Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
"Nanti dulu, Muhsin. Suraya, kamu masih lagi PA Haziq?" tanya Tan Sri Mazlan selepas menahan Datuk Muhsin daripada beredar.
Suraya dan Datuk Muhsin sama-sama terkesima dengan pertanyaan Tan Sri Mazlan itu. Dia tahu, soalan itu ditanyakan hanya kerana Datuk Muhsin berada di hadapannya.

"Tak, kenapa ya?" jawab Suraya sambil tersenyum nipis.
"Alahai, papa baru ingat nak minta Suraya pujuk Haziq untuk berkahwin dengan Maisarah, adik Muhaimin itu. Mungkin Haziq akan dengar cakap Suraya," jawab Tan Sri Mazlan sambil tersengih.
Datuk Muhsin terkedu mendengar penjelasan Tan Sri Mazlan itu. Benarlah kata orang, Tan Sri Mazlan tidak boleh menerima perkataan tidak dalam hidupnya.
"Saya memang tak berjumpa dengan encik Haziq lagi sejak saya berhenti kerja," ujar Suraya, kurang selesa dengan kata-kata Tan Sri Mazlan itu.
"Mungkin Suraya boleh bertemu dengan Haziq untuk bantu papa," jawab Tan Sri Mazlan dengan nada sedikit keras, seolah-olah memberi amaran kepada Suraya dan juga Datuk Muhsin.
"Kalau Suraya nak berjumpa dengan Haziq, saya boleh tolong Suraya," sampuk Datuk Muhsin, ingin meleraikan ketegangan yang mulai ketara.
Mendengar jawapan Datuk Muhsin, Tan Sri Mazlan ketawa. Suraya pula hanya melepaskan keluhan berat.
"Bagus, kalau begitu saya tinggalkan Suraya dengan kamu ya, Muhsin? Kamu berbincanglah," jawab Tan Sri Mazlan lalu bangun dan beredar meninggalkan mereka berdua.
Keduanya tergamam melihat reaksi Tan Sri Mazlan itu.
* * * * *
Zulaikha sedang duduk menyusukan anaknya apabila dia terpandang akan sekeping sampul surat tertulis nama Rashdan dan dirinya di atas sampul surat itu.
Perasaan hairan dan ingin tahu membuatkan dia mengambil sampul surat itu lalu membukanya. Ada sekeping kad jemputan perkahwinan di dalam sampul itu.
Dia membuka kad tersebut. Ianya merupakan kad jemputan perkahwinan di antara Suraya dan Muhaimin yang mana tidak diketahui sama sekali oleh dirinya.
"Bila masa pula Suraya ni plan perkahwinan dia? Kenapa aku tak tahu?" Zulaikha bermonolog sendiri, hairan dengan apa yang dibacanya.
Dengan pantas dia mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi Lily. Baginya, lebih mudah untuk dia mengorek cerita dari Lily berbanding Suraya sendiri.
"Hello, Ika. Ada apa call?" tanya Lily sebaik sahaja panggilan dijawab.
"Hello, Lily. Nak tanya ni, betulkah Su nak kahwin hujung bulan ni?" tanya Zulaikha pula.
"Betul, Ika. Maaflah, bukan nak sembunyikan apa-apa, tapi semuanya berlaku terlalu pantas. Semua persiapan perkahwinan pun bukan Suraya yang buat, semuanya wedding planner punya kerja," jawab Lily sambil mengeluh.
"Lily mengeluh? Kenapa pula ni?" getus hati kecil Zulaikha.
"Apa maksud Lily?" tanya Zulaikha, hairan.
"Itu perkahwinan rancangan keluarga, bukan atas dasar suka sama suka," jawab Lily lagi.
"Rashdan tahu tak tentang ni?" tanya Zulaikha untuk sekalian kalinya.
"Tak, saya harap benda ni tak sampai ke pengetahuan Rashdan sebelum Su nikah. Takut nanti dia sendiri akan batalkan pernikahan itu. Kami tak nak ada isu dengan rumah tangga kau orang nanti," jawab Lily, terus terang.
"Betul juga. Ika mungkin faham, tapi orang luar akan cuba pengaruhi kita semua. Betul tak?"
"Betul, rumah tangga ni jangan ada campur tangan orang luar. Ada yang sampai bercerai kerana campur tangan orang luar," jelas Lily.
Ika tersenyum sendiri. Dirinya beruntung kerana suaminya punyai dua orang sahabat yang tak pernah mengambil kesempatan ke atas kebaikannya. Tidak seperti sesetengah orang yang akhirnya merampas si suami atas kebaikan si isteri.
"Kalau Su rasa itu yang terbaik untuk dia, Ika doakan semuanya dipermudahkan. Kalau Su ada apa-apa masalah dan Lily rasa perlukan bantuan Ika, beritahu saja. Biar Rashdan jaga Raisha pula," seloroh Zulaikha.
"Okay, bolehlah tu. Nanti Lily beritahu pada Su. Cuma, nak tahu sesuatulah daripada Ika," tanya Lily.
"Apa dia?" tanya Zulaikha.
"Rashdan buat apa sekarang? Kenapa dah lama tak nampak dia?" tanya Lily.
Mendengar pertanyaan Lily, Zulaikha terkejut. Sangkaannya Rashdan seringkali keluar untuk bertemu dengan Lily dan Suraya, tetapi mendengar soalan Lily itu, dia mulai hairan kerana selain daripada mereka berdua, suaminya tidak punya teman karib lain.
"Ika ingatkan Rashdan selalu keluar dengan Lily atau Su," jawab Zulaikha, hairan dengan soalan Lily itu.
"Tak, sudah hampir dua minggu dia tak hubungi kami berdua. Su pun dah tanya tentang ini. Ingatkan Ika atau Raisha tak sihat," jelas Lily.
"Ish, peliknya. Kebelakangan ni dia kerap balik lewat atau pergi kerja awal. Apa yang disembunyikan?" tanya Zulaikha, hairan.
"Tanya baik-baik, Ika. Jangan cepat melatah. Lily yakin Rashdan setia," jawab Lily, cuba menenangkan hati seorang isteri.
"Baiklah kalau Lily kata begitu. Nanti Ika akan bincangkan dengan Rashdan," jawab Ika.
"Kalau Ika perlukan bantuan kami, beritahu sajalah. Jangan lupa datang ke perkahwinan Su ya? Lily ada kerja ini, kita berbual lain kali ya. Assalamualaikum," ujar Lily sebelum talian terputus.
"Waalaikumussalam," jawab Zulaikha sebelum meletakkan kembali telefon bimbitnya di atas meja kopi.
"Apa yang abang sorokkan ini?" Zulaikha bermonolog sendiri.
* * * * *
Rashdan baru sahaja selesai solat Isyak apabila Zulaikha duduk di birai katil berhampiran dengan tempat Rashdan solat.
Melihat Zulaikha yang merenungnya, dia tahu isterinya itu ada sesuatu yang mengganggu akal fikirannya. Dengan segera, dia melipat sejadahnya sebelum duduk bersebelahan dengan Zulaikha.
"Kenapa ini, sayang?" tanya Rashdan, bimbang.
"Abang, kenapa kebelakangan ini abang hari-hari balik lewat?" tanya Zulaikha, tenang.
Rashdan kaget mendengar soalan isterinya itu. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu menjawab soalan ini. Ada dua alasan yang dia boleh berikan, kerja atau teman-teman karibnya. Akan tetapi, dia tidak mahu terjerat andai isterinya sudahpun menyiasat keduanya.
"Ika ada tanya Lily atau Su tentang inikah?" tanya Rashdan, tidak menjawab soalan Zulaikha itu.
"Nak gunakan mereka sebagai alasankah?" tanya Zulaikha tanpa menjawab soalan Rashdan pula.
"Mereka tahukah tentang perubahan abang ini?" tanya Rashdan lagi.
"Abang nak main soalan sampai habiskah? Sayang tak kisah," tanya Zulaikha pula.
"Baiklah, abang boleh beritahu sebabnya, dengan syarat."
"Syarat apa?"
"Baik Lily mahupun Suraya, tak boleh tahu tentang apa yang abang bakal beritahu ini. Abang beritahu sayang sebab tak nak sayang syak wasangka bukan-bukan pada abang."
"Baguslah, mereka berdua pun ada rahsia yang kena sorok daripada abang," getus hati kecil Zulaikha.
Zulaikha tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk.
"Abang pergi jenguk Aduka di hospital, dia jalani pembedahan buang ketumbuhan dalam otak minggu lepas tapi sampai hari ini, dia masih koma."
Mata Zulaikha terbuntang, tidak percaya apa yang didengarinya.
"Apa dia, abang? Aduka operation otak, masih koma?" tanya Zulaikha, inginkan kepastian.
"Ya, sayang. Operation."
"Sejak bila dia ada ketumbuhan itu?" tanya Zulaikha lagi.
"Dua tahun lepas, pernah dibuang tetapi berbalik semula. Sampaikan dia kerap pitam dan muntah-muntah, jadi doktor sarankan agar dia dibedah segera," jelas Rashdan.
"Jadi, atas sebab inikah Aduka minta putus dengan Lily?"
Rashdan hanya mengangguk lemah.
"Tapi kenapa? Apa salahnya kalau Lily tahu? Abang tak rasa kejamkah biarkan Lily merana seorang diri? Dia nampak saja elok, tapi siapa tahu gelora dalam jiwanya. Sudahlah ada masalah keluarga, kena hadapi masalah percintaan pula. Sekiranya apa-apa jadi pada Aduka nanti, takkkan tak ada sekelumit perasaan bersalah Lily pada Aduka nanti?"
Rashdan memandang isterinya dengan perasaan bersalah. Ada benarnya kata-kata isterinya, tetapi dirinya tersepit di antara dua orang kawan.
*BERSAMBUNG*

No comments:
Post a Comment