Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... Okay, hari ini ana nak sambung lagi cerpen bersiri ana... =) Macam biasa, link part sebelumnya ada kat bawah ye:
- Kekuatan Wanita Itu Part 1
- Kekuatan Wanita Itu Part 2
- Kekuatan Wanita Itu Part 3
- Kekuatan Wanita Itu Part 4
- Kekuatan Wanita Itu Part 5
- Kekuatan Wanita Itu Part 6
- Kekuatan Wanita Itu Part 7
- Kekuatan Wanita Itu Part 8
- Kekuatan Wanita Itu Part 9
- Kekuatan Wanita Itu Part 10
- Kekuatan Wanita Itu Part 11
- Kekuatan Wanita Itu Part 12
- Kekuatan Wanita Itu Part 13
- Kekuatan Wanita Itu Part 14
“Mak dah tidurkan Farah dengan Firdaus tadi. Mak harap kamu
banyakkan bersabar, Allah SWT nak duga kamu pula. Tapi pada mak, dugaan kamu
ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan dugaan yang kamu hadiahkan pada
Sarah selama 2 tahun setengah kamu menikah dulu,” bebel Puan Ani di muka pintu
rumahnya. Ibunya itu andai tak membebel sebelum pulang, memang tak sah kan?
“Insya-Allah mak, Fauzi akan kuatkan hati. Fauzi kena kuat untuk
Farah dan Firdaus. Fauzi kena ada untuk mereka,” jawab Fauzi, lemah.
“Cakap nak kuatkan hati, tapi jawabnya lemah saja. Sudahlah, mak
nak balik. Kalau ada apa-apa, telefon. Nanti mak datang, assalamualaikum,”
sindir Puan Ani.
“Baik, mak. Waalaikumussalam,” jawan Fauzi lalu mencium tangan
Puan Ani. Selepas itu, Puan Ani pun berjalan memasuki kereta yang sedang
menantinya di hadapan pintu pagar.
Selepas Fauzi menutup pintu, dia mula menggaru kepalanya yang tak
gatal. Aduhai, isterinya itu memang benar-benar sayangkannya. Memberikan anak
kembar, seorang lelaki dan seorang perempuan. Keduanya dinamakan seperti yang
Sarah mahukan.
Namun, selepas itu isterinya itu pergi meninggalkannya dan
anak-anak. Jika dulu dia sering memandang rendah pada kekuatan Sarah, hari ini
dia benar-benar angkat tangan. Dia benar-benar tak mampu untuk hidup sendiri,
sehinggakan dia terpaksa meminta bantuan ibunya untuk menguruskan permata
hatinya itu.
Hari ini jugalah dia mula menyedari bahawa kekuatan wanita itu tak
dapat disangkal lagi. Allah SWT memang menciptakan wanita itu sangat sempurna
sifatnya. Malah, Allah SWT juga berfirman,
“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan
untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut
untuk memberikan kenyamanan.
Aku
memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima
penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.
Aku
memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain
menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh.
Aku
memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan
ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Aku
memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi
dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik
takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.
Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”
Jadi, hari ini dia kalah dengan egonya sendiri. Dia
merasakan isterinya tak pernah memahaminya setiap kali wanita itu inginkan dia
berubah. Pada hakikatnya isterinya terlalu memahaminya, cuma dalam caranya
sendiri. Tapi sayang, semua sudah terlambat.
Sedang dia mengelamun, tiba-tiba dia terdengar loceng
pintu rumahnya berbunyi. Siapa pula yang datang? Rasanya tak ada siapa-siapa
cakap nak datang hari ini. Lantas dia berpatah balik ke pintu rumah dan
membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila seorang wanita berdiri di depan
rumahnya.
“Assalamualaikum,” sapa wanita itu, lembut.
“Wa…a…lai…ku…mus…sa…lam,” jawab Fauzi tergagap-gagap.
Sesungguhnya dia masih terkelu kerana dia tak menyangka wanita itu akan muncul
dihadapan rumahnya hari ini.
“Sejak bila abang gagap ini? Macam nampak hantu
saja,”seloroh Sarah lalu membawa beg pakaiannya masuk ke dalam rumah.
“Bukan ke Sarah balik minggu depan? Kenapa balik
awal?” tanya Fauzi.
“Sarah rindu Farah dengan Firdaus. Jadi, Sarah
habiskan tesis awal-awal dan pulang!” jawab Sarah, menyeringai.
“Rindu Farah dengan Firdaus saja? Walid mereka tak
rindu ke?” tanya Fauzi sambil mencebik tanda ingin merajuk.
“Hmm… tak pun. Tak rasa rindu pun,” jawab Sarah,
selamba.
“Macam inilah Sarah. Dah pandai melawan ya? Nak kena
denda ke?” tanya Fauzi.
“Denda? Sejak bila pula abang tahu denda orang ini?
Musykil,” seloroh Sarah sambil berpura-pura berfikir.
“Sejak Sarah sambung Master inilah. Sejak Sarah
tinggalkan abang seorang,” rajuk Fauzi.
“Dulu abang tinggalkan Sarah, Sarah okay saja,” jawab
Sarah lagi.
Fauzi mula berang dengan jawapan selamba Sarah. Tak
sangka isterinya sudah pandai menjawab. Dulu pandai mengelat saja.
Melihat perubahan wajah Fauzi, Sarah tersenyum.
Rancangannya berjaya, Fauzi sudahpun berang dengannya. Tak sia-sia dia berguru
dengan pensyarahnya.
“Baiklah Encik Fauzi, isterimu ini mengalah. Apakah
denda yang ingin Encik Fauzi berikan kepada saya?” seloroh Sarah sambil membuat
wajah serius.
“Tak mahu panggil encik, panggil tuan dulu,” giliran
Fauzi pula mengenakan Sarah.
“Kenapa pula?”tanya Sarah, tak puas hati.
“Sebab abang ‘tuan’ Sarah, Sarah kan abang punya,”
jawab Fauzi dengan senyuman nakal sambil mendudukkan Sarah di sofa.
“Baiklah tuan, apakah denda saya itu?”tanya Sarah
lagi.
“Tunggu sekejap ya,”jawab Fauzi lalu beredar menuju ke
bilik bacaan. Sementara menunggu Fauzi, Sarah menanggalkan tudung yang
dipakainya lalu diletakkan di atas meja.
Fauzi kembali dengan ‘masking tape’. Melihat barang
yang dibawa suaminya itu, Sarah diulit perasaan hairan. Apalah yang ingin Fauzi
lakukan dengan pita itu?
“Sayang duduk dekat kerusi ini,”arah Fauzi sambil
menunjukkan kea rah kerusi kayu jati yang berada berhampirannya.
Sarah hanya menurut arahan suaminya itu dengan
perasaan hairan. Melihatkan Sarah yang kehairanan itu, hati Fauzi berbunga
riang kerana hari ini isterinya akan terkena dengannya.
Fauzi bertindak membuka pita itu lalu mengikat kaki
dan tangan Sarah di kaki dan pemegang kerusi itu. Melihat tindakan suaminya,
Sarah semakin hairan.
“Abang buat apa ini?” tanya Sarah ketika Fauzi sedang
leka mengikat isterinya itu.
Soalan Sarah tidak berjawab. Fauzi tetap meneruskan
kerjanya tanpa mengendahkan soalan Sarah meskipun tiga kali Sarah mengulang
soalan yang sama. Masuk kali keempat pertanyaan itu diulang, Fauzi yang baru
saja selesai kerjanya itu menarik pita itu lalu ditekup mulut Sarah.
“Mesti Sarah ingat abang gila kan buat Sarah macam
ini? Abang saja buat begini sebab abang nak Sarah tumpukan perhatian Sarah pada
abang sekarang ini. Abang tak nak Sarah lari atau menjawab sepatahpun apa yang
abang nak cakapkan ini, kerana itulah abang buat begini,”terang Fauzi, serius.
Sarah hanya mampu mendiamkan dirinya memandangkan kaki
tangannya terikat dan bibirnya dilekat dengan pita. Agaknya beginilah rasanya
ketika suaminya koma dahulu.
“Abang tak pernah lupa kali pertama kita jumpa dulu.
Memang betul, kelas itu kelas law. Cyber law, how could I forget? Walaupun
waktu itu abang tak fokus sangat pada sayang, tapi abang ingat lagi sayang
duduk dengan Raihana kat belakang abang.
First time kita bertegur sapa, waktu group
presentation pasal Intellectual Property Act kan? Jangan kata Sarah, abang pun
rasa macam mana yang Sarah rasa. Rasa serasi sangat walaupun baru saja bertegur
sapa. Cepat sangat kan kita rapat? Niat Sarah memang nak berkawan saja, tapi
waktu itu niat abang memang nak sunting sayang jadi isteri.
Bila abang cadangkan untuk berkahwin dengan Sarah
waktu abang kantoi dengan mak dan abah dulu, memang abang nak kahwin dengan
Sarah. Bukan sebab abang nak cover line or what. Abang tahu peluang abang untuk
Sarah terima memang tipis, tapi abang nak cuba juga. Tak sangka pula abang yang
Sarah terima abang walaupun abang biseksual,” luah Fauzi menyebabkan air mata
Sarah mula mengalir. Melihat air mata itu, Fauzi menyeka air mata Sarah itu
daripada terus jatuh.
“Waktu abang buat perangai 3 tahun lepas, abang memang
tak sengaja. Hanya Allah saja yang tahu betapa menyesalnya abang sentuh arwah
Hafiz dulu. Rasa macam nak potong saja tangan abang ini. Tapi abang tak boleh
putus asa, rahmat Allah SWT itu luas kan? Jadi, abang kena cuba lagi.
Abang minta maaf sebab susahkan Sarah waktu abang hilang
ingatan dulu. Abang faham sayang tak mahu kehilangan abang, tapi abang perlukan
kejujuran Sarah. Abang tak sangka Sarah sorokkan kenyataan hidup abang dan
menukar cerita hanya untuk elakkan abang keliru dengan diri sendiri. Abang ini
memang teruk, abang tahu,” sambung Fauzi lagi.
“Waktu abang keluar rumah itu, abang menangis dalam
kereta. Abang tak pergi cari Hafiz pun, abang balik kampung. Bukan balik
Gombak, tapi balik Kulim. Tapi abang tak sangka dia dapat cari abang. Dia
jemput abang balik tapi abang tak mahu. Bila abang tak mahu, dia ugut akan
bunuh diri depan abang kalau abang tak mahu ikut dia balik.
Tapi tak sangka pula, hari itu memang ajal dia. Kami
bergaduh semasa kami sampai di Tapah sampailah kat Tanjung Malim bila dia mula
memukul abang yang sedang memandu. Abang tak mampu kawal kereta lalu terbabas
ke tepi jalan. Kemalangan itulah, macam yang Sarah tahu, mengorbankan nyawa dia
dan hampir rentap abang punya sekali.
Bila abang tengok Sarah berhempas pulas jaga abang
selama sebulan, abang nekad. Kali ini abang kena berubah. Bukan untuk Sarah
saja, tapi untuk diri abang sendiri. Tak guna abang belajar ilmu agama tapi
abang masih buat dosa. Abang rasa sangat hipokrit bila fikir balik,”Fauzi
menyambung luahannya.
“Terima kasih Sarah sebab hadir dalam hidup abang. Tiga
tahun perkahwinan benar-benar membahagiakan abang. Terima kasih juga sebab
banyak berkorban untuk abang sepanjang proses perubahan abang ini dan terima
kasih juga sebab yakin dan percaya dengan abang. Abang sayang Sarah sangat-sangat,”
Fauzi mengakhiri luahan hatinya lalu menarik pita yang melekat dibibir Sarah.
“Sama-sama, abang. Sarah akan sentiasa ada untuk abang,
macam selalu,”jawab Sarah lalu tersenyum manis.
Fauzi lega mendengar jawapan Sarah itu. Dia berasa
sangat bahagia, akhirnya dia dapat juga merasa indahnya cinta yang halal
mengikut fitrah yang ditentukan Illahi.
“Tapi, bila abang nak lepaskan Sarah?”tanya Sarah
sambil tersenyum manja.
“Denda tetap denda. Sarah duduklah situ sampai abang
rasa nak lepaskan Sarah,” jawab Fauzi dengan selamba lalu meninggalkan Sarah
sendirian di ruang tamu.
Melihat suaminya, dia mengeluh panjang. Menyesal pula
terlebih bergurau tadi.
* * * * *
Dua jam kemudian barulah Fauzi melepaskan Sarah. Sakit
pinggang Sarah dibelenggu di atas kerusi itu. Lantas dia menuju ke bilik
tidurnya dan berbaring di atas katil. Fauzi yang mengikut langkah isterinya
hanya memerhatikan saja sambil tersenyum puas.
Melihat Fauzi yang berdiri di muka pintu, Sarah bangun
lalu mendekati suaminya. Tiba saja dia di hadapan suaminya itu, dia menarik
tangan suaminya lalu mengajaknya duduk di birai katil.
“Mesej abang tadi diterima. Jadi, sama-samalah kita
berusaha untuk membawa rumah tangga kita ke syurga nanti ya,”ulas Sarah.
“Alhamdulillah. Insya-Allah sayang, sama-sama kita
usaha,” jawab Fauzi sambil tersenyum.
“Tuan, ada apa-apa yang boleh saya bantu?”seloroh
Sarah sambil mengenyitkan mata ke arah Fauzi.
“Ada, memandangkan sayang dah habis belajar, abang nak
bagi lagi satu denda sebab tinggalkan abang 2 bulan dalam tahun ini,”jawab
Fauzi sambil tersenyum nakal.
“Denda lagi? Apa dia?”
“Abang tak izinkan sayang keluar selama sebulan tanpa
abang, melainkan kecemasan. Itupun selepas mendapat keizinan abang.
Mengerti?”arah Fauzi.
“Sebulan? Lamanya. Seminggu saja tak boleh?”
“Kalau macam itu, up lagi. Dua bulan.”
“Hah, dua bulan? Mana boleh,” jawab Sarah sambil
mencebik mukanya.
“Nak abang naikkan lagi?”
“Tak nak. Yalah, dua bulan pun dua bulanlah. Nanti
masuk neraka pulak,”jawab Sarah, pasrah.
“Bagus isteri abang. Macam itulah,”kata Fauzi lalu
memeluk Sarah.
“Nanti ambillah kunci kereta Sarah atas almari itu.”
“Tak mahulah, abang ambil kunci pintu pagar sajalah.
Tak boleh keluar juga,”jawab Fauzi, selamba.
“Ambillah kunci apapun, Sarah tak nak tahu.”
“Okay,”jawab Fauzi lalu membaringkan Sarah di atas
katil. Bermulalah kehidupan bahagia mereka yang membawa kepada lahirnya Sufiah
Nurkhalidah dan Sufiah Nuraisyah 2 dan 5 tahun selepas itu.
p/s: Tamat sudah cerpen 15 part ini... Semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar daripadanya... Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan... Insya-Allah, semoga Allah SWT melindungi kita daripada membuat kemungkaran... Catch up later guys, daa~
0 comments:
Post a Comment