Monday, January 30, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 4...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Pagi ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


"Wan, pegang kuat-kuat. Nanti jatuh,"laung Ainul sebaik saja dia dapat mencapai tangan Safwan yang tergelincir di tepi jurang.

"Aku bertahanlah ni, tapi aku tak tahu berapa lama aku boleh bertahan. Pegang aku, Ainul. Jangan lepaskan,"jawab Safwan.

Namun, tangan Safwan yang licin itu menyebabkan pegangan tangannya semakin melurut. Namun Ainul masih gagahkan dirinya untuk bertahan. Akan tetapi, tak lama selepas itu, pegangan tangan mereka mula terpisah dan akhirnya terlepas.

Namun, Safwan tidak jatuh kerana ada tangan lain yang mencapainya.

"Rizal!"laung Ainul, terkejut.

"Tolong aku pegang tangan Wan yang lagi satu,"arah Shafrizal.

"Aku rasa aku tak boleh nak bertahan, Rizal. Maafkan aku,"ucap Safwan sebelum dia melepaskan tangannya dan terjatuh di dalam jurang itu.

"Wan!!"jerit Ainul dan Shafrizal serentak.

Kejutan itu mengejutkan Ainul dari mimpinya. Ya Allah, mimpi apa tadi? Kenapa harus mimpikan keduanya?

Siapa yang harus aku pilih, ya Allah?

*     *     *     *      *

Shafrizal memandang skrin telefon bimbit Blackberry Bold miliknya selama mungkin. Ternyata pengorbanannya tak sia-sia apabila dia membaca mesej yang dihantar oleh Ainul selepas dia menunaikan solat Subuh tadi. Mesej itu yang berbunyi:

Mardhiah : Assalamualaikum... I bet you knew already Wan is asking my hand for marriage right? I finally made my decision... I've accepted his proposal... Doakan kami bahagia ya and I will always pray for your match made from heaven will come soon... =)

Tipulah andai dia mengatakan dia tidak terluka sedikitpun dengan mesej itu. Namun, mungkin itu yang terbaik untuk semua orang. Lebih baik perasaan hatinya dikorbankan demi persahabatan. Dia pantas menjawab mesej tersebut.

Me : Waalaikumussalam... Yup, knew already... Terkejut weh waktu Wan beritahu hari tu... Alhamdulillah, glad to know that... Insya-Allah, aku sentiasa doakan yang terbaik untuk korang berdua... Always... Friends forever?

Tak lama selepas itu, Ainul membalas:

Mardhiah : Always... =)

Selepas membaca mesej balas daripada Ainul, Shafrizal menyimpan kembali telefon bimbitnya itu lalu masuk ke dalam kereta. Dia harus tenangkan hatinya.

Namun, sebelum sempat dia menghidupkan enjin, telefon bimbitnya berdering lagi. Kali ini panggilan dari Safwan pula. Dia tidak berlengah lalu terus menjawab panggilan itu.

"Hello, assalamualaikum,"ucap Shafrizal.

"Waalaikumussalam, Wan. Aku nak jumpa kau, kau kat mana?"tanya Safwan.

"Aku baru nak keluar rumah, nak pergi Ipoh Parade. Kenapa?"jawab Shafrizal.

"Aku nak ajak kau pergi Tesco Pengkalan, lepas itu aku belanja makan Mee Rebus Ramli nak?"tanya Safwan lagi.

"Boleh juga, dah lama tak ke sana. Nak aku tunggu kat mana?"tanya Shafrizal.

"Tunggu kat depan food court Tesco boleh?"tanya Safwan pula.

"Okay, set,"jawab Shafrizal.

"Jumpa kat sana. Assalamualaikum,"ucap Safwan.

"Waalaikumussalam,"jawab Shafrizal lalu memutuskan talian. Selepas itu, dia meletakkan telefon bimbitnya di kerusi tepinya lalu menghidupkan enjin kereta.

*     *      *      *      *

Masturah sedang mengacau air sirap limau yang dibelinya sebentar tadi apabila Safwan duduk dihadapannya. Ditangannya terdapat segelas air teh ais yang dibeli di gerai minuman sebentar tadi.

"Lama sampai?"tanya Safwan.

"Dah lama jugaklah,"jawab Masturah, acuh tak acuh.

"Maaf, buat kau tertunggu-tunggu. Kau menginap kat mana?"tanya Safwan, lagi.

"Hotel Seri Malaysia saja. Aku bukan kerja Pengarah Jualan macam kau, aku kerja Eksekutif Jualan saja. Jadi itu saja yang mampu,"sindir Masturah.

"Kau marah aku ke?"tanya Safwan, hairan.

"Untuk apa aku nak marah kau? Tak kuasalah,"jawab Masturah, acuh tak acuh lagi.

"Mar tak ikut?"tanya Safwan, mengubah topik.

"Dia kerjalah. Dia kirim salam kat kau,"jawab Masturah.

"Waalaikumussalam,"jawab Safwan.

"Amboi, rancak berborak. Borak pasal apa?"sampuk Shafrizal yang tiba entah dari mana mengejutkan Masturah dan Safwan.

Shafrizal mengambil tempat disebelah Safwan.

"Apa khabar Mas? Lama tak jumpa kau,"tegur Shafrizal.

"Baik, Alhamdulillah. Kau pula?"tanya Masturah pula sambil tersenyum.

"Alhamdulillah juga,"jawab Shafrizal.

Melihatkan perubahan mendadak Masturah, Safwan mula terasa hati. Kenapa Masturah melayannya acuh tak acuh, tetapi melayan Shafrizal dengan baik sekali?

*bersambung*



Foot print: Berasa kasihan kepada seseorang yang tak mampu menyelamatkan telefon bimbitnya... Semoga dia dapat mencari telefon bimbit baru... =) Anyway, catch up later guys... Daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com