Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog biru ini.... Maaf ana tak update blog semalam kerana sakit kepala... Jadi, hari ini ana nak mulakan cerita... Ana ingin mulakan cerpen bersiri ana yang bertajuk "Kekuatan Wanita Itu..."
Hari ini mendung lagi, tapi cuaca diluar tak semendung di dalam hati Sarah. Dua malam Fauzi, suami kesayangan tak pulang ke rumah, menyebabkan hatinya mula dirundung kerisauan. Telah dihubungi suaminya, namun telefon bimbit Fauzi tidak aktif.
"Abang ke mana? Abang dah makan ke belum? Solat cukup ke tak? Abang tu mana boleh bangun sendiri kalau Sarah tak kejut, mesti terlajak subuh nanti. Abang, Sarah rindu abang..." Sarah bermonolog sendiri.
Walaupun sesibuk mana Fauzi sebelum ini, dia pasti akan pulang. Namun, sejak kebelakangan ini, dia mula perasan suaminya itu berkelakuan aneh. Sepertinya Fauzi dingin dengannya. Sarah tanya sepatah, Fauzi jawab sepatah. Entah apa yang berlaku di luar sana, Sarah pun tak tahu. Terasa ingin keluar mencari, tapi Sarah masih ingat lagi Fauzi tidak sesekali membenarkan dia keluar andai dia tiada teman. Siapakah gerangan manusia yang boleh menemaninya? Dia mula mati akal.
Apa yang mampu Sarah lakukan hanya menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar dipermudahkan urusannya dan lindungi suaminya. Ternyata Allah SWT mendengar doanya, tidak lama kemudian pintu rumahnya diketuk dan Sarah berjalan menuju ke arah pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya dia melihat kelibat teman sepejabat suaminya, Raihana berada di depannya. Selama ini Raihanalah insan yang menjadi mata dan telinga Sarah apabila melibatkan urusan suaminya dipejabat.
"Assalamualaikum kak Sarah," Raihana membuka bicara.
"Waalaikumussalam, Ana. Jemputlah masuk," pelawa Sarah.
"Terima kasih kak," jawab Raihana lalu mengikut Sarah berjalan ke arah sofa. Dia mengambil tempat yang bersebelahan dengan tempat Sarah duduk.
"Ada apa Ana datang rumah akak? Abang Fauzi mana?" tanya Sarah, bimbang.
"Inilah yang Ana datang ni kak. Nak sampaikan berita yang baru Ana terima," jawab Raihana, lemah.
"Apa dia Ana?"
"Abang Fauzi kemalangan di site 2 hari lepas, waktu itu Ana outstation. Tak ada siapa-siapapun yang beritahu Ana. Ana ingat office call akak inform, tapi dorang boleh cakap sikit je. Padahal..." Raihana tak mampu untuk habiskan ayatnya.
"Padahal apa Ana? Cuba cakap dengan akak, kenapa dengan abang Fauzi, Ana?" desak Sarah, ternyata dia mula berasa gusar dengan cerita Raihana.
"Abang amnesia akak, hilang ingatan. Bawak bersabar banyak-banyak kak, sebab dia memang tak ingat siapa-siapa buat masa ini, Ana baru lepas pergi melawat dia tadi," jawab Raihana, sambil menahan sebak. Apapun reaksi Sarah, dia tahu dia harus kuat.
Kepala Sarah terlalu sakit untuk memproses ayat Raihana tadi. Secara tiba-tiba...
*bersambung*
p/s: Catch up later guys, daa~ =)
0 comments:
Post a Comment