Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...
Hari ini dengan limpah karunia-Nya, dapat aku menukilkan diri dalam blog ini. Tak nak cakap panjang, boleh baca sambungan cerpen bersiri Kasih Tak Terbanding ini. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:
“Bila mama sampai?” tanya Rohana, berbasa-basi akibat
bimbang akan helahnya yang telah terbongkar.
“Bila mama sampai itu tak lagi penting. Lelaki itu, siapa?”
tanya Mak Aina sambil menuding ke arah Hazli yang berdiri di hadapannya itu.
“Ini kawan Ana, ma. Namanya Hazli. Ana minta tolong dia
belikan makanan sebab Ana sakit perut tadi,” jawab Rohana sambil memegang perut
seolah-olah dia berada dalam kesakitan.
“Oh ya ke. Kenapa sampai dua bungkus?”
“Satu nak simpan untuk malam, ma. Senang, abang pun tak
balik malam ini. Jadi, malaslah nak masak untuk Ana seorang saja,” bohong
Rohana lagi.
“Ish, ada pula nak simpan untuk malam! Tak apa, bagi makanan
itu pada makcik. Ana makan dengan mama, nanti mama masak untuk makan malam.
Perut Ana itu sakit, mana boleh makan makanan terbiar.”
Mendengar jawapan Mak Aina, Hazli menyerahkan bungkusan
makanan itu kepada Mak Aina lalu meminta diri bagi mengelakkan masalah lain
pula timbul.
Rohana hanya memandang Hazli dengan wajah masam. Bengang
rasanya apabila ibu mentua menganggu rancangannya ini.
“Mama ini, buat susah-susah saja nak masakkan untuk Ana.”
“Apa pula susahnya, Ana kan menantu mama. Oh ya, how’s your
honeymoon?”
“Mana ada pergi. Tertinggal flight. Jam loceng tak bunyi
mama.”
“Habis itu, bila nak perginya? Rancanglah semula.”
“Abang macam sibuk saja, malas nak kacau. Dia bukan boleh
cuti pun, inikan perkahwinan kedua. Lainlah perkahwinan pertama, majikan bagi
cuti,” ujar Rohana.
“Kau jangan bagi muka pada Aamir itu! Nanti dia asyik nak
berkepit dengan madu kau saja.”
“Biar sajalah. Tak adalah penat nak layan abang hari-hari.”
“Oh ya, dalam perut itu bila nak ada isi?”
Tersentak Rohana mendengar soalan ibu mentuanya. Bagaimana
pula dia boleh mengungkit tentang ini?
“Belum ada rezeki lagilah. Nanti dah ada isi nanti, Ana akan
beritahu mama okay?” jawab Rohana sambil tersenyum.
* *
* * *
Tiga bulan kemudian…
“Makan banyak sikit, Ana. Kamu itu berbadan dua, makan pun
berdua. Jadi, kamu kena makan lebih supaya zat semua sampai pada yang dalam
perut itu,” ujar Mak Aina sambil mencedok lauk ikan patin masak tempoyak ke
dalam pinggan Rohana.
Sebaik sahaja lauk tersebut mendarat ke dalam pinggannya,
tekak Rohana mula berasa loya dan ketika itu juga dia menuju ke arah sinki
untuk mengeluarkan isi perutnya.
Tindakan Rohana itu membuatkan semua yang berada di meja
makan terpinga-pinga, terutamanya Mak Aina. Namun, orang yang tidak mempunyai
apa-apa respon adalah Aamir kerana dia sudah acap kali berdepan situasi
sebegitu.
“Kenapa dengan Ana, Aamir?” tanya Mak Aina, hairan.
“Dia sejak mengandung ini, sensitif memanjang. Tak boleh bau
durian dan seangkatan dengannya. Kalau terbau nanti, begitulah dia,” jawab
Aamir, selamba. Dia hanya meneruskan makannya tanpa perasaan bersalah.
“Kenapa kamu tak pergi tengok dia?” tanya Mak Aina lagi,
geram dengan tindakan acuh tak acuh anaknya.
Pertanyaan ibunya dipandang sepi. Dia sedang melancarkan
protes dalam diam dengan ibunya kerana sikap ibunya yang sama sekali berubah
sejak Rohana disahkan mengandung beberapa minggu lepas. Ibunya itu langsung
tidak mempedulikan isteri pertamanya yang juga sedang mengandung tiga bulan
setelah mereka menjalani persenyawaan luar di hospital. Namun begitu, dirinya
dan Nadira membuat keputusan tidak mahu memberitahu sesiapapun tentang
kandungan Ida kerana bimbangkan keselamatan isteri pertamanya itu. Mungkin
kerana itulah ibunya melayan Nadira sebegitu.
“Kamu ini kalau tak menyakitkan hati mama, tak boleh ke?”
tanya Mak Aina setelah tiada respon dari Amir.
“Bila masa saya sakitkan hati mama?”
“Sekarang ini kamu ingat kamu tengah buat apa? Tidurkan mama
ke?”
“Maafkan Aamir kalau mama terasa tapi rasanya saya tak perlu
nak jawab soalan itu. Nanti mama akan marahkan saya juga.”
“Kalau kamu tak nak tengok Ana, biar dia tinggal sini. Mama
jaga dia,” arah Mak Aina.
“Okay, ma.”
“Kamu pun kena balik sini. Tak payah balik rumah isteri tua
kamu itu, bukan berguna pun.”
“Astaghfirullah hallazim, Aina. Syaitan apa yang dah rasuk
kamu ini, Aina? Abang rasa abang tak berkahwin dengan orang sebegini dulu.”
“Betul apa. Bukan boleh bagi anak pun.”
“Terima kasih, mama atas tindak balas mama ke atas isteri
pertama Aamir. Nanti bila abah dah tak ada, mama suruh menantu kesayangan mama
di belakang itu jaga mama ya.”
“Kenapa pula? Kamu yang sepatutnya jaga mama.”
“Saya bukan anak mama sebab kalau betul saya anak mama, mama
tak buat saya begini,” jawab Aamir lalu meninggalkan meja makan untuk membasuh
tangan. Selepas itu, dia terus meluru keluar rumah.
Tindakan Aamir membuatkan Rohana yang baru sahaja lepas
keluar dari tandas bingung kerana dia baru sahaja menyedari yang dia telah
ditinggalkan oleh suaminya sendiri.
* *
* * *
“Kenapa abang cakap dengan mama begitu? Syurga abang ada
pada dia, bukan sayang. Tak perlu susah payah pertahankan sayang. Mama tak
suruh kita bercerai pun Ida dah bersyukur sangat,” ujar Nadira setelah
mendengar cerita suaminya itu.
Kalau diikutkan, malam ini sepatutnya giliran Rohana untuk
bermalam namun dia memang hairan mengapa suaminya itu pulang ke rumahnya malam
ini. Pasti teruk dia dimarahi Mak Aina esok pagi kerana membenarkan suaminya
pulang ke rumahnya.
Sejak Rohana disahkan mengandung, gilirannya ditukar menjadi
selang-seli berbanding sebelum ini dua malam dirumahnya dan semalam di rumah
Rohana. Dia tahu kalau ikutkan hati ibu mentuanya, ingin saja dikurangkan lagi
gilirannya, namun dibantah keras oleh Aamir. Alasan yang diberikan oleh ibu
mentuanya adalah kerana Rohana perlukan jagaan rapi kerana dia masih berada
dalam trimester pertama tanpa ibu mentuanya sedar bahawa dia juga mengandung
malah sudah memasuki trimester kedua.
Dia bukan tak mahu berterus-terang dengan semua orang
mengenai kehamilannya namun dia lebih bimbangkan madunya. Dia tahu pasti
madunya takkan menyukai perhatian yang bakal dia terima andai berita itu
dihebahkan.
Akan tetapi, ada satu lagi perkara yang menghairankan
dirinya, iaitu suaminya. Aamir kelihatan kurang gembira dengan berita kehamilan
Rohana jika dibandingkan dengan ketika doktor mengesahkan usaha persenyawaan
mereka Berjaya dulu. Malah, Aamir juga dilihat mengabaikan Rohana lebih teruk
lagi sejak Rohana hamil.
“Abang, boleh Ida tanya sesuatu?” tanya Nadira, lembut.
“Apa dia, sayang?”
“Kenapa abang macam tak suka saja dengan kehamilan Rohana?
Ada apa-apa yang patut Ida tahu?”
Soalan itu membuatkan Aamir terkesima. Dia tahu isteri
pertamanya lebih mengenalinya. Setiap perubahannya pasti dapat dihidu.
“Abang okay. Kenapa Ida tanya?”
“Tak, Ida dapat rasakan abang tak suka Ana mengandung. Abang
boleh lagi tinggalkan isteri abang yang seorang itu di rumah mama. Okay apanya
abang?”
Soalan Nadira dibiarkan sepi.
“Abang, I am asking you.”
“Abang dapat rasakan anak dalam kandungan Ana bukan anak abang.”
“Apa?” tanya Nadira, sedikit menjerit.
* *
* * *
“Hai, sayang,” suara itu membuatkan Syahira menoleh. Suara
yang disangkakan orang lain rupa-rupanya orang lain.
“Azhar! Apa yang you buat dekat sini?” tanya Syahira, dengan
nada yang sedikit keras.
“I need to talk to you, sayang. Please.”
“There is nothing that I want to talk to with you. Masa kita
dah habis, Azhar.”
“Disebabkan masa kita dah habis, you boleh menggatal dengan
kawan baik I sendiri?”
“I rejected him once because of you, what makes you think I
will reject him again because of you? You don’t even deserve my recognition,”
sindir Syahira, tajam.
“I am so sorry, Ira. I shouldn’t left you before. I silap, I
sangkakan perempuan itu boleh bahagiakan I tapi I just can’t live without you.”
“Are you sure you can’t live without me? I don’t think so.”
“Kenapa pula?”
“You dah pun hidup tanpa I selama tiga bulan dan I pasti,
you boleh hidup tanpa I.”
“I just need you, not anyone else. Please, remarry me.”
“No, I won’t.”
“I akan pastikan hubungan you dan Syahmi takkan berjaya,
Ira.”
“Try me,” jawab Syahira yang merenung tajam ke dalam mata
Azhar pada masa yang sama lalu beredar sebaik sahaja dia habis tutur katanya.
Dia geram, kerana dia tahu andai lebih lama dia bersama
Azhar, hatinya pasti akan kalah semula. Atas sebab itulah, dia pilih untuk
pergi dan menuju ke arah kereta Volkswagon Passad yang diberikan oleh Syahmi
sempena hari lahirnya minggu lepas. Dia masuk ke dalam kereta tersebut lalu
mengunci pintu kereta kerana dia bimbang andai Azhar mengekorinya.
Tak lama selepas itu, telefon bimbitnya berdering. Dia
melihat skrin telefonnya, tertera nama “SyahIra” membuatkan dia berasa lega
kerana dia tahu itu adalah Syahmi. Dengan pantas, dia menjawab panggilan
tersebut.
“Hello, sayang. Please help me,” ujarnya sebaik sahaja
menjawab panggilan tersebut.
“Sayang, you kat mana? Puas I tunggu you ini,” kedengaran
suara Syahmi di hujung talian.
“I dalam kereta ini. I takut, tadi Azhar datang cari I.”
“Where are you sayang? I pergi sana.”
“No, please don’t. Kita jumpa di tempat biasa. It’s safer
there.”
“Okay, sayang. See you soon.”
Talian terputus selepas itu. Syahira meletakkan telefon
bimbitnya berhampiran brek tangan lalu memulakan pemanduannya.
* *
* * *
“Hi, babe. Miss you,” ujar Hazli sebaik sahaja dia duduk
berhadapan Rohana. Tindakannya membuatkan Rohana kaget lalu menoleh kiri dan
kanan bagi memastikan tiada siapa yang dikenali mereka berada berhampiran.
“Gila ke apa? Kalau orang dengar, macam mana?” tanya Rohana,
geram dengan tindakan melulu Hazli.
“Rilekslah, I dah intai siap-siap. Line clear, sebab itulah
I berani.”
Berpuas hati dengan jawapan Hazli, Rohana tersenyum.
“I miss you too, baby. Mana buah tangan dari London?”
Hazli menyerahkan beg kertas yang dibawa kepada Rohana.
Ternyata beg kertas itu benar-benar membuatkan Rohana lupa akan perasaan
geramnya tadi. Dia membuka beg tersebut bagi melihat apakah isi kandungan beg
tersebut.
“Oh my God! Handbag! Gucci, my favourite! Thanks baby,”
ujarnya lalu menghadiahkan kucupan di pipi Hazli.
“You are most welcome, babe. So, apa khabar baby papa dalam
itu?”
Soalan Hazli membuatkan Rohana terdiam. Pantang diberikan
peluang, perlukah dia menyebut secara terang-terangan?
“Baby apa? Mengarut apa ini?” bentak Rohana.
*bersambung*
Foot print: Dilema wanita...
*bersambung*
Foot print: Dilema wanita...
0 comments:
Post a Comment