Tuesday, November 25, 2014

Alasan Untuk Bahagia Part 4...

"Najihah pernah kemalangan 5 tahun lepas, semasa dia dalam tahun akhir pengajian. Sejak itu, saya dengar khabar mata dia tak baik macam dulu. Kawan-kawan kuliah cerita, mata dia ada masanya akan kabur tapi bila ditanya kenapa, dia beri macam-macam alasan. Panaslah, penat sangatlah, apalah."

         "Kenapa awak cerita ini pada saya?" tanya Razin, hairan.

         "Saya rasa Encik Razin patut tahu. Sebenarnya saya ada sebab saya sendiri kenapa saya nak kembali pada Najihah.

         "Sebabnya?"

         "Dia kemalangan dulu sebab saya. Saya tinggalkan dia terkapai-kapai tanpa sebab dan alasan. Cuma saya tak sangka dia akan jadi macam mayat hidup sebab saya dulu. Jadi mayat hidup sampai kereta lalu depan mata pun dia tak sedar."

         Razin memandang Amir. Air mata lelaki berlinangan menyingkap perasaan bersalahnya. Dia tahu Amir terlalu sayangkan Najihah, tapi semuanya sudah terlambat. Najihah sudahpun menjadi tunangannya, dan dia pasti takkan melepaskan Najihah semudah itu. Takkan.

     *     *     *    *     *
"Najihah pernah kemalangan? Atau terhentak ke?" tanya Prof. Omar, pakar neurologi yang memeriksa Najihah seperti yang diaturkan oleh Doktor Hazeline.

         "Saya pernah kemalangan lima tahun lepas, tapi doktor kata saya tak ada kecederaan serius. Kenapa doktor?" tanya Najihah, hairan.

          "Saya sudah semak CT scan awak, dan saya dapati ada darah beku di otak awak, berhampiran dengan bahagian yang kita panggil temporal lobe dekat cerebrum awak. Awak ada masalah penglihatan tak sejak awak kemalangan?"

          "Ada, tapi saya ingatkan cuma sebab panas atau penat saja."

          "Awak ini, benda macam ni tak boleh main-main. Darah beku ini dah mula menjadi ketumbuhan dalam otak awak, kalau dia membesar silap-silap boleh buta. Jadi saya sarankan awak jalani pembedahan secepat mungkin."

          "Bila tu?"

          "Nanti saya hubungi Najihah bila saya dapat tarikh yang sesuai. Jadi buat masa ni, Najihah kena ambil ubat tahan sakit dan ubat bagi menghalang ketumbuhan itu membesar."

           "Jauh sangat termenung tu. Fikir apa? Doktor cakap apa tadi?" sergah Indah menyebabkan Najihah tersentak.

           "Keputusan tak keluar lagi. Nanti dia beritahu lain. Kak Indah bila sampai?" bohong Najihah.

           "Baru sampai. Kenapa tak jawab call, Whatsapp Razin? Dia bising kat kak Indah, tak larat nak dengar. Risau sangat dia. Call dia, beritahu keadaan Jihah."

           "Yalah. Sekejap."

           Najihah mencapai telefon bimbitnya. Nama "Razin" dicari dan terus dia menekan butang hijau untuk menguhubungi tunangnya itu. Tak sampai dua kali deringan, kedengaran suara Razin di hujung talian.

           "Kenapa tak jawab call, Whatsapp semua hari ini? Are you okay?" cemas suara Razin di hujung talian.

          Mendengar suara bimbang Razin, air mata Najihah mula bergenang. Dia tahu Razin sayangkannya, tapi dia juga tahu satu hari nanti kesakitannya bakal membebankan Razin.

          "Saya okay, awak jangan bimbang. Esok saya masuk kerja ya, boss. Janganlah macam ni," pujuk Najihah meski air matanya sudah mula mengalir.

          "Baiklah, saya tunggu awak esok. Or should we go out tonight?"

           "Saya nak rehat, Razin. Please..."

           "Baiklah, rehatlah puas-puas. See you tomorrow. Assalamualaikum."

           "Wa'alaikumussalam," jawab Najihah sebelum meletakkan telefonnya di atas meja soleknya.

           Air mata yang ditahan sedari tadi mula mengalir bak air terjun. Kesedihannya tak dapat ditahan lagi. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa, namun dia tahu dia harus meminta pertolongan seseorang untuk menyembunyikan penyakitnya. Tapi siapa?

     *     *     *     *     *
Amir berjalan menuju ke pantri, apabila dia terdengar suara memanggil namanya. Dia menoleh, dan terlihat Najihah menggamitnya agar mengikutnya. Amir akur dan berjalan mengikut Najihah masuk ke biliknya.

          "Duduklah, Amir. Saya ada perkara nak minta tolong awak," jelas Najihah, sebelum sempat Amir bertanya.

          Amir hanya menurut. Najihah kemudiannya duduk di tempatnya.

          "Awak yakin ke saya akan tolong awak?" Duga Amir.

          "Awak akan tolong saya, saya pasti. Tapi saya minta tolong sebagai bos ataupun... kawan. Bukan bekas kekasih," jawab Najihah.

         "Apa dia, Jihah?"

         "Saya sakit. Sangat sakit."

         Bergetar jiwa Amir mendengar ayat tersebut.

         "Sakit apa? Kenapa tak beritahu?"

         "Ketumbuhan otak, kesan kemalangan 5 tahun lepas. Saya pun baru dapat tahu semalam. Cuma, saya tak mahu kak Indah dan abang Razin tahu, sebab itu saya minta tolong awak."

         "Kenapa saya? Razin kan lebih berhak, dia tunang awak!"

          "Kenapa awak lepaskan saya dulu? Sepatutnya awak lebih faham benda ni lebih daripada sesiapapun!"

           Amir terdiam. Benar, dia melepaskan Najihah atas sebab yang lebih kurang sama dengan situasi Najihah kini.

          "Awak nak lepaskan Razin?"

          "Saya tak tahu. Dia cintakan saya, dia sembuhkan luka saya, tapi dia terlalu baik untuk saya."

          "Hati awak? Macam mana dengan hati awak?"

          "Saya dah tiada hati, Amir. Sejak awak tinggalkan saya, saya dah tiada hati."

          Mendengar jawapan Najihah, Amir terdiam terus. Sesekali dia mengeluh, dalam.

          "Baiklah, Jihah. Saya tolong awak. Apa saja awak nak saya buat, saya akan buat. Tanpa sebarang bantahan."

           Najihah yang menunduk sedari tadi, menaikkan kepalanya memandang Amir. Senyuman lega terukir. Amir memandang Najihah, lama sudah dia tidak melihat wajah riang Najihah seperti sekarang. Walaupun perit, tetap manis di mata Amir.

     *      *     *     *     *
"Indah, awak ada nampak Najihah tak? Saya call telefon dia, dia tak jawab. Saya pergi bilik dia, Yani kata dia keluar. Dia pergi mana? Kenapa dia tak beritahu saya?"

              "Tak adapun, Razin. Indah ingat dia keluar dengan Razin, jadi Indah tak adalah cakap apa-apa. Cuma..."

               "Cuma apa?"

               "Amir pun tak ada. Indah nak jumpa dia tadi, Khairul kata dia keluar."

               "Takkan Amir keluar dengan Jihah kot?"

                "Mungkin juga, sebab sejam sebelum Amir keluar, Khairul nampak Jihah panggil Amir masuk bilik dia kejap."

                 "Tak apalah kalau mereka keluar atas urusan kerja, tapi kenapa Jihah tak beritahu Razin? Itu yang Razin tak faham, Indah!" bentak Razin, tidak puas hati.

                 Razin mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menghubungi Amir. Setelah 6 kali deringan, barulah suara Amir kedengaran di hujung talian.

                 "Assalamualaikum Amir, awak dengan siapa?"

                 "Wa'alaikumussalam Encik Razin, saya dengan klien. Projek Yummy Bites."

                 "Seorang atau dengan Najihah?"

                 "Dengan Najihah. Ada apa, Encik Razin?"

                 "Kalau dengan Najihah, tak apalah. Cuma, bila kamu berdua balik nanti, minta Najihah terus jumpa saya."

                  "Baiklah, Encik Razin. Kalau tak ada apa-apa, saya letak dulu. Assalamualaikum," jawab Amir, lembut.

                  "Wa'alaikumussalam," Razin menjawab salam lalu meletakkan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket.

                 "Razin ni fikir bukan-bukan saja. Mereka itu rakan sekerja, bila soal kerja, toleransilah sikit. Jangan ikut emosi," pesan Indah setelah melihat wajah Razin mula berkerut.

                 "Najihah tak macam ni dulu. Sebelum dia bertunang dengan Razin pun dia beritahu kalau nak ke tandas, kali ini jumpa klien pun tak beritahu? Hairan betul!"

                  "Sudahlah, jom kita pergi makan. Perut Indah dah lapar ni."

                  Razin mengangguk lalu berjalan menuju ke pintu utama. Indah hanya mengikutnya dari belakang. Sedang dia berjalan, telefon bimbitnya berdering tanda mesej masuk. Indah membuka mesej itu, nama "Najihah" sebagai pengirim tertera di atas skrin.

Najihah dan Amir tak masuk ofis petang ini. Tadi Pengurus Restoran Ombak telefon Najihah, so we have to meet him after we are done with Yummy Bites. Tolong inform Razin, Jihah tahu akak dengan dia. See you later.

                   Indah menelan air liur. Hendak dikhabarkan kepada Razin? Susah.

                   "Razin..." Indah cuba membuka bicara setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta milik Razin. Razin memandang Indah, menanti kata-kata seterusnya. Namun, bibir Indah yang kelu seribu bahasa melahirkan perasaan hairan di benak hati Razin.

                    "Apa dia, Indah?"

                    "Najihah dengan Amir..."

                    "Kenapa dengan mereka?" tona suara Razin mula berubah. Keras.

                    Indah menelan air liur, mencari kekuatan bagi menghamburkan kata-kata.

*bersambung*

Foot print: Cerpen ini mungkin akan ada dua pengakhiran. Apakah bezanya? Tunggu sesi pemilihan daripada saya... :)

Thursday, November 6, 2014

Alasan Untuk Bahagia Part 3...


"Perlu ke awak tahu dia tunang siapa? Saya cuma dapat tahu yang dia dah bertunang. Jadi, sebagai majikan, saya tak mahu pekerja saya rasa tak selesa, lebih-lebih kalau dia pekerja kegemaran saya!" Bentak Razin, berang.

          Mendengar kata-kata Razin, Amir tersentak. Ada benarnya kata-kata Razin itu. Dia meminta maaf pada kedua-duanya dan terus berlalu meninggalkan Najihah bersama Razin.

          "Terima kasih, Razin," ucap Najihah setelah Amir berlalu.

         "Gila ke apa saya nak bagi lelaki lain kejar tunang saya? Memang secara etika dan hukum, benda itu salah kan? Cuma..." Razin tidak menghabiskan ayatnya dan ini membuatkan Najihah tertanya-tanya.

          "Cuma apa, Razin?" tanya Najihah.

          "You better tell him the truth, my dear. Don't do that to him, even if you hated him so much. He's your colleague, your assistant, jangan sampai benda ni kacau kerja kita semua. Awak faham tak maksud saya?" terang Razin, tenang.

         Najihah memandang Razin. Hari ini dia tak seperti selalunya dia. Bukan lagi lelaki yang suka mengusik, menggatal, membuli yang dia kenali dulu. Apakah yang sebenarnya berlaku?

        "Okay, I will. Only after you answer me something."

        "Apa dia?" tanya Razin.

        "Kenapa saya rasa awak sekarang dah tak membuli macam dulu? Sampai sanggup buatkan kerja saya selama seminggu lagi? Awak demam ke?"

         Mendengar soalan Najihah, Razin ketawa besar. Najihah semakin hairan melihat reaksi Razin itu.

         "Penting sangat ke?" tanya Razin.

         "Pentinglah. Kalau demam, jom kita pergi klinik."

         "Awak risaukan saya ke?" duga Razin.

        "Mahu tak risau, awak itu tunang saya. Nanti apa-apa jadi, saya nak kahwin dengan siapa?"

        Mendengar jawapan Najihah, Razin tersenyum.

       "Saya tak apa-apa, Alhamdulillah sihat. Awak jangan risaulah, nanti-nanti saya cerita ya?" jawab Razin dan terus berlalu pergi. Najihah masih terpinga-pinga melihat tindakan Razin itu. Namun, kemudian dia mula merasa sakit kepala.

       Najihah duduk untuk menghentikan sakit kepalanya, namun segalanya ternyata sia-sia. Sakit kepalanya semakin kuat. Dia pernah mengalami sakit kepala sebegini, namun doktor hanya memberikannya ubat penahan sakit. Cuma kali ini sakit kepalanya semakin kerap.

      Indah yang memasuki pantri ternampak kelibat Najihah yang sedang menahan sakit. Dia mendekati rakan sekerjanya itu.

       "Are you okay? Nak akak panggilkan Razin?" tanya Indah.

       "Jangan, sakit kepala sikit saja. Akak temankan Jihah jumpa doktor ya lepas kerja, tapi jangan beritahu Razin. Jihah tak nak susahkan dia. Boleh kan kak?" jawab Najihah, perlahan.

       "Boleh, tapi Jihah nak kerja macam mana ni?"

       "Jihah kan tak ada kerja, semua Razin buatkan minggu ini. Tak apalah, Jihah rehat di surau saja sampai sakit kepala ini hilang," jawab Najihah lalu bangun dan berjalan keluar pantri. Indah hanya mengekorinya daripada belakang sehingga Najihah tiba di hadapan surau. Hati Indah sudah mula tak keruan.

     *     *     *     *     *

Najihah hanya mendiamkan diri sejak dia keluar dari bilik doktor panel syarikat tadi. Indah hanya memerhatikan tindak-tanduk Najihah sehinggalah mereka tiba di kedai makan.

         Najihah sudah bersiap untuk keluar kereta, namun tangannya dicapai oleh Indah.

         "What's wrong with you? Najihah senyap saja sejak keluar dari bilik doktor. Kenapa?"

         "Tak ada apa-apa, cuma Jihah dapat MC untuk esok. Doktor suruh datang balik untuk ujian lanjut. Jadi, nanti kak Indah beritahu Razin ya?"

         "He's your fiance, not mine. Beritahu dia sendiri, mengada pula Jihah ini. Dahlah, jom kita keluar."

         Najihah melihat tindak-tanduk Indah. Belum masanya untuk Indah tahu hakikat sebenar.

        "Berdasarkan ujian awal, saya mengesyaki kamu punyai penyakit lain, bukan migrain. Jadi, untuk diagnosis lengkap, saya sudah uruskan temujanji kamu dengan pakar neurologi di Hospital Universiti esok. Kamu pergi buat ujian lanjutan ya?" terang Doktor Hazeline, doktor panel syarikat.

        "Baiklah doktor, esok saya pergi."

        Bunyi telefon bimbitnya mengejutnya dari lamunan. Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangannya. Tertera nama "Razin" di skrin, tanpa berlengah dia menjawab panggilan.

         "Assalamualaikum," ucap Najihah, lemah.

         "Wa'alaikumussalam, awak kat mana?" jawab Razin di hujung talian.

         "Kedai makan. Kenapa?"

         "Kenapa tak jawab Whatsapp?"

         "Tadi pergi jumpa doktor, tak sihat sikit. Esok saya MC, doktor bagi tadi."

         "Baiklah. Awak dengan Indah ke? Nanti lepas makan, terus balik. Rehat. Nanti saya periksa dengan Indah, jadi jangan cuba nak mengelat."

          "Baik, Encik Razin. Menurut perintah."

          "Bagus. Dah, pergi makan. Assalamualaikum."

          "Wa'alaikumussalam."

          Talian terputus. Najihah hanya mampu mengeluh dengan sikap dominan Razin itu. Bahaya kalau dia tahu temujanjinya esok. Silap-silap dia ikut sekali.

     *     *     *    *     *

"Ada apa Encik Razin panggil saya?" tanya Amir, setelah dia duduk di hadapan Razin.

           "Hari ini kita ada meeting dengan supplier bahan bakeri. Awak ikut saya. Jam 10 nanti kita gerak," arah Razin, lembut.

           "Saya? Najihah mana?" tanya Amir.

           "Dia MC. Tak sihat."

           "Oh ya ke. Dah alang-alang ni, boleh saya tanya sesuatu?"

           "Apa dia?"

            "Najihah itu tunang Encik Razin kan?"

           "Kalau ya, kenapa? Kalau tak, kenapa?"

            "Encik Razin lelaki, saya lelaki. Saya tengok sekali imbas pun saya dah tahu. Saya nak beritahu satu perkara sebab saya rasa Encik Razin kena tahu benda ini."

            "Apa dia?"

            "Najihah sebenarnya sakit."

            "Sakit apa?"

*bersambung*

Foot print: Bersabarlah sayang...

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com