Wednesday, January 4, 2012

Kekuatan Wanita Itu Part 2...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog biru ini... So, ana nak sambung cerpen bersiri ana yang bertajuk "Kekuatan Wanita Ini"... Sambungan daripada post "Kekuatan Wanita Ini Part 1"...

"Akak dah sedar dah?"itulah yang dapat didengar oleh Sarah sebaik saja dia membuka matanya. Dia memegang kepalanya. Sakit.

"Apa jadi dengan akak tadi?" tanya Sarah, terpinga-pinga.

"Akak pengsan tadi, Ana yang baringkan akak atas sofa tadi. Akak okay tak ni?" giliran Raihana pula bertanya.

"Okay dah. Ana, boleh bawa akak tengok abang Fauzi tak?" tanya Sarah kepada Raihana.

"Ana boleh bawakkan, tapi akak boleh terima ke abang tak ingat akak lagi dah?" tanya Raihana.

"Insya-Allah akak akan cuba. Macam manapun, akak tetap kena kuat untuk suami akak kan?" jawab Sarah, tenang.

"Kalau macam itu, akak siaplah. Ana bawak akak jumpa abang."

"Okay, tunggu sekejap ya," jawab Sarah lalu berlari ke tingkat atas untuk bersiap-siap.

*   *   *   *   *

"Akak sabar banyak-banyak. Allah takkan kejam pada hamba-Nya," hanya itu yang mampu diungkapkan Raihana sebaik melihat air mata Sarah mula mengalir selepas melihat keadaan Fauzi yang penuh dengan balutan di sana sini.

"Tak apa, Ana. Akak tahu Allah SWT nak uji akak. Akak redha. Akak kena kuat untuk abang Fauzi, dia perlukan akak," jawab Sarah, tenang.

"Tadi doktor datang jumpa Ana, dia cakap abang boleh balik esok. Doktor bagi abang MC 2 minggu, esok Ana akan berikan pada bos kami. Akak nak balik dulu ke akak nak tunggu sini dulu?" terang Raihana.

"Akak nak duduk dengan abang, Ana baliklah dulu. Nanti akak ambil teksi saja," jawab Sarah.

"Baiklah kalau macam itu, Ana balik dulu ya akak. Assalamualaikum..." Raihana meminta diri lalu mencium tangan wanita yang sudah dia anggap seperti kakaknya itu. Sudah banyak jasa pasangan itu padanya, tak mungkin dapat dia balas.

Sarah hanya menghantar kepulangan Raihana dengan pandangan yang sayu. Apabila Raihana sudah hilang dari pandangannya, matanya tertancap kembali ke arah Fauzi yang sedang tidur. Rambut suami dibelai lembut, hanya Allah SWT saja yang tahu betapa rindunya dia pada si suami.

Belaiannya mengejutkan Fauzi dari lenanya. Melihat suami yang sudah terjaga, tangannya yang berada di atas kepala lelaki itu di letakkan di atas katil. Dia hanya ingin menghadiahkan senyuman yang paling manis buat suaminya.

"Assalamualaikum abang. Abang dah bangun?" Sarah memulakan bicara dengan lembut.

"Waalaikumussalam... Err, awak siapa?" tanya Fauzi, hairan.

Sarah terkesima. Tak disangka yang suaminya melupai isterinya sendiri. Ya Allah, dugaan apakah ini? Akibat terlalu terkejut, dia terlupa seketika suaminya itu sebenarnya mengalami penyakit hilang ingatan.

"Ini Sarah, isteri abang," jawab Sarah, tenang.

"Isteri?" tanya Fauzi dengan dahi yang berkerut.

Sarah tidak terus menjawab, sebaliknya hanya tersenyum...

*bersambung*



p/s: Catch up later guys, daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com