Wednesday, November 8, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 46...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 46: Balas Budi


Harry sedang tidur apabila dia terkejut akibat kaki dan tangannya diikat, diikuti dengan mata dan mulutnya yang ditutup. Selepas itu, dia dapat merasakan dirinya diangkat lalu diletakkan ke dalam sesuatu seperti peti kayu kerana dia dapat merasakan permukaan bawah setelah dia diletakkan di atas permukaan tersebut.

"Mana pula mereka ini nak bawa aku?" tanya Harry, dalam hatinya.

Dia dapat mendengar bunyi selak dan mangga terpasang di atasnya, membuatkan dia dapat mengagak bahawa peti di mana dirinya diletakkan sedang dikunci. Bertahun dia melakukan kerja ini, masakan dia tak tahu bagaimana prosedur untuk sesuatu perkara.

Sesungguhnya dia amat menyedari bahawa dia diletakkan ke dalam peti ini atas tujuan pengangkutan. Nampaknya, dia sudah ada pembeli dan pembeli itu bukan berasal dari negara ini. Maka, dia harus diseludup keluar untuk diserahkan kepada pembeli tersebut.

Harry mulai panik kerana dia tak mahu hidupnya berakhir begitu sahaja. Dia cuba menendang peti tersebut, namun ternyata ianya sia-sia kerana dia dapat merasakan peti itu diangkat dan dimasukkan ke dalam kenderaan.

Dengan kaki yang terikat itu dia masih mencuba untuk menendang bahagian atas peti. Dia terus mencuba dan mencuba sebelum selak itu mulai longgar dan tercabut dari tempatnya. Harry menggunakan peluang itu untuk menendang peti itu bagi membukanya.

Namun, pandangannya yang kelam akibat mata yang ditekup membuatkan dia sukar untuk bergerak. Akan tetapi, demi melepaskan diri dia terpaksa mencuba untuk keluar tanpa dapat melihat apa yang berada di luar.

Baru sahaja dia mengangkat kepalanya, dia dapat mendengar bunyi picu pistol ditarik dan bunyi itu terasa sangat dekat dengan kepalanya. Jantungnya berdegup lebih kencang daripada tadi.

"Kalau kau bergerak lagi seinci, aku takkan teragak-agak untuk tembak kau!" jerit Bob membuatkan Harry kaku di tempatnya.

"Kau nak lari ya? Kenapalah semasa kau curi duit bos dulu, kau tak fikir semua ini?" tanya Bob lalu mencabut pita pelekat yang terletak di mulut dan kain hitam yang menutup mata Harry itu.

"Aku jual Ayra dulu memang untuk duit lebih, sebab itulah aku bayar bos jumlah hutang yang aku pinjam guna nama Ayra itu sahaja," jelas Harry sambil mencuba untuk membetulkan duduknya.

"Itulah kau, sebelum kau tipu orang, tengok dulu dia itu siapa. Ini tidak, main sebat sahaja! Tak memasal saja kau jual teman wanita bos. Inilah makannya," jawab Bob yang masih mengacukan pistol ke arah dahi Harry.

"Tolonglah lepaskan aku, Bob. Aku janji aku takkan kacau kau orang lagi," rayu Harry.

"Aku memang nak lepaskan kau, kerana aku sudah siapkan pengganti kau di sini," ujar Bob sambil menunjukkan ke arah peti yang sama dengan peti di mana Harry diletakkan tadi.

"Bagaimana dengan bos?" tanya Harry, hairan dengan kata-kata Bob itu.

"Bos takkan tahu kalau kau tak muncul depan mata dia. Aku buat begini sebab aku nak balas budi semasa kau selamatkan aku daripada ditembak geng Ah Wai dulu," jawab Bob sambil memegang bahu Harry. Selepas itu, dia mula meleraikan ikatan yang membelenggu tangan dan kaki Harry.

"Terima kasih, Bob. Aku akan ingat jasa kau sampai bila-bila," ujar Harry sambil memeluk Bob erat. Sesungguhnya perasaan terhutang budi itu satu perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata.

"Ingat, aku tak nak kau muncul depan bos. Kalau kau pilih untuk muncul sekalipun, kau jangan sesekali babitkan kami semua dalam hal ini," jelas Bob sambil menuding ke arah Harry bagi menunjukkan bahawa dia serius.

"Yalah, pandai-pandailah aku," jawab Harry sambil tersenyum.

"Nah, ini dompet kau. Ini pula telefon bimbit kau. Aku akan turunkan kau di depan rumah Datuk Dahlan. Aku dengar dia tengah cari orang untuk jadi pembantu peribadinya. Jadi, aku cadangkan kau. Aku juga sudah terangkan semuanya pada dia tentang masalah kau. Dia setuju dengan semua syarat aku," jelas Bob sambil menyerahkan dompet dan telefon bimbit Harry.

Harry membuka dompetnya, hanya kad pengenalan dan kad-kad keahlian sahaja yang tinggal. Seperti yang diduganya.

"Kita sudah sampai. Jom aku hantar kau masuk," jawab Bob sebaik sahaja lori yang dinaiki mereka berhenti.

Mereka berdua turun dari lori tersebut sebelum mereka menuju ke arah pintu pagar yang sudah terbuka sedikit. Tanpa berlengah, Bob terus sahaja masuk ke dalam kawasan rumah yang berada di hadapan mereka itu.

Kelihatan seorang lelaki tua yang berbaju melayu hijau dan berkain pelikat berwarna sedondon sedang berdiri dengan kedua belah tangannya diletakkan di belakang. Terdapat seorang lelaki berbaju hitam di belakangnya.

"Assalamualaikum Datuk, saya Bob. Kawan Erman," sapa Bob sambil bersalaman dengan Datuk Dahlan.

"Waalaikumussalam, Bob. Akhirnya kita dapat bertemu. Ini pasti Harry bukan?" tanya Datuk Dahlan selepas menjawab salam yang diberikan oleh Bob tadi.

"Ya, betul. Harry, kenalkan. Ini Datuk Dahlan, CEO Citrapura Holdings. Bakal majikan kau," jawab Bob sambil memperkenalkan Datuk Dahlan kepada Harry.

Sebaik sahaja Bob selesai memperkenalkan Datuk Dahlan kepada Harry, Bob bersalaman dengan Datuk Dahlan. Harry dapat melihat Datuk Dahlan menelitinya dari atas ke bawah.

"Aku suka dengan orang yang kau bawa kali ini. Bila Harry boleh mula bekerja?" tanya Datuk Dahlan selepas berpuas hati dengan apa yang dilihatnya.

"Sekarang pun boleh, Datuk. Oh ya, Harry ini sebenarnya tak ada rumah. Rumahnya yang sebelum ini dia beli dengan menggunakan nama kekasihnya. Jadi, pihak bank telah menyita rumah tersebut," bohong Bob.

Harry menjeling ke arah Bob kerana pembohongan Bob yang dirasakan melampau itu membuatkan Bob memandangnya semula lalu tersengih.

"Tak apa, Bob. Dalam perkarangan rumah ini ada sebuah rumah kecil aku siapkan untuk para pekerja aku. Setakat ini cuma tukang kebun sahaja yang duduk di situ, ada lagi tiga buah rumah yang masih kosong. Cuma salah sebuah rumah itu pengawal yang berjaga di rumah ini gunakan untuk solat dan berehat. Amir, tolong ambil kunci rumah belakang dan berikan kepada Harry," arah Datuk Dahlan selepas menjelaskan tentang rumah pekerja yang disediakan olehnya itu.

Habis sahaja kata-kata Datuk Dahlan, lelaki yang sedari tadi berada di belakang lelaki itu beredar dari situ.

"Itu Amir, pengawal peribadi aku. Amir ini sudah bekerja dengan aku selama lima tahun. Aku taja dia semasa dia menyambung pengajiannya di dalam bidang psikologi. Dia ada tali pinggang hitam dalam Tae Kwon Do," terang Datuk Dahlan tanpa perlu ditanya terlebih dahulu.

"Jadi, Harry ini akan jadi pengawal peribadi siapa?" tanya Bob, hairan.

"Salwa, anak aku. Dia bakal berkahwin dengan seorang CEO tetapi dia mempunya gaya hidup yang agak liar. Jadi, aku bimbangkan keselamatannya," jawab Datuk Dahlan.

"Wah, bertuahnya Datuk! Sudahlah diri sendiri CEO syarikat, bakal menerima CEO sebagai menantu pula," puji Bob.

"Bertuah apanya? Anak aku isteri nombor dua. Orang kaya, mana puas dengan seorang isteri. Aku tidak dapat menafikannya," jawab Datuk Dahlan sambil mencebik mukanya.

"CEO muda ke tua?" tanya Harry, mulai hairan.

"Muda," jawab Datuk Dahlan.

"CEO muda yang bakal bernikah dua ini cuma seorang sahaja. Megat Hafizal Megat Mustaqim bukan?" teka Bob.

"Ya, betul. Kamu berdua kenal dia? Mesti rapat sampaikan kau tahu dia sudah beristeri," ujar Datuk Dahlan.

"Kenal, tapi bukanlah rapat. Saya bekerja dengan Megat Wafi, sepupu Megat Hafizal. Jadi, kami berdua pernah bertemu dengan Encik Hafizal dan isterinya, Ayra," jawab Bob.

"Oh, begitu. Jadi, kamu berdua kenal isteri Hafizal?" tanya Datuk Dahlan, teruja.

"Kenal. Kenapa Datuk?" tanya Harry, hairan.

"Orangnya bagaimana?" tanya Datuk Dahlan, ingin tahu.

"Dari segi rupa, biasa saja. Cantik lagi cik Salwa," komen Bob.

"Habis itu, apa yang Hafizal sayang sangat pada isterinya itu?" tanya Datuk Dahlan lagi.

"Ayra ini aura dia lain macam. Dia tak perlu menggoda untuk mengambil hati orang. Lagi satu, dia ini dengar kata. Encik Hafizal suka wanita yang dengar kata, mungkin sebab perwatakannya yang dominan itu," ujar Harry pula.

"Kalau begitu, risau juga aku dengan anak aku itu. Dia itu degil, tak boleh nak ditegur. Macam manalah rumah tangga mereka berdua itu nanti?" ujar Datuk Dahlan.

"Kalau diteliti, berbeza sungguh sikap dan perangai Datuk dengan cik Salwa. Saya ada juga mendengar cerita-cerita orang, tetapi tak tahulah betul atau tak. Minta maaflah Datuk kalau salah," jawab Bob.

"Memang betul aku dengan Salwa bagai langit dengan bumi kerana dia banyak mengikut perangai nenek sebelah emaknya. Almaklumlah kerabat Diraja," jelas Datuk Dahlan sebelum mengeluh.

Mendengar kata-kata Datuk Dahlan, Harry dan Bob saling berpandangan tanpa sebarang jawapan.

"Oh ya, kenapa Hafizal tak dedahkan kepada umum tentang isterinya?" tanya Datuk Dahlan.

"Entahlah, mungkin dia tak sukakan publisiti agaknya. Akan tetapi, hidupnya sebagai seorang CEO barangkali memaksanya untuk ambil isteri kedua," teka Bob sambil tersenyum.

"Maksud kau, Bob?" tanya Datuk Dahlan, tidak faham.

"Dia seorang personaliti terkenal dan usahawan. Pastinya dia harus mempunyai seorang isteri yang gah di mata netizen. Kalau saya jadi dia pun, saya akan ambil seorang lagi isteri untuk tontonan umum. Isteri pertama saya hanya milik saya dan untuk menjaga rumah tangga," jelas Bob.

"Jadi, maksud kau Hafizal hanya nak mempergunakan anak aku?" tanya Datuk Dahlan dengan wajah berkerut.

"Tak juga, kerana anak Datuk tak rasa dirinya dipergunakan. Dia cuma mahu memiliki Encik Hafizal, jadi dalam perniagaan kita panggil ini sebagai apa Datuk?" ujar Bob, yakin.

"Situasi menang-menang. Bijak, memang bijak. Memang layak dia jadi bakal menantu aku," jawab Datuk Dahlan.

Mendengar kata-kata Datuk Dahlan, mereka bertiga tertawa. Tak lama selepas itu, Amir datang dengan segugus kunci lalu diserahkan kepada Datuk Dahlan.

"Ini kunci rumah kau. Maaflah, rumah itu mungkin kecil tapi aku rasa cukup untuk kamu tinggal sendirian. Jadi, aku harap kau dapat memberikan yang terbaik untuk pekerjaan kau. Lagipun, isteri tontonan Hafizal perlu ada pengawal peribadi. Isteri simpanan tak perlukan pengawal peribadi pun tak apa bukan?" ujar Datuk Dahlan sambil tertawa di saat dia menyerahkan gugusan kunci yang dipegangnya itu kepada Harry.

"Datuk kena tahu, bakal madu cik Salwa ada pengawal peribadi sendiri. Malah, kadang-kadang pengawal peribadi Encik Hafizal juga akan ditugaskan menjaga isterinya," jelas Bob dengan riak wajah serba salah.

"Kau biar betul! Harry, benarkah apa yang kawan kau ini katakan?" tanya Datuk Dahlan, tidak puas hati.

"Betul, Datuk. Isteri Encik Hafizal ada pengawal peribadinya sendiri dan dia sedia maklum tentang kewujudan pengawal itu," jawab Harry, lemah.

"Hebat! Ternyata Hafizal seorang yang sangat berhati-hati. Aku suka lelaki seperti dia, barulah lelaki!" puji Datuk Dahlan, teruja.

Harry dan Bob hanya tersenyum mendengar kata-kata Datuk Dahlan itu.

     *     *     *     *     *

Sudah empat bulan dia menjadi pengawal peribadi Salwa. Akan tetapi, Salwa tidak diberitahu mengenai kewujudannya sebagai pengawal peribadi. Kata Datuk Dahlan, dia bimbang andai Salwa memberontak jikalau dia mengetahuinya.

Sepanjang empat bulan ini, Salwa semakin meliar. Siang dia akan duduk melepak dengan teman-temannya di kafe, manakala malam pula dia akan ke kelab malam. Namun, yang menghairankan, tak pernah sekalipun sepanjang empat bulan ini dia melihat Salwa keluar dengan Hafizal sedangkan mereka berdua telah bertunang. Apakah yang sebenarnya berlaku?

Disebabkan perasaan hairan yang terlalu mengganggu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk menghubungi Bob.

"Hello, Bob. Lama tak nampak kau, kau di mana?" tanya Harry selepas Bob menjawab panggilannya.

"Hello, Harry. Aku tak ada dalam KL sekarang, memang kau dah lama tak nampak aku. Kenapa kau hubungi aku?" tanya Bob, selepas menjawab soalan Harry itu tadi.

"Aku nak tanya sesuatu tentang bos aku ini," terang Harry, ringkas.

"Yang mana? Datuk atau anak Datuk?" tanya Bob, inginkan kepastian.

"Anak Datuk," jawab Harry, pendek.

"Apa soalannya? Kalau aku tahu jawapannya, aku akan jawab."

"Kenapa selama empat bulan aku jaga dia, tak pernah sekalipun aku nampak dia bertemu dengan Hafizal? Mereka sudah bertunang, bukan?" tanya Harry, meluahkan perasaan hairannya.

"Ya, betul. Mungkin Hafizal ke luar negara," bohong Bob.

"Mungkin juga. Cuma, kalau dia ke luar negara, kenapa aku ternampak Ayra bersama dengan Wafi bulan lepas? Takkan Ayra curang ketika Hafizal ke luar negara? Atau ada sesuatu yang berlaku?" duga Harry.

Soalan Harry membuatkan Bob mengeluh.

"Patutlah bos sayang sangat dengan kau dulu," jawab Bob, lemah.

"Maksud kau?" tanya Harry, hairan.

"Sebenarnya Hafizal ada saja dalam negara ini tapi dia telah dikurung," jawab Bob sebelum mengeluh kali kedua.

"Aku dah agak dah, mesti ada benda yang berlaku. Habis itu, kenapa Ayra keluar dengan Wafi?" tanya Harry, ingin tahu.

"Ayra kena ugut, sebab yang kurung Hafizal itu bos. Sudahlah dia rampas semua harta Hafizal, isterinya pun dia mahu, sampai nak kena kurung. Serius aku tak faham dengan bos," jawab Bob.

"Kau tak faham, sebab kau tak tahu cerita sebenarnya. Hafizal dengan Wafi itu nampak saja rapat, tetapi kau orang tak tahu mereka berdua banyak sangat konflik," jelas Harry.

"Aku tahu mereka berdua banyak konflik, tapi tak perlu sampai kurung. Kau tahu, selama aku bekerja dalam industri ini, aku tak pernah rasa kasihan kepada sesiapapun yang menjadi tawanan bos termasuklah kau kerana semua yang berlaku kepada mereka adalah berpunca daripada kesilapan kau orang sendiri. Akan tetapi, dia menjadi tawanan bos kerana diculik dan diugut. Malah, dia juga diugut untuk menceraikan Ayra," terang Bob.

"Pulak dah? Kiranya mereka berdua sudah bercerai?" tanya Harry, sedikit terkejut dengan penjelasan Bob tadi.

"Sudah, tetapi tak sampai sebulan sudah rujuk semula. Terima kasih kepada bekas teman wanita kau," ujar Bob sambil ketawa kecil.

"Qat? Apa yang dia buat?" tanya Harry lagi.

"Dia pergi letakkan dadah dalam makanan Hafizal, konon untuk buat Hafizal tidurinya. Akan tetapi, tiba-tiba Ayra datang dan suruh Qat keluar. Faham-fahamlah apa yang terjadi selepas itu," jawab Bob.

"Habis itu, bos tak marah ke?" tanya Harry.

"Itulah yang aku hairan. Bos sikitpun tak marah, baik Hafizal, baik Ayra mahupun Qat. Tak tahulah kenapa," jelas Bob.

"Itu hairan. Aku kasihankan Ayra, sudahlah kena tipu dengan aku dan Qat, selepas itu kena ugut pula dengan Wafi. Kalau aku jadi dia, tak tahulah bagaimana keadaan aku tatkala semua ini terjadi," ujar Harry, lemah.

"Itulah, tapi aku kagum dengan dia. Dia sedikitpun tak tergugat dengan apa yang bos buat kepada dia. Dia tahu bos ugut Hafizal, malah bos juga ugut dirinya. Dia tahu bos selalu belasah suaminya, tetapi dia tak pernah tunjukkan kemarahannya secara terang-terangan. Atas sebab muka selambanya itulah, dia kerapkali bertengkar dengan Wafi. Tak tahu mana dia belajar buat begitu," terang Bob, panjang lebar.

"Aku tak rasa seorang perempuan boleh buat begitu. Mungkin Hafizal sudah didik dia begitu," teka Harry.

"Maksud kau?" tanya Bob, hairan.

"Selepas Hafizal beli Ayra, aku dengan Qat ada cuba-cuba selidik mengenai mereka berdua. Ketika itu, mereka berdua baru sahaja bernikah. Kau tahu, Ayra takkan buat sesuatu andai Hafizal tak benarkan. Walaupun ke tandas, dia akan minta izin Hafizal terlebih dahulu. Cuma, sekarang aku tak pastilah bagaimana," jawab Harry.

"Sampai begitu sekali? Sudah macam boneka," ujar Bob.

"Aku tak pasti kenapa Hafizal buat begitu, tapi Ayra memang takutkan Hafizal. Terutamanya bila dia marah," sambung Harry lagi.

"Aku baru tahu. Eh, nanti aku hubungi kau. Aku ada hal ini, chaw!" ujar Bob, selepas kedengaran bunyi bising di hujung talian sebelum talian itu diputuskan.

Harry terbungkam. Apakah yang telah terjadi kepada Bob? Mungkin dia boleh bertanyakan tentang hal itu lain kali.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. Nama Datuk Dahlan tertera di atas skrin telefon bimbitnya membuatkan dia menjawabnya dengan segera.

"Ya, Datuk. Ada apa?" tanya Harry.

"Kau boleh masuk sekarang," arah Datuk Dahlan lalu memutuskan talian.

Dengan pantas, dia bangun dari bangku tempat dia duduk itu menuju ke arah pintu rumah agam milik Datuk Dahlan itu sebelum membuka pintu rumah tersebut, Selepas itu, dia masuk ke dalam rumah itu sebelum menuju ke arah dua beranak itu. Dia dapat melihat Salwa berpaling untuk melihatnya, namun tidak diendahkan olehnya.

"Memandangkan Salwa buat perangai, papa tak ada pilihan selain untuk menghadiah seorang pengawal peribadi kepada anak kesayangan papa ini," terang Datuk Dahlan.

"What? Bodyguard? Why?" tanya Salwa, bertubi-tubi.

"Since you are behaving wildly, so it is better for you to have one. Lagipun, Salwa ini bakal menjadi isteri seorang CEO, jadi Salwa berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan. Mungkin musuh papa, mungkin musuh Hafizal. Who knows? Jadi, papa harus siapkan payung sebelum hujan," terang Datuk Dahlan.

"Ish, papa ini! Salwa tak sukalah hidup terkawal begini. Kenapa pula jadi isteri Hafizal nak kena ada pengawal peribadi? Isteri pertama dia itu, tak ada siapapun tahu identitinya. Baik sahaja Salwa tengok," ujar Salwa.

"Are you sure no one knows who is his first wife? Papa pun tahu siapa orangnya, dan papa berani katakan anak papa ini tak sebagus dia. Jadi, sudah cukup bertuah anak papa ini masih boleh jadi isteri Megat Hafizal. Oh ya, bakal madu Salwa itu ada pengawal peribadi juga tahu?" jelas Datuk Dahlan, sinis.

"Papa ini, sepatutnya papa menangkan Salwa! Hah, kau! Kau tahu siapa isteri Megat Hafizal?" tanya Salwa kepada lelaki yang berdiri di antaranya dan bapanya.

"Tahu, cik."

"Kau pun tahu? Kenapa aku saja yang tak tahu? Siapa dia papa?" tanya Salwa, bertubi-tubi. Hairan bagaimana semua orang mengetahui tentang wanita yang telah menjadi isteri bakal suaminya tetapi dia, bakal isteri lelaki itu tidak mengetahuinya.

"Tak best kalau Salwa tahu sekarang. Selepas nikah baru papa beritahu. Jangan harap Salwa boleh korek dari Harry, sebab Harry lebih utamakan arahan papa berbanding Salwa," ujar Datuk Dahlan sambil tersenyum sinis.

Geram betul Salwa dengan papanya itu. Rupanya nama pengawal peribadinya itu Harry. Mungkin lelaki itu boleh membantu Salwa dalam mencari kelemahan bakal madunya itu.

"Baiklah, papa. Since you insist, I agree to have Harry has my bodyguard. Cuma, Salwa tak nak dia ikut Salwa secara nyata. Boleh?" ujar Salwa sambil berpeluk tubuh.

"As your wish, princess. Harry, kau boleh pergi sekarang. Terima kasih," jawab Datuk Dahlan, gembira.

"Baiklah, Datuk. Saya minta diri, Datuk, cik. Apa-apa hal, Datuk hubungi saja saya," jawab Harry sebelum beredar dari situ.

Apalah masalah orang-orang kaya ini? Sungguh dia tak mengerti.

*BERSAMBUNG*

Sunday, November 5, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 45...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 45: Memilikimu Impianku


Seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah kafe yang terletak di hujung blok itu memakai gaun pendek paras peha berwarna merah dan tidak mengikat rambutnya kerana rambutnya hanya separas bahu. Solekannya yang tebal membuatkan wajahnya tampak menarik membuatkan semua lelaki yang berada di sepanjang perjalanannya tidak berkedip mata memandang wanita itu.

Dia sangat menyukai perhatian yang diberikan oleh semua lelaki yang berada di sekelilingnya, namun dia masih tak mampu untuk memikat hati lelaki yang bakal menjadi tunangannya. Entah mengapa lelaki itu sepertinya tidak menyukainya sedangkan mereka berdua sudah berkenalan sejak kecil.

Hatinya kuat mengatakan bahawa lelaki itu sudah punyai pilihan sendiri, namun dia tahu hubungan perniagaan antara syarikat bapanya dan syarikat lelaki itu membuatkan lelaki itu tak punyai pilihan selain daripada mengahwininya. Dia sedikitpun tidak kisah andai hati lelaki itu bukan untuknya, kerana dia masih boleh memikat lelaki itu selepas mereka bernikah.

Wanita itu yang dikenali sebagai Salwa, anak kepada Dato' Dahlan akhirnya tiba di kafe yang selalu dikunjunginya itu. Dia memasuki kafe tersebut sambil melihat sekeliling sebelum akhirnya dia ternampak orang yang dicarinya. Tanpa berlengah, dia mendekat lelaki yang sedang menghirup air yang dipesannya itu.

"Sorry, I'm late. I baru saja balik shopping baju baru," ujar wanita itu setelah duduk berhadapan Hafizal.

"For what?" tanya Hafizal, selamba.

"Untuk majlis pertunangan kitalah," jawab Salwa, teruja.

"Oh ya ke."

"Kenapa you ini? Macam tak suka saja nak bertunang dengan I?" tanya Salwa, hairan dengan kelakuan Hafizal yang dingin itu.

"I tak cakap pun I tak suka, tapi I takut you yang tak suka bila dengar apa yang I nak cakapkan ini," ujar Hafizal, sinis.

"Apa dia, sayang?" tanya Salwa, sedikit teruja. Dia tidak kisah akan sikap Hafizal yang sering kali melayannya dingin itu, asalkan Hafizal menjadi miliknya.

"Kalau you nak kahwin dengan I, sanggup tak you nak jadi isteri nombor dua I?" tanya Hafizal.

"What? You dah bernikah?" tanya Salwa kembali. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

Hafizal hanya mengangguk. Terbeliak biji mata Salwa mendengar respon Hafizal, bagaimana dia tak tahu lelaki pujaannya sejak sepuluh tahun lepas sudah bernikah?

"So, how? Still want to continue?" tanya Hafizal, sinis.

"Siapa isteri you? Atau you sengaja reka cerita untuk batalkan pertunangan kita?" tanya Salwa, berang dengan sikap Hafizal.

"Kalau I boleh kenalkan dia, I dah bawa dia datang sini tapi maaflah, isteri I yang ini bukan untuk tontonan. That's why I need you, darling."

Hati Salwa terasa bagai mahu meletup mendengar pernyataan yang diberikan oleh Hafizal itu. Tergamak Hafizal menggunakannya untuk mendapatkan publisiti.

"Are you kidding me? Apa yang I dapat?" tanya Salwa.

"You dapat I, simple. Macam mana? Setuju?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

"Tengoklah macam mana, kalau I tak ada hubungi you dalam masa tiga hari, itu tandanya kita akan teruskan," ujar Salwa sebelum bangun dan beredar dari situ.

Hatinya begitu sakit dengan layanan Hafizal, namun dia takkan mampu melepaskan lelaki itu. Apa yang harus dia lakukan untuk memastikan Hafizal hanya akan menjadi miliknya?

     *      *      *     *     *

"Bos kau mana?" tanya Salwa yang tiba-tiba muncul di hadapan Ayra. Dia dapat melihat wajah Ayra yang terkejut dengan kehadirannya, walaupun dia telah menjadi pengunjung setia tingkat lapan ini. Entah apa yang mengejutkan sangat pun dia tak tahu.

"Tuan pergi mesyuarat di luar. Cik Salwa nak tunggu ataupun nak balik dulu? Nanti tuan sampai, saya maklumkan kepadanya akan kehadiran cik Salwa," ujar Ayra sambil tersenyum.

"Aku tunggu," jawab Salwa sebelum menuju ke tandas yang terletak tidak jauh dari meja Ayra. Betapa kerapnya dia berada di sini, sehinggakan tandas pun dia sudah tahu di mana. Sikit lagi dia sudah boleh memohon untuk menjadi PA Hafizal, biar Hafizal pecat saja PA dia yang menyakitkan hati ini!

Sebaik sahaja Salwa keluar dari tandas, dia terlihat Hafizal dan Ayra sedang berbicara sambil berjalan. Cara Hafizal melayan Ayra membuatkan dia sangat cemburu akan Ayra walaupun Ayra itu hanya pembantu peribadi bakal suaminya. Tanpa berlengah, dia berjalan menuju ke arah mereka berdua dan bunyi tapak kasutnya membuatkan keduanya berpaling memandangnya.

"Sayang, you ke mana? Puas I tunggu!" tanya Salwa sambil memegang lengan Hafizal. Dia menjeling ke arah Ayra, namun Ayra masih kekal tanpa sebarang ekspresi. Memanglah, Ayra bukannya isteri Hafizal pun!

"I ada meeting dengan papa you, itupun tak boleh ke?" jawab Hafizal, sinis. Dia cuba melepaskan pautan Salwa pada lengannya tetapi semakin kuat pula pegangannya.

"Oh ya ke. Kau ini pula, kenapa masih di sini? Sibuk saja!" Salwa mula menerjah Ayra yang masih lagi berdiri di hadapan mereka.

"Maaflah kalau saya mengganggu, tapi tuan ada mesyuarat dengan Tan Sri Tengku lagi sepuluh minit," ujar Ayra sambil memandang jam tangan yang dibelikan oleh Hafizal semalam. Sengaja dia tayangkan jam berjenama Fossil itu bagi membuatkan Salwa bengang dengannya.

"Banyak duit kau nak beli jam tangan mahal begitu? Oh ya, aku teringin nak tanya. Aku tak pernah tahu kau sudah berkahwin, tapi aku tengok orang dalam pejabat ini panggil kau puan dan perut kau pun sudah membesar. Bila kau menikah? Siapa suami kau?" tanya Salwa, terus terang.

"Saya bernikah dengan CEO syarikat cik Salwa, suami saya yang berikan saya jam ini. Cantik bukan? Kalau cik nak, boleh suruh bakal suami cik ini tolong belikan," jawab Ayra sambil tersengih.

"Sayang, cantiklah jam dia! Boleh tak belikan I punya satu? Please, sayang..." pujuk Salwa sambil memandang wajah Hafizal sebelum Hafizal memandangnya pula.

"Boleh, sayang. Untuk you, bom atom pun I boleh beli!" jawab Hafizal sambil menjeling ke arah Ayra. Sengaja ditekankan ayat keduanya itu tanpa Salwa tahu mengapa. Seolah-olah ada sesuatu yang mereka berdua lebih mengetahuinya berbanding dirinya.

"Okay, we can go buy it now!" ujar Salwa, teruja.

Mendengar kata-kata Salwa, Ayra menepuk dahi. Hafizal pula hanya menggelengkan kepalanya.

"Not now, Salwa. I ada meeting dengan Tan Sri Tengku. You balik dulu, malam nanti I jemput you, kita pergi beli jam ini untuk letak atas dulang hantaran kita," arah Hafizal, lembut.

"Okay, sayang. See you tonight! Ayra, kau tolong tengok-tengokkan bakal suami aku! Pastikan tak ada perempuan yang nak goda dia. Aku tak nak ada madu lagi dua, cukuplah seorang," ujar Salwa sebelum beredar dari situ.

     *     *     *     *     *

"Salwa, kamu ke mana tadi? Kenapa baru pulang?" tanya Datuk Dahlan yang sedang duduk di atas sofa sambil membaca buku ketika Salwa masuk ke dalam rumah.

"Salwa keluar dengan Hafizal, papa. Kenapa papa tak tidur lagi? Mama mana?" tanya Salwa sambil menutup pintu rumahnya. Kemudian, dia berjalan menuju ke arah Datuk Dahlan lalu mencium tangan lelaki itu sebelum duduk di sofa berdekatan tempat Datuk Dahlan duduk.

"Takkan keluar dengan Hafizal sampai pukul tiga pagi? Salwa itu anak papa, bukannya anak kerani cabuk sampaikan orang tak berniat jahat terhadap kamu!" ujar Datuk Dahlan, berang dengan sikap sambil lewa anak tunggalnya itu.

"Takkan anak Datuk tak boleh pergi berseronok? Bosanlah papa," jawab Salwa sambil memeluk tubuh.

"Masalahnya, kamu bukannya pergi dengan Hafizal! Kamu ingat papa tak tahu? Hafizal turunkan kamu depan rumah tepat jam sepuluh malam tadi, tapi kamu boleh masuk kereta lain selepas dia pulang? Kamu cakap dengan papa, kamu keluar dengan siapa?" tanya Datuk Dahlan, geram.

"Sibuk sajalah papa ini! Dengan kawanlah," jawab Salwa sambil mencebik.

"Kawan mana?" tanya Datuk Dahlan lagi.

Salwa berpura-pura tidak mendengar soalan bapanya menyebabkan bapanya meletakkan buku yang dibacanya di atas meja yang terletak di sebelah kirinya lalu mencapai telefon bimbitnya sambil menghubungi seseorang.

"Kau boleh masuk sekarang," arah Datuk Dahlan lalu memutuskan talian.

Tak lama kemudian, seorang lelaki masuk ke dalam rumah milik Datuk Dahlan itu sebelum menuju ke arah dua beranak itu. Salwa berpaling untuk melihat lelaki yang baru sahaja tiba, dan dia terpukau dengan rupa paras lelaki itu yang mempunyai iras seperti orang Pakistan.

"Memandangkan Salwa buat perangai, papa tak ada pilihan selain untuk menghadiah seorang pengawal peribadi kepada anak kesayangan papa ini," terang Datuk Dahlan.

"What? Bodyguard? Why?" tanya Salwa, bertubi-tubi.

"Since you are behaving wildly, so it is better for you to have one. Lagipun, Salwa ini bakal menjadi isteri seorang CEO, jadi Salwa berpotensi untuk menjadi mangsa keadaan. Mungkin musuh papa, mungkin musuh Hafizal. Who knows? Jadi, papa harus siapkan payung sebelum hujan," terang Datuk Dahlan.

"Ish, papa ini! Salwa tak sukalah hidup terkawal begini. Kenapa pula jadi isteri Hafizal nak kena ada pengawal peribadi? Isteri pertama dia itu, tak ada siapapun tahu identitinya. Baik sahaja Salwa tengok," ujar Salwa.

"Are you sure no one knows who is his first wife? Papa pun tahu siapa orangnya, dan papa berani katakan anak papa ini tak sebagus dia. Jadi, sudah cukup bertuah anak papa ini masih boleh jadi isteri Megat Hafizal. Oh ya, bakal madu Salwa itu ada pengawal peribadi juga tahu?" jelas Datuk Dahlan, sinis.

"Papa ini, sepatutnya papa menangkan Salwa! Hah, kau! Kau tahu siapa isteri Megat Hafizal?" tanya Salwa kepada lelaki yang berdiri di antaranya dan bapanya.

"Tahu, cik."

"Kau pun tahu? Kenapa aku saja yang tak tahu? Siapa dia papa?" tanya Salwa, bertubi-tubi. Hairan bagaimana semua orang mengetahui tentang wanita yang telah menjadi isteri bakal suaminya tetapi dia, bakal isteri lelaki itu tidak mengetahuinya.

"Tak best kalau Salwa tahu sekarang. Selepas nikah baru papa beritahu. Jangan harap Salwa boleh korek dari Harry, sebab Harry lebih utamakan arahan papa berbanding Salwa," ujar Datuk Dahlan sambil tersenyum sinis.

Geram betul Salwa dengan papanya itu. Rupanya nama pengawal peribadinya itu Harry. Mungkin lelaki itu boleh membantu Salwa dalam mencari kelemahan bakal madunya itu.

"Baiklah, papa. Since you insist, I agree to have Harry has my bodyguard. Cuma, Salwa tak nak dia ikut Salwa secara nyata. Boleh?" ujar Salwa sambil berpeluk tubuh.

"As your wish, princess. Harry, kau boleh pergi sekarang. Terima kasih," jawab Datuk Dahlan, gembira.

"Baiklah, Datuk. Saya minta diri, Datuk, cik. Apa-apa hal, Datuk hubungi saja saya," jawab Harry sebelum beredar dari situ.

Salwa memandang pemergian Harry dengan hairan. Siapakah gerangan lelaki yang menjadi pengawal peribadinya itu? Bagaimana lelaki itu boleh bekerja di bawah bapanya?

     *     *     *      *      *

"Aku terima nikahnya Siti Salwa binti Dahlan dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai," lafaz Hafizal bagi menjawab lafaz Ijab yang dilafazkan oleh Datuk Dahlan, wali kepada Salwa.

"Bagaimana, saksi? Sah?" tanya Tok Kadi yang menyaksi upacara akad nikah tersebut.

Kedua saksi yang merupakan kawan baik Hafizal, Nazrin dan Khairul hanya mengangguk bagi menyatakan pengesahan mereka terhadap lafaz Ijab dan Qabul itu tadi.

Selesai sahaja akad nikah dan sesi membatalkan wudhuk, Hafizal terus keluar menuju keluar masjid dan meninggalkan Salwa yang masih lagi bergambar dengan rakan-rakannya. Tindakan Hafizal membingungkan Salwa.

Salwa hanya membiarkan sahaja kerana dia tahu Hafizal tidak boleh lari darinya selama tamat resepsi mereka malam nanti.

Namun, perhatiannya mula teralih apabila dia melihat Puan Sri Halimatun keluar dari masjid bersama dengan Tan Sri Mustaqim. Dia dapat merasakan ada benda yang tak kena, lalu dia juga turut mengikut jejak langkah ibu bapa mentuanya itu.

Alangkah terkejutnya dia melihat Hafizal dan dua orang kawan baiknya itu sudah mula melangkah keluar dari masjid. Nak ke mana pula suaminya itu?

"Nak ke mana itu, Megat Hafizal?" tanya Puan Sri Halimatun, sebelum sempat Salwa bertanyakan soalan yang sama.

"Ijal ke hospital sebentar, nanti sebelum majlis resepsi malam nanti, Ijal ke hotel. Isteri Ijal kemalangan," jawab Hafizal lalu berpaling memandang ibunya bagi meraih simpati.

Salwa tergamam mendengar jawapan suaminya itu. Lebih teruk lagi, dia mula rasa malu apabila perkarangan masjid itu tiba-tiba riuh dengan suara-suara umpatan orang akibat daripada kata-kata Hafizal tadi.

"Pergilah, daddy izinkan. Ingat, daddy nak Ijal maklumkan pada daddy tentang keadaannya. Malam nanti sebelum Ijal ke hotel, daddy akan suruh mak dengan ayah kamu temankan dia," jawab Tan Sri Mustaqim lalu tersenyum nipis.

Salwa tidak faham, apakah yang cuba dilakukan oleh bapa mentuanya itu? Sampai hati lelaki itu mengizinkan suaminya pergi meninggalkan majlis mereka berdua?

"Terima kasih, daddy. Ijal pergi dulu," ujar Hafizal lalu berpaling untuk meneruskan langkahnya.

"Siapa berikan you hak untuk  keluar dari majlis kita?" tanya Salwa yang berbusana putih dan dipenuhi dengan manik-manik berwarna krim, dilengkapi dengan selendang berwarna krim. Dia bergerak menuju ke arah tempat Puan Sri Halimatun berdiri.

Pertanyaan Salwa membuatkan Hafizal tidak jadi untuk berpaling. Dia memandang wanita itu dengan perasaan yang bengang.

"Apa pula hak you nak halang I?" tanya Hafizal, sinis sebelum beredar meninggalkan majlis tersebut.

Panas hati Salwa mendengar pertanyaan sinis suaminya itu.

*BERSAMBUNG*

Wednesday, November 1, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 44...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 44: Kemalangan


"Bos kau mana?" tanya Salwa yang tiba-tiba muncul di hadapan Ayra. Terkejut Ayra dengan kehadiran minah senget itu. Apa halnya pula hari ini? Semalam, kelmarin dan hari sebelum-sebelumnya juga begitu. Bukannya lama lagi mereka berdua hendak bernikah, tetapi wanita ini tidak habis-habis cuba mengganggu ketenteraman awam.

"Tuan pergi mesyuarat di luar. Cik Salwa nak tunggu ataupun nak balik dulu? Nanti tuan sampai, saya maklumkan kepadanya akan kehadiran cik Salwa," ujar Ayra sambil tersenyum walaupun senyuman itu agak dipaksa.

"Aku tunggu," jawab Salwa sebelum menuju ke tandas yang terletak tidak jauh dari meja Ayra. Betapa kerapnya dia berada di sini, sehinggakan tandas pun dia sudah tahu di mana. Tindakan bakal madunya itu membuatkan Ayra mengeluh.

Tiba-tiba, dia terdengar bunyi pintu lif terbuka dan kelibat Hafizal mula kelihatan. Ayra berjalan mendapatkan Hafizal yang baru sahaja tiba di tingkat lapan itu. Dia perlu memberitahu Hafizal tentang kehadiran tunang lelaki itu terlebih dahulu.

"Ada apa, Mel? tanya Hafizal, cemas melihat Ayra berkelakuan begitu.

"Bakal isteri baru abang datang, dia pergi tandas sebentar," bisik Ayra di telinga Hafizal.

Hafizal hanya mengangguk lemah. Ayra yang melihat respon Hafizal itu mulai bimbang dengan reaksi suaminya. Hafizal kelihatan tak gembira, tetapi mengapa dia masih meneruskan pernikahan mereka berdua? Puan Sri Halimatun pernah memujuk Hafizal untuk membatalkan sahaja perkahwinan Hafizal dan Salwa, tetapi dibantah keras oleh Hafizal membuatkan dia mula berasa keliru. Apakah yang ingin Hafizal lindungi?

Sedang Ayra dan Hafizal berjalan menuju ke meja Ayra, kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi berjalan mendekati mereka berdua. Bunyi tersebut membuatkan keduanya berpaling lalu memandang wanita yang memakai gaun separas lutut berwarna hijau muda, dan kasut stiletto berwarna sedondon itu sambil tersenyum nipis.

"Sayang, you ke mana? Puas I tunggu!" tanya Salwa sambil memegang lengan Hafizal. Ayra memandang ke arah lengan Hafizal dan Salwa yang bertaut itu tanpa sebarang ekspresi, meskipun hatinya sudah mula mendidih sehingga dia tidak peduli akan Hafizal yang sedang memandangnya itu.

"I ada meeting dengan papa you, itupun tak boleh ke?" jawab Hafizal, sinis. Ayra dapat melihat Hafizal cuba melepaskan pautan Salwa pada lengannya tetapi semakin kuat pula pegangannya.

"Oh ya ke. Kau ini pula, kenapa masih di sini? Sibuk saja!" Salwa mula menerjah Ayra yang masih lagi berdiri di hadapan mereka.

"Maaflah kalau saya mengganggu, tapi tuan ada mesyuarat dengan Tan Sri Tengku lagi sepuluh minit," ujar Ayra sambil memandang jam tangan yang dibelikan oleh Hafizal semalam. Sengaja dia tayangkan jam berjenama Fossil itu bagi membuatkan Salwa bengang dengannya.

"Banyak duit kau nak beli jam tangan mahal begitu? Oh ya, aku teringin nak tanya. Aku tak pernah tahu kau sudah berkahwin, tapi aku tengok orang dalam pejabat ini panggil kau puan dan perut kau pun sudah membesar. Bila kau menikah? Siapa suami kau?" tanya Salwa, terus terang.

Ayra tersenyum puas mendengar pertanyaan Salwa. Helahnya berjaya.

"Saya bernikah dengan CEO syarikat cik Salwa, suami saya yang berikan saya jam ini. Cantik bukan? Kalau cik nak, boleh suruh bakal suami cik ini tolong belikan," jawab Ayra sambil tersengih memandang Hafizal yang sudahpun merenung isterinya itu. Sekali lagi Ayra tersenyum puas kerana dapat mengenakan Hafizal pula.

"Sayang, cantiklah jam dia! Boleh tak belikan I punya satu? Please, sayang..." pujuk Salwa sambil memandang wajah Hafizal sebelum Hafizal memandangnya pula.

"Boleh, sayang. Untuk you, bom atom pun I boleh beli!" jawab Hafizal sambil menjeling ke arah Ayra. Ayra tahu Hafizal cuba menyindirnya, namun dia sedikitpun tidak tergugat dengan sindiran Hafizal itu.

"Okay, we can go buy it now!" ujar Salwa, teruja.

Mendengar kata-kata Salwa, Ayra menepuk dahi. Bagaimanakah ibu mentuanya boleh bersetuju untuk bermenantukan gadis di hadapannya ini?

"Not now, Salwa. I ada meeting dengan Tan Sri Tengku. You balik dulu, malam nanti I jemput you, kita pergi beli jam ini untuk letak atas dulang hantaran kita," arah Hafizal, lembut.

"Okay, sayang. See you tonight! Ayra, kau tolong tengok-tengokkan bakal suami aku! Pastikan tak ada perempuan yang nak goda dia. Aku tak nak ada madu lagi dua, cukuplah seorang," ujar Salwa sebelum beredar dari situ.

Hafizal dan Ayra hanya memerhatikan pemergian Salwa dengan senyuman sebelum keduanya ketawa besar apabila pintu lif yang dimasuki Salwa itu ditutup.

"Amboi, bukan main lembut lagi abang dengan dia ya? Kalau dengan Mel, bukan main lagi kuasa veto abang!" sindir Ayra sebelum beredar kembali menuju ke meja.

Hafizal pula kelihatan terpinga-pinga sebelum berjalan menuju ke arah Ayra yang sedang memegang perutnya itu. Ayra berasa sangat bahagia kerana berpeluang untuk mengandungkan anak Hafizal.

"Takkan cemburu kot? Mel tahu bukan abang cuma sayang Mel seorang?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

"Tahu, tapi cemburu itu harus kalau betul Mel sayang abang! Atau abang nak Mel tayang muka tanpa ekspresi itu?" tanya Ayra, ingin menguji.

Sengaja dia mengugut suaminya kerana dia tahu wajah tanpa ekspresi yang seringkali dipamerkan itulah adalah kelemahan suaminya itu. Itulah, siapa suruh suaminya itu mengajarnya berbuat begitu?

"Janganlah, sayang. Terima kasih sebab sudi cemburukan abang. Sudah, abang nak masuk ke dalam bilik. Nanti bila Tan Sri sudah sampai, maklumkan pada abang," ujar Hafizal sebelum memasuki bilik pejabatnya.

Ayra hanya melihat pemergian Hafizal dengan senyuman. Lelaki itu pasti perasan akan perubahan mendadaknya itu. Jika dulu, dia tidak banyak berbual dengan suaminya itu kecuali hal-hal penting tetapi kini dia sudah mula berseloroh dengan Hafizal. Entah apalah persepsi suaminya kepadanya?

     *     *     *     *     *

"Abang, boleh Mel minta sesuatu? Lagipun, esok abang akan bernikah dan kemudian terus ke Paris untuk berbulan madu selama seminggu. Jadi, Mel tak berpeluang melihat wajah abang selama seminggu," ujar Ayra, memecah kesunyian.

"Apa dia, sayang?" tanya Hafizal sambil mengusap perut Ayra. Kandungan Ayra yang telah mencecah 26 minggu itu sudah mula ketara walaupun semasa baring.

"Mel nak keluar mencari ketenangan pada hari pernikahan abang. Mel tak boleh hadiri pernikahan abang dengan Salwa. Mel minta maaf," ujar Ayra, terus terang.

"Kenapa pula?" tanya Hafizal, tidak mengerti.

"Mel tak boleh, Mel minta maaf. Kalau abang nak suruh Apai ikut Mel pun Mel tak kisah. Asalkan Mel keluar sendirian," pinta Ayra dengan pandangan penuh harapan. Dia tak mahu suaminya tahu bahawa dia terluka di atas pernikahan suaminya itu.

Hafizal kalah dengan pandangan minta simpati yang diberikan oleh Ayra. Sempat lagi dia mengeluh sebelum memberikan jawapannya.

"Baiklah, tapi abang akan suruh Apai ikut sayang," jawab Hafizal.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya memeluk Hafizal tanda dia gembira dengan keizinan yang diberikan oleh Hafizal. Dia hanya mahukan ketenangan sebelum menghadap Salwa setiap hari dalam hidupnya.

Dia tahu Salwa pasti akan mengganggu hidupnya selepas ini, lebih-lebih lagi memandangkan semua orang telah ditegah olehnya untuk membongkarkan identitinya kepada keluarga Salwa kerana dia tahu ianya akan menjadi isu kepada kedua belah pihak pada masa akan datang.

     *     *     *     *     *

Pagi itu, sebaik sahaja dia terbangun, dia melihat Hafizal sudah tiada di sisinya. Dia mencapai iPhone 6 miliknya, jam di skrin menunjukkan tepat jam 9.30 pagi. Pasti Hafizal sudah berangkat ke rumah Tan Sri Mustaqim untuk bersiap sebelum ke masjid untuk upacara akad nikah.

Entah mengapa dia mula berasa sebak mengenangkan suaminya itu tidak lagi menjadi miliknya. Selepas ini dia terpaksa berkongsi suaminya itu bersama minah senget yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan suaminya.

Kelmarin, Puan Sri Halimatun mengakui Datin Ruzaidah, ibu kepada Salwa sengaja menawarkan bantuan kepadanya hanya untuk membuatkan dirinya terhutang budi lalu bersetuju untuk mengahwinkan Hafizal dengan Salwa. Ibu mentuanya itu memohon maaf kerana tak mampu untuk menghalang pernikahan mereka berdua dan akhirnya membuatkan dirinya terluka.

Namun begitu, Ayra mengerti akan tujuan Hafizal mengahwini Salwa adalah untuk melindungi Ayra juga. Mungkin kerana Hafizal tidak mahu mendedahkan identiti Ayra kepada netizen memandangkan lelaki itu merupakan usahawan terkenal, maka dia menggunakan Salwa untuk menjadi 'isteri tayangan' kepada umum.

Selepas dia bersiap, dia keluar dan mengunci pintu rumah. Mak Iti dan Pak Din juga telah pergi ke rumah Tan Sri Mustaqim bagi membantu persiapan upacara pernikahan dan resepsi malam nanti. Hanya Fred dan Apai yang ditugaskan untuk menemani Ayra.

Belum sempat dia pergi mencari dua orang lelaki itu, Apai dan Fred telahpun muncul di hadapannya membuatkan dia terkejut lalu terjerit kecil. Apai dan Fred hanya menggelakkannya.

"Puan nak pergi mana hari ini? Ada cadangan?" tanya Fred sambil tersenyum.

Ayra membalas senyuman Fred tatkala mendengar soalan Fred itu. Geli hati pula dia mendengar soalan Fred itu.

"Entahlah, rasa nak keluar saja supaya saya tak terfikir tentang Hafizal," jawab Ayra sambil tersenyum.

"Mesti puan pening kan nak gelarkan dia tuan atapun abang di hadapan kami, betul tak?" seloroh Apai apabila mendengar jawapan Ayra itu.

"Agaklah, mana kau orang tahu ini? Baguslah, patutlah kau orang ini menjadi kesayangan Hafizal ya?" tanya Ayra lalu tertawa.

"Ala puan, saya ini bekas anggota polis. Apai pula bekas tentera laut. Masakan kami berdua tak boleh membaca tindakan orang lain, puan. Oh ya, puan nak memandu sendiri ataupun nak kami pandukan? Bos minta kami tanya puan dulu sebelum kita keluar," tanya Fred selepas memberikan jawapan kepada persoalan Ayra tadi.

Lama Ayra berfikir, sebelum menyerahkan kunci kereta Proton Saga miliknya kepada Fred. Sengaja dia meminta Fred membawa kereta itu kerana dia khuatir Hafizal akan memberikan kereta Volkswagen Vento miliknya itu kepada Salwa.

"Saya rasa tak sedap hatilah, awak pandulah. Setidaknya kalau ada bahaya yang menimpa, kamu berdua lebih bersedia daripada saya," jawab Ayra lalu tersenyum.

Fred hanya mengangguk sebelum mereka berdua memasuki kereta milik Ayra itu. Kereta itu dibeli tak lama sebelum arwah ayahnya meninggal dunia tujuh tahun lepas. Atas sebab itulah, Hafizal tidak menjual kereta itu meskipun dia telah menghadiahkan kereta baru kepada Ayra.

"Nak ke mana kita, puan?" tanya Fred selepas menghidupkan enjin.

"Saya teringin nak makan sate Kajang tapi jom kita pergi beli-belah dulu," jawab Ayra.

"Beli-belah? Untuk apa, puan?" tanya Fred, hairan.

"Untuk yang dalam perut inilah, saya belum sempat nak beli-belah barangannya. Nanti dia keluar, nak bagi pakai kain batikkah?" seloroh Ayra sambil tertawa kecil.

Baiklah, nak beli-belah di mana?" tanya Fred.

"One Utama?" tanya Ayra kembali.

"Baiklah, puan. Kita ke One Utama, selepas itu kita ke Kajang untuk makan sate ya? Saya tahu satu kedai yang hidangkan sate paling sedap," jawab Fred sebelum mula memandu.

Ayra yang duduk di tempat duduk belakang hanya mengangguk sebelum memandang ke arah luar tingkap. Fikirannya kusut memikirkan masa depan yang tak tentu lagi itu. Entah mengapa, sejak dia dijual dan dibeli oleh Hafizal, hidupnya tidak lagi seperti manusia normal. Satu demi satu dugaan muncul menyesakkan nafasnya.

Selepas beberapa jam membeli-belah di One Utama, mereka bertiga berangkat menuju ke Kajang. Mereka memilih untuk menggunakan Jalan Lingkaran Tengah 2 sebelum masuk ke dalam Lebuhraya KL-Seremban.

Selepas mereka melepasi Terminal Bersepadu Selatan, tiba-tiba ada kereta Mitsubishi Lancer yang cuba memotong kereta Proton Exora yang berada bersebelahan dengan kereta yang dipandu Fred itu menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu bergesel dengan kereta mereka. Fred cuba mengawal kereta, setelah beberapa minit bergelut untuk mengelak daripada kereta yang hilang kawalan itu, akhirnya dia berjaya berhenti secara mengejut di tepi jalan.

Detik mencemaskan itu membuatkan Ayra terhantuk kepalanya di pintu kereta akibat terlupa memakai tali pinggang keledar. Hantukan itu membuatkan Ayra mula berasa pening.

"Puan, puan okay tak ini? Puan? Puan?" kedengaran samar-samar jeritan Fred walaupun Fred berada di hadapan Ayra sahaja. Tak lama kemudian, pandangan Ayra mulai kelam.

*BERSAMBUNG*

Monday, October 30, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 43...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 43: Pernikahan Kedua

Hafizal baru sahaja tiba di tingkat lapan apabila Ayra berjalan mendapatkannya. Pagi tadi, dia menyuruh Pak Din menghantar Ayra ke pejabat dahulu sebelum membawanya ke Citrapura Holdings untuk perjumpaan bersama Datuk Dahlan bagi membincangkan tentang projek perumahan baru syarikat di mana Datuk Dahlan ingin melabur di dalam projek tersebut.

"Ada apa, Mel? tanya Hafizal, cemas melihat Ayra berkelakuan begitu.

"Bakal isteri baru abang datang, dia pergi tandas sebentar," bisik Ayra di telinga Hafizal.

Hafizal hanya mengangguk lemah. Sangkaannya Salwa takkan mencarinya di pejabat, tetapi semakin hampir tarikh pernikahan mereka, semakin kerap wanita itu bertandang di pejabatnya. Semalam dia hadir untuk mengajaknya mengambil ukuran baju nikah dan bersanding. Akibat daripada terlewat, mereka berdua bersetuju untuk menyewa pakaian sedia ada sahaja memandangkan sukar untuk pereka pakaian pengantin untuk menyiapkan pakaian dalam masa seminggu. Mujur Salwa tak mencetuskan isu tentangnya.

Apa pula agaknya yang ingin dia lakukan hari ini? Pening Hafizal memikirkan sebab untuk dia menolak ajakan minah senget itu hari ini.

Sedang Ayra dan Hafizal berjalan menuju ke meja Ayra, kedengaran bunyi tapak kasut tumit tinggi berjalan mendekati mereka berdua. Bunyi tersebut membuatkan keduanya berpaling lalu memandang wanita yang memakai gaun separas lutut berwarna hijau muda, dan kasut stiletto berwarna sedondon itu sambil tersenyum nipis.

"Sayang, you ke mana? Puas I tunggu!" tanya Salwa sambil memegang lengan Hafizal. Hafizal mula berasa tidak selesa, apatah lagi melihat Ayra yang melihat ke arah lengan mereka yang bertaut itu dengan wajah tanpa ekspresi. Sesungguhnya dia lebih takutkan isterinya jika wanita itu tidak memberikan sebarang ekspresi berbanding sebaliknya.

"I ada meeting dengan papa you, itupun tak boleh ke?" jawab Hafizal, sinis. Dia cuba melepaskan pautan Salwa pada lengannya tetapi semakin kuat pula pegangannya.

"Oh ya ke. Kau ini pula, kenapa masih di sini? Sibuk saja!" Salwa mula menerjah Ayra yang masih lagi berdiri di hadapan mereka.

"Maaflah kalau saya mengganggu, tapi tuan ada mesyuarat dengan Tan Sri Tengku lagi sepuluh minit," ujar Ayra sambil memandang jam tangan yang dibelikan oleh Hafizal semalam. Sengaja dia tayangkan jam berjenama Fossil itu bagi membuatkan Salwa bengang dengannya.

"Banyak duit kau nak beli jam tangan mahal begitu? Oh ya, aku teringin nak tanya. Aku tak pernah tahu kau sudah berkahwin, tapi aku tengok orang dalam pejabat ini panggil kau puan dan perut kau pun sudah membesar. Bila kau menikah? Siapa suami kau?" tanya Salwa, terus terang.

Hafizal geli hati mendengar pertanyaan Salwa itu, lalu melihat ke arah isterinya yang sudahpun tersenyum lebar.

"Saya bernikah dengan CEO syarikat cik Salwa, suami saya yang berikan saya jam ini. Cantik bukan? Kalau cik nak, boleh suruh bakal suami cik ini tolong belikan," jawab Ayra sambil tersengih memandang Hafizal yang sudahpun merenung isterinya itu. Sakit pula hatinya mendengar kata-kata Ayra itu.

"Sayang, cantiklah jam dia! Boleh tak belikan I punya satu? Please, sayang..." pujuk Salwa sambil memandang wajah Hafizal sebelum Hafizal memandangnya pula.

"Boleh, sayang. Untuk you, bom atom pun I boleh beli!" jawab Hafizal sambil menjeling ke arah Ayra. Sengaja ditekankan ayat keduanya itu bagi menyindir isterinya itu.

"Okay, we can go buy it now!" ujar Salwa, teruja.

Mendengar kata-kata Salwa, Ayra menepuk dahi. Hafizal pula hanya menggelengkan kepalanya.

"Not now, Salwa. I ada meeting dengan Tan Sri Tengku. You balik dulu, malam nanti I jemput you, kita pergi beli jam ini untuk letak atas dulang hantaran kita," arah Hafizal, lembut.

"Okay, sayang. See you tonight! Ayra, kau tolong tengok-tengokkan bakal suami aku! Pastikan tak ada perempuan yang nak goda dia. Aku tak nak ada madu lagi dua, cukuplah seorang," ujar Salwa sebelum beredar dari situ.

Hafizal dan Ayra hanya memerhatikan pemergian Salwa dengan senyuman sebelum keduanya ketawa besar apabila pintu lif yang dimasuki Salwa itu ditutup.

"Amboi, bukan main lembut lagi abang dengan dia ya? Kalau dengan Mel, bukan main lagi kuasa veto abang!" sindir Ayra sebelum beredar kembali menuju ke meja.

Hafizal pula terpinga-pinga sebelum berjalan menuju ke arah Ayra yang sedang memegang perutnya itu. Bukan main gembira lagi isterinya mengusap perutnya.

"Takkan cemburu kot? Mel tahu bukan abang cuma sayang Mel seorang?" tanya Hafizal sambil tersenyum nakal.

"Tahu, tapi cemburu itu harus kalau betul Mel sayang abang! Atau abang nak Mel tayang muka tanpa ekspresi itu?" tanya Ayra, ingin menguji.

Hafizal terkesima mendengar kata-kata Ayra itu. Mati akalnya kerana Ayra sudahpun mengetahui kelemahannya.

"Janganlah, sayang. Terima kasih sebab sudi cemburukan abang. Sudah, abang nak masuk ke dalam bilik. Nanti bila Tan Sri sudah sampai, maklumkan pada abang," ujar Hafizal sebelum memasuki bilik pejabatnya.

Entah mengapa dia merasakan Ayra sudah boleh dibawa bergurau dan tidak lagi hanya mengikut saja arahannya seperti dahulu. Mungkin juga pembawakan anak yang mengubahnya menjadi sebegitu. Namun, dia terfikir adakah kebahagiaan yang dia rasakan akan berubah setelah dia mengahwini Salwa?

     *     *     *     *     *

"Aku terima nikahnya Siti Salwa binti Dahlan dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai," lafaz Hafizal bagi menjawab lafaz Ijab yang dilafazkan oleh Datuk Dahlan, wali kepada Salwa.

"Bagaimana, saksi? Sah?" tanya Tok Kadi yang menyaksi upacara akad nikah tersebut. Sekali lagi, Nazrin dan Khairul telah menjadi saksi pernikahan Hafizal kerana bagi Hafizal, lebih mudah jika mereka berdua kekal menjadi saksi pernikahan keduanya. Mujurlah keduanya bersetuju.

Namun begitu, dia berasa sedikit terkilan kerana Ayra tidak bersamanya pada hari ini. Ayra telah meminta izin untuk keluar sendirian kerana dia tak mahu menyaksikan pernikahan kedua suaminya. Terpaksa dia tunaikan permintaan isterinya itu kerana dia tahu hati wanita itu tetap terluka, namun dia perlu bernikah lagi satu untuk menyelamatkan maruah ibunya. Akan tetapi, dia telah menyuruh Apai memerhatikan Ayra dan memaklumkan pergerakan isterinya itu.

Selesai sahaja akad nikah dan sesi membatalkan wudhuk, Hafizal terus keluar menuju keluar masjid bagi menghirup udara segar. Dia berasa lemas dengan perhatian yang diberikan oleh para tetamu kepadanya. Almaklumlah, ketika dia bernikah dengan Ayra, dia tidak berpeluang merasai semua ini.

"Abang, boleh Mel minta sesuatu? Lagipun, esok abang akan bernikah dan kemudian terus ke Paris untuk berbulan madu selama seminggu. Jadi, Mel tak berpeluang melihat wajah abang selama seminggu," ujar Ayra, memecah kesunyian.

"Apa dia, sayang?" tanya Hafizal sambil mengusap perut Ayra. Kandungan Ayra yang telah mencecah 26 minggu itu sudah mula ketara walaupun semasa baring.

"Mel nak keluar mencari ketenangan pada hari pernikahan abang. Mel tak boleh hadiri pernikahan abang dengan Salwa. Mel minta maaf," ujar Ayra.

Hafizal memandang wajah isterinya. Isteri tidak menunjukkan sebarang ekspresi.
Jadi, mengapakah isterinya membuat permintaan begini?

"Kenapa pula?" tanya Hafizal, tidak mengerti.

"Mel tak boleh, Mel minta maaf. Kalau abang nak suruh Apai ikut Mel pun Mel tak kisah. Asalkan Mel keluar sendirian," pinta Ayra dengan pandangan penuh harapan.

Hafizal kalah dengan pandangan minta simpati yang diberikan oleh Ayra. Sempat lagi dia mengeluh sebelum memberikan jawapannya.

"Baiklah, tapi abang akan suruh Apai ikut sayang," jawab Hafizal.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya memeluk Hafizal tanda dia gembira dengan keizinan yang diberikan oleh Hafizal.

"Apa ini, pengantin duduk di luar? Kau kenapa, Izal? Tak sihat ke?" tanya Khairul, bimbang dengan keadaan Hafizal yang nampak resah.

"Aku rasa tak sedap hatilah, macam ada yang tak kena. Aku bimbangkan Ayra," jawab Hafizal.

"Oh ya, bila kau cakap, baru aku perasan. Ayra mana?" tanya Nazrin kepada Hafizal yang sedang menghubungi seseorang.

"Hello, Apai. Kau di mana?" tanya Hafizal setelah Apai menjawab panggilannya. Dia tidak mengendahkan pertanyaan Nazrin tadi.

"Hello, bos. Saya di MRR2 ini, puan kemalangan. Berhampiran dengan TBS," jawab Apai di hujung talian.

"Ya Allah, dia macam mana?" tanya Hafizal, cemas.

"Dia pengsan ini, barangkali kerana terkejut tapi dia tak ada sebarang kecederaan luaran. Saya baru sahaja masukkan dia ke dalam kereta untuk dibawa ke Hospital Ampang. Apa-apa saya akan maklumkan pada bos," jawab Apai.

"Baiklah, roger and out," ujar Hafizal sebelum mematikan panggilan telefon.

"Naz, Kay, aku nak minta jasa baik kau orang berdua. Tolong hantar aku ke Hospital Ampang. Ayra kemalangan, dia dalam perjalanan ke hospital. Dia tak ada waris terdekat lain selain daripada aku," rayu Hafizal kepada Nazrin dan Khairul yang saling berpandangan itu.

Lama mereka berdua berfikir sebelum akhirnya mengangguk setuju. Mereka bertiga baru sahaja hendak melangkah apabila ada suara yang menghalang pergerakan mereka.

"Nak ke mana itu, Megat Hafizal?" tanya Puan Sri Halimatun, cuba menghalang tiga sekawan itu daripada meninggalkan majlis.

"Ijal ke hospital sebentar, nanti sebelum majlis resepsi malam nanti, Ijal ke hotel. Isteri Ijal kemalangan," jawab Hafizal lalu berpaling memandang ibunya bagi meraih simpati.

Hafizal dapat melihat wajah ibunya yang serba salah itu. Lebih-lebih lagi setelah perkarangan masjid itu tiba-tiba riuh dengan suara-suara umpatan orang akibat daripada kata-kata Hafizal tadi.

"Pergilah, daddy izinkan. Ingat, daddy nak Ijal maklumkan pada daddy tentang keadaannya. Malam nanti sebelum Ijal ke hotel, daddy akan suruh mak dengan ayah kamu temankan dia," jawab Tan Sri Mustaqim lalu tersenyum nipis.

Dia kenal benar ayahnya itu. Lelaki itu sentiasa tahu bagaimana hendak berdiplomasi, kerana itulah syarikatnya ambil masa yang singkat untuk berkembang pesat.

"Terima kasih, daddy. Ijal pergi dulu," ujar Hafizal lalu berpaling untuk meneruskan langkahnya.

"Siapa berikan you hak untuk  keluar dari majlis kita?" tanya Salwa yang berbusana putih dan dipenuhi dengan manik-manik berwarna krim, dilengkapi dengan selendang berwarna krim.

Pertanyaan Salwa membuatkan Hafizal tidak jadi untuk berpaling. Dia memandang wanita itu dengan perasaan yang bengang.

"Apa pula hak you nak halang I?" tanya Hafizal, sinis sebelum beredar meninggalkan majlis tersebut untuk berangkat ke hospital. Dia lebih bimbangkan isteri pertamanya, kerana wanita itu sedang mengandungkan zuriatnya.

*BERSAMBUNG*

Friday, October 27, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 42...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 42: Jangkitan

Sudah seminggu hidupnya dan Bob umpawa kaum Nomad setelah mereka berdua diisytiharkan sebagai pelarian. Dia dan Bob masih belum dapat dijejaki oleh anggota polis kerana keduanya terpaksa menyamar ketika berada di tempat awam. Sudah beberapa tempat mereka berdua berteduh sepanjang seminggu ini dari Kuala Lumpur, mereka bergerak menuju ke Sepang. Selepas berehat semalam, mereka menuju ke Port Dickson pula. Dua hari di sana, akhirnya mereka bergerak menuju ke Klebang, Melaka.

Bob dapat melihat kebelakangan ini Wafi sering batuk-batuk. Hatinya sudah mula bimbang andai majikannya dijangkiti penyakit yang sama seperti Qatrunnada. Puas dia memikirkan, akhirnya dia memberanikan diri bertanya kepada Wafi.

"Bos pernah buat pemeriksaan kesihatan tak?" tanya Bob, serba salah.

"Pernah, semasa belajar. Sejak itu, tak pernah lagi. Kenapa?" tanya Wafi yang hairan dengan pertanyaan Bob itu.

"Saya tengok bos selalu batuk-batuk, bos ini macam tak sihat saja," ujar Bob, mempamerkan wajah yang gelisah.

"Ala, sikit saja. Kau ini yang lain macam, kenapa banyak sangat tanya ini? Baik kau terus terang," jerkah Wafi, geram dengan sikap Bob itu.

"Sebenarnya, Qat sakit kronik. Jadi, saya lebih bimbangkan bos bila saya dapat tahu dia sakit, bukannya dia. Dia pun lebih bimbangkan bos, berbanding dirinya sendiri," ujar Bob sambil memandang Wafi dengan wajah yang resah.

Wafi bangun lalu menuju ke arah meja tulis yang terletak di sebelah kanan bilik itu. Dia mencapai air minuman yang disediakan lalu membuka botol itu dan meneguknya. Selepas itu, dia berjalan semula ke arah katil lalu memandang Bob dengan perasaan hairan.

"Aku tahulah Qat sakit, tapi kenapa kau orang kena risaukan aku? Bukannya Qat sakit AIDS pun sampai kena risaukan aku," bantah Wafi yang masih lagi berdiri.

Mendengar kata-kata Wafi, Bob mula berpeluh. Wajahnya yang pucat menambahkan perasaan hairan di benak hati Wafi.

"Qat memang dijangkiti HIV, sebab itulah saya lebih bimbangkan bos. Bos pun sudah mula tak sihat," jawab Bob, tersekat-sekat.

Terduduk Wafi mendengar kata-kata Bob. Kenapa dia tak pernah tahu tentang penyakit yang dihidapi oleh Qatrunnada? Kenapa mesti dia tahu sekarang?

"Kenapa kau tak beritahu aku lebih awal, Bob?" jerit Wafi, berang.

"Saya disuruh untuk merahsiakan tentang ini oleh Qat, tapi keadaan bos membuatkan saya tak boleh menyimpan rahsia ini lagi. Saya minta maaf," ujar Bob, takut.

"Kau tahu bukan aku sudah banyak terlanjur dengan dia? Kemungkinan aku ada penyakit itu, atau aku pembawanya jauh lebih tinggi!"

Bob memilih untuk berdiam, memandangkan dia tahu sudah pasti Wafi perlu bertenang terlebih dahulu. Dia hanya melihat sahaja Wafi yang membaling semua barang-barangnya ke lantai akibat terlalu marah.

Setelah beberapa ketika, Wafi akhirnya duduk semula di atas katil lalu menekup mukanya.

"Esok kita pergi buat ujian HIV, aku sudah tak peduli lagi kalau aku ditangkap polis kerana itu," jawab Wafi, lemah.

"Tak apa, bos. Saya ada caranya. Cuma, bos kena tunggu dalam tiga hari sebelum bos boleh buat ujian HIV," ujar Bob. Wafi hanya mengangguk mendengar kata-kata Bob kerana dia sendiri terlalu penat untuk berfikir sekarang.

      *     *     *     *      *

"Duduk, encik Shahid. Saya sudah menerima keputusan ujian darah encik. Sebelum itu, boleh saya tanya beberapa soalan? Saya harap encik dapat menjawab dengan jujur," terang Dr. Ong setelah Wafi duduk di hadapannya.

Wafi telah membuat ujian HIV dengan menggunakan nama palsu. Ini bagi mengelakkan dirinya dikesan oleh pihak berkuasa. Dia juga telah memakai kaca mata dan misai palsu bagi mengaburi mata orang.

"Apa dia, doktor?" tanya Wafi.

"Encik Shahid ada mengambil dadah dan berkongsi jarum suntikan?" tanya Dr. Ong.

"Tiada."

"Encik Shahid ada melakukan seks rambang atau bertukar-tukar pasangan?" tanya Dr. Ong lagi.

Lama Wafi mendiamkan diri sebelum dia akhirnya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan itu.

"Sudah lamakah encik mempunyai gaya hidup sebegini?" tanya Dr. Ong.

"Dalam dua tahun. Kenapa doktor?" tanya Wafi pula.

"Oh begitu. Begini encik, keputusan ujian darah encik mendapati bahawa encik telah dijangkiti virus HIV, berkemungkinan besar dari salah seorang wanita yang encik tiduri. Saya harap encik dapat menerima semua ini dan menjalani rawatan agar kita dapat memanjangkan hayat encik."

"Apa yang patut saya lakukan sekarang?" tanya Wafi.

"Saya akan menguruskan sesi kaunseling kepada Encik Shahid bagi membincangkan tentang keputusan ujian ini dengan lebih jelas, kaedah pencegahan daripada menjangkiti orang lain, dan juga kaedah rawatan. Sekiranya Encik Shahid berasa tak sihat, saya sarankan Encik Shahid pergi ke hospital terdekat untuk rawatan khusus."

Wafi cuba menghadam apa yang diterangkan oleh Dr. Ong itu, namun mindanya seakan menolaknya. Dia mula menyesali apa yang telah berlaku kepada dirinya, namun dia harus menerima bahawa semua ini berlaku adalah kerana salahnya juga.

"Berapa lama masa yang saya ada?" tanya Wafi, ingin tahu.

"Memandangkan virus ini nampaknya baru, dengan penjagaan rapi dan rawatan yang betul, encik masih boleh bertahan lebih daripada sepuluh tahun. Itu hanya ramalan, semuanya bergantung kepada keazaman diri encik untuk berlawan juga," jelas Dr. Ong.

"Baiklah, doktor. Saya ikut saja arahan doktor," jawab Wafi. Sesungguhnya dia tak mahu memikirkan tentang semua ini sekarang. Kepalanya serabut, memikirkan bagaimana untuk menyelamatkan diri. Kini, dia perlu memikirkan tentang kesihatannya juga. Bagaimanakah penerimaan keluarganya tentang semua ini?

      *     *      *      *      *

Sedar tak sedar, sudah hampir tiga bulan Wafi dan Bob melarikan diri dari cengkaman polis. Ini adalah kerana kesihatan Wafi yang kian merosot itu telah membuatkan badan lelaki itu mulai susut dan membuatkan wajahnya nampak cengkung. Oleh itu, wajahnya kelihatan seperti orang lain, tambahan pula dengan jambang yang sengaja disimpan bagi mengubah wajahnya.

Dia mendapat perkhabaran bahawa Ayra telah selamat melahirkan anak sulungnya minggu lepas. Namun begitu, tidak pula dia ketahui apakah jantina anak saudaranya itu memandangkan dia tak dapat mendekati keluarga tersebut kerana bimbang andai Hafizal ataupun Tan Sri Mustaqim menghubungi polis.

Akan tetapi, sejujurnya dia sudah tidak berdaya lagi untuk melarikan diri. Setiap hari dia memikirkan sama ada wajarkah untuk dia menyerah diri sahaja, namun sentiasa dihalang oleh Bob yang merasakan bahawa sia-sia andai mereka menyerah setelah berbulan-bulan lama menyembunyikan diri. Bagi Wafi pula, selama manalah seekor tupai mampu melompat tanpa sekalipun jatuh ke tanah? Lambat laun tupai itu pasti akan kepenatan dan akhirnya jatuh jua.

"Aku sudah fikir masak-masak, aku nak serah diri. Kalau kau tak mahu, kau larikan diri jauh-jauh. Aku takkan paksa," ujar Wafi yang sedang menuang air mineral ke dalam cawan miliknya. Mereka kini menetap di sebuah rumah yang disewa menggunakan identiti palsu Bob di Kuala Terengganu.

"Bos ini biar betul! Bos boleh dipenjara kalau bos serah diri. Saya tak kisah andai saya perlu menjalani hukuman penjara, saya sudah biasa tapi tidak bos," jawab Bob, bimbang.

"Aku sendiripun tak tahu sama ada aku boleh bertahan ataupun tidak hidup begini. Aku ini bukan sihat lagi, Bob. Lambat laun pasti aku hanya akan menjadi beban kau saja," terang Wafi, cuba meyakinkan Bob.

Bob tidak terus menjawab, sebaliknya dia hanya berdiam diri. Mungkin memikirkan sesuatu.

"Kalau begitu, baiklah. Kita serah diri," jawab Bob.

"Cuma, aku nak jumpa seseorang sebelum aku serah diri. Boleh tak?" tanya Wafi.

"Siapa, bos? Ayra? Hafizal?" tanya Bob sambil meneka jawapan yang mungkin diberikan oleh Wafi.

Wafi tidak menjawab soalan Bob, dia memilih untuk menatap wajah lelaki yang sudah menjadi pembantunya sejak dua tahun lepas. Lelaki itu sangat setia, membuatkan dia sangat sayangkan lelaki itu sehinggakan dia sanggup bergadai nyawa untuk pembantunya itu.

"Kenapa, bos? Ada benda yang mengganggu fikiran bos?" tanya Bob, hairan apabila melihat Wafi tidak menjawab soalannya.

"Terima kasih kerana setia dengan aku. Aku tak dapat nak balas jasa baik kau selama ini. Aku harap Tuhan akan memberikan belas kasihan-Nya kepada kau," jawab Wafi sambil tersenyum nipis.

"Saya tak layak untuk mendapat belas kasihan Tuhan, bos. Saya pun bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat untuk bos," jawab Bob sambil membalas senyumannya.

"Oh ya, aku nak jumpa Qat. Boleh kau uruskan itu?" tanya Wafi sambil memandang Bob.

Wajah Bob berubah apabila nama Qatrunnada disebut. Wafi berasa hairan dengan perubahan wajah Bob. Mengapakah reaksi Bob begini? Ada apa-apa yang berlaku pada Qatrunnadakah?

"Kenapa, Bob?" tanya Wafi, ingin tahu akan perubahan wajah Bob.

"Sebenarnya, bos... Qat..." jawab Bob tersekat-sekat sebelum dia mengeluh.

*BERSAMBUNG*

Kau Kunci Hatiku Bahagian 41...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 41: Yang Kotor Kembali Bersih

"Echa yang beritahu abang Ijal, daddy. Echa terpaksa," sampuk Ayra dari belakang membuatkan tiga beranak itu berpaling ke arah Ayra yang sedang berjalan menuju ke arah mereka sebelum memilih untuk duduk bersebelahan dengan Hafizal.

"Kenapa Echa beritahu Ijal? Bukankah Echa tak mahu buat Ijal susah hati?" tanya Tan Sri Mustaqim, hairan dengan tindakan menantunya itu.

"Betul, memang Echa tak mahu runsingkan kepala abang, lebih-lebih lagi apabila keluarga Salwa minta percepatkan perkahwinan abang dengannya tapi apa alasan yang Echa nak berikan jika abang suruh Echa pergi kerja? Dia tak tahu bahawa Echa sudah minta cuti tanpa gaji," jelas Ayra membuatkan Hafizal terpana.

"Mujurlah Wafi itu anak saudara daddy, kalau orang lain memang daddy sudah belasah cukup-cukup! Geram betul daddy dengan Wafi, sampai hati dia buat anak menantu daddy begini?" gumam Tan Sri Mustaqim.

"Cucu pun, daddy," jawab Ayra dan Hafizal, hampir serentak.

Mendengar respon Ayra dan Hafizal, kesemua mereka tertawa. Namun, tawa Ayra terhenti setelah Ayra memandang ke arah Hafizal. Rindunya dia pada pemilik wajah yang berada di sebelahnya itu. Kali terakhir mereka bersua muka adalah ketika Hafizal memberikan perintah berkurung kepadanya.

"Kenapa Mel pandang abang begitu?" tanya Hafizal.

"Tak ada, cuma nak pandang puas-puas sebab dua minggu lagi abang dah ada isteri baru," jawab Ayra, selamba. Dia tak mahu Hafizal terlupa tentang itu.

"Oh ya, bercakap tentang itu. Salwa tahukah Ijal di mana sepanjang lima bulan ini mummy?" tanya Hafizal kepada ibunya.

"Mahunya dia tak cari Ijal, sampai ke pejabat dia cari. Echa kata, mujur ketika dia datang ke pejabat itu, Wafi tiada di pejabat. Jadi, mudah sikit nak menipu. Kami semua mengatakan bahawa Ijal ada projek di London dan akan berada di sana selama beberapa bulan," jelas Puan Sri Halimatun.

"Bagaimana pula pernikahan ini boleh dipercepatkan?" tanya Hafizal lagi.

"Pihak perempuan yang minta ianya dipercepatkan, katanya Salwa sudah berusia 30 tahun. Jadi, dia ingin bernikah secepat mungkin memandangkan kamu berdua sudah mengenali satu sama lain," jawab Puan Sri Halimatun.

"Peliknya, tapi tak apalah. Lagipun, ini bukan kali pertama Ijal bernikah, jadi sijil kursus kahwin masih boleh digunakan. Cuma, ujian HIV kena buat semula kerana Ijal sudah enam bulan bernikah dengan Mel. Maka, keputusan ujian yang dahulu sudah tidak boleh digunakan. Jadi, yang tinggal hanyalah urusan kebenaran bernikah sahaja. Memandangkan Ijal memang lahir dan menetap di sini, jadi mudahlah. Bahagian Salwa, pandai-pandailah dia nanti," jelas Hafizal sambil tersenyum.

Ayra dapat merasakan tangan Hafizal mula menyentuh tangannya. Jika sebelum ini, dia pasti akan menepis setiap kali ianya berlaku, namun tidak kali ini. Sengaja dia membiarkan Hafizal melepaskan rindu dan dalam masa yang sama, dia juga ingin melepas rindu.

"Bos, Puan, Tan Sri, Puan Sri, jemput minum. Ini saya bancuhkan kopi, ada cucur ikan bilis sekali," ujar Fred dan Apai yang datang membawa dulang berisi teko, cawan dan sepiring cucur ikan bilis sebelum meletakkannya di atas meja kopi yang terletak di hadapan mereka berempat.

"Betulkah ini kamu berdua yang bancuh? Bukan Mel?" tanya Hafizal sambil menjeling ke arah Ayra yang sedari tadi tunduk memandang kakinya yang mulai bengkak. Patutlah kakinya berasa sengal-sengal.

"Bukanlah, kalau kami tak datang tadi, mungkin puan yang akan bancuh air itu," jawab Fred, terus terang.

Ayra menyedari bahawa Hafizal sekali lagi menjeling ke arah Ayra. Sengaja Ayra mempamerkan wajah tanpa ekspresinya bagi menyakat suaminya. Padan muka lelaki itu tidak dapat membaca fikirannya.

"Bagus, kamu berdua bolehlah sambung makan di dapur itu. Terima kasih," ujar Hafizal sebelum melihat Fred dan Apai kembali ke dapur. Kemudian, dia mengambil seketul cucur dari dalam piring kuih itu lalu menyuakan cucur itu ke mulut Ayra. Melihat tindakannya, Ayra memandangnya dengan perasaan hairan terpancar pada wajahnya.

"Kenapa pula dengan suami aku ini?" tanya Ayra, dalam hatinya.

"Makanlah, Mel lapar bukan?" ujar Hafizal.

Ayra terpana. Bagaimanakah suaminya tahu bahawa dia sedang lapar? Tanpa berlengah, dia membuka mulutnya bagi memberi ruang pada suaminya untuk menyuapnya.

"Amboi, Ijal dengan Echa ini, romantik betul sampai tak nampak mummy dan daddy di sini," usik Tan Sri Mustaqim sambil tersenyum nakal.

"Apa daddy ini? Suap saja pun, takkan tak boleh kot?" tanya Hafizal, diiringi oleh senyuman.

Namun begitu, Ayra tidak membalas senyumannya. Dia tahu suaminya itu menghadiahkan senyuman itu buatnya buat penawar rindu, tetapi tidak semudah itu dia ingin membalasnya. Dia mahu boikot akibat kecewa suaminya tidak tidur bersamanya sejak mereka berdua dapat bersama semula. Dia hanya memandang wajah suaminya yang penuh dengan perasaan hairan itu.

     *     *     *     *     *

Ayra baru sahaja selesai memasak ayam masak kicap pedas, lauk kegemaran suaminya itu apabila loceng pintu rumahnya berbunyi. Baru sahaja dia ingin melangkah ke muka pintu, Mak Iti terlebih dahulu menegahnya daripada bergerak lalu menuju ke muka pintu rumah tersebut.

Tak lama kemudian, muncul kelibat Mak Iti dan Tan Sri Mustaqim di dapur membuatkan wajah Ayra berubah pucat. Dia tahu bapa mentuanya itu baru sahaja pulang dari Mustaqim Ventures kerana dia dikhabarkan bahawa pagi ini ada mesyuarat lembaga pengarah. Kehadirannya hanya diwakilkan oleh Hafizal memandangkan Hafizal merupakan proksinya kini.

Sangkaannya, Hafizal ada bersama Tan Sri Mustaqim tetapi dia akhirnya mampu menarik nafas lega apabila mendapati Tan Sri Mustaqim datang sendirian. Dengan segera dia berjalan ke arah bapa mentuanya lalu mencium tangan lelaki itu.

"Echa masak ke? Nanti kalau Ijal tahu Echa buat kerja rumah, mesti dia marah. Betul tak Kak Iti?" ujar Tan Sri Mustaqim sambil tersenyum nakal. Mak Iti dilihat hanya mengangguk lemah.

"Tak apa, Echa masak ayam masak kicap pedas, harap-harap dia terlupa tentang itu," jawab Ayra sambil membalas senyuman nakal bapa mentuanya.

"Pandai ya kamu masakkan lauk kegemarannya untuk buat dia lupa salah kamu?" duga Tan Sri Mustaqim sebelum mereka berdua tertawa.

"Oh ya, kenapa daddy datang ke rumah? Takkan datang nak jenguk Echa kot?" tanya Ayra, hairan dengan kedatangan lelaki itu ke rumahnya.

"Oh, terlupa pula! Ijal suruh kamu datang ke pejabat. Ada perjumpaan pekerja dan kamu diwajibkan hadir. Cepatlah siap, Ijal suruh kamu ke pejabat dengan daddy. Nanti kita balik bersama, kita jemput mummy, lepas itu kita balik sini semula. Mummy kamu mesti tak tolak masakan kamu punya!" ujar Tan Sri Mustaqim sambil mengangkat ibu jarinya ke atas.

Mendengar kata-kata bapa mentuanya, Ayra tersenyum lalu menuju ke tingkat atas. Terhibur pula dengan pujian lelaki itu. Siapa sangka orang kampung sepertinya dapat diterima sebagai menantu keluarga berada seperti keluarga Tan Sri Megat Mustaqim. Mujur dia masak lebih, jadi bolehlah dia menjamu kedua ibu bapa mentuanya itu malam nanti. Harap-harap itulah senjata terbaiknya bagi mengelakkan suaminya marahkan dia kerana memasak tadi.

     *     *      *     *     *

Setibanya Ayra dan Tan Sri Mustaqim di pejabat, kelihatan beberapa pasang mata memerhatikannya. Dia sama sekali tidak terkejut memandangkan dia hadir ke pejabat ditemani oleh Penasihat Mustaqim Ventures, sedangkan dia telah dituduh mengandungkan anak luar nikah hasil benih anak kepada lelaki itu.

"Kenapa, Echa? Echa rasa tak selesa mereka semua memandang Echa begitu?" tanya Tan Sri Mustaqim, seakan menyedari apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Ayra hanya mengangguk, membuatkan Tan Sri Mustaqim tersenyum.

"Biarkan mereka, mereka hanya cemburu. Mereka tak mampu menjadi menantu daddy, sebab Ijal sudahpun menikahi kamu. Orang cemburu memang begitu, sentiasa mencari alasan untuk menjatuhkan orang lain," pujuk Tan Sri Mustaqim.

Mendengar kata-kata Tan Sri Mustaqim, Ayra berasa lega. Begitu lembut kata-kata lelaki itu, terasa seperti sebuah pelukan hangat. Rindunya dia kepada arwah ayah.

Mereka berdua masuk ke dalam auditorium dan memilih untuk duduk di barisan hadapan sebelah kanan supaya mereka berdua tidak menjadi perhatian ramai. Tak lama selepas itu, Erni yang baru sahaja tiba mendekati mereka berdua lalu duduk di sebelah kanan Ayra manakala Hafizal yang masuk selepas Erni terus sahaja berjalan menuju ke arah pentas yang menempatkan podium bagi memulakan perjumpaan.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang anda semua sedia maklum, perjumpaan kali ini adalah untuk memaklumkan pertukaran CEO dan juga untuk menyelesaikan sebuah kes yang sudah tertunggak selama tiga bulan. Saya memohon maaf kerana telah mencuri sedikit masa anda semua sedangkan saya tahu anda semua sangat sibuk.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita bekas CEO kita, Encik Megat Wafi yang sedang diburu polis. Saya tidak mahu bercerita mengenai hal itu, namun saya ingin menyeru kepada anda semua agar berhenti membuat spekulasi tentang beliau. Selagi beliau belum disabitkan bersalah, saya tak mahu mendengar apa-apa komen atau pendapat mengenai perkara ini. Akan tetapi, syarikat ini masih memerlukan CEO bagi meneruskan operasinya. Jadi, sehubungan dengan ini, ahli lembaga pengarah telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat Encik Wafi daripada jawatan CEO yang disandang beliau dan memilih saya sebagai pemangku CEO menggantikan beliau.

Satu lagi agenda kita pada petang ini, adalah untuk memperjelaskan berkenaan isu kehamilan salah seorang daripada staf kita yang didakwa mengandung anak luar nikah. Ini adalah kerana pernikahan staf tersebut tidak dilaporkan kepada bahagian sumber manusia, apatah lagi diwar-warkan kepada seluruh dunia. Maka, berdirinya saya di sini adalah untuk menjelaskan tentang perkara ini dan juga  meminta orang yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin ini untuk meminta maaf secara terbuka.

Memandangkan isu ini bukan isu baru, saya pasti sebahagian daripada staf syarikat ini sudahpun melupakan tentang perkara ini, lebih-lebih lagi kerana staf tersebut sedang bercuti panjang. Akan tetapi, sudah menjadi tanggung jawab saya untuk menjelaskan semuanya memandangkan saya adalah orang yang dikatakan menghamilkan staf tersebut tanpa sebarang ikatan pernikahan.

Jadi, saya, Megat Hafizal Megat Mustaqim ingin memohon maaf kepada isteri saya, Puan Ayra Melissa Mohd Elyas yang juga merupakan pembantu peribadi saya serta kepada seluruh warga Mustaqim Ventures di atas perselisihan faham yang terjadi," terang Hafizal panjang lebar.

Selepas ayat terakhir Hafizal, riuh rendah auditorium tempat perjumpaan itu diadakan dengan suara para pekerja bercakap antara satu sama lain. Ayra mula berasa sangat malu dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hafizal itu. Selama enam bulan lebih pernikahan mereka, tidak pernah sekalipun dia mendengar Hafizal menyebut dirinya sebagai isteri lelaki itu. Selalunya, hanya pembantu peribadi sahaja. Dia tidak sanggup untuk memandang Hafizal kerana pengumuman itu.

"Saya harap anda semua boleh memaafkan Ayra di atas perselisihan faham ini kerana semuanya berpunca daripada diri saya sendiri. Saya telah meminta isteri saya untuk merahsiakan pernikahannya di atas sebab-sebab tertentu dan ketika perkara ini berlaku, saya sedang berada di luar kawasan. Maka, saya sama sekali tidak menyangka bahawa isteri saya terpaksa menanggung segala beban bagi pihak saya selama khabar angin tersebar. Saya memohon maaf kepada beliau dan anda semua di atas permasalahan yang berlaku akibat daripada kekhilafan diri saya," sambung Hafizal lagi.

Ayra memandang Hafizal sebelum menghadiahkan sekuntum senyuman kepadanya. Dia merasakan inilah masa yang sesuai untuk berbaik dengan suaminya itu. Tambahan pula, semua orang sudah mengetahui status dirinya, maka tak manislah andai dirinya bermasam muka.

"Namun begitu, saya tidak boleh menerima sikap segelintir pekerja syarikat ini yang memilih untuk menyebarkan sesuatu yang tidak terbukti kesahihannya. Jadi, saya ingin meminta pekerja itu sendiri datang ke hadapan bagi memohon maaf," jelas Hafizal sebelum kelibat Izreen berjalan menuju ke pentas auditorium dan akhirnya berdiri di sebelahnya.

Ayra tercengang melihat Izreen yang dengan beraninya berdiri di hadapan semua. Apakah yang sebenarnya dilakukan oleh Hafizal? Seluruh syarikat mengetahui Izreen tak mungkin akan mengakui kesilapannya. Mana mungkin dengan mudah dia tampil meminta maaf?

"Terima kasih Encik Hafizal. Saya tahu kesalahan saya terlalu besar untuk dimaafkan, kerana ianya sudah jatuh fitnah ke atas Ayra dan Encik Hafizal di atas perbuatan saya. Namun begitu, saya tetap ingin meminta maaf kepada Encik Hafizal, Ayra dan semua rakan sekerja di atas kesalahan yang saya lakukan. Peristiwa ini telah memberikan pengajaran hebat buat saya dan saya ingin berubah. Diharap anda semua dapat memaafkan dan mendoakan perubahan saya. Terima kasih," jelas Izreen sebelum turun semula menuju ke tempat duduknya.

Ayra tercengang, dia sama sekali tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Namun begitu, hatinya tahu dia perlu memaafkan. Tambahan pula, dia sudah melihat Hafizal memandang ke arahnya. Mungkin dia mahukan jawapan, jadi Ayra mengangguk sebagai tanda dia telah memaafkan Izreen atas kesilapannya.

"Terima kasih Izreen. Saya dan isteri saya telah memaafkan Izreen dan diharap anda semua dapat memaafkannya juga. Ingatlah, setiap manusia takkan terlepas daripada membuat kesilapan. Saya pernah silap, anda pernah silap, kita semua pernah silap dan menjadi tanggung jawab kita semua untuk memaafkan kerana kita tak punya hak untuk menghakimi sesama kita, hak itu milik Tuhan.

Jadi, saya harap isu ini akan berakhir di sini dan saya mohon anda semua mendoakan yang terbaik buat saya dan isteri saya. Saya juga berharap agar Puan Ayra dapat kembali bertugas di syarikat kita sebelum beliau cuti bersalin nanti kerana syarikat ini masih memerlukannya," pinta Hafizal sambil tersipu malu.

Tak semena-mena seluruh auditorium bersorak kepada Hafizal di atas keberanian meminta Ayra untuk bekerja semula di khalayak ramai. Ayra tahu tak mungkin dia dapat mengelak kali ini, akhirnya dia terpaksa mengalah.

"Baiklah, encik Hafizal. Bagi menunaikan permintaan awak, saya akan kembali bekerja esok," jawab Ayra, tiba-tiba.

Kedengaran bunyi tepukan seantero auditorium bagi meraikan kepulangan Hafizal dan Ayra ke syarikat itu semula. Bunyi tepukan itu membuatkan Ayra sangat malu, namun jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana pernikahannya dengan Hafizal diterima baik oleh pekerja syarikat. Akan tetapi, adakah rakan-rakan sekerjanya itu boleh menerima minah senget yang bakal menjadi madunya itu? Dia lebih bimbangkan itu.

*BERSAMBUNG*

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com