Monday, March 7, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 3...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Hari ini tak nak cakap banyak, nak sambung cerpen bersiri. Untuk link sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

"Sayang, benda macam ini bukan boleh buat main. Abang tak nak menduakan sayang, sayang faham tak?" bentak Aamir setelah mendengar respon isterinya terhadap permintaan ibunya itu.

"Kamu jangan nak bajet sucilah, Aamir. Kamu patut dengar cakap mama ini, bukannya isteri kamu. Isteri kamu sepatutnya dengar cakap kamu," sindir Mak Aina, kedengaran begitu sinis di benak telinga Nadira.

"Mama, kemahuan Aamir ini macam mana pula? Mama ingat mudah ke untuk Aamir berlaku adil?"

"In shaa Allah, kalau niat Aamir nak bahagiakan mama, mesti Allah akan permudahkan. Mama tak kira, bulan depan Aamir kena bernikah dengan Rohana," tegas Mak Aina.

Kata-kata Mak Aina membuatkan Aamir terbungkam. Hendak dibentak, insan itu adalah ibunya. Hendak diikut, dia tak mampu. Aamir berasa sangat buntu dengan apa yang berlaku dihadapannya. Semoga sahaja Allah memberikan jalan terbaik buatnya.

     *     *     *      *      *

“Aku tak kuat, Ida! Selama ini aku ingatkan bercerai itulah jalan terbaik yang aku ada, ternyata aku silap,” berderai air mata Syahira tatkala dia melepaskan segala yang terpendam di dalam hatinya.
     
Nadira hanya mampu memandang gadis itu dengan riak wajah yang tenang walaupun dalam hatinya penuh dengan luka akibat makan hati dengan sikap ibu mentuanya. Namun hendak dia curahkan rasa pada Syahira, jauh sekali. Dia tahu sifat Syahira yang berterus terang bakal memburukkan keadaan antara dirinya dan ibu mentuanya.
     
Akan tetapi, tanpa disedari Nadira, Syahira telah berjaya menghidu sesuatu kerana Nadira jarang mendiamkan diri. Kali terakhir dia dilihat mendiamkan diri adalah ketika dia bisu sementara dulu. Jadi, melihat dia mendiamkan diri mengganggu konsentrasi Syahira sebenarnya.
     
Ida, kalau aku tanya satu soalan, kau jawab jujur boleh?” tanya Syahira, tegas.
     
“Apa dia?”
     
“Kenapa kau senyap saja kebelakangan ini? Ada apa-apa masalah ke?”
     
Mendengar soalan Syahira, tahulah dia tak mampu untuk menyembunyikannya lagi. Sudah dia duga kawan baiknya itu mampu meneka apa yang tersirat di dalam benak hatinya itu.
     
"Aku mungkin telah dimadukan sekarang,” jawab Nadira. Ringkas tapi ada nada sebak di situ.
     
“Kenapa kau masih mempertahankan kalau kau tahu kau tak mampu?”
     
“Sebab bukan dia, mak dia.”
      
“Atas alasan?” tanya Syahira lagi, sudah mula meninggi suaranya.
     
“Sebab kami tak ada anak. Tak apalah Ira, mungkin Allah nak duga kami.”
     
“Masalahnya, kau bukan tak boleh mengandung. Kau pernah mengandung apa?”
     
“Tapi kau tahu kan sejak kemalangan itu aku susah nak mengandung?”
     
Syahira terdiam. Bagaimana dia boleh terlupa akan peristiwa yang pernah hampir meragut nyawa dua orang kawan baiknya?
     
“Maafkan aku, aku terlupa. Benda boleh bawa bincang kot, kenapa kena kahwin lain? Tak perlu kot. Zaman dah canggih, kenapa kau orang tak buat IVR saja?”
     
“Aku tak bersedia. Aamir memang nak cuba, tapi aku yang takut.”
     
“Sekarang, macam mana? Kau nak cuba? Aku rasa kau patut cuba. Tak kisahlah Aamir dah kahwin lain ke apa ke, tapi ini soal zuriat kau. Kalau Aamir nak ada anak dengan perempuan tu, lantaklah dia.”

Nadira tidak menjawab, sebaliknya hanya membisu. Dia tidak mahu terus-terusan bertikam lidah dengan Syahira lagi.
    
 *     *     *     *     *

Nadira sedang membaca buku “Semuanya Soal Hati” karya Ustaz Pahrol Md. Juoi apabila dia mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumahnya. Dia sudah dapat menduga siapakah gerangan insan yang membawa kereta itu, maka dia membiarkan sahaja.
     
Selang beberapa minit, kedengaran pintu biliknya dikuak. Dia memandang ke arah pintu dan terlihat kelibat suaminya yang baru sahaja meletakkan beg pakaiannya di tepi meja solek. Dia merenung wajah Aamir, wajahnya sugul dan tidak bermaya mengundang seribu satu tanda tanya.
     
“Kenapa ini? Kalau orang tahu abang ini baru lepas nikah lagi dan orang tengok muka abang begini, mesti mereka dapat mengagak ada benda yang tak kena.”
     
“Mahunya tak kena, abang ingat mama suka sangat dengan Rohana itu, eloklah serba-serbi,” ucap Aamir lalu mengeluh berat.
     
“Kenapa pula?”
     
“Rohana itu satu kerja pun dia tak tahu buat. Abanglah yang nak kena masak, yang kemas rumah, semuanya abang kena buat. Baik serupa tak ada bini!” rungut Aamir sambil berjalan menuju ke arah katil. Penatnya dia tidak dapat diluahkan dengan kata-kata.
     
“I thought you guys went for your honeymoon. What happened?”

     
Aamir memandang wajah Nadira, tajam. Geram pula rasa apabila isteri pertamanya itu bertanya mengenai bulan madunya bersama isteri baru.

“Nak bulan madu apa, gara-gara dia, kami tertinggal penerbangan. Boleh pula dia tak kunci jam, telefon bimbit abang pula boleh pula terpadam sendiri. Tak tahulah kenapa.”
     
“Habis itu, dia cakap apa?” tanya Nadira lagi.
     
“Ida rasa dia buat apa?” tanya Aamir, bertemankan renungan tajam.
     
“Ida rasa dia mesti salahkan abang kan? Sebab tak kunci jam,” seloroh Nadira lalu tertawa.
     
“Tak payah nak ketawa sangat, memang itu yang dia buat.”
     
Terhenti tawa Nadira serta-merta apabila mendengar jawapan suaminya itu. Sungguh tak disangka sebegitu hebat belang madunya.

     *     *     *     *     *

Syahira yang sedang menikmati sarapan paginya terpana apabila ada kelibat yang duduk di hadapannya. Dia memandang ke arah kelibat itu. Alangkah terkejutnya dia melihat insan itu yang sudah hampir sepuluh tahun tidak ketemu.
     
“Kalau tak kerana muka you yang masih sama, I memang dah tak cam you dah!” ucap Syahira, separuh menjerit.
     
Muka insan tersebut yang berubah merah menunjukkan insan itu malu dengan tindakan gadis di hadapannya itu.
     
“Dah lama kita tak jumpa. Apa khabar you dengan Azhar sekarang?” tanya insan itu sambil tersenyum.
     
Syahira kaget. Sangkaannya berita penceraian mereka sudah ketahui oleh teman-teman, namun masih ada yang belum tahu tentangnya.

*bersambung*

Foot print: Kenapa sukar untuk aku lupakan dia?

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com