Monday, August 11, 2014

Rasa yang Sama Part 4...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Setelah hampir satu semester aku tak jenguk blog aku ni *uhuk, uhuk*, akhirnya aku decide nak sambung semua cerpen aku yang terbantut. Ada 3 semuanya, "Kasih Tercipta", "Rasa yang Sama" dan "Alasan Untuk Bahagia". Yang ke-3 tu mesti korang tak pernah dengar sebab aku decide nak buat satu post untuk keseluruhan cerpen. Now, untuk cerpen "Rasa yang Sama", link part sebelumnya, ada di bawah ya:

"You, I cakap dengan you ni. Bukan dengan tunggul,"bentak Rania setelah dia melihat Asyraf tidak mengendahkan soalannya.

"Bro, beritahu sajalah. Menyakitkan hati aku saja minah ini," sampuk Remy, teman baik sejak di kolej ketika mereka mengambil diploma dahulu.

"Aku setuju weh. Tak ada siapa ajak dia pun, sibuk saja nak join bagai," ulas Nazrin pula. Nazrin pula merupakan rakan sebilik Asyraf ketika pengajiannya di peringkat ijazah.

Walaupun rakan-rakannya telah berkata begitu, namun Asyraf masih lagi mendiamkan diri. Tindakannya menyebabkan Fazzrina hilang sabar.

"You curang belakang I kan? Betul tak?" tanya Rania, geram.

"So, what?" tanya Asyraf.

"I nak you putus dengan dia."

"Memang taklah, sebab I curang dengan you belakang dia sebenarnya."

"What?! You tak pernah cakap pun you dah berpunya!" jerit Rania seperti orang hilang akal. Tindakannya telah menyebabkan seluruh kedai makan itu memandang mereka berempat.

"Sebab I tak ingat I dah ada bini! I'm having amnesia! Puas hati you? Lagipun, to be honest, I tak pernah cintakan you, Nida Rania Fajria! You yang mengada-ngada sangat nak approach I, so you better get out of my sight!" bentak Asyraf akibat hilang sabar diperlakukan begitu.

Mendengar jawapan Asyraf, Rania mengambil fresh orange dihadapannya lalu menyimbah muka Asyraf. Habis basah kuyup Asyraf dibuatnya, namun dia masih bersabar.

"I cintakan you, ini yang you bagi pada I? Amnesia konon, cakap sajalah you cuma nak permainkan perasaan I! You guys ni pun sama saja, sekutu!" jerit Rania lalu pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Bro, kau okay ke?" tanya Nazrin setelah melihat kawan baiknya itu kuyup disimbah air.

"Okay apanya? Kau tak nampak ke minah tu simbah aku dengan air manis? Melekitlah gila!" jawab Asyraf, berang.

"Kau pun satu, layan lagi kepala ting tong tu, kan dah kena!" sampuk Remy.

"Kalau aku layan, tak apalah juga. Ini aku tak layan pun, dia yang tak faham-faham bahasa! Lepas itu, nak kata aku curang? Nasiblah bini aku tu tak tahu kewujudan perempuan itu, kalau tak tahulah!" bentak Asyraf.

"Speaking about your wife, Nisa macam mana? Kau cakap dia pun amnesia juga kan? Amnesia macam mana tu?" tanya Nazrin, hairan.

Aku tanya mama aku. Dia cakap waktu kami accident tu, doktor memang panik sebab kami berdua sama-sama amnesia. Jadi, doktor cuba pertemukan kami. Aku ingat dia isteri aku, tapi tak ingat satu bendapun pasal dia. Nisa pula ingat apa yang jadi sebelum ini, tapi dia tak ingat aku siapa. Cuma..." Asyraf tidak menghabiskan ayatnya.

"Cuma apa bro?" tanya Remy.

"Cuma tentang satu sama lain saja yang ada masalah memori, yang lain kami ingat. Semua orang kami berdua ingat. Itulah sebab kenapa ibu bapa kami berdua pisahkan kami sementara waktu ini. Mungkin aku okay, tapi semua orang bimbangkan Nisa," jelas Asyraf.

"Pulak dah? Allah nak duga, cara macam ni pun ada kan?" ucap Nazrin.

"Itulah, semua benda ada hikmah," jawab Asyraf.

"Kiranya, memori kau orang hanya akan lengkap setelah menggabungkan memori kau dengan dia sekaranglah kan?" tanya Remy lagi.

Mendengar soalan Remy, Asyraf dan Nazrin saling berpandangan. Kenapalah mereka tak terfikirkan benda ini sedari mula?

     *     *     *     *     *

Nisa membuka laci sisi katilnya. Terdapat sebuah album gambar di dalamnya. Dia menyelak kulit album tersebut, ada gambar dia dan lelaki yang dia ingat sebagai "Encik Suami". Satu per satu foto dilihat, dan ternyata dia masih boleh mengingati cerita di sebalik foto-foto tersebut, cuma dia masih tak boleh mengingati nama suaminya itu.

      Sedang asyik dia meneliti foto-foto tersebut, dia terhenti pada sekeping foto yang menarik perhatiannya. Foto itu, foto ketika hari lahirnya yang ke-26. Masih ingat lagi dia sebelum foto ini diambil, dia sedang memotong kek ulang tahunnya. Namun, tiba-tiba suaminya itu membuat kejutan dengan menyanyikan lagu kegemarannya, 'Tercipta Untukku' nyanyian asal kumpulan Ungu. Riak wajahnya yang terkejut itulah yang telah diabadikan dalam foto itu.

      "Annisa Faiha, abang sayang Nisa sejak tahun pertama kita berkenalan. Waktu itu, Nisa berada di tingkatan enam bawah dan abang pula tingkatan enam atas. Abang ingat lagi, teruk Nisa kena buli dengan abang sewaktu orientasi gara-gara abang nak Nisa ingat abang. Maafkan abang sebab salah guna kuasa abang sebagai ketua fasilitator. Namun, abang akur dengan kehendak Nisa yang hanya mahukan kita sekadar kawan baik, tak lebih dari itu atas sebab Nisa mahu tumpukan perhatian pada pelajaran dahulu," ucap Asyraf membuatkan air mata Nisa mula bergenang.

     "Bila abang masuk universiti, abang dah redha kalau kita tak bertemu lagi. Namun dengan izin Allah, akhirnya Nisa juga menerima tawaran ke universiti yang sama dengan abang. Abang ingatkan Nisa takkan memohon Universiti Utara Malaysia memandangkan keputusan STPM Nisa lagi hebat. Rupa-rupanya dalam diam Nisa mohon jurusan kaunseling di sana ya?" sambung Asyraf lagi.

       Luahan hati Asyraf itu membuatkan Nisa tersipu malu. Sungguh suaminya ini tahu membuatkannya malu.

       "Apapun, terima kasih sebab sudi bersama abang sejak lapan tahun lepas dan semoga perkahwinan kita diredhai Allah, insya-Allah," sambung Asyraf lagi.

      Tanpa disedari, air mata Nisa mengalir. Hanya Allah sahaja yang dapat menggambarkan perasaan terharunya itu.

     "Kenapa menangis ni, Nisa?"

     Lamunan Nisa terhenti, dia mencari punca suara itu dan pemilik suara itu di hadapannya!

*bersambung*

Foot print: Pening kepala bila kena fikirkan untuk 3 cerpen... :(

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com