi surat ini pada kau,” ujar Syahira lalu menyerahkan sekeping sampul surat kepada Nadira.

Nadira membuka sampul surat itu dan didalamnya terdapat sekeping surat yang ditulis tangan oleh Aamir sendiri, yang mana isinya:

Buat bidadari abang,

Maafkan abang andai isi warkah ini bakal menganggu perasaanmu, namun abang yakin keputusan ini adalah yang terbaik buat kita masa ini. Setiap perkara yang abang lakukan sedari dulu punya sebab tersendiri.

Sejak kita bernikah, sayang sentiasa menghiburkan hati abang dengan keegoan sayang dulu. Sayanglah permata hati abang walaupun sayang pernah dingin dengan abang, tapi Allah itu Maha Adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Ahirnya, sayang tewas dalam pelukan abang dan cinta abang pada sayang terbalas jua.

Tambah menggembirakan abang apabila sayang disahkan mengandung. Ketika itu rasanya bagai dunia ini abang yang punya. Allah dah makbulkan doa abang. Hanya Allah saja tahu bagaimana perasaan abang ketika itu.
Namun, Allah lebih sayangkan anak kita. Kita mengalami kemalangan semasa sayang dalam trimester kedua dan kita kehilangan anak kita. Tambah memilukan apabila doktor mengatakan bahawa peluang untuk sayang mengandung secara semulajadi amat tipis. Meskipun sedih, abang bersyukur sayang masih ada untuk abang.

Akan tetapi, abang betul-betul tak sangka mama abang boleh paksa abang kahwin lagi satu. Abang nak sayang tahu abang betul-betul tak redha dengan perkahwinan kedua abang, mungkin sebab itulah Ana mendapat penyakit sebegitu. Hati abang rasa bersalah sangat pada dia.

Meskipun berat, abang nak sayang tahu abang terpaksa ambil langkah ini demi keselamatan sayang. Ini adalah kerana abang rasa abang perlu menjaga Ana kerana apapun jadi, Ana itu tetap suami abang. Namun, disebabkan penyakit Ana, abang bimbang untuk terus bersama sayang kerana tak mahu ada sebarang kemungkinan pun untuk sayang dan anak kita mendapat jangkitan tersebut. Dengan ini, Sayyidah Nadira binti Ahmad Termizi, abang ceraikan Ida dengan talak satu.

Yang Benar,
Aamir Arsyad bin Zaini.

Berguguran air mata Nadira apabila mendapati dirinya telah diceraikan dengan talak satu. Syahira yang memerhatikan Nadira sedari tadi mengambil surat itu daripada teman baiknya itu lalu membacanya. Berderau darahnya membaca ayat terakhir itu.

“Sampainya hati dia, Ida!”

Nadira tidak menjawab, sebaliknya hanya menangis.

*bersambung*

Foot print: Apa yang ada di tanganku kadangkala bukan milikku.

Sunday, April 3, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 7...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:


Wajah Aamir yang sugul semenjak pulang dari hospital tadi merunsingkan Nadira. Sepanjang dia mengenali Aamir, dia tak pernah melihat suaminya sebegitu. Apakah yang terjadi kepada madunya sehingga dia pulang dengan wajah sebegitu?

Sedang dia berfikir, telefon bimbitnya berdering. Dia melihat skrin telefon bimbitnya, nama “Mama Aina” terpapar di skrin. Masalah baru bakal tiba.

“Assalamualaikum, ma. Ada apa?” tanya Nadira, lembut.

“Kenapa dengan telefon Aamir hah? Kenapa mama hubungi dia, asyik tak dapat dihubungi?” sergah Mak Aina, kasar.

“Abang ada ini, saya bagi telefon pada abang,” jawab Nadira lalu mendekati Aamir.

“Abang, mama abang call,” ujar Nadira lalu menghulurkan telefon bimbitnya pada Aamir.

“Abang tak nak cakap dengan sesiapapun,” jawab Aamir, lemah.

“Mama abang risaukan abang dan Ana. Cakaplah sekejap,” pujuk Nadira, lembut.

Aamir hanya mengambil telefon dari tangan Nadira lalu memutuskan panggilan.

“Kalau mama call balik, jangan angkat,” arah Aamir, tegas.

“Tapi abang…”

“Tolonglah abang, Ida! Boleh tak dengar cakap abang sekali ini saja?” bentak Aamir dengan suara yang lebih tinggi.

“Baiklah, abang. Ida dah siapkan makanan bawah tudung saji itu. Kalau abang lapar nanti, abang makanlah. Jangan tak makan, nanti sakit. Ida makan dulu ya,” pesan Nadira sebelum beredar ke dapur.

Aamir hanya memandang pemergian isterinya ke dapur dengan keluhan yang amat berat.

     *     *     *     *     *

Syahira sedang membuat laporan yang dibawa pulang dari pejabatnya apabila pintu rumahnya diketuk. Dia pergi ke pintu rumahnya dengan perasaan hairan dan melihat ke dalam lubang pintu rumahnya untuk melihat siapa yang berada di depan rumahnya.

Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat kelibat Azhar yang berada di hadapan rumahnya. Sudah hampir sebulan bekas suami itu mengganggunya sehingga dia berasa amat rimas dengan tindakan Azhar itu.

Dengan segera dia mencapai telefon bimbitnya bagi menghubungi Syahmi. Tak lama kemudian, kedengaran suara Syahmi di hujung talian.

“Assalamualaikum sayang, kenapa ini?”

“Wa’alaikumussalam sayang, please come here now!”

“Kenapa?”

“Azhar ada depan rumah I ini, I takut.”

“You tunggu, bagi I lima minit. I sampai.”

Dengan serta-merta, talian terputus. Syahira mengambil keputusan untuk tidak berganjak dari ruang tamu rumahnya.

Setelah Azhar mendapati Syahira tidak membuka pintu, Azhar mengetuk pintu rumah Syahira sekali lagi.

“Sayang, I tahu you ada di dalam. Bukalah, I merayu ini.”

Syahira tidak menjawab rayuan Azhar, sebaliknya hanya tawakkal jadi temannya sekarang.

Selang beberapa minit, kedengaran suara Azhar memekik-mekik seperti memarahi seseorang. Syahira yang terkejut akan suara itu pergi mendekati pintu kerana ada kemungkinan Syahmi sudah tiba di hadapan rumahnya.

“Kau nak apa kacau aku ini, bro? Tak Nampak ke aku tengah pujuk bini aku ini?” pekik Azhar, marahkan seseorang.

“Aku tak kacau kau tapi tindakan kau ini mengganggu ketenteraman awam, bro. Kalau jiran Ira hubungi polis, tidur lokaplah kau malam ini,” ujar Syahmi yang juga berada di hadapan rumah Syahira.

“Peduli apa aku? Kau itu bajet nak jadi hero ke?”

“Dah memang aku hero, kau kenapa? Dulu kau boleh jadi hero, kau nak juga jadi orang jahat. Salah siapa?”

Syahira yang mendengar perbualan mereka itu membuka pintu rumahnya. Tindakannya itu membuatkan keduanya memandang ke arahnya.

“Sudah-sudahlah itu, peninglah I dengar! Azhar, baik you balik! Syahmi, thanks a lot for your help. You pun boleh balik.”

“Tapi sayang…”

“Jangan panggil I sayang, I jijik, Azhar!

“Dah memang you kesayangan I.”

“I was, not I am! That’s a difference between that two words,” ujar Syahira, geram dengan sikap tak faham bahasa Azhar.

“Apa maksud you? I sentiasa sayangkan you.”

“Kalau you sayangkan I, kenapa mesti ada perempuan itu dulu? Kenapa you ceraikan I dulu? Kata sayang kan?” bentak Syahira lagi.

“I’ve said I am sorry, kenapa susah sangat you nak maafkan I?”

“Kalau I minta maaf pada you sekarang sebab bercinta dengan orang lain, will you forgive me?”

“Bagi I sebab untuk I maafkan you.”

“Sebab you sayangkan I.”

“I sayangkan you, tapi you dah curang dengan I, why should I forgive you easily?”

“Then, why expect me to forgive you easily? You curang pada I, you ceraikan I tapi you nak I maafkan you sedangkan you pun tak boleh nak maafkan I?”

Azhar yang bengang dengan kata-kata Syahira itu berlalu pergi meninggalkan Syahira dan Syahmi.

“Kalau you nak jawab begini pada dia, sayang, kenapa call I? Malulah dia,” ujar Syahmi selepas Azhar berlalu pergi.

“I berani cakap dengan dia begitu sebab you ada, sayang. Kalau tak, memang tak buka pintu langsung,” jawab Syahira lalu tersenyum.

“Bertuah punya makwe,” seloroh Syahmi lalu ketawa.

Melihat Syahmi yang sedang tertawa itu membuatkan Syahira pun ikut tertawa.

     *     *     *     *     *

“Abang ada benda nak sampaikan pada Ida. Abang harap Ida boleh banyak bersabar,” ujar Aamir selepas duduk di sebelah Nadira. Nadira yang sedang menonton televisyen itu terus mengalihkan pandangannya kepada Aamir.

“Apa dia, abang?” tanya Nadira, ingin tahu.

“Ana disahkan HIV positif.”

Terkedu Nadira mendengar perkhabaran itu. Hairan sungguh rasanya bila memikirkan bagaimana semua itu boleh berlaku.

“Habis itu, abang?”

“Abang dah buat ujian, doktor kata abang bebas. Mungkin sebab abang tak pernah sentuh dia kot.”

“Mungkin juga. Habis, mak ayah dia macam mana?”

“Abang pergi hospital semalam, tengok mak dengan ayah tak ada pun. Kata Ana, sejak mereka tahu mengenai penyakitnya, mereka langsung tak datang jenguk dia.”

“Abang pergilah rumah mak dengan ayah dia tanya bagaimana mereka. Barangkali mereka masih marah.”

“In sha Allah sayang. Abang cuba,” jawab Aamir lalu mengeluh.

     *     *     *     *     *

Mak Aina sedang berjalan bersama Pak Zaini menuju ke sebuah kedai makan berhampiran rumah mereka apabila Mak Aina ternampak kelibat seorang lelaki yang dirasakan amat dikenali.

Namun yang mengejutkan adalah lelaki itu sedang duduk menikmati makanan bersama seorang wanita yang pastinya bukan keluarganya mahupun rakan-rakannya kerana mereka dilihat berpegangan tangan.

Mak Aina yang sangat geram dengan perlakuan mereka mendekati mereka berdua. Melihat kehadiran Mak Aina di hadapannya, lelaki itu kaget.


“Kenapa kau tengok makcik macam nampak hantu ini?” tanya Mak Aina, sinis.

"Makcik buat apa disini? Rohana mana?" tanya Hazli sambil tersengih.

"Eh, kita tanya dia. Dia tanya kita balik. Takkanlah ayah kepada kandungan dia tak tahu dia masuk wad?"

Terkesima Hazli mendengar sindiran Mak Aina itu.

*bersambung*

Foot print: Yang berlalu takkan berulang...

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com