Saturday, January 21, 2012

Kekuatan Wanita Itu Part 12...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... Okay, hari ini ana nak sambung lagi cerpen bersiri ana...  =) Macam biasa, link part sebelumnya ada kat bawah ye:


Malam itu seperti kebiasaannya, Fauzi pulang lewat lagi. Ketika dia menjejakkan kakinya ke dalam rumah, jam di dinding rumah sudahpun menunjukkan tepat jam 2.18 pagi. Ternyata masa yang dihabiskan bersama Hafiz tadi benar-benar menceriakannya dan kini giliran Sarah pula menghiburkannya.

Dia naik ke atas untuk masuk ke kamar tidurnya. Alangkah terkejutnya dia apabila memasuki bilik tersebut kerana dia mendapati Sarah tiada di dalam bilik. Masakan Sarah keluar pagi-pagi buta ini? Dia membuka pintu bilik air, tak berkunci. Tentu Sarah tiada di situ. Dia ingat lagi di tingkat bawah semua ruang di tingkat tersebut sudahpun gelap, sudah tentu Sarah tiada disitu. Lagi pula Sarah akan meminta izin darinya terlebih dahulu sebelum keluar, pastinya Sarah masih berada di dalam rumah, fikirnya.

"Apa yang abang fikirkan? Cari Sarah ke?" tanya Sarah, tegas.

Mendengar suara itu, Fauzi berpaling. Terlihat olehnya Sarah yang sudah cantik berhias. Memang rezeki dialah, fikirnya lagi. Fauzi mendekati Sarah lalu memegang tangan Sarah.

"Sarah pergi mana? Abang ingatkan Sarah dah lari," tanya Fauzi, manja.

"Kalau Sarah lari pun kenapa?" tanya Sarah pula.

"Abang akan cari Sarah sampai lubang cacing dan lepas itu, Sarah takkan boleh keluar rumah lagi," jawab Fauzi.

"Untuk apa kurung Sarah? Supaya senang abang main kayu tiga dengan jantan kat luar itu?"

Pang!!! Lima jari Fauzi pantas terlekat dipipi Sarah. Pedih. Sarah memegang pipinya, sedangkan ayahnya pun tak pernah sekalipun menamparkan, tegar pula suaminya sendiri menamparnya? Hanya kerana dia menegur silap suaminya.

"Abang sedar tak apa abang buat ni? Abang tampar Sarah, ayah pun tak pernah tampar Sarah tahu? Tergamak abang tampar sebab Hafiz kan? Apa yang Hafiz boleh bagi pada abang yang Sarah tak boleh bagi? Dosa saja kan? Neraka kan? Abang memang nak cium bau neraka sampai bila-bila ke? Abang sedar tak apa yang abang buat ini dilaknat Allah SWT malah Rasulullah SAW pun tak mengaku umat?" tegas Sarah dalam tangisan.

"Dosa abang, abang tanggung kan? Kenapa Sarah nak sibuk? Sedangkan dosa Sarah pun abang yang tanggung, jangan nak banyak bunyi pula. Susah sangat ke Sarah nak tutup mata Sarah atas apa yang abang buat ini? Susah sangat ke?" tengking Fauzi sambil memegang bahu Sarah sekuatnya. Tangisan Sarah semakin kuat kerana menahan kesakitan akibat pegangan tangan Fauzi itu.

"Sarah tak nak bersubahat, abang. Sarah tak nak masuk neraka sebab abang dan Sarah tak nak abang masuk neraka. Baliklah ke pangkal jalan, abang. Dulu abang tak macam ni pun. Seteruk-teruk abang, abang masih ingat Allah. Mengucap abang, mengucap!" rayu Sarah.

"Abang seronoklah hidup macam ni, abang nak senangkan Sarah. Sarah tak payah layan abang hari-hari, lebih-lebih lagi waktu Sarah datang bulan. Takkan tak boleh kongsi kot?" sindir Fauzi.

"Astaghfirullah hallazim, abang... Sarah lagi sanggup layan abang hari-hari, walaupun Sarah datang bulan kalau macam ini abang fikir. Sarah tak kisah berkongsi, tapi biarlah dengan wanita yang halal bagi abang. Bukan ini caranya," jawab Sarah.

"Oh ya ke? Tapi abang hanya berminat dengan seorang saja perempuan kat dalam dunia ini. Tahu tak siapa? Sarah Nurfitriah binti Sazali. Jadi, tak mungkin ada wanita lain yang boleh ganti tempat Sarah dalam hati abang," terang Fauzi sambil tersenyum sinis. Sarah semakin resah dengan kenyataan Fauzi itu.

"Tapi abang boleh gantikan Sarah dengan lelaki? Begitu?"

"Ala, itu buat stok main-main saja. Bukannya abang serius pun. Buat puas nafsu songsang abang ni saja," jawab Fauzi, megah.

"Abang, bertaubatlah abang. Kita bukan tahu bila kita nak mati. Sarah takut, abang. Sarah tak nak bersubahat."

"Tak nak bersubahat? Tak apa, Sarah duduk diam-diam dalam rumah ini. Abang akan keluar, tapi jangan harap abang akan ceraikan Sarah. Kita tengok siapa yang gersang nanti," jawab Fauzi dengan sombongnya lalu keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah. Sarah cuba mengejar tetapi Fauzi lebih pantas keluar dan memasuki kereta Honda City miliknya lalu memandu keluar dari perkarangan rumah. Sarah hanya mampu melihat dari pintu rumah memandangkan dia tidak bertudung ketika itu. Dia tahu suaminya memang ada menyimpan sebahagian bajunya di dalam bonet kereta kerana tugasnya yang kerap kerja luar itu.

Sarah menutup kembali pintu rumahnya lalu terduduk dan kemudiannya menangis. Ya Allah, kenapa begitu berat sekali ujian-Mu kali ini? Akhirnya, dirinya ditinggalkan sendiri...

*bersambung*



p/s: Catch up later guys, daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com