Thursday, November 6, 2014

Alasan Untuk Bahagia Part 3...


"Perlu ke awak tahu dia tunang siapa? Saya cuma dapat tahu yang dia dah bertunang. Jadi, sebagai majikan, saya tak mahu pekerja saya rasa tak selesa, lebih-lebih kalau dia pekerja kegemaran saya!" Bentak Razin, berang.

          Mendengar kata-kata Razin, Amir tersentak. Ada benarnya kata-kata Razin itu. Dia meminta maaf pada kedua-duanya dan terus berlalu meninggalkan Najihah bersama Razin.

          "Terima kasih, Razin," ucap Najihah setelah Amir berlalu.

         "Gila ke apa saya nak bagi lelaki lain kejar tunang saya? Memang secara etika dan hukum, benda itu salah kan? Cuma..." Razin tidak menghabiskan ayatnya dan ini membuatkan Najihah tertanya-tanya.

          "Cuma apa, Razin?" tanya Najihah.

          "You better tell him the truth, my dear. Don't do that to him, even if you hated him so much. He's your colleague, your assistant, jangan sampai benda ni kacau kerja kita semua. Awak faham tak maksud saya?" terang Razin, tenang.

         Najihah memandang Razin. Hari ini dia tak seperti selalunya dia. Bukan lagi lelaki yang suka mengusik, menggatal, membuli yang dia kenali dulu. Apakah yang sebenarnya berlaku?

        "Okay, I will. Only after you answer me something."

        "Apa dia?" tanya Razin.

        "Kenapa saya rasa awak sekarang dah tak membuli macam dulu? Sampai sanggup buatkan kerja saya selama seminggu lagi? Awak demam ke?"

         Mendengar soalan Najihah, Razin ketawa besar. Najihah semakin hairan melihat reaksi Razin itu.

         "Penting sangat ke?" tanya Razin.

         "Pentinglah. Kalau demam, jom kita pergi klinik."

         "Awak risaukan saya ke?" duga Razin.

        "Mahu tak risau, awak itu tunang saya. Nanti apa-apa jadi, saya nak kahwin dengan siapa?"

        Mendengar jawapan Najihah, Razin tersenyum.

       "Saya tak apa-apa, Alhamdulillah sihat. Awak jangan risaulah, nanti-nanti saya cerita ya?" jawab Razin dan terus berlalu pergi. Najihah masih terpinga-pinga melihat tindakan Razin itu. Namun, kemudian dia mula merasa sakit kepala.

       Najihah duduk untuk menghentikan sakit kepalanya, namun segalanya ternyata sia-sia. Sakit kepalanya semakin kuat. Dia pernah mengalami sakit kepala sebegini, namun doktor hanya memberikannya ubat penahan sakit. Cuma kali ini sakit kepalanya semakin kerap.

      Indah yang memasuki pantri ternampak kelibat Najihah yang sedang menahan sakit. Dia mendekati rakan sekerjanya itu.

       "Are you okay? Nak akak panggilkan Razin?" tanya Indah.

       "Jangan, sakit kepala sikit saja. Akak temankan Jihah jumpa doktor ya lepas kerja, tapi jangan beritahu Razin. Jihah tak nak susahkan dia. Boleh kan kak?" jawab Najihah, perlahan.

       "Boleh, tapi Jihah nak kerja macam mana ni?"

       "Jihah kan tak ada kerja, semua Razin buatkan minggu ini. Tak apalah, Jihah rehat di surau saja sampai sakit kepala ini hilang," jawab Najihah lalu bangun dan berjalan keluar pantri. Indah hanya mengekorinya daripada belakang sehingga Najihah tiba di hadapan surau. Hati Indah sudah mula tak keruan.

     *     *     *     *     *

Najihah hanya mendiamkan diri sejak dia keluar dari bilik doktor panel syarikat tadi. Indah hanya memerhatikan tindak-tanduk Najihah sehinggalah mereka tiba di kedai makan.

         Najihah sudah bersiap untuk keluar kereta, namun tangannya dicapai oleh Indah.

         "What's wrong with you? Najihah senyap saja sejak keluar dari bilik doktor. Kenapa?"

         "Tak ada apa-apa, cuma Jihah dapat MC untuk esok. Doktor suruh datang balik untuk ujian lanjut. Jadi, nanti kak Indah beritahu Razin ya?"

         "He's your fiance, not mine. Beritahu dia sendiri, mengada pula Jihah ini. Dahlah, jom kita keluar."

         Najihah melihat tindak-tanduk Indah. Belum masanya untuk Indah tahu hakikat sebenar.

        "Berdasarkan ujian awal, saya mengesyaki kamu punyai penyakit lain, bukan migrain. Jadi, untuk diagnosis lengkap, saya sudah uruskan temujanji kamu dengan pakar neurologi di Hospital Universiti esok. Kamu pergi buat ujian lanjutan ya?" terang Doktor Hazeline, doktor panel syarikat.

        "Baiklah doktor, esok saya pergi."

        Bunyi telefon bimbitnya mengejutnya dari lamunan. Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam beg tangannya. Tertera nama "Razin" di skrin, tanpa berlengah dia menjawab panggilan.

         "Assalamualaikum," ucap Najihah, lemah.

         "Wa'alaikumussalam, awak kat mana?" jawab Razin di hujung talian.

         "Kedai makan. Kenapa?"

         "Kenapa tak jawab Whatsapp?"

         "Tadi pergi jumpa doktor, tak sihat sikit. Esok saya MC, doktor bagi tadi."

         "Baiklah. Awak dengan Indah ke? Nanti lepas makan, terus balik. Rehat. Nanti saya periksa dengan Indah, jadi jangan cuba nak mengelat."

          "Baik, Encik Razin. Menurut perintah."

          "Bagus. Dah, pergi makan. Assalamualaikum."

          "Wa'alaikumussalam."

          Talian terputus. Najihah hanya mampu mengeluh dengan sikap dominan Razin itu. Bahaya kalau dia tahu temujanjinya esok. Silap-silap dia ikut sekali.

     *     *     *    *     *

"Ada apa Encik Razin panggil saya?" tanya Amir, setelah dia duduk di hadapan Razin.

           "Hari ini kita ada meeting dengan supplier bahan bakeri. Awak ikut saya. Jam 10 nanti kita gerak," arah Razin, lembut.

           "Saya? Najihah mana?" tanya Amir.

           "Dia MC. Tak sihat."

           "Oh ya ke. Dah alang-alang ni, boleh saya tanya sesuatu?"

           "Apa dia?"

            "Najihah itu tunang Encik Razin kan?"

           "Kalau ya, kenapa? Kalau tak, kenapa?"

            "Encik Razin lelaki, saya lelaki. Saya tengok sekali imbas pun saya dah tahu. Saya nak beritahu satu perkara sebab saya rasa Encik Razin kena tahu benda ini."

            "Apa dia?"

            "Najihah sebenarnya sakit."

            "Sakit apa?"

*bersambung*

Foot print: Bersabarlah sayang...

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com