Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi aku mencoret dalam belog biru ni... Alhamdulillah juga kerana hari ini hari terakhir aku jalani latihan industri di HeiTech Village 2, Bukit Jelutong, Shah Alam... Gonna miss everyone... Sob sob sob... :( Then, isnin depan aku akan pulang ke Perlis untuk gerak kerja Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal, Pendaftaran Mahasiswa/i Baru Sidang Akademik 2013/2014, dan seterusnya Minggu Suaikenal serta MyCampus...
Okay, cut all those craps... Now, aku nak sambung cerpen bersiri aku yang aku baru mula semalam, untuk link part sebelumnya, ada di bawah ya:
Part 1
"Ma, along ada berapa mak sebenarnya? Siapa ibu kandung Nisa?" tanya Nisa dengan riak wajah hairan.
"Dua, sayang. Kenapa?" tanya Puan Hajar lagi.
"Habis, mama Na ni siapa?" tanya Nisa lagi.
"Suatu hari nanti, bila along dah sedia, kami berdua akan beritahu along. Bukan apa, mama dengan mama Na risau along tak boleh terima kalau kami beritahu sekarang."
"Baiklah, mama, mama Na. Along naik atas dululah, sakit kepala pula tiba-tiba," jawab Nisa lalu mencium tangan Puan Aina dan seterusnya berlalu pergi.
Selepas Nisa berlalu, telefon bimbit Iphone 5S milik Puan Aina berdering. Puan Aina melihat skrin telefon bimbitnya dan melihat nama "Asyraf Halim" tertera di atas skrin. Dia pun menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum, Asyraf. Asyraf di mana?" tanya Puan Aina.
"Wa'alaikumussalam, mamaku sayang. Asyraf kat depan rumah mama Hajar ini ha, mana lagi. Kan mama suruh Asyraf jemput mama?" kedengaran suara Asyraf di hujung talian.
"Yalah, mama keluar sekarang. Tunggu sekejap ya," jawab Puan Aina lalu memutuskan talian.
"Dah sampai dah menantu Hajar tu ya kak? Marilah, saya temankan akak. Boleh lepas rindu pada Asyraf," luah Puan Hajar lalu bangun dari kerusi serentak dengan besannya.
Mereka berdua berjalan seiringan ke arah kereta Toyota Vios milik Asyraf yang diparkir betul-betul berhadapan rumah Puan Hajar. Melihat Puan Hajar, Asyraf bertindak keluar dari kereta lalu menuju ke arah Puan Hajar dan Puan Aina.
"Assalamualaikum, mama Hajar. Asyraf rindulah kat mama," ucap Asyraf lalu mencium tangan dan memeluk Puan Hajar.
"Wa'alaikumussalam, mama pun rindukan Asyraf juga. Asyraf yang sombong tak nak datang rumah," jawab Puan Hajar lalu membuat riak wajah merajuk.
"Asyraf nak sangat datang sini, tapi apa pula kata Nisa nanti? Lagipun, Asyraf tak boleh ingat apa-apapun kenangan kami berdua. Jadi, apa bukti yang Asyraf ada, mama?" tanya Asyraf lagi.
Puan Hajar dan Puan Aina saling berpandangan sesama sendiri. Betul kata Asyraf itu, tapi bagaimana harus mereka lakukan?
*bersambung*
Foot Print: Demam panas, salah sendiri...