Friday, January 27, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 2...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... Hari ini ana nak sambung cerpen ana yang kedua... Untuk link part 1 cerpen "Pengorbanan Sahabat Sejati" ini, sila klik disini...

Hari ini adalah hari yang paling membahagiakan buat keempat-empat sahabat ini kerana setelah dua tahun bertungkus-lumus, akhirnya hari ini mereka telah berjaya menamatkan pengajian mereka sepenuhnya. Mereka telah menerima ijazah mereka tadi malahan Ainul dan Safwan telah berjaya mendapat ijazah kelas pertama. Ini telah sedikit sebanyak membuatkan Shafrizal dan Masturah berbangga mempunyai rakan yang hebat seperti mereka berdua.

Selepas mereka berempat puas bergambar bersama keluarga, mereka berempat berjumpa di hadapan Dewan Canselor untuk bergambar sesama mereka sebagai kenangan pula.

"Adik, tolong ambilkan gambar kami boleh?"tanya Ainul pada adik bongsunya yang mengikutnya bersama.

Lantas adiknya, Amelia mencapai kamera daripada tangan Ainul lalu bersiap untuk mengambil gambar.

"Cepat-cepat semua, kita bergambar,"ajak Ainul kepada tiga orang kawan baiknya itu.

Mendengar ajakan Ainul, Shafrizal berdiri di sebelah kanan Ainul manakala Masturah berdiri di sebelah kiri Ainul. Safwan pula berdiri disebelah Shafrizal.

Setelah mengambil beberapa gambar berempat, Ainul mengambil gambar Shafrizal, Masturah dan Safwan secara berseorangan, berpasangan sesama sendiri dan juga bertiga. Dia tahu itulah yang bakal menjadi kenangan buatnya andai terputus hubungan kelak.

"Mar, aku nak ambil gambar dengan kau berdua saja boleh?"tanya Safwan, tiba-tiba.

Mendengar soalan Safwan, Masturah dan Shafrizal tersentak. Ainul pula hanya tersenyum lalu menggangguk lantas menyerahkan kameranya kepada Shafrizal bagi meminta jejaka itu ambilkan gambar mereka berdua. Shafrizal hanya mencapai kamera itu dengan perasaan hampa yang cuba disembunyikan.

Selepas mengambil gambar Ainul dan Safwan, Shafrizal menyerahkan kembali kamera Ainul lantas melangkah pergi. Ainul yang melihat Shafrizal yang hendak pergi mula berasa serba salah.

"Rizal, jom ambil gambar berdua,"ajak Ainul dari jauh.

Mendengar ajakan Ainul, Shafrizal berhenti melangkah. Kali ini, giliran Safwan pula tersentak. Masturah memandang Safwan, ada riak cemburu di wajah Safwan dan itu membuatkan Masturah bertambah resah.

"Kenapalah Wan tak pernah nampak aku dan hanya nampak Mar?"bisik hati Masturah, sedih.

Ainul menyerahkan kameranya kepada Masturah pula bagi mengambil gambar berduanya dengan Shafrizal. Masturah hanya mengambil kamera itu dan menjalankan tanggugjawab itu dengan baik walaupun dia tahu ada pihak yang terluka dengan situasi itu. Tapi demi sebuah persahabatan, masing-masing memendam rasa.

Tapi persoalannya, mampukah persahabatan menyelamatkan hati dan perasaan?

*    *    *    *     *

"Sudah 2 orang masuk meminang kamu, tapi keduanya kamu tolak mentah-mentah. Kamu ada calon sendiri ke, Ainul?"tanya Mak Dira ketika melihat Ainul baru saja duduk di sofa selepas selesai mengemaskan pinggan mangkuk di dalam sinki selepas makan malam tadi.

"Mereka bukan orang yang sesuai untuk Ainul, umi,"jawab Ainul, pendek.

"Habis itu, kamu nak putera raja masuk meminang baru kamu nak setuju ke Ainul? Kamu ingat kamu itu cantik sangat ke? Jangan buat kerja gilalah Ainul, umi tak kira. Siapapun yang masuk meminang selepas ini, umi dan walid akan terima. Tak kiralah Ainul setuju ataupun tak,"bentak Mak Dira.

"Umi, yang nak kahwinnya Ainul. Jangan gadaikan masa depan Ainul kerana impian umi nak timang cucu. Kalau dah jodoh, tak ke manalah,"jawab Ainul sebelum dia beredar masuk ke dalam bilik.

"Hah, tengoklah anak awak itu! Asal cakap pasal kahwin saja, dia lari masuk bilik,"bebel Mak Dira dan masih kedengaran jelas dari bilik Ainul.

Mendengar kata-kata uminya, hatinya dirundung kesedihan. Bukan dia tak cuba membuka pintu hatinya untuk lelaki lain, namun perasaannya terhadap Shafrizal terlalu kuat. Lelaki pertama yang meminang terlalu baik, namun hatinya tetap tak mampu dibuka untuk jejaka yang bernama Yusnizam itu. Akan tetapi, lelaki kedua yang meminangnya pula setelah disiasat oleh Masturah, rupanya lelaki yang bernama Daniel itu adalah suami orang. Nauzubillah, Ainul tak dapat melupakan reaksi Mak Dira setelah Masturah memberitahu uminya tentang Daniel itu.

Sedang dia mengelamun sendiri, tiba-tiba telefon bimbitnya masuk mesej. Ainul mengambil telefon bimbit iPhone 4G miliknya itu lalu membuka ruangan "conversations". Rupanya mesej itu dihantar oleh Shafrizal.

Shafrizal : Need me? =)

Membaca ayat pembuka itu, hatinya diulit perasaan kagum. Biarpun dua tahun tidak bersua muka, namun naluri Shafrizal tentangnya tetap sama. Masih kekal kuat. Selepas itu, Ainul terus membalas.

Me : Need a man to be my husband... Hee... :)

Tak lama selepas itu, masuk lagi satu mesej.

Shafrizal : If I can be the man you wanted, will you accept me?

Terbeliak biji mata Ainul membaca mesej itu. Tak terperi rasa hati bila lelaki idaman memberikan ayat sebegitu buatnya.

Me : Prove to me that you are that man, then you will get my answer.

Tak lama selepas itu, mesej masuk lagi.

Shafrizal : Insya-Allah, if we were meant to be, we will... Dahlah, jangan sedih2... Aku tahu kau sedih, aku boleh rasa... Now, masuk tidur and forget everything okay?

Membaca mesej Shafrizal itu, Ainul tersenyum lebar. Insan ini benar-benar tahu memujuk hatinya. Ainul membalas mesej Shafrizal itu dengan perasaan yang berbunga-bunga.

Me : Okay, thanks buddy! Gudnite and assalamualaikum... :)

Tak lama selepas itu, mesej masuk lagi.

Shafrizal : Walaikumussalam... =)

Selepas membaca mesej itu, Ainul meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja solek berhampiran katilnya. Dia sedar yang kadangkala perasaannya itu telah mengundang perasaan rindu pada jejaka itu, kerana itulah saban hari dia mendoakan agar dia dapat memberikan cinta yang halal pada lelaki yang bertakhta dihatinya itu.

Malam itu, Ainul melelapkan matanya dengan harapan kata-kata Shafrizal dalam mesej tadi bakal menjadi kenyataan.

*bersambung*



p/s: Catch up later guys... Daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com