Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Wajah Aamir yang sugul semenjak pulang dari hospital tadi
merunsingkan Nadira. Sepanjang dia mengenali Aamir, dia tak pernah melihat
suaminya sebegitu. Apakah yang terjadi kepada madunya sehingga dia pulang
dengan wajah sebegitu?
Sedang dia berfikir, telefon bimbitnya berdering. Dia
melihat skrin telefon bimbitnya, nama “Mama Aina” terpapar di skrin. Masalah
baru bakal tiba.
“Assalamualaikum, ma. Ada apa?” tanya Nadira, lembut.
“Kenapa dengan telefon Aamir hah? Kenapa mama hubungi dia,
asyik tak dapat dihubungi?” sergah Mak Aina, kasar.
“Abang ada ini, saya bagi telefon pada abang,” jawab Nadira
lalu mendekati Aamir.
“Abang, mama abang call,” ujar Nadira lalu menghulurkan
telefon bimbitnya pada Aamir.
“Abang tak nak cakap dengan sesiapapun,” jawab Aamir, lemah.
“Mama abang risaukan abang dan Ana. Cakaplah sekejap,” pujuk
Nadira, lembut.
Aamir hanya mengambil telefon dari tangan Nadira lalu
memutuskan panggilan.
“Kalau mama call balik, jangan angkat,” arah Aamir, tegas.
“Tapi abang…”
“Tolonglah abang, Ida! Boleh tak dengar cakap abang sekali
ini saja?” bentak Aamir dengan suara yang lebih tinggi.
“Baiklah, abang. Ida dah siapkan makanan bawah tudung saji
itu. Kalau abang lapar nanti, abang makanlah. Jangan tak makan, nanti sakit.
Ida makan dulu ya,” pesan Nadira sebelum beredar ke dapur.
Aamir hanya memandang pemergian isterinya ke dapur dengan
keluhan yang amat berat.
* *
* * *
Syahira sedang membuat laporan yang dibawa pulang dari
pejabatnya apabila pintu rumahnya diketuk. Dia pergi ke pintu rumahnya dengan
perasaan hairan dan melihat ke dalam lubang pintu rumahnya untuk melihat siapa
yang berada di depan rumahnya.
Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat kelibat Azhar
yang berada di hadapan rumahnya. Sudah hampir sebulan bekas suami itu
mengganggunya sehingga dia berasa amat rimas dengan tindakan Azhar itu.
Dengan segera dia mencapai telefon bimbitnya bagi
menghubungi Syahmi. Tak lama kemudian, kedengaran suara Syahmi di hujung
talian.
“Assalamualaikum sayang, kenapa ini?”
“Wa’alaikumussalam sayang, please come here now!”
“Kenapa?”
“Azhar ada depan rumah I ini, I takut.”
“You tunggu, bagi I lima minit. I sampai.”
Dengan serta-merta, talian terputus. Syahira mengambil
keputusan untuk tidak berganjak dari ruang tamu rumahnya.
Setelah Azhar mendapati Syahira tidak membuka pintu, Azhar
mengetuk pintu rumah Syahira sekali lagi.
“Sayang, I tahu you ada di dalam. Bukalah, I merayu ini.”
Syahira tidak menjawab rayuan Azhar, sebaliknya hanya
tawakkal jadi temannya sekarang.
Selang beberapa minit, kedengaran suara Azhar memekik-mekik
seperti memarahi seseorang. Syahira yang terkejut akan suara itu pergi
mendekati pintu kerana ada kemungkinan Syahmi sudah tiba di hadapan rumahnya.
“Kau nak apa kacau aku ini, bro? Tak Nampak ke aku tengah
pujuk bini aku ini?” pekik Azhar, marahkan seseorang.
“Aku tak kacau kau tapi tindakan kau ini mengganggu
ketenteraman awam, bro. Kalau jiran Ira hubungi polis, tidur lokaplah kau malam
ini,” ujar Syahmi yang juga berada di hadapan rumah Syahira.
“Peduli apa aku? Kau itu bajet nak jadi hero ke?”
“Dah memang aku hero, kau kenapa? Dulu kau boleh jadi hero,
kau nak juga jadi orang jahat. Salah siapa?”
Syahira yang mendengar perbualan mereka itu membuka pintu
rumahnya. Tindakannya itu membuatkan keduanya memandang ke arahnya.
“Sudah-sudahlah itu, peninglah I dengar! Azhar, baik you
balik! Syahmi, thanks a lot for your help. You pun boleh balik.”
“Tapi sayang…”
“Jangan panggil I sayang, I jijik, Azhar!
“Dah memang you kesayangan I.”
“I was, not I am! That’s a difference between that two
words,” ujar Syahira, geram dengan sikap tak faham bahasa Azhar.
“Apa maksud you? I sentiasa sayangkan you.”
“Kalau you sayangkan I, kenapa mesti ada perempuan itu dulu?
Kenapa you ceraikan I dulu? Kata sayang kan?” bentak Syahira lagi.
“I’ve said I am sorry, kenapa susah sangat you nak maafkan
I?”
“Kalau I minta maaf pada you sekarang sebab bercinta dengan
orang lain, will you forgive me?”
“Bagi I sebab untuk I maafkan you.”
“Sebab you sayangkan I.”
“I sayangkan you, tapi you dah curang dengan I, why should I
forgive you easily?”
“Then, why expect me to forgive you easily? You curang pada
I, you ceraikan I tapi you nak I maafkan you sedangkan you pun tak boleh nak
maafkan I?”
Azhar yang bengang dengan kata-kata Syahira itu berlalu
pergi meninggalkan Syahira dan Syahmi.
“Kalau you nak jawab begini pada dia, sayang, kenapa call I?
Malulah dia,” ujar Syahmi selepas Azhar berlalu pergi.
“I berani cakap dengan dia begitu sebab you ada, sayang.
Kalau tak, memang tak buka pintu langsung,” jawab Syahira lalu tersenyum.
“Bertuah punya makwe,” seloroh Syahmi lalu ketawa.
Melihat Syahmi yang sedang tertawa itu membuatkan Syahira
pun ikut tertawa.
* *
* * *
“Abang ada benda nak sampaikan pada Ida. Abang harap Ida
boleh banyak bersabar,” ujar Aamir selepas duduk di sebelah Nadira. Nadira yang
sedang menonton televisyen itu terus mengalihkan pandangannya kepada Aamir.
“Apa dia, abang?” tanya Nadira, ingin tahu.
“Ana disahkan HIV positif.”
Terkedu Nadira mendengar perkhabaran itu. Hairan sungguh
rasanya bila memikirkan bagaimana semua itu boleh berlaku.
“Habis itu, abang?”
“Abang dah buat ujian, doktor kata abang bebas. Mungkin
sebab abang tak pernah sentuh dia kot.”
“Mungkin juga. Habis, mak ayah dia macam mana?”
“Abang pergi hospital semalam, tengok mak dengan ayah tak
ada pun. Kata Ana, sejak mereka tahu mengenai penyakitnya, mereka langsung tak
datang jenguk dia.”
“Abang pergilah rumah mak dengan ayah dia tanya bagaimana
mereka. Barangkali mereka masih marah.”
“In sha Allah sayang. Abang cuba,” jawab Aamir lalu
mengeluh.
* *
* * *
Mak Aina sedang berjalan bersama Pak Zaini menuju ke sebuah
kedai makan berhampiran rumah mereka apabila Mak Aina ternampak kelibat seorang
lelaki yang dirasakan amat dikenali.
Namun yang mengejutkan adalah lelaki itu sedang duduk
menikmati makanan bersama seorang wanita yang pastinya bukan keluarganya mahupun
rakan-rakannya kerana mereka dilihat berpegangan tangan.
Mak Aina yang sangat geram dengan perlakuan mereka mendekati
mereka berdua. Melihat kehadiran Mak Aina di hadapannya, lelaki itu kaget.
“Kenapa kau tengok makcik macam nampak hantu ini?” tanya Mak
Aina, sinis.
"Makcik buat apa disini? Rohana mana?" tanya Hazli sambil tersengih.
"Eh, kita tanya dia. Dia tanya kita balik. Takkanlah ayah kepada kandungan dia tak tahu dia masuk wad?"
Terkesima Hazli mendengar sindiran Mak Aina itu.
*bersambung*
Foot print: Yang berlalu takkan berulang...
0 comments:
Post a Comment