Tuesday, January 24, 2012

Kekuatan Wanita Itu Part 14...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... Okay, hari ini ana nak sambung lagi cerpen bersiri ana...  =) Macam biasa, link part sebelumnya ada kat bawah ye:


Sarah sedang tidur di tepi katil Fauzi apabila dia terasa seperti tangannya dipegang. Sarah membuka matanya dan alangkah terkejutnya dia melihat Fauzi mengucap tangannya walaupun suaminya itu tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun. Dengan sepantas kilat dia berlari memanggil doktor.

Hasil pemeriksaan doktor, Fauzi sudahpun sedar sepenuhnya dan dia juga sudah mula memberikan respon yang mudah kepada doktor. Melihat perubahan suaminya, Sarah memanjatkan syukurnya kepada Illahi.

“Be…ra…pa la…ma a…bang ko…ma?” tanya Fauzi, tersekat-sekat.

“Adalah dalam sebulan. Kenapa abang?” tanya Sarah pula.

“Eh, pe…rut sa…yang dah be…sar,” luah Fauzi.

“Alhamdulillah abang, dah 5 bulan kan? Mestilah perut dah mula besar,” jawab Sarah sambil tersenyum.

“Ma…af…kan a…bang, sa…yang. A…bang tak pa…tut ting…gal…kan sa…yang du…lu. A…bang tak ta…hu a…pa yang ra…suk a…bang wak…tu i…tu,” Fauzi gagahkan jua untuk berkata-kata dengan isterinya itu. Ternyata 5 bulan ini bukan hanya menyeksa Sarah, namun Fauzi jua terseksa.

“Sudahlah, abang. Jangan cakap lagi, nanti abang penat. Abang tak boleh penat. Sarah dah lama maafkan abang, tak simpan apa-apapun dalam hati,” jawab Sarah dengan nada risau.

Fauzi hanya menjawab kata-kata Sarah tadi dengan senyuman. Ya Allah, wanita jenis apakah yang Kau kurniakan padaku ini sehinggakan dia tak pernah berputus asa walaupun aku sendiri kadangkala berputus asa untuk berubah.

“Sa…rah, a…pa ja…di pa…da Ha…fiz wak…tu ke…ma…la…ngan i…tu?” Fauzi memberanikan diri untuk bertanyakan soalan itu walaupun dia tahu Sarah tak ingin mendengarnya.

“Hafiz meninggal di tempat kejadian. Ternyata Allah SWT masih memberi peluang pada abang untuk menebus kesalahan abang. Jangan sia-siakan peluang kali ini. Sarah tak nak abang buat dosa lagi, itu saja yang Sarah harapkan. Boleh abang ubah?” luah Sarah, jujur.

“In…sya-Allah Sa…rah, a…bang cu…ba. Te…ri…ma ka…sih sa…yang,” jawab Fauzi.

“Untuk apa?” tanya Sarah, hairan.

“Se…bab sen…ti…a…sa a…da un…tuk a…bang,” jawab Fauzi sambil menggagahkan dirinya untuk senyum.

Mendengar jawapan Fauzi, Sarah tersenyum. Dia tahu walau apapun yang suaminya lakukan dibelakangnya, kasih sayang lelaki itu tetap ada untuknya kerana dia tetap yang halal bagi seorang Ahmad Fauzi bin Tajul.

                   *                 *                 *                 *                 *

“Abang, sakit! Tolong sayang, abang. Tak tahan ini!” jerit Sarah sekuat hatinya ketika dia ditolak oleh jururawat ke bilik bersalin.

“Sabar, sayang. Tahanlah, sikit saja lagi. Abang doakan yang terbaik untuk sayang abang ini,” jawab Fauzi yang sama-sama membantu jururawat menolak stretcher.

“Abang, maafkan sayang. Halalkan makan minum sayang. Nanti abang bukak beg tangan sayang, dalam itu ada sampul surat coklat. Itu untuk abang. Argh!! Sakitnya! Astaghfirullah hallazim… Apa-apapun, sayang tetap sayangkan abang okay?” luah Sarah sebelum dia memasuki bilik bersalin.

Fauzi yang berhenti di luar tergamam mendengar kata-kata isterinya itu. Isterinya ini biar betul? Dia mula dirundung kebimbangan. Dengan pantas dia berlari ke kereta untuk  mencari beg tangan Sarah. Setelah menemukan sampul surat, dengan segera dia naik semula ke tempat menunggu di luar bilik bersalin lalu membuka sampul surat itu. Terdapat sehelai kertas dan sekeping gambar. Fauzi melihat gambar itu terlebih dahulu.

Gambar itu adalah gambar pertama yang diambil sejak perkenalan mereka. Ketika itu fakulti mereka ketika di Universiti Malaya  mengadakan majlis makan malam dan ketika gambar itu diambil, mereka masih lagi kawan baik. Ya Allah, Sarah simpan lagi gambar ini, fikirnya.

Perhatiannya beralih kepada surat itu pula. Dia mula membaca satu per satu perkataan yang ada di atas kertas itu.

Buat suami yang tersayang,

Warkah ini sengaja Sarah tulis andai satu hari nanti Sarah tak sempat untuk meluahkan isi hati Sarah pada abang selama ini. Sarah tahu setiap gerak geri Sarah selama ini mengundang 1001 persoalan dibenak hati abang, dan dalam warkah ini, Sarah akan jawab satu per satu. Insya-Allah…

Abang ingat lagi tak kali pertama kita berjumpa? Ketika kelas law dulu? Mesti abang ingat kan, kalau tak siap abang! Waktu itu Sarah tengok abang tak sama macam lelaki lain dalam kelas kita itu. Abang unik, tapi Sarah tak dapat cari keunikan abang itu. Barangkali sebab kita tak mengenali antara satu sama lain agaknya.

Lepas itu, bila kita ditemukan dalam group presentation, abang berbual dengan Sarah macam kita dah kenal lama. Padahal kita baru saja bertegur sapa kan? Abang tahu, waktu itu Sarah rasa lain. Tapi Sarah tak tahu nak terangkan macam mana. Sarah dapat rasa yang abang memang untuk Sarah walaupun niat Sarah hanya untuk berkawan sebab Sarah memang tak nak bercinta sebelum nikah.

Benar kata sesetengah orang, Allah SWT itu Maha Kuasa. Walaupun kita tak tahu siapa jodoh kita, tapi Dia tetap bagi petanda pada kita untuk ‘kenal’ siapa jodoh kita. Bila abang cadangkan pada mak dengan abah yang abang nak kahwin dengan Sarah sebagai jalan penyelesaian masalah abang itu, hati Sarah semakin kuat mengatakan abang jodoh Sarah. Kerana itulah Sarah terima dengan pantas walaupun mak sendiri tak mahu menggadaikan masa depan Sarah dengan menikahkan Sarah dengan abang.

Tapi Sarah nak cuba tolong abang. Sarah tahu Allah SWT takkan kejam pada hamba-Nya. Pasti ada sebab kenapa Dia pilih Sarah untuk jalankan tanggungjawab itu. Mana tahu Sarah berjaya ubah abang menjadi lelaki normal seperti orang lain.

Bila abang buat perangai 2 tahun lepas, Sarah terima hakikat abang tersilap dan Sarah beri abang peluang lagi bukan? Abang nak tahu kenapa? Sebab Sarah masih yakin dengan abang. Tak banyak, sikit tetap ada. Waktu itu mama dengan ayah, mak dengan abah, Raihana semuanya marahkan abang. Malah, mereka semua cadangkan agar Sarah tuntut fasakh saja. Ketika itu Sarah benar-benar hairan, adakah mak dengan abah menyedari bahawa abang akan masuk penjara atas kesalahan melakukan hubungan sejenis jika Sarah minta cerai di mahkamah? Tapi Sarah tahu mak dengan abah cadangkan itu semua kerana mereka tak mampu untuk melihat anak mereka mengecewakan Sarah lagi.

Alhamdulillah, selepas itu abang mula berubah. Lega Sarah waktu itu, abang. Tapi bila abang hilang ingatan, sekali lagi Sarah diduga hebat. Terus terang, ketika itulah Sarah paling rapuh diantara banyak dugaan yang Sarah hadapi sepanjang bersama abang. Sarah paling risau kalau-kalau abang tinggalkan Sarah.

Bila abang buat perangai lagi, malam yang abang keluar rumah itu Sarah memang nekad nak berdepan dengan abang. Sarah nak abang tahu yang Sarah takkan mampu untuk hadapi benda yang sama berulang kali. Sarah Cuma wanita biasa abang, sampai hati abang buat lagi benda itu tanpa memikirkan perasaan Sarah? Bila Sarah tegur, Sarah sangat terkejut bila abang boleh berbangga dengan apa yang abang lakukan. Sarah tak tahulah apa yang dah merasuk fikiran abang sampai abang boleh lupa pada Allah SWT.

3 bulan abang keluar rumah, itulah kemuncak penyeksaan yang abang berikan buat Sarah. Tapi Sarah redha, kerana anak kita. Mula-mula taklah terasa sangat sebab sepanjang sebulan abang berhubung dengan arwah Hafiz, abang telah mula acuh tak acuh pada Sarah. Tapi masuk bulan kedua, Sarah mula terasa sunyi. Hari-hari Sarah habiskan hidup Sarah dengan menangisi pemergian abang. Kenapalah abang suka sangat membuat keputusan tanpa berfikir panjang?

Bila Sarah dapat tahu abang kemalangan di lebuh raya, waktu itu Sarah memang rasa macam dah nak gila. Sarah tak boleh bayangkan kalau Allah SWT tarik nyawa abang waktu itu. Setiap hari Sarah akan solat hajat mohon agar Allah panjangkan umur abang sebab Sarah masih perlukan abang dan anak kita masih perlukan walidnya. Alhamdulillah, doa Sarah termakbul dan abang sedar juga.

Sarah terharu sangat bila abang minta maaf untuk kesekian kalinya dan kali ini maaf itu benar-benar membawa perubahan dalam hidup kita. Abang pun dah sahkan bahawa abang dah normal sepenuhnya, Alhamdulillah… Sarah bangga sangat dengan abang. Tak sangka suami Sarah ini seorang yang kuat semangat.

Betul, untuk berubah kekuatan amat diperlukan tapi untuk menyokong perubahan, keyakinan dan kepercayaan harus ada dan untuk terus menerus berasa yakin dan percaya, kekuatan juga amat diperlukan. Jadi, tak kira di pihak abang mahupun Sarah, kita sama-sama susah tapi hasilnya kita sama-sama senang kan? Alhamdulillah. Sesungguhnya inilah hikmahnya kenapa Allah SWT temukan kita dulu, untuk melengkapi antara satu sama lain.

Dan sekarang, izinkan Sarah untuk melengkapkan hidup abang sebagaimana abang dah melengkapkan hidup Sarah. Doakan pelengkap hidup kita, yakni anak kita akan selamat dilahirkan ke dunia. Kalau lelaki, Sarah nak letak nama Ahmad Firdaus boleh? Kalau perempuan pula, Sarah nak letak Sufiah Nurfarah ya? Bolehlah, abang sayang Sarah kan? Hehe…

Apapun yang terjadi selepas ini, Sarah harap abang redha. Kerana Sarah dah redha dengan takdir Allah SWT, jadi Sarah perlukan redha abang agar Sarah boleh merasa bahawa Sarah sudah lengkap. Insya-Allah. Sayang abang sangat-sangat, sayang sampai ke Jannah.

Nukilan daripada,
Seorang isteri yang sayangkan suaminya.

Air mata lelaki Fauzi jatuh tatkala membaca surat pemberian isterinya itu. Sungguh, dia tak pernah menyedari yang selama ini isterinya sudah banyak berkorban untuk kebaikannya. Malah, isterinya sanggup menanggung derita yang berpanjangan hanya untuk melihat dirinya itu berubah. Ya Allah, dimamakah lagi harus dia cari wanita sepertinya lagi?

*bersambung*



p/s: Catch up later guys, daa~

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com