Monday, August 11, 2014

Alasan Untuk Bahagia Part 1...

Terasa pahit tekak Najihah menelan air liur sejak berita itu diterimanya pagi tadi. Apa salahnya sehingga cinta matinya sedari tiga tahun lalu tegar membuat keputusan besar ini tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu? Lagi memilukan apabila semua ini berlaku di saat seluruh dunia mereka bertemu dan tahu tentang perhubungan mereka.

                “Saya rasa hubungan kita sampai disini saja. Mengertilah sesuatu, Jiha. Saya bukan tak cintakan awak, tapi lebih baik awak tak mengetahui sebab kenapa kita berpisah,” terang Amir, cinta hati Najihah itu.

                Masih terngiang-ngiang kata-kata yang menusuk hati dan jiwa Najihah. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir bagaikan sungai yang turun dari bukit nan tinggi. Sungguh, dia masih tak mampu menghadam ayat itu sedari saat kata-kata itu dilafazkan. Hatinya memang telah diserahkan seluruhnya buat si ajnabi meskipun dia tahu perkara itu adalah salah disisi agamanya. Namun, ternyata dia terpedaya dengan kata cinta yang ditaburkan oleh teman lelaki sejak semester satu pengajian ijazahnya di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

     *       *       *        *          *

                “Saya sayang awak, Jiha. Awaklah satu-satunya wanita yang berjaya memasuki hati saya ini. Saya tak peduli apa yang orang nak kata tentang kita, asalkan saya tahu awak sayang saya dan awak tahu saya sayang awak,” tutur Amir lembut menenangkan jiwa Najihah yang sedang bergelora dek fitnah yang menjengah mereka. Ternyata dugaan mereka tak pernah putus sejak mereka berkawan.

                Najihah memandang Amir. Amir Arsyad bin Sulaiman, insan setenang namanya. Pemimpin yang bijaksana, itu maksud yang tersirat disebalik nama yang digalas sejak dia dilahirkan. Hubungan mereka bermula dengan persahabatan. Kawan atas kawan. Namun mereka sama sekali tak menduga persahabatan itu akan bertukar menjadi cinta.

                Saat Amir melamarnya menjadi kekasih, ada saja mulut yang menentang tetapi bila ditanya mengapa, semua membisu seribu bahasa. Hampir setahun Najihah dibelenggu persoalan itu sehinggalah ianya terbongkar seminggu selepas ulang tahun perhubungan mereka yang pertama.

                Amir, seperti manusia lain, dilahirkan juga tidak sempurna mana. Amat mengejutkan bagi Najihah tatkala dia terjumpa insan yang dicintai sedang khayal dek penangan najis dadah yang ditelannya. Ya, seminggu sekali Amir akan menelan sebiji dua pil ecstasy untuk melepaskan gian. Seminggu jugalah Najihah membawa dirinya jauh dari lelaki itu bagi memikirkan jalan penyelesaian terbaik untuk masalah cinta hatinya itu.

                Setelah berfikir, Najihah mengambil keputusan untuk membantu Amir keluar dari dunianya yang jijik itu. Meskipun tindakannya itu mendapat tentangan ramai orang, namun itu tidak melumpuhkan niat murninya itu. Hampir setahun dirinya bertarung dengan kehendak dan tabiat Amir itu dan dengan kuasa Allah, Amir akhirnya sembuh sepenuhnya dari mengambil najis dadah itu.

                “Fikir apa sampai saya cakap penat-penat, sepatah pun awak tak dengar?” kata-kata Amir itu mematikan lamunan Najihah. Dia kembali ke alam nyata. Sekali lagi wajah disebelahnya itu dipandang. Kerutan di dahi Amir tak dapat mengekalkan suasana serius yang telah tercipta lalu mengundang tawa Najihah.

                Melihat Najihah ketawa, Amir menarik muka masam. Hairan sungguh rasanya melihat teman wanitanya itu ketawa sedangkan dia tidak melawak pun.

                “Kenapa gelak? Saya tanya elok-elok kot. Jangan buat saya marah,” tegur Amir setelah dia melihat tawa Najihah tiada tanda-tanda untuk berhenti.

                Teguran Amir membuatkan Najihah terdiam. Terasa bersalah pula ketawakan Amir tak sedar diri. Baginya, wajah Amir yang berkerut itu menggelikan hatinya.

                “Maaflah, comel sangat muka awak tadi. Berkerut-kerut saja. Saya sayang awak juga, Amir Arsyad. Hanya awak dalam hati saya meskipun awak bukan yang pertama.”

                Mendengar jawapan Najihah, Amir tersenyum lebar. Ternyata hatinya puas mendengar kata-kata Najihah itu.


      *          *          *                     *

           Sedar tak sedar, sudah 5 tahun peristiwa itu berlalu. Kini, Najihah merupakan seorang Penolong Pengurus Operasi di sebuah syarikat pengeluar bakeri dan konfesioneri di Kuala Lumpur. Sejak peristiwa berdarah itu, dia tidak lagi bertemu Amir. Dengar khabar dari kawan-kawan, dia kini menjawat jawatan eksekutif jualan di sebuah syarikat yang menguruskan beberapa rangkaian restoran makanan segera di Kuala Lumpur juga, namun mereka tak ketemu.
         Walaupun Najihah sudah boleh menerima hakikat tentang perpisahannya dengan Amir, namun hatinya telahpun tertutup untuk menerima cinta yang baru. Namun begitu, entah kenapa seorang lelaki ini benar-benar menggoncang hatinya.
         Razin bin Abdul Jalil, pengurus besar syarikat tersebut seringkali 'membuli' Najihah untuk menyiapkan tugasannya sedang dia berfoya-foya bersama wanita diluar. Pernah juga Najihah mengugut untuk melaporkan pada Bahagian Sumber Manusia, namun ternyata ugutan itulah yang menjeratnya kembali. Ternyata Razin sangat licik 'mengikat' Najihah.

         "Apa ni Encik Razin? Encik Razin sedap-sedap saja pergi dating sana sini, saya pula kena siapkan laporan Encik Razin ni? Inikan kerja Encik Razin!" tempelak Najihah setelah sekian lama dibuli sebegitu.
        Mendengar luahan hati pekerja bawahannya, Razin hanya tersenyum lebar. Seronok rasanya dapat membuli Najihah ini. Lurus sangat! A dia suruh, A jugalah Najihah buat. Kalau sebelum ini, setiausahanya, Indah pun tak mahu gantikan kerjanya. Kali ini, Penolong Pengurus Operasi pula yang buat kerjanya sedangkan tak ada dalam spesifikasi kerjanya pun!

          "Encik Razin!"jerit Najihah membuatkan Razin terperanjat.

         "Apa dia, Jihah?" soal Razin setelah kembali ke alam nyata.

         "Saya penat-penat cakap, sikitpun tak masuk dalam kepala otak Encik Razin kan? Tak apa, tak apa, saya boleh cerita dengan Eunice tentang permohonan transfer saya," jawab Najihah selamba.

         "Transfer? Ke mana?" tanya Razin lagi.

         "Terengganu. Kan kita ada cawangan di sana. Asalkan saya tak perlu nak hadap muka big boss saya lagi."

         Respon Najihah membuatkan Razin mulai pecah peluh. Sungguh dia tak menyangka Najihah tegar memikirkan soal berpindah hanya kerana tak tahan dengan dia.

         "Kalau awak pindah, siapa nak gantikan Tarmizi lepas dia berhenti nanti?" tanya Razin bagi menjerat Najihah.

          "Taktik Encik Razin tak laku dah pada saya. Hari itu Encik Razin ugut nak pecat sayalah, nak kata saya pemalaslah, nak kahwin dengan saya pun pernah! Itu semua alasan saja kan?"

          "Kalau saya memang nak kahwin dengan awak, macam mana?" duga Razin.

          "Selagi mak ayah Encik Razin tak samapai depan rumah saya, saya tak percaya. Kalau sampai pun, saya tetap takkan terus terima pinangan Encik Razin sebab saya takut nanti lepas kahwin saya jadi Cinderella Encik Razin pula."

          "Bagus apa? Susah dulu, lepas kahwin kayalah!"

          Kenyataaan Razin membuatkan Najihah terdiam. Betul juga kan? Menyesal pula terlanjur kata. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Kau kahwin dengan bos kaulah Najihah!

     *     *     *     *     *

          Selepas dua bulan, barulah Najihah tahu bahawa Razin tidak menipunya tentang berita orang atasannya bakal meninggalkan syarikat. Setelah Bahagian Sumber Manusia berbincang dengan Razin, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menaikkan pangkat Najihah daripada Penolong Pengurus Operasi kepada Pengurus Operasi dan hari ini penolong Najihah akan melapor diri.

        Tanpa dijangka juga, dua minggu lepas Razin benar-benar menghantar pinangan walaupun hasratnya itu telah dua kali dibantah oleh Najihah atas pelbagai alasan. Tak bersedialah, takutlah, fikir kerjalah, nak kukuhkan kewangan dululah, namun semua alasan itu ditolak mentah-mentah oleh Razin.

        Akhirnya kelmarin, setelah dipujuk oleh kedua ibu bapanya dan juga setelah istikharah, Najihah akur dan menerima pinangan majikannya itu dengan harapan Razin dapat menyembuhkan lukanya. Namun terkejut bukan kepalang apabila semalam ibu bapanya telah mengadakan majlis pertunangannya secara tertutup! Lebih mengejutkan apabila tarikh perkahwinannya ditetapkan pada tiga bulan lagi! Gelojoh benar Razin nampaknya!

      Najihah sedang mengemas bilik pejabatnya apabila terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Najihah terpana. Takkan penolongnya dah sampai kot?

      "Masuk!" jerit Najihah dan serentak dengan itu, pintu pun dibuka.

      Kelibat Razin mula kelihatan dan dia dengan selamba badaknya duduk di hadapan Najihah tanpa dijemput.

      "Encik Razin memang muka tak malu ek? Selamba saja duduk sini," sindir Najihah, protes.

      "Please, my dear. Anything but not Encik Razin. Saya ini tunang awak, bukannya majikan lagi dah,"jawab Razin, serius.

       "Maaflah Encik Tunang, saya terlupa pula saya ini dah tukar status. Jadi betullah awak memang muka tak malu ya?"

       "Awak rasa?"

      "Saya rasa..."

      Belum sempat Najihah menghabiskan ayatnya, ketukan di pintu kedengaran lagi. Lantas perhatian Najihah beralih ke arah pintu dan menyebabkan Razin sakit hati.

      "Masuk!" laung Najihah dan kemudiannya, pintu dibuka. Eunice, Eksekutif Bahagian Sumber Manusia melangkah masuk.

      "Eh? Encik Razin ada disini rupanya. Patutlah I cari dalam bilik you, you tak ada. By the way, Penolong Pengurus Operasi baru kita dah sampai. Since both of you were here, so I'll pass him to you guys. Is it okay?" jelas Eunice.

      "Anything for you, Eunice Lim," jawab Razin dengan nada manja dan ini membuatkan Najihah mula terasa bengang.

      "Eh? Kenapa pula aku bengang bila dia menggatal dengan Eunice? Eh, Jihah! Kau berhaklah, dia kan tunang kau!" bisik hati kecil Najihah.

      Sedang dia leka mengomel, penolongnya itu sudahpun disuruh duduk bersebelahan dengan Razin. Melihat Najihah yang sedang mengelamun, Razin bertindak mengambil fail di atas meja Najihah lalu menghempaskannya kembali. Tindakan Razin itu membuatkan Najihah tersentak.

     "Apa ni, Razin?" tanya Najihah, separuh menjerit.

     "Kalau dah jauh sangat mengelamunnya itu, mahunya saya tak geram! Dah dekat setahun awak itu kerja dengan saya, dah jadi bos tapi perangai tak pernah berubah. Awak nak saya transfer awak jadi pembantu rumah saya ke? Sesuai sangat dengan orang yang kuat mengelamun macam awak!" bentak Razin, geram dengan tunangnya itu.

      Najihah hanya mampu mencebik tanda protes. Dia terlupa kehadiran orang bawahannya itu menyebabkan dia memberi reaksi normal terhadap bebelan tunangnya itu.

       "Oh ya, cik Fatin Najihah binti Ahmad Kusaini, ini dia penolong awak yang akan menggantikan tempat awak dalam syarikat ini. Kenalkan Amir Asyraf bin Sulaiman," jelas Razin.

       Mendengar nama itu seakan dikenali, Najihah menoleh ke arah lelaki yang duduk di sebelah Razin itu. Terkejut beruklah dia melihat insan yang sudah lima tahun tidak ketemu.

       "Awak, Amir?" tanya Najihah, terkejut dengan kehadiran Amir di hadapannya.

       "Yes, what a surprise! Having you as my superior!" jawab Amir yang kelihatannya teruja.

       "So, both of you knew each other?" sampuk Razin yang tidak mengerti.

       "Oh, yup. Dia my coursemate kat universiti dulu," jawab Najihah tenang.

       Mendengar jawapan Najihah, Amir terkesima. Najihah hanya memperkenalkan dirinya as her coursemate, not ex boyfriend. Jadi, Amir dapat mengagak bahawa Razin ini bukan hanya majikan di hati Najihah. Dia kenal benar dengan perangai Najihah.

       "Only coursemate, Jihah?" duga Razin pula. Dia dapat merasakan ada aura yang pelik antara mereka berdua.

       "Yup, coursemate. Kenapa Encik Razin?" jelas Amir bagi menyelamatkan keadaan.

       "Tak adalah, saja tanya. Baiklah, saya ke bilik saya dululah. Najihah, awak bawa dia kenal dengan semua pekerja, baru awak bawa dia menghadap saya. Sepanjang minggu ini, kerja awak nanti semuannya saya buatkan, awak ajarkan dia macam mana nak buat kerja dia memandangkan itu kerja awak dulu kan?" arah Razin.

        Najihah kehairanan. Razin buatkan kerja dia untuk seminggu? Serius?

        "Awak buatkan kerja saya? Betul ini?" tanya Najihah, inginkan kepastian.

        "Betullah. Apa awak ingat saya tak tahu buat ke? Saya pernah pegang jawatan awak itu 3 tahun tahu?" jawab Razin.

         "Hari ini baru saya tahu. Maaflah ya. Dah, kata nak balik bilik. Pergilah," halau Najihah, rimas dengan kerenah Razin.

          Akhirnya, Razin bangun meninggalkan Najihah dan Amir. Dia bimbang, namun atas dasar profesional, dia akur.

           Najihah memandang Amir setelah Razin meninggalkan biliknya. Dia tahu Amir punya banyak soalan tentang dirinya.

          "Awak sihat? Lama betul kita tak jumpa," Amir akhirnya membuka bicara.

          "Alhamdulillah, masih diizinkan Allah untuk bernafas. Kalau ikutkan hati, saya tak mahu jumpa awak lagi," jawab Najihah, selamba.

          "Saya minta maaflah atas salah silap saya dulu. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya lakukan begitu pada awak."

           "Apapun sebab awak, benda itu dahpun berlaku lima tahun lepas. Lima tahun, Amir, awak biarkan saya terkontang-kanting sendirian. Ada awak kisahkan saya?" bentak Najihah.
            "Saya tahu apa yang saya buat waktu itu buat awak menderita bertahun-tahun, sebab itulah saya minta maaf. Cubalah faham sikit."

           "Faham? Awak tahu ke apa erti faham?" sindir Najihah.

           "Stop being cynical, Jihah. I'm talking nicely, is this treatment that you give to me?"

           "Kita bercakap soal peribadi kan? Jadi, saya layan awak berdasarkan peribadi awak di mata saya. Bila berbincang soal kerja, barangkali saya akan tampil berbeza."

            "Saya cuma nak kembali dalam hidup awak, this time for real."

            "Semudah itu? Try me, Amir. Try me."

            Amir hanya diam membisu mendengar respon negatif Najihah itu. Tak guna memujuk hati yang masih marah. Sia-sia. Namun, mereka berdua tidak menyedari telinga Razin masih mendengar dengan jelas perbualan mereka dari luar.

     *       *      *     *      *

 "Kenapa ini, Razin? Masam je Indah tengok," tanya Indah setelah melihat majikannya itu muram sedari tadi. Bukan perangai Razinlah bermuram durja ini. Razin yang dikenalinya sejak 7 tahun lepas ceria orangnya meskipun dia dilanda masalah besar. Penangan anak sulunglah katakan.

      "Razin rasa Razin dah salah pilih orang untuk ganti tempat Najihah," tutur Razin, lemah.

      "Kenapa dengan dia? Siapa nama dia? Amir?" tanya Indah lagi.

      "Rasanya dia bekas teman lelaki Najihah," jawab Razin.

      Mendengar jawapan Razin, Indah terkejut. Lidah terus terkelu memikirkan ayat yang sesuai.

*bersambung*

Foot print: Anak sulung atau anak kedua? Mana satu pilihan hati?

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com