Part sebelumnya:
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14
Part 15
Part 16
Part 17
*****
"Boleh saya tahu, kenapa awak pilih Redzuan?" tanya Syafiq, ingin tahu.
Amelia memandang Syafiq, lama. Dia tahu inilah hari terakhir dia bertemu lelaki itu sebagai seorang yang tiada suami memandangkan esok dia akan mula bercuti kahwin. Jadi, dia ingin gunakan masa ini untuk menatap wajah itu sepuasnya.
"Sebab dia terima diri saya yang sekarang," jawab Amelia, hambar.
"Saya juga menerima diri awak yang dulu, yang sekarang, mahupun yang akan datang tetapi kenapa awak tak pernah berikan peluang itu kepada saya?" tanya Syafiq, tidak puas hati.
"Di mata saya, tuan hanyalah bekas pensyarah dan majikan saya. Tak lebih daripada itu. Maafkan saya, tuan. Saya memang tak boleh nak terima tuan," jelas Amelia secara umum.
"Baiklah, kalau begitu. Cuma saya minta maaf, saya tak boleh buang perasaan saya pada awak."
"Tuan, saya rasa adalah lebih baik tuan terima cik Deena dalam hidup tuan. Dia tetap setia menanti tuan meski seburuk manapun layanan tuan terhadapnya. Perempuan begitu tak datang banyak kali."
"Memang betul, saya tak nafikan dia tetap tunggu saya tetapi dengan agenda lain. Saya tahu apa yang dia sembunyikan di belakang saya dan belum masanya lagi untuk semua orang tahu kebenarannya. Cukup saya seorang saja yang perlu menghadapnya," terang Syafiq sambil melepaskan keluhan berat.
"Tuan, saya harap tuan bahagia dengan hidup tuan selepas ini. Jaga diri, jaga makan, jaga solat, jaga hati, jaga mata, jaga emosi dan paling penting, jaga hubungan tuan dengan Allah. Mungkin Dia akan permudahkan segala urusan tuan dan makbulkan doa tuan selepas ini," ujar Amelia.
Kali ini giliran Syafiq pula memandang Amelia. Wanita inilah yang bertakhta dalam hatinya sejak empat tahun lepas. Tidak pernah sekalipun wanita ini keluar dari hatinya dan kini, dia harus lepaskannya.
"Baiklah, saya harap awak akan bahagia. Tahniah dan semoga Allah permudahkan urusan awak dan makbulkan doa awak," ujar Syafiq.
"Terima kasih, kalau tak ada apa-apa lagi, saya nak pulang. Saya harap tuan datanglah kenduri kahwin saya," ujar Amelia sambil tersenyum.
"Maafkan saya, saya tak dapat hadir. Melihat awak bersama orang lain akan menyakitkan jiwa saya," jawab Syafiq sambil membalas senyuman Amelia.
"Tak apa, saya faham. Saya balik dulu," ujar Amelia sebelum bangun meninggalkan bilik Syafiq.
Syafiq hanya mampu melihat pemergian wanita kesayangan dengan hati yang sebal.
* * * * *
Ruzaini dan Zaidah berada di dalam kereta, dalam perjalanan pulang dari Serdang, rumah Redzuan setelah kenduri bertandang menerima menantu sebelah pengantin lelaki berlangsung.
Bagaimanapun, Zaidah dapat merasakan wajah Ruzaini tampak terganggu sejak kebelakangan ini. Seperti ada yang tak kena dengan dirinya.
"Kenapa ini, sayang? You nampak terganggu je I tengok kebelakangan ini. Ada masalahkah?" tanya Zaidah, bimbang.
"I bimbangkan Wan. Dia nampak lain kebelakangan ini," jawab Ruzaini, terus terang.
"Kenapa?"
"Dulu sebelum arwah Azam pergi, dia sudah kemaskan semua barang-barangnya dan amanahkan I untuk uruskan barang-barangnya sekiranya apa-apa terjadi padanya. Sebelum Wan balik kampung hari itu, dia bawak balik semua kain bajunya. Seolah-olah dia tak balik semula ke rumah. Bila I tanya, dia kata dia nak uruskan baju-bajunya. Ada yang sudah tak muat," jelas Ruzaini.
"Jadi, apa masalahnya? Normallah itu, sayang."
"Tak, sebab semalam I ambil barang dalam bilik dia, semua baju-bajunya dan barang-barang peribadinya dah tak ada. Yang tinggal betul-betul apa yang arwah Azam berikan padanya sebelum dia keluar rumah dulu," sambung Ruzaini lagi.
"Tak ada apalah itu, mungkin dia dah jumpa rumah yang dia nak duduk dengan Amy selepas ini. Mana tahu bukan?" ujar Zaidah, cuba menyedapkan hati tunangnya itu.
"Harap-haraplah, sebab I memang sudah tak sedap hati saja sejak semalam. Semoga Allah selamatkan kita semua."
"In shaa Allah, aamiin.."
Ruzaini hanya melepaskan keluhan berat. Tak sanggup rasanya untuk kehilangan lagi. Andai berat rasanya untuk dia tanggung, bagaimana pula dengan Amelia?
* * * * *
Dua hari sudah Amelia dan Redzuan berbulan madu di Pulau Langkawi, tetapi Redzuan sudah mula berasa panas hati kerana masih belum dapat memiliki isterinya itu sepenuhnya.
Amelia tidak perasan akan perubahan suaminya itu kerana dia sangkakan Redzuan pasti akan menunaikan janjinya. Dia sudah mengenali Redzuan selama 8 tahun, tidak pernah sekalipun suaminya itu memungkiri janjinya kerana lelaki itu tidak suka menabur janji. Itu merupakan sikap Redzuan yang paling Amelia kagumi selama mereka mengenali antara satu sama lain.
Malam itu, Redzuan mula berasa tidak senang hati. Nafsunya mula menghimpit akal fikirannya. Dia nekad, dia harus memiliki isterinya bagi mengelakkan masalah di kemudian hari. Lagipun, dia tidak tahu apa yang bakal terjadi di kemudian hari. Lebih-lebih lagi kerana dia tahu majikan isterinya itu menyayangi isterinya.
Sebaik sahaja Amelia selesai mandi, Amelia duduk di meja tulis sambil menyapu krim malam di wajahnya.
Melihat isterinya sedang leka, Redzuan menghampiri Amelia. Sebaik sahaja doa berada di belakang Amelia, dia menyentuh bahu isterinya lembut.
"Kenapa, awak?" tanya Amelia, menyedari tindakan Redzuan itu. Namun, hatinya mula berasa resah dengan tindakan Redzuan itu.
"Malam ini boleh?" tanya Redzuan, berkias.
"Saya belum bersedia," jawab Amelia, memahami apa yang suaminya itu mahukan. Bukannya dia tidak bersedia, tetapi dia lebih bimbangkan akibat daripada perbuatan mereka nanti.
"Tapi saya sudah tak boleh tunggu," ujar Redzuan, tegas sebelum menarik tangan Amelia lalu mengheret isterinya ke katil.
Amelia tidak melawan, sebaliknya berdoa di dalam hati agar Allah selamatkan semuanya. Dia tak mahu kehilangan lagi, cukuplah sekali.
Sebaik sahaja mereka berdua tiba di sisi katil, Redzuan menolak Amelia jatuh ke atas katil sebelum menghimpit isterinya dengan badannya.
"Kalau saya kata awak akan jadi milik saya malam ini, maka tiada apapun selain daripada Allah yang akan menghalangnya kerana awak adalah isteri saya yang sah! Awak faham tak?" bisik Redzuan ke telinga Amelia yang sudah mula menggigil akibat daripada tindakan Redzuan yang seakan memaksa itu.
Redzuan mula mencium Amelia dengan rakus. Ciuman itu melemaskan Amelia kerana dia sama sekali tidak bersedia untuk menghadapi fasa ini tetapi dia tak mampu untuk melawan kerana tangannya dipegang Redzuan, kemas.
Selepas puas, Redzuan bangkit untuk melucutkan pakaian Amelia dan pakaiannya. Setelah dilucutkan pakaian isterinya, dia mula menanggalkan butang baju tidurnya.
Akan tetapi, ketika dia ingin menanggalkan butang bajunya yang kedua, dada kirinya tiba-tiba terasa begitu sakit seolah direntap membuatkan dia rebah.
Amelia yang hanya mampu menutup mata akibat terlalu takut mula hairan kenapa persekitarannya begitu senyap. Dia membuka mata, kelibat suaminya tiada di hadapan matanya membuatkan dia mulai panik.
Dia bingkas bangun dan menyedari tubuh Redzuan terkujur kaku di hujung kakinya. Amelia menggerakkan tubuh Redzuan untuk mengejutkan lelaki itu tetapi tiada respon.
Dengan perlahan, Amelia mendekatkan jarinya ke hidung Redzuan. Apabila mendapati suaminya itu tidak lagi bernafas, Amelia terus menuju ke arah telefon bilik hotel lalu menghubungi kaunter hadapan.
"Bahagian reception, Thanusha bercakap. Ada apa boleh saya bantu?" tanya Thanusha, pekerja bahagian kaunter hadapan hotel di hujung talian.
"Saya Amelia dari bilik 118, boleh tolong hubungi ambulans tak? Suami saya pengsan," jawab Amelia, terketar-ketar.
"Baiklah, kami akan hubungi ambulans dan hantar seorang pegawai kami ke bilik puan ya," ujar Thanusha.
"Baiklah, terima kasih cik," jawab Amelia sebelum meletakkan gagang telefon di tempatnya semula.
Ketika itulah, barulah dia menyedari bahawa dia tidak berpakaian kerana telah dilucutkan oleh Redzuan tadi. Dengan pantas dia mengutip semula pakaiannya sebelum menyarungnya semula.
Selepas itu, dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendial nombor Dora. Hanya wanita itu sahaja harapannya sekarang.
"Hello babe, kenapa tak tidur lagi?" tanya Dora setelah dia menjawab panggilan.
"Wan, Wan, aku tak tahu kenapa dengan dia, Dora. Aku rasa dia dah tak bernafas," jawab Amelia sebelum menangis.
"Ya Allah! Kau dah telefon ambulans?" tanya Dora lagi.
"Dah, aku minta pekerja hotel tolong hubungi ambulans. Aku tak boleh nak berfikir ini. Tolong aku, Dora!" ujar Amelia, panik dan masih lagi menangis.
"Tak apa, kau teman Wan pergi hospital dulu, aku akan ke sana as soon as possible. Kau bawa bertenang okay?"
"Kau datang tahu?"
Tiba-tiba, kedengaran loceng pintu berbunyi menandakan ada orang di luar pintu biliknya.
"Dora, ada orang kat luar. Nanti aku call balik," ujar Amelia sebelum memutuskan talian.
Amelia mencapai tudung sarung di atas beg tangannya lalu menyarungnya di kepala sebelum berjalan menuju ke arah pintu dan membukanya.
Terdapat seorang pekerja hotel dan dua orang paramedik berada di luar biliknya. Setelah pintu dibuka, pegawai paramedik itu terus menuju ke arah Redzuan lalu memeriksanya manakala pekerja hotel itu mendekati Amelia dan memeluk wanita itu bagi menenangkannya.
Pegawai paramedik itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sebelum mengangkat Redzuan ke atas stretcher yang dibawa mereka.
"Puan ikut kami, kami nak bawa suami puan ke hospital untuk pemeriksaan," ujar salah seorang daripada pegawai tadi sebelum mereka menolak stretcher keluar dari bilik.
Amelia mengambil telefon bimbit dan beg tangannya sebelum keluar dari biliknya. Dia tak mampu berfikir apa-apa lagi, fikirannya kosong.
* * * * *
Syafiq yang sedang menyemak bajet kewangan bagi projek di Pulau Pinang itu terkejut mendengar bunyi deringan, telefon bimbitnya sendiri. Dengan pantas, dia melihat skrin telefonnya yang tertera nama Dora sebagai pemanggil. Tanpa berlengah, dia terus menjawab panggilan itu.
"Hello Dora, ada apa awak call saya tengah malam ini? Awak takkan hubungi saya tanpa sebab," ujar Syafiq sebaik sahaja menjawab panggilan tersebut.
"Hello sir, ada masalah besar ini. Tentang Amelia," jawab Dora, cemas.
"Kenapa dengan Amelia?" tanya Syafiq, mulai panik apabila mendengar nada suara Dora yang cemas itu.
"Dia call saya tadi, katanya Redzuan sudah tidak bernafas lagi."
"Apa?" tanya Syafiq, inginkan kepastian.
"BERSAMBUNG*
No comments:
Post a Comment