Friday, September 29, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 17...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 17: Lelongan

"Awak tak perlu tahu siapa saya, cukup sekadar awak tahu bahawasanya sayalah orang yang awak berhutang itu. Mana RM2.93 juta saya yang awak belanjakan itu? Nak rasa kena lelong macam mana bekas serumah awak, Ayra kena dulukah?" tanya Wafi, sinis.

"Mr. W?" tanya Qatrunnada pula.

"Well, well, well, nampaknya awak dah tahu siapa saya. Kalau begitu, awak tolong sampaikan pesanan saya pada buah hati awak yang tipu duit saya itu. Awak tahu bukan, kalau awak kena lelong, tak mungkin nasib awak sebaik Ayra?" tanya Wafi lagi.

"Mr. W kenal Ayra ke untuk berbicara seperti ini?" tanya Qatrunnada, hairan dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Wafi.

"Saya rasa kalau saya beritahu rahsia ini, secara automatik awak akan tahu siapa saya yang sebenar. Jadi, saya rasa nanti dululah. Tak ada keseronokan kalau beritahu awak awal-awal. Kalau awak tak berjaya bayar saya, mungkin saya akan beritahu," ujar Wafi.

"Apa maksud Mr. W?" tanya Qatrunnada lagi.

"Saya berani jamin, Harry sekarang sudah lari dari rumah yang awak dengan dia beli hari itu. Rumah yang awak beli menggunakan duit saya itu hanya bernilai RM900 ribu, maka awak masih perlu melunaskan baki RM2.03 juta saya. Awak berdua masih ada dua hari, saya akan tunggu. Cukup masa, saya sendiri akan uruskan hal awak," ujar Wafi, lebih sinis daripada tadi.

"Tak mungkin! Harry beritahu saya tadi dia nak keluar cari duit. Mr. W jangan cuba nak berbohong dengan saya!"

"Terpulang, saya lebih kenal Harry berbanding awak. Ke mana dia pergi, apa yang dia buat, semuanya saya tahu. Awak jangan risau, kalau awak ditangkap nanti, dia pun akan ditangkap juga. Waktu itu, tahulah saya nak buat apa dengan kau orang berdua. So, chaw!" ujar Wafi lalu beredar meninggalkan bangunan pejabat milik pakciknya itu.

"Orang begitu memang patut diajar!" getus hati kecil Wafi sambil tersenyum sinis.

     *     *     *     *     *

Dua hari kemudian, Wafi sedang duduk di markas baru geng 888 yang dibelinya beberapa hari lepas apabila beberapa orang lelaki membawa seorang lelaki dan seorang perempuan yang tidak sedarkan diri ke dalam bangunan tersebut. Keduanya telah diikat tangan mereka dan ditutup mata dan mulut mereka.

Mereka berdua telah didudukkan di atas kerusi berhampiran tempat Wafi sedang duduk dan diikat mereka pada kerusi tersebut. Selepas itu, mata dan mulut mereka yang ditekup itu dibuka.

Wafi hanya menanti sehingga keduanya sedar. Lebih kurang lima minit kemudian, lelaki itu mula sedarkan diri. Wafi dapat melihat lelaki tu memandang sekeliling, namun apabila matanya bertemu dengan mata Wafi, lelaki itu mula meronta-ronta.

"Bos, bos nak buat dengan saya ini?" tanya lelaki itu, Harry.

"Aku bagi kau tiga hari Harry, mana duit aku?" tanya Wafi dengan suara yang sangat kuat sehingga mengejutkan wanita yang bersama Harry itu.

"Saya simpan di rumah, saya akan bagi bos," jawab Harry, terketar-ketar.

Wafi mengalihkan pandangannya kepada wanita di sebelah Harry pula. Wanita itu sudah menggigil ketakutan dan tidak berani bersuara.

"Kau ingat aku bodoh Harry? Kau rasa, kalau aku boleh cari kau sampai ke Pulau Perhentian, aku tak tahu apa yang kau buat dengan duit aku itu? Kau ingat aku ini apa?" jerkah Wafi sambil menarik rambut Harry.

"Aduh, sakit bos! Saya minta maaf, saya tak mampu nak bayar. Bos lepaskan Qat, saya akan buat apa saja untuk bos," rayu Harry yang sedang mengerang kesakitan itu.

"Apa? Lepaskan Kathy? Tak mungkin! Sebab kalau aku jual kau pun, siapa nak beli? Baik aku jual Kathy," ujar Wafi sambil tersenyum sinis.

"Jangan, bos. Dia tak bersalah dalam hal ini," jawab Harry.

"Tak bersalah? Kau memang ingat aku ini bodoh kot, Harry! Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, kau orang berdua pergi membeli-belah dengan Pavilion, Lot 10, KLCC dan Avenue K. Macam-macam barang kau orang borong, nak aku sebut satu persatu ke?" tempelak Wafi, berang.

Wafi dapat melihat wajah Harry yang bertambah pucat setelah mendengar kenyataan itu. Sakit hatinya masih belum terubat jika mereka berdua tidak diajar cukup-cukup.

"Tapi sebenarnya, aku bukan marah sebab kau orang bawa lari duit aku. Ada sesuatu yang lain yang kau orang buat yang membuatkan aku sangat marah," ujar Wafi, setelah melihat keduanya masih mendiamkan diri.

"Apa dia, bos?" tanya Harry, lemah.

"Aku marah sebab kau orang jual teman wanita aku!" teriak Wafi dengan mata yang sengaja dibuntangkan.

"Teman wanita? Ayra? Kalau betul Ayra ini teman wanita encik, jadi encik ini..." Qatrunnada tak mampu untuk menghabiskan ayatnya.

"Ya, aku adalah lelaki yang kau fikirkan itu. Bob, aku nak kau kurung mangkuk dua orang ini! Oh ya, macam mana dengan hasil lelongan cik Qatrunnada kita ini?" tanya Wafi, sinis.

"Ketika saya tutup bidaan tadi, nilai bidaan tertinggi adalah RM2.93 juta," jawab Bob yang masih tekun dengan komputer ribanya.

"Wow, tinggi juga itu! Sama pula itu dengan nilai hutang kau orang, tapi taklah setinggi harga yang Megat Hafizal bayar untuk beli Ayra Melissa, bukan?" sindir Wafi.

Wafi melihat Harry dan Qatrunnada tidak menjawab pertanyaannya membuatkan dia semakin berang.

"Bob, kau kurung mereka berdua! Aku nak kau uruskan hal jual beli Qatrunnada," arah Wafi.

"Nak uruskan macam mana bos? Bukankah yang beli Qatrunnada ini bos?" tanya Bob yang berdiri di hadapan Wafi sementara orang suruhan Wafi yang lain membebaskan Harry dan Qatrunnada daripada belenggu di kerusi mereka.

"Apa dia, bos? Bos beli Qat?" tanya Harry yang terkejut dengan soalan Bob tadi.

"Kenapa aku tak boleh beli dia? Aku ada duit, aku ada kuasa! Geng ini milik aku kot!"

"Bos nak buat apa dengan dia?" tanya Harry, ingin tahu.

Soalan Harry membuatkan Wafi berjalan menuju ke arah Harry yang dipegang oleh dua orang lelaki. Dia bertindak menepuk pipi Harry dengan kuat.

"Apa hak kau nak tanya soalan itu pada aku, pemilik Qatrunnada sekarang?" tanya Wafi, sinis.

"Kau takkkan dapat miliki aku, lelaki gila!" jerit Qatrunnada.

Wafi berpaling dan memandang Qatrunnada. Selepas itu, dia mendekati Qatrunnada lalu menyentuh pipi Qatrunnada dengan lembut sebelum bertindak menampar pipi mulus wanita itu.

"Beginikah cara kau bercakap dengan aku, tuan kau? Ketika kau orang uruskan hal penjualan Ayra, adakah Ayra bersuara ketika itu?" tanya Wafi dengan lantang.

"Bob, kau kurung Qatrunnada di bilik belakang. Kau buatlah apa yang patut supaya dia tak terlepas," arah Wafi setelah lama dia menanti jawapan daripada Harry dan Qatrunnada.

Bob mengarahkan lelaki yang memegang Qatrunnada untuk membawa Qatrunnada pergi dari situ. Sementara itu, Wafi mendekati Harry pula.

"Aku akan buat kau rasa menyesal hidup di dunia ini sebab kau menyakitkan hati aku!" teriak Wafi lalu beredar menuju ke arah bilik tempat Qatrunnada diletakkan.

     *     *     *     *     *

Cahaya mentari telah mengejutkan Wafi dari tidurnya. Dia mula mengeliat untuk bangun dan terlihat susuk tubuh Qatrunnada yang berada di sebelahnya. Hatinya puas kerana dia dapat membalas dendam ke atas apa yang telah dilakukan oleh Qatrunnada dan Harry kepada Ayra sehingga dia tidak dapat memiliki Ayra.

"Are you kidding me? Jangan bicara serupa orang tiada iman, Wafi!" jerkah Ayra saat dia menyuarakan keinginannya.

"I perlukan bukti, selama ini I rasa you tak sayang I. Jadi, inilah buktinya," jawab Wafi sambil meramas tangan Ayra.

"No, that's not it! Banyak lagi cara lain untuk buktikan kasih sayang I pada you, ini bukan caranya!" bantah Ayra lalu menolak pegangan tangan Wafi.

"Kenapa susah sangat you nak bagi diri you pada I?" tanya Wafi, berang dengan penolakan Ayra.

"Kalau you nak sangat, jom kita kahwin!" tegas Ayra.

"I masih belum puas enjoy, sayang. Give me time," jawab Wafi, bersahaja.

"Then, forget about all this!" ujar Ayra sebelum pergi dari situ. Wafi hanya mampu menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu.

Bunyi rantai yang membelenggu kaki Qatrunnada membuatkan lamunan Wafi terhenti. Dia berpaling memandang ke arah Qatrunnada yang berpakaian gaun putih tanpa lengan sedang tidur.

"Bagaimanalah perasaan aku kalau lihat Ayra begini dulu? Patutlah Ijal jaga Ayra dengan ketat kalau begini mereka layan Ayra ketika itu," getus hati Wafi sebelum bangun dan beredar dari situ.

Selepas dia pulang ke rumah untuk bersiap, dia terus menuju ke rumah bakal tunang Hafizal seperti yang disuruh oleh Puan Sri Halimatun. Namun begitu, sebaik sahaja selesai urusan pertunangan, dia telah pulang awal dan terus menuju ke rumah Tan Sri Mustaqim kerana dia tahu sepupunya itu berada di sana.

Rasa hairan menyelubungi apabila mendapat berita bahawasanya sepupunya itu bakal bertunang dengan minah senget pilihan ibu saudaranya itu, sedangkan dia sudah mempunyai isteri.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah, dia sudah dapat melihat kelibat Hafizal di rumah tamu rumah itu. Dengan pantas dia memilih untuk duduk bertentangan dengan Hafizal.

"Tahniah, Ijal atas pertunangan kau. Tak sangka Salwa boleh jadi sebegitu cantik, rugi kau tak datang tengok," ujar Wafi sebaik sahaja dia duduk di ruang tamu rumah Tan Sri Mustaqim. Dia memandang ke arah Hafizal yang sedang menonton televisyen.

"Tak mahulah, lagipun orang tua-tua tak bagi kalau pengantin lelaki datang semasa majlis pertunangan," ngelat Hafizal yang mana perhatiannya masih berada di kaca televisyen.

"Yalah, abang Ijal. Cantik gila kak Sal tadi! Rugi abang Ijal tak datang tadi, abang tinggal sini pun bukannya ada buat apa-apapun," ujar Husaini selepas duduk bersebelahan Wafi yang sedang mengipas-ngipas mukanya dengan songkok yang dipakainya tadi.

"Abang kamu itu sentiasa ada benda yang nak dilakukan. Ayra mana? Kamu tak bawa dia ke sini ke?" sampuk Puan Sri Halimatun tiba-tiba.

Wafi tergamam seketika sebaik sahaja nama Ayra disebut.

"Tak, mummy. Ijal tak bagi dia datang. Ada ke mummy suruh dia datang rumah sebab nak raikan pertunangan suami dia sendiri?" seloroh Hafizal.

"Chop, abang! Siapa Ayra ini? Kenapa Husaini tak tahu tentang ini?" tanya Husaini, bertalu-talu.

"Mummy punya pasal, sekarang semua orang sudah tahu! Mummy jawablah, Ijal nak balik. Semua sudah selesai bukan?" ujar Hafizal lalu mencampakkan alat kawalan jauh televisyen kepada Husaini lalu bangun untuk beredar.

"Megat Hafizal, nak ke mana itu?" tanya Puan Sri Halimatun membuatkan Hafizal kematian langkah.

Wafi melihat ke arah Puan Sri Halimatun dan menyedari kehadiran wanita lain di sisi ibu saudaranya itu. Dia memandang Hafizal yang berada tidak jauh daripada dua wanita itu, wajah lelaki itu tergamam tanpa sebarang suara.

*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 15...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 15: Syarat

Hafizal masih lagi berdiri kaku meskipun Ayra sudah terjelepuk di atas lantai. Fikirannya kusut dengan semua yang berlaku.

"Siapa Wafi dalam hidup awak, Mel?" tanya Hafizal setelah merenung ke arah Ayra.

"Maksud tuan?" tanya Ayra, dengan riak wajah tanpa ekspresi. Hafizal menjadi keliru dengan isterinya.

Hafizal duduk mencangkung di hadapan Ayra supaya dapat melihat Ayra dengan lebih jelas.

"Sebelum awak jadi milik saya, siapa Wafi dalam hidup awak? Saya nak tahu," tanya Hafizal lagi.

"Itu semua sejarah, tuan. Bagi saya, saya hanya milik tuan. Tak ada orang lain dalam fikiran saya," jelas Ayra, tegas.

"Masalahnya, saya tak suka bila dia senang-senang saja sentuh awak! Saya sakit hati," bentak Hafizal.

"Saya minta maaf, tuan. Saya dah cuba lepaskan pegangannya, tapi kudrat dia terlalu kuat. Sejujurnya, saya berasa sangat lega bila Fred datang selamatkan saya kerana saya bimbangkan tuan," jelas Ayra, kali ini lebih lembut.

Hafizal memandang wajah isterinya. Tangannya pula menolak dagu Ayra ke atas supaya dia dapat melihat keikhlasan isterinya.

"Tolong jangan takutkan saya lagi, Mel. Saya cuma perlukan awak seorang saja," rintih Hafizal membuatkan Ayra terpaku.

"Bukankah tuan akan bernikah seorang lagi? Jangan nanti tuan yang tinggalkan saya," seloroh Ayra bagi meredakan keadaan tegang antara mereka, namun ianya tidak berkesan kerana riak wajah Hafizal masih lagi serius.

"Bernikah kerana cinta dengan bernikah kerana bisnes adalah dua perkara berbeza. Saya nikahi awak kerana saya cintakan awak. Faham tak Ayra Melissa?" jelas Hafizal.

"Berani betul tuan ini cakap begini. Saya ini manalah setaraf dengan tuan untuk dicintai begini."

"Ayra, ketahuilah. Hanya awak sahaja yang ada dalam hati saya. Atas sebab itulah, saya tak mahu awak sesekali lupa bahawasanya awak adalah milik saya seorang," tegas Hafizal lagi.

"Sejak bila saya berada dalam hati tuan?" tanya Ayra, ingin tahu.

Hafizal terkesima mendengar soalan yang diajukan oleh Ayra.

"Betul awak nak tahu?" tanya Hafizal, ingin menduga.

Ayra mengangguk. Entah mengapa tindakan Ayra mengusik hatinya.

"Saya terpikat dengan awak sejak Wafi kenalkan awak pada saya. Ingat lagi?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

"Seingat saya, itu adalah sebelum Wafi  fly bukan? Lamanya tuan simpan perasaan!" ujar Ayra sambil melopong. Geli hati Hafizal melihat respon isterinya itu.

"Ya, betul. Sembilan tahun lepas. Padahal ketika itu awak hanya berseluar jeans, berbaju kemeja-T dengan tudung bawal selimpang tepi sahaja, tapi kecantikan awak terserlah."

Hafizal melihat wajah Ayra, dia nampak keliru. Seakan cuba mengingati sesuatu.

"To be honest, I liked you from the beginning."

Kali ini, giliran Hafizal pula terbungkam dengan pernyataan Ayra. Entah kenapa lantai marmar di ruang tamunya itu tiba-tiba terasa sejuk membuatkan dia bangun lalu membantu Ayra bangun sekali. Selepas itu, dipimpin Ayra yang mengalami kebas di kakinya itu menuju ke arah sofa berhampiran lalu mereka berdua duduk di atasnya.

"What do you mean by that, sayang?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

"Saya sukakan tuan ketika itu, bukannya Wafi. Cuma, saya tak sangka tiga tahun selepas itu Wafi lamar saya menjadi buah hatinya."

Maksud awak, sebelum semua ini berlaku, awak adalah teman wanita Wafi?" tanya Hafizal, terkejut dengan pengakuan Ayra.

"Salah seorang teman wanitanya. Ketika saya diculik, saya sedang merajuk dengan Wafi kerana saya dapat tahu bahawa saya bukanlah satu-satunya teman wanitanya. Patutlah dia tidak memperkenalkan saya kepada keluarganya, malah tuan yang paling rapat dengannya juga tidak pernah tahu."

"Patutlah. Sudahlah, kita sambung cerita lain kali. Sekarang, saya nak benda lain," ujar Hafizal sambil tersenyum nakal.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya membiarkan Hafizal memeluknya.

     *     *     *     *     *

Hafizal sedang menghirup Hazelnut Latte yang dipesannya tadi apabila seorang wanita duduk di hadapannya. Wanita itu memakai gaun pendek paras peha berwarna merah dan tidak mengikat rambutnya kerana rambutnya hanya separas bahu. Solekannya yang tebal membuatkan wajahnya tampak menarik, namun tidak cukup untuk menarik perhatian Hafizal yang dingin itu.

"Sorry, I'm late. I baru saja balik shopping baju baru," ujar wanita itu setelah duduk berhadapan Hafizal.

"For what?" tanya Hafizal, selamba.

"Untuk majlis pertunangan kitalah," jawab Salwa, teruja.

"Oh ya ke."

"Kenapa you ini? Macam tak suka saja nak bertunang dengan I?" tanya Salwa, hairan dengan kelakuan Hafizal yang dingin itu.

"I tak cakap pun I tak suka, tapi I takut you yang tak suka bila dengar apa yang I nak cakapkan ini," ujar Hafizal, sinis.

"Apa dia, sayang?" tanya Salwa, sedikit teruja.

"Kalau you nak kahwin dengan I, sanggup tak you nak jadi isteri nombor dua I?" tanya Hafizal.

"What? You dah bernikah?" tanya Salwa kembali.

Hafizal hanya mengangguk. Terbeliak biji mata Salwa mendengar respon Hafizal, bagaimana dia tak tahu lelaki pujaannya sejak sepuluh tahun lepas sudah bernikah?

"So, how? Still want to continue?" tanya Hafizal, sinis.

"Siapa isteri you? Atau you sengaja reka cerita untuk batalkan pertunangan kita?" tanya Salwa, berang dengan sikap Hafizal.

"Kalau I boleh kenalkan dia, I dah bawa dia datang sini tapi maaflah, isteri I yang ini bukan untuk tontonan. That's why I need you, darling."

Hati Salwa terasa bagai mahu meletup mendengar pernyataan yang diberikan oleh Hafizal itu.

"Are you kidding me? Apa yang I dapat?" tanya Salwa.

"You dapat I, simple. Macam mana? Setuju?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

"Tengoklah macam mana, kalau I tak ada hubungi you dalam masa tiga hari, itu tandanya kita akan teruskan," ujar Salwa sebelum bangun dan beredar dari situ.

Hafizal hanya memandang pemergian Salwa dengan senyuman kemenangan.

     *      *     *      *     *

"Tahniah, Ijal atas pertunangan kau. Tak sangka Salwa boleh jadi sebegitu cantik, rugi kau tak datang tengok," ujar Wafi sebaik sahaja dia duduk di ruang tamu rumah Tan Sri Mustaqim.

"Tak mahulah, lagipun orang tua-tua tak bagi kalau pengantin lelaki datang semasa majlis pertunangan," ngelat Hafizal yang mana perhatiannya masih berada di kaca televisyen.

"Yalah, abang Ijal. Cantik gila kak Sal tadi! Rugi abang Ijal tak datang tadi, abang tinggal sini pun bukannya ada buat apa-apapun," ujar Husaini selepas duduk bersebelahan Wafi yang sedang mengipas-ngipas mukanya dengan songkok yang dipakainya tadi.

"Abang kamu itu sentiasa ada benda yang nak dilakukan. Ayra mana? Kamu tak bawa dia ke sini ke?" sampuk Puan Sri Halimatun tiba-tiba.

Hafizal dapat melihat wajah Wafi berubah sebaik sahaja nama Ayra disebut.

"Tak, mummy. Ijal tak bagi dia datang. Ada ke mummy suruh dia datang rumah sebab nak raikan pertunangan suami dia sendiri?" seloroh Hafizal.

"Chop, abang! Siapa Ayra ini? Kenapa Husaini tak tahu tentang ini?" tanya Husaini, bertalu-talu.

"Mummy punya pasal, sekarang semua orang sudah tahu! Mummy jawablah, Ijal nak balik. Semua sudah selesai bukan?" ujar Hafizal lalu mencampakkan alat kawalan jauh televisyen kepada Husaini lalu bangun untuk beredar.

"Megat Hafizal, nak ke mana itu?" tanya Puan Sri Halimatun membuatkan Hafizal kematian langkah.

Hafizal berpaling dan melihat Puan Sri Halimatun sedang memeluk tubuh bersama seorang wanita yang amat dikenalinya. Kedua wanita itu telah membuatkan dia tergamam.

*BERSAMBUNG*

Thursday, September 28, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 16...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 16: Perubahan

Ayra memandang Hafizal dengan penuh tanda tanya, lebih-lebih lagi apabila melihat Hafizal kelihatan tenang.

"Betul awak nak tahu?" tanya Hafizal, ingin menduga.

Ayra mengangguk. Masakan dia tak mahu tahu tentang suaminya itu.

"Saya terpikat dengan awak sejak Wafi kenalkan awak pada saya. Ingat lagi?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

Jenuh Ayra memikirkan saat yang dimaksudkan. Dia mencuba untuk mengingat semula detik itu.

"Seingat saya, itu adalah sebelum Wafi  fly bukan? Lamanya tuan simpan perasaan!" ujar Ayra sambil melopong. Geli hati Hafizal melihat respon isterinya itu.

"Ya, betul. Sembilan tahun lepas. Padahal ketika itu awak hanya berseluar jeans, berbaju kemeja-T dengan tudung bawal selimpang tepi sahaja, tapi kecantikan awak terserlah."

Ayra keliru, mengapakah perkara itu tidak diketahui sejak mula? Kalau ianya diketahui, pasti dia akan memilih Hafizal berbanding Wafi.

"To be honest, I liked you from the beginning."

Ayra dapat melihat riak wajah Hafizal berubah setelah dia menuturkan ayat tersebut. Tak lama selepas itu, Hafizal bangun lalu membantunya bangun sekali. Namun begitu, kaki Ayra tiba-tiba kebas akibat duduk terlalu membuatkan Hafizal memimpinnya menuju ke arah sofa berhampiran lalu mereka berdua duduk di atasnya.

"What do you mean by that, sayang?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

"Saya sukakan tuan ketika itu, bukannya Wafi. Cuma, saya tak sangka tiga tahun selepas itu Wafi lamar saya menjadi buah hatinya."

Maksud awak, sebelum semua ini berlaku, awak adalah teman wanita Wafi?" tanya Hafizal, terkejut dengan pengakuan Ayra.

"Salah seorang teman wanitanya. Ketika saya diculik, saya sedang merajuk dengan Wafi kerana saya dapat tahu bahawa saya bukanlah satu-satunya teman wanitanya. Patutlah dia tidak memperkenalkan saya kepada keluarganya, malah tuan yang paling rapat dengannya juga tidak pernah tahu."

"Patutlah. Sudahlah, kita sambung cerita lain kali. Sekarang, saya nak benda lain," ujar Hafizal sambil tersenyum nakal.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya membiarkan Hafizal memeluknya.

     *     *     *     *     *

Ayra sedang meneliti laporan penggunaan utiliti yang diberikan oleh Encik Selamat apabila Erni datang ke arah mejanya. Melihat kehadiran Erni, Ayra menutup fail laporan itu lalu memandang ke arah Erni yang berdiri di hadapannya.

"Ada apa, Erni? Kau nak jumpa Encik Hafizal?" seloroh Ayra sambil tertawa.

"Taklah, aku nak jumpa PA Encik Hafizal yang lebih sibuk daripadanya," jawab Erni selepas ketawa dengan gurauan Ayra tadi.

"Hari ini PA Encik Hafizal tidak sibuk sebab Encik Hafizal ada temu janji di luar sampai jam empat. Selepas itu, mungkin PA dia akan lebih sibuk daripada biasa," ujar Ayra sambil berpeluk tubuh.

"Dia pergi mana, Ayra?" tanya Erni, ingin tahu.

"Dia jumpa cik Salwa, bakal tunangnya. Kau tak tahu? Hairan," jawab Ayra, selamba.

"Serius? Dia masih nak bernikah dengan minah senget itu?" tanya Erni dengan riak wajah terkejut.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangkat bahu.

"Kau kata nak cerita pasal suami kau. Orangnya macam mana?" tanya Erni, setelah menarik kerusi daripada meja kosong berdekatan lalu duduk di hadapan Ayra.

Mujurlah Hafizal tiada di pejabat, kalau tidak pasti Erni akan dimarahi. Sejak dia menjadi PA Hafizal, tiada siapapun dibenarkan duduk berbual dengannya dan itu telah membuatkan dia berasa sangat sunyi.

"Orangnya agak dominan," ujar Ayra, membuka bicara.

"Perkataan yang kau pilih ini lain macamlah, Ayra. Dia romantik?" tanya Erni setelah berkerut wajahnya berfikir.

"Bolehlah, nampak macam ya tapi tak mahu tunjuk sangat. Dia sebenarnya lebih kepada dingin tapi mahu," komen Ayra sebelum ketawa.

"Pelik-pelik saja suami kau. Macam mana kau boleh terkahwin dengan dia? Bukankah kau dengan Wafi?" tanya Erni, hairan.

"Aku bergaduh dengan Wafi, dia ada perempuan lain. Aku tak boleh terima lelaki yang hanya fikir keseronokan sahaja," ujar Ayra sambil membetulkan kaca matanya. Memang menjadi rutin Ayra, setiap kali dia berhadapan dengan komputer, dia akan memakai kaca mata kerana dia mempunyai rabun silau yang agak teruk.

"Cuma, aku hairan. Bagaimana pula kau boleh terjebak dengan Encik Hafizal? Sepanjang kau jadi PA Encik Hafizal, aku tak nampak kau bergaduh dengan dia lagi," tanya Erni membuatkan Ayra terpana.

"Kalaulah kau tahu, aku tak boleh nak melawan kata-katanya. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku bergaduh dengan dia hari-hari," getus hati Ayra.

"Dia tolong aku waktu aku hilangkan diri hari itu, sebab itulah aku kena setuju dengan semua syarat-syarat dia," jawab Ayra, lemah.

"Jadi, kau berubah inipun sebab dia?" tanya Erni dengan mata yang dibuntangkan.

"Apa boleh buat? Adat makan gaji, bukan?" duga Ayra.

"Masalahnya, bukannya kau tak bergaduh dengan dia sebab kau tak memberontak, tapi dia pun tak ada nak cari gaduh dengan kau. Tak ada nak suruh kau buat benda-benda pelik macam dulu. Kau perasan tak?" tanya Erni, hairan.

Ayra terbungkam mendengar pernyataan yang dikeluarkan oleh Erni itu. Sungguh, dia baru saja menyedari bahawa Hafizal sudah mula berubah sikap, terutamanya layanan Hafizal kepadanya. Kalau dulu, setiap kali mereka berdua bertemu, pasti Hafizal akan cuba menyakitkan hatinya sehingga akhirnya mereka bertengkar.

     *     *     *     *     *

Pagi itu, sebaik sahaja selesai sarapan pagi, Hafizal keluar dari rumahnya. Ayra sendiripun tak pasti ke manakah suaminya itu pergi kerana riak wajahnya jelas menunjukkan dia tak mahu diganggu.

Sedang dia mengelap meja makan, tiba-tiba loceng pintu rumahnya berbunyi. Dia tak dapat memikirkan siapa yang membunyikan loceng itu kerana setahunya, tiada siapa yang mengetahui kewujudannya di dalam rumah ini.

Namun begitu, dia tetap menuju ke arah pintu rumahnya lalu membukanya. Alangkah terkejutnya dia melihat Apai berdiri bersama seorang lelaki dan perempuan di hadapannya.

"Mummy, daddy? Kenapa tak beritahu nak datang?" tanya Ayra, terkejut.

"Cepat siap, mummy dengan daddy tunggu dalam kereta," ujar Puan Sri Halimatun sambil menuding ke arah dalam rumah.

"Nak ke mana?" tanya Ayra lagi.

"Ikut sajalah, nanti mummy cerita. Jangan risau, tentang Ijal, biar mummy uruskan," ujar Puan Sri Halimatun sambil tersenyum nakal.

Ayra tidak membantah, kerana hari ini baru dia menyedari dari mana Hafizal mendapat perangainya yang dominan itu. Ke mana lagi tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi!

Rupanya ibu bapa mentuanya itu membawanya pulang ke rumah keluarga milik pasangan suami isteri itu. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke rumah itu sejak dia diakui sebagai menantu Tan Sri Megat Mustaqim.

Ketika mereka tiba, kelihatan Hafizal, Wafi dan seorang lagi lelaki sedang berbual di ruang tamu. Puan Sri Halimatun meninggalkan Ayra dan Tan Sri Mustaqim di belakang lalu mendekati mereka bertiga.

"Abang kamu itu sentiasa ada benda yang nak dilakukan. Ayra mana? Kamu tak bawa dia ke sini ke?" sampuk Puan Sri Halimatun tiba-tiba.

Ayra masih lagi terpaku di tempat dia berdiri.

"Tak, mummy. Ijal tak bagi dia datang. Ada ke mummy suruh dia datang rumah sebab nak raikan pertunangan suami dia sendiri?" seloroh Hafizal.

Ayra terbungkam. Rupanya hari ini hari pertunangan Hafizal? Kenapa dia tak diberitahu tentang ini?

"Chop, abang! Siapa Ayra ini? Kenapa Husaini tak tahu tentang ini?" tanya lelaki yang seorang lagi, bertalu-talu.

"Mummy punya pasal, sekarang semua orang sudah tahu! Mummy jawablah, Ijal nak balik. Semua sudah selesai bukan?" ujar Hafizal lalu mencampakkan alat kawalan jauh televisyen kepada Husaini lalu bangun untuk beredar.

Ayra mula mendekati Puan Sri Halimatun untuk mendapatkan kepastian.

"Megat Hafizal, nak ke mana itu?" tanya Puan Sri Halimatun membuatkan Hafizal kematian langkah.

Hafizal berpaling ke arahnya dan Ayra dapat melihat suaminya tergamam melihatnya.

*BERSAMBUNG*

Monday, September 25, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 14...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 14: Kebenaran Tersingkap

"Saya boleh beritahu puan kenapa, tapi janji dengan saya perkara ini tak sampai ke telinga bos. Kalau puan boleh bekerjasama dengan saya, saya boleh ceritakan apa yang saya tahu," tawar Fred kepada Ayra membuatkan Ayra menongkat dagunya untuk berfikir.

"Baiklah, saya janji. Kenapa kau orang berdua tak boleh tukar nama panggilan saya?" tanya Ayra yang semakin hairan.

"Walaupun bos nampak dingin dengan puan, tapi sebenarnya bos sangat sayangkan puan. Hanya kami berdua dan kawan-kawan baik bos sahaja yang tahu betapa bos sayangkan puan," jelas Fred.

"Takkanlah, dulu saya dengan dia pantang berjumpa, mesti bergaduh," ujar Ayra yang keliru.

"Bos itu ego orangnya, tak semudah itu dia nak berlembut dengan orang, terutamanya wanita. Puan tahu, puan satu-satunya wanita yang berpeluang bertegang urat dengannya. Kalau wanita lain, bertegur sapapun belum tentu. Puan tahu bukan puan adalah PA wanita pertama bos?" tanya Fred setelah dia menjelaskan dengan lebih terperinci.

"Saya ada dengar orang bercerita yang PA dia sebelum ini semuanya lelaki, tapi saya tak tahu pula dingin tuan pada wanita adalah seteruk itu. Kenapa tuan jadi begitu?" tanya Ayra lagi.

"Sebenarnya bos pernah dimalukan oleh wanita yang dia suka ketika di bangku sekolah dulu. Puan faham-fahamlah remaja, mesti ada yang menyimpan perasaan kepada seorang perempuan. Sama juga dengan bos. Dia ada berminat dengan seorang gadis ini, khabarnya anak Datuk. Ketika itu, Tan Sri baru sahaja menubuhkan Mustaqim Ventures setelah dia keluar dari syarikat M&M Constructions, syarikat milik datuk bos yang sekarang dimiliki oleh ayah Encik Wafi."

"Jadi, apa masalahnya?"

"Masalahnya puan, Tan Sri ketika itu belum ada pangkat lagi. Jadi, anak Datuk ini telah bertindak kasar dengan menolak mentah-mentah perasaan bos di depan rakan-rakan mereka ketika majlis hari jadi gadis itu. Cuba puan bayangkan perasaan bos ketika itu."

"Teruknya perempuan itu. Jadi, apa khabar perempuan itu sekarang?" tanya Ayra, ingin tahu.

"Sudah meninggal lima tahun lepas, kemalangan. Khabarnya dia memandu dalam keadaan mabuk. Bila difikirkan semula, bagus juga bos tak bersama gadis itu, kalau tidak pasti bos akan meneguk air haram itu," ujar Fred sambil tersenyum.

"Kiranya tuan tak pernah minum arak? Begitu?" tanya Ayra lagi.

"Sekali pun tak. Kalau dia ke kelab malam sekalipun, dia takkan minum. Dia lebih rela ke kedai serbaneka berhampiran untuk minum. Atas sebab itulah kami ini sanggup bekerja dengan bos," sampuk Apai pula, diselangi oleh anggukan Fred.

"Oh, begitu rupanya. Patutlah ada masa dia elok, ada masa dia teruk. Barulah saya faham," jawab Ayra.

"Saya tak pasti sama ada tindakan saya betul ataupun tidak beritahu ini, tapi puan harus tahu tentang semua orang di sekeliling puan, termasuklah bos," ujar Fred, serba salah.

"Maksud awak?" tanya Ayra, hairan.

"Puan tahu tak kenapa puan dijual?" tanya Fred.

Ayra hanya menggeleng. Baginya itu semua sudah tak penting lagi.

"Sebenarnya puan telah ditipu hidup-hidup oleh bekas teman serumah puan, Kathy Nada. Dia dan teman lelakinya, Harry telah meminjam duit daripada 'along' dengan menggunakan nama puan dan membawa lari duit tersebut. Perkara itu lebih mudah dilakukan kerana syarikat peminjam wang tersebut diuruskan oleh Harry," terang Fred.

Ayra tergamam mendengar penjelasan Fred. Sedikit demi sedikit kekeliruan yang dirasainya selama ini terungkai.

"Jadi, cukup tiga bulan selepas pinjaman itu dibuat, puan diculik dan dijual bagi membayar semula duit yang telah dipinjam dan bakinya diambil oleh mereka."

Ayra tidak menjawab, namun air matanya sudahpun mengalir keluar. Hatinya terasa bagai ditikam ketika mendapati teman serumah yang paling baik baginya sanggup membuat begitu terhadap dirinya.

"Pada malam puan diculik itu bos mengadu pada saya, katanya dia berasa tidak sedap hati. Keesokan harinya, dia tengok puan tak datang kerja. Terus dia minta saya cari puan. Ketika itulah saya menemui maklumat yang puan sedang dilelong oleh Harry," terang Fred lagi.

Ayra dan Apai masih setia mendengar cerita Fred itu dengan tekun.

"Selepas itu, seperti yang puan tahu, bos beli puan dengan harga RM5 juta. Bagi orang biasa seperti kita, RM5 juta itu nampak sedikit bagi seorang yang kaya seperti bos, tetapi tak siapapun tahu apa yang telah bos lakukan untuk dapatkan RM5 juta itu dalam masa yang sangat singkat."

"Apa dia buat untuk dapatkan duit itu?" tanya Ayra, dalam keadaan sebak.

"Dia jual rumah kesayangannya di Bandar Utama, rumah pemberian arwah datuknya. Bukan mudah untuk dia buat keputusan itu, namun demi kasih sayangnya pada puan, dia nekad. Dia jualkan rumah itu untuk menebus puan."

Ayra melopong dengan perasaan tidak percaya. Mana mungkin seorang lelaki sanggup bergolok gadai deminya.

"Cuma, saya hairan. Kenapa dia kena nikahi saya sedangkan dia boleh buat saya bekerja untuknya bagi membayar balik RM5 juta itu?" tanya Ayra, hairan.

"RM5 juta itu apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan cinta hatinya? Dia memang ikhlas nak bernikah dengan puan. Tak ada istilah bayaran balik. Dia tahu dalam keadaan puan, puan pasti tidak mampu untuk menolak. Baginya cukuplah puan menemaninya seumur hidupnya, itu sudah cukup untuk membayar balik RM5 juta itu," terang Fred.

Ayra terbungkam. Hendak marah, dia tak mahu khufur nikmat kerana lelaki itu jugalah yang telah menyelamatkan maruah dirinya. Namun begitu, matlamat sama sekali tak menghalalkan cara. Itu yang membuatkan dia berasa sedikit terkilan, tetapi dia tahu dia tak punya pilihan. Dia harus redha kerana lelaki itu telahpun menjadi suaminya yang sah.

     *     *     *     *     *

Ayra baru sahaja selesai solat sunat hajat apabila dia mendengar bunyi pintu rumahnya ditutup. Dia menanggalkan telekung lalu keluar dari biliknya untuk melihat sama ada Hafizal sudah pulang ataupun belum.

Sebaik sahaja dia tiba di bawah, hanya Hafizal sahaja yang ada. Pasti Apai dan Fred sudah pulang kerana ketika dia sampai, Hafizal sedang mengunci pintu rumah mereka.

"Tuan sudah balik?" tanya Ayra, lembut.

Ayra dapat melihat Hafizal tidak terus menjawab, sebaliknya dia menuju ke arah sofa tempat Apai dan Fred duduk tadi lalu duduk di atasnya. Melihat tindak tanduk suaminya, jantungnya mula berdegup kencang.

"Sudah. Mel, sini sekejap," arah Hafizal.

Ayra mendekati Hafizal dan memilih untuk berdiri berhadapan Hafizal.

"Duduk depan saya ini," arah Hafizal lagi.

Ayra hanya menurut dengan duduk di atas lantai berhadapan dengan sofa tempat Hafizal duduk.

"Awak tahu tak awak ada buat salah dengan saya?" tanya Hafizal, sinis.

"Tahu, tuan. Saya sepatutnya turun sebaik sahaja Fred panggil. Saya minta maaf, saya tak sengaja," jawab Ayra, lemah.

"Awak tahu Mel, saya boleh maafkan awak andai awak tak ikut perintah saya tapi saya cukup tak suka apabila ada orang lain yang cuba sentuh hak milik saya," ujar Hafizal lalu bangun dan menarik tangan Ayra bagi memaksa wanita itu bangun.

Hafizal menarik Ayra menuju ke arah dinding berhampiran lalu menolaknya sehingga Ayra bersandar di dinding tersebut. Ayra sudahpun menggigil ketakutan kerana dia tak pernah melihat Hafizal seperti ini. Tak mungkin dia sebegini marah hanya kerana Ayra lambat turun.

Sedang berfikir, bibirnya dicium rakus oleh Hafizal, tidak seperti selalu. Ayra cuba meronta, namun Hafizal lebih dahulu memegang kedua belah tangannya.

Selepas itu, Hafizal mula mencium leher Ayra. Terasa perit kawasan yang dicium, menyebabkan Ayra mengerang kesakitan. Namun begitu, Hafizal tidak menunjukkan tanda untuk berhenti.

"Tuan, saya minta maaf. Tolong jangan begini," rayu Ayra yang berada di dalam kesakitan.

Rayuan Ayra membuatkan Hafizal berhenti.

"Awak tahu kenapa saya buat begini, Mel?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

Ayra hanya menggeleng, sungguh dia tak tahu kenapa suaminya jadi begini.

Melihat respon Ayra, Hafizal melepaskan Ayra lalu mengeluh.

Ayra yang masih lagi menggigil ketakutan mula berasa lututnya longlai lalu terduduk di atas lantai manakala Hafizal masih lagi berdiri kaku di hadapan Ayra.

"Siapa Wafi dalam hidup awak, Mel?" tanya Hafizal setelah merenung ke arah Ayra.

"Maksud tuan?" tanya Ayra, serba salah.

Hafizal duduk mencangkung di hadapan Ayra, membuatkan Ayra sedikit bimbang.

"Sebelum awak jadi milik saya, siapa Wafi dalam hidup awak? Saya nak tahu," tanya Hafizal lagi.

"Itu semua sejarah, tuan. Bagi saya, saya hanya milik tuan. Tak ada orang lain dalam fikiran saya," jelas Ayra, tegas.

"Masalahnya, saya tak suka bila dia senang-senang saja sentuh awak! Saya sakit hati," bentak Hafizal.

"Saya minta maaf, tuan. Saya dah cuba lepaskan pegangannya, tapi kudrat dia terlalu kuat. Sejujurnya, saya berasa sangat lega bila Fred datang selamatkan saya kerana saya bimbangkan tuan," jelas Ayra, kali ini lebih lembut.

Ayra tunduk, enggan memandang ke arah Hafizal membuatkan Hafizal menolak dagunya ke atas agar mata mereka bertemu.

"Tolong jangan takutkan saya lagi, Mel. Saya cuma perlukan awak seorang saja," rintih Hafizal membuatkan Ayra terpaku.

"Bukankah tuan akan bernikah seorang lagi? Jangan nanti tuan yang tinggalkan saya," seloroh Ayra, namun ianya tidak berkesan kerana riak wajah Hafizal masih lagi serius.

"Bernikah kerana cinta dengan bernikah kerana bisnes adalah dua perkara berbeza. Saya nikahi awak kerana saya cintakan awak. Faham tak Ayra Melissa?" jelas Hafizal.

"Berani betul tuan ini cakap begini. Saya ini manalah setaraf dengan tuan untuk dicintai begini."

"Ayra, ketahuilah. Hanya awak sahaja yang ada dalam hati saya. Atas sebab itulah, saya tak mahu awak sesekali lupa bahawasanya awak adalah milik saya seorang," tegas Hafizal lagi.

"Sejak bila saya berada dalam hati tuan?" tanya Ayra, ingin tahu.

Ayra dapat melihat Hafizal terkesima mendengar soalan yang diajukan olehnya.

*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 13...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 13: Tak Suka Berkongsi

"Apa maksud Ijal, isteri kedua? Maksud Ijal, Ijal dah berkahwin?" tanya Puan Sri Halimatun, tergamam dengan pengakuan anak sulungnya itu.

"Ya, Ijal dah bernikah. Untuk mummy, Ijal sanggup bernikah lagi satu kerana Ijal tak mahu membuat resepsi perkahwinan pertama Ijal," jawab Hafizal, selamba.

Jawapan Hafizal membuatkan kedua ibu bapanya terpinga. Tak mungkin hanya sebab itu Hafizal sanggup berkahwin dua.

"Siapa isteri Ijal? Bawa dia jumpa mummy, kalau mummy suka, kita batalkan perkahwinan Ijal," ujar Puan Sri Halimatun.

"Kalau mummy nak jumpa dia, mummy datang rumah. Ijal tak nak orang luar tahu siapa isteri Ijal, sebab itulah mummy dengan daddy pun tak tahu Ijal dah kahwin. Cuma, perkahwinan Ijal dengan Salwa harus diteruskan walaupun mummy sukakan isteri Ijal," jawab Hafizal, masih mengekalkan riak wajah selambanya.

"Kalau mummy sukakan dia, dia berhak untuk jadi menantu keluarga ini," Puan Sri Halimatun mula meninggikan suara.

"Not now, mummy. I need to marry Salwa in order to protect her, and also until we pay back all the money that datin already gave you," jawab Hafizal yang masih tenang.

"Nampaknya Ijal dah semakin matang. Ima, let him be. Nampaknya dia tahu apa yang dia lakukan. Isteri Ijal tahu tentang ini? Apa katanya?" sampuk Tan Sri Mustaqim.

"Tahu, daddy. Dia izinkan."

"Then, case closed. Nanti Ima pergilah jenguk menantu Ima itu. Berkenalan dulu. Rumah mana Ijal? Mont Kiara?" tanya Tan Sri Mustaqim lagi.

"Yup, banglo di BU Ijal dah jual. Ada masalah sikit, jadi Ijal pinjam duit syarikat. Lepas dapat duit jual banglo, baru Ijal ganti duit yang Ijal sudah pinjam," ujar Hafizal.

"Okay, then. Daddy tak mahu tanya apa masalah Ijal sampai kena jual banglo sebiji, I trust you. Nanti daddy dengan mummy datang jumpa menantu kami," jawab Tan Sri Mustaqim.

"Baiklah, daddy. Ijal naik atas dulu, ada panggilan nak kena buat," ujar Hafizal lalu bangun dan terus berlalu menuju ke biliknya di tingkat atas.

Sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya, dia terus saja mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket lalu menelefon Fred.

"Hello, bos! Ada apa?" tanya Fred, di hujung talian.

"Ayra mana?" tanya Hafizal.

"Saya dah hubungi dia tadi, dia kata dia turun tapi sampai sekarang tak nampak bayang lagi bos," jawab Fred.

"Dia tak lari ke?" tanya Hafizal lagi.

"Tak mungkin, bos sebab saya ada di depan pintu besar ini."

"Sekejap, aku hubungi dia. Kau tunggu situ," jawab Hafizal lalu memutuskan talian. Dia hubungi pula Ayra dan panggilannya dijawab selepas satu deringan.

"Hello, ya tuan?" kata Ayra, tersekat-sekat.

"Awak kat mana? Kenapa awak tiada dengan Fred?" tanya Hafizal dengan nada yang sangat keras.

"Saya minta maaf, saya ada depan lif. Tadi Erni tahan saya, ada perkara yang nak dibincangkan," jawab Ayra dengan perasaan bersalah.

"Mentang-mentang saya tak ada, bukan main lagi awak ya? Awak tunggu saya balik, tahulah saya nak ajar awak nanti!" jerkah Hafizal di hujung talian membuatkan wajah Ayra menjadi pucat.

"Saya minta maaf tuan, lif dah sampai. Saya letak telefon dulu, saya janji bila tuan balik nanti kita bincang tentang ini," ujar Ayra lalu mematikan taliannya.

Apabila menyedari taliannya diputuskan, Hafizal cuba menghubungi Ayra semula namun talian telefonnya di luar kawasan, mungkin kerana isterinya itu berada di dalam lif seperti yang dikatakan.

Jadi, Hafizal bertindak menelefon Fred semula dan panggilan dijawab sebelum sempat bunyi deringan.

"Hello, bos! Saya dah nampak dah puan ini, dia baru saja keluar dari lif," lapor Fred sebaik sahaja panggilannya dijawab.

"Kalau begitu, betullah dia berada di depan lif semasa aku hubunginya tadi," jawab Hafizal.

"Cuma bos, Encik Wafi cuba menahan puan sekarang. Siap pegang lengan puan lagi," ujar Fred dengan nada bimbang.

"Kau uruskan Wafi, aku tak nak ada sesiapapun sentuh isteri aku! Kau tahu bukan, aku tak suka berkongsi?" bentak Hafizal, berang dengan situasi yang melanda isterinya itu.

"Baik, bos. Saya pergi uruskannya sekarang," jawab Fred.

"Lepas itu, kau dengan Apai hantar Ayra pulang dan aku nak kau orang temankan dia sampai aku balik. Faham?" arah Hafizal.

"Baik, bos. Roger and out," jawab Fred lalu mematikan talian.

Hafizal mengambil tablet miliknya lalu membuka sebuah aplikasi GPS. Dia melihat ke arah peta yang menunjukkan di mana Ayra berada selagi mana alat yang mengeluarkan transmisi GPS itu masih berada di badannya.

"Nampaknya masih di pejabat. Harap-harap dia tak apa-apa," ujar Hafizal lalu meletakkan semula tabletnya di tepi katilnya. Kemudiannya, dia pun terlelap.

     *     *     *     *     *

Malam itu, dia pulang sebaik sahaja dia selesai makan malam. Setibanya dia di rumah, dia melihat Fred dan Apai sedang menonton televisyen. Apabila mereka menyedari kepulangannya, mereka berdua terus berdiri menghadapnya.

"Lambatnya bos balik. Bos makan di rumah Tan Sri dulukah?" tanya Fred, berbasa basi.

"Yalah, kau orang dah makan belum?" tanya Hafizal pula.

"Sudah, tadi puan masak ikan kembung goreng berlada dengan sayur campur. Ya Allah bos, sedapnya puan masak! Patutlah bos dah tak keluar malam lagi dah," puji Apai dengan kedua-dua tangannya menaikkan ibu jari tanda 'bagus'.

"Ikan goreng berlada pun kau orang dah begini, kalau bini aku masak nasi minyak, tak tahulah macam mana kau orang punya reaksi. Oh ya, Ayra mana?" tanya Hafizal kerana dia tidak melihat kelibat Ayra di mana-mana.

"Puan naik atas, katanya nak solat," jawab Fred.

"Kalau begitu, kau orang baliklah dulu. Esok pagi baru sambung jaga Ayra ya Apai?" arah Hafizal, separuh bergurau.

"Terima kasih, bos. Jumpa esok," jawab kedua mereka, hampir serentak sebelum mereka melangkah keluar dari rumah banglo milik Hafizal itu.

Selepas mereka berdua keluar, Hafizal mengunci pintu. Sebaik sahaja dia berpaling, dia tergamam apabila melihat kelibat seseorang berada di hadapannya. Wanita yang berpakaian gaun tidur berwarna putih dengan rambut yang dibiarkan mengurai benar-benar membuatkan dia hampir terlupa tentang kesalahan wanita itu petang tadi.

"Tuan sudah balik?" tanya Ayra, lembut.

Hafizal tidak terus menjawab, sebaliknya dia menuju ke arah sofa tempat Apai dan Fred duduk tadi lalu duduk di atasnya.

"Sudah. Mel, sini sekejap," arah Hafizal. Dia sendiripun tak pasti apa yang membuatkannya panas hati, tindakan Ayra melengahkan masa ataupun tindakan Wafi mengganggu Ayra tadi.

Ayra mendekati Hafizal dan memilih untuk berdiri berhadapan Hafizal.

"Duduk depan saya ini," arah Hafizal lagi.

Ayra hanya menurut dengan duduk di atas lantai berhadapan dengan sofa tempat Hafizal duduk.

"Awak tahu tak awak ada buat salah dengan saya?" tanya Hafizal, sinis.

"Tahu, tuan. Saya sepatutnya turun sebaik sahaja Fred panggil. Saya minta maaf, saya tak sengaja," jawab Ayra, lemah.

"Awak tahu Mel, saya boleh maafkan awak andai awak tak ikut perintah saya tapi saya cukup tak suka apabila ada orang lain yang cuba sentuh hak milik saya," ujar Hafizal lalu bangun dan menarik tangan Ayra bagi memaksa wanita itu bangun.

Hafizal menarik Ayra menuju ke arah dinding berhampiran lalu menolaknya sehingga Ayra bersandar di dinding tersebut. Dia dapat melihat Ayra sudahpun menggigil ketakutan, namun baginya wanita itu harus diajar.

Hafizal terus mencium bibir isterinya dengan rakus, membuatkan Ayra menjerit akibat terkejut. Ayra cuba meronta, namun Hafizal lebih dahulu memegang kedua belah tangannya.

Selepas itu, Hafizal mula mencium leher Ayra. Sekali lagi Ayra mengerang kesakitan, namun tidak dilayan oleh Hafizal.

"Tuan, saya minta maaf. Tolong jangan begini," rayu Ayra yang berada di dalam kesakitan.

Rayuan Ayra membuatkan Hafizal berhenti.

"Awak tahu kenapa saya buat begini, Mel?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

Ayra hanya menggeleng, tanda dia tidak tahu.

Melihat respon Ayra, Hafizal melepaskan Ayra lalu mengeluh.

*BERSAMBUNG*

Sunday, September 24, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 12...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 12: Rebut Semula

Sindiran Wafi mengundang rasa hairan yang jelas terpancar pada wajah Hafizal dan wanita di sebelah sepupunya itu.

Hajat asalnya memang ingin mengorek status perhubungan Hafizal dan wanita cantik itu, namun alasan yang diberikan olehnya bagi mengelakkan syak wasangka Hafizal adalah kerana dia harus pulang awal. Mujurlah Hafizal memahami.

Hasil perbualannya dengan sepupunya itu, wanita yang bernama Ayra itu merupakan pembantu peribadi baru Hafizal yang disebut-sebut oleh lelaki itu. Tak mungkin hanya sekadar pembantu peribadi, kerana mereka berdua nampak terlalu mesra.

"Tapi apa salahnya, kedua-duanya belum bernikah. Memanglah sesiapapun tak kisah, bukan? Cuma, manalah Hafizal nak campakkan minah senget yang menjadi pilihan auntie?" bisik Wafi, dalam hati.

Sempat juga dia mengenakan Hafizal sebelum dia beredar dengan mengingatkan sepupunya itu akan pesanan ibu saudaranya sebelum ini. Wafi dapat melihat pucat lesi wajah Hafizal apabila dia menyampaikan pesanan Puan Sri Halimatun.

Namun begitu, tindak tanduk Ayra benar-benar misteri baginya. Sebaik sahaja dia tiba di situ, Ayra terus tunduk tanpa menoleh ke arahnya mahupun Hafizal. Sedangkan Ayra yang dikenali sebelum itu tidak begitu.

    *    *      *     *     *

"Will you be my girlfriend?" tanya Wafi sebaik sahaja dia melutut di atas sebelah kakinya. Dia memandang ke atas, ke arah wanita yang berada di hadapannya itu.

"Ish, apa ini? Malulah I, ini tempat awam kot!" jerkah wanita itu. Wafi dapat melihat pipi wanita itu merah akibat malu.

"Ayra Melissa, sejak you hadir dalam hidup I, dunia I penuh dengan warna-warni. I cuma nak you terus mewarnai hidup I dan sama-sama kita saling melengkapkan hidup kita berdua," luah Wafi sambil tersenyum.

"I bukan tak nak terima you, tapi kita baru saja kenal. Tak sampai setahun pun. I ini bukan anak orang kaya macam you, I tak ada rupa, tak ada harta, I tak ada apa yang boleh I berikan pada you selain daripada hati dan perasaan I," ujar Ayra, resah dengan luahan Wafi dan juga mata-mata yang memerhatikan mereka berdua sejak Wafi melamarnya di tengah-tengah kompleks membeli-belah Berjaya Times Square itu.

"I don't need any money from you, I got mine. I don't need your beauty, it's not that I can eat your beauty up. I just need you, to be with me. That's all I need."

Ayat yang dikeluarkan oleh Wafi telah membuatkan Ayra menutup wajahnya. Tindakan Ayra membuatkan Wafi mulai panik lalu berdiri dan mendekati Ayra.

"Are you okay, Ayra?" tanya Wafi, risau.

"Yes, I am okay. My answer is yes," jawab Ayra lalu menurunkan tangannya lalu memandang Wafi sambil tersenyum.

Melihat respon Ayra, Wafi menjerit keriangan. Wanita yang cuba didekati selama dua tahun akhirnya bersetuju untuk menjadi kekasihnya.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya Wafi berdering. Bunyi itu mengembalikan Wafi ke alam realiti dan tanpa berlengah dia menjawab panggila tersebut.

"Hello, Bos! Saya sudah uruskan hal Harry dengan Kathy. Tentang Ayra dan Hafizal pun saya sudah dapat info," ujar lelaki di hujung talian sebaik sahaja Wafi menjawab panggilan tersebut.

"Bagus. Jadi, kalau mereka tak dapat membayar selepas tiga hari, aku nak kau culik Kathy itu dan kita lelong dia. Apa info yang kau dapat, Bob?" tanya Wafi.

"Ayra dan Hafizal itu bukan sekadar PA dengan bos, tapi mereka berdua adalah suami isteri. Mereka baru saja bernikah beberapa hari lepas," jawab Bob.

"Suami isteri? Kau biar betul! Ketika majlis makan malam itu, mereka sudah bernikah atau belum?" tanya Wafi lagi.

"Sudah, bos. Ada pekerja di syarikat itu cerita, Ayra yang dulu dengan Ayra yang kita tengok sekarang sama sekali berubah. Dia kata selepas dua hari Ayra menghilangkan diri, Ayra terus jadi pendiam dan perahsia. Sesekali ada rakan lain yang ternampak dia menangis di dalam tandas. Bila ditanya, dia hanya berkata matanya masuk habuk."

"Aku pasti hubungan mereka bukan seperti suami isteri biasa. Tak apa, aku sendiri akan cari Ayra untuk cari maklumat tentang ini. Kau tak payah siasat tentang mereka, aku nak kau fokus pada mangkuk dua ekor yang sudah bawa lari duit aku itu! Duit kau aku sudah masukkan ke dalam akaun kau, tapi untuk kerja siasat Ayra dan Hafizal. Selebihnya, selepas kau dapatkan duit aku semula. Faham?" arah Wafi.

"Faham, bos. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, saya letak."

"Tak ada, chaw!" ujar Wafi sebelum memutuskan talian. Berang rasanya mengenangkan kekasih sendiri sudah menjadi isteri orang. Malah, isteri kepada sepupu yang selama ini dianggapnya seperti adik.

"Kenapa semua benda yang aku nak selama ini mesti Ijal yang dapat?" Wafi bermonolog sendiri.

     *     *     *     *     *

Wafi sedang bercakap dengan penyambut tetamu apabila dia ternampak kelibat Ayra yang sedang berjalan keluar daripada lif. Namun, apa yang menarik perhatiannya adalah bukan empunya badan itu sendiri, tetapi melihatkan wanita itu yang berjalan dalam keadaan yang tergesa-gesa lebih menarik perhatiannya.

"Cik Ayra Melissa, nak ke mana tergesa-gesa itu?" tanya Wafi yang berdiri di hadapan Ayra membuatkan Ayra berhenti melangkah.

"Encik Megat Wafi buat apa di sini? Encik Hafizal cuti setengah hari, tapi rasanya dia pun tak ada buat temu janji dengan encik Wafi bukan?" tanya Ayra pula.

"I datang bukan nak jumpa dia, I nak jumpa you," jawab Wafi sambil memegang lengan Ayra.

"Lepaslah! I dah lambat ini, jadi I tak ada masa nak berbual dengan you," tegas Ayra sambil meronta-ronta untuk melepaskan pegangan Wafi.

"Kenapa you nak lari dari I? I tak sangka betul you sanggup bernikah dengan sepupu I! You dah lupa ke janji you nak kahwin dengan I?" tanya Wafi, keras.

Wafi menguatkan lagi pegangan tangannya membuatkan Ayra mengerang kesakitan.

"You know what, right now I am really glad I married your cousin instead of you. You know why? No matter how cold he is, he will never ever hurt me like the one you did to me before and now!" ujar Ayra sambil membuntangkan matanya. Wafi dapat melihat api kemarahan di dalam mata wanita itu.

Belum sempat Wafi menjawab, ada tangan dari belakang yang menariknya jauh dari Ayra membuatkan pegangan tangannya tadi terlepas. Wafi berpaling, ada seorang lelaki berpakaian serba hitam berdiri di hadapannya.

"Orang tua-tua kata, tak baik mencampuri urusan orang lain. Kau ini siapa sibuk nak jadi hero kat sini?" tanya Wafi, sinis.

Lelaki itu hanya tersenyum sinis mendengar soalan yang diajukan oleh Wafi. Selepas itu, dia melihat ke arah Ayra sebelum memandang Wafi semula.

"Orang tua-tua juga kata, jangan jadi lelaki dayus yang menyakiti wanita. Saya cuma menjalankan tugas saya, encik!" jawab lelaki itu yang sedang menggengam penumbuk, bersiap sedia andai Wafi mula mengganas.

"Wanita ini memang layak dibelasah, sebab dia tipu aku! Kau tak payah nak tunjuk hero sangat!" luah Wafi, geram.

"Kalau encik nak apa-apakan Puan Ayra, encik kena berdepan dengan saya dulu," jawab lelaki itu, tenang.

"Oh, Ayra sudah ada bodyguard sekarang! Tak apa, saya akan kembali," ujar Wafi sebelum beredar dari situ.

Dia tidak terus keluar dari bangunan Mustaqim Ventures itu, sebaliknya dia menuju ke tandas terlebih dahulu. Setelah selesai urusannya, barulah dia berjalan menuju ke pintu keluar sebelum dia berlanggar dengan seorang wanita yang amat dikenalinya.

"Kathy Nada?" tanya Wafi, dalam hati.

Wafi melihat wanita itu yang baru sahaja berdiri setelah terjatuh. Dia hanya tersenyum melihat wanita itu yang sedang menepuk-nepuk gaun yang dipakainya bagi membuang habuk yang melekat di gaun tersebut.

"Mata kau buta ke apa? Jalan itu lain kali tengok depan," dengus wanita itu, kasar.

"Mulut kau, macam longkang. Tak sepadan dengan rupa! Ternyata benar seperti apa orang kata, awak ini bajet diva, Kathy Nada." sindir Wafi.

"Siapa awak?" tanya Qatrunnada, hairan.

Wafi tidak terus menjawab, sebaliknya hanya tersenyum sinis.

*BERSAMBUNG*

Friday, September 22, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 11...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 11: Selamatkan Diri

Qatrunnada sedang berjalan keluar dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur setelah berpura-pura melarikan diri dari situ, kononnya ingin mengelak bekas suami yang tidak wujud itu, sedangkan dia hanya ingin melarikan daripada pandangan Megat Hafizal yang tajam itu.

"How's everything, darling?" tanya Harry yang setia menunggu di dalam kereta Honda Jazz milik Qatrunnada sementara teman wanitanya itu menjalankan kerja merisiknya itu.

"Worse, Ayra is now Megat Hafizal's wife," jawab Qatrunnada, geram.

"Come on, Qat! Biar betul!" ujar Harry, tidak percaya.

"Encik Hairi bin Abu Samah, takkanlah I nak tipu you? Apa I dapat?" tanya Qatrunnada, berang apabila pernyataannya diragui.

"Jadi, dia beli Ayra untuk dijadikan isteri? Bukan hamba atau orang gaji?"

"Maybe."

"Shocking. Bukan ke Megat Hafizal itu orangnya hati batu?" tanya Harry, hairan.

"Itu juga yang I selalu dengar dari mulut Ayra. Macam tak percaya saja mamat kekwat yang Ayra cerita selama ini sanggup membeli pekerja sendiri dengan harga RM5 juta, malah dijadikan pula isterinya?"

"Tak apa, lagi bagus kalau mereka bernikah. Lagi mudahlah kita nak menambahkan hasil kekayaan kita," ujar Harry sambil tersenyum sinis.

"You have a plan?" tanya Qatrunnada.

"Of course, we can do so many things with them. They have each other as their own weaknesses."

Mendengar jawapan Harry, Qatrunnada tersenyum seolah mengerti maksud di sebalik kata-kata Harry itu. Selepas itu, dia menghadiahkan ciuman di pipi Harry.

     *     *     *     *     *

Petang itu, Qatrunnada dan Harry menuju ke pusat membeli-belah Avenue K apabila tiba-tiba kereta mereka ditahan oleh sebuah kereta Proton Wira di lebuh raya MRR2. Qatrunnada mulai resah, tetapi Harry hanya tenang dan menunggu lelaki yang keluar dari kereta tersebut mendekatinya. Puas Harry terjenguk-jenguk sebelum Harry mengecam lelaki yang menahan mereka itu.

"Bob! Aku ingatkan kau kena tangkap polis, bagaimana kau boleh selamat?" tanya Harry, terkejut dengan kehadiran Bob di hadapan matanya.

"Aku tengah kerja luar semasa markas kita kena raid, sudah tentu aku selamat! Kau ingat aku macam kau, mengkhianati bos untuk selamatkan diri?" bisik Bob setelah mendekatkan mulutnya pada telinga Harry.

"Aku memang nak depositkan duit itu, tapi bagi aku masa. Sudahlah aku ini dalam buruan polis," ujar Harry dengan muka bersalah.

"Bos suruh kau berikan saja RM2.93 juta itu pada aku. Dia berikan tempoh tiga hari, kalau dia tak dapat balik duit itu, aku akan lelong girlfriend kau! Aku nak tengok siapa nak beli perempuan macam dia ini," Bob memberikan amaran kepada Harry.

Qatrunnada kecut perut mendengar amaran Bob itu. Dia tak rela dilelong, apapun terjadi dia harus dapatkan duit yang dikehendaki memandangkan dia dan Harry telah menggunakan sebahagian daripada duit RM2.93 juta itu untuk membeli rumah.

"Tiga hari? Baiklah, nanti aku berikan kepada kau."

"Ingat, kalau kau gagal, aku akan lelong perempuan ini!" ujar Bob lalu kembali ke arah keretanya. Qatrunnada dan Harry hanya memandang pemergian Bob dengan perasaan resah.

"Sayang, I takut!" ujar Qatrunnada yang sudah menggigil ketakutan.

"I rasa kita kena jalankan misi kita secepat mungkin," keluh Harry lalu memandu pergi dari situ.

Qatrunnada tidak bersuara di sepanjang perjalanan pulang mereka ke rumah. Hajat mereka untuk ke Avenue K juga turut terbatal akibat daripada amaran tadi. Mereka harus berhati-hati agar nasib mereka berdua tak seperti nasib orang-orang yang telah dia jual.

     *     *      *      *     *

Qatrunnada memasuki bangunan Mustaqim Ventures dengan hajat ingin memulakan misi mendapatkan duit bagi menggantikan semula duit bos besar Harry. Sebaik sahaja dia memasuki bangunan itu, dia terus menuju ke arah kaunter penyambut tetamu.

"Salam sejahtera cik, boleh saya bantu?" kedengaran mesra suara penyambut tetamu itu membuatkan Qatrunnada terpukau.

"Salam sejahtera. Saya nak jumpa Encik Hafizal, CEO syarikat ini," jelas Qatrunnada sambil membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya sejak dia keluar dari rumah lagi. Dia tak mahu dirinya dikenali oleh sesiapa.

"Encik Hafizal? Cik ada temu janji?" tanya penyambut tetamu itu lagi.

"Tak ada."

"Kalau tak ada, saya tak boleh membenarkan encik untuk berjumpa dengannya," terang penyambut tetamu itu lagi.

"Kalau begitu, cik Ayra ada? PA Encik Hafizal?" tanya Qatrunnada lagi.

"Cik Ayra? Tadi saya lihat dia baru sahaja pulang. Kalau apa, boleh saya ambil pesanan cik?" tanya penyambut tetamu itu lagi.

"Tak apalah, saya datang lain kali," dengus Qatrunnada, kasar lalu berjalan keluar menuju ke arah keretanya yang diparkir di tempat letak kereta pelawat.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia terlanggar seseorang. Perlanggaran itu membuatkan Qatrunnada terjatuh terduduk. Tanpa berlengah, dia cuba bangun semula lalu memandang ke arah lelaki yang melanggarnya tadi.

"Mata kau buta ke apa? Jalan itu lain kali tengok depan," dengus Qatrunnada, kasar.

"Mulut kau, macam longkang. Tak sepadan dengan rupa! Ternyata benar seperti apa orang kata, awak ini bajet diva, Kathy Nada."

Sindiran lelaki di hadapannya mengejutkannya. Siapakah gerangan lelaki di hadapannya ini?

"Siapa awak?" tanya Qatrunnada, hairan.

Lelaki itu tidak terus menjawab, sebaliknya hanya tersenyum sinis.

*BERSAMBUNG*

Thursday, September 21, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 10...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 10: Bermadu

Ayra dapat melihat Hafizal dan lelaki yang baru saja hadir di belakang pentas itu berbual. Rupanya lelaki itu merupakan sepupu Hafizal, Megat Wafi bin Megat Mansor. Mereka kelihatan rapat, namun majikan merangkap suaminya itu hanya memperkenalkannya sebagai pembantu peribadi dan bukan isterinya. Pasti keluarga Hafizal belum mengetahui statusnya.

Selepas Wafi beredar, Ayra merenung wajah Hafizal. Ada kegusaran pada riak wajah suaminya, pasti ada perkara yang dibimbangkan oleh Hafizal dan ianya membuatkan Ayra berasa gundah.

"Ada apa-apa yang merunsingkan tuan?" pertanyaan Ayra itu telah mematikan lamunan Hafizal.

"Kita bincang benda ini nanti," jawab Hafizal lalu beredar menuju ke pintu dewan.

Ayra hanya memilih untuk mengikuti suaminya itu dari belakang.

     *     *     *     *     *

Ayra terjaga malam itu dan melihat di sebelahnya kosong. Dia ingat lagi sebelum dia tertidur, Hafizal masih berada di sisinya. Selepas sesi soal jawab mereka tadi, akhirnya Hafizal telah menyentuhnya sekali lagi.

Ayra memilih untuk duduk berteleku di atas katilnya. Rambutnya yang panjang separas dada dibiarkan mengurai kerana bilik itu terasa lebih sejuk daripada biasa.

Ayra pasti Hafizal telah kembali ke biliknya. Setelah puas melepaskan lempias nafsu, dia biasanya akan kembali kepada sisi dinginnya itu. Begitulah dia setiap kali, apabila diperlukan maka dia akan mengizinkan Ayra untuk menjadi dirinya yang sebenarnya dan kembali menjadi Ayra yang dikehendakinya apabila tidak diperlukan lagi.

Namun begitu, Ayra masih lagi berasa bersyukur kerana Hafizal telah menjaganya dengan baik walaupun dia pernah melayan lelaki itu dengan buruk.

"Ayra, boleh tak awak maniskan sedikit muka awak itu bila jumpa saya? Asyik kelat saja. Kalau awak menyampah pun, janganlah tunjuk sangat," tegas Hafizal setelah menandatangani borang tuntutan pekerja yang diberikan oleh Ayra tadi.

"Kalau depan mata saya ini Zul Ariffin ke Bront Palarae ke Remy Ishak ke, saya akan tersenyum manis sampai bersemut bilik ini. Sayangnya, depan saya ini hanyalah Megat Hafizal," sindir Ayra lalu mengetap bibirnya.

"Awak memang suka lelaki berkulit sawo matang ya?" tanya Hafizal, tiba-tiba.

"Mana encik tahu?" tanya Ayra dengan mata terbeliak.

"Nama pelakon yang awak sebutkan itu semuanya berkulit sawo matang," jelas Hafizal, selamba.

"Menyampahlah encik Hafizal ini!" jerit Ayra lalu beredar keluar dari bilik Hafizal. Dia dapat mendengar dekahan tawa Hafizal yang sangat kuat itu membuatkan hatinya berasa geram.

Apabila terkenang kembali saat itu, air mata Ayra gugur. Sungguh dalam perasaan bersalahnya kepada Hafizal, lebih-lebih lagi apabila mendapati bahawa Hafizal yang sudi menyelamatkannya daripada dijual, dilacur mahupun dibunuh.

"Wajarkah aku buka pintu hati aku pada dia? Bagaimana kalau dia tak punya perasaan pada aku? Mampukah aku bertepuk sebelah tangan?" Ayra bermonolog sendiri.

"Ya Allah, sungguh banyak dosaku pada suamiku ini. Apa yang harus aku lakukan ya Allah," sambung Ayra lagi.

"Awak hanya perlu berada di sisi saya, itu saja. Saya tak perlukan awak untuk lakukan yang lain," sampuk satu suara yang datangnya dari depan.

Ayra memandang ke arah hadapan, kelihatan Hafizal sedang duduk berhadapan dengannya. Kehadiran Hafizal membuatkan dia mula menggelabah kerana dia sedar bahawa dia sedang menangis.

"Menangislah, kalau itu boleh buat awak lega. Kalau awak mahu, saya boleh berikan bahu saya," ujar Hafizal sambil tersenyum nipis.

Tanpa berlengah, Ayra bertindak memeluk suaminya itu. Semakin banyak air mata yang mengalir, tak mampu untuk dia tahan lagi dan akhirnya dia mula menangis.

Lebih kuat tangisannya apabila dia merasakan tangan Hafizal melingkar di bahagian belakang badannya. Terasa hangat pelukan Hafizal, sehingga berjaya mencair seketul hati yang sengaja dikeraskan.

"Saya tahu awak terluka dengan semua ini. Saya sendiri tak boleh nak bayangkan kalau saya berada di tempat awak, Mel."

Kelembutan tutur kata Hafizal semakin mencairkan hati Ayra. Namun begitu, dia sudah tiada daya untuk hidup bebas seperti dulu.

Ayra melepaskan dirinya daripada pelukan Hafizal, lalu mengelap air matanya. Walaupun dia hanya memilih untuk tunduk, namun dia tahu Hafizal masih memandangnya.

"Andai selepas ini saya harus menduakan awak, ketahuilah bahawa ini semua bukan kehendak saya. Bagi saya, cukuplah awak seorang. Biarpun pernikahan kita tak seperti orang lain, tapi saya bahagia punyai awak dalam hidup saya," terang Hafizal lalu mengelap air mata yang masih bersisa di pipi Ayra.

"Jangan risau, tuan. Saya redha andai saya dimadukan. In shaa Allah ada yang terbaik buat kita semua nanti," ujar Ayra yang masih duduk membatu.

"Terima kasih, Mel. Saya sayangkan awak," ucap Hafizal, perlahan namun cukup jelas didengari oleh Ayra.

"Sama-sama dan terima kasih, tuan."

Dagu Ayra ditolak oleh Hafizal ke atas di mana pandangan mereka bersatu dan bibir Hafizal mula mencium bibir Ayra.

     *     *     *     *     *

Tengahari esoknya, Hafizal telah mengambil cuti setengah hari dan memberitahu Ayra bahawa dia akan ke rumah keluarganya. Maka, dia telah mengarahkan Fred untuk menghantar Ayra pulang dan menjaga Ayra di rumah sehingga Hafizal pulang.

Tepat jam 5.30 petang, telefon bimbit Ayra berdering dan nama Fred muncul di atas skrin telefon bimbitnya. Tanpa berlengah dia menjawab panggilan itu.

"Puan, saya dah ada di bawah. Puan turunlah," terang Fred.

"Baiklah, saya turun sekarang," jawab Ayra sebelum mematikan taliannya.

Ayra baru saja hendak melangkah, tiba-tiba Erni datang mendekatinya.

"Ayra, jom lepak. Aku rindulah nak lepak dengan kau," ujar Erni yang tiba-tiba menarik tangannya.

"Aku memang nak, tapi aku ada hal ini. Nanti kita pilih masa lain, kita pergi okay?" bohong Ayra bagi menolak ajakan kawan baiknya secara berhemah.

"Kenapa ya aku tengok kebelakangan ini kau macam sibuk sangat? Habis saja waktu kerja, kau terus hilang."

Ayra memandang Erni yang bertanya itu. Bukannya dia tak mahu memberitahu Erni, namun dia terpaksa menyembunyikan kerana syarat itu telah diberikan oleh Hafizal.

"Suami aku jenis yang tepati masa. Dia nak habis saja waktu kerja, aku kena ada di bawah."

Jawapan Ayra membuatkan Erni melopong.

"Kau dah kahwin?" tanya Erni.

"Aku minta maaf sebab tak beritahu kau. Tak ada sesiapapun tahu, kecuali kau. Itu permintaan suami aku. Jadi, aku cuma boleh beritahu kau yang aku dah berkahwin. Itu saja."

"Tak apalah, mesti kau orang ada sebab kenapa kau orang merahsiakannya. Aku faham."

Belum sempat Ayra ingin menjawab, telefonnya berdering sekali lagi dan nama Fred sekali lagi muncul di skrin. Ayra cepat-cepat menjawab panggilan tersebut.

"Ya, saya nak turun ini. Maafkan saya," ujar Ayra lalu mematikan taliannya.

"Kalau suami kau dah tunggu, kau pergilah dulu. Nanti kita berbual lagi," ujar Erni sambil menepuk bahu Ayra.

"Terima kasih, Erni. Kaulah kawan baik aku sampai bila-bila," jawab Ayra lalu tersenyum. Tanpa berlengah, dia berlari menuju ke arah lif yang terletak tidak jauh dari mejanya.

Sedang dia menunggu lif, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kali ini nama Hafizal pula muncul. Dalam ketakutan, dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, ya tuan?" kata Ayra, tersekat-sekat.

"Awak kat mana? Kenapa awak tiada dengan Fred?" tanya Hafizal dengan nada yang sangat keras.

"Saya minta maaf, saya ada depan lif. Tadi Erni tahan saya, ada perkara yang nak dibincangkan," jawab Ayra dengan perasaan bersalah.

"Mentang-mentang saya tak ada, bukan main lagi awak ya? Awak tunggu saya balik, tahulah saya nak ajar awak nanti!" jerkah Hafizal di hujung talian membuatkan wajah Ayra menjadi pucat.

"Saya minta maaf tuan, lif dah sampai. Saya letak telefon dulu, saya janji bila tuan balik nanti kita bincang tentang ini," ujar Ayra lalu mematikan taliannya. Takut dia dengan sikap suaminya yang punya 'angin' itu. Apabila dia baik, maka Ayra dilayan seperti ratu. Namun, bila datang jahatnya, Ayra pun boleh jadi halimunan di matanya.

     *     *     *     *     *

Ayra meletakkan dua buah gelas yang sudah siap berisi jus mangga yang dimesin semalam bersama sebuah jag berisi baki jus tersebut di atas meja.

"Terima kasih, puan. Macam tahu-tahu saja saya sedang dahaga," ujar seorang lelaki yang bekerja bersama Fred.

Ayra hanya tersenyum lalu membuat isyarat menjemput mereka minum.

"Ini saja yang sempat, sebab jus ini saya sudah perah semalam. Memang langkah kananlah kamu berdua," jawab Ayra lalu duduk berhadapan dengan dua orang lelaki yang sedang meneguk jus mangga yang dihidangkan tadi.

"Sedapnya, puan. Rasa segar betul jus ini," puji Fred, dengan wajah teruja.

"Terima kasih. Pertama kali saya tengok awak seronok. Boleh tak saya nak minta tolong?" tanya Ayra.

"Apa dia? Asalkan puan tak minta saya bawa puan lari, in shaa Allah saya tolong," tanya Fred, hairan.

"Ish, ke situ pula! Jangan risau, kalau saya lari pun saya izinkan awak beritahu Encik Hafizal. Saya tak nak awak dapat masalah kerana saya. Saya nak minta awak berdua jangan panggil saya puan, saya rasa saya tak layak dipanggil begitu. Panggil saja saya Ayra."

"Kalau boleh memang saya sudi saja nak panggil puan ini Ayra, tapi bos memang tak izinkan kami panggil puan selain daripada puan," terang Fred.

"Kenapa pula? Saya bukannya orang kaya macam dia, saya tak selesa dipanggil sebegitu," jelas Ayra, resah.

Fred dan rakannya berpandangan sesama sendiri. Tak lama selepas itu, kedengaran keluhan dari Fred membuatkan Ayra semakin hairan.

*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 9..

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 9: Paksa Kahwin

"Wafi, kau buat apa kat belakang pentas ini?" tanya Hafizal, hairan.

"Aku cari kaulah, aku ingat nak balik awal ini, tiba-tiba rasa tak sihat. Itu yang cari kau dulu, nak beritahu," jelas Wafi, tersenyum nipis.

Hafizal dapat melihat Wafi melirik ke arah Ayra yang berdiri di sebelahnya, namun Ayra hanya tunduk memandang lantai. Sedikit sebanyak Hafizal mampu menarik nafas lega.

"Oh ya ke, aku minta maaflah tak dapat nak layan kau. Aku terpaksa menggantikan penyanyi yang tarik diri saat-saat akhir," jelas Hafizal dengan perasaan bersalah.

"Tak apa, aku faham. Oh ya, tak nak kenalkan PA baru kau ini ke?" tanya Wafi sambil menuding ke arah Ayra yang masih menunduk.

"Oh ya, kenalkan ini Ayra, PA baru aku. Ayra, kenalkan ini Wafi, sepupu saya," ujar Hafizal, berbasa basi.

Wafi menghulurkan tangannya kepada Ayra, namun Ayra tidak terus menyambut. Sebaliknya, dia memandang wajah Hafizal terlebih dahulu.

Hafizal mengangguk, membuatkan Ayra berjabat tangan dengan Wafi. Wafi tersenyum puas.

"Aku gerak dululah, lain kali kita berbual lagi. Oh ya, mummy kau pesan suruh kau balik rumah dia hujung minggu ini. No excuses!" pesan Wafi sebelum beredar dari situ.

Hafizal hanya menepuk dahi mendengar pesanan khidmat masyarakat Wafi itu. Bagaimana dia boleh terlupa tentang itu? Hari yang dimaksudkan Wafi itu adalah lusa. Dia harus pulang sendiri tanpa Ayra mengenangkan Hafizal masih belum berterus terang tentang pernikahannya.

"Ada apa-apa yang merunsingkan tuan?" pertanyaan Ayra itu mematikan lamunan Hafizal.

"Kita bincang benda ini nanti," jawab Hafizal lalu beredar menuju ke pintu dewan. Dia dapat melihat Ayra mengikutinya dari belakang.

     *     *     *     *     *

Hafizal mengetuk pintu bilik Ayra yang terletak berhadapan dengan bilik tidurnya. Tak sempat dia menunggu jawapan daripada Ayra, dia telah bertindak membuka pintu bilik itu.

Selama dia tinggal di rumah itu, inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik tersebut. Bilik tersebut nampak lebih sempit daripada daripadanya, namun cukup selesa jika duduk sendirian. Hafizal terus berjalan menuju ke arah katil dan dia dapat melihat Ayra sedang mengeringkan rambutnya di hadapan meja soleknya.

Hafizal memilih untuk duduk di birai katil Ayra sementara menunggu Ayra selesai. Namun begitu, Ayra tiba-tiba berhenti mengeringkan rambutnya sebaik sahaja Hafizal duduk di birai katilnya. Ayra bangun lalu duduk di atas lantai berhadapan dengan Hafizal.

"Ada apa, tuan? Sampai ke sini tuan cari saya," tanya Ayra yang sedang membetulkan baju tidurnya akibat duduk di atas lantai.

Hafizal tidak terus menjawab, sebaliknya hanya menepuk-nepuk kawasan di sebelah kanannya sebagai isyarat menyuruh Ayra bangun dan duduk di sebelahnya.

Ayra hanya menurut, tanpa sebarang bunyi. Perilaku Ayra sejak dia memiliki Ayra menyenangkan hatinya kerana Ayra lebih banyak menurut daripada membantah tetapi kadangkala dirinya merindui Ayra yang dulu. Ayra di hadapannya hanya bercakap sepatah demi sepatah apabila disuruh dan tidak lagi mencari gaduh dengannya.

"Salah ini Ayra, apa susah sangat awak nak ikut cakap saya?" bentak Hafizal setelah melihat hasil kerja Ayra yang agak kucar-kacir itu.

"Saya nak tolong encik Hafizal pun sudah cukup baik tahu? Kalau ikut hati saya, tak mahu saya buat kerja ini! Sudahlah kerja saya pun bertimbun lagi, encik tahu tak?" bentak Ayra pula sambil menjengilkan matanya.

"Masalahnya, takkan kertas cadangan begini saya nak bagi pada klien? Awak ini biar betul! Bila saya tegur, awak melawan tetapi kerja awak tak sempurna manapun," sindir Hafizal, berang dengan sikap Ayra yang kuat melawan itu.

Ayra tidak menjawab, sebalik hanya mendengus. Hafizal hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat respon Ayra itu.

"Tuan, apa yang dimenungkan itu?" tanya Ayra, lembut membuatkan lamunan Hafizal terhenti. Sedar-sedar saja dia melihat Ayra masih berada di sebelahnya, menantinya memulakan bicara.

"Mel, saya nak tanya sikit boleh?" tanya Hafizal.

"Apa dia, tuan? Kalau saya boleh jawab, in shaa Allah saya akan jawab," jawab Ayra.

"Pernah tak awak terlintas untuk lari daripada saya sejak saya beli awak?" tanya Hafizal, terus terang.

Hafizal dapat melihat riak wajah Ayra masih sama, tiada perubahan. Namun begitu, tangan Ayra mula menggeletar.

"Sejujurnya, pernah. Sekali. Itu sahaja," jawab Ayra, jujur.

"Bila?"

"Sewaktu mula-mula saya dibeli, sewaktu di kondominium tuan dulu, tapi itu sajalah sekali walaupun sehingga kini saya masih tak punyai kebebasan."

"Selepas itu memang tiada?" tanya Hafizal, inginkan kepastian.

Ayra hanya menggeleng. Jawapan Ayra membuatkan Hafizal terbungkam.

"Kenapa?" tanya Hafizal lagi.

"Sebab saya isteri tuan, dan seorang isteri tak boleh melangkah walau seinci pun tanpa izin suami. Simple," jawab Ayra.

"Awak tak pernah rasa terpaksa untuk berkahwin dengan saya?"

"Mana mungkin kita boleh ikhlaskan diri kita sekelip mata. Segalanya berlaku terlalu pantas. Saya dijual, tuan beli saya, saya kena berada dalam jangkauan tuan dan tuan nikahi saya. Namun begitu, saya kena redha bahawasanya tuan sudah jadi suami saya. Hendak kata tuan nikahi saya cuma di atas kertas, tuan sudahpun menyentuh saya. Jadi di manakah khilaf pernikahan kita?"Ayra menyampaikan hujahnya.

Hafizal hanya memandang wajah Ayra yang beku tanpa sebarang ekspresi itu. Entah mengapa hatinya belum puas dengan jawapan isterinya itu.

"Saya nak awak jadi Ayra yang saya kenali, buat masa ini. Bukan Ayra yang saya bentuk," jawab Hafizal, membuatkan Ayra memandang matanya.

"Sepanjang pernikahan kita, saya kenali sisi seorang Megat Hafizal yang orang lain tidak pernah kenali. Untuk sayangkan awak, saya masih belum mampu tetapi untuk hormati awak sebagai seorang suami, saya akan berikan yang terbaik," jawab Ayra, jujur.

"Andai kata keluarga saya mahu saya bernikah dengan pilihan mereka, awak izinkan?" tanya Hafizal lagi.

Hafizal memandang wajah Ayra. Selepas soalan itu ditanya, air mata Ayra yang ditahan sejak tadi mula menitis.

"Sekalipun saya tak rela, saya tidak dibenarkan menuntut cerai. Masih ingatkah awak pada janji kita?" tanya Ayra pula.

"Awak sanggup?" tanya Hafizal.

"Saya percayakan awak, sebagai seorang majikan, seorang tuan dan seorang suami. Apa saja yang awak perintahkan buat saya, pasti ada sebabnya meskipun ianya mengguris hati saya sedalam-dalamnya."

Mendengar jawapan Ayra, Hafizal mengeluh. Walaupun hatinya bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami keadaannya, namun dia tak tahu apa yang ada di hadapan mereka.

     *     *     *     *      *

Akhirnya, setelah berbulan-bulan melarikan diri, Hafizal memberanikan diri untuk berjumpa dengan keluarganya di rumah banglo milik keluarganya di Kajang. Kepulangannya disambut dengan masakan asam pedas ikan tenggiri kegemarannya.

Namun begitu, masakan itu tidak berjaya membuka mulutnya untuk berbual dengan ahli keluarganya yang ketika sangat riuh berbual mengenai macam-macam perkara. Entah mengapa akalnya asyik memikirkan isterinya yang ditinggalkan di rumah mereka bersama Fred dan rakannya yang ditugaskan untuk menjaga Ayra tatkala ketiadaannya.

Perubahan Hafizal itu dihidu oleh Puan Sri Halimatun. Hafizal menyedari bahawasanya ibunya kerapkali memandang ke arahnya, namun sengaja dia biarkan.

"Ijal ini mummy tengok macam ada masalah saja. Ijal sihat ke tak ini?" tanya Puan Sri Halimatun membuat Hafizal yang sedang menguis nasinya berhenti.

"Tak ada apalah, Ijal rasa tak sedap badan saja. Ijal nak rehat dalam bilik dulu, mummy," ujar Hafizal, ingin bangun dari kerusinya.

"Duduk dulu, mummy ada perkara nak bincang dengan Ijal," tegah Puan Sri Halimatun membuatkan Hafizal tidak jadi bangun.

"As you know, I want you to marry Salwa, anak Datin Ruzaidah. Cuma, setiap kali mummy bawa subjek ini ke tengah, Ijal akan mengelat. Lebih baik Ijal terus terang dengan mummy, Ijal ada calon pilihan sendiri ke?" tanya Puan Sri Halimatun.

"Kalau Ijal ada pilihan sendiripun, mummy boleh batalkan perjanjian mulut mummy itu ke? Ijal tahu kenapa mummy nak Ijal kahwini Salwa, mummy tak perlu nak puji Salwa sampai ke bulan dan bintang sedangkan mummy sendiri tak perkenan dengan perangainya," Hafizal menyatakan hujahnya membuatkan Puan Sri Halimatun terkesima.

"Apa yang Ijal tahu?" tanya Puan Sri Halimatun.

"Datin Ruzaidah sudah laburkan RM500 ribu untuk suntikan modal cawangan butik mummy di Bangi bukan? Masakan orang nak tolong kita atas nama kebajikan, mesti ada agendanya yang tersendiri. Betul tak, mummy?"

"Abang dah cakap dah suruh berterus terang, Ima tak nak. Akhirnya, anak kita tahu sendiri," sampuk Tan Sri Mustaqim membuatkan Puan Sri Halimatun menjeling tajam ke arah suaminya itu.

"Macam mana Ijal tahu?" tanya Puan Sri Halimatun.

"Masakan Ijal tak tahu, Ijal kenal mummy. Mummy bukannya perkenan dengan perempuan yang mengada-ngada ini, tetapi nak anak mummy berkahwin dengan orang begitu. Tak ke pelik? Jadi, Ijal siasatlah kenapa."

"Jadi, apa keputusan Ijal? Mummy harap Ijal tak kecewakan mummy," ujar Puan Sri Halimatun.

"Ijal terpaksa terima Salwa sebab mummy, tapi Ijal ada beberapa syarat. Kalau mummy terima, Ijal akan berikan syarat yang sama pada Salwa. Kalau dia nak menikahi Ijal, dia kena terima syarat Ijal. Boleh?"

"Apa syaratnya, Ijal?" tanya Puan Sri Halimatun.

"Salwa akan jadi isteri kedua Ijal," ujar Hafizal bersahaja.

"Apa dia?" tanya Puan Sri Halimatun dan Tan Sri Mustaqim, serentak.

*BERSAMBUNG*

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com